Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas
OLEH RITA JONG
August 26, 2013
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.Timbalan
Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak
pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia
Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang
dikeluarkan hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang
notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua
inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat
lalu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan
Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis
politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah
berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.
"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula
dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul.
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda
sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas
permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam
penghakimannya.
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya.
Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan
Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan
Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika
malam pembunuhan Altantuya.
Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi
yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan
Azilah pada hari pembunuhan Altantuya.
Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan
Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam.
Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana
mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18
malam.
Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan
memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan
ketepatannya.
Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan.
"Hakim perbicaraan sepatutnya menfokuskan kepada dua bentuk bukti
berbeza dan kegagalan bertindak sedemikian menyebabkannya tersalah arah.
Setelah meneliti alasan penghakiman, kami tidak mendapati hakim
perbicaraan dalam penghakimannya menimbangkan sama ada diari stesen dan
bukti Azilah berada di Wangsa Maju dan di Bukit Aman pada waktu kejadian
menunjukkan alasan beliau tidak boleh ataupun tidak mungkin berada di
Puncak Alam.
"Dalam keadaan ini, hakim itu tersalah arah dirinya dengan cara bukan
arahan gagal untuk mempertimbangkan bukti," katanya, merujuk kepada
kegagalan hakim untuk mempertimbangkan pembelaan alibi.
Tengku Maimun berkata rekod panggilan dan jangkauan liputan adalah
bukti penting untuk menyabitkan kehadiran Azilah di tempat kejadian.
"Ia adalah penting agar perbicaraan belajar untuk memfokuskan
fikirannya terhadap cabaran bukti yang dibangkitkan oleh pasukan
pembelaaan dan membuat penemuan sama ada sebenarnya berlaku satu
perubahan atau penyalahgunaan data dan sama ada kesahihan data itu
dipersoalkan atau sebaliknya," kata beliau.
"Malangnya, hakim gagal untuk melakukan ini, yang tanggungannya berat
menjadikan ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti tersebut."
Mahkamah juga berkata hakim perbicaraan sewajarnya membuat pencarian
terhadap hubungan antara bahan letupan dengan dua bekas anggota polis
dan kegagalan memfokuskan dirinya terhadap hubungkait yang hilang
mengakibatkan satu lagi tersalah arah berlaku.
"Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal secara munasabah mengarahkan
mungkin mensabitkan perayu berasaskan bukti yang ada. Mahkamah dibawah
telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti
yang memihak kepada perayu menyebabkan keadilan salah dilaksanakan dan
sangat serius," katanya.
"Kesan terkumpul bukan arahan menunjukkan sabitan itu tidak selamat.
Kami sedar bahawa jenayah kejam telah dilakukan tetapi jika perayu
bersalah tidak dibuktikan dengan memuaskan, kami terpaksa memberi
manfaat keraguan kepada perayu.
"Kami sebulat suara meluluskan kedua-dua rayuan. Sabitan dan hukuman
oleh Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu sewajarnya dilepaskan dan
dibebaskan." – 26 Ogos, 2013.