Ketua Pemuda PAS Gombak nak jadi Hero tapi jahil undang-undang, dan buta politik

 DARI ASD

Sebelum itu.. Dalam hal ini untuk meletakkan kesalahan 100% kepada TG Haji Hadi adalah tidak wajar kerana beliau bercakap berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang sekelilingnya..

Cuma silapnya TG Haji Hadi dalam hali ini ialah beliau gagal mendapatkan maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan berita yang diterimanya itu.. mungkin faktor kekangan waktu yang menghalangnya pada masa itu..

Biasalah.. Pemimpin-pemimpin kita ni.. bila diaorang dah ketandusan isu apa saja yang kita sampaikan kepada mereka (kita disini maksudnya yang rapat dengan mereka), mereka akan cakap saja dalam ceramah..

Sama seperti maklumat yang Presiden PKR dapat semasa PRU13 lalu.. bezanya maklumat yang Presiden PKR perolehi itu disiasat dulu sumbernya dan kesahihannya..

DS Wan Azizah diberikan beberapa keping gambar yang menunjukkan puluhan buah bas diletakkan di sebuah kawasan letak kenderaan yang luas kononnya sedang menunggu pengundi hantu diturunkan di lapangan terbang untuk dihantar keseluruh Semenanjung.

Beliau menerima gambar itu semasa berada di Yayasan Aman, Penanti... secara kebetulan aku juga berada di bangunan itu pada hari itu..

Jadi diserahkannya gambar itu kepada aku dengan bangganya oleh Setiausaha PKR Permatang Pauh, minta aku draft kenyataan media bagi diadakan sidang media mengenai gambar itu..

Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang... he.. he.. he.. memang aku suka sangat nak buat kerja belasah UMNO/BN tu..

Walaupun begitu aku tak terus menyerbu membabi buta.. aku cari dulu sumber asal gambar tu..

Hasil cariannya didapati gambar tersebut bukanlah dirakamkan di dalam Malaysia tapi diluar negara..

Bila Presiden tanya "Mana Press Statement nya?"..

Jawab aku.. "Press Statement apa bendanya.. gambar tu bukan dirakan dalam Malaysia tapi di US pada tahun 1992 dulu...."

Ha.. nasib baik aku tak bedal terus UMNO hari tu.. kalau tak mungkin Presiden aku pun kena saman dengan UMNO/BN pasal fitnah..

Itu pasal Presiden PKR dan aku.. ini pula adalah kenyataan balas Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak


Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.

Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respons daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".

JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang.

Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh.

Namun, Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini.

Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang.

Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden.

Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang.

Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.

Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan. Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden.

Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak.

Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian.

Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa.

Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut.

Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya.

Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini.

Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti.

Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden.

Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.


Noorazmir Zakaria
Ketua unit

ADA USAHA NAK MATIKAN PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT

26 July 2013

SEDARKAH ANDA ADA STRATEGI LICIK MATIKAN PAKATAN RAKYAT SEDANG DIATUR




Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat???

1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipulasi berita pemilihan parti itu tahun lalu.

2. Memainkan isu Syiah bertujuan mengaitkan PAS dan berpotensi parti Islam itu diharamkan. Ia strategi sama ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir cuba mengharamkan nama Islam dalam pertubuhan suatu ketika dahulu.

3. Cubaan memenjarakan Ketua Umum Parti keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kes Fitnah 2 pada 1 Ogos ini, beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.
Nota : Namun mereka lupa, Allah sentiasa bersama golongan yang benar
Sumber : FB era pakatan

ADAKAH DUA WANITA INI DISYAKI MENYEBARKAN GAMBAR?


(Info) Tentang Kes Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFJWyNFmpRIp6qTgOPhYOusytkgyQ4rU_VqDRhatX1mbZAQ20SDKV6e-MghLOlhdiRbXYCZ1T0NF3zs0Fiy4u_ydwncl6MaOlaJoZ-kjOxk3NqN-8WVoUep8nU6Gs_6iqfenBgO-GM8S9x/s1600/Info+Tentang+Kes+Pelajar+Makan+Dalam+Bilik+Persalinan.jpg

Semalam kami ada kongsikan artikel tentang Pelajar Bukan Islam BUKAN Makan Di Tandas tetapi di bilik persalinan. Terbaru beberapa info dikongsi oleh seorang lelaki india tentang kenapa bilik persalinan menjadi tempat makan di SK Sri Pristina, Sungai Buloh, Selangor.

Info Tentang Kes Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut:

“Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

  • Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
  • Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
  • Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
  • Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
  • Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”
  • Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
  • Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
  • Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
  • Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
  • Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
  • Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
  • Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
  • Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

Gambar diatas sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi “layanan buruk” kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. Photo: Adakah wanita ini yang mula2 sekali menyebarkan gambar pelajar2 yang diarahkan makan dalam bilik persalinan? Wanita ini yang kononnya merupakan ibu kepada salah seorang pelajar merasa sedih dan terkilan di atas insiden tersebut.

Kalau baca kenyataannya, boleh nampak ianya berbaur rasis! Mengapa gambar pelajar islam yang tidak berpuasa makan ditempat sama tidak disebar? Adakah wanita ini mempunyai agenda tersendiri? Atau sekadar mencipta kontroversi?

<Dayang Suasa>

Dua gambar ini diambil dari FB yang menyokongGuru Besar sekolah berkenaan. Tertera dua wajah ini dengan gambar yang disiarkan.Pemangku Ketua Polis Selangor berjanji akan menyiasat siapa yang menyebarkan gambar yang kononya anak -anak mereka ini di aniayai dengan makan di tandas, walau di jelaskan makan di bilik persalinan yang diubahsuai buat sementara.

Macam la kat rumah makan teratur . Kalau nak lebih selesa, elok hantar anak ke sekolah swasta kottttt....

AWAS BAGI YANG MENYEBAR FITNAH...JANGAN SAMPAI KANTOI

Macam ini lah manusia yang suka membawa cerita. Kemudian cakap-cakap dan akhirnya menganiayai orang lain.Kalau dah semua pakat keluar kenyataan ikut bangsa,P.Kalamanthan,Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan,harus siasat dan kemukakan ke muka pengadilan bagi sesiapa yang menyebar maklumat.


Masa buat mesyuarat tak datang.Ini cerita bila orang panggil meeting tak hadir.Lepas itu cakap-cakap di belakang.Banggang punya cerita ni.Bagaimana pula tindakan JPN Selangor dan PPD.Kenapa mengalah dan guru berkenaan menjadi mangsa?? Dimana pembelaan kepada kaum Guru.

  Laman Facebook diwujudkan sokong guru besar SK Seri Pristana

 Sekolah berhak tidak beritahu segalanya kepada ibu bapa, kata PIBG Seri Pristana

 

Luahan Hati Guru Besar SK Seri Pristana.. Bacalah..


Jika benar luahan hati ini ditulis oleh Guru Besar SK Seri Pristana, kemungkinan besar selepas bercuti beliau akan diarahkan berpindah atau bertukar ke pendalaman Sarawak..

Dalam satu status yang dikemaskini oleh Admin FaceBook 'Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana' telah disiarkan luahan hati Guru Besar tersebut..

Guru Besar sekolah itu menurut admin FaceBook berkenaan telah mempersoalkan kemanakah perginya pemimpin UMNO yang langsung tidak ada seorangpun yang tampil membela beliau.

Sedangkan menurutnya, beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser..

Tengok nih..


Tulis admin laman tersebut lagi..

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah.

Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

 Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Sumber dari SINI..

BN MENANG.

Tak rasmi: BN kekalkan DUN Kuala Besut
 
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.

Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.
LANGSUNG8pm: BN mendahului dengan hampir 2,600 undi
PAS 5283
BN 7882
Majoriti 2599
Undi rosak 93


Rasanya semua dah tahu keputusan ni....cuma tak mahu tukarbendera. Letak pulak bendera lain selain PAS. ??? salah ka???

ADUN MENTAKAB SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA ORANG ASAL

1) YBM Tengku Zulpuri Shah dan YDP Pas Temerloh Hj Yusuh melawat serta memyampaikan sumbangan kerusi roda kepada orang asal bernama Husin bin Port di kg  Mengkuang yang telah lama memohonnya semenjak 2001 lagi .
(Dengan gambar 7769)

2) YBM Tengku Zulpuri Shah dan YDP Pas Temerloh Hj Yusuh melawat mangsa langar lari seorang orang asal bernama Azman bin Rosli di kg Mengkuang dan membantu beliau untuk mendapatkan kerusi roda dan kebajikan .
(Dengan gambar 7771)




ADUN MENTAKAB ZIARAH DAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA FAKIR


Mentakab-ADUN  DAP Metakap, YTM YB Tengku Zulpuri telah melawat beberapa tempat dan menyampaikan bantuan hari raya kepada penduduk dbawah DUN Mentakab. Turut serta bersama beliau ialah isteri dan juga penyokong. Bantuan ini disampaikan di kampung Tingkat dalam DUN Mentakab.

Sumbangan berupa beras,dan sedikit bantuan kewangan. Beliau juga akan merujuk kes ini kepada Jabatan Kebajikan Msyarakat bagi membant golongan daif ini yang selama ini dibiarkan tanpa diberi bantuan oleh Bn/Umno.





1)seorang perempuan tua yang uzur 80an (gambar 7777)

2)seorang perempuan tua yang uzur 80an (gambar 7776)

3)seorang perempuan tua yang uzur 80an mengalami penyakit pakinson disebabkan kemalangan di masa lampau . (gambar 7779)

4)keluarga miskin, suami hanya pekerja buruh binaan keluarga pegawai keselamatan yang menpunyai 7 orang anak yang hidup daif dan menumpang dengan rumah saudara . (gambar 7782)

5)keluarga miskin yang menyewa rumah kampong RM 80.00 dengan tanggungan anak 5 orang .(gambar 7781)

6)keluarga miskin yang tinggal di taman pusaka dengan pekerjaan menoreh getah orang (bahagi 2)......(gambar 7788,7787)

UMNO HARUS BERUBAH DENGAN MENUMBANGKAN 3 NAIN PRESIDEN INI.KENAPA?

Kenapa perlu menolak mereka bertiga ini? Kerana ianya tidak dapat memberi contoh dan teladan terbaik buat UMno. Tak payah Ulas bab Hishamuddin yang dikatakan gagal menangani isu Pencerobohan Sulu, Shafei Apdal dengan Isu bersama pelakon yang heboh dulu, dan juga Zahid isu kaki pukul dan samseng dalam dewan dan penyelesaian diluar mahkamah yang gagal

Ahli Umno haruslah menyokong muka baru yang memenangi pilihanraya baru-baru ini dan mereka harus berani tampil menentang 3  naib presiden ini.

3 naib presiden Umno pertahan jawatan

 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini seperti rakan sejawatnya Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya telah menentu pendirian saya dengan jelas. Saya akan akan mempertahankan (jawatan).

"Kami bertiga (naib presiden sekarang) akan mempertahankan jawatan kami," katanya dalam sidang medianya Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut petang ini.

Seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Husein yang juga menteri pertahanan.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan "lebih besar" daripada itu, Zahid berkata:

"Tidak secara keseluruhan. Kami tidak membenarkan diri kami bergerak ke atas dan ke bawah," katanya sambil menambah mereka terbuka untuk berdepan persaingan bagi mempertahankannya.
 
 
 
 
 
 

KEJADIAN PIJAK ALQURAN.SAMA ADA LELAKI INI WARAS ATAU BUKAN ISLAM?




.

[Video Rakaman] Seorang Lelaki Masuk Ke Dalam Masjid Dan Memijak-mijak Al-Quran Di Masjid Pengkalan Batu | Lagi Penghinaan Terhadap Islam

[Video Rakaman] Seorang Lelaki Masuk Ke Dalam Masjid Dan Memijak-mijak Al-Quran Di Masjid Pengkalan Batu | Mula-mula aku tengok video ini terkejut jugalah, pasal tiba-tiba masuk dalam Masjid dan pijak-pijak Al -Quran, aku harap pihak berkuasa dapat bertindak dengan segera, kemera CCTV dan mencukupi untuk menangkap makhluk yang jahil lagi bodoh itu
 
 
SEMOGA PIHAK BERWAJIB MEYIASAT, KERANA BANYAK SAKSI MELIHAT KEJADIAN INI DAN BERKEMUNGKINAN MENGENALI MALAUN INI.

Umno berubah apabila kalah pilihan raya, kata Kadir Jasin


Umno berubah apabila kalah pilihan raya, kata Kadir Jasin


July 21, 2013
Kadir sifatkan, sangat tipis untuk Umno berubah menjadi lebih baik Kadir sifatkan, sangat tipis untuk Umno berubah menjadi lebih baik Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) membayangkan peluang untuk Umno berubah tipis kecuali berlaku perubahan drastik termasuk kalah pilihan raya umum.
"Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis.
"Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU," kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, hari ini.
Pemilihan Oktober ini dikatakan bersejarah berikutan sistem kuota dimansuh tetapi Kadir menyifatakan ia bukan jaminan untuk parti itu memenuhi tuntutan perubahan.
Seramai 146,500 perwakilan Umno dari 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Meskipun pindaan perlembagaan itu memberi ruang secara demokratik, Kadir berkata mustahil Datuk Seri Najib Razak dari kerusi Presiden Umno seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
"Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu," katanya.
Beliau membandingkan pengunduran Abdullah berlaku akibat tekanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.
Selain itu, Umno juga sudah mengumumkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertanding atas alasan prestasi Umno yang baik berbanding parti lain.
Sebaliknya, Kadir berkata banyak faktor lain menyebabkan jawatan penting Umno sekalipun dipertanding, tiada siapa yang cabar berikutan faktor kewangan Najib yang tak siapa mampu tandingi.
"Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah “berunding” dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah).
"Cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Najib yang kaya sumber," kata Kadir.
Kadir juga tidak menjangka Muhyiddin akan mengambil langkah merebut jawatan presiden parti walaupun prestasi Najib paling buruk berbanding perdana menteri terdahulu.
"Muhyiddin pula dikatakan 'tidak berminat' mencabar Mohd Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM," katanya. - 21 Julai, 2013.

PERPECAHAN DALAMAN MIC MEMBIMBANGKAN

WAR breaks out in MIC over Vell Paari’s sackingSatu pertempuran besar-besaran telah muncul antara presiden dulu dan sekarang dalam parti MIC ekoran pemecatan pihak strategi S. Vell Paari yang berkuasa dari Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
 

Pemimpin parti berkata tindakan drastik oleh Datuk Seri G. Palanivel terhadap anak Datuk Seri S. Samy Vellu, bekas ketua MIC itu, akan menyebabkan lebih banyak "kecederaan". Dengan pemilihan parti hampir, pertelingkahan dalaman juga melihat langkah Palanivel sebagai pulangan perbalahan  politik kasta.
Politik kasta telah pada masa lalu dipecahkan MIC ke dalam kumpulan, menyebabkan kerosakan tidak boleh diperbaiki.
Pemimpin-pemimpin parti yang bersedia untuk:

        
> Lebih ramai orang yang akan dipecat atau digantung;
        
> Cawangan untuk de-didaftarkan;
        
> Cawangan baru akan ditubuhkan;
        
> Pelantikan ahli berprofil rendah kepada kedudukan penting.
Minggu lepas, Palanivel mengambil alih pucuk pimpinan MIC Kedah selepas mengeluarkan orang kuat Samy Vellu  iaitu S. Ananthan.
Para pemimpin berkata penyingkiran Palanivel  terhadap Vell Paari dan Ketua Puteri Usha Nandini dari jelas merujuk CWC  mengamalkan  politik kasta.
Kedua-dua telah digantikan dengan bekas naib presiden Datuk S. Sothinathan dan anak bekas timbalan presiden Tan Sri S. Subramaniam.
Kata seorang pemimpin, yang tidak mahu dikenali: "Menariknya, kedua-dua anggota CWC baru dari kasta Gounder.
"Ia adalah tidak adanya rahsia lagi bahawa Samy sentiasa bertelagah dengan Subramaniam dan secara lanjutan dengan masyarakat Gounder."
Beliau berkata masyarakat Gounder yang dibuat sehingga sebilangan besar ahli-ahli MIC dan "kini Palanivel adalah menyatukan sokongan mereka terhadapnya dalam pemilihan parti."
Palanivel, katanya, telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli kasta Samy Vellu,dari kasta  Devar itu.
Beliau berkata beberapa pemimpin kanan parti adalah dari kasta Devar tetapi ia kelihatan seperti Palanivel telah memutuskan bahawa undi gabungan dari Gounder dan kasta Muthaliyar sendiri akan cukup untuk mengimbangi suara hilang dari kumpulan Devar.

SURAT JUSUFF KALLA MENAFIKAN PEMBABITAN ANWAR DENGAN DANA ASING

Berikut disediakan dengan satu salinan surat yang dihantar kepada Berita Harian oleh bekas Indonesia Naib Presiden, Jusuf Kalla.

Dalam surat yang bertarikh 18 Julai, Kalla menafikan bahawa beliau membuat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim melancarkan Blackout505 gerakan menentang penipuan yang meluas yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan dana asing seperti yang dilaporkan oleh 28 Jun  semasa temu bual dengan Berita Harian bertajuk "Anwar Dapat dana asing Aliff Langsir 505" (Anwar mendapat dana asing untuk melancarkan Langsir 505).

Surat itu diterjemahkan di bawah bersama-sama dengan pembiakan penuh surat yang asal:

Saya baru sahaja membaca 28 Jun 2013 edisi Berita Harian yang mendakwa bahawa saya telah memberikan satu wawancara eksklusif dengan Al-Azharri Siddiq mengenai "Anwar mendapat dana asing untuk melancarkan Langsir 505:.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah memberikan wawancara eksklusif kepada Al-Azharri Siddiq. Azharri bertemu saya secara ringkas semasa kunjungan hormat untuk menyerahkan sepucuk surat yang meminta saya bertemu wartawan Malaysia 8 - permintaan yang saya ditolak. Ini kunjungan hormat ringkas berlaku pada 1 2013 Jun pada susunan ahli parlimen Indonesia.

Oleh itu apa yang dilaporkan Berita Harian tidak mencerminkan realiti dan Azharri sejak memohon maaf kepada saya mengenai perkara ini beberapa kali.

Artikel penuh:




Letter from Jusuf Kalla to Berita Harian



Alvin, Vivian DIDAKWA HARI INI. TIADA IKAT JAMIN.ADALAH KUFUR JIKA SEORANG MUSLIM MEMBENARKAN AGAMANYA DIHINA


Malaun 2 ekoq ni hasil didikanMCA rasanya. Kalau yang sokong DAP ni cerdik sikit.Aku tak tau la kot adakaitan denganketua parti tu.

Kalau gambar bogel boleh tayang kepada orang satu dunia , tanpa ikatan, bukan sahaja memalukan negara di luar negara , malahan perbuatan mereka danjuga keseronokanmereka ini mengundang pembalasan.KASI DUDUK DALAM 2 TAHUN. MAMPOIH LA HANG BANDUAN DIDALAM DOK TUNGGU. HANGPA TAU KA..DIDALAM PENJARA SANA SEDANG MENUNGGU KEMASUKKAN 2 EKOQ NI.SATU WANITA DAN SATU LAGI LELAKI.SAKIT...SAKIT




Hina Islam: Kerajaan jangan pilih kasih


KUALA LUMPUR: Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar), berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam.
Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu.
“Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah,” kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut.

ORANG YANG SAMA BEKAL DAKWAT


BANYAK LA MAT SAID HANG PUNYA TANAH

elok la mat said.hang bagi la tanah pada semua wakil rakyat Umno.Biar kenyang dan senang lenang.Rakyat merempat,banggunan runtuh, hang tak yah peduli.Ambik sumbat banyak-banyak selagi boleh.Tapi ingat, kuasa rakyat pasti akan bangkit dan tuntut,hak kenapa rakyat sukar untuk mendapat geran tanah , tetapi wakil rakyat pulun untuk diri anak dan kroni.RAKYAT DIDAHULUKAN.


Tanah: Rakyat nafi dakwaan Ahmad Said

Ahmad Said: Wakil rakyat Umno berhak dapat tanah

July 17, 2013
Kerajaan Terengganu tidak akan menarik balik tanah yang dianugerah kepada empat orang pemimpin Umno Besut bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat, kata Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Terengganu itu berkata wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain dan mereka memiliki satu hektar tanah setiap seorang diBukit Dendong dan Mukim Tembila di Besut.
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat, dia berhak minta. Apa salahnya, dia dapat secara (yang betul).
"Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot.
"Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," memetik kenyataan beliau dari portal Malaysiakini.

Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Kuala Besut pagi ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan mereka memulangkan semula tanah itu.

Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan'.

Beliau mendakwa tanah berkenaan diberi ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh.

Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah ialah Ahli Parlimen Besut ketika itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan Adun Hulu Besut Nawi Mohamad.

Nawi yang juga Adun Hulu Besut pada Isnin lalu mengakui beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri. - 17 Julai, 2013.

Identiti Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Terbongkar

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).


"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.

"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.

Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.

"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.

Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal.

WOIII..DUA EKOQ MALAUN HINA AGAMA SILA SERAH DIRI.

‘Blogger seks’ digesa serah diri atau berdepan ditangkap polis

Oleh Elizabeth Zachariah
July 16, 2013
Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pasangan 'blogger seks', Alvin Tan dan Vivian Lee segera menyerah diri sebelum mereka ditahan atas perbuatan mereka baru-baru ini yang dilihat sebagai mempersenda bulan Ramadan.

Ketua Polis Negara itu, berkata pasangan itu disiasat atas dakwaan menimbulkan kebencian kaum dan agama serta cuba mewujudkan keadaan yang tidak tenteram.
Khalid menggesa mereka menyerah diri serta merta sebelum mereka diburu polis.
Pagi tadi, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasangan  itu mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran provokasi melampau di bulan Ramadan yang mengundang kemarahan orang Islam.
"Ya, Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat," kata Peguam Negara itu pada sidang media hari ini.

Pasangan itu mengirim sekeping gambar di laman Facebook Khamis lalu dengan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” sementara menikmati ‘bak kut teh’ (sup herba babi), selain logo Halal dipamer pada gambar berkenaan.

Facebook menutup akaun berkenaan selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan berikutan laporan orang awam.
Pasangan yang sering menimbulkan kontroversi, kemudian memohon maaf dalam satu kiriman YouTube dengan mendakwa perbuatan mereka hanya satu jenaka.

SKMM, bagaimanapun, tidak melihat isu berkenaan sebagai lucu.
Semalam. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata siasatan akan dilengkapkan minggu ini dan polis juga menjalankan siasatan sendiri.


Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara setahun atau denda RM50,000. - 16 Julai 2013.



Rafizi dedah individu rapat dengan Pengerusi SPR pembekal dakwat

Rafizi dedah individu rapat dengan Pengerusi SPR pembekal dakwat

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 16 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan, individu yang memperoleh kontrak rundingan terus untuk membekalkan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu merupakan individu yang rapat dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Individu tersebut dinamakan sebagai Mohamed Salleh Mohamed Ali dan berasal dari Singapura dan mempunyai tiga syarikat yang memperoleh pelbagai kontrak kerajaan tanpa melalui sebarang proses tender terbuka.

Dakwat_kekal“Ada tiga syarikat yang dikawal Salleh dalam rundingan terus dengan kerajaan termasuk sebuah syarikat bernama Integrated Challenger (M) Sdn Bhd,” dedah Pengarah Strategi KEADILAN itu dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Selain daripada itu, ada dua lagi syarikat yang masuk dalam rundingan terus dan dikawal Salleh tetapi didaftarkan di bawah nama pekerja-pekerjanya termasuk kerani syarikat beliau yang bernama Norsiah Yusof yang juga menjadi Ahli Pengarah syarikat-syarikat tersebut,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat-syarikat yang dikawal Salleh banyak terlibat dengan kontrak pembekalan kerajaan bukan sahaja melalui dakwat kekal malah pernah mendapat kontrak dari Kementerian Pertahanan.
“Salleh memperoleh kontrak dari Kementerian Pertahanan melalui syarikat beliau yang satu lagi iaitu Allison Corp Sdn Bhd,” katanya.


“Ini bermakna Salleh adalah pakar rundingan terus dengan kerajaan, kerana semua kontrak rundingan terus yang diperolehinya sebab beliau dikatakan rapat dengan pemimpin kerajaan termasuk Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya lagi.


Justeru, Rafizi menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan bagi mengurangkan rundingan terus yang merugikan peniaga lain serta wang rakyat.
“Kita juga mahu tahu apa status siasatan SPR terhadap pembelian dakwat, kemeja-T dan topi seperti yang termasuk dalam Belanjawan Tambahan,” katanya.


Pasangan lucah persenda Ramadan dijangka beri keterangan kepada SKMM esok

Aku rasa umat islam hilang sensitiviti kot tentang mempersendakan agama Isam sebagai agama rasmi negara ini. Kita tidak pernah menghina agama lain rasanya, hanya untuk menjadi glamour atau terkenal. jika mereka berdua ini begitu berani menghina agama Islam ini, aku kira , sudah pastinya lah mereka berani pula menanggung risiko dalam hidup mereka.Jika Salman rushdi yang pernah ditawaran kepalanya dengan 10 juta USD oleh Iran , aku kira umat Islam seluruh dunia nak tawarkan berapa USD pula untuk dua ekoq bangsat ini????dan di mana pula pejuang hak asasi umat Islam.PERKASA?, sudah pastinya PERKASA mengamuk mempertahankan ugama Islam, dan di doakan pasangan bahagia ini tidor nyenyak dimana mereka berada.  Ini adalah kerana mereka ini mencari publisiti murahan dengan menimbulkan kemarahan orang lain.Bodoh punya lahanat. 


Dua individu yang mempersenda Ramadan dijangka hadir ke pejabat penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok bagi memberi keterangan.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan dan membantu siasatan.

Kedua-dua mereka sebelum ini memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
"Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.

Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.


"Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.
"Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian," katanya. - Bernama, 14 Julai, 2013.



YB ZULPURI MELAWAT KAWASAN

1)Adun Mentakab YBM Tengku Zulpuri Shah Bersama-sama dengan YDP Pas Temerloh  Hj Yusoh melawat serta menyampaikan sumbangan beras kepada keluarga miskin. kampong chatin bawah seorang lelaki tua Sani Bin Kasim 80an uzur dan pernah berkhidmat dgn polis zaman darurat dahulu .
(dengan lampirkan gambar IMG_7742.JPG)







2)Adun Mentakab YBM Tengku Zulpuri Shah Bersama-sama dengan YDP Pas Temerloh  Hj Yusoh melawat serta menyampaikan sumbangan beras kepada keluarga miskin. 
kampong chatin bawah seorang lelaki tua 60an,uzur pengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yg tidak boleh berkerja dan penglihatan kabur di sebabkan oleh kencing manis.
(dengan lampirkan gambar IMG_7746.JPG)














3)melawat Kg Penak kawasan trang TNB yg patah dan putus talian serta orang kampong tidak dapat bekalan elektrik selama 1 bulan
(dengan lampirkan gambar IMG_7750.JPG dan IMG_7752.JPG)IMG_7752.JPG

PKR perlu bebaskan rumah Norhayati - Mohd Sayuti Omar

PKR perlu bebaskan rumah Norhayati - Mohd Sayuti Omar

Kenapa MSO memberi tajuk khas kebajikan Norhayati ini haruslah diambil pandangan bahawa kebajikan ahli parti yang sejak dari awal penubuhannya iniharuslah diberi perhatian serius.Mungkin ini salah satu dari beberapa kejadian yang dipandang sepi. Perjuangan adakalanya memerlukan sokongan dan bantuan parti.Jika hal seperti ini dibiarkan menangung sengsara seorang diri, ini diangap sebagai tidak ambil port oleh parti tersebut.MSO sudah pasti ada jawapan tuntas mengenainya.


Nasib yang dialami oleh Ketua PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.

Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.

Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.

Tidak ada apa-apa keperluan untuk beliau berbuat begitu kalau bukan untuk parti. Norhayati disaman oleh kerana beliau dikatakan memfitnah penyaman itu dengan menuduh penyaman itu tidak berakhlak, berpengetahuan dalam agama dan penyaman itu juga mencadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bercerai dengan suaminya Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum PKR.

Tuduhan Norhayti Jaafar itu dibuat dalam satu sidang akhbar kemudian disiarkan dalam media massa termasuk Harakah. Selain Norhayati berberapa pihak lain juga disaman.

Walaupun apa yang dilakukan Norhayati diluar pengetahuan dan arahan parti, tetapi parti kena ambil peduli kerana ia berbuat begitu demi parti. Tidak ada apa-apa kepentingan untuk dirinya atas kenyataan yang menyebabkan dia difitnah.

Dalam hal ini seluruh ahli PKR boleh berpakat untuk membantu Norhayati. Tidak menjadi masalah kalau kutipan derma di kalangan ahli dilakukan untuk membantu Norhayati. Kalau kutipan untuk tujuan aktiviti parti lain boleh dibuat kenapa tidak untuk membantu ahli parti yang teraniaya?

Begitu pun kutipan seperti itu bukan patut dijadikan amalan tetapi setidak-tidak untuk dijadikan iktibar di masa akan datang. Ahli parti khasnya penjawat jawatan hendaklah berhati-hati dalam membuat kenyataan walaupun atas tujuan hendak membela parti dan pemimpin atasan. Juga apa yang boleh diambil iktibar sudah menjadi sunatullah dalam politik mana-mana ahli yang mendapat musibah ia akan tanggung sendiri.

Semoga kes dihadapi Norhayati itu akan diatasi dengan baik dan PKR akan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan ehsan kepada ahli-ahlinya.

Rusuhan Tersembunyi / The Silent Riot By Nadira Ilana





Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah

Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.
Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan, Harakah (1,062) dan The Rocket (70)
KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang

.SK130
“Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984.


“Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010,” jawabnya melalui Jawapan Lisan.
Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.


Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54217

Pakatan failkan saman pada SPR Isnin ini

Pakatan failkan saman pada SPR Isnin ini

KUALA LUMPUR 13 Julai: Pakatan Rakyat akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini berhubung isu dakwat tidak kekal, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung di dalamnya.

“Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR. Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan,” katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) membawa 22 syor PR dalam penambahbaikan perjalanan pilihan raya disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti dan mengetuai suruhanjaya berkenaan.

“BN mempunyai ahli yang ramai manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.

“Cadangan ahli parlimen PR seperti Dr Mohd Hatta Ramli,  Azmin Ali dan Anthony Loke tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada PSC,” ujarnya lapor The Malaysian Inside.

“Cadangan yang dikemukakan seperti pendaftaran pengundi secara automatik apabila berumur 21 tahun dan parlimen dibubarkan selepas empat tahun berlangsung turut tidak dilaksanakan,” katanya ketika berucap di siri seminar pasca pilihan raya yang dianjurkan Majlis Peguam, hari ini.

Beliau menggesa SPR lebih telus dalam menjalankan proses persempadanan semula yang dijangka dilakukan penghujung tahun ini.


“SPR dilihat cenderung memberi kemenangan kepada BN dengan memperluaskan kawasan yang dimonopoli mereka seperti memecahkan kawasan di Sungai Besar, Selangor namun menyatukan kawasan yang tidak diungguli mereka dengan mencantumkan kawasan parlimen Ampang dan Pandan,” katanya.
Antara syor diketengahkan PSC pada April tahun lalu ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos; memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media serta membenarkan pra pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemiilih apabila mencapai umur 20 tahun.