Bukan Perempuan, Bukan Lelaki

"Aku Siapa", demikian tajuk dokumentari Hayati Kaprawi. Dokumentari pendek ini mengangkat pandangan sebahagian masyarakat tentang tudung. Barangkali pandangan yang diangkat itu dominan atau tidak, tidak juga diketahui secara tuntas. Tudung bukan suatu hukum wajib yang dituntut keras oleh agama, begitulah rumusan awal yang boleh dibuat setelah menonton dokumentari ini.

Bahkan, cara Hayati membentangkan pandangan masyarakat melalui layar juga boleh dikatakan amat baik. Antara babak yang terkesan ialah apabila Anwar Ibrahim bersalaman dengan Nik Aziz Nik Mat. Permulaannya babak ini dilihat sebagai cuba-cuba memancing berahi untuk terus menikmati dokumentari ini.

Pandangan masyarakat umum; daripada makcik-makcik, remaja, perempuan seni dan golongan profesional terhadap pemakaian tudung juga amat menarik. Majoriti memberi tanggapan yang tidak pro terhadap pemakaian tudung, atau setidaknya mereka bersetuju bahawa tudung bukanlah syarat ketat bagi perempuan untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Respon ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan agamawan dan contoh isteri-isteri ulama yang tidak bertudung suatu ketika dahulu.

Dengan penyampaian yang baik, dokumentari ini mudah untuk difahami dan mudah ditarik isinya, bahawa perempuan punya hak terhadap pakaiannya. Di samping itu, ini sekaligus memaparkan bahawa hak ini merupakan jalan menuju pembebasan daripada kediktatoran patriaki. Maka, boleh dinyatakan, bahawa pembebasan perempuan merupakan tema besar yang terkandung dalam dokumentari ini, yang secara khususnya adalah hak perempuan terhadap pakaiannya.

Memang, atas nama kebebasan, maka tudung ini boleh dilihat sebagai satu kekangan ke atas perempuan. Kebebasan, sebuah kata yang punya kuasa untuk membawa manusia ke arah yang lebih sejahtera. Kebebasan juga merupakan nilai penting untuk manusia menikmati kejadiannya, yang tidak terbatas kepada jantina. Oleh itu, struktur budaya masyarakat yang meletakkan hukum moral terhadap perempuan yang melepaskan hijabnya ini harus dijernihkan kembali - tidak sepertimana yang cuba diusulkan menerusi dokumentari ini.

Tudung, seperti yang cuba digambarkan dari dokumentari tersebut, telah dilihat sebagai satu keberhasilan kuasa atas nama agama untuk menundukkan masyarakat. Secara tidak langsung, melepaskan tudung turut bererti melepaskan pengaruh kuasa yang berdasarkan agama tersebut. Bagaimanapun, jika wacana berkenaan tudung berakhir hanyalah pada tingkat ini, saya merasakan ini bukanlah sebuah kebebasan. Sebaliknya, ini adalah sebuah kepatuhan yang beralih kepada sebuah kepatuhan yang lain. Simbol bertukar, tetapi subtansinya masih sama. Maknanya tidak berubah.

Hujah saya begini; jika penegasan bahawa pemakaian tudung sebagai simbol kebelengguan melalui konsep kebebasan, maka kritik terhadap perkara ini juga boleh dilakukan dengan bersandar hujah kebebasan juga. Sebab, persoalan yang boleh muncul selepas menonton dokumentari ini ialah: adakah perempuan akan menemukan keberadaannya jika membuka tudung? Jika kita mengatakan budaya memakai tudung itu adalah hasil daripada konstruk penguasa (negara, atau agamawan), maka adakah dengan tindakan membuka tudung itu sebenarnya hadir dari kesedaran akan kebebasan perempuan itu sendiri? Ini persoalan yang lebih sendi yang telah terabai dari dokumentari tersebut.

Jadi, di sini saya tidak pergi kepada baik atau tidaknya memakai tudung. Namun persoalan intinya adalah: adakah tindakan melepaskan tudung ini suatu tindakan yang fundamental untuk seorang perempuan melepaskan dirinya dari kebelengguan patriaki?

Hemat saya, jika perempuan melepaskan tudung ini sebagai satu tindakan fundamental untuk melepaskan diri daripada faham agama yang patriaki, maka saya memikirkan ini adalah kebelengguan kali kedua, atau kata kasarnya, dua kali kebodohan. Mengapa? Sebab, jika perempuan merasakan memakai tudung itu sebagai simbol, maka membuka tudung juga berupa sebuah simbol juga. Satu simbol kepada agama, manakala satu lagi simbol kepada ideologi liberal.

Dalam dokumentari tersebut juga ada mempersoalkan, apakah kita tidak boleh menjadi penganut Islam yang baik jika tidak memakai tudung? Bertitik tolak dari pertanyaan ini, kita juga boleh bertanya kembali, apakah kita tidak boleh menjadi penganut ideologi liberal yang baik jika memakai tudung? Di sini kita dapat lihat memakai tudung atau tidak ibarat soalan "kamu memakai baju warna apa hari ini?" Jawapannya seharusnya tidak diakhiri dengan persoalan moral.

Malangnya, fahaman tentang isu tudung ini diakhiri dengan moral, baik pihak agama mahupun pihak liberal. Liberal seakan mengatakan dalam diam, "jika mahu bebas, bebaskanlah kepala kamu." Nah, di sini mana erti bebas untuk perempuan, jika mahu bebas pun harus dilakukan dengan bersyarat. Bertambah malang, syaratnya sama, kedua-duanya terperangkap pada simbol.

Barangkali, beralih-alih kepada simbol dan usaha ingin memiliki kebebasan membuatkan perempuan terus dilihat sebagai perempuan, sebagai jantina yang kedua. Dalam kata lainnya, perempuan masih lagi jantina kedua yang ingin hak terhadap kebebasan. Perempuan tidak cuba merangkul kejadiannya melampaui simbol "perempuan". Perempuan tidak cuba menemukan hidupnya seorang manusia, tanpa sandaran jantina. Hasil daripada ketidakberanian perempuan mendapatkan subjektivitinya, maka dapat saya ulang, perempuan mengalami kebelengguan dua kali. Kebelengguan pertamanya, mahu akan kebebasan mengikut perspektif lelaki. Dan kebelengguan keduanya, ialah perempuan sudah merasakan dirinya bebas dari patriaki, dalam masa yang sama mengukuhkan lagi nilai patriaki untuk lelaki.

Dalam kebelengguan pertama, kita cuba juga melihat akan sikap perempuan yang "mengada-ngada", yang kononnya mahu bebas, atau kononnya sudah bebas. Melalui kebelengguannya yang pertama, perempuan cuba meraih kebebasan, namun ungkapan kebebasan yang mereka fahami adalah konstruk daripada manusia yang punya penis. Adalah amat tidak adil bagi seorang perempuan yang tidak mahu memakai tudung dengan alasan bahawa "bahawa masyarakat tidak ambil peduli apabila lelaki tidak menutup auratnya, sebaliknya masyarakat akan peduli apabila perempuan tidak menutup auratnya".

Mudahnya, saya tidak mengatakan bahawa perempuan wajib memakai tudung, tetapi jika ini hujahnya, maka di mana kebebasan? Apatah lagi, jika perlakuan dan moralnya masih dibelenggu oleh lelaki. Nah, mana aslinya perempuan di sini?

Sementara, dalam kebelengguan kedua pula, perempuan sudah merasakan dirinya bebas dari patriaki, yang sebenarnya dalam masa yang sama mengukuhkan lagi nilai patriaki untuk lelaki. Ini dapat dilihat melalui satu analogi: dalam sebuah keluarga, seorang suami membuat keputusan untuk berkahwin lain, maka isteri/ibu yang merasakan sedar akan haknya menuntut hak agar tidak diperlakukan sewenang-wenangnya oleh si suami. Tuntutan itu berupa harta, hak penjagaan anak dan memastikan keperluan-keperluan yang lain terpenuh.

Tuntutan paling ekstrim ialah mahu si suami menceraikannya supaya bebas dari kekuasaan si suami yang dilihat tidak adil, tidak memperlakukannya sebagai isteri serta tidak menghargai pengorbanannya sebagai seorang ibu kepada anak-anak si suami. Lihat, tuntutan kepada si suami masih lagi kehendak seorang perempuan kepada suami. Si isteri masih lagi tidak mampu melampui dirinya lebih dari suami.

Melalui analogi di atas, dapat kita faham sedikit bagaimana pandangan Jacques Lacan terhadap emansipasi perempuan yang palsu. Lacan, melihat Medea, karya Euripides adalah tindakan radikal seorang isteri/ibu mengangkat subjektivitinya sebagai manusia dan membuang simbol keperempuanan - yang ada adalah dirinya sebagai manusia (subjek) tanpa jantina.

Medea, berkawin dengan Jason atas dasar cinta hingga sanggup membunuh ayahnya yang menghalang cinta mereka. Dibuang oleh masyarakat, kehilangan bapa dan pengorbanan menjadi seorang ibu cukup membuktikan kedalaman cinta Medea. Malangnya, beberapa ketika Jason membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Medea tidak setuju. Segala janji Jason untuk memastikan hak dia dan hak anak mereka terjaga tidak setanding dengan harapannya terhadap keluarga kecil ini. Namun Jason berkeras, mahu berkahwin lagi.

Di sinilah letaknya cabaran terhadap nilai keperempuanan Medea; nilai sebagai seorang isteri yang setia dan pencinta; nilai sebagai seorang ibu penyayang terhadap anak mereka yang comel; dan nilai sebagai seorang perempuan yang memberi kehidupan terhadap keluarga kecil ini. Medea tidak membunuh Jason. Sebaliknya, Medea membunuh pengantin perempuan. Juga anak-anak comelnya. Tindakan Medea ini gila. Medea bergelut antara nilai penyayang seorang ibu dan rasa kesalnya sebagai perempuan. Nah, adakah tindakan membunuh anaknya membuatkan Medea lepas dari kebelengguan sebagai seorang perempuan, kebelengguan sebagai seorang objek, juga kebelengguan sebagai barang catur lelaki?

Ternyata, melalui tindakan ini, Medea bukan sahaja berupaya menanggalkan simbol perempuan sebagai mangsa pengabdian, malah berupaya melekehkan sikap pengecut lelaki yang menyorok di belakang simbol penis. Keberanian menjadi manusia ini yang saya fikirkan tidak ada dalam diri sebilangan perempuan (juga sebenarnya sebilangan lelaki) yang kononnya mahu "mengada".

Tepatnya, inilah paparan manusia yang dilupakan oleh Norhayati Karpawi dalam dokumentari "Aku Siapa" tersebut. Yakni, manusia yang bukan perempuan, dan juga, bukan lelaki. Tapi, Manusia, dengan "M" besar.

*Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi. Trailer "Aku Siapa" boleh didapati di Youtube.

Politik samseng semakin ketara

Dua tahun di bawah Najib:

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 3 April 2011 (iaitu sebelum PRN Sarawak 2011), sempena ulang-tahun kedua Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Kalau Cina tolak MCA, Melayu patut tolak Umno


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 April: “Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar).

Hakikatnya, kata beliau hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas sama sekali.

Ini, ujarnya terbukti ketika pilihan raya Negeri Sarawak di mana ketiga-tiga parti membentuk pakatan yang kuat menentang BN hingga berlaku peningkatan sekali ganda kerusi yang dimenangi oleh PR.

Tambahnya, isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan musuh untuk mengaibkan Anwar sekali lagi selepas kegagalan usaha BN pada tahun 1998 dulu di mana akhirnya mahkamah membersihkan nama Anwar.

“Semangat setiakawan PAS terhadap rakan-rakan dalam PR kian utuh,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menerusi Konvensyen PR yang telah dua kali diadakan, Majlis Menteri Besar PR, Majlis pimpinan PR dan Sekretariat PR adalah bukti jelas semangat musyawarah yang sedia terjalin dalam apa jua perbincangan bagi menggagaskan alternatif menggantikan kerajaan BN yang korup.

“Apa perlunya kerjasama dengan sebuah parti yang sangat perkauman seperti Umno?

“Perpaduan apakah yang mahu dijalinkan dengan pemimpin yang korup, penuh skandal dan tidak beramanah seperti Umno?” tanya beliau.

Katanya, hubungan Umno sendiri dengan komponen BN sendiri sangat dingin.

Tambahnya, insiden terbaru MCA terhadap Utusan Malaysia sendiripun diulas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam nada yang menggambarkan perpecahan Umno MCA.

“Kalau dalam BN sendiri bersarat dengan masalah; apa yang boleh diperolehi oleh PAS jika menjalin perpaduan dengan Umno?” soalnya.

Ketika ini, ujarnya hanya tinggal sebahagian orang Melayu yang menyokong Umno terutamanya di pedalaman dan kawasan Felda dan Felcra, itupun sebahagian mereka telah berubah.

Beliau berkata, jika usaha yang sedang rancak dilakukan di kawasan ituberjaya mengubah sokongan mereka kepada PR; apa yang tinggal pada Umno.

Katanya, PR sedang mempromosikan tawaran 100 hari PR melalui Buku Jingga di mana momentum PAS Ganti Umno sedang berkembang seluruh negara dengan sambutan yang luarbiasa.

“PAS tidak akan terpedaya dengan strategi Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR. PR sedang bergerak menuju Putrajaya.

“PR akan menjadi kerajaan prorakyat yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

Keputusan Fitnah Kedua 16 Mei


KUALA LUMPUR 26 APRIL: Hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh keputusan tuduhan berasas (prima facie) bagi kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zabidin turut mengarahkan kedua-dua pihak menghantar hujah bertulis pada Jumaat minggu ini.

Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.

Sejumlah 27 saksi pendakwaan memberi keterangan yang masuk bagi hari ke-59 hari ini.

Jika Anwar diarahkan membela diri, beliau mempunyai tiga pilihan iaitu memberi keterangan di kandang tertuduh, memberi keterangan dari 'dock' tanpa boleh disoal oleh pihak pendakwaan ataupun memilih untuk berdiam diri.

Anwar menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Semalam dan awal pagi ini,kedua-dua pihak peguam bela dan pendakwaraya telah menggulung hujah masing-masing.

Chegu Bard : Polis Bantu Najib Pulih Imej





SHAH ALAM 25 APRIL : Tindakan proaktif Polis DiRaja Malaysia (SPRM) menyiasat empat individu yang disebutkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya sengaja dibuat sekarang demi membersihkan imej Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, siasatan yang hanya dibuat selepas 3 tahun akuan bersumpah dibuat oleh Raja Petra ada kaitannya dengan misi memulihkan imej Najib yang tercalar.

"Persoalan isu kes Altantuya ini, semua jentera Datuk Seri Najib Tun Razak kerajaan dan prosedur siasatan hanya dilakukan ke arah membersihkan nama Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Penyiasatan sudah dirancang ke arah itu," katanya.

Malah jelas Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard, jika hendak dilihat dari wawancara Raja Petra bersama Tv 3 awal bulan ini, tidak ada perkara baru yang didedahkan oleh Raja Petra.

Malah nama-nama yang disebutkan oleh Raja Petra sebelum ini sudah disebut dalam akuan bersumpahnya pada Jun 2008.

"Jadi dalam bab pengakuan Raja Petra, Raja Petra tidak mengubah apapun dalam kenyataan bersumpahnya. Malah dia mengulang semula cuma yang dia menyatakan bahawa dia tidak percaya, Takkanlah Rosmah hendak pergi malam-malam ke dalam hutan, itu saja.

"Tetapi sekarang ini kenapa dengan hanya dengan kata-kata itu siasatan hendak dibuat balik, kenapa tak siasat dulu, kenapa tak diketengahkan dulu? Kenapa pegawai tentera tersebut baru digantung sekarang, kenapa dulu tidak digantung. Raja Petra tidak mengubah apa-apapun dalam kenyataan bersumpahnya yang dia sebut lama dahulu," kata Chegu Bard lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai berkata, empat individu berkenaan- pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin,penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang disiasat mengikut seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Jelas Chegu Bard, siasatan berkenaan juga dibuat bagi bertujuan menentang atau melemahkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi yang saya nampak sekarang ini ialah ini antara pertempuran Najib dan Anwar Ibrahim. Anwar mewakili rakyat marhaen terbanyak dan Najib mewakili Barisan Nasional yang terdiri dari tokoh-tokoh korporat yang menekan dan menzalimi rakyat.

"Yang saya nampak hari ini ialah dalam isu Najib cuba membunuh karektor Anwar Ibrahim dengan pelbagai perkara, liwat , isu video dan sebagainya dia juga sedang berusaha membersihkan dirinya, jadi nampak sangat dengan pengakuan sedikit Raja Petra ini Najib nampak cuba putar, aparatus-aparatus digunakan untuk cuba dan perbaiki imej Najib. Tapi hakikatnya rakyat tetap tidak yakin dengan usaha Najib memburukkan Anwar Ibahim," katanya lagi.

Tambah Chegu Bard, Najib juga kini kelihatan panik dan terdesak dalam menghadapi isu Altantuya dan pada masa sama menentang pengaruh Anwar Ibrahim.

“Tetapi hakikatnya Najib, tindakannya untuk mengheret Raja Petra yang baru sekarang beri kenyataan dan kononnya diberi keisimewaan di Bangkok, nampaknya lebih menyerlahkan yang beliau panik dan cukup terdesak," tambahnya lagi.


Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam


KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

“Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

“Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup,” kata Sankara.

Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, keterangan saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Namun katanya, Saiful tidak berbuat demikian.

Dalam hujahnya, Karpal juga mendesak mahkamah mendakwa Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat dakwaan diliwat tersebut di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

“Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri.” katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan.”

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

“Ujian pada akhir kes pendakwaan sepatutnya prima facie . Jika keraguan wujud, pembelaan tidak sepatutnya dipanggil.”

“Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan dipastikan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum,” tegasnya.

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

“Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan,” katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

“Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti,” Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

‘Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi,” tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

Polis Siasat Empat Nama Yang Disebut RPK





KUALA LUMPUR 25 APRIL : Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sebaik keterangan Raja Petra diambil, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),” kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.

NAH AIHHH...LEPAS DI SONTOT MAKAN KARIPAP.....COQ BADAK TAK MAKAN KA?????????

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Peguam : Perlakuan Saiful Bukan Seperti Mangsa Liwat


KUALA LUMPUR 25 APRIL : Peguam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa mahkamah untuk berlaku adil dan saksama dalam menghakimi kes fitnah membabitkan anak guamnya.

Seraya mengingatkan mahkamah agar bergantung kepada hujah dan bukti yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," kata Karpal ketika memulakan penghujahan beliau pagi tadi.

Malah Karpal sekali lagi mengingatkan mahkamah supaya memastikan kredibiliti setiap saksi pendakwa.

Bahkan ujarnya, pihak pendakwaan juga mestilah membuktikan setiap bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Terdahulu Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Malah katanya, Saiful bukanlah seorang yang 'tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Karpal kemudian turut menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari kejadian berdasarkan testimoni Saiful.

Selepas membangkitkan tentang beberapa adegan seks seperti yang didakwa Saiful, Karpal kemudiannya mendakwa, Saiful tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi seperti menjadi mangsa liwat.

Ini kerana selepas perlakuan seks tersebut, Saiful berkata, beliau makan karipap dan berada di dalam bilik berkenaan selama 20 minit.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkah laku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Karpal juga berkata, Saiful turut menemui bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor pada hari yang sama beliau membuat laporan polis di mana tindakannya itu mengundang pelbagai spekulasi.

Malah Saiful juga didakwa ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan isteri, Rosmah Mansor.

'Perbualan' RPK Dengan Polis Di Hotel



BANGKOK 25 APRIL : Raja Petra Kamarudin mengakui dikunjungi polis di hotel, di Bangkok berhubung wawancaranya berkaitan akuan bersumpah yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibu dengan isteri perdana menteri.

Menurut penulis blog itu, isterinya dan peguam Haris Ibrahim turut menyertai sesi yang disifatkannya sebagai "lawatan sosial" dan "perbualan mesra" itu.

"Mereka tidak lagi perlukan saya pergi ke kedutaan Malaysia untuk kenyataan saya dirakamkan, mereka beritahu saya begitu. Ini hanya lawatan sosial. Mereka hanya mahu friendly chat (perbualan mesra)," katanya.

Menulis dalam Malaysia Today hari ini, Raja Petra mendedahkan, perbualan yang berlanjutan ke bar itu keseluruhannya berkaitan wawancaranya dengan TV3 di Australia.

"Ada sedikit 'ruang' tidak disentuh dalam wawancara itu, yang mana mereka perlu pertolongan saya untuk mengisinya.

"Harus difahami, penemuramah TV3 itu bukan pegawai polis, jadi dia tidak bertanya soalan yang polis sepatutnya tanya. Lagi pun, ia wawancara, bukan siasatan jenayah," tulisnya lagi.-Malaysiakini

Anwar : Jangan Ulang "Sejarah" PRN Sarawak




KUCHING 25 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses Pilihan Raya akan datang dijalankan dengan telus, bebas dan bersih tidak seperti Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru Anwar mahu pemantau dan media antarabangsa dijemput kerajaan bagi memastikan tiada kecurangan berlaku, justeru mengelak sejarah di Sarawak berulang.

"Pastikan segala proses dalam pilihanraya bebas, pilihanraya umum nanti pastikan tiada sekatan media seperti apa yang berlaku di PRN Sarawak, kami berkeras mahukan pemerhati antarabangsa, media, dan kita jemput mereka untuk datang memerhati bagaimana Pilihan Raya di negara kita berjalan," kata Anwar dalam sidang media di Dewan Ruai Belian, Menara Grand Kuching di sini, semalam.

Dalam PRN Sarawak lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikecam Pakatan Rakyat kerana berpihak kepada BN.

Malah bantahan Pakatan Rakyat seperti kiraan semula undi di DUN Senadin langsung tidak dilayan mereka.

Anwar berkata, Kerajaan perlu memastikan SPR menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Menurut Anwar tindakan BN mempertahankan SPR walaupun melakukan pelbagai sekatan semasa PRN lepas perlulah dihentikan.

"Tidak ada kelebihan untuk semua ini kepada mana-mana parti mempertahankan diri mereka, dengan apa yang berlaku, saya bercakap secara umum dalam pilihanraya dan dari apa yang berlaku, segala proses harus berlangsung secara telus, kita lihat apa yang berlaku kepada Presiden BERSIH yang dihalang masuk ke Sarawak, kenapa ianya berlaku? secara jelas kenapa mereka sekat kehadiran BERSIH kerana mereka mahu lakukan 'kotor'", tegas Anwar.

Justeru menurut Anwar, penting bagi pemantau dan media antarabangsa bagi menjadikan pilihan raya akan datang berlangsung dengan 'bersih' dan tiada ruang bagi
kecurangan berlaku.

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?
Harakahdaily

KUANTAN, 24 April: Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata Khalid yang dipetik Bernama.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

Berikut ialah kronologi ‘pengisytiharan’ polis mengenai siasatan video seks melalui media tradisional Umno Barisan Nasional:

11 April: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.

Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

14 April: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah memperolehi bukti-bukti ‘kukuh’ yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

“Kami sudah mengambil kenyataan dari semua orang yang boleh membantu dalam siasatan kes ini, termasuk wanita dalam video,” Ismail dipetik berkata oleh The Star.

15 April: Acryl berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China dan menafikan laporan akhbar yang memetik Ismail sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS.

18 April: Acryl berkata “kemungkinan” Datuk T akan didakwa berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Jam Omega, katanya, bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu.

April 20: Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

April 21: Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 23: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, “Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.”

“Kenyataan pihak polis bahawa mereka telah siap dan telah serah kepada pihak pnguam negara, dan media telahpun mengambarkan bahawa Datuk T trio Umno akan didakwa; tiba-tiba kini polis memerlukan masa lagi untuk lengkapkan siasatan.

"Apakah ada motif lain sehingga ianya mengambil masa yang sangat lama? Apapun rakyat akan terus menilai setiap perkara,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada perkembangan kenyataan polis yang semakin tidak menentu dan kelewatan siasatan yand didakwanya akan mendedahkan mangsa kepada pelbagai keaiban yang dimanipulasikan oleh media tradisional Umno Barisan Nasional.

Topik video seks yang didakwa membabitkan Anwar telah menjadi topik hangat media tradisional Umno Barisan Nasional sejurus selepas video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu.

Drama Bangkok Raja Petra-PDRM berterusan


KUALA LUMPUR, 24 April — “Drama Bangkok” melibatkan Raja Petra Kamarudin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan sehingga lewat petang ini dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar SMS menanti sama satu lain berhubung usaha pihak berkuasa itu untuk mendapatkan kenyataan blogger kontroversial tersebut.

PDRM menghantar anggotanya ke Bangkok untuk bertemu dengan Raja Petra semalam, tetapi usaha itu tidak menjadi kenyataan selepas beliau tidak mahu kenyataannya diambil di Kedutaan Malaysia.

Raja Petra (gambar) hanya bersetuju jika keterangan diambil di hotel beliau tinggal.

Peguam dan isteri Raja Petra khuatir ia sebagai satu helah untuk menahan beliau dan dibawa balik ke Malaysia.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim menulis bahawa beliau telah memaklumkan kakitangan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Abdul Hamid Bulat yang Raja Petra bersedia untuk diambil keterangan di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang ini (6 petang waktu Malaysia).

“Pada pukul 1.26 tengah hari waktu Bangkok hari ini, saya menghantar SMS berikut kepada Hamid: ‘Engku (Raja Petra) dan saya akan berada di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang untuk memberi kenyataan kepada ACP Aziz. Tq’,” kata Haris dalam maklumat terkini di blognya, petang ini.

Dalam maklumat dikemaskinikan kemudian, Haris berkata seorang lagi peguam Raja Petra, Amarjit Sindhu menerima SMS daripada Hamid mengatakan bahawa pihak polis masih menunggu untuk mengambil kenyataan blogger itu di pejabat kedutaan.

“Marina, RPK dan saya menunggu di lobi hotel dari (pukul) 5 hingga 5.30 petang. Tiada polis (datang). (Jadi) kami bertolak untuk makan malam,” kata Haris dalam maklumat mutakhir.

Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

Raja Petra telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok agar pergi ke pejabat misi di ibu negara Thailand untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai semalam, kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam.

Bagaimanapun maklumat portal Malaysia Today dan blog Haris pagi tadi berkata, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis sehingga 2 pagi tadi.

Kenyataan semalam menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

Tulisan Raja Petra tengah hari tadi menyebut polis mahu mengambil kenyataannya ekoran aduan berhubung laporan Utusan Malaysia susulan temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, akuan bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa

KUCHING 24 APRIL : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas semangat luar biasa Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 10, 16 April lalu.

Menurut Anwar, walaupun gagal menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan Barisan Nasional namun prestasi dan semangat yang ditunjukkan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu memberi tentangan kepada parti itu malah telah meniup semangat kebangkitan rakyat di negeri 'Bumi Kenyalang' ini.

"Saya tetap akan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pakatan Rakyat dalam menambah kerusi pada PRN Sarawak lalu kerana semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan dan sangat luar biasa. Kita juga telah mengubah senario politik Sarawak, dimana BN menang dengan segala masalah tanpa menunjukan satu keghairahan kerana mereka sedar dengan kelemahan dan kecurangan yang berlaku pada PRN tempoh hari," kata Anwar dalam satu majlis perjumpaan Pemimpin-pemimpin PKR Sarawak di Dewan Ruai Berlian, Menara Grand, Kuching petang tadi.

Dalam PRN lepas, PKR memenangi 3 kerusi di Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang, DAP 12 kerusi manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan undi popular lebih 45 peratus dari rakyat Sarawak dan menguburkan Parti Komponen BN kedua terbesar negeri itu, SUPP.

Menurut Anwar, kehadiran pemimpin-pemimpin di Sarawak hari ini membuktikan semangat perjuangan yang harus dikekalkan sebagai satu pasukan dalam mendepani pilihanraya Umum akan datang.

"Kita hadir dalam pertemuan ini dengan tekad iaitu membina kekuatan kita untuk melihat kedepan dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang kita bawa untuk mempersiapkan jentera maju menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti."

Majlis dihadiri lebih 100 Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang serata negeri Sarawak.

Turut hadir, ialah ADUN PKR yang baru memenangi kerusi PRN lepas iaitu Baru Bian, See Chee How, dan Ali Ak Biju.

Tambah Anwar, beliau turut mengesa pemimpin Parti Keadilan Rakyat agar mengekalkan semangat berpasukan dan menyelesaikan permasalahan yang ada secara aman dan bukannya di luar ruang bincang Pakatan Rakyat

"Parti Keadilan, saya nasihatkan pimpinan agar menghormati semangat dalam Pakatan, tidak membuat tuntutan diluar yang menyinggung kawan-kawan dalam pakatan , jadi kami, PKR, DAP dan PAS adalah gagasan, jadi kita tidak perlu buat tuntutan diluar forum," katanya

"Tentunya menerusi forum yang baik agar memberi mesej yang baik, jadi kalau melatah diluar dengan buat tuntutan yang agak kasar dengan menyinggung gagasan yang lain itu tidak memberi mesej yang baik, dalam pilihanraya, kawasan yang ditandingi PKR dibantu oleh DAP dan PAS, kawasan DAP saya pun turun kempen, PAS, DAP dan keadilan turut kempen, jadi kami bergerak dalam satu pasukan," tambah Anwar.


Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor




SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 29 April ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Mohd Hafarizam ialah peguam UMNO dan beliau boleh cakap apa dia suka.

"Cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Mohd Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke JKHK berhubung kesalahan menghina dewan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di sini hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas mengenai keengganan Mohd Hafarizam untuk menghadap JKHK kerana menganggap arahan tersebut "terletak di luar peruntukan undang-undang".

Pada Jumaat lepas, Mohd Hafarizam berkata tindakan DUN Selangor itu adalah "penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dan tindakan menyaman beliau hadir menghadap JKHK adalah ugutan politik".

Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya JKHK tidak menarik balik saman itu dengan serta-merta.

Pada 1 April lepas, Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk ke JKHK atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas kepada Speaker Dewan Datuk Teng Chang Khim yang didakwa mengandungi bahasa yang amat tidak "senonoh, biadap dan mengugut".

Badrul Hisham bagaimanapun berkata beliau akan menghadap JKHK selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian.

Ditanya mengenai dakwaan Mohd Hafarizam bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu, Abdul Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.

"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

Pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Hakim Zaleha membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel

Kemunculan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Bangkok semalam untuk memberi ucapan kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) telah menarik perhatian polis, dan polis cuba mengambil keterangan daripada blogger yang kontroversial ini di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel. "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian".

RPK dijadualkan untuk berucap kepada MCLM pada jam 6 petang semalam di Bangkok. Sebelum ia bermula, RPK didampingi seorang pegawai polis dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan meminta agar RPK mengikutnya ke Kedutaan Besar untuk diambil keterangan. RPK dimaklumkan bahawa ACP Aziz dari Kuala Lumpur sedang menunggunya.

Sebelumnya, Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawainya telah meminta agar RPK memberi keterangan setelah mengetahui RPK akan muncul di Bangkok, menurut The Star Online. Keterangan ini diambil berikutan laporan polis yang dibuat oleh satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia.

Bagaimanapun, dalam tulisan RPK di Malaysia Today, beliau berkata ada pihak telah membuat satu laporan polis berdasarkan "liputan Utusan Malaysia terhadap wawancara TV3 bersama RPK", yang menyebabkan dirinya diminta untuk diambil keterangan.

Satu wawancara TV3 bersama RPK telah disiarkan sebelum hari pengundian PRN Sarawak, antaranya penjelasan RPK terhadap tuduhan yang dibuatnya dalam Akuan Bersumpah, yang mengaitkan isteri Perdana Menteri sekarang, Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Beliau juga melontarkan kritikan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dalam bahagian kedua wawancara yang disiarkan.

RPK bagaimanapun menafikan dirinya "membelot" dari perjuangan, malah Presiden MCLM Haris Ibrahim mendakwa wawancara yang disiarkan tersebut disunting sehingga "terpesong dari konteks sebenarnya". Namun demikian, wawancara tersebut memberi peluang kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mendakwa bahawa nama dirinya telah dibersihkan.

Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan




LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

"Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

"Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

"Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar

"Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi.

Rakyat 'Khair' Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN, Kata Anwar



LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat sedia membantu masyarakat yang 'Khair' yakni masyarakat seimbang dan dinamik daripada terus diperbodohkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anwar berkata, ramai menyedari penipuan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kekayaan sendiri semata-mata serta mengabaikan hak rakyat yang semakin hari semakin kesempitan hidup berikutan peningkatan kos sara hidup sehari-harian sedangkan barisan kepimpinan perikatan itu serta kroni mereka selesa dengan kekayaan yang dimiliki.

"Umat yang khair ini hanya umat aktif, dinamik dan mampu membawa perubahan supaya jangan terus diperbodohkan serta diperhambakan," tegas Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Perak di sini semalam.

"Ditipu tak apa, dirampas hak, tak apa. Ini bukan umat yang khair. Umat yang khair ini, yang dinamik, dan segar. Elemen sedar dalam masyarakat," tambahnya lagi.

Katanya, rakyat perlu diberikan perhatian kerana mereka merupakan golongan paling berharga di Malaysia.

Malah menurut Anwar, ini merupakan perjuangan Pakatan Rakyat yang jelas berbeza dengan BN yang lebih gemar dan selesa memfitnah serta mengutuk pemimpin PAS, DAP dan PKR.

"Ini menunjukkan (mereka) angkuh, takbur.Ini yang dikatakan golongan Muztakbirin. Fikir golongan mereka. Yang kaya bertambah kaya dan berkuasa. Rakyat macam kuli, tak berharga.Quran sebut rakyat ini golongan doa. Doa mereka jangan perkecilkan. Ini tanggungjawab saya, dan rakan dalam PAS, Keadilan dan DAP. Angkat kesedaran," ujarnya.

Beliau turut menyeru kepada pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang lain supaya tidak terpengaruh dengan serangan dan fitnah BN serta menumpukan perhatian kepada perjuangan seperti yang telah dimanifestokan dalam Buku Jingga dan Kongres Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Ini tanggungjawab kita. Tak perlu sibuk dan serabut dengan serangan mereka. Kerja mereka serabutkan kita supaya mereka boleh rasuah, rompak dan serabut sebanyak mungkin. Saya lawan ini sebab saya anggap rakyat tak boleh dibodohkan. Saya orang Melayu, Islam, anak Malaysia. Tapi saya benci dengan tindakan yang menganggap rakyat bodoh.

Anwar : Rakyat Mampu Berubah,Tolak Politik Jahat BN


PANGKOR 24 APRIL : Pakatan Rakyat yakin mampu melakukan perubahan yang lebih menguntungkan rakyat negara ini dengan menolak politik jahat serta polisi yang hanya mengayakan kroni semata-mata seperti Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan polisi Pakatan Rakyat sudahpun terbukti lebih baik dalam pentadbiran kerajaan negeri yang di perintah PR berbanding Barisan Nasional.

"Sebab itu kita mahu perintah negeri ini sebab kita mahu Pangkor, Perak dan Malaysia jadi lebih baik. Baik untuk siapa?Menteri? Tak. Baik untuk rakyat, guru, nelayan, pekerja, peladang, dan bukannya untuk pemimpin," kata beliau di hadapan lebih seribu rakyat Pulau Pangkor yang bertemu dengannya di sini semalam.

Walau menghadapi kesukaran akibat tidak dibenarkan mendarat di Jeti Pangkor, Anwar yang kelihatan kurang sihat kerana kecederaan tulang belakangnya tetap bertekad melawat rakyat di Pulau itu.

Malah pada malam sebelumnya, turut terpampar sebuah 'banner' tanpa notis yang mengajak warga Pangkor menolak program Anwar dan Parti Keadilan Rakyat di situ.

Manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dilapor turut disebarkan yang mendakwa program Anwar itu dibatalkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun Anwar kagum dengan sambutan rakyat di situ apabila difahamkan warga Pangkor telah berkumpul di kawasan jeti kecil Sungai Pinang Kecil dari Teluk Batik bermula jam 5.30 petang lagi.

"Setibanya saya di Pangkor jeti tidak dapat digunakan dan kita sambung di Sungai Pinang Kecil. Kalau tak boleh juga, kita boleh naik sampan atau berenang ke Pangkor. Ini negeri bapa diakah? Kenapa hendak takut dengan saya, saya ni hantu ke?" kata beliau merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abdul Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor.

Menurut Anwar, politik yang dimainkan BN menjurus kepada keuntungan kroni semata-mata sedangkan taraf hidup rakyat masih tidak berubah.

Buktinya menurut Anwar adalah penduduk Pangkor yang rata-rata berpendapatan rendah bekerja sebagai nelayan dan peladang walaupun Menteri Besar Perak ialah anak jati Pulau itu sendiri.

"Datang Pangkor, tengok nelayan. Tengok cara dia kerja, tengok rumah dia, 50 tahun merdeka tahu macam mana hidup. Menteri datang kata ekonomi bagus, pembangunan naik, apa yang bagus? Minyak sumber kita. Tapi mahal. Tapi ingat...Politik itu soal prinsip. Cakap kena fikir. Politik boleh menang dan kalah tapi ingat bila mati kena jawab depan Allah SWT," tegas beliau.

Beliau turut menyeru warga Pangkor dan Perak untuk bangkit menuntut hak mereka yang diabaikan kerajaan BN yang tampak lebih gemar menyerang dirinya dari menyelesaikan masalah rakyat.

Apa politik ni. Orang Cina kata ini politik Shiao-ren Politik Jahat. Orang Melayu kata ini Politik lucah yang aibkan orang. Dia mahu saya menyerah kalah. Serah kalah naik pangkat jadi Tun. Macam Lim Liong Sik. Curi tanah, duit rakyat dapat Tun. Boleh ke dia tidur malam macam tu?Ingat rakyat boleh kasih sayang dengan dia?" kata beliau.

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam





KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Video Lucah : Polis Minta Lebih Masa Selesai Siasatan

DARI APARTMENT KE BUNGALOW...KOT NANTI SAMPAI UMAH PAPAN......ALIH-ALIH KAT LUAR NEGARA LA PULAK...TOP-TOP KAT MALAYSIA....ENTAH LE........





SHAH ALAM 24 APRIL : Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam.

“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.

“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” ujarnya.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Ismail berkata, kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lalu dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Khalid : 'Terima Kasih' Rakyat Selangor


KLANG 23 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejayaan dan pencapaian yang dicapai sehingga kini adalah hasil kerjasama dua pihak antara pemimpin dan anggota masyarat.

“Saya sangat berbesar hati kerana saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah nampak bagaimana pasukan yang telah kita lahirkan iaitu pasukan wakil-wakil rakyat dan wakil negeri yang kesemua dalam ceramah-ceramah yang diberikan sangat-sangat berjiwa rakyat," kata Khalid.

Tambahnya lagi, budaya kerja kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam urus tadbir terutamanya dalam memastikan segala hasil negeri dapat diagihkan untuk kebajikan rakyat adalah kunci kejayaan yang dicapai hari ini.

“Mereka mula merasakan rancangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini skim merakyatkan ekonomi adalah benar-benar untuk rakyat," tambahnya.

Tambah Khalid, kejayaan yang diraih berikutan barisan kepemimpinan yang dipilih rakyat itu menjalankan tanggungjawab dengan betul dan amanah.

“Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memilih mereka,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana bersama rakyat di daerah Klang semalam.

Malah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir kerajaan negeri tiga tahun lalu ternyata berhasil apabila hampir keseluruhan rakyat di negeri ini mendapat agihan dana dan bantuan daripada program berkenaan.

“Kita tidak membezakan mereka yang perlu ditolong adalah tanggungjawab kita untuk memberikan pertolongan.

Sebagai rekod, lebih 27 ribu telah menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan belanja melebihi RM2 juta.

Selain itu, komitmen kerjaan negeri juga dalam menjada kebajikan rakyatnya juga dapat dilihat apabila 60 peratu daripada 236 ribu warga emas telah berjaya didaftarkan menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di mana lebih 16,000 orang telah mendapat bantuan.

Turut menjadi perhatian masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor turut dirungkai dan setakat ini kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 23 projek terbengkalai melibatkan lebih 9,000 unit rumah dan 7 projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

Terbaru, pemerikasaan mammogram percuma dilancarkan untuk kesihatan wanita adan sejak pengenalannya, seramai 3,000 wanita telah menggunakannya dan 41 orang dikesan berkemungkinan menghidap kanser payudara.

Peguam Pahang Desak Kerajaan Lanjut Tempoh Kajian Loji Tanah Jarang


KUALA LUMPUR 24 APRIL : Badan mewakili peguam-peguam Pahang menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif.

Pengerusi Peguam Pahang, Hon Kai Ping mengakui gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia,” kata Hon dalam satu kenyataan medianya.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu panel bebas akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lima hingga tujuh pakar antarabangsa (IP) yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai, katanya.

Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai, dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai projek itu, katanya dan menambah, semakan semula akan dilakukan bagi memastikan pembinaan kemudahan itu mematuhi sepenuhnya standard keselamatan antarabangsa.

Mustapa berkata kesihatan dan keselamatan oramg ramai dan alam sekitar terus diutamakan oleh kerajaan.

Hon berkata, Peguam Pahang tiada terma rujukan mengenai panel yang dimaksudkan tetapi laporan media menunjukkan ia akan memfokus ke atas loji pemprosesan kendalian Lynas Corporation di Gebeng.

“Jika itulah kesnya, maka menteri sudah pasti tidak diberi taklimat mengenai program jelajah yang dianjurkan oleh SEDC Negeri di mana palar-pakar tempatan mengatakan kadar radioaktif torium pada bijih yang akan diimport adalah 0.16 peratus berbanding enam hingga lapan peratus yang ditunjukkan oleh beberapa laporan bebas kerajaan asing dan ini menjadi salah satu perkara utama penduduk Kuantan timbulkan ketika dialog awam (baru-baru ini).

“Jika terma rujukan IP hanya dihadkan kepada soal penelitian loji pemprosesan, adalah jelas aspek utama yang menjadi kebimbangan penduduk Kuantan tidak akan ditangani dan penemuan IP tidak akan mencapai tujuan,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, Peguam Pahang mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara.

Badan itu juga meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan.

Oleh itu kata beliau, bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah satu tahun.

Tambah beliau, cadangan Peguam Pahang itu kemungkinan akan menjejaskan pelancaran operasi loji Lynas dan kemungkinan menjejaskan imej negara tetapi apa yang penting ialah keselamatan rakyat adalah “sangat penting.”

Dalam kenyataannya semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

Najib berkata satu panel bebas yang akan dianggotai pakar akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang berkenaan.

“Kita telah putuskan, pertamanya kita tak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan kesihatan rakyat kita letak sebagai keutamaan yang tertinggi, bukan faktor kita hendakkan projek itu, tidak...,” katanya.