Satu hantaran di Threads mencuri perhatian apabila seorang lelaki yang mengaku berasal dari Kelantan dan sudah hampir 15 tahun menetap di Selangor berkata dia “kesian” melihat rakyat negeri itu masih menyokong Pakatan Harapan.
Lebih menarik, lelaki berkenaan sendiri mengakui membeli Rumah Selangorku, iaitu skim perumahan mampu milik kerajaan negeri Selangor, menggunakan pinjaman isterinya.
Dia kemudian membandingkan kehidupan di Selangor dengan Kelantan dan mendakwa penduduk Kelantan lebih gembira di bawah pentadbiran PAS.
Malah dia berharap Selangor bertukar kerajaan supaya PAS pula mengambil alih.
Namun hantaran itu pantas mengundang respons netizen.
Soalan paling mudah yang mendapat ribuan tanda suka ialah:
“Kenapa kau kerja kat Selangor mat?”
Ada pula yang menyindir, kalau Kelantan begitu selesa dan membahagiakan, mengapa perlu berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan menikmati skim rumah yang disediakan kerajaan negeri.
Seorang pengguna turut mengingatkan bahawa penat bekerja bukan masalah unik Selangor, manakala seorang lagi berkata dia sendiri lahir dan menetap di Selangor serta selesa dengan kerajaan sedia ada.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah turut membalas secara tenang bahawa pilihan politik adalah hak masing-masing, namun kerajaan negeri tetap akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk tanpa mengira fahaman politik.
Ironinya cukup jelas.
Dah hampir 15 tahun duduk Selangor.
Cari rezeki di Selangor.
Beli Rumah Selangorku.
Tapi yang dikasihani tetap rakyat Selangor.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment