KEH KEH KEH...WARGA FELDA BOLEH BOOO..PMX..NI TENGOK BERAPA JUTA RUGI..MANA TAU HAPA...JAGA ANAK ANAK YA...JANGAN JADI DOKTOR. KALAU LIHAT KOMEN...MEMANG BODO BODO BELAKA...ORANG NAK SIASAT DIKATA MACAM MACAM..

 


KPF: MANGSA AL-RAWDA SEPERTI TABUNG HAJI








1. Ramai yang terkejut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan kerugian yang dialami oleh Tabung Haji.


4. Punca kerugian terbesar yang direkodkan oleh Tabung Haji itu adalah akibat pelaburan dan pajakan hotel di Arab Saudi dengan sebuah syarikat yang bernama Al-Rawda Investment for Real Estate Development & Project Management Ltd.


3. Kita sangka hanya Tabung Haji yang menjadi mangsa. Tetapi hakikatnya, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang menjadi kebanggaan dan urat nadi kewangan warga peneroka, kakitangan dan genetasi baru juga turut terpalit dan memberi pembiayaan kepada syarikat yang sama.


4. Jika kita teliti Laporan Kewangan KPF, sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 2015, jumlah hutang syarikat Al-Rawda kepada KPF direkodkan sebanyak RM9.86 juta. Setahun kemudian pada tahun 2016, angka ini telah melonjak naik secara mendadak kepada RM40.45 juta.


5. Menjelang laporan kewangan tahun 2025, hutang ini bukan sahaja gagal dikutip, malah nilai buku pembiayaannya yang tersangkut terus meruncing kepada angka RM119.38 juta. Wang berjuta ringgit ini tidak dapat dipulangkan dan KPF kini terpaksa mengheret syarikat Al-Rawda ke tribunal timbang tara antarabangsa.


6. Tetapi kemelut KPF tidak terhenti di luar negara. Di dalam negara, didapati wujud amalan pengurusan yang sangat membimbangkan. KPF dilihat secara berterusan membayar jumlah dividen yang jauh melebihi keupayaan keuntungan sebenar yang dijana oleh Kumpulan. Apabila dividen dibayar melebihi untung, ia bermakna kita sedang "memakan" modal asal ahli.


7. Ada juga unsur-unsur "creative accounting" atau perakaunan kreatif yang digunakan. Kelemahan pada kelonggaran perakaunan diambil kesempatan untuk melambatkan pengiktirafan kerugian pelaburan demi memperlihatkan nilai kosmetik pada kedudukan aset, dan menganggapnya sebagai satu keuntungan di atas kertas.


8. Inilah punca utama tunai fizikal koperasi susut teruk, dan apabila ahli ingin menebus syer mereka untuk pelbagai kecemasan, koperasi tiada tunai di tangan lalu ahli terpaksa menunggu 2 hingga 3 tahun untuk mendapat wang mereka sendiri.


9. Warga FELDA dan ahli KPF tidak boleh sekadar berdiam diri dan melihat dari jauh. Semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelak, perwakilan mesti berani bangun bersuara. Ahli Lembaga Koperasi dan pemegang saham lain harus mendesak pihak pengurusan supaya berterus-terang, menghentikan penyelewengan, dan memastikan tadbir urus diperketatkan. Jangan hanya angguk dan setuju dan mendesak untuk dapat dividen tinggi.


10. Walaubagaimanapun, membiarkan KPF terkubur bukanlah satu pilihan. Ia adalah warisan ekonomi yang dibina oleh titik peluh peneroka. Penyelesaian jangka panjang untuk menyelamatkan institusi yang hampir 100% MELAYU-ISLAM ini adalah dengan membawa masuk kekuatan baru dan modal baru.


11. KPF perlu dikembangkan semula dengan sasaran menarik lebih 2 juta warga FELDA di seluruh negara, terutamanya generasi baru peneroka, untuk kembali mendaftar dan menyertai koperasi ini.


12. Dengan penyertaan berskala besar ini, dana dan modal KPF akan dapat dikukuhkan kembali. Jika modal yang disuntik ini diurus dan dilaburkan semula dengan berhemah, cekap, dan bebas dari amalan perakaunan yang mengelirukan, ahli KPF perlu yakin bahawa mereka mampu membina semula zaman kegemilangan KPF untuk masa depan bangsa, dan warga FELDA.


Ridhuan Esa 

Generasi ke 2 dan Ke 3 FELDA

23 Ogos 2026




No comments: