Ekonomi di kelantan dan Terengganu tidak dapat di selesai.Ada hati nak selesai ekonomi negara,Rakyat kelantan paling tinggi kemiskinan, ada hati nak ringankan kos hidup rakyat.
Ekonomi di kelantan dan Terengganu tidak dapat di selesai.Ada hati nak selesai ekonomi negara,Rakyat kelantan paling tinggi kemiskinan, ada hati nak ringankan kos hidup rakyat.
Kepimpinan yg sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan mutlak dlm stiap dasar ekonomi negara.
Apa yang rakyat harapkan daripada Belanjawan 2027, dan bagaimana kita pastikan ia benar-benar menjawab keperluan mereka?
Malaysia akan menerima 18 unit FA-50M Block 20 untuk Royal Malaysian Air Force (RMAF). Pengiriman empat unit pertama dijadwalkan mulai 2026, sementara seluruh armada ditargetkan selesai diterima pada 2028.
PBB menggesa Malaysia menghentikan penghantaran pulang warga Myanmar susulan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan hak asasi manusia di negara berkenaan.
Rupanya video yang tular itu bukan cerita Dato’ Shuhaily tiba-tiba marah orang di KLIA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbicara dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kehangatan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 di Malaysia, turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa berkaitan perkembangan persiapan penganjuran berkenaan.

Perkembangan itu disampaikan Anwar menerusi panggilan telefon kepada baginda di sela-sela tinjauan persiapan menerusi ‘Pit Lane Walk’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang tadi, menerusi hantaran di media sosial.

“Saya turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat Malaysia dan Bahrain dalam menjayakan penganjuran ini, dengan segala persiapan kini giat dilaksanakan bagi menyambut kehadiran peminat dan pengunjung dari seluruh dunia.

“Saya menantikan pertemuan dengan Putera Mahkota di Malaysia dalam beberapa hari lagi, insya-Allah, seraya terus memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara,” ujar Anwar.

Perdana Menteri dalam hantaran berasingan melakukan tinjauan persiapan dengan menyertai ‘Pit Lane Walk’ bersempena dengan perlumbaan F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 in Malaysia yang akan berlangsung di SIC bermula esok hingga Ahad.

Turut serta ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif serta Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain (BIC), Sheikh Salman Isa Al Khalifa.

Perdana Menteri turut berkesempatan berbual dengan para petugas pasukan-pasukan yang menyertai perlumbaan minggu ini termasuk Ferrari, Mercedes, Haas, McLaren dan Red Bull Racing.

SIC dipilih menjadi tuan rumah F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 in Malaysia, sekali gus menjadikan litar ikonik itu sebagai lokasi sementara bagi perlumbaan berprestij Bahrain itu.

Formula 1 pada Julai lalu, mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah perlumbaan itu dari 2 hingga 4 Oktober susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Persetujuan itu membolehkan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan yang sepatutnya berlangsung lebih awal musim ini di Litar Antarabangsa Bahrain, dibatalkan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia pernah menganjurkan GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.
Iyea, tahu sebab F1. Tapi kenapa kapal terbang besar Gulf Air terbang rendah?