SAYA AKAN UNDI ANWAR KERANA BELIAU BUKAN SEORANG PERKAUMAN


 

BILA BN DAN PAS RAPAT MAKA ISU PERKAUMAN AKAN DIMAINKAN


 

INI ADALAH SATU FITNAH DAN MENIPU ORANG MELAYU


 

DENGAN IZIN ALLAH. TOK MIN MENANG.


 

LAPORAN POLIS TERHADAP PEMIMPIN PARTI UMNO MEMFITNAH ISTANA NOGORI!


 

Aminuddin sekolahkan Chegubard tak buat kajian sebelum serang, keliru projek pelabuhan di PD dan Melaka

 


Pengarah Pilihan Raya parti Wawasan, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard disindir Datuk Seri Aminuddin Harun selepas tersalah serang dengan mencampuradukkan projek Pelabuhan Kontena AI Pintar Port Dickson dengan sebuah lagi pembangunan pelabuhan di Kuala Linggi, Melaka.

Aminuddin menerusi video di Facebook, menepis dakwaan dilemparkan Chegubard terhadap beliau selain menyatakan rasa hairan dari mana fakta diperoleh pemimpin Bersatu itu kerana semuanya tidak benar, termasuklah dakwaan perkampungan penduduk akan “dikorbankan”.

Chegubard berkata kira-kira 1,400 ekar tanah termasuk hutan simpan, tanah adat, tanah pertanian dan lot-lot perkampungan akan diambil untuk membina pelabuhan AI ini.

Menjawab perkara itu, Aminuddin yang sangat hairan dengan dakwaan tersebut berkata, tidak ada satu pun tanah mahupun perkampungan yang akan dirobohkan dalam projek ini.

Beliau juga terkejut sejak bila Port Dickson mempunyai tanah adat seperti yang didakwa, kerana setahu beliau tanah adat hanya ada di beberapa kawasan seperti Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, Tampin dan Johol.

“Ini satu lagi contoh Chegubard tidak menjalankan kajian. Dia memang selalu mudah untuk bercakap, buat fitnah. Tidak ada satu kampung pun yang akan kita korbankan untuk menjalankan projek ini. Tidak ada penganbilan tanah mahupun hutan simpan yang akan terkesan. Dia harus melihat di mana kawasan ini sebenarnya.

“Saya juga terperanjat ada tanah adat di Port Dickson ini sedangkan tanah adat hanya ada di Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, Tampin, dan di Johol. PD tak ada tanah adat.

“Saya rasa Chegubard memang cukup ketinggalan. Kita tidak akan buat apa-apa pengambilan tanah sebab syarikat Tanco Holding memiliki 500 ekar tanah sedia ada yang akan dijadikan sebagai tapak pelabuhan mereka,” jelas beliau.

Aminuddin pada masa sama turut menyindir Chegubard yang nampaknya keliru sehingga tersalah serang kerana menuduh pembinaan pelabuhan ini akan melibatkan Sungai Linggi dan menjejaskan ratusan nelayan.

Beliau berkata, projek pelabuhan AI Port Dickson yang dirancang di Pasir Panjang langsung tidak melibatkan Kampung Tanjung Agas, Sungai Raya atau Sungai Linggi seperti yang didakwa.

“Saya rasa Chegubard tersalah tempat sebenarnya sebab di sempadan Negeri Sembilan ada satu lagi projek pelabuhan yang dinamakan Kuala Linggi International Port (KLIP). Mungkin itu yang dia maksudkan. Itu di bawah negeri Melaka dan tidak terlibat dengan Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Beliau berkata, dakwaan kononnya tanah orang Melayu dan lot kampung berhampiran akan diambil, hanyalah fitnah yang bertujuan untuk menakutkan penduduk.

Beliau berkata, penerangan telah diberikan kepada sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan bahawa mereka tidak akan dipindahkan atau kehilangan tanah akibat projek tersebut.

“Saya telah terangkan kepada sebahagian besar penduduk bahawa tidak akan ada pengambilan tanah. Mereka akan terus tinggal di situ dan akan menikmati pembangunan ini dengan baik,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kebajikan nelayan yang benar-benar terjejas akan diberi perhatian, termasuk bayaran pampasan RM1,000 sebulan dan peluang untuk menikmati manfaat ekonomi daripada pembangunan tersebut.





MENTERI AGAMA SEKOLAH PEMBANGKANG ! JANGAN FITNAH TH & MADANI !


 

RCI Tabung Haji | UMNO Tak Nak Dedah | PH Kompromi Ambil Masa Untuk Dedahkan | Rafizi | 7 Julai 2026


 

"UMNO TAK PERLU KAWAN YG KHIANAT ORANG LAIN" ! LOKMAN RESPON HADI ?


 

Undi awal bermula hari ini, PM rendah hati rayu sokongan kepada PH

 


Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 bermula hari ini.

Seramai 22,339 pengundi awal membabitkan polis dan tentera di seluruh negeri ini akan menunaikan tanggungjawab pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh rendah diri memohon pertimbangan dan kepercayaan anggota ATM dan PDRM untuk memberikan dukungan kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH).

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.

“Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun,” titip beliau.



"MULUT DIA, HABIS UNDI BUKAN MELAYU BN" ! LOKMAN BALUN NUSI ?


 

APA SEBENARNYA PENGUNDI N9 FIKIR ? DENGAR SENDIRI !


 

OPEN MIC MALAYSIA | EPISOD 6 : FELDA HILANG ARAH ATAU MASIH BOLEH DISELAMATKAN


 

SOKONG LAH PH


Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN. Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun. Kepada Allah SWT kita berserah. “...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Ma’idah: 2) #KekalHARAPAN #MemaknaiHARAPANrakyat #UndiHARAPAN






Tok Min Aminuddin Harun menjawab tuduhan Chegubard


 

BIADAP! ISTANA N.SEMBILAN BERSUARA: BONGKAR FITNAH JAHAT UMNO KAITKAN DAP & DIRAJA!


 

JAWAPAN TOK MAT NI MUDAH. SEBAB TAK BOLEH MENGUASAI

 

Che Ibrahim


APA MASA DEPAN HUBUNGAN PH BN? 






Sepanjang pengamatan ambo, semua parti dalam PH menerima dengan baik hubungan PH BN, kalau ada yg tak setuju sikit sikit tu biasa la. Tapi mereka tetap akur kepada keputusan Majlis Presiden PH. Nak berkawan pun boleh nak berlawan pun boleh.


Ada pun BN, penerimaan UMNO, MCA dan MIC kepada PH nampak bercelaru sedikit, sekejap begitu sekejap begini. 


Umno sendiri ambo lihat ada pandangan yang berbagai bagai yang sukar dimuktamadkan;


1. Ada yang setuju hubungan BN PH diteruskan.

2. Ada yang setuju setakat PRU 16 sahaja, PRU 16 BN kena bergerak solo. 

3. Ada yang cenderung BN kena bersama Pas atau PN (Pas wat amat gila gila nak UMNO).


Zahid pun mungkin pening kepala untuk membuat satu keputusan muktamad. Bermodal 30 kerusi dalam tangan, bukan senang untuk meraih 82 kerusi lagi lebih lebih lagi Sarawak dan Sabah tidak mesra BN, bukan lagi deposit tetap BN seperti dulu dulu.





KucingKerongKuantan @KlutzyKucing · 8h Apa cerita? Senyap? Adakah ada RCI? Mau jaga UMNO lagi kaaa?

 


DI AJAK BERDEBAT , SAMPAI SEKARANG HISHAM TAK SAHUT...DAN YANG PALING BAHAYANYA RAMAI PULAK YANG PERCAYA


 

WOIIIIIII.....BALIK LA


 

@thekapitanMY MUNAFIK


 

ZAHID MENIPU....


 

WALAUN BEREBUT KERUSI MELAYU. NAK MINTA BALIK KERUSI


 

GUNA FITNAH UNTUK JADI MODAL PILITIK


 

SENANG JADI PAS. ISU PERKAUMAN JADI TUNGGANGAN


 

IDEA MERAPU APA LA DIA NI


 

Tidak Benar Kerajaan MADANI Tak Jaga Melayu, Bumiputera – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 27 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAMPIN, 27 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan kumpulan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.

Jelasnya Perdana Menteri, antara langkah diambil kerajaannya ialah mewujudkan Tanah Rizab Melayu (TRM) baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati jumlah tanah itu semakin berkurangan.

“Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur…yang ada semua yang dijual. (Apabila) saya ambil alih (kepimpinan negara) pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia 480 ekar (194.3 hektar yang sebelum ini) menjadi milik negara China dan syarikat (swasta). Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 27 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga PETRONAS dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Azhan Md Othman.

Anwar berkata, cadangan itu tidak mendapat bantahan DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 27 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang juga menteri pengangkutan hanya bertanyakan alasan kerajaan berbuat demikian.

“Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur makin meleset. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia (Loke) kata okey.

“Mesyuarat Jemaah Menteri tidak ada yang bantah. Jadi, kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka (pada) 1957, Kerajaan MADANI mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 27 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim



Hikmah, Teknologi Teras Pendekatan Dakwah Era Digital – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada era digital kini, pendekatan dakwah perlu diperkasa menerusi hikmah, kebijaksanaan dan penguasaan teknologi moden supaya mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri menegaskan, perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan pengkomputeran menuntut institusi dakwah serta badan berkaitan menyesuaikan pendekatan mereka dengan perubahan semasa, namun ia perlu terus berpaksikan nilai, akhlak dan kebijaksanaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

“Kita perlu menggunakan segala kecanggihan yang ada untuk melaksanakan dakwah secara lebih efektif, berinteraksi dengan hikmah, mengambil manfaat daripada ilmu pengetahuan bagi menarik sokongan, saling mengenali serta menghargai perbezaan.

“Suara dakwah mesti menjadi suara kebijaksanaan, bukan pendekatan yang menimbulkan keresahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata, cabaran dunia pascakolonial dan fenomena Islamofobia menuntut pendekatan dakwah yang lebih dinamik serta mampu menjawab pelbagai persepsi terhadap Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, penguasaan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh usaha dakwah, khususnya dalam mendekati masyarakat global dan generasi muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tanpa dipandu nilai serta akhlak mampu menghakis nilai kemanusiaan.

Beliau turut menyeru institusi pendidikan agar sentiasa mengemas kini kandungan pembelajaran supaya selari dengan perkembangan teknologi baharu, sekali gus melahirkan graduan yang memiliki kemahiran diperlukan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

“AI, teknologi baharu, teknologi maklumat dan pengkomputeran tanpa nilai dan akhlak akan menghakis kemanusiaan.

“Sebab itu, sementara kita menggapai di langit dengan teknologi, kita wajib mengakar di bumi dengan keimanan, akhlak, budaya, bahasa dan jati diri,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar berkata, institusi wakaf juga perlu diperkasakan sebagai antara pemangkin pembangunan pendidikan, penyelidikan dan dakwah, termasuk dengan memanfaatkan teknologi digital bagi memperluaskan impaknya kepada masyarakat.

Beliau berkata, tradisi wakaf yang berjaya membangunkan institusi pendidikan dan penyelidikan di dunia Islam wajar dijadikan contoh dalam memperkukuh pembangunan ummah serta negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Untuk rekod, Kerajaan MADANI giat melaksanakan pendekatan mendidik seperti Kempen Internet Selamat (KIS) di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bertujuan memupuk penggunaan internet lebih selamat untuk semua golongan masyarakat.




Tiada Kompromi, Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pelarian Ganggu Ketenteraman Awam – PM Anwar

 


Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan beliau sudah mengarahkan pihak penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Kita tidak boleh benarkan sehingga mengganggu keselamatan penduduk tempatan.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

“Saya juga pesan kepada polis, Imigresen supaya berhati-hati dalam tindakan bagi menjaga kanak-kanak dan wanita.

“Tapi saya fikir kita harus ambil tindakan tegas dengan tidak mengizinkan mereka mengambil alih mana-mana tempat dalam negeri ini, sewenang-wenang tanpa hormat pada undang-undang,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas tindakan ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini, hari ini.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

Tegas Anwar, kerajaan memahami hasrat pelarian yang ingin mendapatkan perlindungan di bawah UNHCR.

Bagaimanapun, katanya, mereka (pelarian) tidak boleh bertindak sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Saya faham dia cuba (mendapatkan) perlindungan di UNHCR, tetapi mereka tidak boleh masuk-masuk kawasan … ada peraturan di dalam negara ini, tidak boleh sehingga menimbulkan keresahan penduduk tempatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ratusan pelarian Rohingya berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, di sini, hari ini selepas dilaporkan tiba di ibu negara awal pagi tadi menaiki tiga bas selepas mereka diusir keluar oleh penduduk tempatan di penempatan mereka di Pulau Pinang.




‘Ya, saya potong reben, tapi reben pelaburan berbilion’ – Tok Min jawab sindiran Mat Hasan

 


Sindiran bahawa beliau hanya “pandai potong reben” dibalas Datuk Seri Aminuddin Harun dengan menyenaraikan deretan projek pelaburan bernilai berbilion ringgit yang menurutnya membawa peluang pekerjaan dan manfaat ekonomi kepada rakyat Negeri Sembilan.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata setiap majlis perasmian yang dihadirinya bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya menandakan bermulanya projek pembangunan yang mencipta pekerjaan untuk anak tempatan.

“Antara reben-reben mahal yang saya potong sepanjang dua penggal ialah projek yang membawa pelaburan, pekerjaan dan masa depan kepada rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kenyataan itu dilihat sebagai reaksi terhadap sindiran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, yang sebelum ini mengkritik kepimpinan kerajaan negeri.

Aminuddin kemudian menyenaraikan beberapa projek utama yang telah dirasmikan sepanjang pentadbirannya.

Antaranya ialah F&N AgriValley di Gemas, sebuah ladang tenusu bersepadu berskala antarabangsa yang dijangka mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan berteknologi tinggi.

Beliau turut merujuk pembukaan kilang Samsung SDIEM di Seremban yang menyediakan lebih 1,300 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam industri bateri kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, katanya, hab pembuatan dan logistik pintar Dutch Lady Malaysia di Bandar Enstek membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran susu tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import.

Turut disenaraikan ialah kilang peranti perubatan Antmed di Springhill, pelaburan Nexperia dalam sektor semikonduktor di Seremban serta pembangunan Gamuda Land Ecosmart Industrial Park yang memberi tumpuan kepada teknologi hijau dan industri mampan.

Aminuddin juga menyebut pembangunan SPD Tech Valley Senawang, Hamilton Nilai City oleh Sime Darby Property serta projek AI Midport dan Port Dickson Free Duty Zone (PDFZ) bernilai RM2 bilion yang disifatkannya bakal merancakkan ekonomi sekitar Pasir Panjang dan Linggi.

Menurut beliau, kesemua projek itu dirancang bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada anak tempatan, khususnya dalam sektor teknologi tinggi, logistik, kejuruteraan dan ekonomi hijau.

“Saya serius dan komited dalam memastikan pembangunan di Negeri Sembilan membawa manfaat kepada anak tempatan,” katanya.

Kenyataan Aminuddin hadir ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memasuki fasa akhir, dengan isu rekod pembangunan dan pencapaian kerajaan negeri menjadi antara bahan kempen utama kedua-dua gabungan politik.





‘Jangan biar fitnah kalahkan perpaduan’ – Pesanan Anwar kepada warga ATM

 


Keamanan dan kestabilan yang dinikmati Malaysia hari ini dibina atas pengorbanan berterusan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh pasukan keselamatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jasa mereka bukan sahaja menjamin keselamatan negara, malah menjadi asas kepada kemakmuran ekonomi serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Berkongsi perkara itu selepas menghadiri majlis bersama warga ATM di Kem Syed Sirajuddin di Gemas bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar menegaskan pengorbanan pasukan keselamatan tidak boleh dipandang ringan.

“Keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan.

“Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi tiang utama perpaduan negara.

Menurutnya, Perlembagaan menjamin kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta institusi Raja-Raja Melayu yang perlu terus dipertahankan.

“Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu.

“Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara,” katanya.

Anwar turut mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecahbelahkan masyarakat mengatasi semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negara sejak sekian lama.

“Jangan sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia,” katanya.

Beliau menyeru seluruh rakyat agar terus mempertahankan kestabilan politik, memperkukuh perpaduan dan meneruskan agenda pembangunan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, makmur dan dihormati kepada generasi akan datang.