KISAH MB DAKWA KENA INTIP. BETULKAH?



 Ah pulak! 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 dakwa kena intip pulak. Sebelum ni 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 buat cerita yang ada orang 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗮. Sampai sekarang dia hidup lagi. Sempat kahwin dua pulak. Ni MB 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 pulak buat dakwaan. 






Ni berpunca dari terlalu banyak sangat tonton 𝗳𝗶𝗹𝗲𝗺 𝗛𝗼𝗹𝗹𝘆𝘄𝗼𝗼𝗱 la ni.


Samsuri kata dia 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗯𝗲𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗧𝗖𝗢. Masalahnya ada netizen yang jelaskan TCO tu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗯𝗲𝗹 tapi 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝘂𝗻𝗶𝘁. Unit ini bertanggungjawab memastikan keselamatan pemimpin yang ke luar negara.




Aku lampirkan 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵 penjelasan tu yang bagi aku sangat 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹. Posting Samsuri pun ada tapi aku ambil sikit je. Nak baca penuh, pergilah ke 𝘱𝘢𝘨𝘦 dia. Tak rajin aku nak 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵 semua.


Kalau baca posting Samsuri ni, dia kata ada 𝘴𝘱𝘰𝘵𝘵𝘦𝘳, panggil telefon 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 dan macam-macam lagi. Adakah dia pasti? 100% pasti. Tapi adakah dia punyai 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶? Malang sekali, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸. Berdasarkan agakan je.


Malanglah bila jawatan MB tapi bercakap tanpa fakta yang tepat. Bukan tak boleh dia 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻 dulu. Tanyalah pada orang yang tahu. Tapi rugilah. Kalau tahu cerita sebenar, tak adalah jadi sensasi. Tak boleh  nak 𝗹𝗲𝗯𝗼𝗻𝗴 walaun.


Samsuri tak perlu perasan sangat la. Dia bukan hebat sangat pun sampai kerajaan kena intip pergerakan. Setakat macam Samsuri, yang dalam dewan pun 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 je, tak ada apa nak dibimbangkan.


Umur-umur Samsuri sepatutnya dah tak terpengaruh lagi dengan 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗼𝗹𝗹𝘆𝘄𝗼𝗼𝗱. Kalau remaja yang terfikir begini, masuk akal la. Ni dah tua bangka pun masih terbayang cerita 𝙈𝙞𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣: 𝙄𝙢𝙥𝙤𝙨𝙨𝙞𝙗𝙡𝙚. Parah sangat dah tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



INI YANG DIKATAKAN MUNAFIK NI.




 𝗕𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗻𝗴𝘂𝘀𝗮𝗻 mahu MADANI batalkan sambutan Aidilfitri 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 bagi menghormati mangsa letupan di Putra Heights.


Tapi PAS 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗸 je buat majlis sambutan di 𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗗𝗶𝗰𝗸𝘀𝗼𝗻. PAS tak hormati mangsa ke?


Mungkin betul telahan aku. Dia sebenarnya 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 tengok sambutan yang PMX terima. Rasa 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺. Sebab tu dia majlis tu dibatalkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NOHHHH GURAUAN PDRM FC BUAT PENYOKONG MB KAMI SEMPOI TERKEDU.... HAMBIKKKKK..

 


Alamak. Sekali 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗙𝗖 gurau kasar la. 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 ni kalau macam ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




ADAKAH MALAYSIA SUDAH HILANG MINAT JET KUWAIT. RUSSIA TAWARKAN JET KEPADA MALAYSIA.


 

AS MAKIN PANAS RUSSIA TAWAR MIG 35 DAN JAMIN KESELAMATAN MALAYSIA.


 

‘Udang’ di sebalik tarif Trump




Oleh ADRIAN LIM CHEE EN

 

Hari ini, Trump membuat “u-turn” dengan mengumum pengurangan tarif terhadap hampir kesemua negara (termasuk Malaysia) ke paras 10% selama 90 hari, kecuali China pada paras 125%.

Ada yang kata Trump bodoh. Tetapi lantaklah apa yang nak dikatakan. Dalam pengamatan saya, it was never about “jobs for Americans” atau “the American economy”. It was also never about the tariffs.

Segala aksi yang dibuat oleh Trump pada sebelum ini cuma “smokescreen”, dan “tarif” dijadikan senjata politik ke arah tujuan sebenar Trump

Sasaran dan tujuan sebenar Trump ialah mendapatkan “grand standing” dengan “menundukkan” China. Kena faham, Trump ini seorang egois dan suka perhatian.

Dalam erti kata lain, TRUMP MAHU MELAKAR LEGASI DAN DIINGAT SEBAGAI “PRESIDEN AS YANG BERJAYA MENYEKAT KEMARAAN CHINA”.

Dalam mengejutkan seluruh dunia dengan pengumuman tarif pelik-pelik sebelum ini, kemudian menurunkan pula tarif terhadap semua negara kecuali China, Trump sedang melaksanakan strategi “isolate” atau penyisihan terhadap China.

Trump sedang memberitahu pemimpin-pemimpin seluruh dunia, “ini amaran, sekarang saya bagi peluang kepada kamu dengan mengenakan tarif 10% sahaja, jangan dekat sangat dengan China, biarkan China bersendirian”.

Bagaimana negara-negara lain membalas, itu masih menjadi persoalan.

Bagaimana pula Xi Jin Ping dan China akan respon?

 

Ada dua kemungkinan. Saya guna istilah-istilah dalam permainan daun terup “poker”.

1.   Cabar Trump “show hand”

Penurunan tarif Trump ke paras 10% bukan bersifat kekal lama. Cuma 90 hari seperti yang diumum oleh Trump.

Maka Xi berkemungkinan melengahkan masa dan menunggu sehingga tempoh 90 hari tamat sebagai cabaran terhadap Trump untuk “show hand”.

Maksudnya, Xi mencabar Trump melaksanakan tarif gila-gila yang diumum sebelum ini.

Selepas 90 hari, sama ada Trump menaikkan semula tarif ke paras yang diumum pada sebelum ini atau kekal pada 10%, kedua-duanya memberi manfaat kepada China.

Sekiranya tarif dinaikkan semula, seluruh dunia akan hilang kepercayaan terhadap Trump dan AS, dan ini akan memberi impak negatif terhadap ekonomi AS.

Sekiranya tarif tidak dinaikkan semula, ego Trump pula tercalar. Malulah Trump, tercalar ego Trump dikatakan tin kosong atau harimau tanpa taring.

2.   “Fold”, kepentingan negara mendahului kepentingan ego Xi

Ideologi dan pendekatan China amat berbeza dengan AS.

Di AS, sama ada dalam perniagaan atau politik, mereka selalunya mendepankan sosok tubuh sebagai imej.

Sebagai contoh, wajah Apple adalah mendiang Steve Jobs. Wajah Tesla adalah Elon Musk. Contoh lagi, lebih ramai mengenali Warren Buffet berbanding nama syarikatnya Berkshire Hathaway.

Penjenamaan di AS lazimnya ke arah mengagungkan sosok tubuh kerana begitulah sifat orang AS.

Namun, pendekatan di China ialah, kepentingan diri sendiri tidak boleh mendahului kepentingan negara.

Sebagai contoh, orang kenal XiaoMi, tetapi tidak kenal Lei Jun (pengasas XiaoMi).

Orang kenal HuaWei, tetapi tidak kenal Ren Zheng Fei (pengasas HuaWei).

Orang kenal BYD, tetapi tidak kenal Wang Chuan Fu (pengasas BYD).

Malah, orang yang terlalu ghairah menaikkan nama sendiri seperti Jack Ma, hari ini terpaksa tunduk.

Ini berbalik kepada ideologi di China, di mana kepentingan sosok tubuh tidak boleh sesekali mendahului kepentingan negara. Negara wajib di depan. Country first.

Maka tidak mustahil sekiranya Presiden China Xi, tunduk seketika, sekiranya “tunduk” itu memberi lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan.

Biarlah ego calar sedikit, tetapi country must be first.

Tidak gelojoh

Di peringkat Malaysia, baru-baru ini, PM telah mengumumkan bahawa pendirian Malaysia adalah terus berdialog dan berunding.

Pendirian itu adalah tepat walaupun terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan menuduh Kerajaan Malaysia lemah, tiada keberanian dan sebagainya.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersikap gelojoh atau mengambil pendirian terlalu keras kerana sasaran Trump bukannya Malaysia pun.

Apalah sangat kedudukan Malaysia sampai Trump nak sangat target Malaysia? Jadi, tidak perlu kita bersikap keras sangat.

Kita sebagai negara kecil, tidak perlu ambil side mana-mana. Malah, sekiranya perlu “tunduk” sedikit pun, tunduk sajalah sekiranya tindakan “tunduk” itu mendatangkan lebih banyak manfaat ekonomi berbanding kemudaratan ekonomi.

Sifat “tunduk” tidak semestinya bermaksud terima penghinaan. Ianya juga sikap mulia, rendah diri, tidak riak, tidak gelojoh dan sentiasa membuka peluang perdagangan as long as it benefits ekonomi Malaysia.

 



Ayer Kuning, persiapan jentera Amanah yang terbaik




 

Muhaimin Sulam



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjejak kakinya ke Ayer Kuning bertemu jentera pilihanraya Amanah Perak.

Semua pimpinan Amanah Kawasan seluruh Perak turun. Maghrib solat jemaah di Masjid Bt 7 Changkat Jong.

Tak sempat untuk kejar solat di Masjid Tg Keramat – kawasan pilihanraya kecil. Jika tidak, dapatlah jumpa dan bersalaman dengan kawan-kawan lama Pas di situ.

Masa Dr Dzul banyak dihabiskan dengan mendengar taklimat Pengarah Jentera, Salman Salleh dan bertemu muka dengan jentera.

Ucapannya sekadar memenuhi ritual parti politik yang mengambil masa tidak sampai sebatang rokok yang terbakar.


Itupun lebih kepada nasihat kesihatan dan ingatan untuk berkerja kuat memenangkan calon BN-Perpaduan.


Pengarah Biro Pilihanraya Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan menyebut sepanjang dia diamanahkan jabatan tersebut dan mengetuai jentera piliharaya kecil pada lima PRK, inilah pilihanraya kecil yang terbaik.

Meski hari penamaan calon belum tiba lagi. Dia mengukur dari persediaan jentera Amanah Perak dan kerjasama antara PH dan BN sejak beberapa minggu lalu. Itu memang perlu diakui.


Jika tidak, mana mungkin Perak memulakan kerja membentuk kerajaan perpaduan.




PM Anwar Bincang Isu Tarif Dengan PM New Zealand

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi, menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon, membincangkan mengenai beberapa isu semasa, khususnya tarif perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dan kesannya kepada rantau ini.

Perdana Menteri berkata, dalam perbualan itu, beliau menegaskan pendirian Malaysia dan ASEAN yang sentiasa mengutamakan rundingan dan semangat kesepaduan dalam mencari jalan penyelesaian yang adil dan seimbang untuk semua negara anggota.

“Saya juga tekankan keperluan ASEAN memperkukuh kesepakatan serantau supaya sebarang langkah susulan dapat diselaras secara tuntas dan berkesan.

“Dalam perbualan ini, saya turut maklumkan kepada Perdana Menteri Luxon mengenai penganjuran Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN oleh Malaysia yang berlangsung hari ini bagi meneliti secara mendalam isu ini dan merangka pendekatan kolektif yang terbaik,” kata beliau dalam Facebook, hari ini.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan pengurangan kadar tarif timbal balas ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS kepada 10 peratus selama 90 hari untuk memberi ruang kepada rundingan.

Pengumuman itu dibuat beliau beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh negara Uncle Sam itu, termasuk kepada Malaysia.

Bagaimanapun, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan New Zealand, bukan saja sebagai rakan dua hala tetapi juga dalam kerangka ASEAN.

“Kami akan terus mengadakan dialog dan rundingan bersama rakan dagang utama lain dalam usaha membentuk hala tuju ekonomi serantau yang lebih inklusif dan berdaya tahan,” katanya.


Isu Kg Sungai Baru : Penduduk Kampung Dedahkan PN Kerajaan Terdahulu Men...

PADAN MUKA : POLIS TAHAN RATU NAGA SELEPAS BUAT FITNAH

Padu woo penjelasan Setpol Kanan PMX mengenai RUU (URA)

PENANG MANTAP

 


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 2024 meneruskan pemberian sumbangan kepada pelajar di peringkat Institusi pengajian tinggi.





Skim Permulaan Ke IPT merupakan bantuan awal kemasukan manakala Skim Dermasiswa Pengajian merupakan bantuan bagi pelajar IPT yang sedang dalam pengajian.


Dalam tahun 2024 juga, MAINPP telah memperkenalkan agihan baharu bagi Skim Dermasiswa iaitu kepada pelajar Politeknik bermula peringkat Diploma dan ke atas dengan tambahan dana RM 2 Juta.


#DrMohamad

#TKM1PulauPinang

#UntukNegeriKita




SYAITANHE...

 


Pada kebiasaannya manusia akan 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿 apabila dibantu. Kebiasaannya manusia akan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 kepada Tuhan.


Ada terjadi manusia yang tidak dibantu menjadi kufur, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻 atas kecelakaan yang berlaku hingga ada yang 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗰𝗶-𝗺𝗮𝗸𝗶 Tuhan.


Maka tidak hairanlah jika ada yang marah apabila ada pihak yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 bagi membantu mangsa kebakaran di 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗛𝗲𝗶𝗴𝗵𝘁𝘀.


Ada juga yang 𝘁𝗮𝗸 𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮 bila 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 hulurkan bantuan. Macam-macam alasan mereka. Sebenarnya mereka tak mahu mangsa dibantu.


Sebab mereka mahu melihat manusia 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻. Sebab mereka itu sebenarnya adalah 𝗮𝗴𝗲𝗻 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DUIT UNTUK UPACARA PENGKEBUMIAN MENJADI BAHAN YANG DISANGKA DUIT PALSU.


 

‘Paling besar sitaan sekarang ini babit kes Ismail Sabri, cecah RM177 juta’ – Azam Baki




Dalam tempoh tiga bulan sahaja bermula 1 Januari sehingga 31 Mac tahun ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441.

Daripada keseluruhan jumlah itu, nilai sitaan membabitkan kes Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah yang paling tertinggi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, untuk kes Ahli Parlimen Bera itu sahaja, agensi terbabit telah menyita sebanyak RM177 juta.


“Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta. Itu jumlah yang paling besar sitaan kes,” katanya dalam sidang media hari ini memetik Sinar Harian.



Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah aset dan wang yang dibekukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 adalah sebanyak RM548,978,525.


Setakat ini, jumlah aset yang telah dilucut hak dan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan di bawah ketiga-tiga akta berkaitan termasuk Akta Tatacara Jenayah adalah sebanyak RM603,363.29.


“Ini menunjukkan bahawa kami sedang giat berusaha untuk menyelesaikan kes-kes lain bagi tujuan pelucutan hak sama ada secara rasmi mahupun melalui penalti dan kompaun, di mana setakat ini jumlah penalti atau kompaun yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM412,000,” katanya lagi seperti dilapor.




Kerajaan Jamin Permohonan Semakan Akta SPK Berjalan Tanpa Campur Tangan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui jalur kehakiman. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Kerajaan memberi jaminan bahawa proses mahkamah berhubung semakan kehakiman terhadap kesahan perlembagaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) akan berjalan tanpa sebarang campur tangan atau prejudis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui jalur kehakiman.

“Ini adalah antara tonggak penting dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang berpaksikan kedaulatan undang-undang. Seperti dalam mana-mana proses mahkamah, kerajaan memberi jaminan ia berjalan tanpa campur tangan atau prejudis sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwwr Ibrahim berkata walaupun kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, Kerajaan MADANI turut komited untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata struktur dan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak termasuk badan kehakiman, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat madani (NGO).

“Persoalan ini bukan sesuatu yang boleh diketepikan dan ia menuntut penelitian serius dari sudut dan lensa undang-undang, institusi dan Perlembagaan,” katanya.

Anwar berkata walaupun kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, Kerajaan MADANI turut komited untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK selaras dengan semangat pembaharuan institusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata struktur dan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini bagi memastikan proses pelantikan kehakiman benar-benar mencerminkan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman tanpa menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan keistimewaan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Anwar berkata kajian semula itu akan melibatkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan NGO, dengan matlamat memperbaiki sebarang kelompongan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara.

“Sebarang reformasi yang dibawa kelak akan menyemangati prinsip Perlembagaan, yakni memelihara doktrin pengasingan kuasa, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Hanya dengan asas yang kukuh ini, kita dapat memastikan kestabilan jangka panjang dan sistem demokrasi negara kekal terjamin,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip tadbir urus berintegriti dan akan terus bertindak dengan telus, bertanggungjawab serta menghormati semua institusi Perlembagaan dalam menguruskan isu sepenting ini.


KAMU DA BUAT SALAH BESAR KAH




 MB Terengganu mengadu pergerakannya dipantau sepanjang masa


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengadu di laman Facebook kononnya beliau telah ditandai sebagai individu di bawah kawalan Arahan Kawalan Perjalanan (TCO) mengakibatkanpergerakannya dipantau sepanjang masa.

Beliau berkata, dirinya seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster, atau persona non grata di tanah air saya sendiri.

MenurutNaib Presiden Pas berkenaan , beliau sangat kecewa dengan keadaan tersebut yang telah berlaku sejak tahun lalu.


“Saya di “tahan” dan dibawa ke tepi, satu panggilan akan dibuat dan perlu mendapat persetujuan satu cawangan khusus sebelum dibenarkan keluar dari kawalan sempadan, untuk setiap kali keluar-masuk sempadan, walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024,” dakwanya.

Samsuri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berkata, ke mana beliau pergi, siapa yang ditemui, dan apa yang dibualkan, semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan oleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator utamanya.

“Inilah realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi canggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya dengan individu tertentu, terutama pimpinan politik.

“Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%.

“Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan,” tegasnya.

Ahmad Samsuri Mokhtar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu menjelaskan kehadiran operatif dan elemen pihak yang memantau pergerakannya adalah sangat ketara dan mudah dikenal pasti menerusi pemilihan kenderaan yang digunakan, kereta yang statik, cara pihak terbabit berkomunikasi, pejalan kaki (spotter), dan sebagainya.

Sehubungan itu, Samsuri menganggap keadaan tersebut berlaku hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak yang tanpa ada keperluan untuk merasakan tidak stabil dan terancam.

Dalam masa sama, wakil rakyat Pas itu mendakwa seorang lagi pemimpin utama pembangkang juga berdepan dengan label tier TCO sepertinya dan mereka tidak akan berdiam diri.

“Negara yang benar maju demokrasi dan institusinya, mempunyai ruang kawalan di bawah Parlimen seperti “Jawatanakusa Terpilih Risikan ” sebagai kuasa pengawal (oversight) untuk menghalang salah guna kuasa jentera dan aset kerajaan terutama oleh pihak berkepentingan politik dan kewangan.

“Dalam hal ini, sudah ada rakan Ahli Parlimen yang ingin membangkitkan salah guna kuasa TCO dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang,” katanya.






PMX BERBUAL DENGAN PRESIDEN SYRIA.


 

TAK CERDIK.33 BULAN DULU APA PUN TAK BUAT


 

Gabenor Guangxi Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Guangxi, Lan Tianli dan delegasi di pejabat beliau di sini pagi tadi.

Anwar berkata, lawatan berkenaan mencerminkan hubungan mendalam dan terjalin lama antara Malaysia dan China, terutamanya dengan Guangxi sebagai rakan wilayah yang penting.

Menurutnya, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah USD106.04 bilion (RM484.12 bilion), manakala Guangxi sebagai pintu masuk China ke ASEAN memainkan peranan penting memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya maklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada 15-17 April ini.

“Justeru, kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi ASEAN termasuklah pengukuhan kerjasama kecerdasan buatan (AI) dan Digital,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan menjemput perusahaan AI terkemuka China untuk mempertimbangkan bagi menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, kami turut menyentuh usaha-usaha memajukan Inisiatif “Dua Negara, Taman Berkembar” melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), yang mana terus menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan pewujudan lebih 10,000 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini, RM20.77 bilion telah direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan telah diwujudkan hatta ini menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Tianli di pejabatnya di Putrajaya pada 10 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau berharap hubungan diplomatik Malaysia dan China terus berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran mendatang.




"PEMIMPIN BESAR" PAS DALAM RADAR SPRM ? SUSPEK SETERUSNYA ?

KESIAN PAS TAKUT HILANG KERUSI PERMATANG PAUH KPD NURUL IZZAH ?

BUDAK SANUSI JAWAB ISU BOLA SEPAK KEDAH 11 BULAN TIADA GAJI.


Budak Sanusi penyokong tegar Sanusi Md Noor menjawab Isu Ds Saifuddin Nasution memberi sumbangan kepada 40 orang pemain dan jurulatih dan juga pngawai bola sepak kedah. Beliau Menjawab Penuh Penipuan Dan Spin Gila. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.