BERSATU BAKAL DIKHIANATI PAS


 

Rakyat Kelantan diseru undi untuk kebaikan masa depan




 Rakyat Kelantan diminta membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri dan masa depan anak-anak mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabtu ini.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat negeri itu perlu meneliti sebab Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain terutama Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.



"Mengapa negeri lain maju?



"Jawapannya pemerintah (Kelantan) tidak fikir ke depan, tak ada rancangan yang baik, yang ada hanyalah cerca orang, fitnah kepada orang," katanya dipetik.



Anwar berkata begitu dalam ucapan di Jelajah Perpaduan MADANI di Batang Merbau di Tanah Merah, Kelantan malam tadi.



Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, rakyat juga tidak seharusnya terus terpengaruh dengan isu agama dibawa oleh parti politik.



"(Masih guna) syurga dan neraka puluhan tahun dah, nak masuk syurga dan neraka bukan (ditentukan) parti," katanya.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa menghadiri Majlis Ilmu dan Selawat di Madrasah Ribat Al Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong, Machang. Beliau turut bersama warga madrasah itu menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

 

Kertas Putih dasar Gaji Progresif akan dibentangkan ke Parlimen


 Kertas Putih berhubung pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen bulan depan, maklum Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.



Melalui satu ciapan di Twitter, Rafizi berkata beliau telah membentangkan kertas Dasar Gaji Progresif kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin untuk kelulusan yang dilihat menjadi dasar pasaran buruh yang mampu menaikkan gaji pekerja secara sistematik.



"Sesi libat urus dan tinjauan awal menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif," ciapnya.



Pada masa sama, Rafizi berkata, tujuan Dasar Gaji Progresif adalah jelas setelah Jabatan Perangkaan Malaysia pada minggu lalu melaporkan data gaji pekerja yang sangat membimbangkan.



"Lebih dua juta pekerja bergaji kurang daripada RM2,000. Gaji penengah di sembilan negeri tidak melebihi RM2,000. Isu gaji ini berlarutan selama berdekad-dekad. Satu perubahan yang drastik sangat diperlukan.



"InshaAllah dengan Dasar Gaji Progresif, kita boleh mengambil langkah pertama untuk mereformasikan struktur gaji rakyat yang akan menaiktaraf kehidupan rakyat Malaysia," kata Timbalan Presiden KEADILAN itu.



Terdahulu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan semalam berkata, Dasar Gaji Progresif yang merupakan satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten di samping pengagihan lebih seimbang adalah bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.



Dasar ini adalah bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.



PM berkata, langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja dan akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat.

 

TU DIAAA...ORANG PALA BATAIH DOK HAMPUT MP PAS...KAH..KAH..KAH....








 

Rafizi jawab adakah Umno liabiliti kepada PH?

 

Kebersamaan PH dan Umno di sebalik perbezaan masing-masing menjadi lebih mudah kerana kedua-duanya melihat kerjasama mereka sebagai satu keperluan ketika ini.


Senarai undangan bagi program temu bual satu saluran radio FM yang popular itu menunjukkan ketelitian dalam pemilihan mereka. Bukanlah ia berkisar sangat kepada stesen radio itu yang berkecuali tetapi dipercayai lebih kepada kemampuan tetamunya menjawab soalan secara bertalu-talu dan pantas.

Hakikat bahawa senarai undangannya sebelum ini merangkumi tokoh seperti Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Halimah Ali, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, menunjukkan tumpuannya ialah untuk mencungkil jawapan terhadap isu semasa yang panas daripada tujuan mempromosikan mereka.

Barangkali juga senarai undangannya lebih ramai tetapi bukan semua yang sanggup tampil untuk disoal sedemikian rupa sehingga berasa seolah-olah berada di bawah tekanan hebat tanpa meluangkan masa untuk berfikir dan menyusun kata-kata.

Apabila Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli didatangkan sebagai tetamu dua hari lalu, antara soalan cepu emas ditanya ialah adakah Umno menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan?

Juga bagaimana PH dan Barisan Nasional (BN) yang lama bermusuhan sebelum pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU15 November tahun lalu, boleh bekerjasama dalam kempen PRN 12 Ogos ini.

Menyorot bagaimana dua gabungan itu dapat bekerjasama, Rafizi tidak berselindung bahawa ia berhasil lebih baik daripada yang difikirkannya.

“Saya telah merundingkan pembahagian kerusi selama lebih satu dekad. Rundingan dengan PAS adalah menyukarkan satu dekad lalu. Rundingan dengan Mahathir dan Bersatu menyaksikan kami kerap meninggikan suara dan banyak kali keluar meninggalkan bilik rundingan. Ia amat-amat
menyukarkan.

“Jadi, saya pergi berunding dengan BN menjangkakan yang terburuk, sebaliknya ia agak lancar. Kami bersetuju terhadap parameter tertentu dan berunding mengenai prinsip.

Ads by Kiosked

“Saya fikir ini adalah matlamat bersama yang memudahkan PH dan BN untuk bekerjasama,” katanya dalam rakaman video temu bual berbahasa Inggeris itu di YouTube yang mendapat hampir 50,000 tontonan.

Apabila didesak oleh pengacara yang itu hanya di peringkat kepimpinan, Rafizi mengakui ia memerlukan masa untuk ia turun ke peringkat bawah tapi ia juga adalah antara cabaran mereka jangkakan.

“Tapi sedikit perbezaan dengan kepimpinan Umno hingga ke peringkat bahagian ialah mereka memahami bahawa ia adalah satu keperluan untuk kedua-dua pihak bekerjasama. Kami mempunyai perbezaan seperti diakui kedua-dua pihak, jadi kami fokus kepada kekuatan masing-masing.

“Dan itu yang membuat ia sedikit dipermudahkan. Dalam kempen PRN ini, saya telah melihat persefahaman dan kemesraan yang lebih baik. Keperluan untuk bekerjasama adalah kuncinya,” jelasnya.

Mengambil kira Umno mencatat keputusan buruk dalam PRU15, adakah parti itu menjadi liabiliti yang merendahkan PH, sebuah parti reformis yang menjenamakan ia sebagai sentiasa mendesak kerajaan yang bersih?

Kini, dengan PH menjadi sekutu Umno yang presidennya berhadapan tuduhan jenayah di samping wujud puak-puak dalam parti yang percaya Najib Razak tidak bersalah walaupun diputuskan sebaliknya oleh mahkamah tertinggi dalam negara, adakah itu boleh diterima penyokong tegar PH atau PKR?

Ads by Kiosked

Rafizi menjawab: “Seperti sekarang, data kami menunjukkan penyokong PH akan memberi undi kepada Umno. Untuk keadaan sebaliknya pula, ia akan sedikit mencabar buat pengundi Umno, bukan kerana Umno sebagai sebuah parti, tapi pertentangan politik sepanjang 70 tahun lalu.

“Ia sentiasa berkisar kepada politik sederhana dan ‘middle ground’ menentang politik ekstrem dan identiti.

“Dengan Umno kini kembali ke tengah-tengah bersama PH dan fokus kami ialah terhadap dasar-dasar, Umno haruslah mengurus sesetengah sokongannya kepada PAS dan Bersatu pada masa lalu kerana pembawa standard politik sekarang bukan lagi Umno.”

Sama ada Umno adalah satu liabiliti atau tidak, katanya, ia bergantung kepada bagaimana anda memilih untuk melihatnya.

“Pada saya, tanggungjawab kami kepada masyarakat ialah untuk membawa politik ke jalan pertengahan dan fokus kepada politik dasar yang konstruktif. Umno sedang melakukan yang terbaik ke arah itu di sebalik segala cabaran yang dihadapi mereka.

“Dengan kurang satu parti memilih kepada politik identiti, tentunya ia satu kebaikan buat negara. PKR atau PH tidak mengambil alih tampuk kuasa selepas hampir dua dekad kerana kami berbalas-balas politik identiti dan kaum dengan satu lagi cara politik identiti.

Ads by Kiosked

“Kami sentiasa bertanding dan meyakinkan pengundi dengan dasar-dasar dan bagaimana ia boleh menjadikan (keadaan) lebih baik buat mereka.

“Ia telah berhasil pada 2018 dan kami menang secukupnya pada 2022. Mungkin sekadar secukupnya saja tapi keadaan mungkin boleh lebih buruk daripada ini.

“Pilihan raya tidak pernah dimenangi dengan menenangkan penyokong teras kami. Ia selalunya dimenangi dengan menambat hati pengundi atas pagar.

“Pengundi atas pagar ini tidak pun tertarik dengan siapa yang lebih liberal atau siapa yang lebih kepada berbilang kaum, (sebaliknya) ia adalah bagaimana anda boleh membawa perbezaan dalam kehidupan harian mereka.

“Jadi, kami telah membuktikan sepanjang 20 tahun lalu bahawa fokusnya sentiasa kepada dasar dan politik konstruktif dan saya fikir itu juga cara yang akan memenangkan kami kali ini juga,” katanya.

Rafizi, yang pada penghujung temu bual itu menekankan tidak berminat untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti, berkata sebarang langkah atau pilihan untuk melawan politik kaum dengan satu lagi politik kaum hanyalah satu perlumbaan ke bawah.

Ads by Kiosked

“Kami tidak akan boleh jadi lebih Melayu dan lebih Islam daripada PAS atau Bersatu sekarang. Juga kami tidak boleh memikat hati orang Melayu dengan menunjukkan bahawa kami kurang Melayu kerana kami perlu mempertahankan bukan Melayu di kawasan bandar.

“Jadi, titik persamaannya ialah sentiasa mengenai bagaimana dasar-dasar kami dan politik ‘centre ground’ akan membuat hidup lebih baik buat semua orang,” tambahnya.

Ditanya adakah keputusan PRN kali ini satu referendum terhadap kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim?

“Tidak…tidak sekali-kali. Pengundi akan dapat membuat tapisan di antara retorik ketika kempen dan realiti.”

 

ESOK DEBAT MENARIK. JANGAN LUPA. KITA BENAM WALAUN ...

 


Dari Rafizi Ramli



Tajuk debat pada 9 Ogos 2023 nanti adalah “Model Baharu Ekonomi Malaysia”.


Insya-Allah, rakyat akan dapat menilai dan meneliti secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan.


Debat akan disiarkan secara langsung jam 9.30 malam di saluran RTM & Astro Awani.


Debat juga boleh diikuti secara online di RTM Klik dan aplikasi Astro GO.


Saya pohon sebarkan dan mengajak seluruh rakyat mengikuti sesi debat ini. 


Kita jumpa Rabu.



PMX DI MADRASAH USTAZ MUHAIZAT

 







Setelah Syahmi Sazli influencer terhebat Klate viral tegur pentadbiran PAS;

Kalini Tok Guru institusi pondok Klate pula,
Ustaz Muhaizad Al-Yamani bersama program selawat dan majlis ilmu bersama PMX..
Semoga doa para murabbi melayu nusantara diaminkan dan diangkat ke langit,
sihir black magic yang kian lama mengikat rakyat Malaysia akan terlerai..

PERJUANGAN

 


PERJUANGAN

Saya cuba nak memahami perjuangan PN dan Parti Syurga.

Suatu ketika dulu, ketika Tun M berjuang untuk Muslim di India, sampai Kerajaan India berhenti beli minyak kelapa sawit kita. PAS bukan sokong Tun M, tapi sokong MCA. Katanya tindakan ini tidak baik untuk ekonomi.

3 bulan lepas, ketika Kerajaan Perpaduan merampas jam Swatch Pride LGBT. Mereka bukan memuji, malah mengeji. Kata mereka kesian kepada pelabur, dan bantai Kerajaan. Bantahan mereka, sama bunyi pulak dengan “geng liberal” yang mereka hentam.

Minggu lepas, ketika PMX jawab soalan meritokrasi, tidak boleh dibuat sepenuhnya lagi, kerana kena pertimbangkan juga penduduk majoriti. PN bantai pulak lagi, katanya PMX membuli.

Secara sengaja, mistaken the forest for the tree.
Tu sebab saya kata, mereka ni paham ke perjuangan Melayu dan Islam yang mereka nak bawa?
Atau apa pun kerja Kerajaan dibantai jua. Tak kira la ia baik untuk bangsa dan agama.

**********************
Kena ingat, walaupun PHBN menang undi popular, ada juga undi diberi kepada PN. Walaupun mereka tak menang.

Posisi mereka sebagai pembangkang itu dibayar rakyat setiap bulan. Ditanggung pakai dana awam.

Kita expect mereka buat kerja Semak dan Imbang.

Semak dan imbang ini bukan untuk bagi kelebihan parti mereka merampas kuasa. Tapi beri input untuk bina negara. Melalui pelaksanaan strategi dan dasar. Bagi alternatif agar rakyat boleh menilai kerja mereka. Bukannya bangkang ntah apa-apa.

Sebagai pengundi, saya selalu kata, kita ini PENGADIL bukan PENYOKONG. Mana salah kita bantah, mana baik kita sokong. Bukan saja kita kena pantau Kerajaan tapi juga Pembangkang.

Kerana kedua-dua nya rakyat bayar gaji mereka. Kita lah MAJIKAN nya.

Tapi kalau ini kualiti Pembangkang yang ada, ghuyup la negara kerana mereka terdesak nak berkuasa semula. 33 bulan itu tanda arasnya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki



PM luang masa santuni warga madrasah








 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meluangkan masa hampir satu jam menyantuni warga Madrasah Ribat Al-Musthofa di Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong, di Machang.


Anwar yang tiba jam 6.47 petang, disambut pendakwah Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Muhammad yang juga penasihat madrasah serta warga pusat itu sebelum diberi taklimat ringkas.


Anwar bersama rombongan kemudian menikmati makan malam dan kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah.


Melalui satu hantaran di Facebooknya malam tadi, Anwar menjelaskan bahawa kehadiran ke madrasah berkenaan untuk menziarah sahabat tok-tok guru.


"Alhamdulillah, hari ini saya dapat bertemu dan bertanya khabar dengan para pimpinan pondok madrasah Kelantan di Madrasah Ribat Al Musthofa, Pulai Chondong.


"Platform majlis ilmu itu saya gunakan sebaiknya dalam merapatkan ukhwah selain meningkatkan hubungan antara ulama dan umara’.


"Sayugia, doa dan nasihat para tuan guru mengenai hal ehwal agama dan negara sebentar tadi amat saya hargai.


"Dititipkan doa institusi pondok-madrasah akan terus dibangunkan dan turut sama menyumbang ke arah pembinaan Malaysia MADANI," katanya dipetik.


Dalam pada itu, Muhaizad pada ucapan alu-aluan menyifatkan kehadiran Perdana Menteri sebagai salah satu nikmat persaudaraan agama dan bangsa.


Seluruh warga pondok jelasnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri.


"Terima kasih kerana sudi melawat kami dan ia sesuatu yang menggembirakan," ujarnya.