AIK....

 



Yang pi hina Sultan Selangor tu Sanusik ✅

Yang kena hina tu Sultan Selangor ✅

Yang mendakwa tu Peguam Negara & Istana Selangor ✅

Yang disalahkan Kerajaan Perpaduan PHBN ⁉️


Sendiri buat salah⁉️ Sendiri Tanggung lah ⁉️

Sapa suruh hina Sultan Selangor & main isu 3R ❓❓❓


#️⃣#PadanMuka

#MulutCelupar

#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#️⃣#FitnahLagi



ABANG MAJLIS BANDARAYA. JAWAB WALAUN


 

SIAPA YANG SERANG SANUSI ?

 

Serangan ke atas Sanusi gagal?

Pertama, tak ada orang serang Sanusi. Dia yang serang dirinya sendiri. Segala kritikan ke atasnya adalah atas kelancangan dengan keceluparan mulutnya sendiri.

Kedua, aku tengok berebut pemimpin PAS keluar kenyataan bela Sanusi seorang ini. Itu petanda jelas yang PAS mula sedar Sanusi kini jadi liabiliti kepada PAS dan PN.

Mereka sedar kalau terus begini, Sanusi bakal jadi punca PN kalah teruk dalam PRN yang semakin hampir ini. Jadi nak tak nak, mereka terpaksa juga bela Sanusi.

Tapi dah terlambat. Sanusi rebah kerana mulutnya sendiri. Dia fikir bila walaun suka, maknanya semua rakyat suka. Dia tak sedar walaun fikir tak macam manusia normal. Bersedia sajalah. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

JANGAN KOYAK



Eh nak saman? Bukan walaun kata koyak ke kalau saman ni? Maknanya Sanusi koyak la kan? Kikiki...

If you angry, don't koyak. Macam mana entah dia cakap dulu. Lupa pulak. Tapi tu dia kata kat orang lain la. Bila dia buat, lain dalilnya.

Tapi PAS ni ada sejarah dalam bab saman ni. Sama ada cakap je tapi tak saman atau dia saman orang, tapi dia yang kena bayar. Guane boh?

Raja Gelap

 

 

MB Sanusi lebih baik bersara, tidak layak jadi pemimpin




 Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak layak untuk terus menjadi Menteri Besar.

Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa isu berkaitan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina institusi diraja masih belum selesai menunjukkan seriusnya perbuatan pemimpin Pas itu.


Tambahnya, sebagai seorang pemimpin, Sanusi gagal menunjukkan teladan supaya rakyat terus menjunjung dan menghormati institusi diraja yang menjadi tonggak kepada negara ini.


"Bagi saya Muhammad Sanusi tidak layak jadi Menteri Besar atau pemimpin politik dan eloklah beliau bersara kerana sebagai pemimpin, seharusnya seseorang individu itu perlu sentiasa seiring dengan Sultan mana-mana negeri sekali pun," katanya.


Sementara itu Faiz mendakwa, tindakan Muhammad Sanusi yang memperlekeh institusi diraja bukanlah pertama kali berlaku.


Sanusi katanya, pernah mengeluarkan kenyataan seakan mempertikai Yang di-Pertuan Agong berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan yang kononnya tidak dititahkan baginda dalam satu siri ceramahnya sebelum ini.


"Itu pun satu penghinaan kepada Agong kerana kita semua tahu bahawa Seri Paduka Baginda sendiri titahkan agar diwujudkan Kerajaan Persekutuan.


"Jadi apabila Muhammad Sanusi dakwa tak ada bukti Agong bertitah demikian, beliau sebenarnya telah menghina institusi diraja," katanya.


Justeru Faiz mengingatkan Sanusi agar tidak menyalahkan pihak lain kerana kononnya mempolitikkan hal tersebut sedangkan beliau sendiri sering membuat kenyataan-kenyataan melampau.


"Beliau sering ‘spin’ fakta terutamanya berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Sekarang bukan rakyat yang ‘spin’ kerana istana yang keluarkan kenyataan bahawa perkara ini belum selesai.


"Pohon maaf bukan satu penyelesaian dan tindakan sedemikian tidak akan mendidik rakyat untuk mematuhi undang-undang.

"Di mahkamah nanti, beliau ada hak untuk mempertahankan dirinya tetapi jika siasatan menunjukkan terdapat prima facie, perlu ada pendakwaan dijalankan sebagai satu bentuk pengajaran terhadap beliau," tambahnya.

Propaganda murahan Chegubard bukti PN tiada pemimpin berkualiti


 Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disifatkan berfungsi tidak lebih dari sekadar menjadi 'Mat Propa'


Pandangan itu dilontar Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi atau pun memorandum daripada Chegubard berhubung kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.


Menurut Razeef, kenyataan SPRM bahawa Che’gubard enggan masuk ke dalam ibu pejabat agensi berkenaan bagi tujuan penyerahan memorandum, sebaliknya hanya mahu melakukan penyerahan maklumat melalui pos jelas satu propaganda murahan yang dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Perkara ini sekali gus membuktikan tidak ada bukti kukuh terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Chegubard memang dikenali sebagai seorang yang 'hanya tahu cakap' tetapi tidak melalui pelaksanaan, malah ketika dahulu bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Azmin Ali (Datuk Seri) yang kini menjadi 'bos' kepada beliau," kata Razeef dalam satu kenyataan


Chegubard bersama penyokongnya sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi mendesak agensi itu menyiasat kediaman Anwar yang dakwanya dimiliki lelaki Cina.


Beliau turut membangkitkan isu Anwar menggunakan beberapa kereta mewah yang didakwa bukan milik Perdana Menteri.


Chegubard kemudian meluahkan hasrat untuk menyerah memorandum di pondok keselamatan pintu depan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai sidang media, namun apabila dimaklumkan prosedur penyerahan memorandum mesti dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang sedia menunggu untuk menerimanya Chegubard kemudian menolak untuk masuk.


Sementara itu Razeef berkata, tindak tanduk Chegubard jelas membuktikan tahap pemimpin PN yang tidak berkualiti.


"Mereka hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa bukti asas, cukup sekadar dijadikan kandungan TikTok oleh laskar (pasukan) siber mereka," ujarnya.

SIAPA KAKI KENCING ?


 

SAMAN FITNAH CG BAD. HA HA


 

NAK PILIH YIDDIN ? INI JASA BELIAU YANG KENA INGAT.


 

4 PERTUDUHAN SALAH GUNA KUASA


 

JANGAN MINTA MAAF JIKA IANYA BUKAN FITNAH. YB FADLINA JANGAN LEMBUT DENGAN PUAK PUAK INI...

 









Laporan polis telah dibuat berkenaan fitnah yang berlegar-legar di media sosial. Siasatan sedang dijalankan dan misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan


Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan. Kebebasan bersuara bukan kebebebasan untuk fitnah sesuka hati.


Mohon tag saya di poster-poster fitnah berkenaan. 


Saya beri masa 24 jam untuk buat permohonan maaf terbuka dan menurunkan posting berkenaan. 


Berpolitiklah dengan matang dan penuh sivil