RAKAMAN JEMINMACAMANA? TAKMAU SEMBANG KAH?


Hamdan Taha.

 Rakaman antara Anwar dan Zahid bukan main lagi musuh mereka berdua buat serangan terhadap ke dua duanya


Terutama dari PN juga Ramai dari Umno dan Pas mempertikaikan apa yang di bicarakan walaupun dari segi politik tidak ada yang salah perbualan berdua tu dari segi hukum islam juga tak salah


Tetapi bab video azmin ada rakaman dan pengakuan tidak pula menjadi pertikaian terutama puak ustaz dan agamawan dan juga yang di katakan ulama


Bab hubungan sejenis dan ada pengakuan tapi tidak ada penafian oleh azmin di sahkan pulak oleh IGP bahawa video itu tulin tapi elok sahaja beliau di angkat menjadi menteri kanan dan sedang di susun pula sebagai Perdana Menteri...


Politik mana ada hukum halal haram atau menghalalkan cara....buat le apa pun di kira halal dan sah yang penting kuasa dan jadi perdana menteri dan menteri...




DAH BANGRAP KA NAJIB ?

 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎4G 20:20 Bahasa 中文 51% Daftar Log Masuk Berita ≡ Seksyen English רוli LHDN serah notis bankrap pada Najib Dikemas kini jam yang lalu Diterbitkan pada 6Apr 2021 7:07PM 0 Komen Kamal Ariffin LHDN serah notis bankrap pada Najib Razak bagi cukai tidak berbayar berjumlah RM1. bilion. Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, April, 2021. f Lebih Lagi A+‎"‎‎

WEIIIII....DUIT LEBIH MANA LEBAI ?

 

HAMZAH RIE NA


RM400 juta yang Tun Mahathir bagi masa Pakatan Harapan memerintah dulu digunakan untuk;

1. Bina rumah RM400k x 45 Dun = RM18 juta

2. Baiki jalan kampung RM100/Dun = RM4.5 juta

3. Loji Air Mini dan Naik Taraf Air = RM30 juta

Total semua baru RM52.5 Juta, dimana BAKI RM 347.5 JUTA lagi?

Cuba pakat pakat Rakyat Kelantan tanya Tok Wakil masing masing gak, jangan reti anguk dan lok sahaja. Lamakan habis ke benda lain?

SR

 


May be an image of text





SAMPAH YANG ADA DALAM PAS

 

IBRAHIM MAT ISA

Jenis manusia toksid berlambak dalam kandang PAS. Mereka merupakan wala'un kehormat yang berjaya mengekalkan kebodohan abadi.

Melayu Penang tak bodo macam walaun Pas...kot orang luar datang menyewa cari makan di Penang kot...

May be an image of 2 people and text that says "Encik Kenangan 55 m Berbuka pose dah Berhenti cakap masa azan dah Bagi bantuan kat tahfiz sekolah agama dah Bekup anak melayu kena rogol dah Tolong klrga melayu susah dah Sandiwara opera cina DAP, Melayu bodoh bolehlah percaya"

Jeming Hassan, Tuan Ibrahim Tuan Man atau Dap yang sampah?

((KAFIR MENGKAFIR)) "KAMI PARTI ALLAH, KAMU PARTI SYAITAN", APABILA TUHA...

RENTASAN 861 | PANAS!!! MALAYSIA DIHINA HISHAMMUDDIN HUSSEIN DI CHINA?



MENARIK DALAM RENTASAN 861
1. ISTILAH ‘ABANG BESAR’ ANCAM KEDAULATAN NEGARA 2. SIAPA KLUSTER APIT LEMPANG DAN KLUSTER BROKER? 3. DAP NAFI EKSTREMIS 4. APABILA KHUTBAH MENYELEWENG DARIPADA FAKTA




Kesatuan lancar dana pemahiran semula bantu wartawan hilang kerja

 

(Dari kiri) Setiausaha agung NUJ Chin Sung Chew, Pengurus Besar Pop Meals Shaik Ali Fikri Bajunid dan Presiden NUJ Farah Marshita Abdul Patah pada pelancaran tabung itu.

PETALING JAYA: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) melancarkan dana untuk membantu wartawan yang dibuang kerja meningkatkan kemahiran digital dalam usaha menambah kebolehgajian mereka.

NUJ Re-Skilling Fund akan digunakan untuk mengadakan beberapa siri bengkel dengan rakan kerja terpilih bagi membantu mereka yang dibuang kerja akibat langkah pemotongan kos, skim pemisahan sukarela atau selepas organisasi mereka ditutup.

Setiausaha agung kesatuan itu, Chin Sung Chew berkata kira-kira 400 wartawan kehilangan kerja dalam tempoh dua tahun lalu.

“Kami merancang mengumpulkan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk digunakan bagi bengkel pemahiran semula supaya wartawan yang lebih berusia dan berpengalaman boleh mempelajari kemahiran sewajarnya untuk mendapat kerja dalam landskap media digital,” katanya dalam kenyataan.

Chin turut menggesa sesiapa yang prihatin dengan kerjaya kewartawanan untuk menyumbang kepada tabung itu supaya dapat membantu lebih ramai wartawan.

Terdahulu hari ini, jenama makanan segera Pop Meals menjanjikan sumbangan RM5,000 dan 1,000 baucar tunai bernilai RM10.

Sumbangan kepada tabung NUJ itu boleh dilakukan menerusi pemindahan ke akaun Public Bank Bhd National Union of Journalists Malaya bernombor 3077428903 dengan makluman bahawa ia untuk NUJ Re-Skilling Fund.

Keahlian NUJ kebanyakannya merangkumi wartawan dari akhbar arusan perdana.


Peguam dakwa hakim bersusah-payah ‘selamatkan’ kes terhadap Najib

 

Hakim Nazlan Ghazali didakwa memihak kepada pendakwaan oleh peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah.

PUTRAJAYA: Kes pendakwaan terhadap Najib Razak dalam tuduhan rasuah RM42 juta pasti gagal sekiranya hakim perbicaraan menolak bukti ‘tidak boleh dipercayai’ oleh seorang saksi utama, kata peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Rayuan hari ini.

Shafee berkata, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebaliknya bersusah-payah menyelamatkan kes pendakwaan pada peringkat prima facie untuk memerintahkan bekas perdana menteri itu membela diri.

Beliau menuduh hakim itu bertindak seperti ‘pendakwa kedua’ bagi menyelamatkan keterangan saksi, Pengarah SRC Suboh Md Yassin.

“Jika tidak, kes pendakwaan pasti hancur,” kata Shafee ketika berhujah dalam rayuan Najib terhadap sabitan dan hukumannya.

Shafee berkata, penelitian menyeluruh bukti yang dikemukakan dalam kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi pasti membawa kepada kesimpulan bahawa Suboh adalah saksi yang ‘tidak boleh dipercayai’ atau, lebih teruk lagi, ‘langsung tidak boleh diharapkan.’

“Tiada bukti yang boleh dipercayai untuk menunjukkan bagaimana sebenarnya dana berkaitan dengan RM42 juta itu dipindahkan dari SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd ke Ihsan Perdana Sdn Bhd antara 25 Dis 2015 dan 6 Feb 2016,” katanya hari ini di depan panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil.

Shafee berkata, Suboh membuat kenyataan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika proses siasatan, dan sewaktu menjadi saksi di mahkamah, terutama dalam soal balas.

Ketika perbicaraan yang berlangsung dari 3 April 2019 hingga 28 Julai 2020 itu, Shafee berkata Suboh mengaku memberikan keterangan bercanggah kepada penyiasat berhubung 13 tandatangannya yang digunakan dalam arahan pemindahan dana berkenaan kepada Ambank.

Suboh berkata dia pada mulanya memaklumkan pegawai SPRM yang menemuinya di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, pada 17 Nov 2015, bahawa tandatangan dalam arahan pemindahan dana elektronik ke bank itu adalah tulen.

Bagaimanapun, ketika disoal balas Shafee dia berkata telah memaklumkan pegawai SPRM di Putrajaya pada 28 dan 30 Mei 2018 bahawa tandatangannya mungkin dipalsukan.

Suboh juga berkata dia sekali lagi memberitahu pegawai SPRM pada 13 dan 15 Ogos 2018 bahawa tandatangan berkenaan adalah tulen.

Pembelaan sebelum ini mencadangkan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff mungkin menggunakan ‘photoshop’ (memanipulasi secara digital) untuk meletakkan tandatangan Suboh dalam salinan dokumen yang diimbas sebelum dihantar ke bank bagi melaksanakan arahan pemindahan dana.

Shafee turut mencadangkan bahawa Nik Faisal yang telah hilang, sebenarnya memalsukan dan menyalahgunakan tandatangan Suboh dengan menggunakannya dalam salinan cetak.

Nik Faisal dan Suboh adalah penandatangan akaun SRC yang melihat pemindahan RM50 juta ke Gandingan Mentari, iaitu anak syarikat SRC.

Mereka juga penandatangan akaun Gandingan Mentari yang melihat pemindahan RM50 juta sama kepada Ihsan Perdana, syarikat yang dipilih untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat bagi SRC.

Pendakwaan mengatakan RM42 juta daripada Ihsan Perdana itu dipindahkan ke tiga akaun Ambank Najib di cawangan Jalan Raja Chulan menerusi ‘proses perlapisan’ bagi menyembunyikan sumber asalnya.

Julai lalu, Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkait dengan RM42 juta milik SRC.




Kenapa senyap kaitan Zeti, Nazir dalam skandal 1MDB, soal Anwar

 

Anwar Ibrahim mempersoalkan tiada penjelasan daripada kerajaan mengenai penglibatan Zeti Akhtar Aziz dan Nazir Razak dalam skandal 1MDB.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bimbang kekurangan usaha kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara ekoran penglibatan beberapa pegawai bank berpangkat tinggi dalam siasatan skandal 1MDB.

Katanya, pelabur dan institusi perbankan domestik serta antarabangsa meragui reputasi dan kemampuan Malaysia akibat laporan tersebut.

“Ini akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi kita yang telah tersedia parah kerana sikap dan kelaku kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia belum memberi penjelasan mengenai dakwaan penglibatan bekas gabenornya, Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB.

Suaminya, Tawfiq Ayman, baru-baru ini dilaporkan disiasat berhubung pengubahan wang haram kerana didakwa memindahkan dana daripada akaun yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, ke sebuah akaun bank di Singapura.

Anwar juga mendapati laporan terbaru mengenai penyelesaian global melibatkan AMMB Holdings Bhd, yang bersetuju membayar RM2.83 bilion bagi semua tindakan dan tuntutan tertunggak berhubung penglibatan Kumpulan AmBank dalam 1MDB.

“Sehingga hari ini, rakyat masih belum tahu tentang salah laku AmBank dalam kes 1MDB.”

Anwar berkata, pegawai bank berpangkat tinggi yang terlibat dengan skandal 1MDB, Nazir Razak turut dilantik sebagai pengerusi Bank Pembangunan, yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Tahun lalu, Nazir, adik bekas perdana menteri Najib Razak yang juga bekas pengerusi CIMB, antara 80 individu dan entiti yang diberi notis kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan semula dana 1MDB berjumlah RM420 juta.

Anwar berkata, Nazir juga berhasrat memperoleh saham dalam usaha pengumpulan dana Ambank melalui sebuah syarikat ekuiti swasta di Singapura, selepas bank itu menerusi pemfailan bursa mengumumkan ia menyasarkan RM810 juta dikumpulkan melalui penempatan swasta.

Susulan itu, katanya, masyarakat umum ingin tahu sama ada BNM sudah melakukan penelitian munasabah bagi memastikan transaksi itu mengikut piawaian ketat dan beretika.


BEBERAPA ISU TANPA PENJELASAN JADIKAN SISTEM KEWANGAN NEGARA DIRAGUI – ANWAR

 

Saya bimbang dengan tidak adanya langkah proaktif dari pihak pemerintah dalam memastikan wujudnya keyakinan terhadap sistem kewangan negara.

Malangnya, reputasi serta keupayaan Malaysia akan terus diragui oleh para pelabur serta institusi kewangan dalam dan luar negara kesan dari skandal 1MDB.

Ini akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi kita yang telah tersedia parah kerana sikap dan kelaku kerajaan PN.

Sehingga sekarang, Bank Negara Malaysia (BNM) belum memberi sebarang penjelasan terkait isu bayaran yang dibuat Jho Low kepada ahli keluarga mantan Gabenor Bank Negara.

Baru-baru ini, seorang pegawai bank yang terlibat dalam skandal 1MDB telah dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan.


Pegawai bank yang sama itu juga sedang berusaha memperoleh saham yang besar dalam pelaksanaan penggalangan dana di AmBank melalui syarikat ekuiti swasta di Singapura.

AmBank telah membayar sejumlah RM2.3 bilion untuk penyelesaian terkait keterlibatan institusi bank itu dalam kes 1MDB lebih kurang enam minggu yang lalu.

Sehingga hari ini, rakyat masih belum tahu tentang salahlaku AmBank dalam kes 1MDB. Masa dan keterlibatan pihak tersebut dalam pelaksanaan penggalangan dana di AmBank saat ini amat diragui, terutamanya dalam aspek tetakelola dan ketelusan.

Kita juga mahu tahu apakah BNM telah melakukan penelitian yang munasabah bagi memastikan transaksi ini mengikut piawaian yang beretika dan cemerlang.

Para pemerhati akan membayangkan apakah Malaysia akan sekali lagi melahirkan skandal kewangan terbesar berdasarkan fakta-fakta serta sikap Kementerian Kewangan dan BNM.

Tanpa fungsi dan peranan Parlimen, amat sukar untuk kita mewujudkan imbangan serta penelitian yang berkesan terkait hal ini.

ANWAR IBRAHIM

6 April 2021.




((UMNOPECAH)) DATO KAMAL SERANG ANNUAR MUSA - SERPIHAN UMNO PRO PPBM NAK...

APABILA KHUTBAH MENYELEWENG DARIPADA FAKTA



“Telah lama saya katakan, puak-puak bigot yang bertopeng agama ini kalau terus dibiarkan boleh membawa ummah ini kembali ke zaman gelap Eropah purba di mana agamawan menginjak-injak hak dan minda rakyat dengan doktrin agama yang dusta penuh khurafat,” tegasnya. Sementara itu, Pengarah Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin pula mengimbas kembali tentang ucapan 40 tahun yang lalu yang kemudian diangkat menjadi amanat.




[🔥SIRI 104🔥] "PRU-15: BERANI KE MUHYIDDIN?"

MB PUN SELUT, PADAN MUKA HANGPA DOK PILIH LEBAI KELARAH MACAM GITU..

 


Penduduk di Kedah kecewa tiap hari minum air selut

Penduduk di Kedah kecewa tiap hari minum air selut

Lebih 100 penduduk di Kampung Tanjung Pari dan Kampung Batu Lapan di sini mendakwa, sumber tadahan air bukit yang digunakan mereka keruh dan berselut akibat aktiviti pembalakan sejak kebelakangan ini.

Penduduk yang ditemui merasa kecewa kerana mendakwa menerima bekalan air tercemar itu untuk kegunaan harian.

Peniaga kedai runcit, Mohd. Shahrul Izwan Romali, 33, dari Kampung Tanjung Pari berkata, masalah bekalan air keruh dan berselut itu menimbulkan kesulitan kepada penduduk yang bergantung kepada saluran air bukit berkenaan.

Menurutnya, masalah air tercemar dengan tanah merah kerap berlaku sejak hujung tahun lalu dipercayai selepas berlaku aktiviti pembalakan di sekitar takungan air di Sera Ular di sini.

“Kami guna air yang disalurkan paip dari bukit atau dikenali sebagai air masyarakat sejak puluhan tahun lagi, namun sejak akhir-akhir ini bekalan air tersebut keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Shahrul memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan penduduk terpaksa membuka paip air dulu untuk membuang air berselut sehingga bekalan air elok sedikit untuk kegunaan ­harian.

“Kadang-kadang kami terpaksa menunggu hingga malam untuk mendapatkan bekalan air yang lebih bersih, itu pun jika hujan tidak turun, jika hujan turun kami terpaksa mencari alternatif lain seperti menadah air hujan dan guna air sungai untuk kegunaan harian,” ujarnya lagi.

Menurutnya, pihak kerajaan perlu memantau kegiatan pembalakan di kawasan tersebut supaya tidak menjejaskan sumber air penduduk.

Sorang suri rumah, Rubiah Talib, 66, berkata, kadang-kala berhari-hari dia tidak dapat membasuh dah memasak jika menerima air berselut.

“Kalau jadi begitu saya terpaksa guna air botol yang disimpan atau air sungai saja,” ujarnya. 





Najib terima notis kebangkrapan dari LHDN

 Najib terima notis kebangkrapan dari LHDN


Bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam, menurut sumber yang rapat dengan ahli politik itu.

Notis berkenaan berhubung cukai sebanyak RM1.7 bilion yang dikehendaki oleh LHDN daripada Najib.

Malaysiakini difahamkan pegawai LHDN datang ke kediaman Najib semalam dan menyampaikan notis itu kepadanya secara peribadi.

“Kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Mei ini,” kata sumber itu.

Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu, dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan berkata Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan setelah notis taksiran dikeluarkan.

Oleh itu, jumlah hutang setiap tahun meningkat sebanyak 10 peratus.

Ketua Pengarah LHDN, Sabin Samitah tidak memberikan sebarang respons ketika dihubungi.

Malaysiakini juga menghubungi Najib melalui pembantunya untuk mendapatkan respons mengenai perkara itu.




Panas! Presiden MIC pula bidas pemimpin UMNO, jawab dulu isu surat sokongan pada Anwar

 

Panas! Presiden MIC pula bidas pemimpin UMNO, jawab dulu isu surat sokongan pada Anwar

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi untuk menyoal Presiden UMNO berhubung isu surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Tegasnya, Puad seharusnya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab persoalan berkenaan, sebelum menegur MIC berhubung kerjasama politik dengan pihak lain selain Barisan Nasional (BN), lapor Free Malaysia Today pada Selasa.

“Dia (Puad) berani ke tanya presiden dia?.

“Tanyalah keputusan siapa? Adakah itu keputusan BN atau UMNO? Kalau bukan dua-dua, habis keputusan siapa?,” katanya dilaporkan portal berkenaan.

Malah tegas Vigneswaran, Zahid sepatutnya menjawab isu berhubung keputusan untuk menyokong pemimpin parti lawan seperti yang dikatakan tertulis dalam surat terbabit jika ia bukan keputusan BN.

Sebelum ini, Puad memberi teguran kepada MIC dan MCA agar jangan gopoh mencari ‘rakan pergantungan’ baharu hanya kerana kedua-dua parti itu mempunyai satu atau dua kerusi kawasan pilihan raya.

Puad antara lain dilaporkan mengingatkan kedua-dua parti itu mengenai pengalaman UMNO dilayan umpama ‘adik tiri’ selepas bersama Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Vigneswaran turut menyanggah teguran itu dan mengingatkan agar tiada tuduhan terus dituju terhadap MIC atas keputusan menyokong kerajaan PN sebelum ini.

“Siapa yang gopoh? Siapa yang bagi surat kepada Agong untuk menyokong Anwar. Cukuplah, bagi kita ada kerusi ke tiada kerusi ke, kita tak ada masalah.

“Bukan mati pun. Yang bermasalah sekarang parti tunjang BN, iaitu UMNO. Saya menggesa Puad beri nasihat kepada kepimpinan UMNO sahaja. Perbetulkan isu dalam UMNO dulu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, MIC tiada masalah untuk terus menyokong kerajaan PN meskipun UMNO membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah MIC ujarnya, adalah parti komponen yang setia bersama BN ketika tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Justeru, MIC tidak pernah membuat keputusan untuk keluar daripada BN meskipun menyatakan sokongan terhadap PN.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan abang-abang dan adik-adik saya. Kalau mereka bangkitkan isu kita kena jawab. Jangan meludah ke langit kerana ia akan jatuh ke muka.

“Bila kita cakap kita sokong PN janganlah tuduh kita macam-macam. Sebelum ini semua sudah lari dari BN, yang tinggal kita…tapi kamu nak perkecil lagi kita.” tegasnya lagi.






Dr Mujahid Yusof Rawa: No Anwar, No DAP, No Bersatu, Polisi UMNO Untungk...

VIDEO Industri Filem Negara Gagal? HAANS ISAAC



Datuk Hans Isaac menganggap industri perfileman negara mempunyai potensi yang tinggi, namun tidak mampu pergi jauh selagi tiada filem yang dapat menembusi pasaran luar negara.




Elit pemerintah berpecah, kerajaan PN 'telur di hujung tanduk' - Saifuddin Nasution

 



POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil sejak setahun lalu kini semakin bergelora apabila elit pemerintah terdiri daripada Umno, Pas dan Bersatu berpecah serta bercakaran.

Bagi Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perpecahan elit pemerintah dalam mana-mana sejarah boleh dianggap sebagai detik-detik terakhir sebelum sesebuah kerajaan tumbang.

"Selesai Perhimpunan Agung Umno seminggu lebih yang lalu, ia memberikan satu isyarat yang sangat jelas. Isyarat itu berupa elit pemerintah sedang berpecah sekarang ini. Elit pemerintah merujuk elit gabungan PN, Muafakat Nasional.

"Sebelum ini pun kerajaaan PN mempunyai masalah ketidakstabilan kerana mempunyai angka sokongan yang kecil. Namun apabila Perhimpunan Agung Umno berakhir dengan memberi mandat kepada presiden parti untuk membuat ketetapan menarik diri daripada kerajaan yang memerintah (keadaan menjadi lebih goyang).

"Sehingga itu berlaku dan ditetapkan oleh Umno dan Majlis Tertinggi (meninggalkan kerajaan PN) keadaan kerajaan Tan Sri Muhyiddin ibarat 'telur di hujung tanduk'," kata Saifuddin yang ditemui di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, selesai mendapatkan vaksin Covid 19 dos kedua, pagi tadi.

Tambah beliau, perpecahan elit kerajaan memerintah itu menyebabkan Tan Sri Muhyiddin menjadi tidak keruan dan terpaksa menghabiskan banyak waktu memujuk parti-parti komponen serta Ahli Parlimen Umno yang menjadi menteri agar kekal setia menyokong kerajaannya.

"Sebab itu saya melihat beliau membuat beberapa tindakan untuk consolidate. Beliau terbang ke Sarawak dan membuat kenyataan politik bahawa kerajaan PN akan memastikan GPS menang besar pada Pilihan Raya Negeri. Beliau memberi ucapan kepada Perhimpunan Agung MIC. Kemudian mendapat dukungan dari MIC yang akan terus mengekalkan sokongan kepada beliau.

"Beliau juga pantas menemui menteri-menteri Umno dan memujuk mereka untuk bertahan. Itu menunjukkan tindakan Muhyiddin bukan lagi tertumpu menjalankan tugas sebagai PM, memberi tumpuan kepada rakyat tetapi sedang cemas menyelamatkan usia pemerintahan beliau.

"Itu adalah kesan keputusan Perhimpunan Agung Umno kerana Umno memberikan dukungan 38 Ahli Parlimen. Kalau atas nama BN tambah MCA 2 dan MIC 1 kerusi. Jadi kalau segmen sokongan ini menarik diri, itu bermakna pengakhiran kepada (karier) Muhyiddin," katanya.

Menurut Saifuddin lagi, tidak banyak yang boleh dilakukan Tan Sri Muhyiddin pada waktu ini selain bergantung harap kepada keputusan yang akan dibuat oleh Umno, sama ada untuk menarik diri dari kerajaan PN dalam waktu segera atau menangguhkannya untuk tempoh yang lebih lama.

 

Malaysia bakal mengalami reform bermula dari PDRM

 

CALON PKR BIARLAH MEREKA YG SENIOR...

Sebaiknya calon2 PKR biarlah mereka yg sudah lama di dlm parti. Yg punya intergriti dan aura kepimpinan. Lagipun mereka ini telah lama berjuang utk parti dgn pelbagai rintangan. Yg baru ni tidak kira dia artis terkenal, org popular dan sebagainya... buktikan kesetiaan mereka dahulu.

Bukan saja adil tapi fikirkan pengorbanan dan kesetiaan mereka senior di dlm parti dahulu. Kita yg baru2 ini jadi sukarelawan dan Paca sudah memadai. Kegembiraan kita apabila negara kita akn berlaku reform.

Angin reform kelihatan apabila PDRM telah memulakannya. Tahniah IGP dan PDRM keseluruhannya. Bayangkan jika PDRM dan SPRM mendapat pemimpin seperti Anwar Ibrahim... pasti negara kita akn mengalami perubahan reform yg sgt ketara.

Tanpa korupsi berpuluh billion setahun itu yg bukan sahaja kita kehilangan wang tapi penguatkuasaan dan sistem negara turut rosak... Wang berpuluh billion itu tol boleh dihapuskan ( kita mahu hapuskan tapi Mahathir menolak ), tiada lagi yg kaya bertambah kaya, tiada lagi undang-undang hanya utk org miskin, tiada lagi rakyat digula gulakan dgn wang dan banyak lagi boleh dilakukan.

Di China mereka tiba-tiba menjadi kuasa besar dunia apabila berlaku revolusi. Bermula dgn menangkap pegawai-pegawai polis yg rasuah. Selepas itu pemimpin2 yg rasuah dan pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah. Akhirnya barulah mereka fokus kepada ekonomi.

Saya yakin rakyat Malaysia sdg menuju ke sebuah negara maju. Negara maju lahir dari pemikiran rakyat yg berdaya maju. Tidak diperbodohakan dan diperhambakan. Saya amat yakin kita menghampiri revolusi sepertimana dikecapi negara China ketika ini.

 

Siapa nak beri makan kalau keluar ke jalan Allah


May be an image of 3 people, people sitting and people standing




NORMAN RADUAN


JAUHI DIRI KITA DARI ISTIDRAJ

Ada artis popular beritahu kalau dia keluar 44 hari siapa nak beri anak bini dia makan? Beritahu dia yang selama hari ini beri makan dia dan anak anaknya adalah Allah. Kita sekadar berusaha tapi yang tentukan rezeki itu tetap Allah. Keluar ke jalan Allah, pasti Allah bantu kita... itu janji Allah. Tak mahu keluar buat usaha dakwah tak mengapa tapi jangan persendakan bab rezeki ni.

Cuma bila kita tak tahu... jgn mudah membuat andaian. 50 tahun lamanya.. org tuduh Tabligh jamaah tinggal bini ( anak bini kelaparan ). Macam dalam politik DS Anwar atu DAP itu dituduh jahat, berhaluan komumis dan macam-macam lagi sb bangsa Melayu mudah termakan persepsi tanpa mahu mengenali persepsi itu.

Salah tu sebab tertib nak keluar berdakwah dlm jamaah Tabligh itu byk SOPnya. Niat berapa hari atau bulan ? Berapa bajet? Jika bajet sedikit layak ke kawasan berdekatan dan tempoh hanya 3 hari sahaja walaupun azam 40 hari... kalau byk boleh lah ke luar negeri atau negara. Sebab bajet yg dimaklumkan separuh hendaklah utk keluarga di rumah.

Tapi kalau kita mencari keburukkan jamaah ini kita akn jumpa sepertimana organisasi2 lain yg ada tapi jika kita mencari kebaikkan kita akn jumpa kebaikkan tersebut.

Ramai suami2 kita yg terpaksa out station berminggu, berbulan dan bertahun lamanya. Tidak menjadi isu. Pesan saya jgn kita kata persoal rezeki ini seolah olah di tangan kita. Apatah jika individu itu saving beratus ribu masih bimbang keperluan anak bininya.

Mcm saya tinggalkan anak bini sebulan dan dulu dua bulan utk tujuan politik. Tak ada org pertikaikan? Sebab itu hati kita kena bersih dgn Tuhan. Kena yakin sungguh dgn Allah. Apa salahnya sekali sekala keluar utk agama apatah lagi jika keperluan isi rumah semua cukup. Laki kahwin lagi tak beri takkan laki keluar jalan Allah pun tak beri.. jgn la begitu. Lagipun tak pula kita pertikaikan org tua2 kata sayangkan bini tinggal tinggalkanDescription: 😀

Jauhilah diri kita dari istidraj. Apa itu istidraj? Ia adalah kurniaan yg ALLAH swt berikan tanpa putus kpd seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba yg taat kpdNya. Malah, dia adalah ahli maksiat yg tegar.

"Aku tak solat, tapi aku berjaya. Jadi tak betullah solat itu membawa kejayaan. Dia byk buat maksiat tetapi kekayaannya tak pernah putus." Jauhkan sama sekali perasaan seperti ini.

Jika kita ada bersama keluarga sekalipun jika Allah ambil nikmat kesihatan bagaimana? Apapun marilah kita mendoakan kebaikan utk artis tersebut... Amin. Kita semua ini pendosa yg keaiban kita ditutup olehNya.

Tanamkan pada diri kita Allah sayang kita...Allahuakbar... Insyallah.

 

LAMA BETUL YA NAK SELESAI KES NIH....

 


Najib lega tohmahan jahat skandal dengan Ziana Zain akhirnya terjawab

Najib lega tohmahan jahat skandal dengan Ziana Zain akhirnya terjawab

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.

Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana),” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran itu disertakan pautan artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.

Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.

Ketika ditemu bual, Ziana berkata dia berdepan dengan gosip berkenaan ketika berada di puncak populariti.

“Bila kita tengah top orang akan cuba menggosipkan kita dengan perkata-perkara yang kita tidak pernah buat,” kata Ziana dalam temu bual berkenaan.

Dalam pada itu, Najib turut membuat naik artikel portal berita propembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan.






GAJI RENDAH


Mohd Zaimi Saad


Bukan nak back up Menteri atau orang politik cuma nak bagi tau bahawa Malaysia punyai surplus tenaga kerja, tidak termasuk tenaga kerja asing yang ada dalam negara sama ada secara sah, diputihkan atau tidak sah.


Dalam masa sekarang peluang kerja menguncup, penghasilan tenaga kerja baharu yang tinggi dan kita tak ada pilihan kecuali dengan tangga-tangga gaji yang ditawar oleh pasaran.


Malaysia negara kapitalis dan pemodal akan pastikan keuntungan maksimum walaupun dalam keadaan pendemik dengan cara rendahkan ‘overhead cost’ termasuk penawaran kadar gaji yang rendah tapi pada takat gaji minima kebangsaan. 


Graduan hanya ada pilihan makan gaji atau wujudkan perniagaan sendiri.



19 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL SESSI PETANG.

 

KELEWATAN MENGUPDATE BERITA HARI INI BERKAITAN DENGAN TALIAN

 YANG TERPUTUS SEJAK SEMALAM.


SOKONGAN ANDA AMAT DI PERLUKAN HANYA DENGAN MENEKAN BUTANG

 IKLAN YANG TERDAPAT PADA BERITA INI.


SAYA BEKERJA SENDIRIAN DAN TIDAK MENERIMA APA APA BENTUK

 BANTUAN DARI MANA MANA INDIVIDU, PARTI POLITIK, NGO, ATAU SESIAPA

 SAHAJA. 


SAYA DI BAYAR OLEH GOOGLE ADD SENSE MELALUI IKLAN YANG TERDAPAT.

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says "SPRM lumpuh kartel monopoli tender kerajaan RM3.8 bilion Noor Atiqah Sulaiman April 5, 2021 @ 12:00pm bhnews@bh.com.my f BH ONLINE Antara individu diberkas SPRM dipercayai terbabit kartel memonopoli tender kerajaan bernilai RM3.6 bilion. FOTO NSTP/MOHD FADLI HAMZAH"




ECRL 3.0: Kerajaan PN 'pembuli besar', anaktirikan Negeri Sembilan

 


Exco Negeri Pakatan Harapan (PH) menempelak tindakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang tetap mahu melaksanakan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) menggunakan jajaran utara seperti yang pernah dicadangkan ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Exco Selangor, Teng Chang Khim berkata, kerajaan bertindak seperti "pembuli besar" dan menegaskan kerajaan negeri tidak akan membantu perolehan tanah untuk projek tersebut.

“Selangor tidak akan melakukan perolehan tanah untuk kerajaan persekutuan jika ia bertegas mahukan Jajaran Utara untuk ECRL era BN itu.

"Kerajaan persekutuan bertindak seperti pembuli besar kerana membuat keputusan berat sebelah setelah gagal meyakinkan kerajaan negeri mengenai cadangan Jajaran Utara," katanya.

Lagipun, Chang Khim yang juga exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana itu berkata Selangor telah pun menyelesaikan "kerja-kerja awal" perolehan tanah untuk Jajaran Selatan ECRL.

Justeru, beliau menganggap tindakan memperkenalkan ECRL 3.0 itu sebagai buang masa.

"Desakan terhadap Jajaran Utara dan tindakan tergesa-gesa kementerian tidak dapat dijustifikasikan dan jelas mencurigakan," katanya.

Exco kesejahteraan bandar, perumahan, kerajaan tempatan dan kampung baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong pula menganggap tindakan Ka Siong itu secara tidak langsung menganaktirikan negeri itu.

Ini kerana, katanya, Jajaran Utara tidak melalui Negeri Sembilan tidak seperti Jajaran Selatan sebelum ini yang melintasi negeri itu.

"Langkah untuk kembali ke jajaran ECRL yang asal sebagaimana yang diusulkan oleh pentadbiran BN itu bermaksud projek ini mengecualikan Negeri Sembilan.

"Ini tindakan diskriminasi terhadap orang Negeri Sembilan. Pengumuman ini meletakkan perbezaan politik melebihi kepentingan nasional,” katanya.

Justeru, beliau mendesak supaya kerajaan mempertimbangkan semula keputusan projek ECRL tersebut.

 

PH berpotensi bertapak di Pantai Timur jika ada rakan strategik

 


POSTED BY AMIR WRLR


Umno dalam perhimpunan agungnya seminggu lalu telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan Bersatu, manakala Pas pula membuat kenyataan akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional, menyebabkan persaingan politik di seluruh negara, khususnya di Pantai Timur kembali terbuka.

Sebelum ini, di Pantai Timur dengan kerjasama dalam Muafakat Nasional, kemenangan Umno dan Pas telah dipastikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15

Bagi penganalisis politik Dr Mazlan Ali, perkembangan terbaharu memungkinkan Pakatan Harapan (PH) 'membuat kejutan' di kubu Pas sekiranya memilih rakan strategik yang betul.

"Umno bertanding secara solo dengan tiga penjuru mungkin mengekalkan status quo, kecuali Umno berkerjasama dengan PH maka mungkin boleh memberi tentangan untuk merampas semula negeri-negeri Pantai Timur.

"Umno walaupun memutuskan hubungan dengan Bersatu tetapi pertandingan di Pantai Timur ini sebenarnya antara Pas dan Umno. Tanpa bergabung dengan mana-mana parti pun Pas mampu menawan Kelantan dan Terengganu serta sebahagian kecil Kedah. Apabila mereka bergabung dengan Bersatu, mereka mungkin ada sedikit kelebihan," kata Dr Mazlan ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya, Umno perlu memikirkan strategi yang betul menghadapi PRU 15. Bertanding secara solo boleh diterima di negeri-negeri tertentu namun di Terengganu yang Pas mempunyai pengaruh, misalnya masuk pilihan raya secara solo bukanlah pilihan terbaik.

"Saya fikir Umno secara solo mungkin mereka bergelut juga untuk menawan negeri Terengganu tanpa mereka membuat kerjasama dengan mana-mana parti politik yang lain di sini

"Tetapi sekiranya Umno mampu bekerjasama dengan PH, ada kemungkinan Umno boleh menguasai negeri ini," katanya lagi.

Dalam PRU ke 14 Pas berjaya menawan Terengganu apabila berlaku pertembungan 3 penjuru antara PH, BN dan Pas yang memecahkan undi Melayu.

Namun bagi kebanyakan penganalisis politik, kemenangan Pas lebih kepada gelombang penolakan terhadap pentadbiran PM Najib Razak. Sedangkan Pas tidak mempunyai banyak keahlian di Terengganu berbanding Kelantan. Menurut mereka Pas hanya mempunyai sokongan padu di DUN Wakaf Mempelam, Rhu Redang dan beberapa DUN lain.

Oleh itu, sekiranya Umno dan PH bersama menggempur Pas dalam PRU 15, tidak mustahil Pas akan hilang Kerajaan Negeri.