
PAS fitnah DAP untuk tutup skandal pemimpinnya terima wang UMNO
Pada 20

DAP membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat usaha oleh “dua parti komponen Pakatan Harapan” untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan ia sebagai dakwaan palsu, berunsur fitnah serta helah untuk menutup skandal pemimpin PAS terima wang UMNO, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir.
“Tidak ada satu parti komponen PH ataupun mana-mana pemimpin PH yang menyatakan tidak sokong atau mahukan undi tidak percaya ke atas kepimpinan Tun Dr Mahathir baik di dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Sebaliknya yang menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir tidak lain dan tidak bukan datang daripada PAS sendiri,” kata Guan Eng pada kenyataan, hari ini.
Beliau turut menggesa Takiyuddin agar membuktikan dakwaan berniat jahat tersebut.
“Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Datuk Takiyuddin jelas terbukti tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan hanya memainkan helah untuk mengelakkan isu sebenar iaitu politik sempit, pembohongan, dan mencipta fitnah semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum daripada hakikat bahawa pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO,” ujarnya.
Menurutnya yang juga Menteri Kewangan, PAS harus menjawab isu pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO selepas ia menarik balik saman terhadap Sarawak Report (SR).
“PAS patut menjawab isu pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO sepertimana yang didedahkan oleh Sarawak Report (SR) yang disahihkan benar bila Presiden PAS sendiri telah menarik balik tindakan saman malu beliau terhadap SR, tanpa meminta laporan SR dipadamkan, tanpa memerlukan SR meminta maaf, dan tanpa SR membayar sesen pun kos mahkamah kepada Presiden PAS.
“Adalah sangat mendukacitakan untuk melihat yang tinggal dalam perjuangan PAS hari ini hanyalah pembohongan bersiri daripada barisan kepimpinan PAS yang menyusuli skandal menerima wang daripada UMNO,” ujarnya. –
Edry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media
Pada 20
oleh RoketKini

Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai ‘agenda anti Melayu, anti Islam, pro-Komunis dan pro-Zionis’.
Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, laporan berkenaan dibuat supaya siasatan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu berniat jahat itu.
“Laporan polis juga dibuat ke atas satu pautan yang disertakan bersama mesej tular itu,” katanya dalam kenyataan media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur lewat pagi tadi.
Mesej fitnah berkenaan disertakan dengan artikel di laman sesawang The Third Force yang memetik kenyataan Mohamad Razali yang antara lain menuduh bahawa DAP kononnya menghina kesucian Islam.
Berhubung perkara itu, Edry mencabar Mohamad Razali agar membuat laporan polis jika beliau yakin dengan apa yang didakwanya itu.
“Sekiranya individu bernama Mohamad Razali Bin Abdul Rahman ini benar-benar wujud dan bercakap bersandarkan fakta, saya mengambil kesempatan ini mencabarnya untuk keluar dari persembunyian dan membuat laporan polis terhadap setiap dakwaannya itu.
“Ini kerana agenda-agenda yang dia sebutkan itu bertaraf pengkhianatan terhadap Raja dan Negara dan sepatutnya dia melaporkannya kepada polis.
“Dan jika apa yang dikatakannya benar sudah tentu pihak berkuasa akan bertindak,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.
Beliau turut mendesak agar Razali mengadakan sidang media dan menghuraikan kesemua tuduhannya terhadap DAP.
“Inilah yang sepatutnya dia lakukan atas semangat ‘berani kerana benar’ dan bukannya baling batu tapi sembunyi tangan di dalam seluar.
“Jika tidak, kita boleh terus simpulkan dakwaan-dakwaannya itu tidak lebih sekadar dongengan dan omong kosong,” ujarnya.
Turut menemani Edry membuat laporan polis adalah Adun Ketari, Young Syefura Othman dan peguam merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.
TUN M PERLAHAN-LAHAN MENAMBAH KEKUATAN, ANWAR JANGAN TAKUT UNTUK MELAWAN
Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu hari ini menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu di suatu majlis ringkas di Putrajaya.
Mereka yang sekaligus diberikan kad keahlian itu ialah Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latif Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
Sebelum ini, tiga rakan mereka daripada UMNO - Mustapa Mohamad (Jeli), Mas Ermiayati Shamsuddin (Masjid Tanah) dan Nor Azami Ghazali (Bagan Serai) telah pun lebih dulu diterima menyertai Bersatu.
Dicampur dengan 13 Ahli Parlimen Bersatu sedia ada, bermakna parti itu kini mempunyai jumlah 22 Ahli Parlimen kesemuanya.
Apakah tujuan Tun Mahathir secara perlahan-lahan menambah bilangan Ahli Parlimen ke dalam Bersatu ini?
Bukankan sebelum ini Tun Mahathir ada menyebut bahawa mereka yang meninggalkan UMNO perlu menjadi wakil Bebas untuk suatu tempoh tertentu terlebih dahulu sebelum boleh diterima menyertai Bersatu?
Mengapakah tempoh enam bekas Ahli Parlimen UMNO itu menjadi Bebas hanya kira-kira sebulan lebih saja, kemudian terus diterima masuk menyertai Bersatu?
Adakah langkah ini untuk segera memperkuatkan Bersatu dan melumpuhkan UMNO?
Apakah ia juga bertujuan untuk PH memiliki bilangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memudahkan pindaan perlembagaan dan reformasi undang-undang dilakukan?
Atau kemasukan ini untuk “menyailang” Anwar Ibrahim dan mengelakkan Tun Mahathir daripada menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu?
Tanyalah siapa pun juga yang faham politik, lebih-lebih lagi yang kenal putar belit Tun Mahathir dalam UMNO sebelum ini, rata-ratanya percaya kemasukan ini tidak lain ialah bertujuan untuk menyekat kemaraan Anwar.
Tun Mahathir tidak perlu menerima kemasukan bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu jika mahu menguatkan Bersatu kerana tindakan tersebut tidak menjamin PH boleh menang selesa di kawasan yang mereka wakili sekarang ini dalam pilihanraya akan datang nanti.
Kesemua mereka malah belum pasti dapat dipilih bertanding semula mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang kerana pemimpin Bersatu tempatan tidaklah semudah itu menerima mereka yang dalam pilihanraya lalu bertanding atas tiket BN, tapi di masa akan datang mahu diletakkan melalui tiket PH pula.
Lagi pula, untuk menguatkan Bersatu, yang penting ialah menambah ahli dengan jumlah yang ramai, bukan sekadar sembilan Ahli Parlimen saja.
Setakat bekas Ahli Parlimen UMNO itu membawa hanya diri mereka saja tanpa ada seorang penyokong pun yang ikut serta, apa jadahnya mereka dapat menguatkan Bersatu?
Begitu juga untuk meminda undang-undang di Parlimen, majoriti dua pertiga sebenarnya tidaklah relevan 100 peratus bagi tujuan itu.
Dengan jumlah kerusi sedia ada yang dimiliki oleh PH saja pun, kiranya pindaan undang-undang itu sesuatu yang baik untuk rakyat, Ahli Parlimen UMNO dan Pas sekalipun tentu tidak ada masalah untuk memberikan sokongan mereka.
Menambah jumlah Ahli Parlimen ke dalam Bersatu hanya betul-betul bermanfaat untuk Tun Mahathir menjadikannya sebagai senjata dalam memungkiri janji penyerahan kuasa terhadap Anwar.
Tidak ada tujuan lain yang relevan dalam membawa bekas musuh ke dalam Bersatu, melainkan untuk menumbangkan musuh yang lagi satu dan demi menjadikan Tun Mahathir dapat terus berkuasa dengan lebih lama.
Mahu tidak mahu, dengan perkembangan ini, Anwar harus lebih berwaspada dan awas selalu mulai sekarang.
Hanya sehari selepas Tun Mahathir mencicirkan nama Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya, beliau nampaknya mengorak selangkah lagi dengan terus menambah Bersatu melalui kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO.
Jika perlu melawan, Anwar perlu melawan kali ini. Kalau perlu merampas kerusi Perdana Menteri itu daripada Tun Mahathir, beliau tidak harus teragak-agak melakukannya. Lawan tetap lawan.
Tun Mahathir mesti disedarkan bukan saja tentang janji, tetapi juga tentang hakikat bahawa Pakatan Harapan ini atau dulunya Pakatan Rakyat dan reformasi adalah perjuangan yang diasaskan dengan darah dan airmata oleh Anwar sejak 1998 lagi.
Anwar bersama PKR, DAP dan Amanah telah berjaya membawa baton perjuangan itu sehingga ke jarak 90 meter, manakala Tun Mahathir hanya menyudahkan 10 meter terakhir saja sebelum ke garisan penamat pada 9 Mei 2018 lalu.
Maka, setelah mendapat kerusi empuk yang realitinya hanyalah sementara, Tun Mahathir tidak harus lupa menyerahkannya semula kepada yang berhak dan sebagaimana termetrai dalam perjanjian.
GULING MAHATHIR HANYA TEORI PAS – MAHFUZ
Guling Mahathir hanya teori Pas – Mahfuz
Tiada mana-mana pihak mahu menggulingkan Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sudah menyatakan akan meletakkan jawatan apabila sampai tempoh dijanjikan, kata Mahfuz Omar.
“Apa gunanya menjatuhnya beliau sedangkan beliau sudah kata akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim?” Kata naib presiden Amanah semasa ceramah di Kantan Permai, Semenyih, malam tadi.
“Cadangan oleh PAS semata-mata untuk mengalih perhatian mereka daripada isu menerima wang daripada Umno,” kata timbalan menteri sumber manusia itu.
Mahfuz berkata demikian susulan dakwaan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang parti Islam itu akan menyokong perdana menteri sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dibuat di Parlimen.
“Kita tahu Parlimen akan bersidang semula Mac ini, semuanya mula dengan kenyataan Dr Mahathir. Tun ada cakap macam itu (pengkhianatan), kita orang politik ini boleh faham.
“Presiden (Hadi) pun rasa seperti ada tidak kena dalam (PH). Sebab itu beliau minta berjumpa dengan Dr Mahathir,” kata Takiyuddin, ahli Parlimen Kota Baru pada Ahad selepas Dr Mahathir berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang berjanji untuk menarik balik sokongan partinya terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.
Dakwaan Takiyuddin mencetuskan khabar angin baharu berkenaan percubaan untuk menjatuhkan pemimpin berusia 93 tahun melalui usul tidak percaya.
“Tetapi tiada konflik dalaman PH selain yang direka oleh PAS,” kata Mahfuz kepada kira-kira 80 orang hadirin dalam ceramah itu.
Mahfuz bertanya kepada hadirin siapa yang lebih dipercayai – Dr Mahathir atau Takiyuddin.
“PAS tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.
“Apa yang mereka katakan ialah mereka akan bertemu untuk membincangkan isu itu. Sekiranya Dr Mahathir salah, mereka harus mencabarnya,” kata bekas pemimpin PAS itu.
Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan tidak jelas PAS.
“Takiyuddin berkata sokongan PAS untuk Umno di Semenyih akan lebih kecil berbanding sokongan diberikan di Cameron Highlands. Jadi, apakah maksudnya? Adakah mereka membantu Umno atau tidak?” soal Mahfuz.
Calon Bersatu Muhammad Aiman Zainali juga membuat kemunculan di ceramah itu.
“Saya tahu isu di sini berkaitan dengan masalah samun, jenayah dan infrastruktur. Mengundi PH di sini akan memudahkan akses kepada ahli majlis yang boleh menyelesaikan isu ini untuk anda,” kata graduan kejuruteraan elektrik berusia 30 tahun itu.
Turut hadir di ceramah itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.
Dalam pilihan raya lepas, PH merampas stesen undi Melayu sebanyak 79% di Kantan Permai dengan 55% mengundi terhadap Umno, PAS dan PSM.
Sebelum persempadanan semula pada 2018, Kantan Permai berada di bawah kerusi DUN Kajang. Ia merupakan stesen undi terbesar di antara 23 di Semenyih dengan 5,648 pengundi.
Ia juga merupakan salah satu daripada dua stesen pengundian yang berjaya dimenangi PAS dengan lebih 1,000 undi (1,026). Stesen lain ialah Bukit Mahkota (1,272).
DANA 90 JUTA . HUSAM DIPANGGIL DAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR KENYATAAN
DANA RM90 JUTA: HUSAM DIPANGGIL SPRM BERI KETERANGAN
Dana RM90 juta: Husam dipanggil SPRM beri keterangan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa memberitahu media bahawa beliau dinasihatkan tidak memberi kenyataan berhubung kehadirannya memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), di Kota Bharu, Kelantan malam ini.
“Saya dinasihatkan oleh SPRM supaya tidak memberi apa-apa komen, bagi mereka (SPRM) selesaikan,” katanya ketika ditemui media sebaik keluar daripada Ibu Pejabat SPRM Kelantan, sebentar tadi.
Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan keluar selepas kira-kira sejam 30 minit memberi keterangan.
Ketika ditanya berhubung tujuan dipanggil SPRM itu, Husam mengesahkan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan penyaluran dana Umno kepada pemimpin PAS yang sedang disiasat.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan, Husam tiba di pejabat SPRM itu jam 9.25 malam dengan menaiki kereta jenis Toyota Inova ditemani pemandu.
Turut hadir beberapa pimpinan Amanah peringkat negeri Kelantan dan kira-kira 20 penyokong.
Sebelum ini media melaporkan Husam antara empat individu yang akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS.
Perkembangan terbaru ini hadir selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui rakaman audio yang tular Mac tahun lalu adalah suaranya.
Pada 8 Februari lalu Nik Abduh dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes tersebut. –
TUNJUK BUKTI KOMPONEN PH UNDI TAK PERCAYA MAHATHIR – DAP
Tunjuk bukti komponen PH undi tak percaya Mahathir – DAP
Tunjukkan bukti, atau ia hanya akan menjadikan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebagai tokoh yang tidak bermaruah serta gagal bertanggungjawab, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kata Lim dakwaan dibuat PAS mengenai ada dua parti komponen dalam PH bercadang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad adalah tuduhan palsu serta berunsur fitnah.
Saya harap Takiyuddin boleh menunjukkan bukti atas dakwaan yang berniat jahat itu.
“Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Takiyuddin jelas terbukti tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Lim yang juga setiausaha agung DAP menambah tuduhan dibuat Takiyuddin adalah helah PAS untuk mengalih perhatian orang ramai daripada isu sebenar, iaitu amalan politik sempit mereka, selain isu parti itu menerima wang daripada Umno.
“Saya ingin menegaskan bahawa PH secara keseluruhan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan perdana menteri dan menolak sekeras-kerasnya sebarang andaian yang mengatakan sebaliknya.
“Tidak ada satu parti komponen atau mana-mana pemimpin PH yang tidak menyatakan sokongan atau mahu undi tidak percaya dibuat ke atas kepimpinan Dr Mahathir, sama adadi dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH,” katanya.
Sebaliknya kata Lim pihak yang jelas menentang kepemimpinan Dr Mahathir ialah PAS sendiri.
Malam tadi Takiyuddin mendakwa ada dua parti komponen dalam PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen.
Kata Takiyuddin PAS berasa ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap mengenai sekutunya dalam PH.
Kerana itulah kata anggota parlimen Kota Bharu itu PAS memberikan ikrar untuk memberi sokongan kepada perdana menteri semasa PAS mengadakan pertemuan dengan Mahathir pada Jumaat lalu.
Lim berkata sepatutnya PAS menjawab isu pemimpin mereka yang menerima wang daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Katanya Abdul Hadi sendiri menarik balik tindakan saman beliau terhadap Sarawak Report tanpa meminta laporan asal mengenainya dipadamkan, atau meminta portal pembocor maklumat itu meminta maaf kepada PAS.
“Sangat mendukacitakan untuk melihat apa yang tinggal dalam perjuangan PAS hari ini hanyalah pembohongan bersiri yang menyusuli skandal menerima wang daripada Umno,” katanya.
‘MALU APA BOSSKU’ HARAM?
‘Malu Apa Bossku’ haram?
Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” – sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.
“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?
“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.
“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.
Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.
Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.
Dia bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus.
Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.
Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.
Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.
MENJAWAB FITNAH SUBKY LATIF KONONNYA NABI IBRAHIM BERBOHONG
Perkara utama yang perlu disedari bahawa para Nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status kenabian sebagai penyampai risalah dan wahyu. Maka dengan sebab itu, ciri-ciri Nabi yang disepakati ulama adalah Siddiq (benar), Amanah, tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (kebijaksanaan).
Berbohong merupakan sifat-sifat tercela. Justeru, mustahil para Nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi, sifat tercela itu menjadikan risalah kenabian akan diragui oleh manusia. Dengan sebab itu, menuduh para Nabi berbohong adalah cara untuk menyebarkan keraguan manusia terhadap risalah yang disampaikan oleh para nabi.
Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan laknat terhadap orang yang berbohong. Antaranya – firman Allah dalam surah ali-Imram, ayat 61: “Laknat Allah terhadap orang-orang yang berbohong”, Surah al-Ghafir, ayat 28: “Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pembohong”.
Dalam hadis pula, ada menyatakan bahawa pembohongan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong pasti akan tercatat sebagai pembohong (al-Bukhari, hadis no : 6094)
وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُحَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Dalam hadis lain juga ada menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang munafiq adalah berbohong. (Muslim, hadis no : 59)
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari ini amat jelas bahawa amalan berbohong – bukan sekadar al-Quran dan hadis menyatakan ia sebagai amalan terlaknat, malahan ia adalah amalan yang boleh membawa kepada kejahatan – boleh membawa ke neraka. Dengan sebab itu, amat mustahil ia wujud pada diri para Nabi – termasuk Nabi Ibrahim AS. Mendakwa Nabi Ibrahim berbohong, sama seperti mengatakan Nabi Ibrahim melakukan kejahatan, melakukan amalan membawa ke neraka, melakukan amalan munafiq dan sebagainya; semua ini adalah mustahil bagi sifat bagi para Nabi.
Apatah lagi, dalam al-Quran ada ayat yang secara terang-terangan mengatakan Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang sangat benar. (Surah Maryam, ayat 41)
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا
FAHAMI HADIS DENGAN BETUL
Pada zaman dahulu, kalangan khawarij sudah berkali-kali berhujah dengan hadis dengan pendekatan yang salah. Antara contohnya, hadis bahawa Nabi saw ada berkata, “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan dia sakiti jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya” (al-Bukhari, hadis no : 6018)
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِالآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Memandangkan Khawarij adalah kalangan takfiri - iaitu menghukum kafir kepada kalangan yang berbeza dengan mereka, menyebabkan mereka menafsirkan hadis nabi tanpa mengikut metode dan manhaj yang betul.
Maka dengan itu, dari hadis ini mereka terus simpulkan bahawa:
a. Tidak hormat tetamu dan menyakiti jiran adalah amalan dosa besar.
b. Pelakukan dosa besar adalah kafir, kerana hadis ini menyatakan "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat", bermakna kalau tidak hormat tetamu dan sakiti jiran (dosa besar) adalah tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat (kufur).
Kesalahan ini bukan pada hadis, tp pada cara pemahaman Khawarij terhadap hadis. Kesalahan disebabkan mereka literalis dalam memahami hadis tanpa menggunakan metode yang betul.
Demikian juga dalam hadis yang berkaitan dengan didakwa berbohong yang dilibatkan kepada Nabi Ibrahim. Cara pemahaman yang salah melahirkan fitnah terhadap individu Nabi Ibrahim. Ini sudah pasti bercanggah dengan prinsip dalam ajaran ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
HELAH DAN SINDIRAN
Berbohong boleh dimaknakan sebagai usaha memperdayakan agar si pendengar tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara. Dengan sebab itu, helah dan sindiran tidak boleh dikatakan sebagai bohong. Ini kerana, helah (Arab : Hiyal) adalah perlakuan yang tepat dengan hakikatnya yang sebenar, sedangkan sindiran (arab : Ta’ridh) pula, maklumat tersebut sudah berada dalam pengetahuan si pendengar.
Maka dengan sebab itu, tindakan Nabi Ibrahim yang berkata kepada Namrud bahawa segala patung-patung yang runtuh itu dilakukan oleh patung yang besar, tidak boleh dikatakan Nabi Ibrahim berbohong, tetapi boleh dikatakan sebagai menyindir. Ini kerana, patung-patung itu tidak dapat berbuat apa-apa itu sudah dimaklumi kelemahannya. (tafsir Jalalain, hlmn 426)
وَفِيمَا قَبْله تَعْرِيض لَهُمْ بِأَنَّ الصَّنَم الْمَعْلُوم عَجْزه عَنْ الْفِعْل لَا يَكُون إلَهًا
Helah (arab : Hiyal) pula, seperti Nabi Ibrahim nak elak dari isteri baginda, Siti Sarah yang cantik dari direbut dari raja yang zalim; atau andai raja itu tahu bahawa itu adalah isteri Ibrahim, sudah pasti Ibrahim akan dibunuh, makanya Ibrahim pun mengajar cara untuk nak berhelah; iaitu dengan mengajar kepada siti Sarah – andai ada yang bertanya kepada siti sarah, siapa dia, maka hendaklah siti sarah beritahu bahawa dia adalah saudari Nabi Ibrahim. Dalam hadis terbabit, terang-terang dinyatakan bahawa itu bukan bohong, tetapi helah, kerana Ibrahim berkata bahawa Siti Sarah memang saudarinya – kerana dia adalah saudarinya seagama (islam) dan baginda juga berkata bahawa baginda tidak tahu atas bumi ini yang beragama islam selain mereka berdua sahaja. (Muslim, hadis no : 2371)
فَإِنَّهُ قَدِمَ أَرْضَ جَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ، وَكَانَتْ أَحْسَنَ النَّاسِ، فَقَالَ لَهَا: إِنَّ هَذَاالْجَبَّارَ، إِنْ يَعْلَمْ أَنَّكِ امْرَأَتِي يَغْلِبْنِي عَلَيْكِ، فَإِنْ سَأَلَكِ فَأَخْبِرِيهِ أَنَّكِ أُخْتِي، فَإِنَّكِأُخْتِي فِي الْإِسْلَامِ، فَإِنِّي لَا أَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمًا غَيْرِي وَغَيْرَكِ
Justeru, dari hadis ini dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa Nabi Ibrahim berbohong, sudah pasti bukan semata-mata memfitnah Nabi, malah kelihatan seperti mahu meragu-ragukan manusia terhadap kenabian Nabi Ibrahim.
PENUTUP
Nik Abduh ambil "dedak" UMNO. Itu cerita sebenarnya. Memandangkan sebelum ini Nik Abduh nak elak dari ketahui oleh ahli PAS dan rakyat Malaysia, maka dia berbohong. Bermakna, Nik Abduh berbohong sebab makan duit UMNO.
Dalam kes Nabi Ibrahim, baginda tidak pernah makan "dedak" Namrud. Justeru, meng agamakan pembohongan Nik Abduh dengan menggunakan hujah Nabi Ibrahim adalah satu kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.
WAN JI WAN HUSSIN
Subscribe to:
Posts (Atom)