
8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA DAN PERGADUHAN, 8HB JUGA ADALAH RUSUHAN DAN KEMATIAN....
Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu.
Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.
Melalui sentimen agama dan kaum itu, diharapkan akan berlakulah pergaduhan, huru-hara, rusuhan serta kematian.
Sebab itu, sebelum himpunan diadakan di ibukota pada 8 Disember nanti, ia lebih dulu diadakan di Pasir Salak di tempat di mana Residen British, JWW Birch pernah dibunuh suatu ketika dahulu.
Selain itu, yang lebih penting dan harus diingat bahawa di belakang himpunan membantah ICERD itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jika sabit kesalahan, menantinya adalah hukuman penjara selama puluhan tahun lamanya.
Di belakang himpunan bantah ICERD juga ada Najib Razak yang kini sudah dikenakan 38 pertuduhan di mahkamah dan lebih banyak lagi bakal menanti. Juga jika sabit kesalahan, hukumannya sama puluhan tahun penjara.
Di belakang himpunan ICERD terdapat sama pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah atau bakal dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah yang pernah mereka lakukan.
Di belakang himpunan bantah ICERD turut terdapat ratusan pemimpin UMNO lain yang dulu bebas menyamun dan mengumpul kekayaan, tetapi kini peluang berbuat demikian sudah pun terhenti dengan tiba-tiba.
Lantaran, dari hari ke hari, bantahan terhadap ICERD sudah bertukar menjadi serangan kepada DAP yang kononnya menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan kedudukan serta hak orang-orang Melayu di negara ini.
Dari hari ke hari juga, jelas dapat dilihat tindakan meniup serta membakar semangat perkauman dan agama begitu berleluasa di media-media sosial dan kumpulan whatsapp tertentu.
Bantahan terhadap ICERD yang sentiasa dibakar oleh UMNO dengan bantuan Pas, ditambah dengan mainan tidak henti-henti isu perkauman dan agama di media sosial, secara tidak langsung telah merangsang orang awam berbuat sesuatu yang tidak normal kepada kaum yang berbeza di tempat-tempat awam sebagaimana yang ditunjukkan oleh seorang lelaki memprotes suatu promosi arak di sebuah pasaraya.
Kenapa sebelum ini perkara itu tidak pernah berlaku, sedangkan promosi arak oleh pasaraya tertentu kepada bukan Islam bukanlah perkara yang baru?
Itulah juga sebabnya, meskipun setelah Tun Mahathir Mohamad bertegas menyatakan ICERD mustahil dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan unik Malaysia yang berbagai kaum serta wujud peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu, mereka tidak memperdulikannya dan tetap juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.
Himpunan itu nanti, matlamatnya tidak lain ialah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan melalui percikan sentiman perkauman dan agama yang akan dimarakkan dengan seluas-luasnya.
Bagi Zahid Hamidi, Najib dan mereka yang ada kes, hanya dengan tumbangnya kerajaan yang ada ini saja dapat menyelamatkan mereka daripada segala pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.
Bagi pemimpin UMNO yang lain pula, hanya melalui kembalinya BN berkuasa semula saja yang dapat membuka ruang untuk mereka terus menyamun dan menambah kekayaan.
Oleh, bantahan terhadap ICERD adalah ruang terbuka untuk mencapai semua matlamat tersebut.
Bertembunt dengan matlamat itu, jika pihak berkuasa tidak segera membendungnya, himpunan 8 Disember nanti akan akan bertukar menjadi perhimpunan yang penuh huru-hara, pergaduhan, rusuhan kaum, malah berbunuhan sekali pun.
Kempen-kempen yang semakin rancak atas nama membantah ICERD, tetapi melarat kepada pelbagai firnah terhadap kerajaan ada jelas menggalakkan pergaduhan, rusuhan serta pertumpahan darah yang dengannya diharapkan kepimpinan Tun Mahathir akan segera dapat diakhiri, tidaklah terlalu sukar untuk difahami.
Jadi, apa pula peranan Pas setuju bersama-sama dengan UMNO membantah ICERD?
Dalam hal ini, Pas sebenarnya hanyalah menjadi alat kepada UMNO semata-mata.
Kalau pun Pas ada kepentingan, ia hanyalah berkaitan harapan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di masa depan untuk menggantikan tempat pemimpin-pemimpin Amanah yang sekarang ini nampak bergaya dengan kot dan tali leher bersama jawatan masing-masing. (ShahbudinHusin 22/11/2018)
RAFIZI SETIAUSAHA AGUNG PKR BAHARU?
Rafizi setiausaha agung PKR baharu?
Cakap-cakap bahawa Rafizi Ramli akan menggantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung parti masih misteri.
Saifuddin berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.
“Siapa yang bagi tahu? (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim? Takkan saya nak jawab spekulasi,” katanya kepada FMT hari ini.
Katanya, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenai dakwaan itu.
“Tunggu sampai Anwar umum,” kataya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sementara itu, Rafizi, ketika dihubungi, menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin.
“Belum ada perbincangan apa-apa dengan Anwar,” katanya.
Ahad lalu, Anwar ditanya sama ada Rafizi akan dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR, susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu PKR.
Anwar memberitahu, beliau belum memutuskan apakah jawatan yang akan ditimbangkan untuk pengasas Invoke Malaysia itu.
Rafizi tidak menyertai barisan kepimpinan baharu PKR selepas tewas dalam pertandingan sengit untuk jawatan timbalan presiden PKR dengan penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi.
Kira-kira 800,000 ahli memilih pemimpin tertinggi parti dalam pemilihan yang berlangsung dari 14 September hingga 10 Oktober lalu.
Pada 25 November 2016, Rafizi, yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan memutuskan meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung PKR serta-merta selepas dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). –
DAP AKAN SAMAN GABUNGAN NGO MELAYU, GAGASAN KUASA TIGA
DAP akan saman gabungan NGO Melayu, Gagasan Kuasa Tiga
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata akan membuat laporan polis terhadap gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap partinya semalam.
Guan Eng, biarpun pada mulanya tidak mahu ambil pusing berkenaan tuduhan NGO itu, akhirnya memutuskan untuk mengikut nasihat peguam-peguamnya memandangkan isu itu sudah pun tular.
“Atas nasihat mereka, […] saya minta mereka tunjuk bukti dan tarik balik (tuduhan), minta maaf, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” tambahnya lagi.
Guan Eng (bawah) yang juga menteri kewangan menyifatkan tuduhan-tuduhan gabungan itu sebagai “fitnah jahat”.
Beliau turut menuntut G3 untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti atas semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
“[…] (Fitnah) itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar pada (perhimpunan tolak Icerd) 8 Disember. Ini bahaya, sekiranya demo aman tiada masalah.
“Siapa yang bangkitkan itu (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd)) bukan kami dari DAP. Kami tidak timbul langsung perkara ini (tapi) dia cuba kaitkan atas tujuan politik mereka.
“Saya rasa ia sungguh bahaya, […] apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak yang bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik, mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian ke atas rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Semalam, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.
G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.
Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.
ISU ICERD: PAS – UMNO AKAN BENTUK KERAJAAN CAMPURAN DI MASA DEPAN?
Isu ICERD: Pas – Umno akan bentuk kerajaan campuran di masa depan?
Pelbagai isu melingkari Pas sejak Perhimpunan Perpaduan Ummah bersama Umno di Pasir Salak, Perak menentang Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) baru-baru ini.
Bukan sahaja ahli Pas terkilan kerana presiden mereka Hj Hadi Awang tidak lagi memakai serban ketika berucap bersama presiden Umno Dr Zahid Hamidi, malah mereka juga kecewa kerana parti itu seolah-olah sudah bersedia membentuk kerajaan campuran bersama Umno.
Seorang veteran Pas dari Pantai Timur yang enggan namanya disiarkan berkata, himpunan bersama menentang ICERD itu mungkin hanya alasan kepada pemimpin-pemimpin muda Pas untuk menganjurkan lebih banyak himpunan bersama pemimpin tertinggi Umno.
Sementara itu, Umno pula, dakwanya, akan menggunakan kelunakkan hati pemimpin Pas untuk membujuk agar parti itu bersetuju membentuk kerajaan campuran di peringkat negeri.
Menurut beliau yang mengikuti secara dekat perjalanan politik bekas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat dan Hj Hadi, trend kerjasama Umno – Pas kali ini tidak mustahil akan berakhir dengan pembentukan kerajaan campuran. Jelasnya, sekiranya hal itu berlaku maka Pas akan rugi di Kelantan dan Terengganu.
“Sekarang tiada lagi selindung atau bisik-bisik hubungan Pas dan Umno. Jika berlaku kerjasama atau kerajaan campuran maka Umno akan kembali berkuasa di Kelantan dan Terengganu.
“Di Pahang Umno akan merombak Exco kerajaan negeri dengan memasukkan Adun-Adun Pas sebagai Exco
“Di Kelantan pula Exco-Exco Pas akan melepas jawatan mereka kepada beberapa Adun Umno. Begitu juga di Terengganu. Adun Seberang Takir dan Adun Kijal misalnya akan menganggotai semula barisan Exco apabila Pas menerima Umno sebagai parti sekutu,” dakwanya.
Dakwa beliau lagi, ahli Pas akar umbi mulai curiga dengan hala tuju parti dan hala tuju politik pemimpin muda seperti Razman Zakaria, Takiyudin Hasan, Nasarudin Tantawi, Zuhdi Marzuki, Nik Mohd Abduh dan lain-lain. Mereka dilihat mempunyai kecenderungan untuk menyatukan perjuangan Pas dan Umno yang ditentang oleh para pemimpin sebelumnya.
Apatah lagi, katanya, Umno tidak pernah merobah perlembagaannya atau menegaskan untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai mana perjuangan Pas. Malah pemimpin Umno banyak yang terpalit dengan isu penyelewengan kerajaan lalu, yang akan memburukkan imej Pas sekiranya bekerjasama.
“Maka ahli-ahli Pas yang enggan menerima cadangan ini eloklah menziarahi kubur Tok Guru Nik Aziz, kubur Tok Guru Harun Taib, Abu Bakar Chik, Tok Guru Awang Nasruddin dan Ustaz Fadzil Noor untuk bertahlil buat mereka.
“Buatlah amalan yang dibenarkan syarak di sana untuk mengadu hal,” sinis beliau menanggapi situasi Pas yang tidak menentu.
Beliau juga memberi amaran bahawa isu kerjasama Pas – Umno akan menerbitkan perpecahan kedua dalam parti Islam itu dan lebih banyak pemimpin akan keluar. Malah bibit-bibit awal boleh dibaca apabila presiden Amanah, Mohamad Sabu kerap kali berkata partinya terbuka menerima mana-mana pemimpin Pas yang mahu berhijrah.
“Pas akan semakin berpecah bila sahih kerjasama dengan Umno yang bermula di Pasir Salak ini.
“Selepas ini Pas akan meneruskan kempen bersama Umno dalam isu-isu menentang Pakatan Harapan, yang akan lebih mengecewakan ahli
“Dulu ahli sangat yakin Dewan Ulamak Pas bersama ahli-ahli Majlis Syura Ulama akan mempertahan dasar-dasar utama parti namun sebaliknya berlaku bila Tok Guru Nik Aziz kembali ke rahmatullah.
“Kini dasar Pas telah dirobek oleh beberapa kerat pimpinan Pas sendiri,” katanya kecewa.
DAP buat laporan polis terhadap Bendahari PAS

Beliau kalah dalam saman antara Nizar Jamaludin awal tahun ini.
Pada 20

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Bendahari PAS, Razman Zakaria yang menuduh parti kononnya biadab kerana tidak menerima anugerah atau gelaran semasa tempoh aktif berkhidmat dalam politik.
Menyifatkan dakwaan tersebut palsu dan bersifat fitnah, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Wong Kah Woh menegaskan bahawa DAP menghormati serta mendokong kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“DAP juga adalah sebuah parti yang mementingkan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengharapkan apa-apa pulangan.
“Kami berpendapat bahawa kata-kata Razman Zakaria merupakan satu fitnah jahat dan bertujuan untuk memupuk politik kebencian yang kita tidak mahu lihat di negara ini,” ujarnya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.
Beliau justeru menggesa agar pihak polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan.
Pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata pemimpin DAP hanya dibenarkan untuk menerima anugerah atau gelaran selepas bersara daripada perkhidmatan politik.
“Pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam politik kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk mengejar kemasyhuran atau gelaran atau kedudukan.
“DAP mengiktiraf pentingnya anugerah dan gelaran sebagai cara untuk menghargai sumbangan mereka yang menjadi tokoh ulung dalam masyarakat dan oleh itu menasihati wakil rakyat dan ahli majlis tempatan untuk menerima penghormatan ini selepas mereka bersara daripada perkhidmatan, mungkin selepas mereka telah menyumbang kepada masyarakat pada umumnya,” ujarnya.
ICERD MUSTAHIL DI MALAYSIA, APAKAH UMNO DAN PAS MASIH MAHU TERUS BERHIMPUN?
Walaupun berapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Salahuddin Ayub, Marzuki Yahya dan beberapa yang lain sebelum ini telah secara terbuka menolak ratifikasi ICERD, tetapi para pemimpin UMNO dan Pas terus tanpa henti-henti membangkitkan isu tersebut.
Malah, UMNO dan Pas telah secara bersama berhimpun di Pasir Salak semalam bagi tujuan membakar perasaan rakyat dan merancang untuk mengadakan himpunan yang lebih besar dengan tujuan yang sama di Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Tidak cukup dengan itu, Presiden UMNO, Zahid Hamidi turut mengajak orang Melayu “mengamuk” untuk membantah ICERD.
Realitinya ICERD adalah suatu konvensyen yang dianjurkan oleh PBB untuk negara-negara seluruh dunia melaksanakannya, tetapi ia bukanlah paksaan.
Amerika Syarikat sendiri ada yang tidak setuju dengan beberapa konvensyen lain anjuran PBB dan enggan menandatanganinya.
Maka, jika Malaysia tidak menandatangani ICERD, ia bukanlah ada apa-apa masalah sebenarnya.
Meskipun banyak negara di dunia telah menandatangani ICERD, namun perlu difahami bahawa Malaysia adalah unik kerana ia sebuah negara berbilang kaum dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta kedudukan Bumiputera sudah pun termaktub dalam Perlembagaan tanpa menimbulkan apa-apa masalah.
Bahkan ICERD, kalau pun ditandatangani, tidak sama sekali mengatasi kedudukan Perlembagaan yang merupakan tunjang kepada negara.
Selagi Perlembagaan negara kekal, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera juga akan kekal.
UMNO dan Pas bukan tidak sedar hal itu, tetapi kerana ingin meraih untung politik, mereka terus juga memainkan isu itu. Maklumlah, kedua-dua parti itu sudah "bercantum" sebagai pembangkang sekarang ini.
Apabila keadaan nampaknya berlarutan, ramai yang mengharapkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad agar bertindak lebih tegas agar isu ICERD ini tidak terus berlarutan.
Kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan terdapat beberapa peruntukan dalam ICERD tidak sesuai dengan negara kita nampaknya masih tidak memadai untuk menghentikan isu tersebut daripada terus dimainkan.
Harapan itu akhirnya muncul hari ini apabila Tun Mahathir, ketika menghadiri Persidangan APEC di Papua New Guniea, dengan tegas menyatakan adalah mustahil untuk melaksanakan ICERD yang menuntut penghapusan diskriminasi kaum di Malaysia.
Katanya, perlaksanaan ICERD memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan di mana untuk memindanya perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen.
Dengan penegasan Tun Mahathir berkenaan ICERD itu yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ketika Sidang APEC dan bukannya di Pasir Salak, Bagan Datuk atau Marang, Terengganu, tentunya dengan mudah dan jelas difahami bahawa Malaysia tidak akan menandatangani konvensyen PBB itu.
Kalau sudah mustahil untuk dilaksana, bererti tidak guna atau tiada keperluan untuk negara kita menandatanganinya.
Maknanya, isu ICERD ini sudah boleh dianggap selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi berikutan kenyataan Tun Mahathir itu.
Cumanya, bagaimana dengan UMNO dan Pas, masih mahukah mereka meneruskan perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember depan? (Shahbudin Husin 18/11/2018)
PANDANGAN LAMA WAYTHA TIDAK WAJAR DIBEBANKAN KEPADA PH
Pandangan lama Waytha tidak wajar dibebankan kepada PH
Kerajaan tidak harus dibebankan dengan pandangan lama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkaitan dakwaan diskriminasi kaum yang tular kembali baru-baru ini, kata Mujahid Yusof.
Menteri agama berkata pandangan itu tidak mewakili pendirian kerajaan baru dan seperti menteri lain, Waythamoorthy juga kini bertanggungjawab memperjuangkan dasar-dasar kerajaan.
Mujahid menegaskan pendirian kerajaan mempertahankan kedudukan Islam, kebebasan beragama tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak bumiputera.
“Jadi apa sahaja pendirian sama ada seorang itu nyatakan sebelum ini atau selepas ini, kami (kerajaan) tidak bertanggungjawab,” katanya.
Waythamoorthy semalam berkata klip video yang digunakan untuk menuduhnya merosakkan nama Malaysia adalah rakaman 10 tahun lalu yang kini mempunyai konteks berbeza.
Waythamoorthy dalam klip video berkenaan mengkritik apa yang menurutnya diskriminasi terhadap golongan minoriti, terutamanya masyarakat India di Malaysia.
Sementara itu, ditanya pemberita sama ada Waythamoorthy patut memohon maaf, Mujahid sekali lagi berkata kenyataan itu dibuat beberapa tahun lalu atas kapasiti peribadi.
“Kenapa kita hendak dibebankan dengan pandangan peribadi itu,” katanya lagi.
UMNO TAHU KENYATAAN WAYTHA TAPI JEMPUT JADI MENTERI PADA 2013
Umno tahu kenyataan Waytha tapi jemput jadi menteri pada 2013
P. Waytha Moorthy mengingatkan Ahmad Zahid bahawa Umno maklum dengan kenyataannya mengenai masyarakat Hindu ketika Zahid menjemput beliau untuk menyertai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Umno tahu tentang perwakilannya di peringkat antarabangsanya, termasuk video wawancara beliau bersama stesen televisyen Belanda.
“Umno yang mengetuai Kerajaan BN dekati saya pada tahun 2013, mengakui kesalahan mereka yang lalu dan membuat janji kepada saya dan masyarakat India sehingga membuat saya boleh bekerja dengan kerajaan ketika itu bagi menangani isu masyarakat India,” katanya. kata dalam satu kenyataan malam ini.
Waythamoorthy berkata kerajaan Umno dan seluruh masyarakat Malaysia menyedari sepenuhnya apa yang dilakukan beliau semasa lima tahun beliau mengasingkan diri di Britain.
Walaupun demikian, Waythamoorthy berkata ketika itu, Perdana Menteri Najib Razak melantik beliau sebagai timbalan menteri pada tahun 2013 kerana BN tahu ia membuat kesilapan kerana tidak menangani isu-isu yang memberi kesan kepada masyarakat India.
Kenyataan Waythamoorthy itu tampil selepas Ahmad Zahid menyerang beliau mengenai ucapannya yang lalu tentang layanan negara terhadap masyarakat India dan Hindu.
Ahmad Zahid dan ahli partinya memilih Waythamoorthy untuk diserang kerana beliau ditugaskan untuk memantau usaha Putrajaya bagi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa penghapusan Diskriminasi Racun (ICERD.
Ahmad Zahid berkata Waythamoorthy sepatutnya berusaha untuk memastikan keharmonian di kalangan kaum sesuai dengan peranannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Presiden Umno itu juga mengkritik temubual beliau bersama televisyen Belanda, yang menjadi tular beberapa minggu kebelakangan ini, ketika pemimpin Hindraf itu memberitahu sebuah stesen televisyen Belanda tentang bagaimana penganut Hindu dilayan secara buruk oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Semua ini adalah tipu daya berikutan Umno tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang pernah dituntut Waytha Moorthy di luar negara,” katanya.
Walaupun tidak mahu disibukkan dengan ICERD, Waythamoorthy berkata Hindraf meneruskan perjuangannya dengan Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir.
“Saya secara peribadi menjelaskan kepada Dr Mahathir aktiviti terdahulu saya dan keadaan sebenar masyarakat India. Hindraf menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebelum PRU14 dan menggerakkan sokongannya kepada kerajaan semasa bagi memastikan rejim Umno dapat dikalahkan,” katanya lagi.
Beliau berkata pentadbiran semasa sedang berusaha untuk memastikan terdapat layanan yang adil untuk masyarakat India dan semua minoriti.
“Kerajaan hari ini komited untuk menerapkan prinsip-prinsip demokratik untuk memastikan semua rakyatnya dilayan secara adil dan saksama,” katanya.
‘TAK MAMPU BAYAR GAJI TAPI MAMPU ANJUR DEMONSTRASI BESAR’
‘Tak mampu bayar gaji tapi mampu anjur demonstrasi besar’
DAP menyindir ada negeri yang tidak mampu membayar gaji kakitangan kerajaan negeri tetapi masih mampu membangkitkan bibit kebencian di kalangan rakyat.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun kerajaan tetap memberikan bantuan kepada negeri berkenaan, tetapi mereka masih memaki hamun kerajaan Pakatan Harapan.
“Sungguhpun ada negeri yang tak mampu bayar gaji, kita akan tolong walaupun masih kena maki hamun. Kita kena berwaspada kerana ada parti yang tak pandai urus ekonomi.
“Mereka tak ada modal politik sehingga sanggup memainkan sentimen perkauman dan keagamaan supaya boleh bangkitkan kebencian di kalangan rakyat.
“Kita kena hati-hati. Jangan pandang ringan sebab walaupun mereka tak mampu bayar gaji, tapi sudah umum akan buat satu demonstrasi besar-besaran.
“Saya pun tak tahu demonstrasi tentang apa, tapi itu hak mereka dan kita hormati hak sesiapa untuk berdemonstrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2018 di Hotel Equatorial, semalam.
Menurutnya, hanya satu cara untuk melawan semula elemen tidak sihat itu iaitu dengan membaiki semula ekonomi negara.
“Kalau kita boleh pastikan ekonomi negara baik, saya percaya kita akan terus kalahkan elemen-elemen dan pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman ini,” katanya.
P PINANG BERJAYA TUNAI 36 JANJI PRU 14
P Pinang berjaya tunai 36 janji PRU 14
Pulau Pinang berjanji akan menunaikan 68 janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh lima tahun mendatang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini sebanyak 36 janji telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.
Menurutnya, antara yang direalisasikan termasuklah pengehadan jawatan ketua menteri selama tempoh dua penggal sahaja.
“Sebelum ini kita janji 68 perkara dalam manifesto yang bertemakan ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ kepada semua pengundi di negeri ini.
“Saya nak umumkan bahawa kerajaan negeri telah dapat mencapai 36 janji dalam pilihan raya lalu dan selebihnya dalam proses pelaksanaan,” katanya semasa ucapan aluan Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2018, semalam.
Pada perkembangan lain, beliau menyifatkan Gerakan bukan lagi ancaman kepada DAP selepas parti itu menarik diri daripada bersama dengan BN.
“Hampir keseluruhan pembangkang di Pulau Pinang berjaya ditewaskan pada PRU14 lalu. Umno hanya menang dua kerusi Dun dan Pas satu kerusi Dun,” katanya.
UMNO PUN NAK KENA HARAM DAH, ELOK BENARLAH IA BERCANTUM DENGAN PAS...
Buat pertama kalinya, setelah UMNO kini hilang kuasa dan Pas pula memanjang gagal mendapatkan kuasa, kedua-dua parti disarankan agar segera bercantum.
Gesaan bercantum itu bukan calang-calang siapa yang membuat seruannya, tetapi oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri.
“Ya Sheikh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Insya-Allah UMNO di bawah kepimpinan saya, marilah kita bercantum.
"Kita bercantum, kita ketepikan perbezaan di kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan bumiputera,” tambah Zahid Hamidi lagi.
Zahid Hamidi membuat seruan itu di hadapan Presiden Pas, Hadi Awang dalam satu program yang dihadiri kedua-kedua pemimpin itu di Pasir Salak malam tadi bersama ribuan penyokong masing-masing.
Meskipun pelawaan Zahid Hamidi itu tidak disambut dengan sebarang reaksi oleh Hadi yang berucap selepas itu, tetapi penyokong kedua-dua parti dilaporkan begitu teruja dan menyambutnya dengan tepukan serta laungan takbir.
Bolehkah UMNO dan Pas bercantum dan adakah ia baik untuk kedua-dua parti itu?
UMNO dan Pas adalah dua parti yang sudah bermusuhan sejak sekian lama. Dalam sejarahnya, ketika UMNO kuat, parti itu memang selalu berlagak dan memandang sepi kepada Pas.
Ramai pemimpin UMNO yang ada sekarang pernah mengata Pas dengan pelbagai label seperti parti ajaran sesat, parti lebai, parti syaitan, parti tin milo dan macam-macam lagi.
Pas juga begitu. Apa yang tidak pernah dikatanya kepada UMNO - parti kafir, assabiyah, jahiliyah serta pelbagai lagi, bahkan kerap pula didoakan di perhimpunan terbuka agar UMNO cepat 'KO' dan dilaknati Allah.
Barangkali hilangnya kuasa UMNO sekarang sebahagian sebabnya ialah kerana makbulnya doa yang selalu dipohon Pas itu.
Syukur....
Tetapi, rahsia Tuhan tidak siapa tahu apa hikmahnya. Di ketika UMNO hilang kuasa, tidak pula Tuhan makbulkan Pas menjadi gantinya, walaupun kerapkali para pemimpinnya melaungkan kata-kata seperti Pas ganti UMNO dan yang seumpama dengannya.
Realiti sekarang, kedua-duanya iaitu UMNO dan Pas adalah senasib keadaannya. Mereka sama-sama tidak berkuasa dan masing-masing juga mempunyai dua negeri untuk diperintah secara berasingan.
Lebih buruk berbanding Pas, UMNO juga mungkin akan dibatalkan pendaftarannya tidak lama lagi.
Pertama, kesalahan serius UMNO ialah meskipun ia mempunyai hampir 20 ribu cawangan di seluruh negara, hanya 9,000 saja yang didapati menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi tahun 2018.
Agaknya sebelum ini pun laporan itu tidak pernah dihantar ke Pendaftar Pertubuhan tetapi segala-galanya jadi beres kerana kuasa kerajaan ada dalam tangan mereka.
Bagaimanapun, setelah ketiadaan kuasa, tentulah perangai lama tidak boleh diterima lagi.
Sebagaimana diakui oleh Zahid Hamidi sendiri, UMNO sudah pun diberikan tunjuk sebab mengapa ia tidak diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan atas kesalahan yang dilakukannya itu.
Jadi, jangan hairan jika UMNO dibatalkan pendaftarannya. Itu memang salah UMNO sendiri, bukan sesekali kerana dendam atau apa-apa sentimen lain daripada kerajaan baru yang ada sekarang.
Kedua, UMNO juga boleh diharamkan atas kesalahannya menerima wang haram berkaitan 1MDB. Adalah menjadi kesalahan dan boleh dibatalkan pendaftaran bagi mana-mana pertubuhan yang didapati menerima wang haram yang tidak diketahui sumbernya.
Ini juga adalah salah UMNO sendiri kerana memilih pemimpin seperti Najib Razak yang tamak dengan wang ringgit dan tiada beza baginya antara wang halal dengan wang haram.
Semasa ada kuasa, bolehlah semuanya ditutupi. Tapi, setelah tiada lagi apa-apa, siap sedialah dengan hukuman yang bakal menanti.
Atas kemungkinan UMNO diharamkan berdasarkan dua perkara itu, tiada apa-apa yang menghairankan pun sebenarnya bila Zahid Hamidi mengajak Pas untuk bercantum.
Kalau tak bercantum dengan Pas, dengan siapa dan ke mana lagi UMNO nak pergi?
Setidak-tidaknya dengan bercantumnya UMNO dan Pas, bermakna termakbul satu lagi doa Pas sebelum ini iaitu mereka hanya sedia bersama dengan UMNO kiranya ia sanggup menerima dasar perjuangan Islam yang dibawanya.
Mahu tidak mahu kerana jika parti pun sudah diharamkan, UMNO sudah tentu tiada pilihan selain terpaksa akur untuk masuk Pas dan menerima perjuangan parti itu.
Maka kata, cadangan Zahid Hamidi itu "ada makna" sebetulnya. (ShahbudinHusin 18/11/2018)
Subscribe to:
Posts (Atom)


