Beza antara Pejuang Pembela Rakyat dan Pejuang Madah Pujangga

 AL HUSSEIN



catatan Husam di fbooknya...

Bila K Krai boleh pulih semula?? 

Tangisan seorang lelaki di tangga Pasar Besar Kuala Krai Jumaat lalu sebaik acara penyerahan cek sumbangan oleh YAB Lim Guan Eng berbeza dari apa yg saya temui sepanjang banjir memuncak.

 Sebagai peniaga kecil, pulihnya pasar dan bandar bermakna kehidupan mekar semula. Hari ini, Alhamdulillah ratusan sukarelawan termasuk Ajk dan petugas Pas Kubang Kerian, DBKL, Tentera, Bomba dan pelbagai NGO berpusu menghilangkan kekusaman pasar ini.

Apa yang penting, kerjasama...

 MB turut singgah, ditemani YB Exco Kerajaan Tempatan dan DO yg tiba lebih awal. Bau kuat yg menerjah hidung bukan kepalang.

Dua gaya berbeza antara MB Kelantan dan MB Rakyat

 Kesukaran untuk kerja pembersihan ialah kerana bekalan air di sini belum pulih. Berpandukan rungutan penduduk, selepas seketika di sini, saya berkunjung ke loji air Kg Tualang. Setiba, kami dpt mendengar bunyi pam beroperasi. Mengikut En Ghazali, operator loji, bermula petang semalam operasi telah pulih .
Longgokan sampah busuk....

 InsyaAllah bermula hari ini, bekalan dalam coverage loji ini boleh menikmati air bersih semula. Petugas Yayasan Darul Hijrah mengambil kesempatan berbincang sebentar di sebuah kedai kopi. Membahagikan tugas dan membincangkan langkahan selanjutnya.......

Selepas 9 jam bertungkus lumus, akhirnya pasar 
bersedia untuk beroperasi semula...

Mungkin korang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang menangis ditangga pasar Kuala Kerai itu? Mungkinkah inilah dia orangnya? Cuma telahan aku sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak .....
"...Tuhanku, di tengah kota raya angkuh ini, wajahkannya padaku seperti longgokan sampah sarap yang membusuk. Kau biarkanlah aku jadi persis wajah yang kosong itu....."
Hanya orang yg kepalanya kosong mohon persis wajah yang kosong!

Orang bertungkus lumus membersihkan sampah, mengutip longgokan sampah yang busuk, dia pula sibuk bermadah pujangga konon mengutip kebaikan dan kelebihan dicelah-celah kelam dan busuk ....alahai, ada akai kah?

Terbaik dari Husam!

Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia

AL HUSSEYN

Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia

Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan.

Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak.


Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso.
Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. 

Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai...

Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama 
YAB MB Selangor Azmin Ali. 

Husam menulis dalam  fesbooknya:

Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun.

 Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain.

 Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan.

 Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini.

 Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934.

 Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir.

 Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK.

 Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. 

 Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat.

Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can!

Husam Musa
Naib Presiden PAS9 ADUN Salor.
Jumaat, 7.42 am 26/12/2014

1MDB pinjam RM4 bilion untuk pelaburan ‘tak wujud’ di Mongolia, kata PKR


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan wang RM4 bilion yang dipinjam 1MDB daripada KWAP untuk satu pelaburan di Mongolia, yang selepas disiasat, tidak wujud. – Gambar fail  The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015. 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan wang RM4 bilion yang dipinjam 1MDB daripada KWAP untuk satu pelaburan di Mongolia, yang selepas disiasat, tidak wujud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.

 Persoalan berhubung 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan apabila PKR mendedahkan anak syarikat kepada syarikat pelaburan strategik negara itu meminjam RM4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk melakukan pelaburan yang "tidak wujud" di Mongolia.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, anak syarikat 1MDB tersebut adalah SRC International Sdn Bhd yang meminjam dana KWAP ‎pada 2011, tetapi hasil siasatannya mendapati  pelaburan itu langsung tidak wujud dan menimbulkan persoalan ke manakah RM4 bilion itu dibelanjakan.

"Pada awalnya ia bertujuan membeli syarikat perlombongan bernama Gobi Coal &Energy untuk melabur di Mongolia sepertimana dilaporkan akhbar The Business Times," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Rafizi berkata, sepertimana ‎1MDB, dana yang diambil SRC itu juga turut dijamin Putrajaya. "Pelaburan itu tidak berlaku sehingga serangan dan tidak diketahui bagi tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan," katanya.

Rafizi mendesak Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) 1MDB yang baru, Arul Kanda untuk menjelaskan isu pinjaman tersebut.

"Ini ujian awal kepada kepimpinan Arul Kanda di 1MDB untuk menilai apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soalan penting rakyat terhadap 1MDB.

"Jika beliau bersifat telus, beliau boleh menjelaskan bagaimanakah pinjaman RM4 bilion itu dibelanjakan setakat ini dan hasilnya kepada negara memandangkan ia wang rakyat.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, sekiranya tidak ada penjelasan memuaskan daripada ‎CEO 1MDB itu, beliau tidak-agak untuk mengambil tindakan perundangan.

"Saya akan mengatur supaya wakil pesara yang pencen mereka dicarum di dalam KWAP mengambil tindakan mahkamah terhadap badan itu, 1MDB dan menteri kewangan kerana sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen rakyat bagi pelaburan yang diragui," katanya.

Rafizi turut membidas kenyataan Arul yang mengatakan pengkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui fakta sebenarnya.

"Kenyataan Arul Kanda itu adalah bongkak dan mengetepikan kebimbangan rakyat termasuk dari kalangan pimpinan dan penyokong BN yang ingin mendapat penjelasan munasabah mengenai 1MDB," katanya. – 13 Januari, 2015.



Bagaimana Sirul boleh lepas ke luar negara?

(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan kehilangan tertuduh kedua kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar apabila tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar keputusan rayuan kes itu.

Tian berkata, ia menunjukkan tidak ada pemantauan ketat dilakukan terhadap tertuduh oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.

“Semasa mereka membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan itu, tidak ada penguatkuasaan supaya mereka dipantau. Sepatutnya mereka perlu dipantau kerana kes ini belum lagi selesai,” katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Namun Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di.

Pada  April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya namun kedua-dua orang tertuduh telah membuat rayuan sabitan kesalahan ke atas mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada bulan Ogos 2013.
Selain itu, menurut satu sumber yang dipetik Bernama, Sirul kini berada di Australia sejak dua bulan lalu dan tidak dapat pulang untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Tian mempersoalkan bagaimana orang yang dituduh membunuh boleh keluar negara dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangkap dan membawa beliau pulang ke Malaysia.

“Macam mana dia boleh ke luar negara? Sedangkan orang yang tidak membayar PTPTN tidak boleh keluar negara apatah lagi kes bunuh yang sepatutnya tidak boleh untuk keluar negara. Siapa yang suruh? Menteri kena jawab persoalan ini.

“Menteri Dalam Negeri kena ambil tindakan untuk tangkap dia di sana atau hantar surat kepada kerajaan Australia untuk hantar tertuduh itu balik ke sini,” katanya.

Tian juga menyifatkan kes ini hanya wayang sahaja kerana sejak sembilan tahun lalu tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran sebenar mengenai kes kontroversi ini.

“Boleh dikatakan begitu sebab dari awal lagi tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran mengenai pembunuhan ini. Bagi saya dua orang tertuduh ini hanyalah kambing hitam,” katanya


KADIR JASIN KUTUK CYBERTROOPER UMNO YANG TAK BIJAK?

 Menurut Kadir Jasin, paraCybertrooper dan pecacai yang diupah Najib sebenarnya tidak bijak dalam mengehentam pengkritik Najib. Beliau mendakwa bahawa para cybertrooper yang kaya raya bukan sahaja gagal menaikkan nama najib, malahan terlalu daif untuk mengkritik apa yang akan Najib lakukan apabila keadaan ekonomi merudum dan harga minyak makin jatuh untuk menampung perbelanjaan mengimport makanan selain menghentam rakyat melalui GST.
Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.
Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu.
Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:
1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
Mohd Najib "Mentor" Felda
 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
Arul Kanda Kandasamy Presiden Baru 1MDB
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?
 
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
Maybank Asalnya Milik Cina Tapi Kina Aset Utama PNB
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?
 
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.

Kemelut Harakah: Status Lutfi diketahui 17 Februari

oleh : Amirulmukminin
Mesyuarat pemimpin PAS bersama staf Harakah berjalan dalam suasana kurang menyenangkan manakala nasib Ketua Pengarang Ahmad Lutfi hanya akan diketahui pada 17 Februari ini, kata satu sumber.

Menutut sumber itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS tersebut tidak mempunyai agenda yang jelas kecuali menyindir kepimpinan Lutfi sebagai penyebab jualan Harakah merosot.

Jualan lidah rasmi PAS itu yang pernah mencecah 150,000 naskhah ketika musim pilihan raya umum 2013 lalu, kini diedar kurang 50,000 pada setiap keluaran. Atas alasan itu kononnya, pihak lembaga pengarah Harakah mahu mengambil tindakan terhadap Lutfi yang kurang upaya memimpin Harakah kerana sering mengambil cuti sakit.

Bagaimanapun, menurut sumber tersebut, mesyuarat berkenaan tidak pula membawakan bukti rasmi kemerosotan prestasi berupa graf jualan dan sebagainya untuk diteliti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar  pula mencadangkan agar Harakah mengembalikan prestasi jualannya seperti sebelum ini dan PAS memberi tempoh masa selama enam bulan.

Beberapa wartawan Harakah, kata sumber itu lagi, tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat yang mengkritik perjalanan editorial, terutama pemilihan berita. Pemimpin PAS mengkritik kononnya Harakah agak menonjolkan berita berkaitan Anwar berbanding pemimpin PAS. Harakah juga didakwa telah memainkan isu syiah serta dilihat melaga-lagakan kelompok ulama dan profesional dalam parti.

Wartawan menganggap dakwaan tesebut lebih kepada persepsi pemimpin utama PAS kerana tiada bukti jelas perkara tersebut dilakukan oleh pihak editorial.

Kata sumber itu lagi, adalah sukar untuk menjual Harakah sekiranya akhbar itu menyiarkan berita yang tiada kaitan dengan isu semasa dan relevan untuk pembaca.

Wartawan dan editor Harakah juga, menurut beliau, tiada niat untuk menonjolkan Anwar lebih deripada pemimpin PAS. Manakala pemimpin PAS yang menuduh tidak pula membawakan keratan akhbar yang dimaksudkan atau bukti nombor siri keluaran serta muka surat.

Kesimpulannya, mesyuarat tersebut gagal menyelesaikan masalah dalaman Harakah yang membelenggu lidah rasmi PAS itu sejak enam bulan kebelakangan ini.


Jangan terpedaya kerajaan campuran PAS - Umno - Raja Kamarul Bahrin










Oleh: Amirulmukminin



PAS diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan cadangan membentuk kerajaan perpaduan di saat Kelantan dalam tempoh pemulihan pasca banjir, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, usaha kerjasama di antara PAS dan Umno tidak semudah seperti yang disangka kerana banyak perkara yang perlu dijawab dan ditangani kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum bergerak ke langkah seterusnya.

“Kepada mereka yang terpesona dengan konsep kerajaan perpaduan, sebelum kita bermula mimpi yang indah, lebih baik kita merenung realiti pahit bersama kita selama ini dimanipulasi Umno.

“Situasi semasa di mana rakyat Kelantan terutamanya menghadapi tekanan hebat bencana banjir ialah waktu Umno ingin mengambil kesempatan saat kelemahan fizikal dan mental.

“Kita tidak harus mengambil keputusan dalam keadaan yang lemah tetapi sepatutnya dalam keadaan yang gagah,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam.

Kamarul Bahrin berkata, PAS tidak mahu lagi silap mengambil langkah seperti mana sejarah politik sebelum ini dan masih dengan pendirian sama.

Katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengingatkan supaya parti Islam itu tidak sesekali “jatuh dalam lubang yang sama”.

Beberapa perkara perlu diperhatikan Umno dengan memainkan peranan lebih baik dan menunjukkan inisiatif ikhlas dalam meyakinkan PAS.

“Lebih-lebih lagi Umno mempunyai kuasa lebih besar di peringkat kerajaan persekutuan,” katanya seperti dipetik laporan akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut membangkitkan beberapa isu yang masih belum mendapat perhatian kerajaan pusat seperti tembok pencegah banjir di Rantau Panjang.

Katanya, loji pemproses minyak di tengah laut Kelantan yang dibina Petronas di Selatan Thailand turut menjadi persoalan sama ada kerajaan persekutuan sudi memindahkannya untuk membuka peluang pekerjaan kepada anak Kelantan.

“Bilakah kerajaan pusat akan memulakan pembinaan lebuhraya di Kelantan? Keadaan di Kelantan amat menyedihkan kerana berbilion duit royalti dinafikan selama berpuluh tahun.




“Sebelum pemimpin Umno ingin menabur janji manis lagi, silalah beri jawapan soalan di atas dahulu. Kata orang putih, ‘talk is cheap’,” katanya.


Husam MB swasta tetapi lebih baik!

Oleh Amirulmukminin
Puak penentang Husam Musa dalam PAS mula melabelkan Naib Presiden itu dengan gelaran yang tidak masuk akal.
Laman sosial banyak mempertikaikan MB Kelantan diganti Husam ketika banjir memuncak

Mereka menggelar Husam ‘Menteri Besar swasta’ di Kelantan. Gelaran itu mencaci tindakan Husam berlagak sebagai MB ketika Kelantan tenggelam dalam banjir hujung Disember lalu. Bukan sahaja tidak mencerminkan akhlak parti Islam tetapi tindakan ahli PAS yang menghina Husam itu adalah anti kemanusiaan.

Dalam keadaan Kelantan darurat tetapi enggan diisytihar pentadbiran Najib, bantuan boleh diminta dan wajib diterima daripada sesiapa sahaja. Situasi kemanusiaan adalah pertimbangan paling utama.

Husam berjaya memperoleh bantuan tunai RM1 juta dari kerajaan Selangor dan RM5 juta berupa skim pembaikan rumah. Sekurang-kurangnya bantuan ini akan meringankan beban penyokong PR yang menghadapi banjir.

Tiada kenyataan media

Dalam suasana banjir tersebut, MB Kelantan Ahmad Yaakob hampir tidak kedengaran mengeluarkan kenyataan media. Hanya kenyataan media Husam diemel ke akaun media-media alternatif seluruh negara.

Ketika MB Selangor Azmin Ali melawat banjir, diberitakan pegawai MB Kelantan meminta Azmin menunggu Ahmad untuk membuat tinjauan dengan sebuah helikopter. Beberapa jam Azmin menunggu kelibat Ahmad tidak kelihatan. Akhirnya MB Azmin meredah air bersama rombongan meninjau situasi di Kota Bharu. Pada hari kedua barulah Husam menyediakan sebuah helikopter untuk Azmin meninjau mangsa banjir.

Anehnya apabila Najib melawat Kelantan, Ahmad terkehadapan menunggu kedatangan beliau. Ahmad menghadiri sidang media bersama dan kemudian beratur makan bersama Najib di pusat pemindahan persekutuan. Sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh Nik Aziz ketika menjadi MB.

MB negeri pembangkang wajib menunjukkan had sempadan kebersamaan dengan pemimpin persekutuan yang menindas. Jangan dilihat terlau membuntuti pemimpin persekutuan dan terlalu meminta-minta.

Gambar pemimpin PAS bersama pemimpin persekutuan dijadikan berita hangat kononnya kerjasama luar biasa kerajaan PAS dan BN. Sedangkan beberapa hari selepas itu terdengar pelbagai berita di peringkat bawahan, mangsa banjir penyokong Pakatan didiskriminasi oleh pemimpin Umno bawahan.

Betapa baiknya layanan Najib atau Muhyiddin ke atas pemimpin PAS tidak memberi apa-apa makna kepada pengikut bawahan. Tiada arahan dikeluarkan oleh Umno Kelantan agar permusuhan dengan PAS digantung.

Apa yang berlaku, penyokong PAS di Gua Musang diminta bersumpah menyokong BN hanya untuk mendapatkan bantuan makanan harian. Rumah penyokong Pakatan tidak ditandakan untuk dibaiki oleh pembanci Umno. Hanya rumah penyokong Umno yang akan diberi bantuan pembaikan.

Makhluk Umno BN

Dalam keadaan layanan sehina itu, Timbalan MB Nik Amar masih boleh berkata kerjasama dengan pusat sangat baik. Adakah Nik Amar tidak melihat siapakah yang memberi bantuan kepada mangsa banjir? Bukan orang Umno tetapi majoritinya sukarelawan dari Pakatan dan NGO prihatin.

Jika begini sikap MB dan TMB adalah lebih baik Kelantan mendapat seorang MB swasta daripada ditadbir MB kerajaan yang lemah dan bergantung kepada ‘makhluk BN’. Bukankah Nik Aziz selama 20 tahun memerintah Kelantan menentang pergantungan kepada makhluk tetapi terus bergantung kepada Allah.

Sekiranya PAS Kelantan bergantung kepada makhluk maka lebih mudah rakyat Kelantan mengundi makhluk bernama BN dalam PRU akan datang. Apa perlunya meminta kepada PAS dan kemudian PAS meminta kepada Umno?

Lebih baik mengundi Umno dan curahan bantuan serta pembangunan lebih mudah dijelmakan di Kelantan!



Kemelut Harakah: Status Lutfi diketahui 17 Februari

Oleh Amirulmukminin

Mesyuarat pemimpin PAS bersama staf Harakah berjalan dalam suasana kurang menyenangkan manakala nasib Ketua Pengarang Ahmad Lutfi hanya akan diketahui pada 17 Februari ini, kata satu sumber.

Menutut sumber itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS tersebut tidak mempunyai agenda yang jelas kecuali menyindir kepimpinan Lutfi sebagai penyebab jualan Harakah merosot.

Jualan lidah rasmi PAS itu yang pernah mencecah 150,000 naskhah ketika musim pilihan raya umum 2013 lalu, kini diedar kurang 50,000 pada setiap keluaran. Atas alasan itu kononnya, pihak lembaga pengarah Harakah mahu mengambil tindakan terhadap Lutfi yang kurang upaya memimpin Harakah kerana sering mengambil cuti sakit.

Bagaimanapun, menurut sumber tersebut, mesyuarat berkenaan tidak pula membawakan bukti rasmi kemerosotan prestasi berupa graf jualan dan sebagainya untuk diteliti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar  pula mencadangkan agar Harakah mengembalikan prestasi jualannya seperti sebelum ini dan PAS memberi tempoh masa selama enam bulan.

Wartawan Harakah, kata sumber itu lagi tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat yang mengkritik perjalanan editorial, terutama pemilihan berita. Pemimpin PAS mengkritik kononnya Harakah agak menonjolkan berita berkaitan Anwar berbanding pemimpin PAS. Harakah juga didakwa telah memainkan isu syiah serta dilihat melaga-lagakan kelompok ulama dan profesional dalam parti.

Wartawan menganggap dakwaan tesebut lebih kepada persepsi pemimpin utama PAS kerana tiada bukti jelas perkara tersebut dilakukan oleh pihak editorial.

Kata sumber itu lagi, adalah sukar untuk menjual Harakah sekiranya akhbar itu menyiarkan berita yang tiada kaitan dengan isu semasa dan relevan untuk pembaca.

Wartawan dan editor Harakah juga, menurut beliau, tiada niat untuk menonjolkan Anwar lebih deripada pemimpin PAS. Manakala pemimpin PAS yang menuduh tidak pula membawakan keratan akhbar yang dimaksudkan atau bukti nombor siri keluaran serta muka surat.

Kesimpulannya, mesyuarat tersebut gagal menyelesaikan masalah dalaman Harakah yang membelenggu lidah rasmi PAS itu sejak enam bulan kebelakangan ini.

Banyak lagi krisis 1MDB akan saya bongkar – Rafizi

Banyak lagi krisis 1MDB akan saya bongkar – Rafizi

KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau akan terus meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.

Rafizi 


“Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan,” katanya, lapor MalaysiaKini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Arul Kanda, 39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum ini.

Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, semalam.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB, Datuk Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, dilantik sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pelaburan Perbankan.

HARI HARI MENGHASUT HINGGA DIDENDA 5000....TERUSKAN MENGHASUT..BIAR DARI KECIL JADI BUSUT,BUKIT DAN GUNUNG


GAMBAR GAMBAR FITNAH ROSMAH BERSHOOPING DI BANGKOK?

Gambar-Gambar Rosmah Membeli-Belah Di Thailand

Gambar-Gambar ini dirakamkan sekitar pukul 8.00 malam, Sabtu 3 Januari di Central Chidlom, sebuah kompleks membeli-belah di Bangkok, Thailand.

Sebelum itu, jet kerajaan yang tidak diketahui siapa para penumpangnya juga dikesan oleh FlightRadar24 melepasi beberapa bandaraya utama dunia seperti Los Angelas, New York, London, Dubai sebelum mendarat di Bangkok.

Gambar-Gambar Rosmah Di Thailand Tersebar

Pada Ahad malam, 4 Januari pula, Najib dan keluarganya berlepas pulang ke Kuala Lumpur daripada Bangkok dan tiba di KLIA sebelum 11 malam. Jet itu kemudian berlepas ke pengkalan TUDM Subang sebagai tempat penyimpanannya.

Najib kini sedang berehat atas nasihat doktor kerana dijangkit bakteria e.coli yang dipercayai menjangkitinya ketika meninjau keadaan banjir di beberapa negeri sebelum itu.




















Sumber : sozcyili.blogspot.com



Menurut Penyelaras Kebangsaannya, Zulkifli Ibrahim, Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir, sebaliknya tetap meneruskan aktiviti membeli-belah di beberapa bandar raya dunia.

“Rosmah menghabiskan hampir setengah juta ringgit untuk minyak pesawat Airbus 319 bernombor pendaftaran 9M-NAA, sedangkan nilai perbelanjaan itu boleh menampung bantuan untuk misi kemanusiaan di kawasan terjejas banjir,” dakwanya dalam kenyataan media.


Soalnya, mengapakah Rosmah terus menggunakan pesawat tersebut dan membiarkan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk ke Hong Kong dan kemudiannya diambil oleh jet khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kembali ke tanah air?

Sehubungan itu SAMM mendesak isteri Perdana Menteri memberikan penjelasan penuh dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran beliau.

SAMM turut menggesa agar Rosmah berhenti menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan rakyat menghadapi sengsara serta penderitaan.

Sebelum ini, Pemuda PKR membidas Najib ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa Perdana Menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.- freemalaysiatoday.com

MIC bergolak lagi, orang luar campur tangan


Oleh  webmaster


Bekas bendahari agung MIC mendakwa, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel tidak bertindak bersendirian dalam memimpin parti itu, tetapi turut diikuti isterinya Datin Seri Kanagam.

Datuk R Ramanan, yang juga bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, lebih banyak bukti dan pendedahan akan dilakukannya selepas ini mengenai dakwaan yang dilemparkannya itu.

"Kesetiaan saya membuta tuli. Apa juga arahan yang diberikan, saya lakukannya," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat MIC hari ini.

"Saya menerima arahan daripada dua pihak – presiden dan 'suaminya'," katanya dengan nada sinis.

Ramanan turut mempersoalkan kehadiran Kanagam dalam pemilihan MIC tahun lalu yang mengundang pelbagai tanda tanya.

Katanya, pihak yang berkaitan dengan Kanagam turut berada di dalam bilik itu setelah dipilih sebagai agen mengira undi.

"Apa yang dibuatnya di bangunan pemilihan? Bagaimana dia mendapat pas masuk ke bilik itu dan mengira undi?

"Soalan itu harus diajukan kepada Palanivel yang merupakan pengerusi pemilihan," katanya.

Beliau turut mendakwa Kanagam mengedarkan senarai nama pilihan presiden kepada perwakilan.

Katanya, peti undi juga tidak berada di Ibu Pejabat MIC pada hari sebelumnya, tetapi dikawal Senator V Subramaniam.

"Saya tanya mereka, dari mana senarai ini datang, mereka menjawab dari Kanagam," katanya.

Ramanan, Tan Sri Dr KS Nijhar dan Datuk KS Balakrishan pada 3 Januari dikeluarkan pimpinan parti dari menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.

Tempat mereka diambil alih Pengerusi MIC Pulau Pinang Karuppanan Malairaja, Pengerusi MIC Kedah Datuk Ganesan Subramaniam dan Pengerusi MIC Bahagian Kapar, Ganesan Thankaveloo.

Ramanan sebelum ini berkata, beliau percaya keputusan itu dibuat kerana kelantangannya mendesak parti mengadakan pemilihan semula sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada 5 Disember 2014, RoS mengisytiharkan pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC serta beberapa pemilihan bahagian sebagai tidak sah kerana terdapat penyelewengan dan menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunannya sehingga isu itu diselesaikan.

ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula bagi jawatan berkenaan diadakan dalam tempoh 90 hari.

Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015?



presiden umno 2015
Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015? : Figura ini cukup terkenal apabila acapkali kali membincangkan dan berkongsi pendapat tentang perkembangan dan halatuju ekonomi di mana beliau seringkali dipanggil memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Dato’ Dr Nazri Khan namanya. Kali ini…..
Kali ini Dato’ Dr Nazri Khan tampil berkongsi yang yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini….

Senarai Kajian & Analisa Dato’ Dr Nazri Khan : Ekonomi Malaysia & Dunia Serta Politik Negara?

BACA SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!
Apa yang anda boleh jangkakan dan harapkan akan berlaku pada tahun 2015, terutamanya melibatkan aspek ekonomi Malaysia?
  • 2015 : Rizab Perseketuan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai US$3,000,000,000,000 (US$3 trilion) dan akan mula menaikkan kadar feadah mereka untuk pertama kali dalam sejarah sepanjang 8 tahun terakhir ini

  • 2015 : Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah akan mula menyuntik US$1 trilion yen dan juga 1 trilion Euro bagi meningkatkan ekonomi negara meraka dan kesatuan mereka.

  • 2015 : Malaysia akan mempengerusikan ASEAN seklaigus melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan juga Bursa Saham ASEAN sekitar Oktober 2015

  • 2015 : Pengabungan bank mega di Malaysia (antara CIMB, RHB dan juga MBSB) sekaligus diangkat menjadi bank terbesar di Malaysia dengan modal pasaran bernilai lebih daripada US$100 bilion bagi tahun 2015

  • 2015 : Akhirnya, Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada “iklim yang cukup lemah“. Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan dengan pelaksanaan GST kelak bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia

  • 2015 : Terdapat lebih daripada 10 IPO berstatus “mega” di Bursa Malaysia termasuk 1MDB, Malakoff, Weststar, Iskandar Waterfront, Al Medini, Khazanah Theme Park, Ekuinas Ilmu, Sunway Construction, Sime Auto dan Ecoworld International

  • 2015 : Selepas Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi pada 8 Julai 2014, akhirnya prestasi Bursa Malaysia sehingga penghujung tahun 2014 digelar oleh pakar-pakar ekonomi sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas prestasi bursa Malaysia pada tahun 2008, 1997 dan 1994.

  • 2015 : Bagi tahun 2015, isu-isu ekonomi antara yang hangat diperkatakan dan diperbincangkan di antara pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhaen di bawah termasuklah kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru bagi Rancangan Malaysia Malaysia ke-11. Kita akan melihatkan nilai ringgit Malaysia sedang menguji dolar Amerika dan Dolar Singapura di tahap yang rendah

  • 2015 : Berkenaan dengan isu-isu politik pula yang hangat dan akan terus diperbincangkan adalah yang paling hangat pastinya 1MDB Berhad, Keputusan kes liwat Anwar ibrahim, Akta Hasutan, Hudud, kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Politik Baru bagi UMNO. Dijangka suhu politik di Malaysia semakin bahang dan panas dek kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu. Dan Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan akan ada Presiden UMNO dan Presiden PAS yang baru. What?

presiden pas 2015
  • 2015 : Rakyat malaysia akan dipertonton di mana harga minyak bakal menjadi “lebih murah daripada air“. Dalam tempoh 5 bulan, harag minyak telah jatuh begitu mendadak dari setinggi USD110 kepada serendah US$50 setong. Kos untuk seliter minyak adalah sekitar RM1 brbanding seliter air RM2 seliter. Ironinya, RON95 dan milo tarik tidak banyak berubah.

  • 2015 : Dunia telah menyaksikan matawang yang paling terjejas teruk adalah Rubel Rusia, Peso Chile, Argentina Peso, Peso Colombia dan Ukraine Hryvnia yang telah jatuh lebih daripada 20% sehingga menyebabkan Rusia terpaksa menaikkan kadar faedah kepada 17% daripada 10% selepas kejatuhan mata wang ruble. Ringgit yang sudah turun lebih 12% dan bakal menyertai kumpulan 5 negara di atas tidak lama sahaja lagi

  • 2015 : Pengaruh China akan semakin meningkat di rantau ASEAN di man negara tembok besar China ini telah mula menanam modal sejumlah trilion ke dalam ekonomi Mekong bagi tujuan membina infrastuktur. Malaysia terus tercari-cari peluang dan ruang untuk mendapatkan “belas ihsan” China bagi menabur lebih banyak peruntukkan di Malaysia pula.

  • 2015 : Tahun ini, akan menyaksikan kembalinya El Nino. Biro Meteorologi Australia mengesahkan kebarangkalian sebanyak 70% El Nino akan muncul sekitar Februari 2015 di Lautan Pasifik.

  • 2015 : Greece meninggalkan Kesatuan Eropah jika parti radikal kiri, Parti Syriza menang pilihan raya umum Greece. Jika ini menjadi kenyataan, matawang Euro akan menghadapi masalah yang besar sekaligus memberikan impak yang cukup serius kepada ekonomi Eropah

Dato’ Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank.

Mustafa Ali wajar berundur dari politik, bukan Harakah

 Oleh:   Jebon

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa oleh bekas pengurus Harakah cikgu Ishak Surin agar berundur daripada kedudukan pengerusi Harakah berikutan tindakannya membenarkan pemecatan Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Cikgu Ishak berkata tindakan memecat itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"?Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Sebenarnya Mustafa Ali bukan sahaja wajar berundur daripada jawatan pengerusi Harakah tetapi perlu berundur sebagai S / U Agung PAS. Beliau tidak lagi layak mentadbir PAS berikutan berlakunya perpecahan dalaman yang hebat antara puak profesional dan puak ulama dalam parti itu.

Jika dibandingkan rekod kerja SU Agung terdahulu Datuk Kamaruddin Jaafar, macam bumi dan langit. Kamaruddin berjaya membawa PAS ke era perpaduan dengan Pakatan Rakyat. PAS dilihat oleh bukan Islam sebagai parti yang boleh dipercayai dan lebih baik berbanding MIC atau MCA.

Lintang pukang

Sebaliknya, PAS pada zaman Mustafa adalah parti yang lintang pukang dan hampir karam. Sebagai S/U Agung, Mustafa sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai antara puak ulama dan profesional, bukannya menyebelahi rakan lama yang melantiknya ke jawatan tersebut, Presiden Hadi Awang.

Sikap tidak profesional Mustafa yang mendahulukan Hadi dan kroninya dalam segala perkara menyebabkan PAS merosot. Ustaz muda yang ‘merapu’ dan menghentam pemimpin PR seperti Nik Abduh dan Tantawi sewajarnya diambil tindakan sekiranya Mustafa berwibawa.

Mereka harus dinasihati dan ditunjukkan logik hidup. Jangan tenggelam dalam kitab-kitab kuning dari pengajian di Mesir yang tak berjejak di bumi Malaysia. Logik untuk hidup di Malaysia adalah menghormati berbilang kaum dan bukan menggerakkan pandangan-pandangan yang ekstrem.

Pandangan ulama muda PAS kebelakangan ini mendekati fanatik agama. Dalam Islam pun ada empat mazhab.

Betapa tolerannya empat mazhab boleh dilihat ke atas ijtihad berkenaan anjing. Mazhab syafie mengatakan air liur, bulu dan najis adalah najis berat tetapi agak lunak dalam mazhab Hanafi serta Maliki yang menganggap hanya air liur sahaja sebagai najis berat.

Dihasut Amerika

Maka dalam arena politik tentulah akan wujud lebih banyak pandangan yang perlu diraikan. Sementelah parti-parti politik terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Tanpa kebijaksanaan SU Agung PAS mengendalikan parti, ulama muda yang tidak berpengalaman akan melakukan paksaan ideologi ke atas rakan-rakan dalam PR dan akhirnya berlakulah apa yang terjadi sekarang.

Ulama muda PAS bersetuju ke atas idea rangkaian Melayu Islam dan bersatu dengan Umno. Mengikut ijtihad mereka, penyelewengan dan kezaliman boleh diterima asalkan pemerintah itu bersyahadah.

Ustaz muda ini sebenarnya tidak bijak dan termakan dengan hasutan ahli strategi Barat. Prinsip bersekongkol dengan pemerintah yang bersyahadah walaupun zalim ini adalah doktorin Barat sepenuhnya.

Amerika dan zionis menyokong kerajaan negara Arab yang zalim terhadap rakyat. Ulama kerajaan melarang rakyat memberontak. Tetapi apabila Amerika melihat diktator itu tidak lagi dikehendaki  maka kezaliman para diktator itu didedahkan kepada rakyat melalui internet.

Rakyat bangkit menggulingkan diktator tersebut untuk Amerika menaikkan diktator baru. Itulah yang dilakukan Amerika di Mesir. Mereka menggulingkan Hosni Mubarak melalui percaturan CIA, kemudian mereka juga menggulingkan Ahmad Morsi yang dilantik rakyat untuk kemudiannya menaikkan panglima tentera Abdul Fattah al-Sisi menerajui Mesir.

Saddam Hussein juga suatu ketika adalah sekutu Amerika. Saddam menyiksa dan membunuh rakyat atas nama kesucian Ahli Sunnah Wal Jamaah melawan kesesatan Syiah. Apabila Saddam tidak diperlukan Amerika maka negara Uncle Sam itu menyokong puak syiah penentang Saddam dan akhirnya tentera Amerika membunuh Saddam.

Musuh bersorak

Menjadi radikal adalah satu kemenangan kepada musuh Islam. Mereka akan menggunakan umat yang berpecah belah itu untuk puluhan tahun lamanya, menaikkan dan menjatuhkan pemimpin. Negara Islam lemah akibat umat berbunuhan sesama sendiri.

Dalam konteks Malaysia, Amerika akan menang sekiranya PAS menyokong Umno demi Melayu dan Islam. Mereka akan melemahkan ekonomi melalui penyelewengan Umno. Ekonomi Islam tidak dibenar berkembang dengan penyelewengan berbilion ringgit pemimpin Umno.

Kerana kelemahan Mustafa membaca strategi musuh Islam dan kelemahan politiknya bertindak menasihatkan presiden maka amat wajar beliau berundur dan digantikan dengan tokoh yang lebih berwibawa.

Begitu juga Presiden Hadi Awang wajar turut sama berundur. Ternyata gandingan politik mereka tidak menjana kebaikan kepada masa depan Islam di Malaysia. Menjelang PRU 13 lalu, Hadi dan Mustafa bersetuju dengan idea orang Melayu tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri kerana isu-isu moral.

Ku Li PM

Sebagai alternatif, Tengku Razaleih Hamzah dipujuk untuk menjadi calon PM. Delegasi PAS yang mengunjungi Ku Li bagaimanapun pulang hampa apabila MP Gua Musang itu didakwa memberi syarat dengan persetujuan Anwar Ibrahim dan DAP untuk menimbang jawatan PM.

Adakah kepimpinan seperti ini yang mahu dibawa oleh PAS dalam PRU akan datang. Pastilah tiada siapa percaya kepada PAS. Menentang Umno untuk menaikkan pemimpin Umno sebagai PM.

Di bawah kepimpinan Mustafa – Hadi PAS dilihat sebagai parti hanyut dan bergayut kepada retorik agama. PAS tidak mempunyai pemimpin sehebat Rafizi Ramli atau Tony Pua dalam membongkar penyelewengan BN.

Pemimpin ‘bapa demonstrasi’ Muhammad Sabu yang suatu ketika aset PAS kini disejuk bekukan oleh golongan ulama.

Apa ada pada PAS?

Akhirnya rakyat akan bertanya, ke manakah PAS akan membawa rakyat jika diberi kuasa? Pemimpin sehebat Fadzil Noor yang mampu menyatukan pembangkang telah tiada. Pemimpin seperti Nik Aziz yang tegas tetapi berhikmah dalam mentadbir telah uzur.

Pelapis adalah ustaz muda yang rapat dengan rakyat tetapi tidak mempunyai strategi politik. Nik Abduh dan Tantawi tidak berkaliber. Strategi poilitik mereka hanya sesuai ditempatkan sebagai ahli majlis atau paling tinggi Adun sahaja.

PAS memerlukan golongan profesional seperti Dr Dzulkifly, Dr Hatta, Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof tetapi orang-orang inilah yang dianggap liberal dan sebaris dengan tiga pengarang Harakah yang dipecat itu.

Mereka juga berkemungkinan besar akan dipecat dalam muktamar Jun nanti melalui undian puak  ulama yang mendominasi parti. Habis apa lagi yang tinggal pada PAS?

Komunikasi bantuan banjir lemah, bantuan tidak sampai


Di jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai, Kelantan, tiga wanita pertengahan umur mencangkung di bawah sekeping zink koyak cuba menahan trak yang lalu lalang membawa bekalan makanan ke kampung dipenuhi lumpur.

Kadang-kala ada lori berhenti dan memberikan wanita itu beberapa barangan yang dibawa tetapi sebahagian besarnya terus menuju ke Kampung Manek Urai Lama, yang menjadi terkenal selepas imej kemusnahan seperti tsunami akibat lumpur banjir menjadi “viral” di Internet.

Bagaimanapun, semua wanita di jambatan berkenaan bukanlah dari Kampung Manek Urai Lama, tetapi terpaksa berpusu-pusu di situ kerana tiada bantuan yang didermakan ke kampung mereka, walaupun turut menjadi mangsa banjir.

"Barangan diagihkan tidak sampai ke rumah saya, jadi saya perlu datang ke sini. Saya menunggu selama sejam untuk mendapatkan sedikit makanan yang boleh saya bawa pulang untuk keluarga di rumah," kata Aminah Che Se, 47, kepada The Malaysian Insider.

"Kami seperti burung mencari makanan dan jambatan ini adalah pokok yang penuh dengan buah-buahan."

Aminah dan dua rakannya itu berasal dari Kampung Peria, dan mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km dengan menaiki motosikal untuk sampai ke jambatan dengan harapan dapat menerima sebahagian daripada bekalan bantuan yang dalam perjalanan itu.

Beliau kagum dengan aliran kenderaan yang tidak berhenti memasuki Kampung Manek Urai Lama untuk membawa bantuan, dan tertanya-tanya mengapa tiada yang baik hati mengambil peduli memeriksa kampungnya juga.

"Sejak banjir, ketua kampung saya mengagihkan bekalan makanan hanya dua kali. Tiada bekalan yang mencukupi untuk melakukannya! Tetapi di sini, saya tidak dapat mengira berapa banyak kereta yang datang dengan begitu banyak makanan dan minuman serta pakaian,"katanya.

Tetapi di situlah terletak masalah agihan yang tidak sistematik. Menurut pihak Pengurusan Bencana Kebangsaan bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kumpulan yang "melambakkan" barangan bantuan banjir yang melanda kampung-kampung adalah usaha bantuan bencana pihak berkuasa.

Ketuanya, Datuk Dr Bahari Datuk Abu Mansor, memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star, beberapa buah kampung mendapat lebih daripada bahagian sepatutnya, manakala mereka di lokasi yang jauh ditinggalkan tanpa sebarang bantuan.

Sebagai bukti bekalan yang diterima Kampung Manek Urai Lama, pakaian yang baru didermakan bersepah begitu sahaja di atas tanah berlumpur di setiap beberapa meter, manakala jalan menuju ke kampung ini sesak dengan kenderaan pacuan empat roda yang penuh dengan bekalan.

Sukarelawan yang memberhentikan trak mereka untuk mengagihkan bantuan kepada Aminah dan "burung" lain yang menunggu di jambatan mengakui mereka tidak tahu ke mana hendak dituju dan apa bekalan yang diperlukan, tetapi datang ke sini kerana mendengar ia adalah kawasan paling teruk terjejas.

"Lihatlah, terdapat begitu ramai orang menderma barang di sini. Tetapi tiada satu pun di kampung saya. Sila datang ke kampung saya juga," satu suatu kedengaran merayu kepada sukarelawan.

Seorang penduduk tempatan, Wan Sulaiman Wan Zainal memberitahu The Malaysian Insider kampungnya, Kampung Manek Urai Baruterletak sebelum jambatan itu, namun tiada sukarelawan yang masuk.

"Jadi, kami hanya berdiri di jambatan ini, seperti pengemis dan berharap mendapat sebarang lebihan daripada apa yang jiran kami dapat."

Wan Sulaiman berkata dia kehilangan restorannya dalam banjir – perniagaan yang dibina sejak 1987 – dan disebabkan keperluan mendesak dan kelaparan, datang ke sini beberapa hari lepas dengan dua anak-anaknya.

Di sebelahnya berdiri Mohd Shahri Saga, 54, seorang pegawai tentera bersara yang berkongsi kesusahan yang sama. Dia memberitahu, jika tidak ke Kampung Manek Urai Lama, keluarganya akan kelaparan.

"Saya tidak mempunyai pilihan tetapi datang ke sini. Saya tidak boleh memaksa semua sukarelawan datang ke kampung saya juga. Jadi saya hanya datang ke sini dan menunggu," katanya.

ANWAR LAKUKAN LAWATAN DAN ZIARAH MANGSA BANJIR

TEMERLOH - Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan kerja dan ziarah mangsa banjir di Pahang beberapa hari lepas.Beliau bersama 2 buah lori dan 7 kenderaan pacuan 4 roda membawa bekalan makanan dan pakaian bagi diberikan kepada mangsa banjir.
Beliau diiringi Dr Doroyah dan beberapa pimpinan tempatan melakukan lawatan dibeberapa kampung yang ditenggelami banjir besar yang menimpa Temerloh.
Berita lanjut di Suara Keadilan minggu hadapan.

Mat Sabu tak bela pemimpin seleweng balak

oleh: Amirulmukminin

PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.

"Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan.

"Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," katanya.

Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.

"Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa.

Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.

"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim hari ini juga dilaporkan mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan yang memberi kesan dahsyat sehingga menjejaskan golongan nelayan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah, kecuali Bachok dan Pasir Puteh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim menyarankan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan baru- baru ini.

Beliau berkata, banjir itu memberi kesan dahsyat terhadap semua daerah, termasuk golongan nelayan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dalam bekerjasama dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah kecuali Bachok dan Pasir Puteh.

“Saya lalu di sungai menuju Pulau Suri, lihat banyak balak tersadai. Saya tanya adakah ini kawasan pembalakan, mereka kata tidak. Dari mana banyak balak yang tersadai hingga menyebabkan jambatan penghubung Pulau Suri dan Teluk Renjuna, kini roboh sepenuhnya," katanya dipetik laporan Sinar Harian Online hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut menyifatkan kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu.

Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menafikan banjir besar yang berlaku berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Ahmad sebaliknya berkata ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut menyarankan satu jawatankuasa bertindak antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan bagi menangani masalah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung.

Mengulas saranan Lim, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PR yang dijadualkan bermesyuarat pada bulan ini.


Isu balak dan pergolakan dalaman PAS

OLEH :  Amirulmukminin

Jaminan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin yang terlibat menyelewengkan balak di Kelantan akan menjadi penentu kepada masa depan ‘bapa demonstrasi PAS’ itu pada Muktamar Jun depan.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kata Mat Sabu pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam.

Balak adalah isu survival di Kelantan. Ianya sangat sensitif dan boleh menggugat jawatan seseorang. Sebelum ini Husam Musa gagal naik pangkat kerana isu balak.

Ketika menjadi exco di bawah kepimpinan Nik Aziz Nik Mat, Husam pernah menolak beberapa permohonan membalak di Hulu Kelantan. Konsesi balak tidak boleh diberikan sesuka hati kepada sesiapa sahaja kerana kelak akan menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur.

Husam diketepi

Perkara yang cuba dielakkan itu menjadi kenyataan pada Disember 2014 apabila Kelantan tenggelam dalam banjir lumpur luar biasa dan terburuk dalam sejarah.

Nik Aziz selepas PRU 13 menolak menjadi MB kerana keuzuran. Beliau mencadangkan Husam diangkat sebagai MB pada malam PAS diisytihar menang di Kelantan. Bagaimanapun isu balak menyebabkan Husam terhalang daripada mengangkat sumpah jawatan.

Kini isu balak akan menggugat Mat Sabu pula. Mat Sabu sukar mendapat sokongan untuk melakukan siasatan dalaman ke atas pemimpin PAS dalam isu pembalakan di Kelantan.

Puak UG dalam PAS sebelum ini memang tidak senang untuk bekerjasama dengan puak profesional. Sebaliknya Mat Sabu akan ditentang habis-habisan dalam perebutan Timbalan Presiden kelak.

Ketelusan dan integriti jarang ditunjukkan oleh ulama PAS. Badan Hisbah dicadangkan sebagai manifesto pilihan raya PAS Kelantan sejak sedekad lalu. Tetapi jawatankuasa Hisbah itu tidak pernah ditubuhkan sehingga ke hari ini.

Sebaliknya jawatankuasa sama telah beroperasi dengan jayanya di Selangor sebagai Selcat dan C.A.T di Pulau Pinang.

PAS mungkin berpandangan rakyat biasanya mempercayai ulama melaksanakan pemerintahan yang baik, maka jawatankuasa hisbah tidak perlu disegerakan penubuhannya. Namun tanpa hisbah, Selangor dan Pulau Pinang kelihatan lebih telus dan akauntabiliti.

Mungkin desakan agar ulama diperiksa akan menyebabkan penyokong ‘geng ulama’ akan bertindak balas terhadap puak profesional. Bagi ulama, profesional tidak layak mentadbir PAS kerana mempromosi idea-idea barat yang tidak secocok dengan pendirian PAS.

Umno - PAS

Namun ketelusan dan akauntabiliti bukanlah idea Barat, sebaliknya idea yang dicedok dari tamadun awal Islam.

Mungkin pemerhati politik melihat pertembungan dalaman PAS adalah berkenaan puak Erdogan yang menyokong Anwar dan ulama penyokong Hadi. Hakikatnya, ia lebih daripada itu.

Pemimpin pro Anwar di Selangor dan Pulau Pinang sangat telus dan terbuka. Sebaliknya, ulama PAS kini lebih cenderung kepada Umno yang mengamalkan penyelewengan secara besar-besaran demi menegakkan Hudud.

Jadi ada kemungkinan besar pertembungan pada Muktamar bulan Jun nanti berkisar idea Ketelusan + Anwar lawan Hudud + Umno.

Puak profesional diramal akan kalah. Jadi telah diketahui dasar PAS selepas Jun depan. Tentunya agenda merapatkan hubungan Umno – PAS diutamakan dan parti itu akan menjarakkan diri dengan PR.

Bagi penyokong PAS, Hudud bukan bererti tamatnya penyelewengan. Malah di negara yang ada Hudud seperti Pakistan, negara Arab dan sebagainya, kadar rasuah adalah amat tinggi. Perkara yang paling penting adalah akauntabiliti dan ketelusan. Jika tidak hanya rakyat biasa yang dikenakan Hudud sebaliknya pemimpin terlepas.

MENTAFSIR BENCANA BUKAN IKUT SEDAP MULUT

oleh sakmongkol


Zaman dahulu, ahli nujum, tok bomoh, dukun,  pawang, shaman dsb nya belah perut ayam dan biarkan isi perut ayam terburai keatas tanah. Si ahli nujum akan membaca dan mentafsir pattern yang terbentuk dari chicken entrails. Dia akan umumkan samada tahun depan baik atau tidak, bagus untuk ternakan dan tanaman dan mentafsir isyarat2 dari Tuhan atau tuhan2. Mereka lah yang mendefinisikan sama ada tuhan2 memberkati sesuatu. Di tempat2 lain, ahli nujum membaca bentuk uratan pada dedaun teh.

Di Malaysia bencana alam diterjemah dan ditafsir sebagai mengajar dan menunjuk sesuatu. Banjir dinegeri Kelantan misalnya di katakan sebagai petanda Tuhan marah sebab tidak cukup Islam dilaksanakan. Jika begitu, di negeri2 yang kurang banjir dan musibah, bererti lebih Islam telah dilakanakan walaupun diketuai oleh bukan Islam dan kurang Islam mereka.

Apatah lagi jika tafsiran itu dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz, walaupun dari sudut pengalaman serta ilmu, tidaklah begitu matang perkara2 ini pada dirinya. Banjir yang besar itu juga dilihat sebagai tanda dan petunjuk Tuhan membersihkan Kelantan sebelum hudud dilaksanakan. Orang2 UMNO pula berkata ini petanda orang Melayu dan Islam mesti bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.

Tapi, kalau orang lain tafsir dengan cara lain bagaimana? Bagaimana jika ada orang tafsir bahawa banjir ini petunjuk bahawa Allah marah serta murka kerana pemimpin Kelantan pandai2 hendak memain peranan sebagai Tuhan didunia? Bagaimana jika ditafsir sebagai petunjuk dan pendedahan bahawa kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ustaz2 sangat lemah dan hanya tahu berzikir dan berdoa? Tapi keadaan tidak juga menjadi baik?

Bagaimana jika orang mentafsir nya sebagai petunjuk supaya jangan percaya dan berkerjasama dengan UMNO kerana mereka telah menujukkan hipokrasi mereka? Bahawa mereka menghulurkan bantuan tapi ada udang disebalik batu atau bahawa pertolongan dan bantuan datang dengan harga yang tinggi yang perlu dibayar? Bagaimana jika banjir dan malapetaka tersebut adalah pengajaran bahawa kerajaan Kelantan mesti berbaik sangka dengan bukan Melayu dan bukan Islam yang datang secara sukarela menghantar bantuan dan menolong? Bagaimana jika malapetaka dan bencana banjir ini dibaca sebagai petanda bahawa yang kita mesti ujudkan bukan perpaduan antara Melayu sahaja tapi perpaduan semua bangsa Malaysia yang berbilang agama dan budaya?

Bagaimana jika orang mengatakan banjir besar kali ini diturunkan oleh Allah sebagai bala kerana orang Melayu yang beragama Islam tidak bangkit menentang kerajaan yang zalim dan bahawa gerakan kebangkitan ini diletak sebagai tanggungjawab pemimpin Kelantan yang beroperasi atas prinsip Islam? Kamu kata kamu lebih Islam dari yang lain- maka mulai sekarang, selepas diajar oleh petunjuk banjir besar- jadilah pemimpin untuk menukar kerajaan yang zalim. Yang telah sekat bayaran royalti, yang mendiskriminasi negeri Kelantan dan menzalimi Kelantan dalam pelbagai bentuk?

Dalam Al Quran Allah menceritakan bagaimana bani Israel telah diturunkan laknat dan musibah kerana mereka durhaka dan engkar bangkit dan bangun menentang kerajaan yang zalim dan kerana memilih untuk duduk diam tidak mahu bangkit apabila kerajaan dan pemerintah zalim, menindas rakyat, rasuah dan curi harta benda rakyat? Quran 5:78-80.

Bagaimana  jika musibah dan bencana banjir kerana kita semua terutama orang Muslim berkelakuan seperti ynag diceritakan dalam ayat2 tersebut?

Maka, jangan kita jadikan bencana dan musibah untuk syarat bersatu padu. Jika demikian, mari kita doakan supaya lebih banyak bencana dan musibah melanda negara ini supaya orang Melayu bersatu padu?

Jangan kita jadikan musibah dan bencana serta kesusahan sebagai syarat bersatu padu. Kalau tidak ada musibah dan bencana alam, kita tidak perlu bersatu , begitu?

Isu yang saya mahu cakap disini ialah mengenai perpaduan Melayu. Isiu ini timbul semula ketika Kelantan dilanda banjir besar. Seorang ahli perniagaan merasakan hanya sebuah kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS boleh membangunkan semula Kelantan. dalam lain perkataan, rakyat perlukan wang kerajaan federal dan perlaksanaan kerajaan negeri atau ejensi kerajaan federal. Kerajaan perpaduan antara pas dan umno sekali gus akan menyatu padukan bangsa Melayu.

Gesaan untuk dua parti ini bersatu disambung oleh beberapa tokoh lain. Pemimpin UMNO sudah tentulah menyukai cadangan ini. Kerana cadangan ini juga akan menyelamatkan UMNO secara politik. Hasrat dan impian mereka disampaikan melalui jurucakap2 yang bertaburan. Seorang bekas ketua hakim yang jadi ahli Perkasa sebuah persatuan untuk pensiunan dan windbag, berkata Melayu mesti bersatu untuk menyekat kekuatan orang Cina.
Rupa2 nya orang Melayu mesti bersatu atas alasan dan prinsip menyekat kekuatan bangsa lain.

Jadi asas orang Melayu bersatu padu ialah rasa cemas dan takut. Ada setengah pemimpin PAS melihat, asas untuk bersatu padu ialah kerana kita sebangsa dan seagama. Mungkin pemimpin2 PAS ini lupa bahawa kesamaan bangsa dan agama tidak pernah menyekat satu golongan menzalimi dan membunuh mereka yang seagama dan sebangsa. 90% pembunuhan yang dilakukan keatas orang Islam di negara2 Arab dilakukan oleh orang Arab sendiri yang juga beragama Islam. Yang menembak dan mengebom lebih dari 100 kanak2 di Pakistan ialah bangsa Pakistan juga yang menjustifikasikan pembunuhan tersebut kerana mengikut mereka, ini ikut ajaran Muhammad saw.

Mari kita lihat apa sebetulnya prinsip untuk bersatu padu bukan sahaja untuk orang Melayu yang beragama Islam tapi yang boleh menyatupadukan bangsa Malaysia.