PATUT UMNO TENDANG DIA. DULU ZAMAN NAJIB SENANG DAPAT DUIT. SEKARANG SUSAH SWBAB DIKAWAL DAN SPRM MENGGANAS.

 




Kelakar jugak 𝗜𝘀𝗵𝗮𝗺 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗹. Ingatkan dia pandai sangat rupanya sama je level walaun. Dia kata kenaikan harga diesel sebab kerajaan tak ada duit. Ha... 𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗹𝗮 𝘁𝘂!


Memang kerajaan dah tak ada duit. Bukan setakat tak ada duit, 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗻. Maka sebab itulah kerajaan terpaksa apungkan harga diesel.


Mana pergi duit kerajaan? Tu yang kena songlap kes 1MDB dah berapa bilion? Tak kiralah Najib yang bedal atau Jho Lo, yang pasti, kes 1MDB tu 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂.


Dah tu masa Mahiaddin pulak entah berapa bilion lagi kena sakau. Kena pulak 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗸-𝗯𝗮𝗹𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁. Duta khas lagi.


Masa Mahiaddin pun dah tak ada duit sampai rakyat kena keluarkan simpanan hari tua untuk 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘦 lepaa 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁.


Dah tu Isham nak kerajaan buat macamana? Tambah lagi hutang sampai bengkrap? Inilah jalannya. Bukan tarik terus pun subsidi tu. Tapi cuma diberikan kepada 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.


Subsidi masih ada untuk beberapa industri yang mana boleh memberi kesan kepada harga barang keperluan seperti 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻.


Kalau Isham nak kata beri kepada kroni, yang itu tak ada bukti lagi. Kalau Isham ada bukti, 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗣𝗥𝗠. Biar SPRM siasat dan dakwa.


Tapi yang dah ada bukti dan sudah didakwa tu 𝗸𝗲𝘀 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮. Inisiatif bantu usahawan Melayu tapi kawan Mahiaddin, 𝗰𝗶𝗻𝗮 𝘁𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵 pun dapat hasil.


Lagi yang ada bukti dan didakwa tu MB Perlis anak beranak. Yang tu Isham kena tengok. Takkanlah sebab dah berucap di pentas PN 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗼𝘁𝗲𝗸 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸?


Isham ni sebab sakit hati pada Zahid sampai rela diri nampak bodoh. Kesian pun ada, padan muka pun ada. Tapi memang adat jadi walaun. IQ 200 pun 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳 sebaik jadi walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WOIII DOL.. SUDAH SUDAH LA.... MASA JADI KERAJAAN, HANG LENA JA PUN... YELLEK.. TARAK BUAT PA.



 Referendum lagi? Tak sudah-sudah. Carik la idea lain dol oi. Mual dengar referendum tu.



PRK Sungai Bakap ni, kalau PH menang memang jadi 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 untuk PN. Ia bukan referendum untuk PH dah tapi 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝗣𝗡.


Selain sebagai penyandang, PN masuk pilihanraya ini berbekalkan isu hangat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Senang cerita, 𝗣𝗡 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻.


Dengan fitnah dan 𝘴𝘱𝘪𝘯 yang sepanjang masa dimain oleh walaun, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 PN tak dapat pertahankan kerusi itu. Patutnya memang mudah.


Tapi kalau PN kalah, rasanya PN kena sedar mereka dan tiada tempat dalam politik Malaysia. Selayaknya dibubarkan saja PN nanti.


PRK Sungai Bakap bukan referendum untuk Kerajaan Perpaduan sebaliknya 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗶𝘀𝗮𝗻 buat PN. Berhati-hatilah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AWAN TEMERLOH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.

 


Terjah AWAN  kawasan bersama ahli-ahli  PUSWA kepada keluarga yang memerlukan kerana kami peduli dan mampu membuat mereka tersenyum dari beban seketika 

# amanah kawasan Temerloh

# peduli

# puswa









ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU ATAU SENGAJA TIDAK MENGAMBIL TAHU.




















 

KESIAN PMX….



Petang semalam saya minum-minum sambil berbual-bual dengan seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui.


Sudah beberapa bulan kami tidak bertemu, kecuali komunikasi hanya berjalan melalui Whatsapp saja.


Kenalan saya itu orang lama dalam PKR, seingat saya sejak tertubuhnya PKR lagi beliau sudah bersama parti itu.


Sokongan dan sayangnya kepada Anwar Ibrahim memang tidak berbelah bagi daripada dulu sehinggalah sekarang.


Beliaulah selama ini yang kerap menghantar video-video mengenai ucapan hebat Anwar atau bagaimana rakyat mengerumuninya setiap kali turun ke merata tempat untuk menunaikan solat Jumaat.


Pendek kata, sejak Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau adalah antara  orang yang berasa paling bangga.


Tetapi semalam, untuk pertama kalinya kawan saya itu meluahkan rasa sedih dan kesiannya kepada PMX.


Sebelum ini ketika Anwar dibicarakan  di mahkamah dan kemudian dihantar ke penjara pun beliau tidak  rasa kasihan atau simpati seperti sekarang ini.


Waktu itu, apa yang menimpa Anwar itu lebih menaikkan semangatnya lagi untuk terus cekal dalam perjuangan.


Kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana dalam keadaan Anwar dicemuh, dihentam dan dimaki berbakul-bakul oleh rakyat dalam isu kenaikan harga diesel sekarang ini, Perdana Menteri seolah-olah hanya bersendirian menghadapinya.


Beliau sedar di mana-mana ketika ini sama ada di media sosial, di kedai kopi atau di mana saja nama Anwar ada disebut, yang kedengaran hanyalah kejian, cacian dan rasa sudah hilang kepercayaan.


Sejak timbul isu naik harga minyak ini, sudah susah untuk mendengar kata-kata pujian dan sanjungan seperti mana sebelum ini.


Lebih membuatkan kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana menurutnya, menteri-menteri, kecuali Rafizi Ramli, lebih banyak mendiamkan diri daripada mengeluarkan suara.


Beberapa nama menteri PKR dan agensi kerajaan yang sepatutnya berperanan membela Anwar terang-terang disebutnya sebagai tidak berguna dan hanya makan gaji buta saja.


Amat membuatkan beliau tersentuh lagi kerana pemimpin-pemimpin UMNO juga turut mendiamkan diri, walhal Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi sudah pun beroleh nikmat DNAA melalui pembentukan kerajaan perpaduan yang sekarang diterajui Anwar.


Kata beliau, apabila Perdana Menteri dihentam, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menterilah yang sepatutnya paling ke depan menjadi benteng pertahanan.


Sekarang tambahnya, seolah-olah semua mereka itu seronok pula melihat PMX  terkapai-kapai sendirian membela dirinya sendiri.


Terdengar beliau mengeluh, tak taulah berapa lama Anwar mampu bertahan lagi.


Meskipun kawan saya itu masih menaruh harapan agar Anwar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri, tetapi rasa kecewanya jelas lebih menggunung berbanding semangat untuk terus melawan.


Katanya, kalau yang diberi jawatan pun goyang kaki dan tak buat kerja yang sewajarnya dalam menangkis dan menjawab sentimen yang kian membesar di kalangan rakyat, apalah sangat yang boleh dilakukan oleh penyokong marhaen sepertinya.


Mendengar luahannya, sementara saya tumpang kesian kepada Anwar, tetapi saya lebih kesian terhadap sengsara jiwa kawan saya itu. - ShahbudinHusin 14Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/14/kesian-pmx.html



KES KE DUA LIWAT ADA FRAME.

 

Kedua kes liwat itu didorong atau dicetuskan 1 faktor sahaja tp sifat pendorong ini tersirat. Istilah tersirat inilah yg sebghn org Melayu gagal amatinya sebab kena menggunakan jaedah reasoning, berfikir).


Liwat 1 kerana Anwar sebg TPM & Menteri Kewangan tegas mahu nenggunakan kaedah IMF dlm membantu syarikat² korporat negara yg terjejas teruk kerana kemelesetan ketika itu. PM ketika itu mahu guba kaedah bailout menggunakan dana negara.


Liwat 2 kerana dorongan politik. Ketika itu Anwar akan bertanding di Dun Kajang utk diangkat sebg MB Selangor. Ketakutan Umno/BN ketika boleh kita fahami melalui kata² TDZ iaitu sebaik Anwar menjadi MB Selangor, Umno/BN akan kalah teruk.


Maka kedua² kes itu berlangsung dgn eksploitasi proses mahkamah dgn kerjasama peguam negara dan mahkanah.


Namun, kelicikan penasihat DrM ketika itu jalah penekanan berterusan dlm media ttg PELIWAT & LIWAT sehingga membekas kemas dlm minds irg Melayu


الله 

Liwat 2. Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan DSAI tidak bersalah..alasannya integriti sampel DNA telah tercemar dan diragui. Keterangan Saiful Bukhari tidak disokong oleh sesiapa. 


Mahkamah rayuan memutuskan DSAI bersalah..hakim mahkamah rayuan membuat keputusan tergesa2 kerana PRK Kajang.





Propaganda peliwat

 


Propaganda peliwat


Saya terbaca penghantaran Pn. Liyana Marzuki  tentang propaganda pembangkang yang diulang-ulang untuk menanam kebencian kepada pemimpin kerajaan. 


Dalam tulisan ini saya fokus untuk menjawab propaganda PMX peliwat dahulu, kerana persoalan itu sering ditanya kepada saya dalam sesi wacana saya dengan para pengetua, penolong kanan dan para guru di Terengganu dalam sembilan siri wacana setakat ini. 


Apabila soalan berkaitan tuduhan liwat terhadap PMX ditanyakan, saya menjawab dengan dua cara. 


Pertama, cara politik. Bagaimana? 


DSAI dipenjarakan atas pensabitan kes liwat 2 berdasarkan perundangan sivil. Pembangkang khususnya Pas kan tidak percaya kepada kesahan undang-undang sivil? Kerap ustaz dan pemimpin Pas mengatakan mereka akan menang di mahkamah Allah di akhirat walaupun meteka kalah saman fitnah di mahkamah dunia (sivil). 


Habis tu kenapa pembangkang beria-ia pula percaya mahkamah sivil dalam kes liwat 2? Pembangkang hipokrit. 


Semua orang tahu sabitan kes liwat 2 adalah berdasarkan undang-undang sivil iaitu Kanun Keseksaan. 


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada DSAI pula adalah berdasarkan peruntukan sivil yang lebih tinggi, iaitu hak prerogative yang diberikan Perlembagaan Persekutuan. 


Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi daripada Kanun Keseksaan dalam aturan perundangan sivil. Kenapa peruntukan sivil Kanun Keseksaan kamu terima, peruntukan sivil Perlembagaan Persekutuan pula kamu tolak? Sedangkan semua MP termasuk pembangkang angkat sumpah menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan! Lemah sungguh pembangkang di Malaysia ini. 


Kedua, jawapan dari segi syariah berlatarkan sejarah perundangan Islam di zaman Saiduna Umar bin al-Khattab. 


Gabenor Basrah, al-Mughirah bin Syu'bah dituduh berzina oleh empat orang sahabat. Tiga orang daripada mereka mengaku melihat perzinaan itu berlaku seperti melihat batang celak masuk ke dalam lubang botol celak. Saksi keempat kata dia tak nampak seperti itu, cuma nampak al-Mughirah menindih seorang wanita yang bukan isterinya. 


Akhirnya Umar menghukum sebat 80 kali ke atas tiga sahabat itu dan membebaskan al-Mughirah daripada tuduhan zina (tidak dihukum rejam atau sebat 100 kali). 


Jika saksi tiga orang melihat dengan mata kepala sendiri perzinaan al-Mughirah pun tidak sabit hukuman zina ke atas al-Mughirah, siapa yang melihat Anwar Ibrahim meliwat? 


Maka sesiapa yang mengatakan DSAI liwat atau kunyit atau planta, sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar qazaf dan layak dihukum 80 sebatan di khalayak ramai. Persaksian orang itu pula ditolak selama-lamanya kerana dia fasik sehinggalah dia bertaubat dan meminta maaf dengan DSAI.  Jika lelaki, dia tidak layak menjadi wali perkahwinan anak perempuannya. 


Sampai di sini, biasanya audiens saya akan ternganga.


***********


Untuk bacaan lanjut kisah al-Mughirah bin Syu'bah dituduh zina, sila baca tulisan saya bertarikh 25 Ogos 2021 di link: https://www.facebook.com/share/p/oyP7ADYsjDuAcn6h/?mibextid=oFDknk



KAMU MENYAMUN. ANAK KAMU MENYAMUN.. TIBA TIBA SURUH PENGUNDI PENANG SOKONG PN.



 Menaikkan harga diesel untuk penyasaran semula subsidi demi masa depan fiskal negara ❌


Menaikkan harga air mineral dan menipu invois bekalan tak wujud di hospital dengan guna Istana Perlis ✅


PN "Best"




KEADAAN FAISAL HALIM

 Norizan


Keadaan tangan kiri tonggak utama Selangor FC (SFC) dan Harimau Malaya Faisal Halim yang membuat penampilan pertama di khalayak umum di Pusat Latihan Selangor FC hari ini.


📸 Mohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA





PAS LA NI AGAK SLOW SIKIT DAH....HANGPA JANGAN BUAT HAL...


 

WOIII UN..NURUL PI JUMPA ATAS KAPASITI AHLI PKR.....HANGPA TAK DIJEMPUT PASAI BAHASA INGGERIS HANGPA VERY LOW...


 

SANUSI NAK PERBIDO ORANG PENANG...KAH..KAH..KAH..WOIIII....PALA BAPAK HANG..HANG TAU APA..


 

XFOX...LALST KENA CING...


 

SEMBANG KEMAIN...KAKI SEMBANG KUAT ....HANGPA TAU LA DIA...SATU HAPA PUN TARAK...


 

UNDI LAH PEMBANGKANG SEBAB MEREKA SUPPORT ...CUMA ADA TELOQ DAN TAK DAK TELOQ JA.AAAAUUUUMMMM

.

 

KUTIP DUIT ORANG RAMAI UNTUK TUJUAN PERIBADI


 

SUBSIDI MERINGANKAN BEBAN RAKYAT


 

TERIMA KASIH PMX.



 

KISAH TUNGGUL KERAMAT DAN KETAKUTAN

 Panggilan Jumaat.


MSO


KISAH TUNGGUL KERAMAT DAN KETAKUTAN


Selepas Subuh tadi saya menerima panggilan telefon daripada seorang kawan dari Kelantan, beliau merupakan ahli Pas seumur hidup. 


Katanya, tiba-tiba dia teringatkan saya kerana semalam saya masuk dalam mimpinya. Menjadi kebiasaanya, kalau seseorang masuk dalam mimpinya, dia akan call orang itu. 


Baguslah, bila kita masuk dalam mimpi seseorang bermakna hubungan kita dengan seseorang itu masih berlaku. Saya ucap terima kasih kepada rakan itu, sambil membalas sehari dua ini saya juga teringatkannya.


Habis bual fasal firasat mimpi dan nilai persahabatan, perbicaraan melencung kepada soal politik PAS. Menurutnya keadaan PAS hari ini teruk dimana, parti itu seperti kehilangan mereka yang berani. 


PAS sekarang ini diurus tadbirakn mengikut kehendak presiden semata-mata dengan disokong beberapa orang berkepentingan seperti Takiyuddin Hassan, Samsuri Mokhtar, Shahril dan lain-lain. Saya tidak pasti siapa Shahril dimaksudkan itu.


Orang-orang yang mendokokong Haji Hadi itu adalah mereka yang cintakan kepada kedudukan dan kuasa, dan akan bergantung hidup kepasa presiden. Mereka tidak akan melakukan sesuatu untuk kemajuan parti melainkan menyepuh kedudukannya agar selamat. 


Lantaran itu PAS tidak maju, tidak dinamik dan menyebabkan orang ramai kecewa dengan PAS, ujarnya kesal. 


Menurutnya PAS tidak menggunakan kemenangan besar milik 42 kerusi untuk melakukan sesuatu. PAS hari ini diam atau pun tepu dengan sebarang idea, gagasan baru ataupun apa-apa gerakan ke arah untuk selamatkan Malaysia. 


PAS tidak seperti sebelum ini, PAS akan muncul dengan pelbagai idea, gagasan, strategi atau plan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada untuk menjadi penggantinya. PAS sekarang ini tegasnya tidak ada political will untuk jadi kerajaan. 


Apa yang berlaku dalam PAS, katanya membisu tidak berani bersuara. Tidak ada lagi perbincangan di dalam PAS macam mana hendak gerakan parti itu ke arah menjadi kerajaan. Government in waiting yang ada sekarang ini tidak digunakan sebaiknya bagi mempercepatkan proses berkenaan. Manakala mana-mana ada ahli PAS yang cuba bersuara mereka akan dipulas telinga.


Mesyuarat jawataan kuasa tertinggi PAS tidak lagi menjadi medan perdebatan mencari idea dan akal untuk memperkasa perjuangan ke arah jadi kerjaan, tetapi lebih kepada majlis "maulid" puji-pujian dan sanjungan kepada presiden. 


Lantaran itu, kawan saya itu meminta saya berbuat sesuatu? Saya terkesima dengan permintaanya itu. Apa yang saya boleh lakukan bagi meleraikan kebimbangannya dengan PAS. Saya hanya penulis biasa, tidak lebih dari itu. 


Cuma saya berkata sepatah sahaja, kalau PAS hari ini lesu, sudah hilang budaya berbincang, berbahasa dan tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat, lantaran kuatnya pemujaan kepada presiden, buang sahaja orang berkuasa dalam PAS itu. Buang atau pecat sahaja presiden.


Kalau itulah lagak presiden PAS, maka ia tak ubah sepeerti tunggul kayu lama yang dianggap keramat dimana orang takut untuk mendekatinya dengan mempercayai tunggal itu ada kuasa sakti, ada magik dan sebagainya, jika mendekatinya seseorang itu akan tulah menghidap penyakti dan sebagainya. 


Walhal tunggal itu hanya batang mati sahaja, yang tidak pun memberi apa-apa guna pun, pemujaaan kepadanya mendatangkan syirik. Kenapa ia dianggap keramat kerana ada yang memujanya.


Kawan saya itu bersetuju, soalnya macam mana hendak buang presiden itu? Saya tidak ada idea untuk diberikan bagi membuang presiden itu, melainkan perlu ada keberanian untuk bertindak. Tanpa keberanian PAS akan kekal tepu dengan suasana yang ada kini. 


Saya juga berikan pendapat, PAS tidak akan ke mana-mana dan keadaan PAS yang dianggap sebagai kerajaan dalam penantian juga tidak membawa apa-apa erti. Maka PAS akan kekal seperti yang ada hari ini setakat menjadi tongkat serandang atau pun titian yang dijadikan alat oleh para oportunis politik, seperti Bersatu, seperti UMNO dan seperti PKR sebelum ini. Berapa lama lagi PAS hendak dijadikan alat dan sedia jadi alat?


Selebih kata saya kepada rakan itu, tepuk dada tanyanlah selera, kerana saya sendiri sudah lama menyokong parti agama itu sehingga ia berjaya berada ditakah hari ini. 


Orang-orang terkemudian seperti rakan saya itu pula adalah penerus menghidupkan perjuangan PAS sehingga parti itu menjadi parti bermaruah di masa akan datang. Trims.




MENTEEI KOMUNIKASAI, JKOM, PMO... SEMUA INI GAGAL DALAM MENERANGKAN ISU KEPADA RAKYAT.


 Kegagalan JKOM Menjalankan Tanggungjawab: Rakyat dan Kerajaan Perpaduan Terabai


✍️ Saiful Nizam



Dalam era pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai keputusan yang berani dan tidak popular telah diambil demi masa depan negara. Salah satu keputusan yang menjadi tumpuan adalah subsidi bersasar. 


Namun, malangnya, Jabatan Komunikasi (JKOM) yang sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan dan menyalurkan maklumat terkait keputusan-keputusan ini kepada rakyat, kelihatan gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan.


JKOM merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan perhubungan awam bagi pihak kerajaan. Mereka mempunyai mandat untuk menjelaskan isu-isu penting kepada rakyat dan memastikan rakyat memahami rasional di sebalik setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan. Tetapi apa yang kita lihat sekarang adalah kelemahan yang ketara dalam komunikasi mereka. JKOM seolah-olah hilang dalam senyap tidak berfungsi!


Keputusan seperti subsidi bersasar adalah langkah penting untuk memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ia adalah satu keputusan yang memerlukan keberanian politik, tetapi juga memerlukan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat.


Tanpa penjelasan yang jelas, keputusan sebegini mudah disalah faham dan ditentang oleh rakyat. Di sinilah peranan JKOM menjadi lebih penting. Namun, malangnya, JKOM tidak berjaya menjalankan tugas ini dengan baik.


Sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan, aku merasa kecewa dengan kegagalan JKOM. Kecewa melihat YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memikul beban ini sendirian, menjelaskan setiap keputusan dan menangkis setiap kritikan tanpa sokongan yang sepatutnya daripada JKOM. 


Ini bukanlah tugas seorang pemimpin tertinggi sahaja, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh seluruh agensi kerajaan yang terlibat.


JKOM seharusnya menjadi barisan hadapan dalam komunikasi kerajaan dengan rakyat. Mereka perlu proaktif dalam menjelaskan setiap isu, memberikan justifikasi yang kukuh, dan memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan jelas. Apa yang kita lihat sekarang adalah JKOM seumpama 'makan gaji buta' tanpa menjalankan tanggungjawab mereka.


Kita tidak mahu melihat usaha-usaha murni Kerajaan Perpaduan dan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim terjejas hanya kerana kelemahan komunikasi dari JKOM. Sudah tiba masanya JKOM bangkit dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif. Rakyat berhak untuk mendapatkan penjelasan yang jelas dan tepat, dan kerajaan berhak mendapatkan sokongan penuh daripada agensinya sendiri.


Aku menyeru JKOM untuk memperbaiki kelemahan ini dengan segera. Jangan biarkan pemimpin kita menghadapi segala-galanya sendirian. Berdirilah bersama, jelaskan isu-isu dengan tepat, dan pastikan rakyat faham dan akhirnya faham serta menyokong setiap langkah yang diambil demi kebaikan negara.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



JANGAN KAWAN NGAN ORANG SUKA TIPU. TUNGGANG AGAMA. JANJI TAK PERNAH BUAT.

 

Bob Kelanang


B E T U L  L A  T U



Betul la tu... memang orang baik xkan duduk sama orang jahat... 


Persoalannya sekarang... siapa yang baik dan siapa yang jahat?


Kalau awak kata UMNO/BN tu jahat... abis tu pasal apa PAS buat Muafakat Nasional dengan UMNO???


Hahaha... siap berpeluk sakat Abdul Hadi Awang dengan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tempohari...


Hehehe... takkan sudah lupa?? Cepatnya lupa...


Adakah PAS itu baik dan Pakatan Harapan itu jahat? Betui ka cam tu? Hangpa pakai neraca mana ni? Parti Gerakan tu baik ka? Bukan ka Gerakan tu yang kuat tolak RUU355, Hudud dan Tulisan Jawi?


Hahaha... jilaker punya olamak su'




NOH HAIIIIIH.... MEMBELA MELAYU IALE..


Fendi Apple


 Perangai pon maciem yahudi..herga pon herga yahudi🤣😂😅😆😁🤭kih kih kih...




SEBAB ADA PRO ONOLAH PMO DAN JKOM LENA.... TU LA HANGPA PUN SATU JUGA..


Norizan Abd Hamid


 #PMO  & #Jkom sama² tidur mampos ..

#fahmifadzil tolong jangan ikut lena .... 

Eh... Lama dah kan... 


Kami probono ni penat jadi jaga siap dapat maki hamun lagi.




KERAJAAN DIUGUT INDUSTRI KARTEL.


 

KALAU BODO, TANYA YANG PANDAI.. SEBAB TU ORANG SOH BANYAK AMBIK TAHU... JANGAN IKUT SANUSI... DIA SEMBANG JA PANDAI.. NEGERI DIA TAK DAK AYAQ DIA MAI KEMPEN DI PENANG PASAI AYAQ.. TOYAMATMIN...


 Che ibrahim


Marin pakat kata naik, hari ni kekal pula dah....





BIARLAH JKOM MACAM MAKAN GAJI BUTA. HADI AWANG DULU PUN MAKAN GAJI BUTA JUGAK.



 KALAULAH LOKMAN ADAM JADI KP JKOM…


Apabila dua hari lalu saya menulis mengenai Jkom yang langsung tidak berfungsi dan membayar gaji kepada Ketua Pengarahnya tak ubah macam menadah air dengan raket badminton, ada beberapa orang bertanya - siapa yang layak mengetuai agensi itu?


Sebagai syarat tak bertulis, oleh kerana PKR yang mengetuai kerajaan, maka orang yang mengetuai Jkom sebaiknya mestilah daripada PKR juga.


Ini tentunya lebih berupaya memastikan Jkom berperanan dengan lebih baik dalam mempertahankan kerajaan, terutama untuk melindungi Perdana Menteri daripada pelbagai “tembakan” musuh.


Ketika UMNO mengetuai kerajaan dulu, ketua agensi tersebut (sebelum ini dikenali sebagai Jasa), semua Ketua Pengarahnya adalah daripada UMNO.


Lantikan pertama di bawah kerajaan madani sebelum ini iaitu Dr Agus Yusof untuk mengetuai Jkom memang suatu kesilapan besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Tidak pasti siapa yang mencadangkan nama Dr Agus kepada Perdana Menteri, tetapi jika ia pilihan Anwar sendiri, bermakna itulah kesilapan beliau.


Sebagai bekas pensyarah, fambahan lagi tidak diketahui parti mana yang dianggotainya,  terbukti beliau tiada keupayaan untuk bertempur di gelanggang politik untuk mempertahan dan membela kerajaan dan Perdana Menteri.


Akhirnya dengan pelbagai serangan yang menimpa, Anwar dan kerajaan jadi terkapai-kapai tanpa pembelaan sehingga tercetus skandal A&W yang menyebabkan Dr Agus meletakkan jawatannya.


Selepas Dr Agus, kerajaan seterusnya melantik Khairuddin Othman, bekas Adun Pas yang berhijrah ke PKR sebagai penggantinya.


Memang Khairuddin orang PKR dan lantikannya telah memenuhi syarat tak bertulis yang sepatutnya, tetapi satu kekurangan Khairudidn ialah beliau bukan aktivis politik yang kelibatnya selalu memegang senjata di medan perang.


Jkom adalah agensi untuk berperang dan ketuanya mestilah seorang yang sedia dan tahu untuk berperang.


Khairuddin sama sekali tiada ciri-ciri tersebut dan melihat kedudukan Jkom yang seolah-olah tak wujud di sebalik Anwar dihentam kiri dan kanan ketika ini, sekali lagi perlantikan beliau juga merupakan suatu kesilapan.


Memang Khairuddin patut ditamatkan kalau kerajaan mahu melihat Jkom benar-benar berperanan.


Tetapi, apa yang malang ialah dalam senarai barisan kepimpinan PKR ketika ini, tiada aktivis politik yang sesuai untuk dilantik bagi menerajui Jkom.


Jika Johari Abdul tidak dilantik sebagai Speaker Parlimen, sebenarnya beliaulah paling layak untuk menerajui Jkom kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok peperangan lantaran pernah bersama BTN sebelum ini.


Dalam keadaan sekarang, membiarkan Khairuddin terus kekal di kerusi Ketua Pengarah Jkom, ia bermakna kerajaan terus menggunakan raket badminton sebagai cara untuk menadah air - suatu perbuatan paling membazir dalam dunia.


Habis, siapa paling layak mengetuai Jkom?


Oleh kerana dalam PKR tiada yang layak dan rakan kongsi utama kerajaan sekarang ialah UMNO, daripada membiarkan Jkom terus tidak berfungsi, adalah lebih baik diberikan jawatan Ketua Pengarah Jkom kepada pemimpin UMNO untuk menerajuinya.


Pemimpin UMNO yang paling disebut-sebut daripada segi kelayakan dan kemampuannya, bahkan ada mereka yang dekat dengan Anwar sendiri turut setuju, ia tidak lain ialah Lokman Noor Adam, Ahli MT dan Pengarah Komunikasi UMNO ketika ini.


Dalam berperanan membela Anwar, Lokman bukan saja lebih ke depan berbanding Ketua Pengarah Jkom, bahkan lebih rajin daripada Pengarah Komunikasi dan ahli MPP PKR sendiri.


Bayangkan jika Jkom berada kendaliannya?


Cuma, Lokman ada dosa besar kepada Anwar dan keluarganya ketika berlaku isu Liwat 2 sebelum ini yang mungkin masih berbekas dan sukar dilupakan sehingga sekarang.


Kalau sesiapa yang telah menonton atau tertonton video-video lama Lokman dalam kes Liwat 2, memang tidak dinafikan ada kata-katanya terhadap Anwar dan keluarganya bukan saja tepat menikam hati, malah boleh dikata tertusuk sampai ke tulang hitam.


Tapi semuanya itulah politik, segala-galanya adalah episod yang sudah berlalu dan tidak perlu diimbau lagi.


Cuma, satu pesanan buat Lokman, kalau terjumpa Anwar di mana-mana majlis selepas ini, sebutlah kata maaf berulang kali sambil cium tangannya erat-erat.


Yang selalu terlihat selama ini, beliau cuma tunduk bila bersalam dengan Anwar tapi tak pernah ternampak ada mencium tangan Perdana Menteri.


Mudah-mudahan…berkat selalu cium tangan Anwar, terlorong rezeki jawatan Ketua Pengarah Jkom buatnya. - ShahbudinHusin 13Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/13/kalaulah-lokman-adam-jadi-kp-jkom.html



LOKMAN PUN.. LAIN KALI KALAU JUMPA MINTA LA MAAF DENGAN PMX... MACAM SI SANUSI PALA BAPAK TU BUAT... TAPI YA LAH LOMAN MANA ADA Phd. ORANG PHD SAJA YANG BOLEH HANDLE BAB BAB KERAJAAN KENA TROL NI. .



 𝗟𝗢𝗞𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗨𝗨𝗡𝗡𝗡.....𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗔𝗙, 𝗖𝗜𝗨𝗠 𝗟𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗨. 😜


𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚-𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗚 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗖𝗜𝗨𝗠 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔. 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜 𝗖𝗜𝗨𝗠 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔, 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗕𝗨𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗣𝗔. 


𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔?? 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗝𝗞𝗢𝗠 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔?? 𝗠𝗘𝗡𝗞𝗢𝗠 𝗣𝗨𝗡 𝗦𝗬𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗝𝗔. 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗧 𝗙𝗕 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗗𝗢𝗞 𝗖𝗔𝗖𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗖𝗔, 𝗠𝗔𝗞𝗜 𝗛𝗔𝗠𝗨𝗡, 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗣𝗠𝗫, 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜. 𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡?? 


𝗢𝗛 𝗬𝗔....𝗣𝗠𝗫 𝗞𝗔𝗧𝗔..."𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗞𝗜" - 𝗜 𝗗𝗢𝗡'𝗧 𝗖𝗔𝗥𝗘...!! 𝗦𝗢, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗞?? 🤣


𝗕𝗢𝗦𝗔𝗡.


- Zus Din 

13062024

************************

𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗢𝗞𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗣 𝗝𝗞𝗢𝗠…


Apabila dua hari lalu saya menulis mengenai Jkom yang langsung tidak berfungsi dan membayar gaji kepada Ketua Pengarahnya tak ubah macam menadah air dengan raket badminton, ada beberapa orang bertanya - siapa yang layak mengetuai agensi itu?


Sebagai syarat tak bertulis, oleh kerana PKR yang mengetuai kerajaan, maka orang yang mengetuai Jkom sebaiknya mestilah daripada PKR juga.


Ini tentunya lebih berupaya memastikan Jkom berperanan dengan lebih baik dalam mempertahankan kerajaan, terutama untuk melindungi Perdana Menteri daripada pelbagai “tembakan” musuh.


Ketika UMNO mengetuai kerajaan dulu, ketua agensi tersebut (sebelum ini dikenali sebagai Jasa), semua Ketua Pengarahnya adalah daripada UMNO.


Lantikan pertama di bawah kerajaan madani sebelum ini iaitu Dr Agus Yusof untuk mengetuai Jkom memang suatu kesilapan besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Tidak pasti siapa yang mencadangkan nama Dr Agus kepada Perdana Menteri, tetapi jika ia pilihan Anwar sendiri, bermakna itulah kesilapan beliau.


Sebagai bekas pensyarah, fambahan lagi tidak diketahui parti mana yang dianggotainya,  terbukti beliau tiada keupayaan untuk bertempur di gelanggang politik untuk mempertahan dan membela kerajaan dan Perdana Menteri.


Akhirnya dengan pelbagai serangan yang menimpa, Anwar dan kerajaan jadi terkapai-kapai tanpa pembelaan sehingga tercetus skandal A&W yang menyebabkan Dr Agus meletakkan jawatannya.


Selepas Dr Agus, kerajaan seterusnya melantik Khairuddin Othman, bekas Adun Pas yang berhijrah ke PKR sebagai penggantinya.


Memang Khairuddin orang PKR dan lantikannya telah memenuhi syarat tak bertulis yang sepatutnya, tetapi satu kekurangan Khairudidn ialah beliau bukan aktivis politik yang kelibatnya selalu memegang senjata di medan perang.


Jkom adalah agensi untuk berperang dan ketuanya mestilah seorang yang sedia dan tahu untuk berperang.


Khairuddin sama sekali tiada ciri-ciri tersebut dan melihat kedudukan Jkom yang seolah-olah tak wujud di sebalik Anwar dihentam kiri dan kanan ketika ini, sekali lagi perlantikan beliau juga merupakan suatu kesilapan.


Memang Khairuddin patut ditamatkan kalau kerajaan mahu melihat Jkom benar-benar berperanan.


Tetapi, apa yang malang ialah dalam senarai barisan kepimpinan PKR ketika ini, tiada aktivis politik yang sesuai untuk dilantik bagi menerajui Jkom.


Jika Johari Abdul tidak dilantik sebagai Speaker Parlimen, sebenarnya beliaulah paling layak untuk menerajui Jkom kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok peperangan lantaran pernah bersama BTN sebelum ini.


Dalam keadaan sekarang, membiarkan Khairuddin terus kekal di kerusi Ketua Pengarah Jkom, ia bermakna kerajaan terus menggunakan raket badminton sebagai cara untuk menadah air - suatu perbuatan paling membazir dalam dunia.


Habis, siapa paling layak mengetuai Jkom?


Oleh kerana dalam PKR tiada yang layak dan rakan kongsi utama kerajaan sekarang ialah UMNO, daripada membiarkan Jkom terus tidak berfungsi, adalah lebih baik diberikan jawatan Ketua Pengarah Jkom kepada pemimpin UMNO untuk menerajuinya.


Pemimpin UMNO yang paling disebut-sebut daripada segi kelayakan dan kemampuannya, bahkan ada mereka yang dekat dengan Anwar sendiri turut setuju, ia tidak lain ialah Lokman Noor Adam, Ahli MT dan Pengarah Komunikasi UMNO ketika ini.


Dalam berperanan membela Anwar, Lokman bukan saja lebih ke depan berbanding Ketua Pengarah Jkom, bahkan lebih rajin daripada Pengarah Komunikasi dan ahli MPP PKR sendiri.


Bayangkan jika Jkom berada kendaliannya?


Cuma, Lokman ada dosa besar kepada Anwar dan keluarganya ketika berlaku isu Liwat 2 sebelum ini yang mungkin masih berbekas dan sukar dilupakan sehingga sekarang.


Kalau sesiapa yang telah menonton atau tertonton video-video lama Lokman dalam kes Liwat 2, memang tidak dinafikan ada kata-katanya terhadap Anwar dan keluarganya bukan saja tepat menikam hati, malah boleh dikata tertusuk sampai ke tulang hitam.


Tapi semuanya itulah politik, segala-galanya adalah episod yang sudah berlalu dan tidak perlu diimbau lagi.


Cuma, satu pesanan buat Lokman, kalau terjumpa Anwar di mana-mana majlis selepas ini, sebutlah kata maaf berulang kali sambil cium tangannya erat-erat.


Yang selalu terlihat selama ini, beliau cuma tunduk bila bersalam dengan Anwar tapi tak pernah ternampak ada mencium tangan Perdana Menteri.


Mudah-mudahan…berkat selalu cium tangan Anwar, terlorong rezeki jawatan Ketua Pengarah Jkom buatnya. - ShahbudinHusin 13Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/13/kalaulah-lokman-adam-jadi-kp-jkom.html



SANUSI KATA PALA BAPAK HANG

 

W. Faudzin


Mantop sungguh kebodohan ostat ni.....




SAPAAN DUA SAHABAT




MSO


Anwar Ibrahim beramah mesra dan bersapaan dengan Khalid Yunus sahabat lamanya di malam anugerah sukan negara. Khalid atau Abang Haji malam ini diumumkan tokoh  kepimpinan suka negara.


Melihat gambar mereka berdua ini teringat saya satu insiden di parlimen tahun 1993 dimana dalam insiden itu turut membabitkan saya.


Demikian budi dan hormat tinggi Anwar kepada kawan tidak pernah luntur walau di mana beliau berada atas apa juga status dan martabatnya. Trims.



DALAM JKOM ADA PENENTANG KERAJAAN?


Najib Bakar


 Lepas JKOM kena jentik, baru muncul hantu-hantu JKOM yang beramai-ramai serang aku di X. Ini mengesahkan hipotesis aku.






Dalam JKOM, ramai yang berdarah walaun. Banyak yang dapat dibuktikan di sini.


Hampa sebagai penjawat awam di JKOM, serang isu subsidi diesel.


Tau dak yang subsidi diesel ni di bawah MOF, KPDN, dan KPKM?








Sebab tu pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan 2. 


Siapa Menteri Kewangan 1? PMX Anwar Ibrahim sendiri.


Bila hantu-hantu JKOM berdarah walaun ni serang isu diesel, maksudnya hampa serang Perdana Menteri tau dak?


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tak terlibat dengan subsidi diesel.


Kemudian, hampa serang PADU. Itu inisiatif kerajaan yang juga didokong oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil , bos hampa.


Maksudnya, sebagai penjawat awam, hampa boleh dikenakan tindakan tatatertib.


Dan, bila hampa beramai-ramai serang aku, maksudnya hampa ada kemampuan untuk serang walaun dan pertahan Kerajaan.


Tapi, yang aku nampak defend Kerajaan kat X, FB, TikTok mostly aku kenal, kawan-kawan. Kami ni ramai ja probono.


Tapi hampa pi mana?


Awat tak pernah serang Sanusi?Samsuri?Wan Fayhsal?


Sebab hampa sokong depa?


Kalau tak serang pun, sebab jaga imej penjawat awam yang takmau jadi cytro kononnya, pi la beramai-ramai bagi penerangan kat akaun media sosial pemimpin pembangkang yang suka fitnah.


Perbetulkan fakta fitnah depa. Hampa kan ada akses maklumat.


Tapi ada ka hampa buat?


Attack aku yang pro Kerajaan boleh pulak? 😆


Harap YB Fahmi hati-hati dengan JKOM berdarah walaun yang ramai tu. 


Depan muka senyum-senyum tapi tak pernah sokong Kerajaan sekarang.


Ambillah tindakan cepat. Ramai kawan-kawan dah bising.


Ya memang betul dalam JKOM ada dalam 50++ orang yang memang pro Kerajaan.


Tapi yang baki, 250++ lama-lama tu. Kena tapis betul-betul. 


Sebab tu boleh bocor maklumat dalaman JKOM kat Parpukari sebelum ni.


Ha, apa lagi. Bantu la sebarkan status ni sampai top management baca. 


Kemudian depa boleh siasat siapa pegawai kerajaan di JKOM yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.


Kepada hantu JKOM berdarah walaun, terima kasih makan umpan aku. 😉



ANAI ANAI KERAJAAN MADANI


MSO


Hari ini diviralkan surat dari Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri kepada Setiausaha Politik Menteri Kesihatan yang memberi tahu ada beberapa kontraktor yang dinilai sebabagai pra kelayakan untuk tander sebuah hospital. 


Surat itu sebenarnya perkara biasa dalam urusan atau pun hubungan di antara ketua dengan pegawai bawahannya. Tidak ada apa pun yang perlu di kemusyilkan.


Bagi saya surat itu tidak membawa apa apa natijah boleh mencemarkan moral kerajaan Madani. Mereka pertikaikan surat itu dan jadikan isu mungkin kerana tidak suka dengan ketua setuausaha politik PM itu.


Isu peribadi jangan bawah ke dalam medsos. Tak baik. Dan mereka bertanggungjawab dedahkan surat itu patut cerminkan diri dan anda boleh dianggap sebagai pengkhianat atau anai anai kerajaan Madani. Trims.



PENGAKUAN PENGGUNA DMAX... TIDAK MEMBEBANKAN.


Mohd Redza

 Sebagai seorang pengguna 4x4 Isuzu Dmax berminyak Diesel, 1 benda yang saya suka adalah kereta Isuzu Dmax ni minyak jimat. Saya biasa isi minyak seminggu sekali, full tank sebelum ni RM150. Dengan full tank tu boleh pergi lebih 900km. Dulu 70 liter RM150.50, sekarang 70 liter RM234.50, beza RM84. Kalau kita average sebelum ni sehari RM21.50, dengan harga sekarang ia jadi RM33.50 average sehari, kenaikan RM12 sehari (kalau tak claim BUDI). RM234.50 tu kalau kita kali 4 minggu = RM938 untuk 4 minggu. Harga sebelum ni RM602 untuk 4 minggu. Kemudian ada pulak lagi si BUDI RM200 (yang aku belum claim & belum register pun) maka jadilah RM938-RM200 = RM738. Jadi kenaikan berbanding sebelum ni hanyalah RM136 untuk 4 minggu, bersamaan RM34 seminggu bersamaan RM4.85 sehari (which is tak tepat sangat sebab aku kira 4 minggu sedangkan BUDI RM200 sebulan yang mana sebulan adalah 4 minggu lebih sikit), point dia kena bayar lebih RM5-RM6 la sehari.



Anyway last isi minyak full tank pada Ahad malam Isnin 09/06/2024 dengan harga RM2.15 seliter. Minyak masih banyak lagi dan mungkin akan isi balik pada hari Ahad sebelum raya qurban nanti dengan harga baru RM3.35 seliter. Terbeban ke? Untuk aku tidak. Untuk orang lain yang barangkali kereta dia 3000CC 4000CC tu aku tak tahulah, kan. Kereta aku CC 1.9 sahaja. Atau mungkin diorang punya 4X4 jalan 900km sehari.

Ini cerita kenderaan peribadi, kenderaan kerja pulak ambulans, Diesel ambulans sebelum ni RM2.15, sekarang cuma RM1.88 sahaja, turun harga.

Lepas tu orang tanya kenapa aku senyum Diesel mahal. Aku senyumlah sebab aku dah kira, masih menang banyak pakai 4X4 Diesel sebagai kenderaan peribadi 😌



SUWEY URUS BOLA PUN KENA SCAM


 

ALAAAH SANUSI OIII...SG BAKAP AYAQ TU LAMA DAH TEKANAN RENDAH..ORANG TAK DAK MASALAHNPUN..BUKAN MACAM TEMPAT HANG AYAQ PUN TAK DAK. PALA BAPAK HANG AIHHH..


 

LAMBAT ISI LAMBAT DAPAT KAD



Mohd Fadli Faddy


 Isi lambat, lambat dapat kad.


Ni baru sampai pulok hok Ambo. Kad subsidi utk Caltex pulok 😬


Sebab tu orang niaga kena alert molek bare lagu ni.




SYAFIK HALIM RELA LEPASKAN BOLA DWMI KELUARGA

 


“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji puluhan ribu dan nak balik kampung. Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.





“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” kata tonggak utama pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.


📷: Astro AWANI/ Shahir Omar 


#AWANInews



TAKTIK PENYAMUN MENYELUDUP MINYAK