Panggilan Jumaat.
MSO
KISAH TUNGGUL KERAMAT DAN KETAKUTAN
Selepas Subuh tadi saya menerima panggilan telefon daripada seorang kawan dari Kelantan, beliau merupakan ahli Pas seumur hidup.
Katanya, tiba-tiba dia teringatkan saya kerana semalam saya masuk dalam mimpinya. Menjadi kebiasaanya, kalau seseorang masuk dalam mimpinya, dia akan call orang itu.
Baguslah, bila kita masuk dalam mimpi seseorang bermakna hubungan kita dengan seseorang itu masih berlaku. Saya ucap terima kasih kepada rakan itu, sambil membalas sehari dua ini saya juga teringatkannya.
Habis bual fasal firasat mimpi dan nilai persahabatan, perbicaraan melencung kepada soal politik PAS. Menurutnya keadaan PAS hari ini teruk dimana, parti itu seperti kehilangan mereka yang berani.
PAS sekarang ini diurus tadbirakn mengikut kehendak presiden semata-mata dengan disokong beberapa orang berkepentingan seperti Takiyuddin Hassan, Samsuri Mokhtar, Shahril dan lain-lain. Saya tidak pasti siapa Shahril dimaksudkan itu.
Orang-orang yang mendokokong Haji Hadi itu adalah mereka yang cintakan kepada kedudukan dan kuasa, dan akan bergantung hidup kepasa presiden. Mereka tidak akan melakukan sesuatu untuk kemajuan parti melainkan menyepuh kedudukannya agar selamat.
Lantaran itu PAS tidak maju, tidak dinamik dan menyebabkan orang ramai kecewa dengan PAS, ujarnya kesal.
Menurutnya PAS tidak menggunakan kemenangan besar milik 42 kerusi untuk melakukan sesuatu. PAS hari ini diam atau pun tepu dengan sebarang idea, gagasan baru ataupun apa-apa gerakan ke arah untuk selamatkan Malaysia.
PAS tidak seperti sebelum ini, PAS akan muncul dengan pelbagai idea, gagasan, strategi atau plan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada untuk menjadi penggantinya. PAS sekarang ini tegasnya tidak ada political will untuk jadi kerajaan.
Apa yang berlaku dalam PAS, katanya membisu tidak berani bersuara. Tidak ada lagi perbincangan di dalam PAS macam mana hendak gerakan parti itu ke arah menjadi kerajaan. Government in waiting yang ada sekarang ini tidak digunakan sebaiknya bagi mempercepatkan proses berkenaan. Manakala mana-mana ada ahli PAS yang cuba bersuara mereka akan dipulas telinga.
Mesyuarat jawataan kuasa tertinggi PAS tidak lagi menjadi medan perdebatan mencari idea dan akal untuk memperkasa perjuangan ke arah jadi kerjaan, tetapi lebih kepada majlis "maulid" puji-pujian dan sanjungan kepada presiden.
Lantaran itu, kawan saya itu meminta saya berbuat sesuatu? Saya terkesima dengan permintaanya itu. Apa yang saya boleh lakukan bagi meleraikan kebimbangannya dengan PAS. Saya hanya penulis biasa, tidak lebih dari itu.
Cuma saya berkata sepatah sahaja, kalau PAS hari ini lesu, sudah hilang budaya berbincang, berbahasa dan tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat, lantaran kuatnya pemujaan kepada presiden, buang sahaja orang berkuasa dalam PAS itu. Buang atau pecat sahaja presiden.
Kalau itulah lagak presiden PAS, maka ia tak ubah sepeerti tunggul kayu lama yang dianggap keramat dimana orang takut untuk mendekatinya dengan mempercayai tunggal itu ada kuasa sakti, ada magik dan sebagainya, jika mendekatinya seseorang itu akan tulah menghidap penyakti dan sebagainya.
Walhal tunggal itu hanya batang mati sahaja, yang tidak pun memberi apa-apa guna pun, pemujaaan kepadanya mendatangkan syirik. Kenapa ia dianggap keramat kerana ada yang memujanya.
Kawan saya itu bersetuju, soalnya macam mana hendak buang presiden itu? Saya tidak ada idea untuk diberikan bagi membuang presiden itu, melainkan perlu ada keberanian untuk bertindak. Tanpa keberanian PAS akan kekal tepu dengan suasana yang ada kini.
Saya juga berikan pendapat, PAS tidak akan ke mana-mana dan keadaan PAS yang dianggap sebagai kerajaan dalam penantian juga tidak membawa apa-apa erti. Maka PAS akan kekal seperti yang ada hari ini setakat menjadi tongkat serandang atau pun titian yang dijadikan alat oleh para oportunis politik, seperti Bersatu, seperti UMNO dan seperti PKR sebelum ini. Berapa lama lagi PAS hendak dijadikan alat dan sedia jadi alat?
Selebih kata saya kepada rakan itu, tepuk dada tanyanlah selera, kerana saya sendiri sudah lama menyokong parti agama itu sehingga ia berjaya berada ditakah hari ini.
Orang-orang terkemudian seperti rakan saya itu pula adalah penerus menghidupkan perjuangan PAS sehingga parti itu menjadi parti bermaruah di masa akan datang. Trims.