Jangan perlekeh veteran tentera, kerajaan usah habiskan dana ke tujuan lain - Nik Nazmi




 Himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN selama ini tidak menjaga kebajikan anggota tentera yang bersara secara sempurna.


Fakta yang didedahkan dalam himpunan itu bahawa hampir 2/3 golongan veteran masuk ke dalam lingkungan B40 dengan pencen yang amat kecil atau tiada pencen sama sekali amat memalukan.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan BN yang berkuasa sejak merdeka dan hanya 22 bulan sahaja dikucilkan daripada tampuk kuasa perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelaratan golongan veteran di seluruh negara.


"Semalam, 1,500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhimpun di Tugu Negara bagi menuntut Kerajaan menyelesaikan isu pencen. Selepas menanti sekian lama, mereka tiada pilihan melainkan turun menyatakan keluhan mereka.


"Saya telah beberapa kali membangkitkan soal veteran di Parlimen.


"Sehingga kini Kerajaan belum tampil dengan penyelesaian menyeluruh soal meningkatkan kemahiran veteran yang bersara pada usia muda," katanya dalam kenyataan.


Nik Nazmi juga membidas tindakan acuh tidak acuh kerajaan BN sebelum ini yang melantik orang politik, Jamil Khir Baharom, Pengerusi Umno Kedah sebagai Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang bertanggungjawab melatih anggota tentera yang bakal bersara.


Katanya, tindakan kerajaan yang tidak menempatkan pemimpin sesuai pada badan yang amat diperlukan untuk membantu anggota tentera kembali ke hidupan awam hanya menambah buruk masalah pesara tentera.


"Sedangkan ketika beliau (Jamil Khir) menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam, beliau menarik pelbagai isu kontroversi melibatkan institusi-institusi agama seperti Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


"Pada masa yang sama, campur tangan politik terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi kesan langsung kepada kebajikan veteran.


"Ini termasuk projek Littoral Combat Ship RM9 bilion yang berhadapan kelewatan, pengambil alihan projek AES bernilai RM555 juta dan lain-lain lagi," kata Nik Nazmi yang tidak puas hati dana milik tentera dibazirkan begitu sahaja.


Lebih buruk, kata calon Naib Presiden KEADILAN itu, dalam Belanjawan 2022 Kerajaan telah menurunkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran dari RM105 juta kepada RM92 juta dengan penurunan ketara geran dan bayaran tetap.


"Oleh itu, antara 2015 sehingga Oktober 2021, 8,782 anggota tentera telah meninggalkan perkhidmatan tanpa pencen daripada jumlah 36,918 (anggota keseluruhan).


"Berapa di antara mereka yang menjalankan peralihan ke kehidupan awam dengan berjaya dan berapa ramai yang masih lagi hidup dalam keadaan daif?" tanya Nik Nazmi.


Tegas beliau, Kerajaan mesti mengambil serius soal masa hadapan veteran yang telah berkorban untuk negara.


Hal itu, katanya bukan soal untuk diberi perhatian ketika tiba musim pilihan raya, tetapi memerlukan penyelesaian komprehensif dan membebaskan institusi seperti PERHEBAT dan LTAT daripada campur tangan politik, merangka dasar veteran yang lebih relevan dan praktikal serta dasar pencen yang bermaruah dan bermakna bagi veteran.

KENAPA TAK DIPINDAHKAN SEKALI KEMENTERIAN KEWANGAN KE KUALA SELANGOR?

 

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini mengumumkan Kuala Selangor sebagai daerah angkat kementerian yang diterajuinya.

Selain mengumumkan persetujuan kerajaan mewujudkan sebuah stesen ECRL di Puncak Alam dalam daerah Kuala Selangor, beliau juga memberitahu, daerah itu ada nilai sentimental kepada dirinya.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini.

“Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya dalam majlis kenduri rakyat di Puncak Alam, Ahad lalu.

Sebagaimana diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini, Tengku Zafrul dikatakan sedang meninjau-ninjau kemungkinan ingin bertanding di Kuala Selangor dalam PRU15 akan datang ini.

Agaknya nilai sentimental dan pengumuman Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan itu tidak lain kerana keinginannya untuk bertanding di kawasan itu.

Yang peliknya sebelum ini beliau ada juga turun mengadakan beberapa program di Lembah Pantai dan Kuala Pilah, tetapi tidak pula kedua-dua kawasan itu pernah disebutnya ada nilai sentimental kepada dirinya.

Tidak juga diumumkannya Lembah Pantai dan Kuala Pilah sebagai kawasan angkat kepada Kementerian Kewangan.

Dahsyat dan hebat juga nampaknya gaya orang kayangan ini dalam berpolitik!!

Jika dah syok sangat dengan Kuala Selangor, kenapa tak dipindahkan saja seluruh Kementerian Kewangan ke kawasan itu?

Mengumumkan sesuatu kawasan sebagai daerah angkat kepada Kementerian Kewangan bukan saja tidak pernah berlaku sebelum ini, bahkan juga tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri atau kementerian yang lain.

Sesebuah kementerian adalah berfunfgsi untuk rakyat seluruh negara dan tidak terhad kepada sesuatu kawasan saja.

Menjadikan sesebuah kawasan sebagai daerah angkat hanya akan menjadikan kementerian itu cenderung bertindak berat sebelah dan tidak adil kepada kawasan-kawasan lain, apatah lagi apabila menterinya sendiri mempunyai hasrat yang menggelodak dalam dada ingin bertanding di kawasan Kuala Selangor di sebalik ditolak oleh kepimpinan UMNO bahagian tersebut.

Apakah selepas ini banyak peruntukan pembangunan akan dilambakkan ke Kuala Selangor, bukan saja untuk memastikan kemenangan dalam PRU15 akan datang, tetapi juga untuk “membeli jiwa” orang-orang UMNO yang menolak kehadiran beliau?

Apa pun, sebagaimana dibangkitkan Anthony Loke daripada DAP semalam, perlakuan Tengku Zafrul menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat adalah suatu bentuk salah guna kementerian itu.

“Tengku Zafrul tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi kelebihan pilihan raya kepada dirinya,” ujar beliau.

Dalam hal ini, meskipun Tengku Zafrul adalah “menteri kayangan”’yang seolah-olah diturunkan daripada cakerawala, namun Perdana Menteri harus memberi teguran kepadanya agak berkelakuan betul sebagai seorang menteri dan anggota kabinet.

Beliau tidak patut dibiarkan berbuat sesuatu mengikut selera dan kepentingan dirinya semata-mata.

Cuba bayangkan jika setiap kementerian memilih satu kawasan sebagai daerah angkat masing-masing, apa jadi akhirnya kepada fungsi semua kementerian?

Tidakkah akhirnya kementerian akan jadi seperti sebuah syarikat sendirian berhad kepada menterinya saja?

Apa pula jadinya jika beliau dipindahkan ke kementerian lain selepas ini?

Adakah Kuala Selangor akan jadi daerah angkat kepada kementerian baru yang diterajuinya pula? – ShahbudinHusin 07/06/2022.



TUUU DIA..LAGI KES MABUK= APA NEGARA ISLE NIH....MANA PAK LEBAI NAK PERTIKAIKAN NIH

 

Lelaki mabuk pandu lawan arus ditahan





Polis mengesan sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara melawan arus dan berbahaya sebelum mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dengan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku pada 5.50 pagi selepas disedari oleh sepasukan anggota pasukan peronda polis (MPV) yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di lebuh raya terbabit.

Katanya, mereka mengesan sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara melawan arus dan berbahaya sebelum mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan kerjasama dan terus melarikan diri menghala ke susur masuk Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

“Anggota pasukan MPV akhirnya berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Klang Lama dan pemandunya ditangkap,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian pernafasan menggunakan mesin ‘evidential breath analyzer’ (EBA-II) mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan untuk pemanduan.

“Dia ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.

Beliau berkata, bagi melengkapkan siasatan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka dan merakamkan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Saksi atau pemilik rakaman boleh datang terus ke IPD Petaling Jaya atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya, Sarjan Mohd Sahidun Saiban di talian 011-3340775,” katanya.


UMNO YANG MAHU PRU, DAP DIPERSALAHKAN


BERITA DAN GAMBAR PAGI INI.BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERNIAGA SAYUR





Sempoi Bekas KPN

Tan Sri Dato' Seri Hamid Bador meniaga sayur-sayur yang ditanam sendiri

dekat pasar. Nikmati hari-hari yang chill.....lepas pencen. Semoga sentiasa

dalam keadaan sihat Tan Sri.




Pemimpin PKR menafikan dakwaan perbincangan Umno-Anwar mengenai kerajaan baharu(berita semalam)



Tian Chua telah mempersoalkan dakwaan bahawa puak Umno yang bersekutu dengan Ismail Sabri Yaakob sedang mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA: Pemimpin politik menolak dakwaan seorang penganalisis politik mengenai puak Umno yang pro-kerajaan mengadakan perbincangan dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata dakwaan penganalisis itu "agak tidak masuk akal" manakala Naib Presiden Umno Khaled Nordin dan Ahli Majlis Tertinggi Alwi Che Ahmad kedua-duanya berkata dakwaan itu "karut".

Seorang sumber dalaman parti PKR yang enggan dikenali berkata beliau tidak mengetahui perbincangan sedemikian dengan pemimpin Umno. FMT sedang menunggu jawapan daripada lima daripada 10 menteri Umno dalam Kabinet berhubung isu itu.

Tweet penganalisis politik James Chin mengenai perbincangan itu.

Tian Chua berkata Ismail perlu menghadapi tindak balas daripada kedua-dua Kabinet dan Umno, jika dia "cukup marah" untuk mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai kerajaan baharu.

“Kenapa Ismail perlu membentuk kerajaan bersama kami? Bagaimana PH boleh memberi manfaat kepadanya? Dan mengapa kita akan berbuat demikian? Adakah perbincangan mengenai kami menyokong beliau sebagai perdana menteri, atau beliau mahu memberikan jawatan itu kepada Anwar?

“Dan kenapa kita perlu menyokong Ismail? Dia tidak boleh mengawal harga ayam. Inflasi juga tinggi, jadi kita ada isu yang baik untuk dibangkitkan terhadap kerajaan. Mengapa kita akan menyertai mereka sekarang? Saya rasa tidak ada sebab untuk itu."

Tian Chua menambah bahawa perbincangan mengenai pembentukan "kerajaan baharu" hanya akan membawa kepada lebih banyak ketidakstabilan politik. Beliau meramalkan pilihan raya umum akan datang akan diadakan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

NEGERI PARTI LAIN PERINTAH DIA NAK MASUK..NEGERI PAS PERINTAH TAK MAU PULAK UNDI AWAL....DENGAR KATA KEDAH,TERENGGANU DAN KELANTAN PUN TAK STABIL

 


Tiada PRU awal di 3 negeri diketuai PAS, kata Idris.Semoga tumbang kerana tak ikut amanat tok guru dan menipu pengikut dan menipu rakyat dalam isu RUU355, Isu Hudud, Isu kes Adib, Isu air,isu judi yang ditutup mulut ,isu arak,isu pakaian pramugari,isu cabutan nombor ekor,isu nak bakar kilang arak...(kah..kah..kah...walaun buat hal) ,pemandu mabuk, isu 5 hari Pas perintah semua selesai . Tapi bila bersama sama dalam kerajaan....hampeh... Semua pas buat diam.......




Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pendirian untuk tidak membubarkan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah telah diputuskan oleh kepimpinan parti. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS mengulangi dan bertegas untuk tidak akan membubarkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran parti itu sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Keputusan parti tiga negeri yang diketuai menteri besar PAS, takkan dibubarkan sehingga tamat penggal. Setakat keputusan hari ini, akan datang kita tidak tahu.

“Kuasa untuk bubar DUN ini adalah kuasa menteri besar dan di peringkat persekutuan adalah di tangan perdana menteri.

“Kita sudah lama putuskan,” katanya menurut laporan Malaysia Gazette.

Idris berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seharusnya diberi peluang untuk mentadbir negara sehingga habis penggal.

Hadi juga berkata, tempoh selepas habis penggal tersebut merupakan waktu sesuai untuk diadakan PRU15.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, adalah lebih baik kerajaan dibenarkan untuk terus fokus dalam menyelesaikan masalah yang menghimpit rakyat kini.

“PAS kita nak tumpu kepada habiskan penggal dan kita tumpu kepada sosioekonomi rakyat yang makin tertekan, ini yang kita nak sebab politik sudah agak stabil, ekonomi pun sudah agak baik,” katanya lagi.

Mac lalu, Abdul Hadi menegaskan PAS tidak akan membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat tempohnya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, ia bagi memberikan tumpuan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

LAWAK PAGI NI =SEKALI SEKALA MELAWAK TAK APA YA...KAH..KAH..KAH


 

KULIAH YANG WAJIB DIDENGARI-TERBARU KISAH REDHA ALLAH,KISAH PENYAKIT AIN (MATA) DAN 4 GOLONGAN YANG MASUK NERAKA.


“AYUH! DALAM HIDUP KITA MESTI DAPATKAN 4 JENIS REDHA INI”. Ceramah Khas pada hari Ahad 5 Jun 2022 jam 9.30am bertempat di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Sg. Akar, Negara Brunei Darussalam. Untuk sumbangan program dan aktiviti Masjid Negeri Sultan Ahmad 1: Bank Islam Malaysia Berhad 0601 90100 23041 (Masjid Sultan Ahmad).

PRU15 | DAP sering diheret dalam percakaran politik UMNO


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa DAP tidak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15. DAP katanya menghormati prinsip bahawa pembubaran Parlimen adalah atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

KENAPA NAJIB CELARU DENGAN LANGKAH ISMAIL SABRI?



Apa yang pasti, Najib Razak sudah mula membuat kenyataan, dilihat memberi amaran kepada Ismail Sabri, jika ditangguhkan PRU15 amat berisiko kepada Barisan Nasional.

MALAM INI JUGA‼️PEMIMPIN UMNO TERKEJUT‼️DENGAN TINDAKAN PALING DILUAR JA...



Menteri pertahanan tido lena... dg jawatan dan kedudukan kerja tak tahu asik membuta gaji dan elaun bulanan.. mari kita tunjuk jalan keluar pintu mindaf bukan tempat beliau tido.

WANITA LEBIH MEMAHAMI PERITNYA KESAN GST



Saya merasa amat bimbang apabila mendengar ura-ura tentang kerajaan akan mengembalikan semula GST bertujuan untuk menambah pendapatan negara.

Kita semua sedar, rakyat telah menolak sistem percukaian GST ini, buktinya mereka telah menolak kerajaan Umno/Bn pada PRU14 yang lalu kerana kerajaan waktu itu telah melaksanakan GST sebanyak 6% yang ternyata amat membebankan rakyat. Kerajaan PH telah diberi mandat oleh rakyat kerana kita telah berjanji untuk menghapuskan GST sepertimana di dalam manifesto PH dan kita telah merealisasikannya selama 22 bulan sebagai kerajaan. Kerajaan PH tumbang bukan kerana rakyat menolak kerajaan PH tetapi adalah kerana pengkhianatan melalui "Langkah Sheraton".

Apakah kerajaan sekarang berfikir rakyat akan senang dan bergembira dengan cadangan kerajaan untuk mengembalikan GST semula? Bayangkan, di dalam keadaan tiada GST sekarang ini pun rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan barang-barang keperluan asas yang meningkat naik harga, apakah semua masalah ini akan selesai dengan wujudnya GST?

Masalah negara ini sekarang bukan kerana tiadanya GST. Masalah negara ini adalah kerana kerajaan sekarang tidak mendapat mandat rakyat dan pemimpinnya amat lemah di dalam menguruskan negara. Pembaziran berleluasa dan korupsi gagal ditangani dengan baik. Kerajaan membazirkan wang rakyat dengan melantik begitu ramai menteri dan timbalan menteri serta penasihat-penasihat, sedangkan majoritinya tidak mampu melaksanakan tugas.

Alangkah baiknya sebelum memikirkan soal mengembalikan GST, kerajaan perlu berkorban terlebih dahulu iaitu dengan cara menghentikan projek-projek mewah, mengurangkan jumlah menteri-menteri dan penasihat dan bertegas dalam soal rasuah. Jangan hukum rakyat dengan GST apabila kamu kekurangan pendapatan akibat tindakan kamu yang bermewah-mewah.

Rakyat harus bangkit menentang sebarang tindakan untuk melaksanakan GST di dalam keadaan rakyat mengikat perut sekarang. Golongan wanita terutamanya kaum ibu amat merasai dan terkesan tentang kenaikan harga barang sekarang kerana mereka lah yang sering ke pasar untuk membeli barangan keperluan dapur.

Saya merasakan satu tanggungjawab besar kepada wanita Keadilan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepincangan kerajaan sekarang. Atas dasar itulah saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan MPWP agar dapat berganding bahu dengan kepimpinan wanita Keadilan untuk memainkan peranan besar ini.

NORAZIAH BINTI MOHD RAZIT

Calon MPWP

 

KISAH TUN YANG BERPERANGAI BURUK DAN KHIANAT

 

MOHD AFFENDI ABAS


PLAN A & PLAN B

Rancangan sabotaj Mahathir sudah lama dikesan

BAIK BURUKNYA KERAJAAN PERPADUAN

Inilah ditaktor yg memenjarakan Anwar hingga Anwar teruk dipukul, dibogelkan dan berpisah bertahun lamanya dgn keluarganya. Anwar maafkan dia. Anwar bantu Tun setelah diaibkan Najib.

Anwar izinkan Tun bersama PH. Isteri Anwar tolak menjadi PM kerana berpegang pada janji, Anwar dan PH izinkan beliau jadi PM walaupun parti menang sedikit. PH benarkan partinya bertanding paling byk kerusi Parlimen....

Tun dulu sabotaj Tunku Abdul Rahman, dia buat Tun Hussein Onn keluar dari UMNO, dia buat Tun Musa Hitam letak jawatan, dia juga melemahkan kuasa Raja2 Melayu, dia buat Tan Sri Ani Arope meletak jawatan, dia membuatkan Pak Lah meletak jawatan, dia telah membuat Najib hilang jawatan PM... dan kononnya utk Melayu dia sendiri robohkan kerajaan UMNO.

Tun diaibkan apabila Najib menarik khidmat polis trafik, pembantu rumah, gugurkan jawatan MB Mukhriz, ucapan pentasnya dihentikan polis dan diaibkan di media saban minggu.

Dia keseorangan ketika itu. Lalu dia dgn muka tidak tahu malu bertemu dgn Anwar di mahkamah. Meminta izin dari Anwar utk bersama Pakatan Harapan.

Anwar terima kehadiran Tun. Anwar maafkan Tun walaupun anak2nya melarang. Bila menang dia lupa janji2. Dari dulu dia menipu. Ayatnya..." Sebenarnya saya sudah berjanji ..98. Kali ini juga dia berkata " Sebenarnya saya sudah berjanji.'

Bagi saya dia adalah contoh insan yg akan dikenang dlm sejarah sebagai manusia yg tidak boleh dipercayai. UMNO bijak kerana mencurigai Tun.

Yg pelik mengapa di zaman serba moden dan bermaklumat masih ada yg percaya ia agenda Melayu. Mengapa kita tidak boleh bekerjasama dgn beberapa pemimpin Cina yg bersih daripada bekerja dgn pemimpin2 Melayu yg korup hingga trillion hutang negara ?

Jika sesebuah kerajaan tidak menganggu sistem perlembagaan negara... berilah siapa pun menjadi PM janganlah kita gusar. Malaysia wajibkan PM dan TPM mestilah Melayu apa lagi yg dibimbangkan.

Lihat bagaimana di Amerika apabila mereka melantik Presiden dari kaum bekas hamba abdi mereka walaupun negara Uncle Sam itu masih mempunyai sentimen perkauman. Ia kerana Perlembagaan Negara tersebut tidak diganggu sepertimana Tun musnahkan di era pemerintahannya dulu.

Benar ekonomi negara perlahan tapi lihatlah dan fikirlah siapa yg sabotaj ekonomi negara. Kerajaan yg ada ini dikhinati atau disengajakan lemah utk mudah menyakinkan rakyat mengapa perlu diubah.

Kita telah lama tahu penglibatan Tun. Tapi demi menjaga akhlak di mata rakyat agar jgn dituduh rakus, mengkhianati perjanjian ( Konsensus ), Presiden Parti dlm PH bersabar melihat game Tun. Malah strategi Tun telah dpt dihidu sebab itu dlm artikel yg lalu saya katakan... saya tetap tidak percaya dgn Tun.

P. Ramlee... " Yang kau percaya orang tua ni kenapa. Kamu kan tahu dia ini penipu. Muka dia pun muka penipu.

PLAN A

1. Suruh Azmin lawan secara terang terangan. Salah laku Azmin disembunyikan. Kemudian suruh Bersatu keluar dari PH agar kerajaan PH hilang majoriti.

2. Dia berlakon kononnya tidak bersetuju tindakan Azmin dan Bersatu agar PKR, Amanah dan DAP percaya. So dia letak jawatan PM kononnya kecewa dgn Bersatu. Sebenarnya dia mahu gugurkan semua jawatan2 Menteri Kabinetnya yg 70% dikuasai PKR, Amanah dan Dap.

Bayangkan jika lebih 20 Menteri dihalau dari Kementerian masing2 tentulah akan membuat rakyat simpati dan pastinya Tun akan dilihat kejam. Lakonan Tun

hebat

seperti gayanya ketika berkempen bersama PH dulu sebelum PRU. Masih ingat video ' Atok tiada masa lagi...'

3. Tun berharap PKR, Amanah dan Dap tertipu dan akn mencalonkan beliau menjadi PM semula.

4. Tun mahu wujudkan kerajaan perpaduan agar dia tidak terikat dgn konsensus PH. So dia bebas melakukan sesuka hati dan tempoh jawatannya sebagai PM tidak perlu diungkit lagi.

PLAN B

1. Tun yakin dia akan dicalonkan semula sebagai PM. Tapi perangai khianatnya sudah dihidu Anwar, Mat Sabu dan LGE apabila dia tidak mahu mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

2. Apabila dia mendapat tahu PH ( PKR, Amanah dan DAP ) kesemua solid mencalonkan Anwar, dia segera membuat Ucapan Khas secara live. Ia adalah signal darinya utk dirinya dipilih semula...

3. Jika berdasarkan undian Anwar menjadi PM lalu dgn kuasa PM Interim dia seperti cuba mempengaruhi dgn membiarkan Dewan Rakyat yg memilih siapa PM 8 Malaysia. Sedangkan dulu dia boleh menyerah jawatan PMnya kepada Pak Lah tanpa perlu ke Dewan Rakyat.

4. Memujuk GPS dan Warisan menyokongnya serta PAS yg dianggap mudah dibeli berbanding UMNO yg dpt merasai sukar utk bekerjasama dgn Mahathir yg dianggap manusia yg tidak boleh dipercayai. Apapun jgn terkejut jika UMNO menyertai semula bekerjasama dgn Tun dgn alasan DAP sudah tidak bersama dlm kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat kes2 mahkamah pemimpinnya. Mereka bukan fikir soal bangsa sebenarnya tetapi kes peribadi yg membolehkan mereka dipenjarakan di Sg Buluh.

a)Kerajaan Perpaduan baik dan buruknya...

Kerajaan perpaduan tidak bagus utk sesebuah negara. Ia akn membuatkan seorang PM menjadi Ditaktor. Negara yg tidak mempunyai pembangkang sebagai check n balance sgt tidak baik apatah lagi senario politik di negara kita berbeza.

Benarkah demi Melayu dan agama?

Benarkah demi Melayu? Jika demi Melayu apa yg kerajaan skg buat hingga Melayu terhina. Adakah Islam terancam? Jika kita amati segala tindakan berunsur perkauman siapakah Menteri Dlm Negeri ketika itu? Seperti kita ketahui kerajaan PH sengaja dilemahkan dari dalam bukan sahaja dari ekonomi tapi dari isu2 berbau perkauman.

Jika utk Melayu mengapa Tun bersama PH mahu menjatuhkan UMNO dan PAS dahulu? Dia berbohong, dia bersama PH atas dendam kesumatnya kpd Najib Tun Razak. Itu saja.

Kenapa Tun bimbang bersama UMNO?

Pasti kerana anaknya. Apatah lagi mengenangkan nasib Mukhriz selepas ketiadaan beliau. Mukhriz dianggap tiada pengaruh, junior dlm arena politik. Jika dia tiada pastinya UMNO akan meratah Mukhriz dan terbuang begitu sahaja.

Benarkah pengaruh Tun PH berjaya memenangi PRU 14?

Tidak malah undian Melayu merosot sekitar 5 % dari PRU 13. Bukti seterusnya parti Bersatu yg paling banyak bertanding menang tidak sampai 15 kerusi. Melayu tidak sokong Tun.

Benarkah Tun dihalang menggunakan kuasanya sebagai PM?

Yg tidak tahu...Tun memilih Menteri Kabinet mengikut kemahuannya. Malah memilih Menteri Bersatu sama ramai dgn parti2 PH yg menang besar dlm PRU. Dia lantik Ketua SPRM, KP, Peguam Negara keputusan dirinya sendiri. Dia lantik MB dari kalangan partinya walaupun menang 1 kerusi. Malah dia diizinkan menentukan tarikh yg sesuai utk meletakkan jawatan. Apa lagi halangan dan kekangan dia sebagai PM?

Akhir kata adakah Malaysia akan 'kiamat' jika Tun sudah tiada? Apakah kita masih mahu bergantung kpd seorang lelaki tua berusia 95 tahun? Ia bukan soal menyelamatkan bangsa dan sebagainya ( kata2 utk tujuan politik )... ia adalah kebodohan kita yg mudah dimainkan dgn persepsi.

Adakah kita fikirkan sampai begitu bodoh, kononnya Anwar menjadi PM ingin memperkasakan bahasa Cina, nak serah kuasa pada Cina. Anwar itu lebih Melayu dari Tun... sanggup kena penjara utk Melayu Baling. Perjuangannya utk Melayu dan Islam hingga lahirnya UIA dan Bank Islam. Lihatlah akhlak keluarga Anwar. Bukan sahaja sopan budi bahasa dan pemakaian tapi tidak ada yg bergelar jutawan...