Acara apa ni? Wedding ke? Atau party siapa ni? Dan bila? Kecoh foto ni dalam sosial media. Dan siapa pulak bekas isteri seorang komposer terkenal Tu?, bekas paramugari lagi.
Unchai, ni aku nak tanya. Gaji korang ada RM5,200 sebulan? Atau paling tidak RM2,000 sebulan. Ada tak? Tak ada? Lemaaahhh!!!Lain kali jangan setakat sokong UMNO. Korang kena jadi pemimpin UMNO. Baru boleh dapat gaji besar. Macam Zahid ni.Sebulan dapat S$200,000 tau. Tak cukup, dinaikkan pulak sampai S$520,000. Itu kalau convert paling tidak pun RM1.5 juta tau!Itu baru 'duit tepi'. Belum kira gaji pokok sebagai MP dan Timbalan PM lagi. Fuh! Masyukkk! Tapi aku kesian la kat penyokong dia.Bermatian sokong dia, tapi hidup merempat. Nak shopping pun tunggu BR1M.
Sedangkan mangkuk ni senang-senang jadi jutawanKorang fikir la... Bila syarikat kena bayar duit rasuah sebegitu banyak, bagaimana mereka nak cover semula dapatkan keuntungan?Haaa... Bijak pun! Tentulah dengan naikkan harga barang. Akhirnya, yang susah, kita rakyat juga. Yang kaya, mereka dan keluarga mereka.Kes ini satu contoh saja.
Ada banyak lagi kes lain yang melibatkan kepentingan rakyat rasanya juga ada kes yang sebegini.Sampai bila nak jadi begini? Sokong mereka yang rasuah. Rupanya hidup kita susah pun disebabkan rasuah yang mereka ambil.Negara ini dan hidup kita semua, takkan sejahtera selagi rasuah berleluasa dan perasuah diangkat jadi pemimpin negara. Guane boh?
HUSAM MUSA
Semalam saya ada sebut, Aksb membelanjakan RM 140 juta untuk
membina TUJUH TELAGA JEJARI di bawah Projek Merbau Condong.
Tujuan asal, untuk keluarkan 125 juta liter air sehari.
Saya sebutkan, LIMA SUDAH SIAP. DUA, sampai sekarang belum siap.
Kontraktor sudah pun ditamatkan.
Dari LIMA yg siap, SATU dari telaga ini ditimpa masalah.
Hanya EMPAT beroperasi dengan kapasiti yg diakui sendiri oleh
Aksb - 17 juta liter air sehari. Sepatutnya, setiap satu keluarkan 20 juta
liter air sehari.
Orang Kelantan panggil - 'TELAGA PATAH RENG'.
SATU DARI TELAGA JEJARI YG DIBINA DI KG BANDAR, MACANG - DITIMPA
MASALAH.
Tanah sekitar binaan telaga konkrit ini mendap. Tinggal bahagian
atas binaan berada lebih tinggi dari tebing atau aras tanah di sekeliling.
Begitulah ayat cara kampung. Saya tak pandai nak jelaskan.
Apa yg saya boleh sebut, sekarang ia tinggal terbiar.
Sayang sekali.
Inilah antara bukti - TELAGA SIAP, AIR TAK ADA.
Wang ada, projek tak mesti jadi. Tanpa kajian teliti,
perancangan oleh yg berkepakaran dan pelaksanaan yg bersih dari unsur negatif.
Ironisnya, telaga ini duduk betul-betul sebelah sungai, atau
'belakang Tesco' lah katakan, tetapi gagal keluarkan air.
Lebih menarik, kontraktor dikatakan tidak diarahkan untuk
membaik pulih oleh Aksb walaupun pemendapan sekitar telaga ini berlaku MASIH
DALAM TEMPOH KONTRAK.
Tinggal la menjadi bangkai gajah putih.
Sesiapa yg berminat, boleh saja ke sana untuk melihat sendiri
apa yg saya katakan.
Saya tak pasti Menteri Air dan Exco Air@Pengerusi Aksb dah ke
sana.
Saya juga tak pasti apa langkah yg telah diambil oleh Jabatan
Teknikal, Unit Kontrak, Unit Keselamatan dan Kesihatan Aksb.
(Esok InsyaAllah kita bincang pula keselamatan telaga-telaga ini).
Adakah pembayaran kepada kontraktor diteruskan atau tidak.
Saya juga tak pasti, bagai mana Aksb mereka-bentuk telaga jejari
ini dan kajian yg dijalankan terhadap lokasi yg dipilih.
Saya yakin, Rakyat biasa lagi terpinga-pinga.
Wakil Rakyat Kerajaan saja yg tak rasa apa-apa?
Husam Musa
18 Syawwal 1443H
19 Mei 2022
HELLO INDONESIA, kamu hantar kepada kami pekerja, kami hantar PELAWAK!
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Anda rasakan Islam DITINDAS saat Lebai PAS memerintah? LGBT
bertambah bebas? Arwah Adib tidak terbela?
AYUH KITA BANGKIT BERHIMPUN EKSPRESI BANTAHAN KITA KEPADA
KERAJAAN. BAHAWA KITA TIDAK AKAN BERDIAM DIRI SAAT ISLAM DITINDAS!!
BUKTIKAN BAHAWA UMAT ISLAM CINTAKAN AGAMA & KAMI AKAN
BUKTIKAN KESATUAN KAMI ADALAH SATU KEGERUNAN BUAT MUSUH ISLAM.
#pantangmundurkecualiMCAsergah
Back to the future link https://www.facebook.com/P107PemudaPASSgBuloh/posts/pfbid02q6PeHnjkqyiYVZLvF6zhqQB89mdkbQBrGxvCHtt7eFVEpPe6FJr7fWfNQAkxXbrvl
Sdr Rafizi Ramli calon
Timbalan Presiden PKR telah cadangkan agar permit import AP makanan dimansuhkan
sejak 2015 lagi..!!!
Tahukah anda Najib Razak
mengenakan permit import (AP) untuk membawa masuk makanan? Majoriti barang
makanan Malaysia diimport. Bila AP dikenakan ke atas sesuatu, harga akan naik
(macam AP kereta). Jadi nak turun harga barang, hapuskan AP makanan! Sebarkan.
HAPUSKAN PERMIT IMPORT (APs) BARANG MAKANAN UNTUK MENURUNKAN
HARGA BARANG
Malaysia bergantung kepada import barang makanan yang mempunyai
kesan besar kepada harga makanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Harga
barang makanan import ini mempengaruhi harga barang makanan yang dikenakan oleh
pengusaha restoran dan harga barang makanan yang dibeli oleh orang ramai bagi
kegunaan di rumah.
Dalam jawapan di Parlimen dalam tahun 2013, Kementerian
Pertanian mengakui bahawa bagi tempoh sepuluh tahun di antara 2002 hingga 2012,
Malaysia membelanjakan RM221.81 bilion untuk mengimport makanan iaitu purata
RM22 bilion setiap tahun. Jenis-jenis makanan yang diimport termasuk beras,
gandum, gula, daging, hasil tenusu, koko, bijirin, sayuran, buah-buahan,
makanan siap dan lain-lain.
Oleh yang demikian, harga barang makanan di negara ini banyak
dipengaruhi oleh harga barang makanan import yang dibawa masuk. Harga barang
makanan import pula dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu kawalan pasaran
melalui permit import (approved permits) dan kadar tukaran matawang (selain
dari turun naik harga barang makanan di pasaran dunia).
Ramai yang tidak memahami bahawa dasar Barisan Nasional yang
mensyaratkan pengimportan barang makanan memerlukan permit import (AP) telah
menaikkan harga barang seperti mana AP bagi kereta menyebabkan harga kereta
mahal di negara ini. Permit import ini menyebabkan hanya orang dan syarikat
tertentu sahaja yang boleh mengimport makanan dan menghasilkan monopoli yang
boleh mengawal harga makanan tempatan.
Contoh AP makanan yang terbaik adalah AP gula dan AP beras yang
kedua-duanya dikawal oleh kroni besar Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Kedua-dua harga barang makanan ini dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar disebabkan
AP gula dan beras yang diberikan oleh Barisan Nasional kepada beliau.
Rakyat perlu mengetahui bahawa pada ketika ini Barisan Nasional
mensyaratkan bahawa 2,428 barang import perlu mendapatkan permit import (AP)
yang menyebabkan hanya sesetengah syarikat sahaja yang mengawal pasaran. Selagi
adanya permit import (AP) untuk membawa masuk makanan ini, selagi itulah harga
barang makanan di Malaysia tidak boleh mengikuti harga pasaran.
Keadaan ini bertambah sukar sekarang dengan penurunan mendadak
matawang ringgit yang menyebabkan harga barang makanan yang diimport menjadi
lebih mahal. Jika tidak berhati-hati, kawalan pasaran oleh pemegang-pemegang
permit import (AP) ini membolehkan mereka menaikkan harga dengan menggunakan
alas an penurunan matawang ringgit.
Kedua-dua faktor ini (permit import dan kadar matawang) adalah
kesan langsung dari dasar pentadbiran Barisan Nasional. Permit import
dilaksanakan oleh Barisan Nasional yang mengkayakan beberapa orang kroni dan
kadar matawangnyang menjunam adalah kelemahan pengurusan ekonomi negara di
bawah Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya system permit import ini
dimansuhkan untuk membolehkan barang makanan import dibawa masuk pada harga
yang tidak dikawal oleh beberapa pihak sahaja. Saya juga mencabar supaya
Barisan Nasional mendedahkan semua pemegang permit import (AP) makanan supaya
rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya yang mengawal pasaran makanan di
negara ini.
Bayaran SGD200,000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan
berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah
beliau (Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri
Zahid (Zahid) meminta sumbangan bulanan dinaikkan. Selepas berbincang dengan
Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, Pengarah UKSB) dan David Tan, kami
bersetuju untuk (memberi) SGD300,000 sebulan.
“Kemudian pada 2017, Zahid meminta untuk berjumpa kami berdua di
kediaman peribadinya. Dalam pertemuan itu juga, Zahid meminta bayaran bulan
dinaikkan berikutan pilihan raya umum akan diadakan.
“Selepas berbincang dengan Wan Quoris dan David Tan, kami
bersetuju untuk menaikkan bayaran bulanan daripada SGD300,000 kepada SGD520,000
sebulan
Malaysia melantik
Tajuddin keindonsia sebagai duta bagi mengwakili
rakyat dan negara Malaysia kita sedia maklum tajuddin bersifat samseng ditakuti
nama baik Malaysia akan tercemar atas sifat dan tingkah laku Mamat ni nanti.

PETALING JAYA: Polis mengesan pemilik akaun TikTok dan individu yang membawa ‘senjata’ seperti dalam rakaman video yang tular semalam, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya.
“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku dalam pusat beli belah di daerah ini yang mana terdapat penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu.
“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Katanya, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman untuk membantu siasatan.