Orang UMNO sendiri kena buli dengan cytro Najib Razak


😅 Kita dok ingat orang luar UMNO je yang kena.
Elok la tu, jenis fake account dan cytro berbayar ni, tendang saja mereka keluar. Kerjanya dok spin dan seleweng fakta untuk membela tuan mereka.
Saya gelarkan mereka “jembalang cyber”. Jenis bagi hujah dan memaki2 sembunyi wajah. Punya dayus. Mereka dapat duit ribu riban sebulan. Kita dapat apa?
Kalau dulu nak elak fitnah dan salah guna, semua orang kena daftar nama untuk line telefon.
Sekarang dalam alam cyber free for all. Akaun palsu diguna untuk fitnah, ancam, maki dan membuli. Tapi langsung tidak akauntabiliti. Dibaling batu tapi tangan disembunyi.
Makanya tuan puan kalau jumpa akaun fake sebegini yang taksub pemimpin haprak, block kan saja. Habis cerita. Jangan bagi mereka berkuasa dalam alam maya. Rosakkan pemikiran anak2 kita. Dengan nilai songsang yang dibawa.


Apa ada hal.. dulu saya lawan MyKemut hampir 1000 ribu laskar. Semua saya terajang keluar. Aman fb saya.
2. Kesian saya kepada komen macai2 ini Laskar dari mana saya tidak tahu. Tulis panjang2 kemudian saya terajang keluar dari fb saya.
3. Saya terajang keluar tu bukan kehendak saya. Atau saya koyak dengan komen itu.
4. Tetapi atas nasihat Mark Zukerberg, Tuan tanah kedawong, pemilik tanah Fb ini. Saya menumpang aja.
Maka hari ini datanglah 100 ribu Laskar pro Najib.. Saya akan terajang keluar dari halaman saya.. Apa ada saya kisah.. -zmy.


PENYAMUN PUN DAPAT GELARAN YA

 

Kiranya ini benar, bermakna negara kita semakin parah di bawah Ismail Sabri ini…


May be an image of 2 people and text that says "AD AGENDA DAILY Selain tanah RM100 juta, PM juga hantar nama Najib diberi gelaran 'Tun'? 6 jam lalu HKAMAH KUALA KOMPLEKS Tun Dr Mahathir Mohamad membidas langkah kerajaan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memberi hadiah tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak."


Jumlah keluar mengundi rendah, calon DUN Lendu minta pengundi tunai tanggungjawab

 

Jumlah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini masih rendah sekitar 17% daripada pengundi berdaftar, setakat pukul 10.00 pagi.



Sehubungan itu, calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim menyeru agar pengundi-pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah tengah hari dan petang.



"Yang belum mengundi minta keluar mengundi, minta tunaikan tanggungjawab, tunjukkan mesej yang jelas.



"Saya selesai buat tinjauan, kalau kita tengok peratusan mengundi masih lagi kurang. Saya minta kawan kawan yang ada di sini untuk bantu keluar mengundi.



"Waktu sampai pukul 5.30 petang. Turun semua mengundi. IsyaAllah perubahan akan berlaku," katanya ketika meninjau di pusat pengundian di Masjid Tanah.



Penganalisis politik meramalkan sekiranya jumlah keluar mengundi mencecah 80% maka Pakatan Harapan akan berjaya dalam pilihan raya kali ini.



Manakala bagi seorang pengundi muda yang ditemui Suara Keadilan, Mohd Rosli, tidak ada yang perlu dibimbangkan seperti berlakunya jangkitan Covid 19 di pusat pengundian, kerana katanya, prosedur mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu teratur dan mampu menghindari jangkitan pandemik.


Mohd Rosli



"Baik. A plus. Siap sanitizer (prosedur pengundian).



RAYUAN ANWAR – UNDI HARAPAN UNTUK MASA DEPAN MELAKA YANG LEBIH BAIK

 


Sepanjang seminggu lebih berkempen di negeri Melaka memberi dukungan kepada calon-calon Harapan, saya saksikan pelbagai nilai-nilai penting yang mengikat hubungan antara rakyat pelbagai kaum.

Antara yang amat mengesankan saya adalah sikap tegas mereka yang mahukan sebuah kerajaan yang patuh pada etika kebertanggungjawaban yang tinggi, yang hormat akan pilihan dan hak rakyat serta yang mampu memperkasa elemen kebersamaan antara kaum dan agama.

Faktor utama yang menjadi tonggak kepada nilai-nilai ini semestinya kestabilan tanpa kacau bilau politik yang mampu menyentak negeri dari kemakmuran pembangunan dan ekonomi.

Harapan menawar dan menjanjikannya serta yakin negeri ini banyak keupayaan yang mampu ditambahbaik dan disemarakkan demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

Tidak boleh sekiranya sekali lagi negeri ini dihadapkan ke kancah intrik yang tidak berkesudahan yang akhirnya akan memangsakan warga Melaka terutamanya.

Calon-calon yang kita tampilkan tidak kurang hebat dengan kombinasi tokoh-tokoh yang berpengalaman dan yang mengangkat suara dan nurani anak muda.

Dengan penuh rendah diri saya merayu kepada seluruh rakyat di negeri Melaka untuk memilih Harapan esok sebagai usaha dan upaya kita memperteguh hasrat dan kepentingan semua.

Jaga diri, dan semoga kita bertemu lagi di kesempatan lain dan selamat mengundi!

ANWAR IBRAHIM

Pengerusi PH/Presiden PKR

HARI INI DALAM SEJARAH...MATI KATAK AKIBAT PERCAYA PADA MUNAFIK YANG AKHIRNYA BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN TEBUK ATAP

 HARI INI DALAM SEJARAH...


GENAP 36 TAHUN TRAGEDI PERISTIWA MEMALI...


‪Peristiwa Memali Berlaku Pada 19 November 1985 Di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Yang Mengorbankan 14 Orang Kampung Diketuai Ustaz Ibrahim Mahmud Dan 4 Anggota Polis.‬


Ustaz Ibrahim bin Mahmud juga dikenali sebagai Ibrahim Libya merupakan seorang tokoh agama dan pendakwah islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1942 dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Ustaz Ibrahim Mahmud adalah salah seorang yang terbunuh dalam Peristiwa Berdarah Memali 1985...Ketika meninggal, beliau berusia 43 tahun.


Ustaz Ibrahim Mahmud memulakan pengajian di Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyyah, Pokok Sena, Kepala Batas. Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian belajar lagi di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, beliau meletak jawatan lalu pulang ke kampung halamannya di Baling.


Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan² guru pada masa dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama.


Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat. Pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.


𝒊𝒏𝒏𝒂𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊𝒘𝒂𝒊𝒏𝒏𝒂𝒊𝒍𝒂𝒊𝒉𝒊𝒓𝒐𝒋𝒊𝒖𝒏...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...


SENARAI 18 ORANG YANG TERKORBAN DALAM PERISTIWA BERDARAH MEMALI...


✅ INSP-I/8042 AZMI HAMZAH.

DARI UNIT 5 FRU IPOH, PERAK.


✅ SJN 24195 ABDUL RAHMAN.

DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ LKPL 46940 JAAFAR SAIN

DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ LKPL 63302 MD SULI OTHMAN.

DARI UNIT 3 FRU PULAU PINANG.


✅ USTAZ IBRAHIM MAHMUD & IBRAHIM LIBYA.

Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 43 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.


✅ AHMAD HASSAN.

Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.


✅ SYAFIE BIN DAHAMAN.

Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


✅ HAJI ABDULLAH BIN HAJI ABDUL RAHMAN.

Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.


✅ ABDUL MANAF BIN WADEN.

Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ GHAZALI BIN MOHD SAMAN.

Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.


✅ MOHD RADZI BIN AHMAD.

Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.


✅ WAN ABDULLAH @ IDRIS BIN LEBAI KADIR.

Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah ketika itu.


✅ MOHD AROFF BIN HASHIM.

Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.


✅ ZAMRI BIN MD ISA.

Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ ABDULLAH BIN YASIN.

Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ MOHD DAUD BIN KADIR.

Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


✅ AHMAD BIN ISMAIL.

 Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal, meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.


✅ HAJI ABDUL RAHMAN BIN JUSOH.

Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


KEPADA MEREKA YANG TELAH TERKORBAN DALAM TRAGEDI TERSEBUT, BAIK ORANG KAMPUNG MAHUPUN ANGGOTA POLIS.


Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hu wa’fu anhu


  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا ۞


AL FATIHAH...

بِسْـــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِاٌلرَّحِيْـــمِ


أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ * اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ * مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ * إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ * إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ * صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ *

آمِـــــــــين


Semoga Roh Mereka Semua Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman...Aaaaminnn Ya Rabbal Alaminnn.



SETUJU PULAK DIA BILA. CALON PN DARI KALANGAN WANITA ...MUNAFIK BETOI...


 

Lakukan perubahan di Melaka, benarkan PH perintah selama 5 tahun

 



Kempen penghabisan dari Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan pengundi agar tidak memilih kerajaan yang 'menyamun' wang rakyat dan menjatuhkan Malaysia ke kedudukan yang tidak lagi dihormati dunia.



Kejatuhan ranking Malaysia, katanya menyebabkan pelabur tidak lagi menganggap negara ini sebagai destinasi utama pelaburan.



"Kementerian yang saya jaga dulu (Kementerian Pertahanan), ada dibuat kapal harga lebih RM8 bilion tak siap sampai hari ini. Duit entah ke mana. Beli helikopter tak sampai, duit entak ke mana?



"Dari negeri yang dihormati, ranking jatuh menjunam. Pelabur asing nak buat pelaburan di Kuala Lumpur, dia pergi mendarat di Indonesia atau Ho Chi Min. Ini negeri menarik perhatian pelabur luar, bukan lagi di Malaysia," katanya.



Mohamad juga mengingatkan pengundi agar tidak memilih kerajaan yang tidak stabil, sentiasa bertarung sesama sendiri sebagaimana BN dan PN.



"Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang, tiga tahun, 3 PM. Kalau kita biarkan mungkin 5 - 6 PM sehingga habis penggal. Bila berlaku begini lahirlah PM yang tak kuat, tak dapat sokongan. Mahiaddin tak kuat dia dijatuhkan, kemudian naik Ismail Sabri tidak kuat tetapi kita tidak mahu pertukaran PM setiap tahun maka kita sanggup buat persefahaman. Kalau sanggup bantu rakyat tangani Covid, untuk rakyat kita sanggup beri kerjasama.



"Kemudian dalam keadaan nak beri kerjasama ini keluar (didedahkan) kerajaan nak beri RM100 juta kepada Najib Razak. Kami akan tentang habis-habisan, kalau beri RM100 juta ini. Kalau beri imbuhan kepada Najib, penghargaan, Ismail out, you go," katanya.



Ahli Parlimen Kota Raja itu menambah, rakyat Melaka tidak wajar melepaskan peluang pengundian esok untuk memberi isyarat kepada BN agar tidak meneruskan penyelewengan dengan mengundi PH.



"Sekarang Allah mentakdirkan pilihan raya memberi peluang rakyat negeri Melaka untuk kembalikan pemerintahan PH selama 5 tahun dari sekarang, untuk kita melihat satu kerajaan yang pentingkan rakyat muncul pada esok malam, InshaAllah.



"Melayu, Cina, India, Portugis semuanya keluarlah mengundi esok, keluar beramai-ramai. Saya harap undi PH," katanya.



Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula menasihatkan pengundi agar memilih Ketua Menteri yang diyakini semua sebagaimaana Adly Zahari.



"Pilihlah seorang Ketua Menteri yang disokong oleh semua, bukan setiap hari perlu lihat ke belakang siapa akan tumbangkan dia.



"Pilih seorang Ketua Menteri yang boleh jaga semua rakyat tanpa memilih kaum, agama, latar belakang. Kita tidak mahu dipecah belah dengan isu ekstremisme dan perkauman," katanya.



Ahli Parlimen Bagan itu juga membawakan kisah pelaburan berbilion ringgit yang mahu masuk ke Melaka pada ketika PH memerintah namun hari ini tidak lagi diketahui nasib pelaburan berkenaan.

"Kita baca akhbar baru-baru ini, sebuah negara di Timur Tengah membuat pelaburan RM137 bilion ke Indonesia. Mengapa tidak ke Malaysia? Semasa PH menjadi kerajan kita bincang untuk pelaburan besar di bawah Ketua Menteri. Pelaburan digital akan melabur di Melaka. Namun kita tidak tahu apa jadi dengan pelaburan itu sekarang.

"Saya harap esok rakyat Melaka bersatu kembali dengan PH. Bukan sahaja anak kita hidup lebih baik tetapi kita hidup lebih bermaruah. Kalau kita ada kerajaan yang lawan satu sama lain, kita akan hilang segala-galanya," katanya lagi.

'Rakyat bersama PH bina masa depan lebih baik' - Adly

 

Rakyat Melaka yang keuar mengundi hari ini diseru untuk membina masa hadapan lebih baik bersama Pakatan Harapan (PH).

Seruan itu diucapkan oleh calon Ketua Menteri Melaka dari PH, Adly Zahari dalam ceramah grand finale, malam tadi.

"PH telah memperkenalkan Pelan Maju Bersama Harapan. Kita letakkan teras, strategi dan inisiatf untuk memacu ekonomi ke hadapan kerana kita tahu Melaka masih berdepan pademik Covid.

"Kita menggariskan beberapa strategi untuk memakmurkan negeri ini, dalam masa sama kita juga sudah memperkenalkan calon kita.

"Dalam masa sama saya sudah pergi ke 28 DUN dan kita sudah bertemu rakyat di seluruh pelusuk negeri mendengar pandangan mereka, keluhan mereka dan akhirnya kita datang dengan pelan tindakan untuk memastikan masalah masa depan dan kemakmuran negeri kita ini.

"Oleh itu, saya berkeyakinan esok rakyat negeri Melaka akan bersama PH untuk membina masa depan yang lebih baik," katanya.

Calon DUN Bukit Katil itu berkata dalam tinajuannya ke seluruh 28 DUN mendapati rakyat mahukan kerajaan 22 bulan PH diteruskan bagi menyambung kerja kerja yang tertangguh akibat tumbangnya kerajaan negeri lewat pengkhianatan beberapa ADUN pada Mac 2020.

Oleh itu, katanya kesempatan mengundi adalah cara terbaik untuk mengembalikan kerajaan PH.

"Di mana mana kita berjumpa rakyat mereka mahu mandat ini dikembalikan. Mereka mahu 22 bulan kerja kerja kita yang tertangguh itu diteruskan.

"Kita mahu negeri ini kita jaga seperti rumah kita. Kita duduk dalam rmah ini tanpa mengira bangsa dan agama. Jangan biar negeri kita tergugat dengan tangan tangan kotor," katanya.

Adly juga berpesan untuk tidak khuatir keluar mengundi kerana rakyat telah diberi vaksin 2 dos dan selamat untuk menjalani proses pengundian.

"Saya bersyukur kerana rakyat Melaka semakin hari semakin punya kesedaran untuk membuat keputusan.

"Ada kebimbangan keluar mengundi. Kita berada di fasa 4. Orang sudah divaksin. Bukan sahaja dengan dua dos, ada sebahagian dapat vaksin ke 3.

"Kita beri keyakinan esok kita akan selamat untuk terus ke pusat pengundian dan memilih kepiminan peringkat negeri," katanya lagi.

 


PRN MELAKA - MELAKA TONIGHT!!

LEBAI KELARAH - MENGELUARKAN AYAT AYAT YANG TIDAK BENAR DAN BERSIFAT MEMFITNAH ?

AZMAN NOOR


✓ ustaz Kamarudin Sidek Pesuruhjaya Parti Islam (PAS) Negeri Melaka, seorang berwatak lebai berimej pejuang islam..
✓ Tak malukah kamu?Tak tercemarkah imej islam yg kamu pamirkan di mata orang bukan islam.. ?
✓ Tak terfikirkah kamu,apa pandangan orang bukan islam terhadap islam dengan perbuatan kamu.. ?
✓ Perbuatan kamu itu bkn mendekatkan orang bukan islam kepada islam,tapi merosakkan imej islam di mata orang bukan islam..
✓ Sungguh hairan..Knapa penyokong-penyokong pas yang selalu kalah saman fitnah?Sedangkan walaun2 kata mereka yang selalu difitnah.. ?
✓ Asal fitnah je,lebai pas..Asal kalah saman je,lebai pas..
✓ Inikah yg dikatakan ulamak akhir zaman perosak islam.. ?
Tolong jawab..


 May be an image of 1 person and text that says "KEHAVONG KELUARGANG Dalam kempen pilihanraya Pakatan Harapan telah mula mencadangkan kalau sekiranya mereka menang dalam Pilihanraya Negeri selain daripada calon Ketua Menteri mereka bekas Ketua Menteri yang dahulu mereka akan melantik Timbalan Ketua Menteri di kalangan pemimpin DAP, ini suatu yang menyentuh sensitiviti bumiputera di Melaka dan suatu pembazira kerana sebelum ini tiada jawatan Timbalan Ketua Menteri. ち nopoT E PENTAS Pilihanraya Negeri Melaka DATUK KAMARUDIN SIDEK Calor DUN Duyong PERIKATAN NASIONAL #MelakaPilihPN #KeluargaDuyong #PN4Duyong"

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KESIAN NAJIB DAPAT PENASIHAT YANG BENGGONG


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA CALON KLEBANG


 

VIDEO PENDEK PN MELAKA : MAJU BERSAMA HARAPAN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : PESANAN UNTUK PENYANYI HATTAN YANG SUAM SUAM KUKU


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : INI SEMUA SALAH KAMU NAJIB


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA- APA PLAK..APA PLAK...KEH..KEH..KEH..SANUSI DAN ANAK RAJA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : CALON INI BOLEH MENANG


 

Pilihlah PH, hentikan penyelewengan, perebutan kuasa PN - BN

 untitled image


Penyelewengan dan perebutan kuasa antara BN dan PN perlu dihentikan serta merta melalui Pilihan Raya Negeri Melaka esok dengan rakyat memilih Pakatan Harapan (PH).


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat di bawah amat resah dengan pilihan raya yang tidak perlu dan pemimpin yang terus menerus melakukan penyelewengan biar pun pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


"Kami faham mengapa kadang-kadang dalam pertemuan saya di Lendu, Paya Rumput dan sebagainya orang rasa gelisah mengapa pilihan raya diadakan. Ia diadakan kerana kerajaan pimpinan Umno tidak menghormati semangat rakyat, mandat rakyat dan memaksa pilihan raya.


"Ada pengajaran dari ini semua, di bawah pemerintahan Umno dan Bersatu, kerajaan Melayu. Ada parti Melayu bersatu, Melayu kebangsaan, ada parti Islam tetapi jumlah perjudian bertambah.


"Kemudian kalau kita lihat beberapa penyelewengan berterusan tanpa kawalan. Kita lihat semalam anugerah khas kepada Najib. Siapa yang lulus? Umno, Bersatu, Pas. Kemudian datang di Melaka kata tidak bertanggungjawab. Tidak semua bertanggungjawab.


"Rakyat nak dapat RM100 sebagai nelayan, peneroka Felda, pekerja, rumit sekali. Bila rakyat bersuara, bangkit dengan suara lantang, apa berlaku? Najib kata dia tarik balik. Dia yang pohon dan dilulus jemaah menteri, sekarang dia terpaksa tolak kerana suara dan kebangkitan rakyat," katanya.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu mahu rakyat Melaka memberi sekali lagi peluang kepada Adly Zahari untuk menjadi Ketua Menteri terbaik bagi memulakan perubahan ke seluruh negara mengutamakan urustadbir baik, adil dan telus.


"Oleh yang demikian beri peluang kita tonjolkan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri kita yang mempunyai sahsiah mampu memimpin. Kita tonjolkan KEADILAN, Amanah dan DAP sebagai satu pasukan padu. Berbeza dengan BN dan PN. Bayangkan bagaimana mereka nak perintah?


"Berilah kesempatan kita pulih kekuatan di Melaka. Saya cuma ingin gesa malam ini dan esok rakan rakan dari luar pulang mengundi.

"Jangan kita gadai masa depan kerana rasa resah satu dua perkara remeh. Ini masa rakyat menentukan. Datanglah mengundi, pilihlah calon yang kita yakin mampu membela kita," katanya lagi


Mantan TYT beri calon PH Gadek kata-kata semangat







Mantan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob terus menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kali ini, beliau telah menyertai sesi bertemu dengan orang ramai di Kampung Tanjung Rimau Dalam, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

Calon PH DUN Gadek, G. Saminathan dalam hantaran di laman Facebook berkata, pada pertemuan itu, Mohd. Khalil sempat memberi kata-kata semangat kepadanya agar sentiasa membantu dan mendampingi rakyat.

Saminathan berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian mantan Yang Dipertua Negeri itu bersarapan dengan penduduk setempat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Mohd. Khalil sebagai berkata: “Dah lama bersara, jadi soalan politik mana saya boleh nak jawab, tapi calon ini memang disukai ramai, bekerja kuat dan bertenaga.”

Sebelum ini Mohd. Khalil dilaporkan hadir dalam program-program kempen calon PH.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dilaporkan sebagai berkata, kehadiran Mohd. Khalil dalam program kempen calon PH menandakan satu isyarat positif kepada gabungan itu.

Gadek dan Bemban kerusi kritikal, pengundi diseru pilih calon PH


Oleh B. Suffian

Sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Bemban dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, gabungan itu sekali lagi dilihat berpeluang untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, kedua-dua kerusi tersebut merupakan antara kerusi paling kritikal bagi PH.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi luar bandar dan sebelum ini kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“PH lazimnya mendapat sokongan pengundi bandar. PH berjaya menawan Gadek dan Bemban dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 atas ‘gelombang perubahan’ yang turut memenangi 15 daripada 28 kerusi DUN Melaka bagi menubuhkan kerajaan negeri.

“Sekiranya PH menang di Gadek dan Bemban dalam PRN ini, PH sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan negeri,” katanya semalam.

Menurut Chin Tong, pertembungan lima penjuru menyukarkan situasi di Bemban justeru, beliau merayu pengundi di kawasan tersebut untuk memilih calon PH, Tey Kok Kiew.

Jelasnya, perkara itu bukan sahaja kerana rekod Kok Kiew yang baik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini.

Namun juga tambahnya, kemenangan Pengerusi DAP Melaka itu bakal mengembalikan PH sebagai kerajaan negeri dan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri.

“Pengundi perlu memenangkan sebanyak kerusi yang boleh untuk PH, dan bukan setakat 50 peratus campur satu untuk memastikan kerajaan negeri PH yang kukuh.

“Ini supaya tiada lagi katak atau rampasan kuasa oleh UMNO-BN, Bersatu-Perikatan Nasional (PN) dan PAS,” katanya.