APAKAH KESAN HARGA MINYAK MENTAH BAWAH AS$0 SETONG

NAJIB MAHU SALAHKAN KHALID SAMAD KERANA HIMPUNAN TABLIGH DI SRI PETALING?



Di dalam menangani isu COVID-19 ini, nampaknya Najib tercari-cari siapa yang bersalah sepertimana rakyat tercari-cari siapa terlibat di dalam pembunuhan Altantuya dan siapa psrompak 1MDB.

Maka, Najib menjumpai satu surat dari DBKL bertarikh 17 Feb 2020 yang meluluskan "penutupan jalanraya" sempena Himpunan Tabligh di Sri Petaling yang mengikut surat tersebut bermula pada 25 Feb 2020 hingga 02 Mac 2020. 

Surat dari DBKL itu tidak mutlak, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan terutamanya permit dan kebenaran oleh pihak Polis. Najib mungkin terlupa bahawa Polis di bawah KDN, iaitu menterinya sekarang adalah PM kerajaan pintu belakang yang Najib dan partinya sokong. Mengapa tidak serang Muhyidin, PM sekarang? Kita tahu, Najib tidak akan Serang Muhyidin selagi kes beliau di mahkamah tidak selesai. Walhal, permit himpunan dari pihak Polis itu lebih besar dari kelulusan DBKL.

Bayangkan, jika waktu itu DBKL tidak meluluskan himpunan tersebut, apa yang mereka akan kata kepada YB Khalid Samad selaku Menteri Wilayah waktu itu? Pastinya mereka akan kata YB Khalid Samad ikut telunjuk Dap dan anti dakwah Islam. Mereka akan bertanya atas alasan apa DBKL tidak luluskan himpunan Tabligh? Bukankah waktu surat kebenaran dikeluarkan oleh DBKL itu belum ada lagi arahan melarang sebarang himpunan seperti sekarang? Jika waktu itu telah ada larangan, bukan sahaja himpunan Tabligh, semua amalan solat berjemaah di masjid dan surau juga akan dilarang.

Ketika itu wabak COVID-19 masih berada di bawah kawalan, maka tiada larangan seumpama itu dikeluarkan. Atas sebab itu, DBKL membenarkan penutupan jalan dibuat tetapi syarat utamanya iaitu permit dan kebenaran mesti diperolehi melalui Polis iaitu di bawah KDN. Adakah sesiapa tahu waktu itu jemaah Tabligh ada membawa wabak berkenaan?

Jangan lupa, pada 24 Feb 2020 akibat "Langkah Sheraton" perancangan pengkhianatan untuk merampas mandat rakyat berlaku di mana kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat tumbang. Kerajaan cuma ada PM sementara tanpa menteri kabinet. Himpunan Tabligh berlangsung di dalam keadaan negara tidak terurus akibat pengkhianatan ini hinggalah Muhyidin menjadi PM kerajaan pintu belakang pada 01 Mac 2020. Lebih seminggu, barulah kerajaan pintu belakang ini memiliki menteri2 menganggotai kabinet.

PKP mula dikuatkuasakan hanyalah pada 18 Mac 2020. Jaraknya sebulan dari tarikh DBKL meluluskan himpunan Tabligh. Di mana otak Najib boleh berfikir untuk menyalahkan YB Khalid Samad tetapi berdiam diri dengan Muhyidin selaku menteri KDN ketika itu yang meluluskan permit Himpunan Tabligh?

Kalaupun Najib anti jemaah Tabligh dan seolah-olah mensasarkan jemaah dakwah ini, tidak perlulah buat kerja bodoh untuk menyalahkan DBKL atau YB Khalid Samad. Najib lebih baik duduk diam di rumah, " Stay at Home" sebelum "Stay at Sg Buluh".

WFAUZDIN NS

Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'TunCarlos TUNCARLOS.COM Menu Home COVID-19 khalid samad Najib Razak Politik Kantoi, rupanya Khalid Samad yang luluskan himpunan tabligh Kantoi, rupanya Khalid Samad yang luluskan himpunan tabligh April 2020 Razak. Politik COVID-19, khalid samad, Najib'

[JAWAPAN BUAT PENCINTA KEBENARAN]


W.FAUDZIN

Bagi aku sebagai seorang yang berkelulusan agama.
Aku akan panas kalau orang agama boleh terima hujah Cytro khususnya isu Covid-19.
Cakap bab Hadis bukan main,Tafsir ayat Ahlu Zikri melangit tinggi, tapi boleh percaya hujah fakta merapu, Najib Razak pon mereka percaya. Sekali buka kitab hadis perghhh hebat.
Tadi selesai Usrah online, ada beberapa orang doktor dan ada bincang sikit isu Covid-19, perkongsian dari seorang doktor yang pernah terlibat secara langsung dengan KKM dalam menangani Covid-19, langsung tiada masa untuk tuding jari kepada sesiapa.
Perbincangan sangat berobjektif, banyak benda disebut dan semuanya berfakta dan berdata.
Aku boleh simpulkan::
Dlm perbincangan usrah online tersebut, para doktor ada berkongsi poin penting antaranya, semua keputusan kerajaan yang memberi respon tentang isu Covid-19 adalah dari keputusan yang dirujuk kepada KKM. Bukan sewenang-wenang Kementerian lain boleh buat kepala sendiri.
Fasa awal Covid-19 hingga sekarang dan yang akan datang, semuanya tidak akan memberi satu keputusan yang tetap dari awal hingga akhir Covid-19. Ia akan berubah-ubah mengikut dapatan data dan kajian terkini.
Tiada cara dan keputusan yang solid 100% diyakini akan mengekang 100% penularan Covid-19, yang ada hanya cara menurunkan kes covid-19. KKM bertindak berdasarkan saranan WHO di samping KKM juga ada cara tersendiri.
Fasa gelombang pertama tidak sama dengan fasa gelombang kedua dan ketiga. Data sentiasa berubah, di samping tiada sample kejayaan mana² negara yang mampu mengekang Covid-19 100% daripada merebak.
Akan tetapi setiap negara saling belajar dari negara yang berjaya menurunkan jumlah kes-kes Covid-19. Dan bukan semua negara MAMPU follow 100% kejayaan negara yang berjaya menurunkan kes Covid-19, sebab keupayaan dan fasiliti setiap negara berbeza.
Setiap keputusan kerajaan yang dirujuk terlebih dahulu kepada KKM mengambil kira banyak pertimbangan. Pertimbangan bahaya penularan wabak, pertimbangan ekonomi, pertimbangan kebajikan rakyat, pertimbangan status/kerja jawatan rakyat dan banyak lagi.
______
Adapun yang cytro² konsisten menghentam Kerajaan PH dlm membendung Covid-19 adalah sebenarnya mereka menghentam keputusan KKM. Semua keputusan adalah dari KKM.
Terlampau banyak FALASI cytro cuba membebankan kesalahan terhadap PH.
= Waktu gelombang pertama berjaya dikawal, mereka akui KKM yang buat kerja bukan Menteri PH. Waktu 11 hari tiada kes KKM yang buat kerja, bukan Menteri PH.
= Waktu ketiadaan kerajaan lebih seminggu PH pula yang dipersalahkan. Mood KKM lawan Covid-19 jadi slow. PH salah. Bukan langkah Sheraton.
= Waktu isu Pelancong China, Menteri PH yang tak sekat awal. PH juga salah. Sedangkan ia keputusan dari KKM.
Sedangkan pada gelombang kes Pelancong China semuanya terkawal. Hingga membawa kepada 11 hari tanpa kes langsung. Boleh rujuk kenyataan media KPK. Kluster Import juga berjaya dikawal. Rujuk kenyataan media DG. .
Tiada Travel Ban keseluruhan Pelancong China pada peringkat awal dan hanya wilayah tertentu sahaja di China yang disekat, masjid masih dibuka kepada Pelancong China utk melawat, semua ini adalah hasil usaha dan arahan berpusat dari KKM.
Kalau cytro nak menghukum PH kerana tidak menyekat awal Pelancong China, mereka kena rujuk data semula, bahawa banyak negara yg lebih awal buat travel ban ke atas China tapi skrg jumlah kes-kes Covid19 lagi teruk dari Malaysia.
Rujuk link think global health dan rujuk juga jumlah kes secara global. Masih releven lagi ke nk main isu tak sekat pelancong dari China pada hujung December 2019 dgn situasi covid-19 sekarang??
https://www.thinkglobalhealth.org/…/travel-restrictions-chi…
= Waktu ijtima' Tabligh Menteri PH tak halang. PH juga salah. Untuk halang perhimpunan ini mesti dapat saranan KKM.Tak boleh halang buta tuli mcm tu. Dan yang perlu halang bukannya menteri agama tetapi KDN.
Isu ijtima' Tabligh ni, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dah sebut:
"Penganjur perhimpunan tabligh tidak perlu memohon permit sebab ia adalah aktiviti keagamaan. Ia sama macam program tazkirah dan kenduri kahwin (tidak perlu permit).
Ini linknya boleh rujuk:
Soalan PENTING ada atau tidak keputusan² Kementerian lain yang KKM terpaksa bantah semasa zaman PH tangani covid-19?
Soalan kedua berapa banyakkah bantahan KKM kepada keputusan² Kementerian lain dalam menangani isu Covid-19 pada zaman PN ini?
_________
KKM di sini ialah seperti kumpulan yang disebut di dalam poster di bawah.
Muhammad Al Hanif Hassan
YOUTUBE.COM
tidak sebagaimana dakwaan Cybertrooper kerajaan Pintu Belakang PN, DG Hisyam akui gelombang kedua dan ketiga bukan disebabkan pelancong asing

52 HARI BERLALU, KAMI TIDAK AKAN LUPA.INGAT KAMI AKAN BANTAI HABIS HABISAN






Apa yang telah terjadi selepas PH tumbang :

1. Solat Jumaat tidak dibenarkan.
2. Kuliah agama tidak dibenarkan di masjid.
3. Bazar Ramadhan tidak dibenarkan.
4. Solat tarawih tidak dibenarkan di masjid.
5. Solat 5 waktu tidak dibenarkan di masjid.
6. Mereka yg ingkar PKP solat berjemaah ditahan.
7. Kluster Tabligh menjadi fokus utama.

Ya, kita faham, larangan dan tindakan yang diambil itu untuk kebaikan semua.

Cuma, bayangkan jika PH masih memerintah. Apa yang mereka akan kata?

Mesti teruk PH kena hentam dan mereka akan main sentimen PH anti Islam.

Apa yang berlaku, ada hikmah disebalik kejadian.

Kenapa PH tumbang, tapi perkara ini masih berlaku :

1. Pemandu mabuk terus wujud.
2. Aktiviti judi dan parti liar masih ada.
3. Penjualan arak masih beroperasi.
4. Hina agong, hina Islam, hina polis dan hina tentera.
5. Isu LGBT

Kalau ikut logik mereka, bila PH tumbang, maka semua isu ini menjadi sifar.

Golongan ini masih wujud walaupun keterbatasan PKP.

Boleh dikatakan zaman PH, saban hari mereka hangatkan dan 'up' kan isu di atas.

Dan disambut oleh mereka yg ada kepentingan politik utk hentam PH.

Ya, kita faham, ada isu yang telah diselesaikan. Cuma bayangkan jika PH masih memerintah.

Apa yang mereka tak kata kat menteri agama? Liberal, tunduk dengan kapir,.

Walaupun zaman PH banyak tindakan telah diambil mengikut lunas undang-undang.

Selepas mereka ambil alih dan mendapat habuan, isu ini menjadi suam-suam kuku.

Bila mahu selesaikan isu ini :

1. Pembunuh Adib, bila mahu tangkap?
2. RUU355 dan hudud apa khabar?
3. Bila nak tubuhkan RCI TH?
4. Bila nak dakwa pemimpin PH?
5. Apa status isu LTTE?
6. Bila nak haramkan DAP?
7. Apa status UEC?
8. Bila DZN boleh beri syarahan?
9.Bila nak bincangkan tentang pembelian peralatan ketenteraan.MRCA,DRONE,TUKAR BARANG LAMA,LCA.....

Kalau zaman PH tiap-tiap hari mereka minta parlimen dibubarkan.

Dan tuntut kes dan isu di atas diselesaikan segera. Tapi sampai sekarang status kes-kes unknown.

Saban hari mereka menunggang agama bagi menyebarkan kebencian.

Mereka guna sentimen perkauman demi meraih sokongan.

Seakrang, dari presiden sampai lah AJK. Dari 'pakar' sampai lah cybertrooper jadi sunyi sepi.

Ya, kita tunggu kes covid ini selesai dulu. Tapi rakyat tidak akan lupa.

Itu belum termasuk dengan isu dulu anti komunis, sekarang bantuan China diterima.

Dulu, selamatkan entnik Uighur, sekarang pakar perubatan China diterima.

Dulu, selamatkan etnik Rohingya. Sekarang sebahagian mereka dihalang masuk.

Dulu, selamatkan umat Islam di India. Sekarang bina hubungan baik untuk eksport sawit.

Dulu, duta khas China satu pembaziran, sekarang satu keperluan.

Cuba bayangkan kalau PH meneruskan apa yang mereka lakukan hari ini.

Mereka akan kata, PH sokong komunis dan sokong pembantaian umat Islam.

Ya, kita faham, demi kebaikan negara, hubungan diplomatik kena jaga.

Selama ini mereka hanya mempolitikkan isu sensitif demi kuasa.

Mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Sekarang buktikan dengan usaha.

Kami akan hentam sebagaimana kami dihentam dengan berbagai isu bodoh yang diciptakan.





RAKYAT AMERIKA PROTES LOCKDOWN


IBRAHIM MAT ISA





Semalam, satu rally secara aman telah digerakkan oleh rakyat Amerika Syarikat memprotes tindakan lockdown yang dikuatkuasa oleh pemerintah di sana.

Rally berkenaan atas keyakinan mereka bahawa manusia tidak boleh disekat kebebasan mereka dengan alasan yang berkaitan penyakit dan menafikan hak mencari sumber hidup.

Demikian sikap dan kecenderungan untuk berbalah hanya kerana nafsu yang tidak mahu dikongkong. Kejadian seperti ini berlaku sejak zaman dahulu juga berkaitan sikap tidak peduli akan hal wabak menular.

Sejarah perebakan pandemik secara berjemaah akibat pengabaian dan sifat sambil lewa pernah terjadi seabad lalu iaitu Perarakan Philadelphia.

Pandemik Spanish Flu yang memuncak pada tahun 1918-1919 telah meragut hampir 50-100 juta nyawa manusia di seluruh dunia jauh melebihi korban Peperangan Dunia Pertama. Mengikut jurnal, negara kita sahaja (Malaysia) telah melibatkan sekitar 40,000 nyawa.

Amerika Syarikat yang sedang dalam akhiran peperangan tersebut terdesak untuk menampung perbelanjaan perang telah berhasrat untuk menjual bon. Waktu itu sebaran penyakit Spanish Flu masih baru merebak dan masih dalam tempoh kuarantin.

Ahli-ahli politik telah bersetuju dengan penjualan bon tersebut yang dipanggil 'Liberty Loan' dan mereka berhasrat untuk mengadakan perarakan besar-besaran di Philadelphia dengan meraikannya bagi menaikkan moral mereka.

Walaupun mendapat tentangan daripada pesuruhjaya kesihatan agar membatalkan perarakan tersebut, namun ia mesti diteruskan sebagaimana yang dijadualkan. Malahan ahli-ahli politik tidak mengambil serius saranan-saranan yang telah dicadangkan semasa mengadakan perarakan.

Maka pada 28 September 1918, berlakulah perarakan besar-besaran seramai kira-kira 200,000 orang yang turut disertai oleh 600 kelasi dan 118 orang awam yang disahkan positif. Seluruh jalan raya dipenuhi dan padat dengan manusia.

Selepas TIGA HARI perarakan tersebut berlansung iaitu awal bulan November 1918, kesemua katil di 31 hospital di sekitar Philadelphia dipenuhi pesakit dan dalam masa seminggu, seramai 45,000 orang telah dijangkiti dan keseluruhan bandar ditutup.

Namun ia sudah terlambat, pada minggu kedua November 1918, 12,000 orang mati disusun bergelimpangan di tepi jalanraya. Dalam masa enam bulan sahaja sejumlah 500,000 penduduk Philadelphia telah dijangkiti.

SUMBER | History, The Week
Semoga kejadian buruk perangai manusia degil zaman lampau tidak berjangkit kepada manusia zaman kini di negara kita. Sama-sama mengambil pengajaran!
Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan 'Spanish Influenza has endangered the prosecution of the WAR in Europe: There are1500 cases in the Navy Yard 30 deaths have already resulted sulted SPITTING SPREADS SPANISH INFLUENZA DONT SPIT'
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan luaran

RENTASAN 668 | PANAS!!! INI PUNCA ZAHID HAMIDI HANTAR SURAT KEPADA MUHYIDDIN YASSIN?



MENARIK DALAM RENTASAN 668 1. KATA ISLAM MEMIMPIN, MANA 1000 BAKUL MAKANAN ITU? 2. PASAR BORONG SELAYANG DITUTUP KERANA COVID-19 3. SUDAH TAK DENGAR LAGI TENTANG HUDUD, KATA USTAZ AHMAD AWANG 4. PERIKATAN NASIONAL TERUS BERANTAKAN


LANGGAR PKP, MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP





"Jika begitu, semua rakyat yang kena tahan dan didakwa cukup sekadar minta maaf, lepas tu habis cerita. Banyak cantik,” tulis Hanipa di Facebooknya. Sebenarnya, kata Hanipa, permohonan maaf lagi memudahkan kerja pendakwa untuk mendakwa. Ia dipanggil pengakuan. "Jangan pula nanti bila kena dakwa kata tak mengaku salah pula," sindirnya. Sementara itu Menteri Kanan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tangkapan kumulatif sehingga semalam ialah seramai 14,750. Beliau juga menjelaskan persoalan sama ada boleh atau tidak para pemimpin tertentu yang dikaitkan dengan isu "berhimpun" di satu majlis makan dan solat berjemaah" di sebuah tempat ditahan dan didakwa. Hanipa berkata isunya "bolehkah para pemimpin itu ditahan dan didakwa di bawah undang-undang yang bernama " Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2020.


RAKYAT BERANG PKP DUA DARJAT






Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan jika melanggar PKP. Namun, kata Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain:“Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain” Carian JOM Channel di Facebook mendapati Netizens berang dengan perbuatan pemimpin parti yang melanggar PKP dan pihak penguatkuasa. Netizen Hamdan Long, dalam komennya berkata: "Dah mula cakap berbelit belit.... salah tetap salah... Dah ingkar arahan PKP tetap salah..... ohhh undang undang ni untuk orang kenamaan jer tak bersalah rakyat biasa bersalah...." “Antara dua darjat. Back to principle tak boleh solat jemaah Di masjid surau lebih tiga orang. Memang dah agak ada alasan untuk tidak diambil tindakan," sindir Sahabudin Abdul Rahman.




Rakaman video dan audio arahan politikkan bantuan Felda tersebar luas

Rakaman video dan audio arahan politikkan bantuan Felda tersebar luas

Tersebar luas video dan audio perbualan antara dua individu yang menyatakan berkenaan dengan 6,000 bantuan oleh FGV kepada peneroka Felda yang didakwa telah dipolitikkan.
Rakaman video dan audio yang berdurasi 2 minit 45 saat itu telah tersebar sejak dari semalam ke talian ‘whatsapp’ dan ‘facebook’ terutamanya yang melibatkan ‘pages’ peneroka di negara ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Tenggara, Ridhuan Esa melalui kenyataan media beliau mendakwa bahawa dengan jelas penama VIP telah disebut dalam rakaman berkenaan.
Katanya, VIP tersebut seolah-olah memberi arahan untuk keutamaan bantuan yang akan diedarkan kepada senarai yang telah diberikan.
“Jelas ia menyebut pengurusan Felda, FGV serta penglibatan Menteri, Ketua Menteri sebuah negeri dan Wakil Rakyat atau Adun dalam rakaman berkenaan.
“Dalam keadaan bencana sebegini, tidak sepatutnya pengagihan bantuan dipolitikkan serta dikawal atas kuasa penjawatan tertentu.
“Warga Felda terutama generasi yang tinggal dirancangan menerima kesan yang besar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka memerlukan bantuan berterusan sehingga PKP ini berkahir,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga generasi kedua Felda berkata audio perbualan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap pengurusan serta matlamat bantuan itu disalurkan.
Tambahnya lagi, perkara ini perlu diambil tindakan segera berikutan keadaan peneroka yang memerlukan bantuan bagi penerusan kehidupan harian mereka.
“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana ia dilihat seolah-olah ada campur tangan pihak ketiga serta penyalah gunaan kuasa dalam pengagihan bantuan oleh syarikat berkaitan kerajaan.
“Sebelum ini FGV telah mengagihkan 13000 bantuan dan hanya melibatkan peneroka di negeri Terengganu melalui Adun dan Ahli Parlimen.
“Ia dilihat seperti agihan bantuan dipolitikkan pada wakil rakyat dan bantuan kepada setiap negeri sepatutnya diagih oleh Felda sebagai agensi yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Lupakan elit politik oportunis dan usul tak percaya, dampingi suara hati rakyat

Lupakan elit politik oportunis dan usul tak percaya, dampingi suara hati rakyat



Ada rakan lama bertanya pandangan saya mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana menteri bagi menguji legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin. Apakah kerajaan pintu belakang yang tertegak atas langkah pengkhianatan ini mampu bertahan sehingga tamat penggal Parlimen ini?
Kebetulan saya terlantar uzur, terbaring lesu. Bacaan saya turut terbatas, apatah lagi komunikasi dengan kawan-kawan di musim PKP ini. Hatta pergerakan dalam rumah juga terhad. Justeru, hubungan dengan sumber maklumat terputus. Saya lebih suka berimiginasi dan membuat unjuran sendiri tentang lanskap politik negara.
Saya masih terasa debaran bermula pada malam 21 Februari lalu. Selalunya, balik pusat dialisis, 12 km dari rumah, saya terus tertidur, tetapi tidak malam Jumaat itu. Saya menunggu sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menbincangkan polemik peralihan kuasa perdana menteri, daripada Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Berdasarkan lenggok badan Mahathir menjelang jam 12 tengah malam itu, saya mengesan seolah-olah ada perdebatan hangat, meskipun resolusinya menyerahkan keputusan kepada budi bicara perdana menteri. Sedari awal saya cukup tidak selesa dengan siri desakan bertali arus penyokong Anwar, termasuk bertaraf wakil rakyat PKR, dan julukan negatif yang dihamburkan kepada Mahathir. Seolah-olah sosok Mahathir ketika itu tidak jauh berbeda dengan situasi Reformasi 1998. Saya merasakan PH harus ada mekanisme tersendiri menyelesaikan konflik yang kusut itu.
Esoknya, Sabtu dan Ahad berlalu penuh damai. Saya menghadiri kenduri kahwin sepupu isteri, di Sg Yu, Tanjong Karang. Berjumpa ramai saudara-mara. Sejuk hati saya menatap sanak keluarga warga emas; teduh dan redup. Belum nampak riak situasi siyasah menjadi kacau. Adik-beradik yang selalunya minat politik pun tidak riuh mulut, bertanya itu dan ini. Cuma ada seorang dua menduga respons saya tentang gossip hubungan Mahathir-Anwar. Mereka pun bimbang kesatuan PH. Namun, tiada kerisauan yang memungkinkan mandat rakyat dimungkiri. Rasanya begitu juga di tempat-tempat lain. Tidak menyedari gerak pembelotan sedang disusun rapi.
Tengah hari Isnin, rutin saya tiga kali seminggu di pusat dialisis, Melawati. Mata terpaku di kaca televisyen dari kerusi rawatan. Pengumuman perdana menteri letak jawatan. Surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong jam 1 tengah hari. Pejabat Perdana Menteri mengesahkannya. Jantung saya berdebar kencang. “Petaka apa pulak ni,” saya bertanya sendirian. “Takdak angin, pokok sudah tumbang.” Pesakit di sebelah nampak seperti tertidur nyenyak. Pandangan saya menjadi agak kabur. Mungkin tekanan darah jatuh mendadak. Lazimnya menghampiri tempoh tamat cuci darah selama empat jam, bacaan berada di bawah 100, dan terasa kuat peningnya. Selang beberapa minit, dua orang sahabat baik menghantar mesej bertanyakan kesahihan. Saya membiarkan. Cuba menenangkan diri sambil mengharapkan tiada perkembangan lebih buruk.
Episod dramatik yang tercetus tengah hari 24 Februari, diawali dengan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu sehari sebelumnya — sehingga membawa parti bunga raya itu keluar daripada grand coalition PH — mengakibatkan runtuhnya kerajaan pembaharuan, disusuli permainan Langkah Sheraton dan proses menamakan perdana menteri baharu, elok saya rakamkan dalam tulisan berbeda. Saya tidak bercadang memberikan versi tersendiri kisah malang ini tetapi lebih kepada pengkisahan daripada gumpalan perasaan saya. Sekiranya proses kejatuhan regim Najib Razak pada 9 Mei 2018 saya nukilkan dalam buku Revolusi Tanpa Darah, maka tragedi kudeta yang menyedihkan itu wajar juga saya rakamkan. Ia adalah catatan penting sejarah negara, perihal pengkhianatan keji segerombolan politikus belot dibantu oportunis licik, yang meranapkan impian murni rakyat.
Detik-detik yang meresahkan itu, sehingga berakhirnya bulan Februari, mempamerkan wajah-wajah hodoh pemimpin yang tidak segan-silu memperdagangkan undi rakyat demi tembolok masing-masing. Kepentingan dan suara rakyat tidak lagi dirujuk. Sekadar permainan elit politik demi memuaskan nafsu serakah kuasa, sambil tawar-menawar habuan menjadi pesta yang riuh-dalam-senyap.
Bagi pesakit jantung kronik seperti saya, babak-babak menanti geraf sokongan menaik dan menurun cukup menyeksakan. Terasa lebih nyaman menunggu keputusan pilihan raya umum daripada berteka-teki 222 wakil rakyat memilih perdana menteri. Tiada lagi ikatan dengan suara rakyat akar umbi. Tiada lagi makna pengundi beratur bermandi peluh di tengah panas. Penghinaan ketara terhadap proses pemilihan, yang didahului kempen intensif, perdebatan dan tawaran manifesto. Ya, terasa penat-lesu sekali rakyat melalui amalan demokratik itu apabila akhirnya hanya suara segelintir kecil berkepentingan yang mencaturkan segalanya.
Saya sebenarnya mahu mengungkapkan rasa jelik dan marah; sudahlah mandat rakyat boleh dijual beli sehingga pihak yang kalah bertukar menjadi kerajaan, manakala gabungan parti yang menang berpindah ke posisi blok pembangkang, dalam sekelip mata. Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan menguji legitimasi “kerajaan tebuk atap” pada awal Mac lalu telah ditangguhkan melepasi pertengahan Mei ini. Lebih dahsyat, sidang yang akan dibuka oleh baginda Agong itu hanya berjalan selama sehari, tanpa perbahasan titah diraja, tanpa agenda lainnya, sekadar mematuhi kehendak Perlembagaan agar Parlimen tidak terbubar dengan sendiri.
Juga tiada perbahasan tentang cabaran dan implikasi pandemik Covid-19, termasuk pakej rangsangan ekonomi. Justeru, tidak timbul lagi soal legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang dipertikai. Walaupun pelbagai upaya telah dilakukan Muhyiddin bagi mengumpulkan sokongan, termasuk membesarkan saiz Kabinet dan menambah bilangan timbalan menteri, serta mewujudkan duta-duta khas bertaraf menteri, di samping melantik semua ahli parlimen penyokong kerajaan menjadi pengerusi GLC, namun kecurigaannya belum berakhir. Beliau tetap bimbang untuk memeterai sokongan daripada minimum 112 wakil rakyat. Harapnya, masa lebih lama diperlukan untuk membeli sokongan, selain menyelesaikan konflik yang berbangkit dalam kalangan pakatan longgar Perikatan Nasional (PN).
Sesungguhnya secara peribadi, saya terasa penat dan sia-sia untuk membahaskan kemungkinan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Saya lesu memikirkan bagaimana elit politik oportunis ini galak memperdagangkan undi atau mandat yang diterima daripada rakyat dalam PRU14. Kebanyakan ahli parlimen itu menyedari betapa tingginya harga sebuah kerusi mereka. Maka bergentayanganlah broker-broker politik menawarkan rasuah, demi mengikat sokongan yang diperlukan perdana menteri. Sedangkan rakyat dan seluruh negara kini di ambang zaman pancaroba yang begitu menakutkan.
Saya teringin sekali di hujung nyawa ini, menyaksikan agar gerombolan pengkhianat itu mendapat pembalasan yang setimpal. Saya merupakan pengundi di kawasan Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Gombak. Kedua-dua kerusi ini diwakili oleh mereka yang menodai mandat rakyat. Azmin Ali menang di Gombak dengan majoriti lebih kurang 49,000 undi, dan majoriti Zuraida Kamaruddin di Ampang hampir 42,000. Kelebihan undi amat besar. Kadang-kadang terlintas, apa yang terdaya pengundi lakukan selepas sokongan mereka dikhianati, selain menunggu PRU15. Apakah wakil-wakil rakyat itu akan bertanding di kawasan sama?
Tiada harapan besar untuk melihat perubahan kerajaan melalui permainan licik elit politik ini. Saya juga tidak mahu lagi dirundung kekecewaan amat sangat. Meskipun kerajaan PH terdedah dengan pelbagai kelemahan, terutama dalam perang persepsi dalam kalangan masyarakat Melayu, namun saya yakin keruntuhannya hanya atas satu faktor: khianat. Proses pembetulan dan pembaharuan mungkin kelihatan perlahan dan tidak mengikut prioriti, tetapi masih dalam landasan yang betul. Kita sedang meniti fasa-fasa awal “mengutip hasil” tetapi sayangnya langkah pengkhianatan telah menghancurkannya. Apa pun rakyat akan membuat penghakiman yang adil nanti. Kita percaya akan kebijaksanaan mereka.


Kerajaan Kedah beri penjelasan isu keluarga ‘daif’ dibantu pendakwah bebas


Gambar di FB Ebit Lew memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah hari ini memberi penjelasan berhubung isu sebuah keluarga tinggal dalam rumah usang dan kotor di Lorong Gedebang, Mukim Derga yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas Ebit Lew di laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew berkata keluarga itu sebelum ini ditawarkan berpindah ke 2 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu.
“Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah semalam.
“Mereka ini memang sudah mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak sekian lama dan kebajikan mereka terjaga, termasuk dibantu pihak masjid berdekatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Semalam, Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga itu berkongsi catatan di Facebook mengenai keluarga tersebut selain memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar.
Perkongsian di laman media sosial itu menarik perhatian netizen dan ada yang mempersoal peranan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, JKM dan LZNK selain masyarakat sekeliling dalam membantu keluarga tersebut.
Tan berkata beliau sendiri ada berjumpa dengan Ebit Lew semalam dan membincangkan isu keluarga itu serta menerangkan kepada pendakwah tersebut tentang beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi membantu mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata keluarga tersebut menerima bantuan zakat sejak 2007 dan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Makanan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Kewangan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Hari Raya Aidilfitri, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tahunan Sekali Gus serta Bantuan Jaya Diri.
Syeikh Zakaria berkata LZNK juga sebelum ini menawarkan warga emas itu sebuah rumah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Pokok Sena namun dia sekeluarga menolak tawaran tersebut dengan pelbagai alasan.
“Kita sudah memujuk beliau sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru sejak 12 tahun lalu,” katanya sambil menambah Masjid Al-Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran di Kampung Derga turut membantu keluarga itu, termasuk memberikan sumbangan kepada mereka.
Beliau berkata warga emas itu mendiami rumah tersebut bersama isterinya serta 8 anak dan 10 cucu.
“Warga emas itu mempunyai 3 anak lelaki dan 7 anak perempuan yang berumur 17 hingga 33 tahun. Ada antara anaknya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya kini tinggal bersama-sama dengannya di rumah tersebut,” katanya.

Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini


 
MGF210420_PC-KKM_11
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 APRIL 2020.
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pasti samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan selepas 28 April ini.
Justeru itu rakyat di negara ini dinasihatkan agar terus duduk diam di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial yang disyorkan oleh KKM.
“Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan. Jadi yang pasti kita cuba elakkan perhimpunan.
“Contohnya, kita ada pelajar universiti mereka ingin kembali ke kampung mereka tetapi kita kena pastikan tiada perhimpunan ataupun kesesakan berlaku di stesen dan sebagainya. Itu yang paling penting elakkan kesesakan dan pastinya penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.
PKP fasa ketiga akan berakhir pada 28 April dengan berbaki tujuh hari lagi.
Fasa pertama PKP adalah pada 18 Mac dan berakhir pada 31 Mac dan fasa kedua adalah pada 1 April hingga 14 April dan fasa ketiga adalah pada 15 April hingga 28 April depan.
Tambah Noor Hisham, KKM masih memantau data-data yang diperoleh pihaknya bagi mengetahui samada PKP akan disambung atau tidak.
“Kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan tetapi apa yang pasti kita ada enam kriteria sebelum kita laksanakan penamatan PKP.
“Kriteria pertama adalah kita lihat kepada kawalan sempadan jadi kalau kita berhentikan kawalan sempadan besar kemungkinan mereka yang datang ke Malaysia akan membawa penyakit tersebut,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham berkata, KKM menyasarkan satu digit jangkitan kes baharu positif Covid-19 pada minggu depan.
Beliau berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan perancangan rapi yang akan dilaksanakan KKM dengan bantuan kementerian-kementerian lain.
“Kalau rakyat boleh terus duduk rumah dan KKM bekerjasama dengan kementerian lain dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan dikenalpasti, kita boleh kurangkan (jangkitan baharu) bawah 10 kes,” katanya.
Jelasnya lagi, PKP terbukti dapat mengurangkan jumlah jangkitan dalam masyarakat.
Justeru itu katanya, sekiranya rakyat negara ini mengamalkan saranan kerajaan agar duduk diam di rumah maka kebarangkalian jangkitan juga akan tipis.
“Jadi, kita lihat dengan pelaksanaan PKP 1,2 dan 3, kita berjaya mengurangkan jangkitan setempat dan hasilnya kes positif baharu di bawah 100 kes. Tidak mustahil untuk kita kurangkan kes tetapi kita perlu tingkatkan tindakan bersama.
“Ia bergantung kepada rakyat Malaysia dan tindakan barisan hadapan,” katanya lagi. 


Pesakit positif Covid-19 boleh dijangkiti semula


 
MGF210420_PC-KKM_03
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 APRIL 2020.
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pesakit positif Covid-19 yang telah pulih boleh dijangkiti semula.
Ini kerana tidak ada data antibodi yang dihasilkan oleh mereka semasa dijangkiti wabak itu dapat melindungi mereka daripada Covid-19.
“Ada kemungkinan dijangkiti semula, sepatutnya orang sudah pulih, dia ada antibodi tapi dalam kertas penyelidikan tidak ada data yang menunjukkan antibodi itu dapat melindungi seseorang daripada dijangkiti semula,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Noor Hisham menjawab pertanyaan media samada kebarangkalian 3,349 pesakit yang telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 boleh dijangkiti semula.
Oleh yang demikian, Noor Hisham berkata, KKM telah memberikan khidmat kaunseling kepada kesemua mereka bagi memastikan mereka tidak dijangkiti semula Covid-19.
“Ada dua kemungkinan mereka dijangkiti semula jadi sebelum discaj memang kita akan beri kaunseling untuk mengelakkan jangkitan semula. Kedua kalau kita ambil ujian, mungkin akan jadi positif tetapi lemah dimana peluruhan virus berlaku walaupun lemah tapi tidak dijangkiti,” katanya lagi.
Untuk rekod, 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah  sebanyak 3,349 kes.