ANCAMAN ZAHID HAMIDI TERBUKTI TIDAK MEMBERI KESAN





Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO, Rozman Isli dari Labuan secara rasmi mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai Parti Warisan bermula hari ini.

Katanya, keputusan ini demi untuk memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan negeri Sabah yang diterajui Warisan bagi kepentingan pembangunan untuk rakyat dan Wilayah Persekutuan Labuan seluruhnya.

Difahamkan bukan saja Rozman yang keluar UMNO tetapi juga diikuti oleh sebahagian besar pimpinan UMNO di bahagian tersebut.

Dengan keluarnya Rozman meninggalkan UMNO, bermakna sudah enam Ahli Parlimen parti yang sudah kehilangan kuasa itu berbuat demikian.

Ahli Parlimen yang keluar UMNO sebelum ini ialah Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Dr. Nor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mustapa Mohamed (Jeli) dan Anifah Aman (Kimanis).

Keputusan Mustapa dan Anifah meninggalkan UMNO dianggap paling mengejutkan kerana kedua-duanya sebelum ini adalah bekas menteri.

Apa yang menarik tentang tindakan Rozman keluar UMNO ialah ia berlaku setelah Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini memberi amaran mahu menyaman mana-mana Ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO.

Kata Zahid Hamidi, tindakan menyeret ke mahkamah itu diambil kerana mereka bertanding dalam pilihanraya lalu adalah atas tiket dan perbelanjaan parti, maka tindakan mahkamah yang diambil adalah bertujuan agar mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi itu bagi membolehkan rakyat membuat pilihan semula.

Meskipun demikian, amaran Zahid Hamidi itu mendapat reaksi yang berbelah bagi daripada pimpinan UMNO sendiri.

Mereka yang bersetuju menyifatkannya sebagai keputusan yang wajar, manakala yang lain melihatnya sebagai sia-sia kerana tiada larangan khusus dari segi undang-undang untuk sesiapa melompat parti serta tidak ada perjanjian bertulis ditandatangani oleh mana-mana Ahli Parlimen dengan UMNO atau BN yang mengatakan mereka akan kekal bersama parti itu buat selama-lamanya.

Dalam hal ini, Rozman jelas tidak takut atau gentar, malah seperti mencabar UMNO dan BN serta Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Apakah dengan keberanian Rozman ini, lebih ramai lagi Ahli Parlimen yang lain akan mengikut jejak langkahnya keluar meninggalkan UMNO selepas ini? (ShahbudinHusin 11/10/2018)
Anda mungkin juga meminati:

‘SAYA INGIN PORT DICKSON JADI DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA’

MASA ISA SEBAGAI AHLI POLITIK TELAH TAMAT – RAIS YATIM

SAUDARA MARA DSAI TURUN MEMBERI SOKONGAN DI PD

Image may contain: 4 people, including Aniza Othman, Idrus Ibrahim and Aidi Idrus, people smiling, people standingImage may contain: 7 people, including ShaifulAnuar Sulaiman, people smiling, people standing and outdoor

En.Zulkifli Saad,Cg Idrus dan anakanda beliau

Image may contain: 2 people, including Margaret Chan, people smiling, people standing and outdoor
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

SEDARA MARA DSAI. (ROSLI, IDRUS,MARZUKI)   ..KANAN IHSAN (ANAK DSAI)  , MARZUKI DAN SUPPORTER PMT PAUH

Image may contain: one or more people, people standing and outdoorImage may contain: 11 people, people smiling, people standing and outdoor

Misteri...Anwar didatangi lebai tua



PORT DICKSON - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau bagaimana beliau didatangi seorang pengundi yang dalam keadaan serba miskin kepadanya ketika beliau turun berkempen untuk calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam PRU12 di Port Dickson.

Menurutnya, peristiwa itu amat mengesankan dan sentiasa terpahat di hatinya.
"Waktu itu, sementara saya dan calon (Kamarul) turun dari pentas menuju ke kereta, saya tiba-tiba didatangi seorang lebai tua.

"Lelaki itu datang dan beri satu satu sampul..kebiasaan kalau orang lain juga pasti akan beri sampul berisi surat bantahan, permohonan, rayuan dan macam-macam lagi.

Misteri...Anwar didatangi lebai tua


"Saya ambil sampul itu. Saya nampak dia pakai baju melayu putih lusuh, orangnya nampaknya kalangan miskin dan berkain pelikat," katanya ketika hadir menemui seluruh jentera PH, di Bilik Gerakan Utama, di sini, hari ini.

Anwar berkata, kira-kira 10 minit kemudian beliau buka sampul itu dan isi kandungan amat mengejutkan.
Katanya, sampul itu berisi wang berjumlah RM1,000.
Tambah Anwar, waktu itu beliau berkata kepada Kamarul, bahawa lelaki itu adalah seorang yang ikhlas kerana dia tidak dapat satu sen pun daripada apa yang dilakukannya.

"Kalau saya tahu kandungan dalam sampul itu adalah duit sebanyak itu, saya mesti pulangkan sebab lihat kedaifan dia. Kita pun tak tahu bagaimana simpanan dia dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, itu adalah satu saham yang dilakukan oleh lelaki tersebut demi masa depan anak dan bangsa.
Dalam pada itu, Anwar turut tidak ketinggalan mengingatkan setiap jenteranya untuk agar usah cuai dan terbuai di dalam situasi sekarang.



"Saya pilih politik ini kerana saya yakin dengan perjuangan ini. Itu keyakinan saya. Orang mungkin boleh kata bodoh...mimpi..tapi saya yakin kita telah diberi amanah," katanya.



SANGGUP BUAT APA SAHAJA UNTUK MENANG?

AFFENDI ABAS

SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK PAS MENANG DI #PRKPortDickson , walaupun sebelum ini Hadi sudah buat keputusan MUKTAMAD pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat untuk tidak bertanding di PD !!

Tetapi, tiba-tiba  buat U-Turn bertanding pulak....

"Saya yakin mahkamah akan singkir Anwar. Jika mahkamah tak buat keputusan, kami akan buat petisyen" -PAS

"Anwar tak layak bertanding walaupun telah diberi pengampunan YDP Agong" -PAS

 Kerakusan PAS sehingga sanggup pertikai keputusan muktamad YDP Agong.

~SR

JANGAN LAYAN SANGAT PAS – ANWAR

‘Tak akan nak persoal kuasa Yang di-Pertuan Agong’


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menempelak pihak yang mempersoalkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson walaupun Presiden PKR itu telah mendapat pengampunan bebas daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menyifatkan ia sebagai serangan tidak masuk akal, Guan Eng berkata, mereka sepatutnya menumpukan kepada isu rakyat dan bukannya membangkitkan perkara tersebut.
“Agong pun sudah ampunkan, apa nak minta lagi? Tak akan hendak mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Tolonglah, tumpukan kepada isu-isu rakyat di Port Dickson dan masa depan negara,” katanya pada ceramah di Port Dickson, semalam.
Pada 28 Sept lalu, seorang pengundi memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah mengenai kelayakan Anwar bertanding dalam PRK Port Dickson.

Noraziah Mohd Shariff dalam affidavitnya menyatakan pengampunan diraja terhadap Anwar tidak mengecualikan kehilangan kelayakannya untuk bertanding kerana Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mendakwa kononnya lembaga itu juga berjalan tanpa penyertaan peguam negara – seperti dikehendaki dalam Fasal 42(5) Perlembagaan Persekutuan – dan menteri wilayah persekutuan – seperti Fasal 42(11) Perlembagaan Persekutuan.
PAS dalam reaksinya turut menggesa mahkamah menyegerakan pendengaran saman pemula tersebut bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon pilihan raya.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menggesa pengundi di Port Dickson memilih Anwar Ibrahim pada 13 Oktober nanti.

“Pada 13 Oktober, marilah kita hantar satu mesej yang lantang dan kuat kepada seluruh Malaysia dan seluruh dunia yang melihat (PRK) Port Dickson sekarang, (bahawa) kita mahu Pakatan, kita mahu Anwar Ibrahim,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. –

AGONG BERKUASA PENUH AMPUNKAN ANWAR

PEGUAM NEGARA BANTAH SAMAN LUCUT KELAYAKAN ANWAR

ANWAR MOHON BATAL SAMAN HILANG KELAYAKAN TANDING PRK

ANWAR BOLEH MENANG 10,000 UNDI MAJORITI – IDE

RAGAM BERKEMPEN

Image may contain: 10 people, people standing

Image may contain: one or more people and text
Image may contain: one or more people and text


Nampak banner besar tue..? Ia dipasang oleh jentera PRK Port Dickson Keadilan Sabah..

Ia dipasang dari tingkat 18.. Mereka bawa naik banner tue menggunakan tangga kerana lif gagal berfungsi..




Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: one or more people and people sittingImage may contain: 5 people, outdoor and nature