PERTUKARAN MENTERI KABINET DALAM MASA TERDEKAT




Kuala Lumpur -Sebuah akhbar  berbahasa Inggeris hari ini melaporkan  terdapat perubahan dalam 3 kementerian utama dan pertukaran 2 orang menteri kabinet yang sedang berkhidmat.Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Mah Siew keong  masing -masing sebagai Pengerusi MCA dan Gerakan akan di serap dalam kementerian tertentu.

Selain itu akan terdapat juga perjawatan baru dan timbalan kementerian kewangan,Timbalan Menteri plancongan dan timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Ianya dijangka akan dilaksanakan sebelum Ramadahan nanti,

Ini berikutan kejayaan njib yang mengatakan bahawa hubungan dengan Negara China amat baik dan amat berjaya. maka ketrana itu dua menteri berbangsa Cina di bawa masuk. Siapa yang akan digantikan tidak diketahui...


 Hassan malik kot.....menteri cap ayam...cuba lihat komen beliau...macam siot...terbaru pengerusi Bank Rakyat....SAH DIA NI KENA TUKAR.PEGANG SIAP-SIAP PENGERUSI BANK RAKYAT










jangan makan ayam








komen macam budak sekolah menengah


341 × 258 - pingje.org 

JANJI HIPOKRASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN-TENGKU ADNAN PELAWA GURU-KALAMANTHAN KATA JANGAN AKTIF

"Bagaimana seorang pegawai peringkat atasan mengenali seorang guru yang menggunakan FB jika tidak menjadi rakan FB. Ada pegawai atasan yang terbabait dengan skandal semasa menjalankan tugas luar dan berhubungan dengan kaum guru terutamanya yang masih bujang atau bergelar status janda.Ini harus kementerian pendidikan siasat dan bukannya mengarahkan kaum guru melakukan tindakan yang tidak bersalah diluar sebagai seorang guru melibatkan diri dalam politik."







Lim (centre) with Dyana Sofya (left) and her mother Yammy Samat during a press conference last week in Teluk Intan. - The Malaysian Insider pic by Afif Abf Halim, June 3, 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia tak ubah sebagai satu puppet  yang hanya menjalankan kerja- kerja rutin yang biasanya dilakukan oleh sebuah jentera yang diprogramkan berjalan terus sejak zaman berzaman.

Tidak ada daya usaha untuk menggerakkan sekolah kebangsaan berbanding Sekolah Kebangsaan Cina yang nampaknya bergerak secara berasingan dan menampakkan kemajuan yang lebih cemerlang berbanding sekolah Kebangsaan dan yang  tercorot sekali ialah sekolah Keangsaan Iamil.Jerbanding sekolah Jenis KebangsaanCina yang mempunyai kemudahan fasiliti yang lebih baik dari sekolah kabangsaan dan Sekolah Jenis Tebangsaan Tamil. Oleh kerana kemajuan dan kemudahan yang terbaik didapati d isekolah sekolah Cina , kerana mereka membantu sekolah, maka kerajaan dilihat cuba menyamaratakan sekolah kebangsaan berbanding sekolah Tamil.

Semalam satu lagi helah hipokarasi muncul dalam arena politik negara apabila salah seorang pegawai kementerian berpangkat pengarah bahagian tertentu yang mengarahkan seorang guru wanita untuk mengubah atau memadamkan facebook guru berkenaan, Entah bagaimana pengarah tersebut mengenali guru dan menjadi rakan kepada guru terbabit,Bagaimana hanya beliau seorang sahaja yang dapat berkomunikasi dengan guu wanita tersebut?

Kedengaran juga banyak d iantara pengarah dan timbalan pengarah serta kakitangan  Kementerian Pendidikan mempunyai isteri lebih dari seorang kerana hubungan mereka dengan kaum pendidik dan pihak kementerian boleh menyiasat dengan terperinci pegawai pegawai mereka di kementerian. Malah ada timbalan ketuia pengolong pengarah yang menggunakan kelebihan dilaman sosial untuk berkenalan dengan kaum pendidik dan menjalinkan hubungan dengan laum pendidik, Pihak kementerian di minta menyiasat akan perkara ini.Jangan dengan menggunakan pangkat dan kelebihan menghentam kaum pendidik dan melebelkan secara berbeza antara guru yang pro Umno dan pro pembangkang.

Mnurut Lim Kit Siang pengerusi DAP , tindakan Tengku Adana Mansor yang mengajak kaum pendidik menyertai Umno dan parti yang seangkatan dengan nya dalam Bn adalah satu tindakan hipokrit kerana ianya bukan sahaja mendedahkan akan betapa Umno dalam kelemahan , malahan ianya menjadi satu tindakan hipkrit apabila di satu pihak lain menekan kaum pendidik , manakala di pihak yang lain pula mengajak kaum pendidik menyertainya.

Ini amat berbeza dengan keazaman PM Najib Razak yang menagatakan bahawa tindakan yang lebih demokratik terhadap isu isu politik yang akan di ketengahkan dalam sistem pentadbiran negara tanpa mengira fahaman politik.

Menurut guru berkenaan salah seorang pegawai berpangkat tinggi sentiasa mengawasi FB beliau dan mengarahkan beliau membuang gambar Dyana kerana dianggap sebagai anti kerajaan, Menurut beliau lagi, ada guru yang terbabit dengan skandal sex, tidak hadir ke kelas tetapi pegawai sendiri yang sibuk mahu mengawasi FB ., Terdapat beberapa pegawai di perinbgkat atasan menjalinkan hubungan dengan kaum pendidik dalam urusan  kerja mereka di luar kawasan pejabat terutamanya yang berpangkat.Mereka ini menggunakan pangkat untuk memikat kaum guru. Adakah mereka mampu untuk beristeri lebih dari seorang dari memikirkan tanggungjawab mereka di Kementerian Pendidikan?

 Ketakutan Bn terhadap calon muda seperti Dyana bukan sahaja akan menjadi fenomena arena politik negara malahan orang seperti Dyana ini akan muncul dengan lebih banyak dan ramai diluar sana yang memahami erti demokrasi tanpa megira ras dan bangsa dalam membentuk sebuah negara yang berbilang kaum.Demikian hujah Kit Siang semasa sidang akhbar mngutu tindakan Kementerian Pendidikan terhadap seorangguru wanita.

Umno/Bn kerapkali mengunakan cara kotor dalam kempen politik mereka . Ianya bukan sahaja berlaku di Teluk Intan malahan berlaku di kebanyakkan tempat. Selain mengunakan gambar artisFilipina yang berbikini, mereka juga memalukan ibu nya dengan mengatakan adanya skandal sex. Inilah cara Umno dalam setiap kempen pilihanraya mereka untuk menjatuhkan lawan.

Akan tiba masanya nanti , Umno akan kehilangan sokongan dikalangan pendidik sebagaimana yang sedang mereka alami sekarang.


Oleh:WRLR

Nahas MH370 tidak boleh berulang lagi, tegas IATA




Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berikrar bahawa kehilangan pesawat komersial yang besar seperti nahas MH370 tidak boleh berulang lagi.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pengarah Eksekutif IATA, Tony Tyler (gambar) berkata, misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu adalah satu peristiwa yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menggesa industri penerbangan menumpukan usaha mencari pesawat itu dan bukannya menumpu kepada penstriman data.

"Mengesan pesawat adalah langkah pertama yang paling penting dalam usaha mengelakkan kehilangan yang serupa pada pesawat lain," katanya sambil menambah ini merupakan satu kejadian yang sangat mengejutkan industri penerbangan kerana MH370 telah hilang bersama 239 anak kapal dan penumpang tanpa sebarang kesan sejak 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Pengesanan pesawat itu sepatutnya merupakan sesuatu yang boleh dibuat dengan mudah. Sebagai perbandingan, "Jika anda memulakan penstriman data daripada 100,000 penerbangan sehari, anda akan berakhir dengan sejumlah data yang sangat besar dan ia mungkin tidak dapat diuruskan," kata Tyler kepada pemberita semasa  Mesyuarat Agung Tahunan IATA ke-70 dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia di Doha, hari ini.

Tyler berkata, kehilangan MH370 membawa kepada satu keperluan yang mendesak.
Katanya, IATA, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pakar-pakar dari seluruh dunia telah bekerjasama dalam mencari pilihan terbaik bagi menambah baik pengesanan pesawat global.
Draf cadangan berhubung perkara itu akan diusulkan kepada ICAO pada September ini.
Tyler berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum sesuatu sistem diguna pakai dan bukannya akan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, beberapa syarikat penerbangan mungkin mampu memperkenalkan sistem pengesanan lebih awal tetapi mesti ada satu sistem global yang konsisten dan juga tidak ada persetujuan sejagat mengenai isu itu.

MH370 hilang sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan masih tidak dijumpai sehingga kini walaupun usaha pencarian antarabangsa yang melibatkan lebih dari 12 negara, terutamanya di Lautan Hindi.

Data komprehensif kini membantu menambah baik sistem keselamatan, katanya.

Projek Pengurusan Data Penerbangan Global (GADM) oleh IATA membina sumber maklumat operasi yang terbesar di dunia dengan data dari pelbagai penyumbang global seperti kerajaan dan industri, kata Tyler.
"Matlamat utama kami adalah untuk meramalkan potensi kemalangan dan memastikan bahawa ia tidak berlaku. Ini bukan fiksyen sains. Setiap sumbangan data yang baru dan setiap peningkatan keupayaan analitikal sedang bergerak lebih dekat kepada realiti," katanya. – Bernama, 2 Jun, 2014.


Putera Arab Saudi Rogol, Bunuh dan campak wanita tepi jalan..???


TEHRAN, 2 Jun (MNA) – Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.

Skandal itu merupakan satu lagi dalam satu rangkaian skandal moral dan etika pada raja-raja rasuah Saudi yang korup dan jenayah mereka terhadap rakyat Saudi.

Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.

Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.

Kemudian, siasatan menyeluruh telah dilancarkan, dengan keputusan awal bahawa putera itu tidak lain tak bukan ialah Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud, yang, bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di pusat membeli-belah Al-Tuhayat . Gadis itu mencabar putera raja berkenaan.

Gadis itu diculik oleh sekutu itu putera dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui di mana beliau telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.
Tetapi media dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Kalaulah tidak kerana media antarabangsa dan internet, kebanyakan cerita-cerita ini tidak akan diketahui umum.


Suarainsan.net

The making of.... Dyana Sofya (2)

The making of.... Dyana Sofya (2)

June 1, 2014 at 8:30pm
.....sambungan

Sebelah malamnya pula, aku jolok sekali lagi dan kali ini berserta dengan gambar. Meletup!!




Apa yang aku tulis tu tak betul. Walaupun nama Dyana sudah mula dipertimbangkan, tapi  tidak mendapat sokongan dari kempinan DAP Perak.  I took a gamble, kalau jadi..bagus. Tapi kalau tak jadi, aku cuma perlu minta maaf kat Dyana. Sebab aku buat tanpa pengetahuan , apatahlagi kebenaran daripadanya. Selain daripada mahukan sesuatu kelainan dari DAP, aku juga nak sabotaj Nga Kor Ming. Ha.ha. niat aku pun serong.

Anyway, beberapa kawan FB mula bercakap pasal Dyana dengan dimulai oleh Ah Lis. Dan dalam masa satu hari, Dyana sudah jadi terkenal.
11 Mei 2014, Geng Kuan Yau mula bertindak agresif mempromosikan beliau tapi Geng Kula langsung tak ada berita dalam FB. Mungkin geng Kula tak ada orang yang aktif berfesbuk. Kula hanya mengharapkan suratkhabar Tamil dan ini menyebabkan nama Manogaran tenggelam.

12 Mei, adalah hari Penamaan Calon di Bukit Gelugor dan aku buat lagi satu posting, sambil menyiarkan gambar aku dengan Guan Eng seolah-olah berjumpa Guan Eng di Penang.


Wei..ini gambar tahun 2011 la. Tapi ramai yang percaya.

Nama Dyana sudah diperkatakan sepanjang masa dalam FB. Budak muda tak payah cakap la, tapi yang tua pun terkesima. Kih..kih..kih…gatai!! Tapi itu yang aku mau.

Aku tak post apa-apa tentang Dyana sebab semua orang tengah sibuk dengan Penamaan Calon Bukit Gelugor. Namun, Dyanamania  yang baru bermula menarik perhatian seorang kawan aku dalam DAP Penang dan dia minta aku tolong untuk melobi. No problem tapi jangan kacau aku sebab aku tak mau terima sebarang arahan. Malah Dyana sendiri tak tau apa-apa. Tapi aku perlukan dia dan dia jadi kabel aku untuk mencapai pemimpin tinggi DAP.

Petang tu, aku berkonspirasi dengan Otai Manjung.



13 Mei 2014, Aku ada kerja di Bagan Serai, nak pergi tengok kambing. Bila balik sebelah petang, aku ingat nak up lagi satu posting tapi Mat Said pulak buat kacau di Terengganu. Maka habis la semua orang bertumpu ke Terengganu. Dyana ditinggalkan. Namun begitu, Otai Manjung dah siang-siang publish Dyana Sofya Fan Club.



Sambutan yang diberikan diluar jangkaan. 116 share dalam masa hanya beberapa jam. Bukan setakat sambutan di Fesbuk, malah Malaysakini juga sudah mula membuat spekulasi. Dan dalam masa tak sampai 24 jam, Page Dyana Sofya berjaya mendapat 1000 likes. Wow!!



Dan pada malam itu juga, aku tambah petrol kepada api yang dah menyala.



Apa lagi…maka tercipta lah Dyanamania.

[LIVE] 020614 - Ust Haslin - Ust Fauzi - Ust Firdaus ~"Beli Yg Murah atau Yg Halal" AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI


BAIKNYA BANK RAKYAT

Kuli mempersoalkan kenapa satu pinjaman istimewa yang diberikan kepada Deepak tanpa faedah. Menurut Ku Li ,Deepak bukannya bumiputera sedangkan bumiputera sendiri sukar mendapat pinjamana sedemikian.
Pendedahan yang dibuat Datuk Sabaruddin Chik setelah belaiu di pecat sebagai Pengerusi Bank Rakyat menggantikan Hassan Malik.

Hassan yang meenggantikan Sabaruddin berkata tak ada kesalahan disebabkan  menteridan rundingan itu melepasi semua sekatan yang ada. Beliau yang digelar hassan ayam kerana menjelaskan jika harga ayam tinggi rakyat tidak perlu makan ayam. Patut otak macam ayam.Celaka punya Menteri.Otak ada tak mau guna untuk membela nasib rakyat.

Polisi Bank Rakyat yang membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah turut membuatkan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkannya kerana peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa sebegitu. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014.
Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.

CATATAN MAT SAMAN KATI

The making of.... Dyana Sofya (1)

June 1, 2014 at 12:44pm
Pada mulanya aku menjangka Dyana akan menang, dan cuba menulis kembali rentetan perisitiwa dari mula Dyana dikenali ramai sehinggalah dia menjadi satu fenomena.

Daripada seorang yang tidak dikenali ramai, Dyana sudah menjadi selebriti paling panas dalam masa tidak sampai 3 minggu dan ini satu pencapaian yang paling memeranjatkan.

Bukan aku nak bodek apa-apa, tapi apa yang berlaku adalah diluar jangkaan ataupun perancangan. Dan apa yang aku nak kongsikan ialah tentang bagaimana media sosial mampu mencipta kejutan. Media sosial bukan saja mampu menaikkan seseorang dalam sekelip mata, malah ia juga boleh meruntuhkan seseorang itu dalam sekelip mata juga.

Pada 1 Mei 2014, Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng  meninggal dunia. Ia berlaku hanya dua minggu selepas Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya dan ini menyebabkan berlaku dua pilihanraya kecil, Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Media dan orang ramai memberikan tumpuan kepada Bukit Gelugor dan hanya DAP Perak yang memberikan tumpuan kepada Teluk Intan.

Aku juga turut bertumpu ke Bukit Gelugor, mencuba untuk menjolok Mat Sabu sebagai calon Bukit Gelugor. Memang boleh dikatakan kerja bodoh..nak calonkan Mat Sabu di tempat Karpal Singh. Tambahan pula calon favourite ialah Ram Karpal. Ditambah pula, Mat Sabu orang PAS. Hampir mustahil.

Tapi aku mengharapkan DAP akan melakukan sesuatu yang mengejutkan, melakukan sesuatu diluar kebiasaan. Tapi akhirnya gagal juga. Ok…tolak ketepi cerita Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor.

Kematian Seah menyebabkan DAP Perak bergolak lagi. Tapi, sebagai menghormati kematian beliau, tidak ada lobi melobi secara terbuka untuk tujuh hari selepas kematiannya. Mungkin adat mereka kot..aku tak tau la.Tapi dalam diam-diam, usaha melobi ini sudah bergerak.

DAP Perak terbahagi kepada dua team. Satu team Nga-Ngeh, manakala satu lagi team Kula. Masing-masing mahukan calon dari kem masing-masing.
Team Kula pula terbahagi kepada dua team lagi….aku sebut team A dan B. Team A ialah team Kula dan majoritinya India manakala team B majoritinya Cina.

Pada 6 Mei, sorang kawan jumpa aku dan minta aku tolong untuk melobi calon pilihan mereka. Dia ni dari Team B dalam team Kula.  Bila disebut Leong Mee Meng, bekas ADUN Jalong, aku tak berapa setuju.



Bukan aku tak suka amoi ni..secara peribadi, aku memang suka dia. Cukup bagus buat kerja, sentiasa senyum dan kalau jumpa aku mesti dia tegur. Siap dakap lagi wooo…belum kawin pulak tu!!

Tapi aku tak setuju sebab peranan Ahli Parlimen bukan macam ADUN. Mee Meng kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. ..dan tak ada yang luar biasa. Kalau nak lawan Mah Siew Keong, susah sikit. Lagi pun, aku mahu DAP berbuat sesuatu yang diluar kebiasaan.

Perbincangan kami selesai disitu dan kawan aku marah sebab aku tak mau tolong.

7 Mei adalah hari terakhir mereka berkabung dan pada 8 Mei, aku tengok kawan aku dah mula menonjolkan wajah Mee Meng dalam Facebooknya.
Sambutan terhadap Mee Meng agak dingin. Tak banyak sokongan yang diperolehi, sebaliknya, Kula mula membalas dengan mencadangkan Manogaran, bekas Ahli Parlimen Teluk Intan (2008-2013). Tapi sebagai ahli politik yang senior, Kula pandai bermain politik.
 

Dia tidak terus menamakan Manogaran, sebaliknya mencadangkan empat nama dan tersiar dalam akhbar berbahasa Tamil pada 9 Mei 2014. Aku cuma ingat 3 nama.. pilihan pertama Ambiga, kedua Manogaran dan ketiga Suresh (?).  Semua orang tau, Ambiga bukan nak bertanding..dan bila Ambiga menolak, dah tentu pilihan kedua menjadi favourite.

Bila Kula mencadangkan Manogaran…nama Mee Meng terus tenggelam. Antara Mee Meng dengan Manogaran, Manogaran lebih menyerlah. Dan apabila Kula sendiri tidak menyokong Mee Meng, bertambah sikitlah peluang untuk dicalonkan.

Team B cuba membalas balik cadangan Kula dengan mencadangkan seorang lain yang lebih power dari Manogaran, iaitu Hew Kuan Yau. Kuan Yaw juga dikenali sebagai “Superman” dan anak jati Teluk Intan.  Ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada beliau berbanding Manogaran.  

Dalam masa yang sama juga, team Nga Kor Ming mencadangkan setiausaha politknya, Chong Zhemin sebagai calon. 

Pada 9 Mei 2014, dah ada tiga nama. Manogaran, Hew Kuan Yaw dan Chong Zhemin.

Kedua-dua belah pihak..Manogaran dan Kuan Yau menghantar ejen mereka berjumpa aku minta aku bantu depa. Huh..tak sangka…dalam wanted-wanted pun, depa panggil aku jugak!! Team Nga Kor Ming tak payah cakap la..dah memang musuh tradisi.

Bagi aku, pertarungan sebenar adalah diantara Manogaran dan Kuan Yau. Chong Zhemin terlalu novis. Tak sampai setahun join DAP. Lagipun, DAP Teluk Intan semasa Seah , tak ngam dengan Nga dan Ngeh. Kalau letak Chong Zemin, lingkup la.

Tapi..halangan besar buat Manogaran dan Kuan Yau adalah dari Nga dan Ngeh..dan Nga pulak adalah Pengerusi DAP negeri.

Entah macam mana, ketika bersembang dengan team Manogaran, nama seorang lagi disebut-sebut. Nama tersebut ialah Dyana, setiausaha politik Kit Siang. Sapa budak ni?

Aku cuma pernah dengar sekali nama budak ni melalui Siti Aishah, Ketua Serikandi PKR, bila depa berceramah sama-sama. Tapi aku sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana rupanya.

Bila balik kerumah, aku cuba google dan cuma dapat satu gambar dia. Wow..cun woooo!!

Aku cuba dapatkan info tentang Dyana melalui kabel aku dalam DAP. Dan aku diberitahu, Kit Siang tak akan lepaskan budak ni sebab Kit Siang sedang melatih Dyana untuk PRU 14 dan kemungkinan besarnya akan diletakkan di Johor. Aku cakap..go to hell la..

Aku nak cuba sesuatu yang baru. Macam meletakkan Mat Sabu di Bukit Gelugor atas tiket DAP. Baru la ada kick. Kalau asyik letak muka recycle saja..aku pun tak minat dengan pilihanraya.

Dan keesokan harinya, 10 Mei 2014, aku mula jolok Dyana Sofya. Tapi tak ramai yang dapat tangkap. Maklum la…sapa pun tak kenai.

PENDUDUK TELUK INTAN HARUS TUNTUT JANJI Bn

Antara janji Bn ialah

1.  Lebuh raya
2. Universiti
3. Internet berkelajuan Tinggi

Setelah berjanji untuk memberi projek bernilai ratusan juta BN terpaksa berpuas hati menang 200 undi sahaja di Teluk Intan. ternyata pelaburan BN amat tidak berbaloi dan berkemungkinan semua janji pilihan raya seperti membina universiti, wifi lebih laju dan beberapa yang lain tidak akan ditunaikan.

Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas tipis malam tadi tidak patah semangat dan menurutnya, akan terus berkhidmat di Teluk Intan sehingga PRU 14.

Dyana sendiri ketika berdepan dengan kira-kira 200 orang penyokong berkata kekalahan itu bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.

"Ini bukanlah penamat bagi Dyana Sofya, saya tidak akan kecewakan anda,” kata Dyana yang kelihatan tenang.

Peguam muda itu, yang mengenakan baju kurung warna kundang dan selendang berwarna hitam pada malam ini berkata beliau tidak hanya berusaha untuk bertanding kerusi Parlimen, tapi untuk mencapai tujuan lebih besar.

“Kita perlu menghentikan politik kaum. Saya tidak hanya menentang (Datuk) Mah (Siew Keong), namun seluruh jentera (BN).

"Mah hanya menang (kira-kira) 238 undi,” katanya yang menambah beliau akan terus berkhidmat untuk Teluk Intan walaupun tewas dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau ditemani penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung Lim Guan Eng dan juga para pemimpin DAP lain yang hadir untuk menyatakan penghargaaan kepada para penyokong.