Pembangkang guna ‘resit’ 2020, netizen pertegas Anwar sejak dulu mahu pelarian Rohingya pulang selamat

 


Cubaan penyokong pembangkang menggunakan semula kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2020 sebagai ‘resit’ untuk mendakwa Perdana Menteri bercanggah pendirian dalam isu Rohingya mencetuskan perdebatan di media sosial.

Rekod kenyataan enam tahun lalu menunjukkan Anwar sejak awal membezakan antara penghantaran pulang pelarian dengan tindakan menghantar mereka ke keadaan yang boleh mengancam nyawa.

Menerusi Threads, antara hantaran yang tular mendakwa Anwar “kantoi” selepas kenyataan lamanya dimainkan semula susulan penampilan beliau dalam audio siar SembangOhhYeahh semalam.

Seorang pengguna dipercayai penyokong pembangkang menulis, “Kenyataan tahun 2020… baru syok sembang dalam podcast, kantoi pulak dah,” manakala seorang lagi mendakwa “internet ada simpan resit”.

Susulan itu, rata-rata menempelak tindakan penyokong pembangkang yang dilihat cuba mengelirukan sekaligus memburukkan Perdana Menteri berhubung isu Rohingya.

Antaranya, pengguna Threads amarrf yang berkata, menerusi audio siar itu jelas Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh setakat menghantar pelarian Rohingya pulang sahaja tetapi juga harus memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Dan Anwar cakap dia buat dia rancang sejak 2023 bukan macam korang (penyokong pembangkang) sekadar tengok speech terus judge,” ujarnya.

Isu kemanusiaan

Hal sama dibangkitkan oleh shahrirermy yang meminta penyokong pembangkang memahami konteks pada 2020 mengapa Anwar berkata sedemikian.

“Masa tu kerajaan Myanmar dan Malaysia tiada kerjasama antara negara, jadi PMX persoalkan nak hantar ke mana? Atau biarkan mereka tanpa arah tuju tanpa sebarang SOP yang sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, ikhwan_razak88 pula menulis, “PMX tekankan isu kemanusiaan masih kita pertahankan. Kita tak nak mereka balik ke Myanmar dan dibunuh. Masa sama, kita tak nak mereka di sini.”

“Jadi, apa PMX buat? Runding dengan PM Myanmar untuk ambil semula Rohingya tanpa membunuh mereka.

“Apa PMX cakap dalam video inilah apa yang PMX buat dan disebut dalam podcast SembangOhhYeahh,” katanya lagi.

Anwar dalam penampilan sulung beliau menerusi audio siar yang disiarkan di YouTube semalam memaklumkan akan mengundang Presiden Min Aung Hlaing untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia bagi meneruskan rundingan mencari penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jemaah Menteri dua minggu lepas, dengan matlamat mendapatkan persetujuan Myanmar menerima semula pelarian mereka di Malaysia secara berperingkat.

Jelasnya, rundingan dengan kepimpinan Myanmar diperlukan kerana proses penghantaran pulang pelarian tidak boleh diselesaikan sekiranya negara berkenaan enggan menerima mereka.

Beliau berkata sebelum ini, pertemuan dengan kepimpinan Myanmar telah diadakan di Bangkok, Thailand dan Beijing, China bagi membincangkan isu kemanusiaan, keselamatan serta keperluan mencari penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar di Malaysia.

Dalam pertemuan di Bangkok, Anwar berkata beliau menyampaikan pendirian Malaysia supaya keganasan terhadap pelarian itu dihentikan kerana keadaan berkenaan turut memberi kesan kepada negara ini.

Tambah beliau, proses penghantaran pulang juga bukan sekadar membawa pelarian kembali ke Myanmar, sebaliknya perlu disertai jaminan bahawa keselamatan mereka terpelihara serta kemudahan seperti perubatan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Mengawal sempadan

Sementara itu, semakan terhadap laporan media pada April 2020 pula menunjukkan kenyataan Anwar ketika itu dibuat dalam konteks tindakan menghalang bot membawa pelarian Rohingya daripada memasuki perairan Malaysia ketika pandemik Covid-19.

Anwar ketika itu menegaskan Malaysia perlu mengawal sempadan, tetapi tidak seharusnya membiarkan pelarian mati lemas atau kelaparan.

Malah, Anwar pada 27 April 2020 menjelaskan beliau tidak pernah mencadangkan pelarian Rohingya diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka menuntut hak kewarganegaraan di Myanmar dan mencadangkan pelarian ditempatkan di kawasan terkawal sementara usaha dilakukan untuk menghantar mereka ke negara ketiga atau mencari penyelesaian dengan Myanmar.

Justeru, perbandingan kenyataan 2020 dengan penjelasan Anwar pada 2026 menunjukkan kedua-duanya berlaku dalam keadaan berbeza tetapi mempunyai satu titik persamaan.

Pendirian PMX jelas iaitu pelarian Rohingya tidak seharusnya dibiarkan kekal di Malaysia tanpa penyelesaian, namun penghantaran mereka keluar perlu mengambil kira keselamatan dan keadaan kemanusiaan di destinasi yang menerima mereka.

Pada 2020, Anwar menyebut penempatan terkawal sementara menunggu penghantaran ke negara lain manakala kini sebagai Perdana Menteri, beliau memilih rundingan terus dengan Myanmar bagi membolehkan proses kepulangan dilaksanakan secara berperingkat dan selamat.






Baru seminggu ditangguh, permohonan Najib dilapor dibuka semula esok

 


Baru seminggu selepas permohonan pengampunannya ditangguhkan, nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan kembali dibincangkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan esok, 18 September.

The Straits Times (ST) melaporkan Lembaga Pengampunan akan bersidang semula bagi membincangkan permohonan Najib, berdasarkan maklumat daripada sumber rasmi. 

Perkembangan itu menarik perhatian kerana mesyuarat terakhir Lembaga Pengampunan baru sahaja berlangsung pada 11 September lalu.

Dalam mesyuarat tersebut, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya keputusan mengenai permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang. 

Bagaimanapun ketika pengumuman itu dibuat, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri tidak menyatakan tarikh mesyuarat seterusnya atau sebab permohonan berkenaan ditangguhkan. 

Kini, ST melaporkan mesyuarat baharu dijadualkan berlangsung hanya tujuh hari kemudian dengan permohonan Najib menjadi perkara yang akan dibincangkan. 

Seorang sumber rasmi tanpa nama yang dipetik ST menyifatkan mesyuarat semula dalam tempoh begitu singkat sebagai sesuatu yang sangat jarang berlaku. Bagaimanapun, pandangan sumber itu mengenai sebab mesyuarat berkenaan diadakan belum disahkan secara rasmi. 

Setakat laporan ST diterbitkan petang ini, Istana Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan belum memberikan maklum balas terhadap permintaan komen media berhubung mesyuarat tersebut. 

Najib kini menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International. Hukuman asal 12 tahun penjara dan denda RM210 juta sebelum ini dikurangkan Lembaga Pengampunan pada 2024 kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta. 

Beliau juga sedang merayu sabitan dan hukuman dalam kes 1MDB berasingan selepas Mahkamah Tinggi pada Disember 2025 menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda kira-kira RM11.4 bilion. 

Justeru, 18 September kini menjadi tarikh penting untuk diperhatikan, namun sebarang keputusan mengenai permohonan pengampunan Najib perlu menunggu proses dan pengumuman rasmi Lembaga Pengampunan.





Tak perlu risau bil tinggi, Anwar umum perlindungan elektrik hingga 800 kWj

 


Kerajaan MADANI memutuskan untuk memperluaskan perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan, susulan peningkatan penggunaan elektrik yang memberi kesan kepada sebahagian isi rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik September hingga 31 Disember 2026, sebagai tindakan segera menangani tekanan yang dihadapi rakyat.

Melalui penambahbaikan itu, pengguna domestik dengan penggunaan sehingga 800 kWj sebulan akan mendapat perlindungan membabitkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Langkah berkenaan menyusuli keresahan mengenai peningkatan bil elektrik apabila sebahagian isi rumah melepasi paras perlindungan 600 kWj sebelum ini. 

Pada 16 September, Anwar berkata keadaan jerebu dan cuaca lebih panas mendorong peningkatan penggunaan elektrik sehingga sesetengah isi rumah melepasi paras berkenaan.

Sebelum keputusan terbaharu itu, pengguna domestik yang menggunakan tidak melebihi 600 kWj sebulan dilindungi daripada caj AFA, manakala penggunaan melebihi paras tersebut tertakluk kepada mekanisme berkenaan. 

Menurut Anwar, keadaan cuaca yang lebih panas mutakhir ini menyebabkan sebahagian isi rumah menggunakan lebih banyak elektrik, sekali gus meningkatkan penggunaan bulanan mereka melepasi had 600 kWj.

“Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan keputusan berkaitan tarif mengambil kira keseimbangan antara kemampuan rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam membolehkan langkah itu dilaksanakan dengan segera.

Perkembangan itu datang ketika kerajaan sedang memberi perhatian khusus kepada isu kenaikan bil elektrik. 

Sehari sebelum pengumuman tersebut, Anwar memaklumkan mesyuarat khas bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan Kementerian Kewangan bagi meneliti langkah mitigasi segera.

Sementara itu, TNB sebelum ini memaklumkan pengguna elektrik menerima rebat AFA RM3.1 bilion sejak mekanisme itu diperkenalkan pada Julai 2025, berbanding surcaj RM800 juta dalam tempoh sama. 

Kerajaan juga menyalurkan tambahan RM435 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi mengurangkan kesan surcaj AFA kepada pengguna. 

Bagi September 2026, kadar AFA ditetapkan pada +3.67 sen bagi setiap kWj, selepas kadar tersebut mula mengenakan surcaj pada Mei tahun ini susulan peningkatan kos penjanaan. 

Dengan peluasan had perlindungan kepada 800 kWj, kerajaan berharap langkah sementara itu dapat mengurangkan tekanan bil elektrik terhadap isi rumah yang terkesan akibat peningkatan penggunaan tenaga sepanjang tempoh cuaca panas dan jerebu.





GEMPAK! "SIAPA NASIHAT EXCO?": Peguam & Pakar Bongkar Tindakan Halalkan Dokumen Cacat!


 

UMNO DICOP PENDERHAKA, PAS PULA KEKAL PASU BUNGA.

 


Alif Kadir Al Katami


Tuanku Mukhriz kekal Raja

✅ UMNO kekal penderhaka

✅ PAS kekal pasu bunga








TAK PASAL PASAL SULTAN KENA NAIK TURUN MAHKAMAH. KERANA KUASA. PERCAYA LAGIKAH KEPADA PARTI MELAYU NIH ?

 TERKINI | 17 September 2026










Firma peguam Halim & Ismail yang mewakili Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan (DKU) telah mengeluarkan notis peguam bertarikh 16 September 2026 kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Hj. Ismail bin Hj. Lasim, 10 Ahli EXCO, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Penasihat Undang-Undang Negeri.


Notis berkenaan mengaitkan secara langsung pengumuman Kerajaan N9 mengenai penurunan takhta DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai tindakan yang tidak sah, melanggar perlembagaan, dan disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa (coup d'etat) serta penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Besar N9.


Pihak peguam turut menegaskan pengumuman itu melanggar Perintah Injunksi Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 5 Jun 2026 yang melarang sebarang perubahan status quo pentadbiran DKU, sekali gus memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap kepimpinan EXCO yang terlibat.


📌Sumber: Notis Peguam Halim & Ismail (Ruj: HI/GEN/0077/2026/SH, 16 September 2026)





PENDOSA QAZAF.


Mona Irzan


Dia nak walikan anak pun tak boleh.







Mohd Izad pendosa qazaf... sampai mati kau tanggung dosa qazaf tu.





FORMULA APA LA PAS NAK PAKAI...


 

PAU JERUNG UMNO : ADIE, ATAN TI/(BAI), MELAYU TAK LUPA UMNO 60 TAHUN SIMPAN JERONG


 

LOKMAN BUKA CERITA BN–PH ! ADA PERUBAHAN BESAR ?


 

Aminuddin pertahan Tuanku Muhriz, dedah kronologi sebenar komplot jatuhkan YDP N. Sembilan

 







Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan beliau tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan media, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap anggota Exco yang terlibat dalam pengumuman 16 September.

Mendedahkan lanjut kronologi krisis kedudukan Tuanku Muhriz, Aminuddin berkata beliau mempunyai pengetahuan langsung mengenai dokumen proklamasi yang menjadi pertikaian kerana dokumen bertarikh 19 April 2026 itu pernah dikemukakan kepadanya ketika beliau masih Menteri Besar.

Menurutnya, dokumen tersebut diserahkan kepadanya pada 20 April untuk ditandatangani menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), namun beliau enggan berbuat demikian.

“Saya enggan menandatangani dokumen tersebut atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan secara terbuka pada ketika itu.

“Pada 20 April 2026, saya telah menjelaskan secara terbuka mengapa saya enggan menandatangani dokumen tersebut. 

“Saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat menerima dan tidak mengiktiraf tindakan Mubarak bin Dohak yang terlibat dalam urusan proklamasi tersebut serta menyempurnakannya pada 19 April 2026. 

“Hal ini kerana beliau bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong dan tindakan tersebut tidak menepati kehendak Perkara 10 UUTKNS,” katanya. 

Aminuddin pada masa sama turut menepis dakwaan bahawa satu siasatan penuh dan lengkap telah dilaksanakan di hadapan beliau sebagaimana yang dikehendaki oleh Perkara 10 UUTKNS.

“Dakwaan ini merupakan suatu pembohongan yang nyata. Tiada siasatan penuh dan lengkap pernah dijalankan di hadapan saya seperti yang didakwa. 

“Malah, hal ini merupakan antara sebab saya enggan menandatangani dokumen proklamasi bertarikh 19 April 2026 itu,” tegas beliau.

Beliau menegaskan tiada sebarang dakwaan pernah dikemukakan terhadap Tuanku Muhriz, malah baginda juga tidak pernah diberi peluang untuk menjawab sebarang dakwaan. 

Hal ini merupakan satu pelanggaran serius terhadap prinsip keadilan asasi.

Beliau turut mempersoalkan perubahan pendirian kerajaan negeri, di mana pada 9 September, kerajaan menyatakan proklamasi berkenaan tidak memenuhi proses dan tatacara Perkara 10, tidak sah serta tidak boleh dilaksanakan.

Namun, pada 16 September, anggota Exco mengumumkan pula bahawa proklamasi tersebut telah lengkap dan berkuat kuasa selepas ditandatangani Menteri Besar pada 3 Ogos.

Aminuddin turut membangkitkan persoalan mengenai kronologi apabila pengumuman itu, menurutnya, menyatakan seorang pengganti telah dipilih pada 19 April sedangkan proklamasi tersebut dikatakan hanya disempurnakan pada 3 Ogos.

“Pengumuman pada 16 September 2026 menyatakan bahawa proklamasi tersebut hanya disempurnakan menurut Perkara 10(2) apabila Menteri Besar menandatangani dokumen berkenaan pada 3 Ogos 2026. 

“Namun, pengumuman yang sama turut menyatakan bahawa seorang pengganti telah dipilih pada 19 April 2026 menurut Perkara 11. Pengganti tidak boleh dipilih selagi jawatan berkenaan masih disandang.

“Saya tidak mengiktiraf pengumuman pada 16 September 2026 itu. Saya menegaskan bahawa Tuanku Muhriz ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” tegas beliau.

Beliau seterusnya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap setiap anggota Exco yang terlibat, sekali gus membuka satu lagi episod dalam pertikaian mengenai kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

1”Tindakan ahli-ahli EXCO mengeluarkan pengumuman pada 16 September 2026 merupakan suatu perbuatan derhaka terhadap Tuanku Muhriz. 

“Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap setiap ahli EXCO yang terlibat,” kata beliau.

13. Namun, tujuh hari kemudian, ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri yang sama pula memutuskan bahawa proklamasi tersebut telah lengkap dan berkuat kuasa. Perubahan pendirian ini sukar difahami.

14. Menurut UUTKNS, ahli-ahli EXCO tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan berhubung dengan kedudukan DYMM Tuanku Muhriz.

Dalam masa sama, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang bersidang pada 13 September mengumumkan pada keesokan harinya bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan proklamasi 19 April tidak sah serta terbatal sejak awal.

Atas alasan itu, Aminuddin berkata beliau tidak mengiktiraf pengumuman anggota Exco pada 16 September dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai penderhakaan terhadap Tuanku Muhriz. Penyifatan “penderhakaan” itu merupakan dakwaan Aminuddin dan bukan suatu penentuan undang-undang.







MELETUP! SANUSI BIDAS KENYATAAN TOK MAT HASAN?!


 

AKMAL MENGAMUK DALAM PAU 2026- KOYAK



BILA BABI MARAH KEPADA NETIZEN





 

@Stanleyreformasichannelsch-m9i Subscribe #kerajaan perpaduan??kes LCS mana???🔥🔥


 

@LensaTv3 Subscribe UMNO Dan PAS, Belum Kahwin Dah Nak


 

@LensaTv3 Subscribe Kerajaan Negeri Sahkan, Tuanku Muhriz


 



‘Jangan terlalu yakin’ – Wan Rosdy beri amaran kepada Umno bagi menghadapi PRU-16


 

1 JAM LALU- MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua EXCO


 

Laung ‘Daulat Tuanku’, tapi sokong penurunan takhta? Kenyataan Pemuda Umno cetus kecaman

 




Kenyataan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin yang mempertahankan kuasa Undang Yang Empat dalam isu penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mencetuskan kecaman netizen.

Rata-rata menyifatkan pendirian itu bercanggah dengan laungan “Daulat Tuanku” yang digunakan pada penghujung kenyataannya.

Mohamad Fadil dalam kenyataan medianya menegaskan hak menaikkan dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar terletak di tangan Undang Yang Empat sebagaimana diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Dia turut menolak penggunaan istilah “derhaka” terhadap pihak yang menyokong proklamasi berkenaan.

“Tidak ada istilah derhaka apabila proklamasi yang telah ditandatangani YAB Menteri Besar Negeri Sembilan disahkan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

“Juak-juak Pakatan Harapan perlu menghentikan segera tuduhan penderhakaan supaya mereka tidak terlihat kurang bijak serta tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959,” katanya.

Semalam, barisan Exco kerajaan negeri mengumumkan pendirian bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah sah dan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu.

Tidak masuk campur

Mengulas lanjut, Fadil menegaskan Umno “langsung tidak masuk campur” dalam urusan tersebut dan mendakwa parti itu sekadar menjalankan amanah serta tanggungjawab yang termaktub dalam UUTKNS 1959.

Namun, penjelasan berkenaan gagal meredakan kritikan di ruangan komen Facebook pemimpin Umno itu.

Ramai dilihat mempersoalkan bagaimana Umno boleh mendakwa tidak campur tangan tetapi pada masa sama tampil mempertahankan proses dan proklamasi berhubung penurunan takhta berkenaan.

Netizen turut mempersoalkan sama ada baginda diberikan alasan dan ruang untuk mempertahankan kedudukannya.

Pengguna Facebook, Annuar Wajidi, secara terus bertanya: “Apa salah Tuanku Muhriz… cerita lah… lepas tu bagi la dia bela diri.”

Ada turut mengungkit dakwaan sebelum ini bahawa Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata beliau menandatangani satu dokumen berkaitan di bawah paksaan.

Bagi Hafiz Hassan pula, beliau menegaskan pertikaian sebenar bukan sekadar mengenai sama ada Undang mempunyai kuasa, sebaliknya berkaitan proses penurunan itu sendiri.

“Orang persoalkan proses penurunan tu… telus dan mengikut prosedur ke tidak,” katanya.

Lebih keras, beberapa netizen menggunakan perkataan “derhaka” dan “pengkhianat” terhadap pihak yang menyokong penurunan Tuanku Muhriz.

Pendirian pemimpin Umno berkenaan itu juga mengundang sindiran: “Pakar tebuk atap… sekarang tebuk istana.”

Ada juga yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri selepas anggota pentadbiran mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Muhriz sebelum pertikaian mengenai status baginda memuncak.

Pertikaian itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mempersoalkan perubahan pendirian kerajaan negeri serta kuasa Exco dalam menentukan kedudukan Tuanku Muhriz.

Beliau mendakwa tindakan Exco berhubung perkara tersebut sebagai penderhakaan dan menggesa tindakan undang-undang diambil.





BAGI LAH KENAIKAN GAJI DAN ELAUN. TAK BANYAK SEDIKIT, CERAMAH PULOH PULOH RIBU KUTIP

 

Bangunan Pasti Pendang musnah terbakar

Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

Suasana cemas menyelubungi pusat tersebut, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat memandangkan kanak-kanak mahupun tenaga pengajar yang berada di lokasi berjaya diselamatkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kemusnahan kebakaran dianggarkan mencecah 70 peratus, laporan Sinar Harian.



KEH..KEH...KEH..JENUH BUAT POTCAST TARIK PENGUNJUNG.....NAK BAYAR SAMAN

 

RM280,000 belum bayar, Papagomo cuba tangguh, mahkamah kata ‘tak cukup alasan’ 

Permohonan pempengaruh media sosial Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman bayaran RM280,000 kepada Lim Guan Eng dan anaknya ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan defendan gagal menunjukkan wujudnya keadaan khas yang membolehkan pelaksanaan penghakiman ditangguhkan sementara menunggu rayuan yang difailkan pada 2 Jun lalu.

Memetik Utusan Malaysia, dalam penghakimannya, Roslan berkata alasan bahawa Papagomo yakin akan berjaya dalam rayuan tidak mencukupi untuk mahkamah menggunakan budi bicara memberikan penangguhan.

Menurut hakim, Papagomo juga berhujah bahawa rayuannya akan menjadi akademik sekiranya jumlah penghakiman dibayar terlebih dahulu.

Beliau turut mendakwa akan berdepan prosiding kebankrapan sekiranya Guan Eng dan anaknya mengambil langkah menguatkuasakan penghakiman berkenaan.

Namun, hujah itu tidak meyakinkan mahkamah untuk memberikan penangguhan.

“Defendan mendakwa beliau akan berjaya dalam rayuannya dan rayuan itu akan menjadi akademik sekiranya jumlah penghakiman dibayar sekarang.

“Defendan turut berhujah bahawa beliau akan berdepan prosiding kebankrapan sekiranya plaintif melaksanakan penghakiman tersebut. Alasan-alasan ini tidak membantu mahkamah dalam melaksanakan budi bicaranya untuk memberikan penangguhan,” kata Roslan.

Mahkamah turut memerintahkan Papagomo membayar RM5,000 kos kepada pihak plaintif.

Keputusan itu susulan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 19 Mei lalu yang mendapati Papagomo bertanggungjawab atas fitnah terhadap Guan Eng dan anaknya, Clint Lim Way Chau, berhubung satu hantaran Facebook pada 14 Mac 2020.

Dalam hantaran tersebut, Papagomo mendakwa Clint ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana membawa masuk wang tunai RM2 juta tanpa pengisytiharan, selain mendakwa Guan Eng pergi ke Singapura selepas kejadian itu.

Mahkamah kemudian memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 ganti rugi kepada Guan Eng dan RM80,000 kepada Clint, selain kos masing-masing RM30,000 dan RM10,000.

Saman itu difailkan Guan Eng dan Clint pada 19 April 2020, dengan kedua-duanya mendakwa hantaran berkenaan mengandungi kenyataan fitnah yang menjejaskan reputasi mereka.

Dalam prosiding hari ini, Guan Eng dan Clint diwakili peguam Simon Murali, manakala Papagomo diwakili peguam Norfazilah Jaafar. Peguam Simon kemudian memaklumkan bahawa pihaknya belum memfailkan sebarang permohonan untuk menguatkuasakan jumlah penghakiman terhadap Papagomo.

Rayuan Papagomo masih berjalan, namun keputusan hari ini bermakna perintah bayaran RM280,000 itu tidak digantung oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu proses rayuan.




SAH UMNO DERHAKA- KEKAL DAN NAIK MAHKAMAH

 




BERITA  1


Penyatuan Ummah sangat.. Raja Melayu pun dia nak gulingkan.. Ape yang penyatuannya?

Apepun tahniah la yang mengundi BN PN.. Mereka derhaka kepada Raja ketika Hari Malaysia.. 🫣😬



BERITA 2 HARI INI- NAK JUGA YTB TURUN TAHKTA

Penyatuan Ummah sangat.. Raja Melayu pun dia nak gulingkan.. Ape yang penyatuannya?

Apepun tahniah la yang mengundi BN PN.. Mereka derhaka kepada Raja ketika Hari Malaysia..



'SUK diminta teruskan proses pewartaan turun takhta Tuanku Muhriz'

Diterbitkan: Sep 17, 2026 1:36 PM

Kerajaan negeri Negeri Sembilan sedang berusaha mewartakan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu bagi menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



BERITA    3

DKU tegaskan kedudukan Tuanku Muhriz kekal, tindakan exco cubaan rampasan kuasa, derhaka

Diterbitkan: Sep 17, 2026 12:35 PM

Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mengesahkan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar negeri itu.





Hari Malaysia 2026: MA63 Adalah Waad Harus Dihormati, Dilaksanakan – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026.

KUCHING, 16 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah satu waad atau ikatan nasional yang harus dihormati dan dilaksanakan kerana ia merupakan satu ikatan janji dibuat pemimpin-pemimpin Malaysia yang terdahulu.

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Di hadapan kira-kira 5,000 hadirin, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sehingga kini, sebanyak sembilan tuntutan dalam MA63 telah diselesaikan Kerajaan MADANI.

“Kita sudah berjanji. Bapak-bapak (pemimpin) kita dahulu telah memutuskan untuk memperkuat ikatan (Malaysia) ini. Sebab itu, kita harus mengambil serius dalam meneliti, menelaah semua keputusan-keputusan yang telah kita buat dulu.

“Dan saya perlu menyatakan bahawa isu ini (MA63) tidak mungkin selesai selagi sebahagian daripada rakan-rakan kita di Semenanjung yang berpendapat bahawa MA63 itu hanya urusan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan MADANI telah menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah, serta menyerahkan urusan operasi Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak berkuat kuasa 1 September lalu.

Antara tuntutan yang dilunaskan termasuk keputusan untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal, selain meletakkan wakil tetap kedua-dua negeri itu dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Turut hadir, Tuan Yang Terutama, Yang dipertuan Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri kabinet Persekutuan, Sabah dan Sarawak.





BERITA PELESU

 

Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya: PMO Buat Laporan Polis


Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan pada 17 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 17 Sep – Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

PMO menegaskan, surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya PLUS adalah palsu.

Menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

“Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” jelas kenyataan itu.

PMO menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.