PEMIPUAN KEWANGAN ONLINE RM4 JUTA SEHARI, KERAJAAN BUAT APA?


PETANI MINTA SUBSIDI PESAWAH DIBAYAR TUNAI, BAUCAR


DUA DARJAT YANG BERBEZA







 

PARTI ANA PUN SOKONG


 

TUNGGUL ATAU TERUNGGUL ?






 

HATI HATI MASA NAK PANGKAH PAS.SEBAB BUKAN PAS YANG DULU...PAS SEKARANG BENDERA PUN TAK MAHU GUNA BENDERA BULAN PURNAMA DULU.

 

Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama, kata penganalisis




Penganalisis berkata bendera bulan adalah sinonim dengan PAS dan perubahan akan menjejaskan peluang parti itu pada pilihan raya umum (PRU). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menukar logo Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan berhasil kerana pengundi hari ini lebih bijak daripada apa yang difikirkan oleh ahli politik mengenai mereka, kata dua penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata PN memandang rendah tahap kebijaksanaan dan kematangan pengundi dengan mengambil jalan itu terutamanya ketika menjelangnya PRU.

“Ia tidak akan membawa banyak perbezaan kerana pengundi kita cukup matang dan bijak untuk mengetahui bahawa menukar logo hanyalah memberi wajah baharu manakala segala-gala di dalamnya hampir sama.

“Memiliki logo baharu tidak akan mengubah apa-apa kecuali sedikit faktor ‘feel-good’. Jika kepimpinan, strategi dan aura parti dalam gabungan itu masih sama, ia tidak akan membawa sebarang perbezaan besar,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Azmi Hassan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk menggunakan logo baharu PN pada PRU15.

Hadi berkata, perubahan itu tidak akan mengubah agenda parti Islam iaitu perpaduan ummah, dan kerjasamanya dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).

Azmi berkata, pemimpin PN bertindak demikian kerana prestasi buruk gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini dan oleh itu, ia memerlukan “kambing hitam”, yang mana mereka dengan mudah memilih logo.

“Saya jangka Bersatu akan peka dengan sentimen pemimpin dan ahli PAS kerana lambang bulan dan warna hijau adalah jiwa parti Islam itu. Saya pasti anda akan menemui bulan di suatu tempat dalam logo dengan latar belakang hijau.

“Apa saja yang mereka lakukan, ia tidak akan membawa banyak perubahan kerana intipati parti dalam gabungan itu akan sama,” katanya.

Awang Azman Pawi.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata biarpun pertukaran logo tidak banyak memberi kesan terhadap PN, ia mungkin menyebabkan PAS kehilangan beberapa kerusi kerana penyokong tegarnya tidak boleh menerima perubahan mendadak itu, khususnya ketika PRU15 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Hanya logo sahaja baharu tetapi wajah lama masih menjadi calon pada PRU15. Ia akan menjadi sangat sukar bagi PAS kerana parti itu sinonim dengan bulan dan bendera berwarna hijau sejak 50 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kemunduran itu akan dirasai kebanyakannya di negeri-negeri Pantai Timur dan kawasan luar bandar dan separa bandar di negeri-negeri lain di mana PAS mendapat sokongan yang baik.

AUNS....ISLE TERAMCAM

 


Lelaki hina Islam dalam rakaman audio dibebas dengan jaminan polis





Lelaki itu bersama beberapa individu lain menerusi rakaman audio dipercayai menghina Islam dilakukan tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai menghina Islam menerusi rakaman audio yang tersebar di media sosial dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din, berkata ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek yang juga seorang duda berusia 59 tahun berakhir, hari ini.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan di rumahnya di Chendering kira-kira 1 pagi, pada 20 Jul, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Hari ini, suspek yang berdepan pertuduhan penyalahgunaan dadah turut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, suspek sudah menjelaskan denda sementara menunggu arahan pihak pendakwaan.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menghina Islam serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar menerusi media sosial, sejak 18 Jul.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati rakaman audio itu dilakukan tahun lalu.

MOU AKHIRNYA AKAN DIPUTUSKAN- MAIL SABRI JUGA DALAM BAHAYA

 


PM, PH capai kata sepakat akhiri MoU, akan maklum dalam tempoh terdekat





Kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU bagi membentuk kerjasama dwipartisan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat berhubung tarikh akhir memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai 13 Sept tahun lalu.

Ketua Whip PKR, Johari Abdul, berkata keputusan dicapai dengan perdana menteri itu bukan sahaja membabitkan PKR, namun meliputi PH secara keseluruhan.

Bagaimanapun, katanya, perincian kesepakatan yang dicapai itu belum didedahkan oleh pimpinan PH, dan dijangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan yang dicapai ialah dalam PH, bukan keputusan PKR sahaja. Yang kita faham ialah apa juga keputusan itu membabitkan pimpinan PH dengan perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya difahamkan sudah ada kata sepakat antara pimpinan PH dengan perdana menteri, yang tidak dimaklumkan kepada kami lagi buat masa ini. Besar kemungkinan, sebaik sahaja PH buat keputusan, ia akan diumumkan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini MoU antara kerajaan-pembangkang, susulan terdapat percanggahan mengenai tarikh luput MoU.

Sebelum ini, pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, pula dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tidak akan melanjutkan MOU terbabit, selepas 31 Jul.

Berdasarkan semakan, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik menjelaskan dokumen itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-14.

Dokumen itu juga menjelaskan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Jul.

TIKTOK-KISAH WALAUN KENA HANCING-DENGAR ORANG MUNAFIK BOHONG AHLI


 

ULASAN MAMAT INI BAIK UNTUK DIDENGAR


 

DIA CAKAP BENDA LAMA PUNYA...KAH...KAH



 

TIKTOK HASSAN KARIM...NAJIB PATUT DIPENJARA SEBELUM KE MAHKAMAH RAYUAN -UNDANG UNDANG 2 DARJAT


 

Tidak Sahih ,Cuti itu masih dalam kajian .lagipun sajat belum mohon. harap maklong ....KEH ..KEH


ADI PAREY





 

NAJIB PECAT SHAFEE, LANTIK ZAID IBRAHIM TENTUKAN NASIBNYA DI RAYUAN AKHIR KES SRC

 

Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Bekas perdana menteri itu yang memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018, semalam dengan serta-merta, melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam, yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta-merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.

Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa Najib memaklumkan yang beliau melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

“Sehubungan itu, pihak kami sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST, yang dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hari ini,” kata surat itu.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co dilantik mewakili Najib sejak beliau dituduh dalam kes SRC International pada 4 Julai 2018.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen’s Counsel (QC) atau Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir kes berkenaan.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara, memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom. 

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu, bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana. SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannyaberhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan Jho Low menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Rayuan akhir itu dijadualkan didengar selama 10 hari bermula pada 15 Ogos ini.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/980364/najib-pecat-shafie-lantik-firma-zaid-ibrahim-kendali-kes-rasuah-src

Sementara itu, Najib Razak yakin pelantikan barisan peguam baharu akan memberikan perspektif berbeza dalam pembelaan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan negara, SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penukaran barisan peguam itu dilakukan selepas Queen’s Counsel (peguam kanan dari United Kingdom),Jonathan Laidlow tidak diterima masuk untuk mewakilinya dan selepas berunding dengan peguam di Singapura dan peguam bela kanan India berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Pekan itu mengesahkan pelantikan Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara dan Kaunsel (peguam), Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.

“Pelantikan itu berkuat kuasa semalam. Peguam cara terdahulu iaitu Shafee & Co dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dan peguam dalam semua kes lain membabitkan di mahkamah.

“Saya ingin merakamkan sokongan dan penghargaan kepada seluruh pasukan guaman atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil.

“Adalah tidak adil bagi media untuk membuat kesimpulan atau melaporkan bahawa Shafee & Co disingkirkan daripada kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber –



IBUBAPA DOK KACAU GURU-GURU...TEKANAN GURU BESAR DAN PENGETUA..JABATAN PULA MINTA MACAM MACAM PROSEDUR...SEMUA CIKGU KENA BUAT...PALING BANGANG SEKALI BAHAGIAN ASET...LANTIK LA KAKITANGAN LAIN SELAIN GURU

 


648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal



Shuhada Abdul Kadir
648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal
648 guru di Melaka dikesan alami tekanan, sebahagian bersara awal. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sepanjang berkhidmat sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.
Perkara itu dimaklumkan pada hari kedua Persidangan Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, angka itu dikesan selepas saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang dilakukan secara sukarela dibuat melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.
Katanya, daripada jumlah itu juga, 28 atau 4.32 peratus guru berada pada tahap kemurungan dan beberapa tindakan diambil untuk memulihkan keadaan itu seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga Jabatan Pendidikan negeri.
“Saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan negeri adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini.
“Selain itu, Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif COVID-19 turut dilaksanakan kearah melahirkan guru yang seimbang dari setiap aspek," katanya.
Muhamad Akmal (BN-Merlinau) terdahulu menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai punca kebanyakan guru mengambil tindakan bersara awal di negeri ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai peruntukan untuk menaik taraf dan pembaikan sekolah di Melaka, Muhamad Akmal berkata, pembinaan sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada sudah mencapai bilangan bilik darjah fizikal 36 bagi sekolah rendah dan 42 bilik darjah bagi sekolah menengah.
"Mengikut rekod, permohonan projek baharu yang akan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau, diikuti menaik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin.
"Turut diberi tumpuan, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek," katanya.