ZAMAN KAPIAQ DAP JADI KER4AJAAN PUN PUKOI 12 TUTUP....JUDI 22 KALI TURUN 8...KOMAN LA KALAU PEMUDA ISLE BERSUARA SETAKAT TUTUP JAM 12 MALAM ? WOIII...JOM PADANG MERBUK LA..APA LAGI..

 

Pemuda PAS gesa kelab malam ditutup mulai 12 tengah malam

Diterbitkan:  May 13, 2022  


mk-logo
BERITA
Pemuda PAS gesa kelab malam ditutup mulai 12 tengah malam
Diterbitkan:  May 13, 2022 3:49 PM
⋅
Dikemaskini: 3:49 PM

Pemuda PAS menggesa masa operasi kelab malam dan pub diminimumkan dengan menutup semua premis berkenaan bermula daripada pukul 12 tengah malam.

Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membenarkan pembukaan semula premis terbabit setelah operasinya dihentikan selama dua tahun akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.

"Bagaimanapun, pihak MKN dan KPKT perlu bersegera bersikap rasional dalam membuat keputusan terhadap pembukaan kelab-kelab malam ini beroperasi dengan pengawalan yang lebih ketat yang perlu dikenakan terhadap pusat-pusat hiburan.

"Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS bercadang bagi pihak MKN, KPKT dan PBT untuk memberikan pantauan dan kawalan terhadap operasi pembukaan pusat hiburan kelab-kelab malam dan pub.

“Antaranya masa beroperasi perlu diminimumkan dengan menutup semua kelab malam dan pub bermula dari jam 12 tengah malam," kata ketua penerangan PAS, Nazir Helmi dalam satu kenyataan.

Selain itu Nazir juga menggesa kelab malam tidak dibuka di kawasan bukan tumpuan pelancong dan di kawasan perumahan yang majoritinya Melayu Islam.

Dia juga meminta pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan terhadap kelab malam haram yang beroperasi tanpa lesen dan yang melanggar peraturan serta tidak membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut.

Pada 27 April lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kelab malam akan dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei ini apabila Kementerian Kesihatan menarik balik senarai aktiviti dilarang akibat wabak Covid-19.

Dia berkata satu set protokol keselamatan baru dirangka untuk memastikan keselamatan pengunjung ke premis tersebut.





Pemuda PAS menggesa masa operasi kelab malam dan pub diminimumkan dengan menutup semua premis berkenaan bermula daripada pukul 12 tengah malam.

Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membenarkan pembukaan semula premis terbabit setelah operasinya dihentikan selama dua tahun akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.

"Bagaimanapun, pihak MKN dan KPKT perlu bersegera bersikap rasional dalam membuat keputusan terhadap pembukaan kelab-kelab malam ini beroperasi dengan pengawalan yang lebih ketat yang perlu dikenakan terhadap pusat-pusat hiburan.

"Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS bercadang bagi pihak MKN, KPKT dan PBT untuk memberikan pantauan dan kawalan terhadap operasi pembukaan pusat hiburan kelab-kelab malam dan pub.

“Antaranya masa beroperasi perlu diminimumkan dengan menutup semua kelab malam dan pub bermula dari jam 12 tengah malam," kata ketua penerangan PAS, Nazir Helmi dalam satu kenyataan.

Selain itu Nazir juga menggesa kelab malam tidak dibuka di kawasan bukan tumpuan pelancong dan di kawasan perumahan yang majoritinya Melayu Islam.

Dia juga meminta pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan terhadap kelab malam haram yang beroperasi tanpa lesen dan yang melanggar peraturan serta tidak membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut.

Pada 27 April lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kelab malam akan dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei ini apabila Kementerian Kesihatan menarik balik senarai aktiviti dilarang akibat wabak Covid-19.

Dia berkata satu set protokol keselamatan baru dirangka untuk memastikan keselamatan pengunjung ke premis tersebut.

 

PANDANGAN SAYA...

 Malam ini, saya hadir menyaksikan Debat Perdana di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Datuk Seri Najib Razak (DSNR) di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Kuala Lumpur.


Mungkin pandangan saya mempunyai bias sebab saya hadir sebagai pasukan penyokong DSAI tetapi saya berpendapat bahawa DSAI telah berdebat dengan lebih baik dan berjaya mematahkan hujah pihak lawan dengan cekap.


Sementara DSNR berusaha menyakinkan orang ramai bahawa perlu menyelamatkan syarikat Sapura Energy kerana dilihat sebagai syarikat strategik dan melibatkan kepentingan banyak pihak, DSAI pula menegaskan perlunya akuantabiliti dan kebertanggungjawaban pihak pengurusan korporat terhadap kegagalan mereka dan kerajaan tidak seharusnya "bailout" mana-mana syarikat dengan sewenang-wenangnya.


Apabila DSNR menggunakan analogi "memperbesarkan kek ekonomi" sebagai mantra pengurusan ekonominya, DSAI dengan petah menjawab "jangan makan kek seorang" dan mempersoalkan siapa yang dapat bahagian kek yang lebih besar. Bagi saya, hujahan balas ini merupakan "highlight" dalam debat malam ini. 


DSNR masih mempertahankan mantra "Cash is King" dan cuba putar belit kononya "king" yang dimaksudkan ialah rakyat...maksudnya "cash is rakyat"? Saya tak faham logik tersebut.


DSAI pula dengan berani menyatakan bahawa bahawa "cash is king" ini akan menjadi masyarakat kita mempunyai "dependency syndrome" di mana golongan miskin akan sentiasa bergantung kepada golongan elit politik untuk bantuan dan terasa terhutang budi kepada mereka tanpa satu pendekatan jangka panjang untuk memerdekakan mereka daripada masalah kemiskinan. 


DSNR juga cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berintegriti yang melaksanakan tender terbuka dan memberi contoh kejayaan MRT 1. Suka saya ingatkan beliau bahawa projek ECRL yang memakan kos lebih RM50 billion tidak pernah melalui tender. Dan ECRL juga bukan satu pelaburan daripada luar tetapi Kerajaan Malaysia juga yang perlu bayar bil tersebut dalam jangka masa panjang.


Yang paling lucu malam ini ialah apabila DSNR menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan agenda DSAI untuk melawan rasuah dan mana-mana kes penyalahgunaan kuasa mesti diambil tindakan! Bukankah subjek rasuah terbesar dan penyalahgunaan kuasa yang luar biasa merujuk kepada dirinya sendiri? Maksudnya Najib bersetuju dengan Anwar bahawa Najib perlu diambil tindakan?


Apabila DSNR mengaju soalan kepada DSAI berkenaan pendirian beliau terhadap isu penutupan siasatan terhadap skandal Forex yang melibatkan kerugian RM30 billion 30 tahun yang lalu, DSAI dengan tegas mencabar balik beliau supaya meminta Perdana Menteri sekarang untuk membuka semula kes tersebut dan menyiasat semua kes lampau yang melibatkan golongan elit politik. Saya rasa ramai yang duduk di sebelah blok pasukan Najib menggigil. 


Kesimpulannya, saya rasa DSAI telah menampilkan kebolehan dan keyakinan di pentas debat. Budaya debat ini memang merupakan satu usaha yang baik dan harus digalakkan di kalangan pemimpin politik. Saya berharap plafform debat langsung seperti malam ini akan diperbanyakkan terutama semasa kempen PRU 15 yang akan datang. Kita perlu berusaha menyuburkan proses demokrasi di negara kita dan menggalakkan pemikiran kritis di kalangan rakyat Malaysia!


———


Ini pandangan YB Anthony Loke Siew Fook. Satu pandangan yg menarik. Semoga kita dapat melihat Malaysia maju kehadapan, aamiin


👆🏼Tulisan dan pandangan Anthony Loke


SELAIN KETINGGALAN BERBANDING ANWAR, BANYAK HUJAH NAJIB JUGA JADI PERSENDAAN NETIZEN

 Walaupun debat perdana antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak malam tadi telah berakhir sebelum jam 11 malam tadi, tetapi perdebatan di media sosial mengenainya masih lagi berlarutan sehingga ke awal pagi.

Paling teruk diperdebatkan ialah hujah yang dilontarkan Najib untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Sapura Energy.

Sementara beliau menyatakan penyelesaian yang dicadangkannya tidak melibatkan duit rakyat, tetapi beliau mencadangkan agar Petronas mengambil alih Sapura Energy.

Video Player
00:00
03:24

Selain Anwar sendiri mempersoalkan bahawa Petronas itu milik siapa jika bukan milik kerajaan yang bermakna ia milik rakyat, rata-rata netizen turut menempelak Najib dengan hujahnya itu.

Jika Petronas bukan milik rakyat, apakah ia kepunyaan Jin atau Ahmad Albab? demikian banyak persendaan yang banyak ditanyakan oleh netizen kepada Najib.

Penyelesaian kedua yang dicadangkan Najib untuk menyelamatkan Sapura Energy ialah dengan bank-bank harus memberi pinjaman yang dijamin oleh kerajaan.

Sekali lagi Najib dipersoalkan melalui cadangannya itu kerana jika kerajaan yang dijadikan penjamin dan apabila Sapura Energy gagal membayar pinjaman itu akhirnya, maka sudah tentu kerajaan yang akan menanggungnya.

Video Player
00:00
03:06

Kalau kerajaan yang akhirnya kena menanggung beban pinjaman itu, tidakkah ia bermakna duit rakyat juga yang menjadi pertaruhannya?

Ternampak kerana terlalu ghairah ingin menyelamatkan syarikat itu, Najib seolah-olah terlupa kepada hakikat bahawa duit rakyat itu ada pelbagai bentuk serta cabangnya.

Sama ada duit Petronas yang sahih-sahih merupakan duit rakyat, mempertaruhkan kerajaan sebagai penjamin juga bererti merisikokan duit rakyat untuk terbang melayang begitu saja.

Dalam hal ini, Anwar lebih jujur dan praktikal di mana selain tidak menolak keperluan membantu syarikat yang bermasalah yang memerlukan bantuan, tetapi mahukan forensik audit dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca masalah dan kepincangan serta mungkin ada jenayah yang berlaku, tambahan lagi kerugian Sapura Energy telah dibangkitkan sejak 2016 lagi.

Bantuan, bagi Anwar bukan tidak boleh diberikan, tetapi ia mestilah dengan cara yang betul dan tidak mengulangi banyak siri “bail out” yang gagal sebelum ini.

Video Player
00:00
01:28

Turut menjadi persendaan netizen ialah hujah Najib berkaitan “cash is king” di mana kali ini beliau mentafsirkan “king” itu adalah rakyat.

Ternampak jika dulu Najib menganggap wang tunai adalah raja, kini setelah ditolak rakyat dan hilang kuasa, baginya raja atau king yang sebenar ialah rakyat.

Dipersendakan lagi tanggapan itu oleh netizen bahawa patutlah berbilion-bilion direlakan masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tidak terkecuali dipertikaikan apabila Najib bercakap tentang membesarkan kek ekonomi untuk diagih-agihkan kepada rakyat.

Anwar dalam hujah balasnya menyindir – kalau ada kek, jangan kita makan seorang.

Lepas itu, tambah beliau, siapa yang akan menentukan pembahagian kek tersebut dilakukan dengan benar-benar adil.

Jika kilasan yang dibalas Anwar berkaitan Petronas kepunyaan siapa dan kalau ada kek, jangan kita makan seorang telah berjaya memerahkan muka Najib, cubaan beliau mengasak Ketua Pembangkang tentang skandal forex sekali lagi membuatkan wajah bekas Perdana Menteri itu berbelang-belang kemerahan.

Menurut Anwar, beliau tiada masalah jika kes forex mahu dibuka semula, malah kalau esok Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob boleh bercakap dengan Peguam Negara agar membuka semula siasatannya, beliau juga amat mengalu-alukannya.

Video Player
00:00
02:51

“Ini beza saya dengan Najib, saya tidak mahu mana-mana kes yang melibatkan ahli politik menggunakan jentera politik untuk menutup kes mereka atau menggunakan jentera kerajaan untuk menekan orang lain.

“Jangan guna alasan kes tutup atau pendakwaan terpilih, apa yang menghalang Peguam Negara sekarang daripada membuka semula kes itu?

“Tiada masalah sama sekali kerana Perdana Menteri sekarang daripada UMNO, buat mesyuarat MT dan arahkanlah,” tambah Anwar yang paparan kamera kemudian memperlihatkan Najib termenung dengan jawapan tersebut.

Oleh kerana barangkali ini merupakan pengalaman pertama Najib berdebat, tambahan lagi lawannya ialah Anwar yang memang diketahui berdebat atau berpidato adalah “makanannya”, banyak lagi beliau dilihat agak ketinggalan dan berjaya dimatikan hujahnya.

Jika diulang tonton sekali lagi, semua itu boleh dilihat dengan ketara sekali.

Apa pun, debat malam tadi telah berjaya memeriahkan dunia politik negara dengan lebih banyak lagi siri perdebatan lain melibatkan tokoh-tokoh lain harus terus diadakan daripada semasa ke semasa. – ShahbudinHusin 13/05/2022.