KENALI ANWAR BUKAN DARI MUSUH POLITIK



LAUNGAN REFORMASI





50 tahun lamanya Anwar korbankan diri dan keluarganya

Ketokohan Anwar dicemburui...


Ramai generasi muda atau mereka yg tidak cenderung kpd dunia politik percaya apa yg ditohmah musuh politik Anwar Ibrahim. Mereka mengenali Anwar dari musuh politik yg mana tanpa mereka sedari segala 'kejahatan' dlm dunia ini ada pada diri politikus.

Ketika ayah dan ibu Ketua Armada, Syed Saddiq masih belajar lagi, Anwar Ibrahim sudah dijulang oleh Mahasiswa sebagai hero mereka dan pejuang rakyat. Peristiwa Baling itu akhirnya telah membawa Anwar ke penjara buat pertama kalinya. Sedangkan Hishamuddin Rais lari merentasi negeri dan negara.

Tun Mahathir sendiri dpt mengesan ketokohan Anwar. Tun ketika itu berhadapan dgn PAS yg memainkan isu2 agama dlm memerangi UMNO. Anwar dijemput oleh Tun utk mengimbangi tekanan musuh politiknya.

6 tahun selepas itu juga Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yg berperanan membantu Tun melawan musuh politiknya, Tengku Razaleigh. Tapi generasi muda skg tidak mengenali bagaimana kehebatan ketokohan Anwar sehingga ada mengatakan Anwar sudah tidak relevan.

Mereka terlupa 4 tahun lalu Tun Mahathir dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dtg 'mengadap' Anwar tanpa berasa malu utk memohon jasa baik Anwar merestui mereka utk bersama PH melawan BN. Jika Anwar tidak hebat dan relevan lagi... cukup Tun dan Muhyiddin melawan BN tapi mereka tahu mereka berdua tidak mampu.

Buktinya Bersatu yg paling byk bertanding di kerusi Parlimen adalah parti yg paling sedikit menang dalam PRU lalu. Membuktikan aura Tun dan Muhyiddin tiada di hati rakyat. Kedua nama ini hanya dikagumi kalangan pemimpin sahaja kerana tempoh mereka berpolitik.

Anak2 muda atau buta sejarah ketika PRU 2004 Anwar di penjara PKR hanya ada 1 kerusi Parlimen. Bila Anwar dibebaskan tak sampaikan 3 tahun beberapa negeri seperti Selangor, Perak, PP berjaya dirampas dari PP.

Ketokohan Anwar diiktiraf ke pelusuk dunia. Dlm dunia Islam sendiri Ulama Besar Dunia seperti Dr Yusuf Qardawi, Dr Ahmad Tantaji, Dr Wahbah Zuhaily dan ramai lagi sgt mengenali Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam.

Malah pemimpin dunia menghormatinya sehingga beliau pernah disambut permaidani merah oleh kerajaan Amerika. Layanan istimewa itu dianggap musuh politik Anwar sebagai tali barut Amerika.

Perlu diingat Presiden Erdogan iaitu pemimpin ulung Islam dewasa ini sgt menghormati ketokohan Anwar Ibrahim sehingga mereka menjadi kawan yg akrab.

Begitu dunia Arab... seorang kenalan yg mengikuti rombongan Wan Azizah ke persidangan OIC sebagai TPM memberitahu, ketika bertemu dgn beberapa pemimpin negara Arab mereka bertanya khabar Anwar dan berjanji akn membantu Anwar apabila beliau menjadi PM nanti.

Secara peribadi bagi saya sb utama Tun tidak mahu Anwar menjadi PM bukan kerana prinsip Anwar yg memerangi rasuah tetapi ketokohan yg ada pada Anwar sgt dicemburui Tun. Tun rela mengambil Pak Lah yg dianggap Menteri yg lemah semata
mata utk beliau dilihat sebagai pemimpin ulung negara.

Tun tahu Anwar mampu mengembalikan era kegemilangan Malaysia era 90 an dikenali sebagai Asian Tiger di kana ketika itu Anwar Ibrahim diakui oleh dunia sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia.

Tun tahu dgn hubungan baik Anwar dgn dunia luar terutama negara2 Teluk, integriti dan sgt membenci rasuah... Malaysia akn lebih gemilang di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim. Ini terbukti negara Filipina dan Indonesia yg memerangi rasuah ekonomi negara terbabit berkembang pesat.

Negara2 dunia yg maju kerana amalan rasuah sgt minima. Singapura, Jepun, Norway, Sweden, New Zealand maju kerana mereka berjaya memerangi rasuah.

Kemusnahan negara sehingga berpuluh tahunnya kerana rasuah terbesar di Filipina membuatkan berjuta rakyatnya merempat ke negara luar di seluruh dunia. Perlu diingat di penghunjung era 80 an tiba2 kita mula ketinggalan dari Korea. Ini kerana amalan rasuah yg mula berlegar di kalangan pemimpin2 negara ketika itu.

Sebab itulah musuh politik Anwar berpuluh tahun lamanya cuba memburukkan beliau. Mahathir adalah insan yg paling membenci Anwar. Begitu juga pemimpin2 korup yg lain.

Ini kerana mereka tahu menjadi ahli politik tidak mampu membuatkan mereka jadi kaya raya jika tiada rasuah. Apa la guna menjadi pemimpin tetapi menjadi hamba kpd rakyat semata mata. Sdgkan berpuluh tahunnya tradisi menjadi pemimpin mereka disanjung, disambut bagaikan dewa dan hidup dlm kemewahan tanpa dipersoalkan.

Itulah sb org Melayu berebut rebut mahu menjadi pemimpin dan pengampu pemimpin. Tak rasa bersalah dgn rakyat apatah lagi gerun dgn Allah atas perbuatan mereka.

Saya ingin bertanya kpd mereka yg terpengaruh dgn musuh politik Anwar... ada kalian jumpa pemimpin yg sanggup dipenjarakan hampir 10 tahun dlm hidupnya di negara ini? Dia keluar penjara dia lawan... sdgkan dia ditawarkan oleh beberapa negara Teluk 'suaka politik' tetapi dia memilih lawan utk rakyat.

Baru2 ini beliau ditawarkan utk menduduki kerusi no 2. Tapi Anwar yg kita kenali dia seorang yg berintergriti. Tidak mudah disuap dgn jawatan dan kuasa dan kita tidak perlu bimbang kerana dibibir Anwar dia hanya meratib nasib rakyat terbanyak. Idealisma dia menjadi teras perjuangan PH yg sgt disenangi rakyat.

Difitnah dia lawan di mahkamah. Dipukul, dibogelkan, dipenjarakan dan paling hina diaibkan sehingga menderita ahli keluarga Anwar.

Buktik Anwar didedami musuh politik, kes beliau hingga terpaksa diadakan adakan bukti. Sdgkan yg ada pemimpin yg ada bukti yg nyata dgn video dan pengakuan perakam tidak langsung didakwa.

Sb itu jika kita tidak faham politik jgn bila disebut nama Anwar terus membenci... sama seperti bila dgr nama DAP terus membenci... itu tandanya kita mudah diperbodohkan atau diperhambakan politikus yg ketagih mencuri wang rakyat.

Walaupun Tun dan Najib cuba membunuh karakter Anwar tetapi rakyat menyambut Anwar sebagai wira. Tidak pernah berlaku seorang pemimpin disingkirkan dan diaibkan disambut 100 ribu rakyat di Dataran Merdeka.

Ratusan ribu pengkagum Anwar kini berdebar menunggu keputusan. Mereka bukan taksub membuta tuli kerana mereka tahu dgn Anwar tiada apa projek yg mereka akn perolehi tetapi memahami bahawa pada tubuh lelaki  bernama Anwar ini akn mampu membawa perubahan kpd negara.

Bukan sekadar ekonomi tetapi membawa perubahan kpd sikap org Melayu yg sudah sinonim dgn rasuah. Intergriti dan keberanian Anwar Ibrahim adalah pemimpin yg dinantikan nantikan oleh rakyat perbilang kaum yg mahu harta negara ini dipulangkan kpd rakyat dan bukan kpd beberapa pemimpin yg korup.

KAH,KAH...DAH ADA RASA PN NAK TUMBANG GAMAKNYA...


Shahbudin Hussein

Kenapa Presiden UMNO tiba2 kata sudah siap siaga untuk PRU15, sedangkan tempoh Parlimen bubar ialah 2023?

Adakah ini bermakna Zahid Hamidi sudah dapat rasa Muhyiddin akan dijatuhkan dalam waktu terdekat, lalu mengharap Parlimen akan dibubarkan?

Hmmmm.....


100 PENCAPAIAN PN DALAM 100 HARI



1) Semuanya lebih teruk di zaman PN dari PH di ganda dengan tiga
2) Kesemua MP PN mendapat jawatan rashwah Menteri dan GLC
3) Forecast MIER 2.4 juta Pekerja Hilang pekerjaan
4) Menteri Maskot Agama yang tak ada function macam bunga plastik hiasan
5) Acap kali anggota keselamatan mati kena langgar akibat pemabuk
6) DAP belum di haramkan
7) Dong Zhong belum di haramkan
8) UEC belum di haramkan siap TAR college dapat extra fund
9) Mutfi Ghadr masuk gua janji nak tegur MY
10) Kali pertama parlimen hanya ada titah YPDA dan tak bersidang; tapi rampas Dun berjalan lancar
11) Reza Aziz bebas lepas pulangkan separuh wang curi
12) Air Suam boleh bunuh Covid
13) Ada 500 negara dalam dunia
14) Unit mengukur berat jisim sudah tukar jadi 10 kilometer
15) Lebai PAS kata arak di bolehkan
16) Masjid tutup berminggu-minggu bukan sebab DAP
17) Pemandu mabuk hari-hari
18) Rancangan Malaysia ke 12 di tangguh sebab PN tak ada majoriti
19) Budget tambahan lulus luar parlimen
20) Parti pemerintah pertama yang ada di belah kerajaan dan pembangkang
21) Malaysia beli spy software dari Isreal di bawah Najib Razak yang kini sebahagian dari MP PN
22) Dalil dan hukum boleh berubah ikut kepentingan politik parti pemerintah
23) Teknokrat dalam parti lebai adalah muhong besar; yang mereka tahu tambah bini dan tebang balak
24) Krisis Air Kedah boleh di selesaikan oleh Menteri Mewa hanya pada 2040
25) Balak boleh di tebang janji ganti dengan durian musang king
26) Buluh kini jadi tanaman yang bagus lepas mereka bantah Teresa Kok zaman PH
27) Kedah Darul Makmur dan Wisma Darul Iman sudah bertukar geografi
28) Makcik Kiah kena tipu dan hanya dapat 10% dari 8K yang di janjikan; ini lagi teruk dari skim ponzi
29) Bantuan Gaji tambahan yang di janjikan sudah habis peruntukan
30) Islam tidak terancam walaupun 11 minggu tak sembahyang Jumaat
31) Sajat masih lagi berpakaian perempuan
32) Tahajjud dengan letak nombor akaun sudah mendapat sertu mutfi dan agamawan
33) Tiada takbir raya di masjid walapun kilang arak sudah boleh beroperasi
34) Harga Ayam dan barang-barang asas naik berkali ganda
35) PM pertama yang tangguh sidang parlimen sebab takut tak dapat undi
36) RUU355 masih di taman di dalam jirat
37) Bekas Pensyarah yang berhenti sebab nak lawan kleptokrat kini berjuang di samping kleptokrat
38) Tender Project 30 juta boleh lulus 50% bayaran pendahuluan sebelum kerja berjalan
39) Kedai Judi boleh di buka janji patuhi SOP; ini tak bermakna Islam terancam
40) Timbalan Menteri Agama hanya mampu like status terdahulu nak haramkan arak walau ada kuasa
41) Permohanan BPN di tolak kalau ada SSM. Kalau ada kes Mahkamah layak dapat GLC
42) Penghina Jawi dari MCA boleh di angkat jadi Timbalan Menteri Pendidikan; Tapi Mutfi Ghadr bisu tak kata apa
43) Solat di masjid kena denda, tapi berkumpul beramai-ramai di pejabat maskot agama di galakkan
44) Bantuan barang-barang RM100 hanya dapat nilai RM30. Lagi RM70 adalah cas penghantaran
45) Engineer Parti Islam tak boleh spot fake picture 500 negara. Dia juga tak boleh spot fake ulama so no wonder
46) Melah bising baju pramugari tak patuh syariah. Tudung melah pun kor singkat lepas jadi Timbalan Menteri
47) Razman Kastam dulu penyokong BMF dilihat hipokrit lepas beli barang dekat kedai apek sebab nak murah punya pasal
48) Keganasan rumah tangga boleh di atasi dengan bersuara doreamon
49) Mufti Utara berhenti jadi jurucakap kerajaan Ghadr lepas geng dia tak dapat lobi Mutfi
50) Gunting Rambut boleh kurangkan tekanan darah
51) TikTok boleh ganti medium pembelajaran dalam talian
52) Overkill penggunaan jargon boleh dapat jawatan timbalan menteri kabinet
53) Kenyataan media dalam bahasa selain dari melayu dan inggeris dibenarkan; even mutfi ghadr pun tak kata apa
54) Menteri KBS endorse main judi kuda sebagai e-sport
55) Heli hilang tiba-tiba boleh jumpa
56) Rahib Melah kunci lori adalah MP yang paling tua dalam dunia, hidup lebih satu abad
57) Cina MCA kalau minta maaf terus berjiwa besar; kalau Cina DAP terus masuk neraka kata Melah Kunci Lori
58) Lebai Boddo dulu kata Menteri Setang bila benarkan arak. Time kawan dia jadi menteri, dia sendiri jadi setang.
59) Konsep fiqh al yahud halaluna wa harammukum di galakkan.
60) Walaun kata Covid takut salji, lepas kena covid sebab main salji dia tadah tin milo
61) Walaun Bekam dulu kata TikTok mudarat, bila lebai kantoi benar tiktok walaun mutarligat
62) Menteri Benarkan kilang arak beroperasi, TokPeti salahkan KSU, lepas menteri kata dia tahu, TokPeti buat-buat tak tahu
63) Menteri Duta Timur Tengah sanggup karang surat palsu pada pempimpin luar negara janji di lantik jadi Menteri
64) PKP kurangkan pencemaran alam sekitar kata meneteri mewa. Buat apa susah2 rangka plan, kita biar sahaja pada alam semulajadi kan?
65) Mak Lampir sembur jalan untuk cegah Covid, why not? Kitakan selalu sentuh jalan dengan tangan
66) Face Mask Komunis lagi murah dari FaceMask Melayu Isle
67) Walaun PAS kata boleh kurung covid dalam botoi.
68) Bantuan boleh di lambatkan sebab nak tepek muka menteri dahulu
69) Kes Adib masih di dalam peti sejuk; AG melayu isle lagi teruk dari TT sampai bapa adib kena tulis surat lagi
70) Kabinet 74 menteri paling besar dalam sejarah dengan 17% lebih perbelanjaan tapi takut masuk parlimen
71) Negara lain bagi bantuan duit dalam akaun bank, kita di beri pilihan keluar wang KWSP sendiri
72) Islam ada penyelesaian untuk Covid19 kata Hadi Awang. dah masuk 100 hari tak nampak lagi apa yang hadi awang canangkan
73) Walaun yang dulu nak langgar menteri agama kini boleh share resepi masak memasak bila ada orang mabuk arak
74) Export minyak sawit ke india sudah jadi halal walaupun Modi zalim pada orang islam di sana
75) Menteri ponteng kerja sebab nak bagi kuliah dhuha
76) Walaun adalah ahli kitab moden
77) Hudud bukan lagi keutamaan sebab takut MCA tak redha
78) Portal Isytihar harta SPRM tidak beroperasi kerana harta MP PN bertambah ekponan setiap hari
79) Penyokong kuat Dong Zhong di angkat jadi menteri, tapi mutfi bisu
80) Sijil ISO9001 yang tamat 4 tahun masih boleh di guna pakai kata menteri mewa
81) Air kencing Adun PN negatif sebab sokong PM atap
82) Menteri Sumber Manusia pakai degree Palsu
83) Lebai PAS tiba-tiba kata tak mampu tunai manifesto nak hapus PTPTN
84) PM pertama yang tak dapat legitimasi dari pemimpin dunia
85) Yang gila kuasa nak jadi PM adalah MY bukan Anwar macam yang di tajjasus of Mutfi
86) Lebai 22 bulan minta bubar parlimen, bila dewa marang jadi Menteri terus marah siapa minta bubar parlimen
87) Negeri Kafir macam Singapura lebih cepat SOP buka masjid sepenuhnya; Menteri agama kita duk bising bab tongkat khutbah.
88) Akaun Twitter SPRM hilang macam hilang kes rasuah reza aziz
89) IQ Graduate King’s College London setaraf dengan Graduate Kolej Sungai Buluh Aliran Rasuah
90) Pemandu mabuk boleh langgar orang di pasar ramadhan, tak pernah jadi zaman PH
91) MP PN wajib lompat pada sesiapa yang boleh bida harga tertinggi
92) Dai’ mualaf yang dulu memekak islam terancam sampai minta bubar parlimen, kini boleh jadi lembut macam span basuh pinggan lihat islam di hina
93) Rakyat mati kelaparan tak makan itu bukan masalah kerajaan, yang penting semua ahli politik kenyang dan tidak kelaparan
94) Khianat halal kalau di buat oleh PM PN, janji dia boleh jadi imam dan pandai baca doa
95) Kali pertama harakah warning jangan menghasut perkauman, lepas puluh tahun makan lendir hasil takfiri dan perkauman
96) Zaman PN malaikat pun hamba sahaya mereka kata Guru TarSenik
97) Lantik pengerusi perlabuhan dari DAP haram, tapi kalau dari MCA halal toyibban
98) MCA sokong parti komunis China pun halal, janji bukan DAP
99) Prof Kangkung Kamarul mohon maaf kali ke tiga sebab post artikel fitnah
100) Penjawat awam yang kritik kerajaan PN terus kena SISPAA, zaman PH tak pernah sekat kebebasan bersuara sebab di jamin dalam artikel 10 perlembagaan negara.
Dipetik daripada FB Mohd Mukhlis Mohd Sharif.

NAK KENAL BODOH ATAU CERDIK, LIHAT POSTING DAN KOMEN INI


AMRAN FANS



Kes pemandu mabuk ni macam gini jela, Amran tak nak taji PAS ke apa walaupun penyokong dan pemimpin PAS rata-rata sembang macam bangang masa zaman PH memerintah dulu. Tak habis-habis nak salahkan menteri. Siap cakap semua kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk tu salah DAP dan Mujahid bagai.
Sekarang ni DAP dan Mujahid dah tak jadi kerajaan, siapa lagi yang kau nak salahkan?
So macam gini jela, isu arak ni kita semua kena terima dengan hati yang terbuka bahawa ianya memang TIDAK BOLEH diharamkan sepenuhnya di Malaysia. TITIK
Lepas ni jangan la ada lagi mana-mana celaka yang mempolitikkan isu arak ni lagi. Tak kira la dari PH ataupun PN. Kalau ada lagi memang Amran terajang kepala kau sampai tercabut.
Cuma apa yang kita boleh buat sekarang ialah memperketatkan lagi peraturan dan hukuman terhadap pemandu mabuk ni.
Amran harap kerajaan PN yang ada hari ni cepat-cepat la teruskan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan PH terdahulu dalam menangani masalah pemandu mabuk ni. Bagi hukuman yang kaw kaw punya. Amran sokong.
Kalau pemimpin MCA memekak meh sini Amran ludah muka dia.











RENTASAN 687 | PANAS!!! INI AMARAN PEMUDA PH KEPADA MUHYIDDIN YASSIN?

MENARIK DALAM RENTASAN 687
1. PEMUDA PH LAPOR SPRM RASUAH JAWATAN UNTUK SOKONGAn 2. BOLEHKAH AHLI PARLIMEN MEMEGANG JAWATAN BERPENDAPATAN? 3. TIBA-TIBA PERAMPAS PULA GELAR MANGSANYA GILA KUASA 4. PH BANYAK KEBAIKAN SELAMA 22 BULAN, KENAPA RAKYAT TAK TAHU?






KERA MENGAMBANG DI PEJABAT PENGERUSI BERSATU?






Maksud pertama: PAS sebagai tetamu rumah PERIKATAN NASIONAL, mahu menghalau UMNO/BARISAN NASIONAL keluar dan menggantikannya dengan KEADILAN, DAP dan BERSATU pimpinan Tun Dr Mahathir. Tidak pasti sama ada gerakan ini melibatkan gerombolan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Azmin Ali. Maksud kedua: BERSATU sebagai tetamu PAKATAN HARAPAN, mahu menghalau AMANAH dari gabungan yang diasaskan oleh parti itu bersama KEADILAN dan DAP. Kedua-dua maksud yang tersirat itu membawa implikasi yang sama. Kera sedang mengambang untuk meninggalkan PERIKATAN NASIONAL, lalu menebuk atap PAKATAN HARAPAN serta menghalau tuan rumahnya AMANAH.

RAKYAT MINTA KUATKUASSAKAN UNDANG -UNDANG...


IBRAHIM MAT ISA

Dalam keadaan ekonomi gawat kerana Covid19 ni, tak ada orang nak buka kedai arak baru dah. Jangan buat gimik beku lesen bagai!
Rakyat nak kerajaan ketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk reti ke tak reti?

SEBELUM DAN SELEPAS JADI KERAJAAN....

DAH MULA DAH KE CHINI-ANAK BEKAS PM DAH LAWAT KAWASAN


BOB MANOLAN


Anak bekas PM masuk ke Kg Orang Asli Dusun, Chini. Nak jadi calon ke? Isu tanah, air bersih dan jalan kg memang banyak di Pekan. Tapi orang Chini dah tau sekarang...



KISAH SUAMI SUAMI EXCO DI UTARA SEMENANJUNG



TUAH RIZAL  YB

03hb Jun 2020
02.35
Ya...kami setuju dengan tuan haji, tak payah la dok pusing cakap, habaq nak bela rakyat la...nak jaga kebajikan rakyat la...risau pasai peruntukan la...tak payah dok cakap pusing sana sini...
Habaq ja takut hilang jawatan...bila dah tak jadi EXCO duit tak dak...habaq bagi betoi-Bbetoi...habaq ja takut tak dapat pencen..dengan orang lain habaq lagu ni, depan orang ramai kononnya pasai nak pertahan kebajikan rakyat...!!!





KEMANA HILANGNYA TOK PETI SELEPAS NAMANYA DICALONKAN MUFTI WILAYAH?



Antara nama nama yang dicalonkan sebagai mufti walayah sebelum ini ialah tok peti mufti Perlis yang berasal dari Mengkuang Permatang Pauh ni. Sebelum ini pongpang pong pang, tub tub diam pulak...hilang dari radar..dan tiada lagi suara dalam berbagai isu yang sedang melanda kini...kalau sebelum ini ada sahaja isu yang beliau ulas, kini sudah hilang dari radar dan tidak diketahui kerana rakyat pun nak dengar juga berbagai isu dalam kerajaan sekarang ini....

Drama politik yang tidak berkesudahan

Drama politik yang tidak berkesudahan

Tindakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu yang menarik semula sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH) bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan.
Kedua-dua ADUN ini iaitu ADUN Bertam, Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim sebelum ini tetap menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan negeri walaupun Bersatu mengumumkan keluar daripada PH pada 24 Februari lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri, Chow Kon Yeow meminta mereka untuk menyatakan pendirian dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang susulan ketidakstabilan politik negara ketika itu.
Kon Yeow dalam kenyataannya sebelum ini pernah berkata, dua kerusi ADUN Bersatu itu mungkin terbatal secara automatik mengikut Perlembagaan negeri sekiranya mereka mengikut pendirian parti di peringkat Pusat.
Hal ini demikian kerana, mengikut Enakmen Perlembagaan negeri (Pindaan) 2012 yang bertujuan untuk menghalang amalan lompat parti dalam kalangan ADUN, mana-mana ahli yang bertanding atas tiket parti tertentu dan keluar parti, kerusi terbabit boleh dianggap kosong dan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan.
Namun, selepas hampir tiga bulan, Khaliq Mehtab dan Zolkifli menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri sekali gus menjadikan mereka sebagai wakil rakyat pembangkang di Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, keputusan Khaliq dan Zolkifli itu juga tidak selari dengan pendirian Bersatu peringkat negeri di bawah pimpinan Datuk Marzuki Yahya yang tetap menyokong pimpinan PH di negeri itu.
Selain itu, keputusan mereka berdua juga tidak sedikit pun menjejaskan kuasa pentadbiran PH kerana 35 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dikuasai oleh gabungan DAP, PKR dan Amanah.
Persoalannya, adakah dua ADUN tersebut perlu mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada PRK? Persoalan itu belum dapat dipastikan lagi.
Sehingga hari ini, Kon Yeow masih belum membuat sebarang ulasan lanjut berkaitan perkara tersebut. Mungkin perkara ini akan diketepikan dahulu olehnya kerana terdapat perkara lain yang lebih penting iaitu mengenai kebajikan rakyat Pulau Pinang dalam menghadapi Covid-19.
Sejak negara berdepan penularan Covid-19, Kon Yeow nampaknya lebih memfokuskan urusannya dalam usaha menangani wabak itu bagi memastikan Pulau Pinang bebas daripada sebarang jangkitan.
Dapat dilihat sepanjang tempoh ini, beliau jarang mengadakan aktiviti melibatkan wartawan atau mengadakan sidang media namun menyampaikan mesejnya melalui Facebook Live yang selalunya diadakan pada waktu tengah hari.
Perkara ini perlu dicontohi oleh semua ahli politik dan bukannya asyik sibuk dengan drama politik yang tidak berkesudahan sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.
Lantikan GLC
Khabarnya baru-baru ini kedua-dua ADUN yang menarik balik sokongan ini telah dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Khaliq Mehtab dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), manakala Zolkifli pula dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat Mara Corp Sdn Bhd, cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Rakyat sendiri dapat menilai apa yang berlaku disebalik lantikan ini. Apa yang rakyat harapkan hanyalah mereka mendapat manfaat yang sewajarnya daripada wakil rakyat mereka.
Tidak kira siapa yang menerajui kerajaan negeri mahupun pusat, pastinya rakyat hanya mahukan kebajikan mereka terbela, peluang mencari rezeki sentiasa ada selain inginkan jaminan keselamatan dan kestabilan ekonomi negara dijaga.
Rakyat tidak mahu lagi melihat sandiwara politik yang tidak berkesudahan sehingga menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Sudah-sudahlah berdrama, jalankan tugas sebaiknya dengan membina semula negara.

SARAWAK REPORT JANGKAKAN AKAN BERLAKU SESUATU MINGGU INI.


#BACA NI. 𝗩𝗲𝗿𝘆 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴. ...“It is fixing time. PH have next week will be exciting”

Tengok, Sarawak Report pun dok bagi hint yang "Kempimpinan PH akan sampai ke peringkat berkompromi". Kalau dah selesai yang ini Pak Aji B dan Spenda putih XXXXL tolonglah...tolonglah toksah ganggu Tun M lagi dah.

Tun pun tak payah percaya kat puak Belukang yang kaki khianat tu. Puak tu ada dalam PAKATAN atau GABUNGAN mana pun akhirnya menlingkup. Percaya lah. So, jangan harap sokongan PALSU dari lebai, tak akan ke mana.

Sebab puak tu memg khianat. Dulu DSAI dan PR pun pernah dikhianati. Sekarang sanggup berpakat dengan Tun nak tikam belakang PNkhianat dan UMNO plak? Hadoi la...Penin...!!

Tun tak patut layanlah semata-mata sebab "desperate" nak jadi PM balik. Berehat jelah. Let Go kata orang kampung saya. Serah pada DSAI dan DSSA, Insya Allah DSMM pun ada tempat.

Ada dengar kenyataan terbaharu Dr. Shahruddin? Dia sayangkan Bersatu lebih dari sayangkan Tun M (Pengerusi) dan Yiddin (Presiden) nya. Ada sape-sape terfikir? JIKA BENAR dalam usaha dia nak "selamatkan" Bersatu tapi bukan Tun M dan Yiddin terselamat dan Pee eNd jatuh,.akhirnya sape jadi PM? 😜

Takkan le Mat Semb?? Hiissh...hangpa ni...senonoh la sket...🤔😄Apapun..diakhir tulisan SR, Clare RB gambarkan walau melalui "Endurance Test" (yang selalu saya sebutkan) MP-MP dari PH+Bersatu Renegade KEKAL intact dan bersatu hati.. Teguh berprinsip..!! Ini yang PN rimas dan goyang.

Wallahualam.

- Zus Din
02 Jun 2020
****************************************
𝗧𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝗹 𝗣𝗵𝗮𝘀𝗲 - 𝗦𝗥 𝗵𝗮𝘀 𝗲𝘃𝗶𝗱𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗺𝗲𝗹𝘁𝗱𝗼𝘄𝗻 𝗼𝗳 '𝗣𝗠𝟴' 𝘀𝘂𝗽𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗶𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂:

"The King Has Not Been Pleased With Muhyiddin. He was Misled On The Race To 112" - 𝗘𝗫𝗖𝗟𝗨𝗦𝗜𝗩𝗘
𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗣𝗢𝗥𝗧
𝟭𝘀𝘁 𝗝𝘂𝗻𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟬

PN is a sinking vessel and many of its crew are now questioning why they were recommended to come on board, suggesting they and the Agong were deceived by “PM8″.

Sila baca SR..

DAPAT HABUAN..


BOB KELANANG

DIN confident jer yang Bersatu akan ada "Upper hand" dan UMNO tak boleh demand? Biaq betoi? No wonder Tun M tak setuju. Otak Yiddin ni kira habih "meta" habih cerdik sampai tinggai hampeh kot?

Cuba dengaq ni, payah gak nak faham, dengaq ulangkali. Aku pun belum cukup "khatam" tapi bolehlah faham.

Rakaman audio yang tular dikatakan mesyuarat Bersatu di mana suara lelaki berbicara itu Muhyiddin Yassin, yang mengemukakan cadangan untuk menarik ahli parlimen Umno menyertai Bersatu DAN jika Bersatu (beliau) dapat membentuk kerajaan mereka akan dihadiahkan dengan jawatan ia merupakan satu perancangan jahat DAN keji.

Dalam rakaman audio itu suara seperti mirip suara Muhyiddin itu menyebut, kalau dijanjikan apa-apa jawatan kepada mereka, (MP Umno) mereka tidak akan berpaling tadah DAN terus menyokong Bersatu. Mengambil kira sumber berkenaan, terdapat 13 ahli parlimen Umno yang telah meninggalkan parti berkenaan menyertai Bersatu. Mereka itu adalah:

1. Hamzah Zainuddin (Larut).
2. Mustapa Mohamed (Jeli).
3. Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
4. Rosol Wahid (Hulu Terengganu).
5. Shabuddin Yahya (Tasek Gelugur).
6. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).
7. Mohd Faslah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
8. Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).
9. Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing).
10. Abdul Rahim Bakri (Kudat).
11. Azizah Mat Dom (Sepitang).
12. Ronald Kiandee (Baluran).
13. Zakaria Idris (Libaran).

Mereka ini hendaklah dicam dan diingati oleh pengundi di kawasan masing-masing. Tindakan mereka meninggal parti perlu diAJAR secukupnya dengan tidak lagi memberi undi kepada mereka dalam PRU15 akan datang. - mso


BERCAKAP DENGAN MULUT YANG BERBISA UMPAMA DOA



Kita selalu berdoa supaya PH jadi kerajaan sepenggal dulu. Sebabnya, kita geram dengan menteri yang implement benda yang tak masuk akal pada tanggapan kita, contohnya Dr Dzul larang hisap rokok dalam kedai makan.

Lalu kita kutuk dan katakan, kerajaan sepenggal.

Akhirnya kerajaan PH jatuh. Belum pun sepenggal. Dan Covid19 pun datang dan jangan kata nak hisap rokok dalam kedai makan, restoran dan segala macam kedai pun kena tutup berbulan!

Kita selalu sebut ini semua salah DAP sebab nak perli atau pulang balik kecaman walaun dan lebai PAS terhadap apa juga masalah yang timbul sehinggakan ia menjadi umpama stigma yang susah nak padam dari ingatan.

Sampaikan salah laku dan arahan tak logik kerajaan PN sekarang yang merapu pun kita benamkan semuanya dalam komen dan penulisan sebagai ini semua salah DAP.

Akhirnya ia jadi kematu dalam fikiran ramai orang susah lagi nak dipadamkan umpama ubat gigi dan Colgate.

Ramai orang mempraktikkan kaedah marketing yang salah terhadap sistem hasutan kepada rakyat. Sedangkan kita tahu, kita mahu kumpulan ini dan kumpulan itu akan tetapi kita memburukkan kumpulan itu sendiri.

Bagi aku, yang ada sedikit ilmu dalam bidang komunikasi yang serap dari teori barat dan Islam, sewajarnya aku menarik perhatian sahabat semua supaya mengubah persepsi demikian agar kita betul-betul memberikan tamparan kepada pihak lawan.

Mengambil contoh isu semasa sekarang bila paip air di Kelantan masih lagi keluar air selut,masih ada lagi kawan-kawan menulis "ini semua salah DAP". Sebenarnya itulah ayat paling salah untuk kita menggambarkan betapa tidak cekap kerajaan Kelantan menangani isu air paip negerinya.

Sepatutnya dalam hal itu bantai sahaja kerajaan negeri Kelantan. Hentam semahu anda. Tunjukkan kebencian anda kepada perkara samdul dan bodohnya Kerajaan negeri menyelesaikan masalah air paip negeri itu.

Baru betul marketing kita. Baru tepat kecaman kita. Dan baru rakyat menerima kehadiran kumpulan kita yang bukan mahu menaikkan individu tapi kita mahu melaksanakan sistem dan membaik-pulih kelemahan yang berlaku yang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang.

Kasihanilah DAP. Parti itu terlalu acap kali ditohmah tanpa kita sedari. Begitu juga Parti Amanah Negara atau Amanah yang disebut sebagai khadam DAP.

Sekarang masanya anda cop walaun PAS itu sebagai khadam MCA dan penyangak tebuk atap. Biarkan mereka sedar diri kerana buat atau sokong perbuatan mungkar melakukan Kudeta Langkah Sheraton. Sampai bila kita nak bagi muka dengan kumpulan yang berlagak alim tapi buat kerja tak halal!

Okay takat tu dulu. Nak tulis waktu siang tadi mengantuk sangat. Lepas buka posa ni ada tenaga balik.. semoga esok hari ada kecergasan untuk balun puak tebuk atap lagi.

Hahaha..
Sekian
Abg Aim 😎




PENOLAKAN KEPADA PN SEKARANG MIRIP PENOLAKAN TERHADAP BN SEBELUM PRU14 LALU



Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini.

Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

Sementara sokongan yang ada pada PN sebagai kerajaan amat runcing dan terumbang-ambing iaitu hanya dua majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan mungkin berkurangan lagi dalam waktu terdekat ini, yang sukar dinafikan juga ialah penolakan rakyat ternampak terus berkembang daripada semasa ke semasa.

Ada banyak isu yang menyebabkan rakyat mula sangsi dengan kerajaan sekarang, antaranya rungutan berhubung bantuan kepada rakyat akibat Covid-19 tidak seperti yang dijanjikan, tiada pelan untuk rakyat yang hilang pendapatan, masih tidak membela nasib Adib Kassim, anggota Bomba yang terbunuh dalam tragedi Kuil di Subang, hudud dan RUU355 masih kabur, kerajaan terlebih memanjakan Ahli-Ahli Parlimen dengan lambakan jawatan GLC dan pelbagai lagi.

Gembar-gembar kononnya kerajaan PN ini adalah kerajaan Melayu/Islam hampir tiada maknanya bagi rakyat kerana apa yang mereka bising-bising sebelum ini semuanya jadi senyap belaka apabila sudah beroleh kuasa.

Selain itu, dari sudut politik, cara Muhyiddin Yassin menangani isu Bersatu dengan keghairahan bertindak ala diktator turut membuatkan rakyat terhakis keyakinan terhadapnya.

Ramai yang melihat Muhyiddin atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak harus bertindak sekeras itu terhadap Tun Mahathir Mohamad selaku pengasas Bersatu atau kepada Mukhriz Mahathir yang akan mencabarnya bagi jawatan Presiden parti, sebaliknya perlu berhadapan secara “gentleman” dengan mereka dalam proses pemilihan.

Jika diperhatikan cara Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa yang dilakukan Najib Razak sebelum beliau tumbang pada PRU14 lalu.

Ketika itu, semua yang cuba menentang dan melawannya akan dipecat dan diketepikan melalui kuasa dan keangkuhan yang bertapak tinggi dalam dirinya.

Najib juga pada waktu itu tidak memperdulikan banyak teguran yang bertujuan memperbaiki kelemahannya lantaran terlalu yakin dirinya kebal daripada dijatuhkan.

Akhirnya, dengan serangan demi serangan yang mengakibatkan penolakan kian membesar, sokongan yang ada padanya terhakis sedikit demi sedikit dan akhinya berjaya ditumbangkan.

Apa bezanya dengan kedudukan Muhyiddin sekarang?

Kalau diperhati dan diteliti, semuanya saling tak berbeza sama sekali.

Sementara majoriti yang ada padanya hanya cukup-cukup makan dan serangan pihak lawan iaitu PH dan kumpulan Tun Mahathir sentiasa agresif, berfakta dan boleh diterima, ditambah rasa tidak puas hati rakyat yang terus membuak-buak, hakikatnya penolakan kepada Muhyiddin sekarang ini tak ubah seperti bagaimana Najib dan BN ditolak sebelum dijatuhkan pada PRU14 lalu.

Melihat semua perkembangan mutakhir, jika diadakan PRU mengejut sekali pun dalam waktu terdekat ini, kalau mereka tidak berpecah dan mampu berpakat sekali pun, PN tetap sukar untuk mencapai kemenangan berbanding PH.

Apa lagi kerana PN beroleh kuasa melalui pengkhianatan dan perampokan di tengah-tengah jalan, gelodak rakyat untuk membalas dendam tidak pernah surut selagi ia tidak dilampiaskan.

Lantaran itu, mungkin faktor paling pokok ialah tidak sanggup kecundang dalam PRU15 akan datang, dalam waktu-waktu mendatang ini akan terlihat perkembangan beberapa Ahli Parlimen PN menyeberang kembali kepada PH.

Mungkin bermula dengan seorang, diikuti seorang dua selepasnya, kemudian ada lagi menyusul, realitinya PN dalam potensi yang sangat besar untuk menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah negara.

Oleh itu, kemungkinan PN akan tumbang dalam waktu terdekat ini bukan sekadar perang psikologi, tetapi realiti yang paling mungkin menjadi kenyataan.

 (Shahbudindotcom 02/06/2020)


SENARAI PEMANDU MABUK, BILA PN NAK BERTINDAK?

LANTIKAN POLITIK: JANGAN ULANG ERA ISA SAMAD DI FELDA – MAZLAN