PEMUDA Umno HILANG IDEA

Pemuda Umno juga anjur perhimpunan balas 9 Julai, lawan Bersih 2.0

June 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pergerakan Pemuda Umno juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini – hari Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini.

Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini.

PERKASA Takut BERSIH 2.0 Capai Sasaran







SHAH ALAM 15 JUN : Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) sebenarnya bimbang himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) akan mencapai sasarannya dengan membuat perubahan dalam acuan politik negara dan tidak menguntungkan kerajaan UMNO BN pada pilihan raya akan datang.

Jika tumbangnya kerajaan UMNO BN, PERKASA akan kehilangan sokongan serta perlindungan atas segala apa tindakan berbaur perkaumannya selama ini.

Sementelah itu, PERKASA lantang memberi amaran akan melawan habis- habisan himpunan aman yang bakal berlangsung 9 Julai depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd AKin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, amaran PERKASA itu dilihat untuk menakut- nakutkan orang ramai yang berhasrat mahu menyertai perhimpunan aman anjuran badan- badan NGO.
"Mereka khuatir tekanan politik yang akan kita berikan kepada SPR ini akan menyebabkan SPR membuat pindaan yang tidak akan menguntungkan kerajaan BN."
Ujarnya lagi Perkasa dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali tidak memahami hak untuk berhimpun secara aman dan hak asasi manusia seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Shamsul juga berkata amaran PERKASA itu seolah- olah menggambarkan pendirian kerajaan UMNO BN yang mahu mencetuskan huru- hara sekaligus memburukkan imej himpunan aman itu.

"Saya melihat dibelakang kenyataan Perkasa ini seolah-olah didorong oleh Kerajaan BN kerana sehingga sekarang kenyataan mereka yang cuba menimbulkan keadaan huru-hara itu tidak ada sebarang tindakan daripada agensi-agensi kerajaan BN."

Beliau menepis tuduhan Ibrahim Ali sebelum ini bahawa himpunan BERSIH kali pertama dicemari dengan insiden baling batu dan membakar kereta.

"Saya yakin itu adalah gambaran Ibrahim Ali akan lakukan, saya yakin itu ada dalam agenda mereka, kerana itu bukan modus operandi dan cara kita berhimpun kerana perhimpunan kita tetap kekalkan dan tidak pernah apa-apa yang terbakar setakat ini sewaktu melakukan perhimpunan."

Beliau turut mempertikaikan mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil sebarang tindakan ketas Ibrahim dan PERKASA yang kerap kali mencetuskan rasa kurang senang dikalangan masyarakat perlabagi kaum.

Shamsul juga berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tiada masalah jika PERKASA mahu membuat perhimpunan amannya sendiri, akan tetapi NGO tersebut dibidas jika mahu mengadakan perhimpunan hanya semata- mata mahu mensabotaj himpunan BERSIH 2.0.

PERKASA sebelum ini mengisytiharkan akan 'lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman itu diadakan bulan hadapan.




Zunar Saman Kerajaan,Tuntut Karyanya Dikembalikan.

Polis Perlu Jadi Fasilitator Bersih 2.0, Bukan Sekat Rakyat Berhimpun





KUALA LUMPUR 16 JUN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat polis seharusnya menjadi fasilitator untuk sebarang perhimpunan aman yang ingin dilakukan oleh mana-mana pihak, baik badan bukan kerajaan atau parti politik di negara ini.

Ini kerana menurutnya, proses perkembangan status sesebuah negara seperti Malaysia juga bergantung kepada ruang untuk menyatakan pendapatan tanpa dicemari sebarang insiden provokasi dan rusuhan.

"Polis perlu menyambut dengan terbuka hasrat masyarakat sivil untuk meluahkan pendapat. Polis harus menjadi fasilitator. Bukan macam perkara yang secara terang provokatif," katanya.

Kit Siang merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai ini yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan dan menurut beliau anggota keselematan itu seharusnya membantu dalam merealisasikan demokrasi tulen di negara ini.

Pada tahun 2007 perhimpunan Bersih berjaya mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat seluruh negara berarak di beberapa lokasi di ibu negara namun dicemari dengan tembakan gas pemedih mata dan air oleh polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kononnya perhimpunan yang dirancang kali ini akan memberi impak negatif terhadap nilai-nilai demokrasi negara ini.

Muhyiddin turut mempertikai pendirian rakyat yang mahukan pilihan raya yang lebih adil selain menunding jari kepada gabungan Pakatan Rakyat yang seolah-olah memberi galakan walhal perhimpunan tersebut merupakan medium untuk rakyat menyatakan pendapat.

Lantaran itu, Kit Siang mengarahkan agar polis menyekat sebarang pergerakan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang turut merancang untuk menggangu perhimpunan aman itu.

Beliau menambah, rakyat sudah jemu dengan amalan dwi standard dan penangkapan terpilih yang diamalkan polis apabila berkait dengan sebarang pergerakan oleh pro Umno-Barisan Nasional (BN).

Namun pertubuhan seperti Perkasa, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) diberi ruang sepenuhnya sambil dilindungi pihak polis.

"Apa beza dengan perhimpunan sejuta belia yang dilakukan kerajaan di Putrajaya walaupun sebenarnya kumpulkan 8 ribu sahaja. Kita lihat rakyat di Singapura mempunyai ruang untuk berarak dalam perhimpunan aman. Adakah rakyat Malaysia tidak matang seperti warga Singapura," katanya lagi.

Felda : Untung RM 1 Bilion Tapi Hutang RM 6 Bilion


KOMENTAR : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.

Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat
pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

Tumpu Kebajikan Peneroka Bukan Untung Felda


KUALA LUMPUR 16 JUN: Cadangan memansuhkan Felda Plantation melalui dasar Buku Jingga bukan sahaja disalah erti kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) malah dianggap akan membankrupkan agensi kerajaan itu.

Malah menurut ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, respon pemimpin-pemimpin Umno itu jelas sekali menggambarkan gagasan itu hanya mementingkan keuntungan yang boleh diraih agensi itu berbanding Pakatan Rakyat yang memikirkan kebajikan golongan peneroka.

Oleh itu katanya, adalah cukup relevan katanya kerajaan menimbang semula atau pun memansuhkan sama sekali Felda Plantation dan diagihkan kepada 1.6 juta anak-anak peneroka Felda.

"Kita tidak bercadang untuk beri tanah kepada peneroka Felda tapi isunya sekarang adalah generasi kedua di mana kebajikan mereka harus diambil berat.

"Kita ada dasar yang jelas dalam Buku Jingga di mana Felda Plantation ini memungut kekayaan yang besar namun tidak memberi manfaat kepada peneroka-peneroka Felda selain memberi keuntungan kepada segelintir kroni yang dipilih oleh Umno.

"Maka pertimbangan kita bahawa Felda Plantation ini harus dikaji semula supaya tanah itu diperuntukkan kepada anak-anak peneroka generasi kedua, itu maksud kita," jelas beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataannya sebelum itu mengecam dasar Buku Jingga yang mendesak agar Felda Plantation dimansuhkan dengan alasan kerajaan Persekutuan tidak lagi menampung perbelanjaan Felda memandangkan agensi itu mampu berdikari.

Beliau berpendirian Felda tidak akan membuat sebarang keuntungan dan akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk menguruskan tanah Felda seluas 341 ribu hektar di seluruh negara.

Ahmad juga menjelaskan majoriti keuntungan Felda bergantung kepada tanah-tanah tersebut dengan mendakwa RM1.6 bilion diberikan kepada peneroka setiap tahun.

Sehubungan dengan itu Azmin berpendapat sekiranya status keluarga peneroka-peneroka Felda dikekalkan maka golongan ini akan jauh lebih ketinggalan dari sudut pendidikan dan sosio ekonomi.

"Kalau kita lihat anak peneroka Felda masih menghadapi banyak masalah seperti pekerjaan. Sebab itu kita mahu beri pertimbangan ini supaya mereka dapat meningkatkan produktiviti di kalangan generasi kedua dan menambah pendapatan keluarga mereka dan ini dapat membantu," katanya.

RM 63.9 Juta Untuk Khidmat Rundingan ETP Dipertikai



SHAH ALAM 16 JUN : Tindakan Umno-Barisan Nasional membelanjakan sejumlah RM63.9 juta untuk khidmat perunding dalam usaha mempromosi rancangan induk kerajaan seperti pelan Transformasi Kerajaan/ Ekonomi (G/ETP) dipersoalkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, jumlah yang didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon itu semalam, terlalu tinggi untuk dibelanjakan sungguhpun kerajaan mempunyai lebihan dana.

Namun, dalam keadaan Barisan Nasional terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah itu adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.

Malah katanya, jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan bagi membiayai pengumuman Barisan Nasional untuk menaikkan gaji segelintir guru besar dan pentadbir sekolah sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.

“Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja,” kata Saifuddin dalam kenyataan medianya, hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang itu berkata, kegilaan untuk berbelanja besar bagi menggaji perunding tersebut, melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dantidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada.

Katanya, keputusan utama membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.

“Kaedah yang diambil oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara,” tambahnya.

IWAN FALS-SURAT BUAT WAKIL RAKYAT

LAGU BERSIH...BUAT PARA PEMIMPIN PENIPU

Anwar Ulangi Dakwaan Pemimpin Tertinggi Umno Terlibat Lindungi Trio 'Datuk T'



DENGAN TERSEBARNYA VIDEO DAN TANPA KESUDAHANNYA CERITANYA...DAN RAKYAT TIDAK LUPA..MALAHAN SEDANG MEMBICARTAKAN Umno DI DALAM USAHA MENJATUHKAN PARTI TERSEBUT DALAM PILIHANRAYA KE 13



KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau yakin akan penglibatan pemimpin tertinggi Umno-Barisan Nasional dan polis dalam usaha melindungi trio 'Datuk T' daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dilihat menyepikan diri kebelakangan ini.

"Saya tak tahu tapi polis masih beri perlindungan. Ini adalah satu negara di mana video seks disebarkan seluruh negara dan polis tidak tahu nak buat apa? sebab itu saya masih kekalkan terdapat arahan dari pihak atasan (umno)," kata beliau.

Eskay adalah salah seorang individu yang bertanggungjawab menayangkan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Anwar di Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Beliau juga melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis peluru sambil diiringi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim untuk membuktikan kononnya lelaki dalam video seks yang didedahkan itu adalah Anwar.

Para alim ulama dan mufti sependapat bahawa tindakan Eskay itu bercanggah dengan hukum syarak.

Malah Anwar secara konsisten menegaskan bahawa individu dalam klip video 21 minit itu bukan dirinya.

Bahkan Anwar menyifatkan trio 'Datuk T' sebagai perkakas Umno untuk memfitnah dan mengaibkan dirinnya.

Fitnah Edar Video Seks : Karpal Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR 16 JUN : Satu laporan polis dibuat oleh ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini ke atas seorang editor kanan kerana memberikan gambaran seolah-olah beliau bertanggungjawab mengedarkan video seks membabitkan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat.

Dalam laporan polisnya, Karpal mahu editor kanan NST Azmi Anshar didakwa melakukan fitnah jenayah kerana menyiarkan berita palsu dalam artikelnya yang berjudul 'Karpal's political chicanery exposed again' yang disiarkan pada 4 Jun lalu.

"Saya tidak pernah pada sebarang masa mengedarkan mana-mana video lucah seks mantan timbalan speaker Dewan Rakyat ataupun sebarang video seks,” katanya kepada wartawan di luar balai Tun HS Lee di Kuala Lumpur.

“Membuat pertuduhan seperti ini adalah perkara yang serius. Mengedarkan bahan pornografi adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

Dalam artikel itu Azmi melabelkan Karpal sebagai ahli politik yang cekap menggunakan kesempatan dan mengimbas tindakan peguam veteran itu pada masa lalu.

Antaranya, termasuk “mengedarkan video lucah seorang mantan timbalan speaker Dewan Rakyat dan berang apabila video seks anak guamnya diedarkan”.

Pada 1989 semasa sidang Dewan Rakyat, Karpal telah menamakan timbalan speaker berkenaan sebagai individu dalam video seks yang diedarkan tersebut dan menuntut beliau meletakkan jawatan.

Pita itu diedarkan selepas 11 video dicuri dari sebuah peti keselamatan ketika rompakan di rumah individu tersebut.-Malaysiakini

APA JADI DENGAN SERANGAN HACKER??

Serangan Anonymous :Data Pelancongan Sabah Bocor



KUALA LUMPUR 16 JUN : Satu set data pengguna didakwa berjaya dicuri dari laman pelancongan di Sabah dan disiarkan di Internet.

Portal Malaysiakini melaporkan, data 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuatnaik ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali. Ia turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna dan juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

Sementara The Star/Asia News Network melaporkan laman yang digodam itu dikesan awal pagi ini oleh ketua eksekutif syarikat berkenaan.

"Sebahagian daripada laman web itu didapati telah dipadamkan apabila saya melayarinya,” kata Dhillon Andrew Kannabhiran, yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd.

"Saya baru pulang dari lawatan luar negara,” kata portal itu.

Laman Pelancongan Sabah telah dihentikan seketika.

F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat perisian keselamatan komputer mengesahkan perkara itu.

Dewan Rakyat : Anwar Dan Rakan Kembali


KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen yang lain kembali ke Dewan Rakyat hari ini selepas menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) bersama Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) diberi sambutan meriah oleh rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mereka dihadiahkan empat jambangan bunga oleh penyokong Pakatan Rakyat. Sivarasa dilihat memegang sebuah pembesar suara bagi melambangkan kebebasan bersuara yang cuba disekat berikutan penggantungan mereka itu.

Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan yang ada hubungan kait dengan Apco.

Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertahankan dirinya pada sidang tahun lalu.

Anwar : Penggantungan Kami Tidak Ikut Peraturan Parlimen




KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen lain yang digantung daripada menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat bermula Disember lalu mempertahankan pendirian bahawa mereka berhak untuk diberi peluang membela diri.

"Kami masih berpendirian bahawa penggantungan itu tidak adil dan tidak menepati peraturan parlimen kerana tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan dalam memberi penjelasan mempertahan dan membela diri kami dan ini satu perkara yang tidak adil dalam parlimen Malaysia,"ujar Anwar pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Anwar digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendedahkan campur tangan Apco, sebuah agensi perhubungan yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dalam idea 1 Malaysia, Najib Razak.

Manakala ahli parlimen lain seperti Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah pula diarah keluar Dewan kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkan pemimpin utama pembangkang diberi hak mempertahankan dirinya.

Kini setelah tempoh enam bulan berlalu, Anwar dan rakan-rakannya yang kembali menjalankan amanah rakyat dan menegaskan tindakan menggantung mereka tanpa memberikan ruang membela diri bertentangan dengan peraturan parlimen.

Sementara itu, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali menyifatkan tindakan menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mudah menggambarkan amalan demokrasi yang semakin terhakis dalam parlimen Malaysia.

"Penggantungan ahli parlimen ini tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada dan kita dapat melihat bahawa pimpinan hari ini (BN) tidak lagi berpegang kepada prinsip dan juga peraturan dan masih menggunakan kuasa majoriti mudah dalam Dewan untuk menafikan kesemua hak-hak yang telah dijamin dalam perlembagaan Dewan Rakyat ini,"katanya.

Namun katanya, walaupun prinsip demokrasi tulen semakin terhapus dek sikap pemimpin-pemimpin kerajaan, ahli parlimen Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha keras demi mempertahankan suara rakyat marhaen.

Anwar bersama Karpal Singh, Azmin dan Sivarasa tiba di Parlimen sekitar jam 10 pagi tadi yang disambut meriah oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Pada sidang media yang sama, Anwar memberitahu beliau bersama-sama ahli parlimen Pakatan Rakyat lain akan membangkitkan isu peruntukkan tambahan sebanyak RM 13 billion yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat pada minggu hadapan di Dewan Rakyat.

"Tatkala membahaskan perkara ini, harga barang naik dan perbelanjaan suku tahun pertama sudah mencapai RM 13 billion, ini tidak pernah berlaku, ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku dalam pentadbiran kewangan negara kita dan kita akan meneliti perkara ini untuk dibahaskan dalam parlimen minggu depan,"ujar Anwar.

Felda Pinjam RM6 Bilion Tapi Nafi "Bermasalah"




KUALA LUMPUR 16 JUN : Felda hari ini mengaku membuat pinjaman RM6bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun menegaskan agensi itu tidak bermasalah membayar semula pinjaman itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen, Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion tahun lalu dan dan nilai keseluruhan syarikat itu adalah RM19.18 bilion.

Bagaimanapun Ahmad Maslan tidak dapat memberi penjelasan kenapa, Felda perlu membuat pinjaman RM6bilion jika kedudukan kewangannya kukuh.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

Pelaburan itu, menurut Anwar, menyebabkan Felda menanggung kerugian berkumpul RM500 juta dari tahun 1997 hingga tahun lalu.

Malah katanya hal ini mengakibatkan timbul pelbagai persoalan mengenai kelemahan dalam pengurusan dana Felda dan apakah pinjaman yang dibuat bertujuan untuk menampung kerugian agensi terbabit.

"Siapa yang beri kebenaran? Adakah Menteri Kewangan dirujuk dan apa jadi dengan pemimpin-pemimpin korporat yang terlibat dalam kes ini?

"Kalau anda terus bergolak dengan undang-undang dan secara berterusan membuat keputusan bertanggungjawab, Felda akan diterima.

"Dan saya persoalkan keputusan untuk mengambil kerja konsultant. Tidak ada rekod dari segi pengalaman atau kepakaran dalam pelaburan dan teknologi urus niaga perindustrian," ujar beliau.

Ahmad sebelum ini gagal untuk memberikan jawapan kepada Anwar kerana tidak mempunyai maklumat penuh mengenainya.

Pinjaman RM6 bilion oleh Felda itu didedahkan oleh Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pada bulan lalu, namun ia tidak disahkan oleh Felda sehingga kenyataan Ahmad hari ini.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bangkrap jika terus menanggung kerugian akibat pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Sementara itu, Anwar turut menyangkal keterangan Ahmad kononnya Felda mencatatkan keuntungan tinggi, sebaliknya ujar beliau, agensi itu mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Ini kerana menurutnya, peneroka berhak untuk menikmati lebih banyak keuntungan memandangkan harga kepala sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Jelas beliau, aset dan keuntungan Felda keseluruhan perlu dibandingkan dengan pencapaian anak syarikat agensi kerajaan itu.

"Untung yang sepatutnya RM5 bilion jadi RM1 bilion, itu harus dipertanggungjawabkan. Yang kita bangkitkan mengapa pilih syarikat Amerika (Syarikat) yang dipertikai. Mengapa terima mudah kerugian RM500 juta? Jawab menteri, "peneroka tidak dibebankan". Ini jawapan tidak tepat.

"Keuntungan itu pulangnya kepada peneroka. Kalau untung RM5 bilion maknanya untung peneroka. Kalau untung RM5 bilion jadi RM1 bilion kena persoalkan kerana itu hak peneroka yang patut mendapat keuntungan sebegitu rupa. Tetapi (menteri) boleh jawab dengan begitu yakin dan boleh beritahu kepada kampung di Felda yang kita untung," katanya lagi.



Felda Pinjam RM6 Bilion Tapi Nafi "Bermasalah"
16/06/2011
Share |



KUALA LUMPUR 16 JUN : Felda hari ini mengaku membuat pinjaman RM6bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun menegaskan agensi itu tidak bermasalah membayar semula pinjaman itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen, Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion tahun lalu dan dan nilai keseluruhan syarikat itu adalah RM19.18 bilion.

Bagaimanapun Ahmad Maslan tidak dapat memberi penjelasan kenapa, Felda perlu membuat pinjaman RM6bilion jika kedudukan kewangannya kukuh.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

Pelaburan itu, menurut Anwar, menyebabkan Felda menanggung kerugian berkumpul RM500 juta dari tahun 1997 hingga tahun lalu.

Malah katanya hal ini mengakibatkan timbul pelbagai persoalan mengenai kelemahan dalam pengurusan dana Felda dan apakah pinjaman yang dibuat bertujuan untuk menampung kerugian agensi terbabit.

"Siapa yang beri kebenaran? Adakah Menteri Kewangan dirujuk dan apa jadi dengan pemimpin-pemimpin korporat yang terlibat dalam kes ini?

"Kalau anda terus bergolak dengan undang-undang dan secara berterusan membuat keputusan bertanggungjawab, Felda akan diterima.

"Dan saya persoalkan keputusan untuk mengambil kerja konsultant. Tidak ada rekod dari segi pengalaman atau kepakaran dalam pelaburan dan teknologi urus niaga perindustrian," ujar beliau.

Ahmad sebelum ini gagal untuk memberikan jawapan kepada Anwar kerana tidak mempunyai maklumat penuh mengenainya.

Pinjaman RM6 bilion oleh Felda itu didedahkan oleh Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pada bulan lalu, namun ia tidak disahkan oleh Felda sehingga kenyataan Ahmad hari ini.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bangkrap jika terus menanggung kerugian akibat pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Sementara itu, Anwar turut menyangkal keterangan Ahmad kononnya Felda mencatatkan keuntungan tinggi, sebaliknya ujar beliau, agensi itu mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Ini kerana menurutnya, peneroka berhak untuk menikmati lebih banyak keuntungan memandangkan harga kepala sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Jelas beliau, aset dan keuntungan Felda keseluruhan perlu dibandingkan dengan pencapaian anak syarikat agensi kerajaan itu.

"Untung yang sepatutnya RM5 bilion jadi RM1 bilion, itu harus dipertanggungjawabkan. Yang kita bangkitkan mengapa pilih syarikat Amerika (Syarikat) yang dipertikai. Mengapa terima mudah kerugian RM500 juta? Jawab menteri, "peneroka tidak dibebankan". Ini jawapan tidak tepat.

"Keuntungan itu pulangnya kepada peneroka. Kalau untung RM5 bilion maknanya untung peneroka. Kalau untung RM5 bilion jadi RM1 bilion kena persoalkan kerana itu hak peneroka yang patut mendapat keuntungan sebegitu rupa. Tetapi (menteri) boleh jawab dengan begitu yakin dan boleh beritahu kepada kampung di Felda yang kita untung," katanya lagi.

51 Laman Web Kerajaan Digodam




SHAH ALAM 16 JUN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengesahkan bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my .

"Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.

"Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.

"Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.

"Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia.

"Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi.

"Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm" kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya.

BERSIH 2.0 Mampu Jana Ekonomi Peniaga






KUALA LUMPUR 15 JUN : Para peniaga perlu melihat Perhimpunan BERSIH sebagai sesuatu yang positif dalam usaha menjana pendapatan peniaga, ujar Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut beliau, kehadiran ramai pengunjung pada perhimpunan itu dapat menjana pendapatan peniaga seperti penjualan barang makanan, cenderahati BERSIH 2.0 dan sebagainya memandangkan perhimpunan ini sudah diwar- warkan dari awal dan bukannya di saat- saat akhir.

“Saya rasa BERSIH ini boleh menajanakan ekonomi kalau pihak peniaga Bumiputera yang pandai mengambil kesempatan memandangkan ramai orang hadir dalam perhimpunan terbabit. Saya rasa suasana yang bakal timbul terpulang kepada masing-masing.

“Kalau kita sudah menunjukkan satu sikap negatif maka kita tidak mendapat peluang. Kalau kita menunjukkan satu sikap yang positif, maka kita akan memanfaatkan perkara- perkara yang bakal berlaku,” katanya.

Dalam pada itu beliau menambah, pertubuhan peribumi perkasa (PERKASA) sepatutnya tidak perlu campur tangan dalam perhimpunan tersebut berikutan tujuan dan niat asal perhimpunan ini adalah baik dan bukannya bermatlamat menggugat keamanan serta menimbulkan kekacauan.

“Saya rasa mereka sepatutnya tidak dibenarkan untuk mengganggu tunjuk perasaan yang ingin dilakukan oleh pihak BERSIH 2.0. amat jelas kehadiran mereka bertujuan untuk mengganggu dan menimbulkan ketegangan sedangkan daripada tujuan dan niat asal BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman,” katanya.

Beliau menambah, ini bukan kali pertama PERKASA 'kebal' untuk melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan prinsip keamanan dan demokrasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar memohon penjelasan daripada Persatuan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutan, PPBWP berhubung kerugian yang dialami oleh peniaga pada perhimpunan BERSIH yang lalu.

Menurut beliau, berdasarkan dakwaan peniaga sebelum ini kononnya mereka kerugian hampir RM10juta sewaktu himpunan BERSIH kali pertama diadakan, ini bermaksud peniaga memperoleh anggaran pendapatan berjumlah RM5,000 sehari dan mereka mampu mendapat RM 150,000 sebulan.

“Kalau RM10 juta dibahagikan kepada 2,000 orang, maknaya RM5,000 sehari. Untuk 30 hari maknanya RM 150,000 kerugian sebulan. Jadi saya tidak tahu bahagian kutipan dan taksiran cukai membuat satu siasatan kepada mereka kerana pendapatan mereka kalau RM150,000 sebulan maknanya ianya pendapatan mereka boleh dicukaikan. Jadi saya tidak tahu mereka sudah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan atau tidak.

“Kalau mereka tidak membayar cukai kepada kerajaan, saya turut mengalami kerugian. Rakyat juga tidak mendapat manfaat daripada cukai yang sepatutnya dibayar oleh 2,000 orang peniaga ini.

“Jadi saya minta satu penjelasan daipada PPBWP sejauh mana peniaga ini telah membayar cukai pendapatan walaupun mereka hanya sebagai peniaga kecil tetapi pendapatan mereka sangat- sangat tinggi berdasarkan laporan pengakuan yang dibuat oleh mereka yang mengatakan kerugian sebanyak RM 10juta. Dalam perhimpunan bersih yang lalu,” katanya.

Beliau menambah sekiranya peniaga tidak perlu membayar cukai pendapatan kepada kerajaan maka tidak menjadi masalah berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang.

“Bagi saya ini merupakan asas yang perlu kita bincang. Kalau mereka mengatakan mereka tidak perlu membayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai, maka tidak ada kerugian pada perhimpunan BERSIH yang lalu. Jadi tiada masalah untuk mengadakan himpunan BERSIH yang kedua,” katanya.



Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, Dakwa Hina Islam




KUALA LUMPUR 15 JUN : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

Majlis Perkahwinan ADUN Teja jadikan Melayu sebagai balaci?HAMIDAH OSMAN

Melayu pun banyak pakai macam orang putih dah,,,apa yang hang dok melalut ni Hamidah>>>???

Ia mungkin di luar dugaan ADUN Teja, Chang Lih Kang ketika merancang untuk menjalankan majlis perkahwinannya mengikut dua adat tradisional, iaitu Cina dan Melayu. Gambar pemimpin muda PKR bersama isterinya dalam pakaian tradisional Melayu, disambut dengan paluan kompang - dikritik "menjadikan Melayu sebagai balaci".

Kritikan ini dimuatkan di blog Sungai Rapat Online, dengan tulisan:-

"Sejak perjuangan Islam telah digugurkan oleh parti PAS kerana menyahut seruan Karpal Singh umat Islam tidak langsung terkejut jika perkara sebegini dan lebih teruk dari ini akan berlaku dalam masyarakat Islam hari ini. Orang Melayu khasnya dijadikan balaci kekal bagi melaksanakan apa sahaja arahan yang diarahkan oleh DAP atau PKR. Begitulah yang berlaku di rumah Anak yatim berdekatan Gopeng apabila Chang Lih Kang dan pasangan kafirnya berjaya menjadikan anak yatim darul Hikmah sebagai taruhan. Pengerusi Darul Hikmah adalah penganut PAS.

Dua Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini adalah Ostat Jamal (PAS) dan Cikgu Hamdan (PKR).

Ini kelebihan ADUN PR, yang berjaya menjadikan orang Melayu sebagai balacinya bagaimana pula apabila mereka memerintah."

Demikianlah ulasan terhadap majlis perkahwinan Chang Lih Kang, pada blog Sungai Rapat Online, kawasan DUN Hamidah Osman (gambar kanan). Bagaimanapun, EXCO kerajaan negeri Perak yang pernah mencungkil pertikaian dengan kenyataan "jumpa ular dan orang India, pukul orang India?" ini menafikan bahawa blog ini milikannya.

Hamidah ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 7.40 semalam, menafikan bahawa dirinya adalah pengendali blog tersebut, sebaliknya mendakwa bahawa blog itu dikendalikan penyokongnya. Beliau meminta agar wartawan menghubungi pengendali blog tersebut, tetapi menamatkan panggilan apabila wartawan bertanyakan nombor telefon pengendali itu.

Sebelum ini, Hamidah Osman didapati memuatkan gambar majlis perkahwinan Chang Lih Kang ke twitternya, dengan ulasan "demi undi, rakyat jangan dipedaya".

Chang Lih Kang: Hamidah rasis

Sementara itu, Chang Lih Kang ketika dihubungi MerdekaReview menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai kawan keturunan Melayu, dan beliau ingin berkongsi kegembiraannya bersama kawannya. Maka beliau mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisional Melayu di sebuah rumah anak yatim dalam kampung Melayu.

Beliau menambah, adat tradisional Melayu hanya salah satu daripada pelbagai adat yang sedia ada, malah pemimpin Barisan Nasional pernah memuji apabila orang asing menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu. Malah, pada tahun 2007, satu jawatankuasa kampung di Pulau Pinang yang mengadakan majlis perkahwinan adat Melayu untuk orang asing mendapat sokongan daripada jabatan pelancongan.

Chang Lih Kang (gambar kiri) menganggap kenyataan Hamidah adalah cetek, untuk menyerang musuh politik semata-mata dengan satu majlis perkahwinan yang biasa. Malah, kenyataan sedemikian memperlihatkan Hamidah seorang yang rasis, katanya.

"Beliau menyifatkan Melayu yang membantu saya untuk menjayakan majlis ini sebagai balaci, ini adalah kenyataan yang menghasut sentimen bermusuhan terhadap kaum lain. Kenyataan yang rendah darjatnya ini tidak harus keluar dari mulut seorang EXCO kanan," kata Chang Lih Kang.

Bagaimanapun, Chang Lih Kang berkata mereka yang mempunyai minda ini hanya terbatas kepada pimpinan atasan UMNO, ramai kawan Melayunya tidak berpandangan sedemikian.

Kira-kira seribu orang tetamu Melayu hadir ke Majlis Perkahwinan Chang Lih Kang pada 12 Jun 2011, di rumah anak yatim Darul Hikmah Kampung Pintu Padang Gopeng. Pasangan Chang Lih Kang telah menderma RM1000 kepada rumah anak yatim tersebut.

Rakyat Prihatin Wujudkan Facebook Curi- curi Wang Malaysia



KUALA LUMPUR 15 JUN : Susulan pendedahan Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengujudkan Facebooknya, beberapa pihak yang tidak berpuas hati membuka laman baru Facebook bertajuk Curi-Curi Wang Malaysia.

Laman web yang dibuat sekitar jam 6 petang semalam telah berjaya mengumpul lebih 13 ribu orang pengikut setakat ini.

Laman tersebut boleh diakses menerusi https://www.facebook.com/pages/Curi-curi-Wang-Malaysia

Rata-rata pengguna Facebook mengecam jumlah yang diperuntukan Kementerian itu hanya untuk mengemaskini laman Facebook Tourism Malaysia ~ Cuti- Cuti 1Malaysia.

Antara yang membidas pembaziran itu di Parlimen semalam termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Semalam Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook mendedahkan perbelanjaan itu dan memberi perakuan akaun Facebook yang mana kos penyelenggaraan dapat dilakukan dengan kos yang jauh lebih murah.
Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP berkata Facebook Curi-curi Wang Malaysia mencerminkan rasa marah komuniti siber yang menentang pembaziran wang rakyat.

“Kita bersetuju bahawa sektor pelancongan meupakan antara sektor yang penting bagi negara tetapi ia tidak bermakna kerajaan boleh membelanjakan RM1.8 juta sedangkan ianya percuma. Semua orang tidak boleh menerima kenyataan sebegini,” katanya.

Anthony Loke mendesak supaya Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen menggantung kontrak Impact Creation Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyelenggara laman Facebook Tourism Malaysia ~ Cuti- cuti 1 Malaysia.
“Saya mendesak Datuk Ng Yen Yen menggantung segera kontrak Impact Creation Sdn Bhd dan meminta mereka memulangkan semula wang kepada Kementerian Pelancongan,” katanya.

Anthony turut menyatakan beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Perdana menteri, Najib Razak dan mendesak tindakan tegas terhadap Ng.
“Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri apa yang telah dilakukan oleh Ng Yen Yen sekarang bertentangan dengan apa yang dia (Najib) lakukan di dalam mendekati komuniti online,” katanya.
Semalam Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengaku kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Ng hari ini mempertahankan perbelanjaan itu sambil menegaskan skop kerja Impact Creation bukan terbatas kepada membuat laman Facebook.

"(RM1.8 juta) adalah untuk menjawab, memberi maklumat, interaksi dan memantau (kerja di laman Facebook) menilai semula, pengumpulan data, pembangunan kandungan dan pengiklanan di Google, Facebook.

Beliau mendakwa perbelanjaan RM18 juta itu berbaloi berbanding “Pelancongan Australia membelanjakan RM150 juta untuk tiga tahun akan datang di media sosial,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Menurut Ng, Facebook digunakan sebagai satu platform dan menerusinya laman web Cuti-cuti Malaysia Pelancongan Malaysia telah mendapat 24,000 peminat sejak ia dilancarkan pada Mei lalu.

Zunar Saman Kerajaan, Tuntut Karyanya Dikembalikan




KUALA LUMPUR 15 JUN : Pelukis kartun Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau nama samarannya Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berikutan penahanannya tahun lalu.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 September 2010, sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya kira- kira jam 4 petang dan menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Beliau yang mempertikaikan asas- asas penahanannya berkata tindakan merampas hasil karyanya adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.

Lantaran itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku- buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain.

MB : Task Force Felda Selangor Bantu Kerajaan Negeri





SHAH ALAM 14 JUN : Dalam usaha Kerajaan Negeri membela nasib peneroka yang telah sekian lama ditekan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan pelbagai masalah hak milik tanah serta pemberian pendapatan khususnya di Selangor satu Jawatankuasa Khas Felda Negeri Selangor ditubuhkan.

Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar perundangan ini bernaung dibawah Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong serta mendapat kerjasama penuh dari Shamsul Iskandar Md Akin selaku pengerusi.

Melalui jawatankuasa terbabit juga satu Majlis Dialog-Diskusi berhubung Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960 diadakan di Dewan Annexe, Bangunan SUK Selangor.

Jawatankuasa yang telah ditubuhkan sejak lebih setahun itu sebelum ini dikepalai oleh Datuk Zaid Ibrahim sebelum bertindak keluar daripada PKR dan kini mengetuai parti baru KITA.

Mengulas lanjut berhubung pemmbentangan kertas kerja GSA 1960, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan khas bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu.

" Tujuan Task Force ini adalah untuk menasihati kerajaan negeri apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menentukan bahawa masyarakat Felda di Selangor mendapat kebaikkan dan juga penambahan pendapatan ataupun peningkatan aset dari penglibatan mereka yang sudah berpuluh tahun bersama Felda,"katanya.

Malah katanya, pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan itu telah beroperasi lebih setahun lalu untuk mengkaji dan meneliti semula Akta GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini.

“Saya perlu menunggu pembentangan dan perbincangan ini selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan relevan pada akta ini pada masa kini, kita perlu membetulkannya dan mengetahui prosedur untuk melakukannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembentangan Kertas Kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960.

Jelas Abdul Khalid, pembentangan kertas kerja ini juga dilihat mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda serta ianya selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

" Ia juga dilihat bersesuaian dengan konsep kerajaan negeri iaitu 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' atau MES. Oleh sebab itu, rakyat Felda di Selangor berhak untuk mengetahui tentang tatacara pengurusan Felda dan apakah hasil yang boleh mereka dapati dan adakah keputusan ini memberikan manfaat kepada mereka setelah sekian lama memilikinya,"

Abdul Khalid berkata, pembentangan itu juga menjurus kepada pelan tindakan dan bukannya perbincangan semata-mata termasuk memberitahu kerajaan pusat mengenai perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan hak dan nasib masyarakat Felda terbela.

Tambahnya lagi, ini termasuk rancangan pembangunan Felda untuk terus menempatkan generasi kedua peneroka di penempatan terbabit dengan pelbagai peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang mampu meningkatkan ekonomi setiap keluarga peneroka.

" Oleh sebab itu, rancangan pembangunan Felda juga mesti mengambil kira tentang peranan generasi kedua untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut. Dan kebanyakkan kawasan terbabit di Selangor terutamanya akan menjadi kawasan bandaran, bukan lagi kawasan peladangan,"katanya lagi.

"Oleh sebab itu juga,adalah perlu untuk kita mengambil kira tentang perkara tersebut dan rancangan rapi mesti dilakukan supaya tidak terdapat apa yang dipanggil pengangguran dikawasan-kawasan Felda.

Terdapat kira-kira 10,000 warga Felda di negeri itu terutamanya di kawasan Hulu Selangor.

NKRA Dan ETP: Rakyat Dicandui Mimpi Muluk Umno-BN lagi


KOMENTAR - Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janjil sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuhraya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak .

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan dalam tong-tong sampah.

Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia melaporkan gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau , ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?
Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakannya adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

 Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain.

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Letrik Bebas di kekalkan?

Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada rakyat negara ini.

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.
Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.

Parlimen Tolak Usul Kecam BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR 15 JUN : Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Bebas Zahrin Hashim bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu, Zahrain mengemukakan usul itu kerana kononnya tunjuk perasaan aman itu bertujuan menghasut rakyat mengadakan rusuhan rusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.

Tuduhan itu jauh tersasar kerana perhimpunan Bersih yang pertama empat tahun lalu berjalan secara aman sehingga polis melakukan provokasi ketika cuba menyuraikan kira-kira 40,000 yang menyertainya.

Kali ini penganjur memberikan jaminan yang sama – orang ramai akan berkumpul secara aman untuk menuntut sebuah pilihanraya yang be bas dan adil.

Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

Zuraida : Yayasan Selangor Poket Umno-BN






PETALING JAYA 15 JUN : Pelbagai kritikan dan kesalahan yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej Yayasan Selangor mengundang perhatian ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Prihatin dengan tohmahan yang dilemparkan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu, Zuraida tampil dengan senarai projek-projek yang jelas menunjukkan amalan ketirisan dilakukan oleh kerajaan Umno-BN semenjak 1993 sehingga 2008.

" Jadi di sini kita boleh lihat bagaimana sambil lewanya mereka memberikan projek dan bagaimana mereka tidak mengambil balik wang yang sepatutnya mereka ambil dalam perjanjian dan biarkan sahaja kes seperti ini berlalu tanpa mendapat pulangan yang sepatutnya,"katanya.

Malah menurut Zuraida, Umno-BN pada zaman pemerintahan mantan menteri besar, Dr Mohamad Khir Toyo menggunakan sepenuhnya Yayasan Selangor untuk kepentingan parti itu.

" Dan kalau kita lihat Yayasan Selangor ketika di bawah Umno-Barisan Nasional telah dijadikan sebagai satu poket untuk pihak mereka ambil, untuk mereka belanjakan tanpa ketelusan. Ini jelas dapat kita lihat bagaimana Yayasan Selangor dahulu diperkudakan oleh Umno-BN,"tambah beliau.

Dalam perkembangan terbaru, Utusan Malaysia melabelkan Yayasan Selangor sebagai sebuah syarikat yang membebankan rakyat di negeri ini.

Kelmarin Utusan Malaysia dalam laporan bertajuk "Kerajaan Selangor amal diskriminasi-Firdouz" menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor 'merampas' kawasan perniagaan penduduk di Kampung Melayu Subang Tambahan dan diserahkan kepada Yayasan Selangor.

Walau bagaimanapun,menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, pihaknya tidak pernah memohon atau menerima sebarang Lot Tanah di Kampung Melayu Subang Tambahan seperti yang didakwa Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Namun apa yang berlaku pada zaman pemerintahan Khir Toyo jauh menunjukkan dana awam digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan kerajaan yang berkuasa ketika itu.

Zuraida semalam mendedahkan,lebih kurang 15 projek yang berlaku ketirisan semenjak 1993 hingga 2008 di bawah kerajaan Umno-BN.

“Ketirisan aset Selangor selama 1993 hingga 2008, kita dapat lihat ada beberapa projek di bawah pentadbiran Khir Toyo yang tidak ada kebertanggungjawaban, tidak ada komitmen bagi memastikan semua projek-projek dilaksanakan dapat dijadikan tabung kepada Selangor untuk membantu rakyat miskin.

“Contohnya, pembangunan tanah di Jalan Lapangan Terbang Subang seluas 31.8 ekar. Kontrak ini diberikan kepada Puncak Dana Sdn Bhd, anggarannya RM987 juta tapi semasa Umno memerintah mereka hanya pungut RM 127 juta, selebihnya dibiarkan sahaja dan mereka laporkan sebagai projek tergendala, terbengkalai dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Palimen Ampang.

“BN Umno semasa menguruskan Yayasan Selangor, mereka menguruskan dengan sikap tidak bertanggungjawab sambil lewa, tidak ada amanah dalam melaksanakan tugas mereka untuk membantu rakyat negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah oleh Yayasan Selangor sehingga membawa kepada defisit RM7.41 juta.

Kata Khalid, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta.

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?

15 June 2011

Komentar Roketkini

15 JUN – Subsidi petrol, diesel dan gas serta gula telah dikurangkan. Kadar tariff elektrik dinaikkan. Cukai GST sedang dipertimbang untuk dilaksanakan. Semuanya kerana kerajaan mendakwa kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?

  • Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
  • Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
  • Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

Tidak diketahui pula bagaimana kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain membelanjakan wang hasil sumber negara dan wang pembayar cukai negara untuk laman-laman internet yang amat murah penyelenggaraannya.

Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan dengan terperinci perbelanjaan masing-masing dalam usaha mereka menyertai perlumbaan membina dan menyelenggara laman-laman web dan rangkaian sosial.

Semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah telah mempertikaikan langkah Kementerian Pelancongan yang membazirkan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook kementerian tersebut.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.

“Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” katanya dalam siding Dewan Rakyat.

Beliau berkata tidak munasabah jika tidak ada seorang pun di kementerian itu yang mampu mengemas kini akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberi kontrak kepada pihak ketiga.

Dalam jawapan kepada persoalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit hanya menjelaskan bahawa kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Awal bulan Jun ini, portal 1pengguna milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan kena godam.

Mudah sekali digodam laman itu yang bernilai RM1.4 juta yang bertujuan mempamer maklumat harga barangan pengguna.

Pada April lalu pula, kerajaan mempromosikan e-mel 1Malaysia yang dikatakan milik swasta Tricubes Bhd yang mengendalikannya dengan kos RM50 juta bagi perkhidmatan selama 10 tahun.

Walau pun ia dikatakan perkhidmatan percuma, sama seperti e-mel Yahoo atau Google, jabatan atau agensi kerajaan yang menggunakan khidmat itu perlu membayar 50 sen bagi setiap e-mel yang dihantar.

Bayangkan berapa ribu e-mel dihantar oleh jabatan dan agensi kerajaan setiap hari?

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengkritik projek itu yang akan merugikan rakyat melalui perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan e-mel berkenaan.

Tentunya rakyat ingin tahu dengan jelas dan telus belanja setiap jabatan dan agensi kerajaan yang membina dan menyelenggara laman-laman internet mereka.

Ini hanya belanja kerja-kerja internet. Berapa banyak pula pembaziran dan ketirisan pentadbiran kewangan dalam hal-hal “pembangunan”, “projek” dan banyak lagi program-program yang tidak menjadi keperluan atau keutamaan rakyat. – Roketkini.com

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong

7 June 2011

7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:

● Masyarakat madani

● Hak saksama (al-musaawah)

● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya

● Keadilan (al-‘adalah)

● Meritokrasi (as-solahiyah)

● Negara berkebajikan

● Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law

● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah

● Takwa

● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)

● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)

● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’

● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera