"Menghafaz Hingga Hujung Nyawa: Nurly Shahirah dan Mushaf Tulisan Tangannya"
Dalam tragedi nahas bas UPSI yang meragut 15 nyawa pelajar, satu nama terus hidup dalam ingatan ramai, Allahyarhamah Nurly Shahirah binti Azman.
Seorang anak muda yang bukan sekadar pelajar, tetapi seorang hafizah yang telah menghafaz 30 juzuk al-Qur'an.
Lebih mengagumkan, beliau menulis semula satu mushaf lengkap dengan tangannya sendiri, sebagai sebahagian dari latihan hafalannya, dikenali sebagai tahriri.
Menulis al-Qur'an bukan perkara biasa. Ia bukan tugasan yang diminta, tetapi pilihan yang dibuat. Setiap huruf ditulis perlahan, disemak, diulang.
Setiap baris adalah usaha mengukuhkan ingatan dan mencantumkan hati dengan wahyu. Dalam dunia yang serba laju, tahriri adalah bentuk ibadah yang sangat perlahan tapi penuh makna.
Tulisan Nurly kemas dan rapi. Ia mencerminkan hati yang sabar dan tekun. Dalam ribuan remaja yang sibuk dengan media sosial dan hal duniawi, dia memilih jalan lain iaitu menulis firman Tuhan.
Ini bukan pencapaian biasa. Ini adalah bentuk cinta terhadap al-Qur'an yang sangat luar biasa.
Ada saksi yang menyebut bau harum di tempat kejadian. Media pula berulang kali menghubungi ahli keluarganya bertanyakan apakah amalan arwah.
Jawapannya ringkas, “Dia tak pernah tinggal ulang hafalan. Hari-hari ada al-Qur’an di tangannya.” Jawapan itu pun sudah cukup membuat hati kita bergetar.
Dalam diam, dia mengumpul pahala yang mungkin ramai tak perasan. Tak tular ketika hidup, tapi kisahnya mencuri perhatian saat dia pergi.
Dan pemergiannya ini menyedarkan kita, bahawa hidup bersama al-Qur'an akan sentiasa memberikan bekas pada diri, pada jiwa, dan pada insan yang tinggal.
Bayangkan. Beliau pergi dalam perjalanan ilmu, dalam keadaan menjaga hafalan, dan dikhabarkan ada mushaf tulisan tangan bersamanya.
Dan menurut gurunya, beliau sering minta diuji hafalan secara rawak. Tak pernah tinggal murajaah. Tidak hairanlah dia diambil dalam keadaan yang sangat indah.
Hari ini, ramai terinspirasi dengan kisahnya. Gambar mushaf tulisan tangan itu menjadi tular, bukan kerana cantik semata, tetapi kerana ia hidup.
Ia ada roh seorang pejuang yang memelihara kalam Allah dengan seluruh jiwa dan raga.
Semoga kita semua ambil semangat ini. Mungkin kita tidak mampu tulis satu mushaf, tapi kita masih mampu buka kembali helaian yang sudah lama ditinggalkan.
Masih ada masa untuk kembali menyentuh al-Qur’an bukan sekadar dengan jari, tetapi dengan hati.
Maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah keadaannya dan maafkanlah dia.
Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW ketika menerima berita kematian, sebagai ungkapan redha dan doa buat si mati. Semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka yang telah pergi.
Al-Fatihah buat adik Nurly Shahirah dan semua mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka dihimpunkan bersama para solihin dan dijadikan ahli syurga yang diredai.
Dan buat kita yang masih diberi nyawa, ayuh kembali hidupkan hubungan dengan al-Qur'an. Biar sedikit, tapi konsisten. Biar lambat, tapi istiqamah.
Akhirnya, kita tak tahu dengan amalan apa kita akan pergi. Tapi Nurly Shahirah telah memberi jawapan. Dia pergi dengan al-Qur’an di dada dan di tangannya.
Kredit gambar dan status: Saudara Najmuddin Azman dan gurunya.
Kita mesti melipat gandakan
usaha parti untuk memulihkan idealisme Politik Baru bagi meningkatkan
penglibatan demokratik, kerjasama pelbagai etnik, serta pembaharuan sistem
pendidikan dan kesihatan kita
Pemilihan dalaman parti PKR berakhir mengecewakan. Ia
mendedahkan kelemahan dalam parti dan politik parti di Malaysia.
Hampir
tidak ada isu penting yang dicadangkan dan dibahaskan antara pesaingnya.
Sebaliknya,
tumpuan hanya diberikan kepada puak mana seseorang berada. Dan atas pandangan
itu, para pencabar berkempen, dan penyokong mereka hanya mengundi.
Semua berjalan lancar – mengapa pilihanraya sekarang?
Pemilihan
ini hanya mendedahkan bahawa pemimpin parti itu, Anwar Ibrahim, yang memenangi
kerusinya tanpa bertanding dan tidak terlibat dalam mana-mana jawatan
dipertandingkan, memberi pengaruh besar kepada keputusan melibatkan kesemua
proses pengundian.
Ramai
calon yang diundi oleh ahli biasa dalam pemilihan bahagian itu dipilih
berdasarkan sama ada mereka adalah proksi ‘pemimpin agung’ itu ataupun tidak.
Perwakilan yang diundi untuk duduk dalam majlis pimpinan pusat juga dipilih
atas dasar yang sama.
Begitulah,
peranan ‘Orang Besar’ dalam politik Malaysia tetap hidup, hatta di dalam PKR,
yang ditubuhkan 26 tahun lalu pada 1998, dalam rahim semangat Reformasi.
Mengapa
PKR meneruskan pemilihan dalaman parti ini menjelang beberapa pilihan raya
negeri – di Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak – serta pilihan raya umum yang
akan datang?
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
Nampaknya,
penyandang naib presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli, telah mencadangkan
supaya pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum akan
datang. Ini akan membolehkan parti itu bersedia untuk berdepan pilihan raya
yang sukar akan datang.
Menangguhkan
pemilihan parti biasa dilakukan oleh parti lain. Ia membolehkan parti untuk
menghalang sebarang perbalahan dalaman daripada terjadi, sekali gus mengganggu
dan menyukarkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum.
Dari segi
perlembagaan, PKR dikehendaki mengadakan pemilihan setiap tiga tahun. Tetapi
keputusan ini dengan mudah boleh dipinda kepada lima tahun, seperti yang
dilakukan Umno beberapa tahun lalu.
Atau, jika
pun pemilihan parti terpaksa diadakan dek kerana beberapa sebab, maka majlis
pimpinan pusat boleh memutuskan bahawa tidak akan ada pertandingan untuk dua
jawatan tertinggi parti, serta jawatan tertinggi sayap pemuda dan wanita.
Sekali lagi, ia dapat menghalang pertembungan menjadi melarat.
Mungkin,
Rafizi telah pun memikirkan dua pertandingan sebelum ini untuk jawatan timbalan
presiden yang pernah ditandinginya.
Pada 2018,
Rafizi telah mencabar Azmin Ali untuk jawatan nombor dua dan tewas. Ia
merupakan sebuah pertembungan pahit yang membawa kepada perbezaan yang mendalam
antara beliau dan Azmin.
Tidak
hairanlah, Azmin kemudian berpihak dengan Dr Mahathir Mohamad selepas pilihan
raya umum 2018. Beliau meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu selepas rampasan
kuasa Sheraton pada Februari 2020, membawa beberapa penyokongnya bersamanya.
Beberapa orang lagi berpatah arang dengan kem Azmin dan kekal bersama PKR.
Malangnya, mereka tidak lagi diberi kepercayaan serta tidak diberikan kerusi
untuk bertanding pada pilihan raya umum 2022. Selepas itu, beberapa pemimpin,
misalnya naib-presiden ketika itu, Tian Chua, juga telah dipecat.
Pertandingan
kedua untuk jawatan timbalan presiden PKR pula berlangsung pada 2022, sejurus
sebelum pilihan raya umum November tahun itu. Kali ini, Rafizi bertanding
menentang Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden – dan
menang dengan cemerlang.
Walaupun
pertembungan itu tidak sepahit sebelumnya, ia meninggalkan luka mendalam bagi
parti. Jadi, tiada siapa di dalam PKR yang tidak menjangkakan hal sama akan
berlaku, jika pun pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya
umum akan datang.
Menurut
Iswardy Morni, seorang pembikin siniar dari PKR dan penyokong Rafizi, satu
perjanjian telah dicapai oleh majlis pusat parti untuk menjalankan pemilihan.
Bagaimanapun, ia bukan untuk dua jawatan tertinggi dalam parti, serta bagi
pemimpin di peringkat sayap wanita dan pemuda. Perjanjian ini terpakai sehingga
Mac 2025.
Apabila
tersebar khabar angin kononnya perjanjian untuk tiada pertandingan bagi dua
jawatan teratas itu terbatal, Rafizi jelas dalam pengumumannya bahawa beliau
akan mempertahankan jawatannya. Beliau menegaskan bahawa ia adalah untuk
mengelakkan konflik dalaman yang boleh mengganggu fungsi “kerajaan perpaduan”.
Mengapa
semua berpaling tadah atau penukaran rancangan ini berlaku? Adakah kerana
tiba-tiba Anwar sedar bahawa ini adalah penggal ketiga serta terakhirnya?
Mengikut peraturan parti, beliau tidak layak bertanding jawatan presiden atau
menjadi perdana menteri selepas dua penggal. Jadi, jika beliau ingin meneruskan
pengaruhnya di dalam parti, bukankah lebih baik beliau mempunyai seseorang
seperti anaknya, Nurul Izzah, untuk menggantikannya?
Tiba-tiba,
Nurul Izzah mengumumkan yang beliau akan bertanding jawatan tersebut. Beliau
menyatakan bahawa ada khabar angin bahawa Rafizi merancang untuk keluar parti
atau politik sama sekali. Ia sekali gus mengakibatkan kekosongan yang baginya,
perlu diisi, yang jika tidak dilakukan, pasti ada yang lain akan cuba berbuat
demikian.
Rafizi
dilaporkan telah memindahkan barang-barangnya keluar dari pejabat.
Penyokongnya
mendakwa bahawa Rafizi tidak memindahkan apa-apa keluar dari pejabatnya. Dan
beliau juga tidak bercadang untuk keluar parti!
Rafizi,
dalam maklum balasnya secara terbuka kepada Nurul Izzah semasa kempen itu,
berkata jika ada sesiapa yang was-was dengan niatnya, mereka boleh bertanya
terus kepadanya. Mengapa mengganggu keadaan di mana semuanya berjalan lancar,
soal Rafizi.
Jelajah Hiruk yang hingar melawan Pasukan Damai
Dalam
jelajah itu, ramai pemerhati tidak jelas apa, jika wujud sebarang isu, yang
memisahkan Rafizi, 47, ahli strategi pilihan raya umum 2018 dan 2022, daripada
Nurul Izzah, 44, yang digelar “Puteri Reformasi” itu. Ia adalah gelaran yang
diperoleh Nurul Izzah apabila beliau dan Rafizi terlibat secara terus dalam
menubuhkan PKR sedari awal. Dapat kita fahami, mereka berkongsi banyak perkara
yang sama, termasuk kesetiaan kepada Anwar, yang ketika itu berada di dalam dan
di luar penjara. Kedua-duanya membantu isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail, Syed
Husin Ali dan pemimpin lain untuk memulakan parti.
Namun,
Rafizi dan Nurul Izzah tidak membahaskan perbezaan dasar yang akan digagaskan
oleh mereka kali ini. Tiada perdebatan tentang cara menyusun semula ekonomi, memulihkan
sistem pendidikan dan menambah baik perkhidmatan kesihatan, atau tentang soal
kesaksamaan jantina dan hak kebebasan lainnya.
Mungkin satu-satunya
perkara penting yang menjadi perhatian dalam pertembungan mereka adalah apabila
Nurul Izzah, kali ini, mengkritik secara lembut pelantikan semula Anwar, Azam
Baki, sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sebaliknya, Rafizi
gigih menggesa Azam dipecat walaupun sebelum pilihan raya umum 2022. Atau
adakah ini persamaan, dan bukannya perbezaan pendapat, di antara Rafizi
Kita mesti melipat gandakan usaha parti untuk memulihkan idealisme Politik Baru bagi meningkatkan penglibatan demokratik, kerjasama pelbagai etnik, serta pembaharuan sistem pendidikan dan kesihatan kita
Namun jelas, perselisihan faham
telah pun timbul di antara Rafizi dan Anwar. Sama ada Nurul Izzah menyebelahi
bapanya atau bersetuju dengan Rafizi tidaklah dapat ditentukan kerana beliau
tidak menjadi tumpuan umum sejak pilihan raya umum lalu. Ketika itu, beliau
gagal memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh, yang pernah ditandingi dan
dimenangi oleh kedua ibu bapanya dalam pilihan raya sebelum ini. Jadi, beliau
tidak dilantik untuk duduk dalam kabinet. Hansard juga tidak merekodkan
sebarang kenyataan beliau kerana beliau tidak berada di Parlimen beberapa tahun
kebelakangan ini.
Jadi,
tidak ada laporan Nurul Izzah mengulas secara terbuka mengenai pelantikan
dilakukan bapanya melibatkan presiden Umno Zahid Hamidi sebagai timbalan PM
mendahului timbalan partinya sendiri. Juga tidak ada penafian tentang Zahid,
Musa Aman dan bekas pemimpin Umno yang lain diberikan “DNAA” (pelepasan tanpa
pembebasan). Apa lagi sebarang komen dari Izzah apabila hukuman penjara bekas
Perdana Menteri Najib Razak turut dikurangkan separuh.
Kalau
diingat semula, Rafizilah yang mengetuai bahtera perang bagi menentang beberapa
siri kes rasuah yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional. Bersama Tony
Pua dan akhbar The Edge, Rafizi mendedahkan skandal rasuah 1MDB berbilion
ringgit, yang pada mulanya diselubungi Akta Rahsia Rasmi. Beliau jugalah yang
memecahkan skandal “Cowgate”, di mana dana negeri yang diperuntukkan untuk
Pusat Fidlot Nasional yang didakwa disalah guna untuk kegunaan peribadi.
Atas usahanya, Rafizi terpaksa
menanggung 16 kes mahkamah, termasuk satu kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Ini mengakibatkan beliau berdepan hukuman penjara tiga tahun ke atasnya, yang
mujurlah digantung.
Dalam
kempennya bagi mempertahankan jawatan timbalan presiden, Rafizi melawat
sembilan lokasi termasuk Sabah dan Sarawak. Bersesuaian dengan nama jelajahnya
untuk berbuat bising, ia dinamakan “Jelajah Hiruk” (Hiruk adalah singkatan Hidupkan
Idealisme Reformasi dalam Ujian Berkuasa).
Semasa
kempennya, beliau bercakap tentang kerjanya di Kementerian Ekonomi, termasuk
menyiapkan Rancangan Malaysia ke-13 (lima tahun). Beliau membincangkan
cadangannya untuk memperkenalkan pembaharuan dalam sistem pendidikan. Beliau
menjelaskan bagaimana beliau akan terus memberikan subsidi kepada golongan yang
memerlukan di samping meningkatkan hasil untuk kerajaan.
Tidak,
beliau tidak bercakap tentang percubaannya untuk melancarkan program Padu, yang
ternyata sedikit melampaui batas, atau rancangannya untuk menghapuskan subsidi
petrol, yang diramalkan para pengkritik akan menjadi kacau bilau.
Rafizi
juga menggesa pindaan kepada perlembagaan parti. Ia akan menghalang pemilihan
parti diadakan jika penggalnya bertembung dengan pilihan raya umum serta tidak
membenarkan anggota baru yang tidak menjadi ahli selama sekurang-kurangnya lima
tahun daripada bertanding parti dan pilihan raya umum. Sehubungan itu, beliau
mencadangkan presiden perlu dilucutkan hak dalam memberikan pengecualian kepada
anggota baru untuk bertanding.
Ia
merupakan kritikan kepada anggota baru seperti R Ramanan, bekas bendahari MIC
yang baru menyertai PKR dan ‘menyendeng’ dirinya kepada Anwar, lalu diberi
kawasan pilihan untuk bertanding pada pilihan raya umum lepas. Lebih daripada
itu, Ramanan kemudiannya turut dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan
usahawan dan koperasi. Beliau juga bertanding untuk salah satu jawatan
naib-presiden PKR dan menang. Ramanan juga secara terbuka menyokong Nurul Izzah
menentang Rafizi.
Seorang
lagi pendatang baharu yang naik pangkat dengan pantas ialah Adam Adli, yang
turut diberi kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu. Beliau
kemudiannya bertanding dan muncul sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan, sayap
pemuda parti itu.
Begitu
juga, seorang lagi ahli bernama Amir Hussein dari Sabah, yang diberi kerusi
untuk bertanding walaupun mempunyai reputasi sebagai ‘katak’. Beliau pernah di
dalam Umno, kemudian Amanah sebelum menyertai PKR. Beliau juga merupakan antara
pengkritik paling lantang Rafizi menjelang pemilihan parti ini.
Dalam
ketiga-tiga kes ini, Anwar telah memberikan pengecualian yang diperlukan. Dalam
membela dirinya, beliau menyatakan bahawa dirinya hanya menandatangani
kelulusan dan tidak mempertimbangkan perkara itu dengan teliti. Jadi, jelas
sekali, beliau tidak menentang cadangan pindaan Rafizi.
Nurul pula
tidak pernah berada dalam kabinet dan tidak terlibat dalam penggubalan dasar.
Tetapi beliau telah menghabiskan masa bagi menyelaras sekretariat untuk
menasihati menteri kewangan, iaitu bapanya sendiri.
Dalam
pemilihan parti terkini, pasukan Izzah yang digelar “Team Damai” (Dari Akar
Membina Aspirasi Inklusif), mengadakan perhimpunan di tujuh lokasi, termasuk di
Malaysia Timur. Nampaknya, kempen mereka agak sederhana, bersesuaian dengan
nama ‘damai’ yang dipakai, tidak ‘bising’ seperti Jelajah Hiruk.
Walaupun
presiden menyatakan beliau tidak menyebelahi mana mana pihak, pengundi biasa
PKR faham bahawa Nurul Izzah adalah proksi Anwar. Undi untuk Nurul adalah undi
untuk Anwar.
Mungkin
inilah sebabnya ketika Rafizi mengumumkan beliau akan bertanding, kira-kira
seminggu sebelum pengundian, Rafizi menyatakan bahawa beliau tidak boleh
memenangi pertandingan itu. Dan Rafizi juga memaklumkan yang beliau akan
mengosongkan kerusi menterinya jika itu berlaku.
Turut ada
dakwaan oleh Pasukan Jelajah Hiruk bahawa pesaing mereka telah menggunakan
‘politik wang’ – apa lagi cara mereka untuk memastikan para ahli untuk mengundi
Pasukan Damai! Dakwaan ini semakin kuat apabila Pasukan Damai mula memenangi
kerusi bahagian, satu demi satu, kira-kira sebulan lebih awal daripada
pemilihan majlis pusat yang dijadualkan pada 24 Mei di Johor Bahru.
Inilah
sebab mengapa pasukan Jelajah Hiruk mempersoalkan mengapa tiada rakaman skrin
proses pilihan raya di peringkat bahagian dibenarkan.
Sebagai
pandangan alternatif, boleh jadi bukan politik wang yang menunjukkan sisi
hodohnya. Boleh jadi ia manifestasi sokongan kepada Orang Besar dalam parti dan
anak perempuannya, seperti yang sering berlaku dalam politik Malaysia dan
serantau.
Pilihanraya
jawatankuasa pusat
Dalam
pemilihan itu, Nurul Izzah menewaskan Rafizi dan dilantik sebagai timbalan
presiden. Beliau memenangi 9,803 (lebih 70%) undian manakala Rafizi hanya
memenangi 3,866 undi.
Bagi
peringkat jawatankuasa pusat, 22,081
perwakilan layak mengundi, di mana 13,752 sebenarnya mengundi. Ini
bermakna hanya kira-kira 44% daripada 22,081 perwakilan yang layak benar-benar
mengundi Nurul Izzah.
Ia juga
bermakna 8,329 (38%) daripada semua perwakilan yang layak tidak memilih untuk
mengundi – walaupun mereka dibenarkan mengundi sama ada secara peribadi atau
dalam talian. Cukup besar peratusan yang memilih untuk tidak mengundi! Mengapa
mereka tidak muncul? Adakah ini kerana mereka tidak mahu menyokong mana-mana
calon? Adakah itu tanda protes?
Pemilihan
bahagian yang diadakan sebelum ini memberi kita petunjuk jelas. Dalam pilihan
raya ini, ramai penyokong Rafizi tidak berjaya dalam usaha mereka untuk dipilih
semula menjadi kepimpinan bahagian mereka sendiri. Mereka termasuklah Nik Nazmi
Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Akmal Nasrullah Nasir (Johor Bahru),
Rodziah Ismail (Ampang), Lee Chian Chung (Petaling Jaya) and Fahmi Zainol (Ahli
Dewan Negeri Pulau Pinang untuk Pantai Jerejak). Hanya naib-presiden PKR Chang
Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim) dan Aminuddin Harun (Menteri Besar
Negeri Sembilan) dapat memenangi kerusi mereka, selain Rafizi sendiri, yang
menang di Pandan tanpa bertanding.
Dalam
pertandingan bagi naib-presiden, hanya Chang dan Aminuddin yang berjaya. Nik
Nazmi dan G Manivanan tidak berjaya. Dua lagi naib-presiden yang dipilih ialah
Amiruddin Shari dan Ramanan, kedua-duanya bersekutu dengan Nurul Izzah (atau
Anwar).
Menteri
Pendidikan Fadhlina Sidek dikembalikan sebagai ketua sayap wanita, manakala
Kamil Munim dipilih sebagai ketua pemuda tanpa bertanding. Kedua-duanya adalah
penyokong setia Anwar.
Sehubungan
itu, 17 daripada 20 (85%) daripada semua kerusi dalam majlis pimpinan pusat
menjadi milik Pasukan Anwar.
Kritikan
juga muncul bahawa Dr Zaliha Mustafa, yang bertanggungjawab dalam pemilihan
parti, setiausaha agung PKR Fuziah Salleh dan mungkin Nurul sendiri tidak
menyedari apa yang berlaku di akar umbi.
Dalang
yang didakwa di sebalik tabir semua yang berlaku ini ialah Amirudin Shaari,
Menteri Besar Selangor. Penyokong setia Azmin ini dulu, kini menjadi penyokong
sepenuh masa Nurul Izzah. Rupa-rupanya, inilah cara Amirudin ‘menyendeng’
kepada bapanya.
Juga
nampaknya, ia adalah sebahagian daripada rancangan Amirudin untuk menggulingkan
Rafizi dan meletakkan dirinya sedekat mungkin dengan gabungan bapa-dan-anak
perempuan itu, serta menggantikan mereka apabila tiba masanya. Dijangka
Amirudin akan mewarisi salah satu daripada dua jawatan menteri persekutuan yang
telah dikosongkan oleh Rafizi dan Nik Nazmi selepas mereka gagal memenangi
jawatan tertinggi parti.
Tidak
dapat disangkal, kekalahan Rafizi dan peletakan jawatannya daripada kabinet
(serta Nik Nazmi, penyokong setianya) pastinya mengakibatkan PKR menjadi lemah.
Azlan
Adnan MA, yang tampaknya mengagumi Rafizi, telah menyiarkan tulisan yang agak
berbentuk hagiografi tentang Rafizi, yang beliau anggap sebagai “reformis
sejati” melebihi mentornya, Anwar. Beliau
menulis:
Kekalahan
Rafizi menandakan titik perubahan yang menyedihkan bagi PKR. Dengan memilih
Nurul Izzah – simbol kesinambungan dan legasi keluarga – parti itu telah
memberi isyarat bahawa ia tidak lagi membawa gagasan reformasi yang berbentuk
mengganggu tetapi diperlukan, seperti yang diperjuangkan oleh Rafizi. Keputusan
ini menimbulkan persoalan yang tidak selesa tentang kematangan demokrasi parti
Malaysia… Akar umbi seakan mengundi untuk keselesaan. Untuk membiasakan diri,
untuk dinasti politik keturunan, dan dengan berbuat demikian, mereka
mengenepikan seorang tokoh dalam parti mereka yang mempunyai kedua-dua dimensi;
otak dan keberanian bagi meneroka jalan yang berbeza… Kekalahan Rafizi adalah
jalan yang bersimpang siur, bukan jalan buntu. Ideanya kan kekal hidup,
integritinya utuh, dan kawasan pilihan rayanya – bukan sahaja pengundinya,
tetapi juga rakyat Malaysia yang berfikiran reformasi – masih di belakangnya.
Reformasi terluka, ya – tetapi tidak mati….
– Azlan
Adnan MA melalui artikelnya berjudul Rafizi Ramli’s defeat; A parallel to
Khairy Jamaluddin’s political journey. What the fall of Malaysia’s brightest
reformist says about party politics
Jadi,
seperti apa perkembangan politik semasa yang ada sekarang? Izinkan saya
membedah pemilihan PKR dan perkembangan politik terkini yang lain dengan
membezakan antara dua jenis politik yang wujud..
Kita mesti melipat gandakan usaha parti untuk memulihkan idealisme Politik Baru bagi meningkatkan penglibatan demokratik, kerjasama pelbagai etnik, serta pembaharuan sistem pendidikan dan kesihatan kita
“Politik P
Besar” merujuk kepada ruang pilihan raya, Perlembagaan dan penggubalan
undang-undang, cukai pendapatan dan belanjawan, alam Kekuasaan dan parti
politik, termasuk pemilihan parti dalaman seperti PKR, yang diadakan baru-baru
ini.
Politik P
Besar ini dikuasai oleh Umno-BN selama lebih 60 tahun. Pemenang dalam Politik P
Besar berakhir dengan banyak Kuasa dan berpeluang untuk mengumpul banyak
kekayaan dengan cepat.
Tetapi
hati-hati! Politik P Besar juga disertai dengan adegan tikam belakang, lompat
parti serta membuat perjanjian tanpa mengambil kira prinsip. Semua ini untuk
berkuasa, seperti perampasan kuasa lewat pintu belakang Sheraton.
Peristiwa
yang lebih baru melibatkan ahli politik ialah antara PM dan pemimpin Umno
sekarang, Zahid Hamidi. Percaturan ini membolehkan beliau dilantik sebagai
timbalan PM, walaupun berhadapan 27 tuduhan rasuahnya. (Beliau kemudiannya
telah diberikan DNAA (pelepasan tanpa pembebasan).
Kerajaan
perpaduan “Madani” yang diketuai oleh Anwar, dengan Zahid sebagai timbalannya,
dan PKR sebagai teras, kini terletak di tengah-tengah Politik P Besar.
Sebaliknya,
“politik penyertaan dengan p kecil” merujuk kepada politik yang dijalankan dan
berkembang di luar parti politik serta di luar pilihan raya umum yang diadakan
setiap empat hingga lima tahun. Ia menelesuri kemunculan bentuk politik ‘setiap
hari’ yang berbentuk tidak formal atau ‘budaya’ yang berlaku di antara pilihan
raya.
Di
Malaysia, sekelompok warga awam mula membentuk NGO – ada yang berdaftar, ramai
yang tidak – sejak 1970-an dan seterusnya, selepas rusuhan kaum 13 Mei pada
1969.
Salah
satunya ialah pertubuhan kami sendiri, Aliran. Kami tidak menunggu pilihan raya
untuk datang. Kami terlibat dengan isu dan masalah apabila ia timbul, di antara
sela pilihan raya. Tumpuan diberikan kepada punca khusus seperti pencabulan hak
asasi manusia, termasuk penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA).
Five years into Mahathir’s
22-year hold on power, the rot was already evident – ALIRAN.
Dalam artikel diterbitkan, kami
menentang keganasan terhadap wanita dan mempertahankan kesaksamaan jantina.
Kami membantah penubuhan taman tema di atas Penang Hill. Kami mencabar skandal
kewangan yang melibatkan pemimpin politik. Kami mempertahankan hak Orang Asli,
hak pengguna, dan hak peneroka bandar dan petani yang menghadapi pengusiran
paksa.
Malangnya,
pertumbuhan politik p kecil telah dibungkam semasa Operasi Lalang, melalui
undang-undang kejam ISA pada 27 Oktober 1987. Sebahagian daripada mereka yang
ditahan ketika itu adalah pemimpin terkenal DAP seperti Lim Kit Siang, Karpal
Singh, P Patto dan Lim Guan Eng. Tahanan lain termasuklah pemimpin Pas seperti
Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar.
Never again! It is time for
closure
Walau bagaimanapun, majoriti
tahanan Operasi Lalang telah aktif dalam politik p kecil. Sebagai contoh, Nasir
Hashim yang memperjuangkan hak ‘setinggan’ atau peneroka bandar. Brother
Anthony Rogers dan Lim Chin Chin adalah pekerja gereja Katolik yang rapat
dengan gerak kerja keadilan sosialnya, National Office of Human Development.
Yang lain seperti Cecilia Ng dan Chee Heng Leng aktif dalam perjuangan untuk
kesaksamaan gender. Tahanan lain termasuk pendidik beraliran Cina seperti Kua
Kia Soong, pencinta alam sekitar serta kesatuan sekerja.
Politik p
kecil telah menerima rangsangan apabila Reformasi tercetus sejurus pemecatan
Anwar daripada Umno pada tahun 1998. Dalam tempoh dua tahun, ramai daripada
mereka yang terlibat dalam politik kecil dan dalam Reformasi, terutamanya
penyokong setia Anwar yang telah muncul dari rahim Umno, membantu membentuk
Parti Keadilan Nasional. Parti ini kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat
Malaysia, parti sosialis lama, untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dengan Syed Husin Ali, seorang sarjana aktivis terkenal, sebagai timbalan
kepada presiden parti Wan Azizah.
Dengan kata lain, aktivis politik
p kecil juga beralih ke alam Politik P Besar. Atau, untuk meminjam istilah
aktivis veteran Hishamuddin Rais, kita melihat “politik jalanraya” yang
membentuk kumpulan politik p kecil turut diinstitusikan untuk memerangi Politik
P Besar berbentuk “Politik Pilihanraya”.
Seterusnya,
PKR juga membentuk gabungan dengan DAP, juga kemudian dengan Pas (sehingga
pilihan raya umum 2013) dan akhirnya dengan autokrat, Mahathir, yang pernah
menjadi musuh dan penindas mereka. Kerjasama dan kesepakatan mereka membawa
kepada kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 2018. Bersama-sama,
mereka menewaskan daulah Umno-Barisan Nasional buat kali pertama sejak merdeka.
Namun,
ramai di Malaysia, termasuk kami di Aliran, terus menumpukan kepada politik p
kecil. Kami mengambil bahagian dalam pembentukan jaringan NGO seperti Bersih,
yang pada dasarnya menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Mungkin jaringan
ini mencapai kemuncaknya apabila ia diketuai oleh bekas presiden Majlis Peguam
Ambiga Sreenevasan dan Pak Samad Said, sasterawan negara. Bersih juga tidaklah
mahu menjadi parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya. Namun, ia
bekerjasama dengan PKR dan parti pembangkang lainnya.
The Bersih 5 crowd outside
KLCC on 19 November 2016
Turut muncul sekitar waktu ini
ialah Hindraf, yang memperjuangkan hak orang Hindu, dan gerakan alam sekitar di
Malaysia, yang menganjurkan Himpunan Hijau.
Dengan
kata lain, alam politik p kecil ini memuncak pada tahun-tahun berikutnya.
Melalui Bersih, tuntutannya untuk pilihan raya yang bebas dan adil menjadi
popular serta berkembang di kalangan rakyat. Seruannya yang berkaitan bagi
memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dan membina semula Malaysia yang
lebih baik juga disambut masyarakat.
Ramai
masih ingat waktunya di mana kami turut membantu untuk menganjurkan demonstrasi
atau mengambil bahagian dalam mesyuarat bagi membincangkannya. Ia adalah tempoh
di mana orang ramai cukup bersedia turun ke jalanan bagi membantah
penyalahgunaan kuasa dan rasuah Umno-BN.
NGO ketika
itu turut menuntut tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan. Mereka
menentang rasuah dan kronisme. Mereka menyokong kesaksamaan jantina dan
perlindungan wanita. Mereka menggesa keadilan sosial untuk Orang Asli dan
peneroka bandar, untuk pembangunan mampan, untuk perundangan gaji minimum,
untuk penambahbaikan dan perlindungan sistem kesihatan awam. Mereka menuntut
pembaharuan di sekolah kita dan juga untuk memelihara warisan budaya, seni dan
muzik kita. Saya juga masih ingat inisiatif untuk mendekati orang dari latar
belakang agama lain dan mempromosikan dialog antara agama.
Media
sosial turut digunakan secara meluas untuk menguatkan politik p kecil kita. Ia
merupakan satu pembugaran bentuk masyarakat sivil yang belum pernah berlaku sebelum
ini di Malaysia. Momentumnya telah bermula sejak Reformasi.
Politik p
kecil sebegini adalah perkara biasa di Filipina pasca-Marcos, di Indonesia
pasca-Reformasi, dan di Thailand, di mana rampasan kuasa tentera berlaku dari
semasa ke semasa. Dihadapkan dengan pemerintahan tentera dan autoritarian,
Politik P Besar berbentuk pilihan raya sering berdepan masalah di negeri jiran.
Akibatnya, NGO dan pertubuhan masyarakat sivil di sana telah bergerak menentang
pemerintahan tentera dan autokratik BUKAN melalui Politik Kuasa P Besar tetapi
melalui politik penyertaan p kecil. Beribu-ribu pertubuhan masyarakat sivil
atau NGO wujud di negara jiran ini dan telah aktif sejak 1970-an.
Di
Malaysia, secara perbandingannya, proses pilihan raya formal telah berjalan tanpa
gangguan. Namun, proses itu telah dikuasai oleh parti politik berasaskan etnik
Umno-BN selama enam dekad. Keseluruhan sistem itu bergelumang politik wang.
Tidak
banyak bukti bahawa kerajaan perpaduan Madani yang dipimpin oleh Anwar dengan
PKR sebagai parti teras kerajaan telah beralih daripada proses yang ditentukan
oleh etnik dan politik naungan yang dikaitkan dengan gabungan Umno-BN.
Kita mesti
melipatgandakan usaha PKR dan Anwar untuk memulihkan idealisme Politik Baru
yang berteraskan untuk meningkatkan penyertaan demokratik, kerjasama pelbagai
etnik, dan pembaharuan sistem pendidikan serta kesihatan kita.
Dari sudut
pandang sebegini, keputusan pemilihan PKR baru-baru ini hanya memberi sedikit
perbezaan kepada kita yang menuntut pembaharuan. Ya, kita pastinya cenderung
untuk mengutamakan kerajaan perpaduan pimpinan PKR ini daripada kemungkinan
alternatif sedia ada yang wujud. Namun, adakah sudah tiba masa untuk berfikir
dengan jelas tentang alternatif lainnya?
Untuk itu,
kita perlu melancarkan semula usaha politik p kecil kita. Kita hanya boleh
berjaya dalam arena Politik P Besar, jika politik p kecil kita melibatkan
tuntutan seputar soal reformasi sosial, keterangkuman dan demokrasi
partisipatif kekal aktif, cergas dan kukuh.
Politik p
kecil perlu menyuntik semula dirinya masuk ke dalam politik P Besar seperti
mana pada kemuncak gerakan Reformasi.
Francis Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
4 Jun 2025
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO
statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions
expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's
official position.