INSAN INI LAMA DILUPAKAN....



 Bertenang sahabatku sekalian... Rafizi & Nurul dua2nya adalah kristal yang sedang digilap. PMX pula adalah intan yang gemerlapan. Rafizi atau Nurul bagi saya tak ada masalah selagi Anwar terus bersinar. Alhamdulillah 🤲 





Negara sedang berada dilandasan terbaik dan dipimpin oleh orang yang terbaik. Tidak perlu gusar. Sebenarnya yang gundah gulana ketika ini adalah musuh2 kita yang sebenar. Dan musuh kita yang sebenar bukanlah team Rafizi atau team Nurul selagi kita patuh dengan Kapten yang sama - Anwar.


Sebenarnya yang saya amat khawatir adalah musang2 berbulu ayam yang sedang merobek perpaduan kita meratah daging kita. Ingat! Diluar sana musuh tanpa henti berusaha dan melakukan apa saja untuk menggagalkan agenda Reformasi yang sedang dilakukan oleh Malaysia Madani dibawah pimpinan Anwar. 


Bangkitlah. Bersatulah. Bermuwafakatlah. Kerana muwafakat itu membawa berkat.


Salam hormat.

Badrulamin Bahron.

28 Mei 2025.



HEBAT YA.


 

TIBA TIBA MAJU HOLDING NAIK NAMA


BERTABAH LAH..


 

ISU ROMBAKAN KABINET


 

RAFIZI PENGHALANG PAS SERTAI KERAJAAN PERPADUAN


 

SENARAI 5 MENTERI KABINET BARU ANWAR IBRAHIM

TERIMA KASIH KERAJAAN PUSAT... SANUSI TAKAT UMUM.. SOQANG LAGI BUAT TIKTOK... ELOK DOK MUHONG KAMI JA.

 


NOHHH.. PAKAT SOKONG


Sahabat Anwar- Rakyat Bijak


 Faham-faham jer lah bila mereka ni keluarkan sokongan kat akhbar. Macam sebelum-sebelum ni. Rakyat dah faham dah tektik ni.






HALIA dan Kesannya Terhadap KENCING MANIS




Halia bersifat antidiabetis, lebih baik berbanding bawang putih. 


Kajian klinikal mendapati pengambilan 3g serbuk halia selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah. 


Selain dari itu, ia boleh turunkan kolesterol dan trigliserida di kalangan pesakit diabetes Type 2. 


Pengunaan halia segar juga boleh, cuma biasanya dos yang digunakan adalah ‘double’ dari dos biasa iaitu 6g.


Kajian yang diterbitkan dalam Asian Journal Experimental Science juga mendapati halia berpotensi rendahkan kadar protein dalam air kencing - sesuai untuk pesakit buah pinggang.


Bahan khasiat dalam halia dikenali sebagai gingerol dan shogoal.

 

Halia bentong lebih tinggi bahan bahan khasiat ini berbanding halia biasa. 


Cuma harga halia bentong biasanya lebih mahal berbanding halia biasa. 


#DrSuriRoowi Ph.D KMN 

Principal Scientist


Foto: JioMart



Nak jadi jujur perlukan persediaan


Nik Hasyudeen


Saya yakin kebanyakan orang nak menjadi orang yang jujur. Apabila diberikan jawatan dan kedudukan, mereka nak jalankan amanah berkenaan seperti mana yang seharusnya.


Namun hampir setiap hari kita baca berita berkenaan salah guna kuasa, rasuah dan juga pecah amanah. Bagaimana jenayah-jenayah ini berlaku di kalangan ahli masyarakat yang sanggup berdemonstrasi kerana mahukan undang-undang Islam dikanunkan sepenuhnya? Bukankah salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah adalah dosa yang besar di dalam Islam?


Sebenarnya ada 2 sumber utama di mana seseorang yang ada kedudukan dan jawatan itu terdorong untuk menyalah gunakan kedudukan dan jawatan:


1. Tekanan dan desakan dari dalam jiwanya sendiri


2. Tekanan dari luar


Kita kena menerima hakikat kita ada nafsu yang sekiranya gagal dikawal mahukan emas bergunung-gunung. Dari susah nakkan kesenangan. Bila dah senang nakkan kekayaan. Bila dah kaya nakkan kekuasaan. Ini akan berterusan jika kita melayan kehendak nafsu.


Di dalam masa yang sama, kita mungkin ditekan dari luar kerana kedudukan dan jawatan kita merupakan batu loncatan penting bagi orang lain yang juga dipacu oleh nafsu yang menggila. Jika kita tidak melayan kehendak dan tekanan berkenaan, kedudukan dan jawatan kita akan menjadi tumpuan mereka dan jika kita tidak dineutralkan (menjadi barua mereka), kita perlu dipindahkan atau dikeluarkan.


Oleh yang demikian, seseorang yang nak menduduki mana-mana kedudukan atau jawatan perlu ada persediaan jika mahu kekal menjadi seseorang yang jujur.


Persediaan yang paling penting ialah sentiasa ingat bahawa ada proses hisab di akhirat. Sebijak dan sepandai mana kita mengelak dari ditangkap di atas dunia, kita akan dihisab oleh Allah SWT yang maha mengetahui dan maha adil. Boleh terlepaskan atau tidak dikala dihisab?


Untuk berasa takut kepada hisab Allah, kita kena ada iman yang kuat. Jika sekadar mengaku Islam dan melupakan apakah maknanya menjadi seorang Islam, sukar bagi orang seperti itu untuk berasa takut kepada hisab Allah. Seorang hamba Allah pernah sebut kepada saya “Pandai-pandailah kita jawab di sana nanti”, seolah-olah Allah tu macam kawan dia yang boleh dikelentong.


Di dalam masa yang sama, kita sebagai seorang insan kena dilihat bernilai di dalam masyarakat. Ini bermakna kita kena ada ilmu, kemahiran dan memegang nilai yang dimahukan oleh pelbagai pihak. Sekiranya kita kehilangan kedudukan atau jawatan disebabkan nak menjadi orang yang jujur, إن شاءالله orang lain akan menawarkan kita kedudukan atau jawatan yang lebih baik.


Di samping itu, kita juga tidak boleh hidup dengan gaya yang memerlukan kos yang tinggi. Lagi tinggi kos gaya hidup, lagi bergantung kita kepada kedudukan dan jawatan yang ada. Ini adalah di antara sebab yang mana orang yang nak jadi jujur terpaksa menyalah gunakan kuasa dan kedudukan. 


Apabila manusia-manusia bernafsu besar tahu kebergantungan kita kepada kedudukan dan jawatan, mudahlah bagi mereka untuk “memakan” kita. Gertak sedikit sahaja susah cukup. Kita akan mencari segala alasan dan dalil untuk menghalalkan apa yang sebenarnya haram.


Di dalam segitiga jenayah, perkara terakhir yang menyebabkan jenayah dilakukan ialah rasionalisasi. Walaupun ada tekanan dan peluang, jenayah tidak akan berlaku sekiranya penjenayah tidak merasionalkan bahawa jenayah yang bakal dilakukan itu “ok”.  Habis segala buku dan kitab diselongkar untuk mencari alasan yang bukan sahaja jenayah ditelan tetapi berasa mulia pula apabila melakukannya.


Jadi, nak jadi jujur ini bukan sekadar cakap dan ucap sahaja, ianya memerlukan pelbagai persediaan supaya kita boleh mengatasi ujian kedudukan dan jawatan. Agaknya, berapa ramai hamba Allah yang benar-benar membuat persediaan untuk menjadi orang yang jujur?


#takapajujur



MEREKA MUDAH LUPA, RAKYAT INGAT



Setelah keputusan PRN Melaka yang mengecewakan dan di PRN Johor yang amat membimbangkan beliau hadir disaat parti dalam keadaan sukar dan kian hilang sokongan.





Pelbagai usaha dari pelbagai pihak meminta beliau kembali ke pentas politik, saya sendiri insan kerdil dalam arus perjuangan ini secara peribadi beberapa kali merayu pada beliau dan beliau membalas kepada saya  "Sampai masa kita usahakan" sejak itu saya yakin beliau akan kembali satu hari nanti.


Ini adalah masa yang amat sukar buat Pakatan Harapan dan Keadilan khususnya tetapi tidak dapat dinafikan insan bernama Rafizi ini punyai kelebihan kepandaian kemampuan tersendiri untuk mencorak sesuatu yang lebih baik.


Ia diakui oleh pelbagai pihak termasuk Presiden Keadilan sendiri begitu juga dari UMNO dimana Datuk Lokman Nor Adam pernah menyebut Saudara Rafizi adalah ibarat 'key controller' dalam Pakatan Harapan satu ketika dulu.


Maka hari ini kemunculan semula beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari ahli parti khususnya mahupun penyokong dan pendokong yang turut memberi komen² mengalu-alukan penglibatan semula beliau.


Beliau kini menawarkan diri sebagai Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan saya kira beliau adalah insan yang paling layak dan sesuai bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mampu  melonjakan sokongan rakyat dan membawa parti kearah prestasi yang lebih mantap.


Ayuh teman² teruskan memberi sokongan padu kepada beliau.

Kurangkan Emosi Tingkatkan Prestasi..

Rafizi Ramli untuk Timbalan Presiden.


Mohd Latif 

Bandar Tun Razak



SOLAT NAK MENUNJUK ATAU APA GAYA CAM NI


 

PEMBANGKANG SOKONG KERAJAAN


 

AMIR TIDAK RISAU KEDUDUKAN MENTERI BESAR DARI ZAFRUL KERANA....


Iswardy Morny


Amir tahu dia TIDAK perlu risau kedudukan dia sebagai menteri besar akan terlucut hanya kerana kemasukan Tengku Zafrul dalam Parti keadilan dikatakan bakal menjadi MB selangor. Teori Zafrul menjadi MB ini agak janggal.


Ini kerana beberapa sebab. Pertama, Zafrul melihat bahawa jalannya untuk menjadi menteri adalah lebih mudah dan cerah dari menjadi menteri besar. Kenapa? Untuk menjadi menteri besar dia kena melalui beberapa proses. Paling rumit adalah proses "restu" dan "keredhaan" dari ahli-ahli parti keadilan negeri selangor, pimpinan Keadilan negeri selangor dan akhir sekali kelulusan dari kepimpinan PH negeri selangor. Sokongan seperti ini pasti dia tidak akan dapat walaupun restu Presiden dia boleh perolehi. 


Kedua, dari Istana selangor itu sendiri. Mungkin nampak mudah kerana dia merupakan kerabat selangor. Namun Istana selangor juga perlu melihat bahawa pimpinan dan ahli parti itu merelakan seseorang itu dilantik menjadi Menteri besar sebelum memberi pekenan. Ini asas dalam mana-mana organisasi.


Kedua, calon-calon menteri besar selain Amir itu ramai. Dari Borhan kepada Fahmi Ngah masing-masing disebut bakal menjadi Menteri Besar Selangor. Malah Najwan pun tidak menolak kalau diberikan kedudukan tersebut. Namun yang lebih menarik ialah Nurul Izzah Anwar juga diramalkan kedudukan kerusi Menteri besar. Nurul berkemungkinan akan lebih mudah di sokong oleh Ketua cabang dan Istana Selangor berbanding Zafrul sendiri. 


Terakhir, bagi tengku Zafrul kedudukan kabinet adalah lebih selamat kerana kurang "politiking" disebabkan ia terus bawah Perdana Menteri. Perdana Menteri Setuju, maka yang lain itu mudah. Berbanding di peringkat negeri, dia terpaksa mendapat restu dari pelbagai lapisan - Ahli, ketua cabang, Majlis pimpinan, Biro Politik, Sultan, di peringkat federal dia hanya perlu meyakikan seorang sahaja - Perdana Menteri. 


Di sini kenapa lebih mudah dia menjadi Menteri dari menjadi MB.


Soalannya, sekiranya dia masuk PKR, dia tidak boleh menjadi senator untuk menjadi menteri. Dia kena masuk bertanding parlimen. Kerusi mana dia akan bertanding?


Salah satu yang di sebut ialah Bandar Tun Razak. Kerusi kak wan. Cuma dengan keadaan sekarang, adakah ini tidak akan menjadi kecaman? 


Namun di lihat dari sudut politik, memberikan kerusi kak wan agak "reasonable" kerana masih lagi sekarang ini isu Nepotisma tidak lagi reda. Dengan pemberian kerusi atas alasan mengurangkan isu "nepotisma" mungkin, dilihat dapat meredakan tekanan dan asakkan nepotisma Anwar- Wan Azizah - Nurul Izzah. 


Hujahnya nanti, dulu kamu kata ini nepotisma. Sekarang aku sudah bagi kerusi Isteri aku kepada orang lain, takkan tak nak sokong pula? Menarik tak hujah ni? 


Well, anway, ni hanya telahan sahaja. Don't take it seriously 😅


Iswardy



MACAM RETIS PULAK ISWARDY KENA GAM


 

LAWAN RASUAH SEJAK DULU

 


OWHHHH- RUPANYA ZAMAN PAS JADI KERAJAAN

 










SENARAI HANCING PAS. WALAUN JANGAN SYOK SANGAT

 







PH JANGAN SYOK SENDIRI, SOKONGAN RAKYAT MAKIN MENIPIS

'Hujah karut', peguam negara digesa halang usaha 'aneh' Anwar dapatkan kekebalan

 

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty berkata peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan tindakan perdana menteri.

MalaysiaNow

3 minit bacaan

Kongsi

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar (kanan) digesa menghalang usaha Anwar Ibrahim mendapatkan imuniti menjelang bicara saman serangan seksual melibatkan perdana menteri.

 

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini turut berkongsi rasa terkejut pelbagai pihak berhubung tindakan kontroversi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kekebalan undang-undang bagi dirinya menjelang saman sivil serangan seksual terhadapnya, dengan menyifatkan tindakan itu "tidak masuk akal" dan tanpa sebarang asas undang-undang.

LFL turut mempersoalkan hujah peguam Anwar dalam menggunakan Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada beberapa persoalan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan dalam permohonan mendapatkan imuniti untuk perdana menteri.

"Peruntukan-peruntukan itu hanya berkait dengan kuasa eksekutif persekutuan, pembentukan Kabinet dan bahawa Agong bertindak atas nasihat. Ia tidak memberikan mana-mana perdana menteri semasa dengan kekebalan, dan sebarang percubaan ke arah itu adalah bertentangan dengan prinsip yang sudah pun diterima mengenai tafsiran peruntukan perlembagaan," kata pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan.

Ringkasnya, untuk mencadangkan bahawa di negara kita, perdana menteri kebal daripada tindakan mahkamah oleh orang awam, adalah sesuatu yang karut dari segi undang-undang," katanya.

Di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan sultan sesebuah negeri diberikan kekebalan daripada saman sivil atau jenayah atas kapasiti peribadi mereka, melainkan saman tersebut mendapat kebenaran peguam negara.

Zaid berkata Yang di-Pertuan Agong masih boleh berdepan kes sivil dan jenayah di bawah peruntukan sama.

"Adalah tidak boleh dipertahankan dan tidak boleh diterima apabila PM diberikan kekebalan yang tidak dimiliki oleh Agong.

"Dalam keadaan ini, menjadi kewajipan bagi peguam negara untuk campur tangan dalam saman sivil tersebut dan menentang sebarang percubaan memberi imuniti kepada perdana menteri. Peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan perkara ini dengan tidak berbuat apa-apa."

Anwar disaman oleh Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidiknya, yang mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, iaitu beberapa hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada 16 Jun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusoff kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh selepas didakwa dengan tuduhan dadah dan senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu telah berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, dan menyatakan beliau menjadi mangsa mereka yang berkuasa dengan menamakan Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador sebagai antara pihak yang menyimpan dendam terhadapnya.

Permohonan Anwar mendapatkan kekebalan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli politik dan pengamal undang-undang, di mana kebanyakan mereka menyifatkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di samping mengejutkan.

Dalam afidavit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, peguam Anwar yang baru dilantik, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, turut memohon penangguhan prosiding perbicaraan sivil sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan.

Antara lain, Anwar mahu mahkamah tertinggi memutuskan sama ada "seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan sivil berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya", sambil menambah saman sivil tersebut akan "menjejaskan keupayaan beliau untuk melaksanakan fungsi eksekutif dengan berkesan".

Beliau juga memohon mahkamah memutuskan persoalan sama ada dalam membenarkan sesebuah tindakan saman sivil melibatkan dakwaan terhadapnya sebelum menduduki jawatan akan "menjejaskan kestabilan sebuah institusi teras kerajaan".

Selanjutnya, Anwar mengingatkan tanggungjawab mahkamah "melindungi kebebasan dan maruah seorang penyandang jawatan awam daripada tindakan litigasi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas awam, dalam keadaan tiada jenayah dibuktikan

LFL berkata adalah tidak relevan serangan seksual sebagaimana yang didakwa itu berlaku sebelum Anwar memegang jawatan tertinggi.

"Jika ini menjadi pertimbangan, ia akan melucutkan hak undang-undang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan sah terhadap mana-mana perdana menteri semasa mahupun yang akan datang, dan jelas melanggar prinsip kesaksamaan yang dianuti dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa 'semua orang adalah sama di sisi undang-undang'."

Ia mengingatkan Anwar mengenai tanggungjawab moral sebagai perdana menteri untuk menegakkan perlembagaan dan tidak cuba "membatalkan atau mengubah prinsip asas yang termaktub di dalamnya".

"Tindakan Anwar memfailkan permohonan aneh ini sepatutnya membunyikan loceng amaran untuk semua rakyat Malaysia kerana ia merupakan percubaan pintu belakang untuk memperkenalkan konsep kekebalan undang-undang kepada perdana menteri, iaitu ketua cabang eksekutif, semata-mata kerana kedudukannya.

"Ini bukan konsep yang wujud di mana-mana negara demokrasi; ia adalah pelanggaran kedaulatan undang-undang dan terang-terangan bersifat autoritarian," tambah Zaid.

 

SENARAI 5 MENTERI KABINET BARU ANWAR IBRAHIM

KEJUTAN BESAR : NURUL IZZAH BAKAL JADI MENTERI KEWANGAN⁉️

PKR Sedang Retak - Apa Akan Jadi Seterusnya?

Dasar subsidi LPG silinder 14kg, ada atau tidak?



 



HarapandailyMay 31, 2025

OLEH: ANTHONY LOKE

Kebelakangan ini, terdapat kekeliruan dalam kalangan peniaga kecil berhubung dakwaan bahawa subsidi LPG silinder 14kg telah dibatalkan.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah mendapatkan pengesahan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – subsidi tersebut masih dikekalkan oleh kerajaan.

Harga semasa bagi LPG silinder 14kg kekal pada RM26, yang merupakan harga bersubsidi. Sekiranya tanpa subsidi, harganya boleh mencecah RM70.

LPG silinder ini disasarkan untuk kegunaan isi rumah, dan mereka masih layak menikmati subsidi ini.

Bagi para peniaga kecil seperti penjaja dan pengusaha pasar malam, di mana penggunaan yang tidak melebihi tiga silinder, masih dibenarkan membeli LPG silinder 14kg pada harga bersubsidi.

 

 

Penguatkuasaan yang bermula pada 1 Mei oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan membanteras penyalahgunaan subsidi oleh pembekal, terutamanya mereka yang memindahkan LPG dari tong kecil bersubsidi ke tong besar untuk dijual pada harga tidak bersubsidi.

Kepada peniaga yang menerima notis, perlu difahami bahawa notis tersebut bukan saman atau denda, tetapi satu peringatan bahawa penggunaan melebihi tiga tong memerlukan permit khas.

Saya faham ada kekeliruan dalam pelaksanaan dasar ini, terutama dalam konteks pusat penjaja yang mempunyai banyak gerai dengan keperluan gas tersendiri. Isu ini telah saya sampaikan kepada KPDN dan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

Saya ingin menjelaskan bahawa subsidi tidak dihentikan.

Apa yang dilakukan kerajaan adalah memperketat penguatkuasaan untuk mengelakkan ketirisan dan memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Butiran lanjut akan terus diperhalusi demi memastikan pelaksanaan yang adil dan jelas kepada semua.


ANTHONY LOKE ialah Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan.

 

RAFIZI & NIK NAZMI LETAK JAWATAN APA KOMEN YB SANY TENTANG ISU INI AYUH ...

PAS ada tak kecam Nurul Izzah??? Lain macam......

BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN TENGKU ZAFRUL



31 May 2025


Tidak ada mana-mana menteri yang pernah berjaya dalam karier politik sehebat pencapaian Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Setakat ini beliau telah berjaya dilantik menerajui kementerian kanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza yang datang dari tiga parti yang berbeza.


Mula-mula dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) jadi Perdana Menteri dan kemudian kekal lagi di jawatan sama ketika Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO) mengambil alih jawatan Perdana Menteri.


Seterusnya apabila Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dilantik sebagai Perdana Menteri, sekali lagi Tengku Zafrul terus dikekalkan sebagai menteri.


Cuma kementeriannya saja yang berubah daripada portfolio Kewangan kepada  Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Meski berbeza portfolio, Tengku Zafrul boleh dianggap sebagai menteri kesayangan Perdana Menteri kerana sentiasa turut serta dalam lawatan-lawatan Anwar ke luar negara.


Menjadi menteri dengan dua kali dilantik sebagai Senator terlebih dahulu, tempoh untuk beliau boleh berada dalam kabinet akan berakhir pada Disember ini.


Sebab itu, keputusan Tengku Zafrul keluar UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, diikuti dengan hasrat untuk menyertai PKR, tanpa dapat disangkal walau sebesar hama, ia adalah bertujuan untuk memastikan dirinya kekal berada dalam kerajaan lagi selepas ini.


Tambahan lagi, seiring itu terdapat pula kekosongan dua jawatan menteri daripada kouta PKR  susulan perletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri.


Ada dua kemungkinan boleh dirasa sedang dicaturkan kepada Tengku Zafrul  – pertama, beliau akan diberikan peluang bertanding sebagai Ahli Parlimen dan akan mengambil alih jawatan Menteri Ekonomi yang ditinggalkan oleh Rafizi.


Jawatan menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dikembalikan kepada UMNO untuk diisi oleh calon baru daripada parti itu.


Terdapat dua pemimpin PKR yang memegang dua kerusi serentak, Ahli Parlimen dan Adun ketika ini iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.


Untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul menjadi Ahli Parlimen, salah seorang daripada mereka boleh diarahkan untuk mengosongkan kerusi yang sedang diduduki.


Kedua, Tengku Zafrul akan dibawa bertanding di kerusi Dun di Selangor dan seterusnya dijadikan Menteri Besar.


Jika ini perencaan PKR dan Anwar, maka Amirudin akan dibawa ke pusat sebagai menteri dan beliau akan mengosongkan kerusi Dun Sungai Tua yang sedang didudukinya bagi memberi laluan Tengku Zafrul bertanding di situ.


Ertinya, melalui perancangan yang sedang diatur itu dan jika Tengku Zafrul berjaya menang, sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun, jangka hayatnya berada dalam kerajaan akan menjadi lebih lama lagi selepas ini.


Jika R Ramanan sebelum ini dipertikaikan kerana baru empat tahun masuk PKR tetapi telah berjaya menjadi Naib Presiden dan sebelumnya sebagai Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri, rasanya lakaran kejayaan yang akan dilakukan oleh Tengku Zafrul akan jadi jauh lebih cemerlang lagi.


Yang penting, baik akan diletakkan bertanding di Parlimen atau Dun, beliau mesti beroleh kemenangan.


Kepada anak-anak muda, cubalah belajar daripada apa yang dilakukan Tengku Zafrul ini untuk menikmati laluan kejayaan dalam kehidupan. – ShahbudinHusin 31Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/belajar-daripada-kejayaan-tengku-zafrul/



BANYAK PERCATURAN DIDEPAN

 UMNO telah terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul - Ahmad Zahid


Berita lanjut menyusul. 


#BernamaNews




TAKDIRRRR....

 

Nabi kata, fitnah akhir zaman akan keluar dari mulut ulamak jahat.


Sebab tu Nabi kata juga ulamak jahat ni lebih mudharat berbanding Dajjal.


;)




Tik Tokers Madani gelar Walaun Rafizi.....

Rafizi dah ada plan!, 'Hentikan drama politik', PM pertama kali jawab ra...

Saranan Takiyuddin Hassan amat pelik, tidak betul (Isu permohonan Anwar ...

Nasi Jadi Bubur,PKR Gali Lubang Kubur


Zuwairy Md Yusof









N,Ramanan,Amirudin dan KARTEL PKR boleh berangan mahu memenangi PRU16 2026 dengan 80/50 parlimen kerana anda memang hanya syok sendiri dengan angan2 masing2 tanpa kekuatan seperti di bawa RR pada PRU15 lalu.Peguam macam Faizal Rahman buat live tiktok pun korang sekat sampai dia kene buat live di fb sendiri.Itu yang Ahli PKR berdaftar punya live ko sekat sebab takut bayang2 ketat lutut dan kecut telur.Belum lagi si Rafizi sendiri buat live londeh melondeh PKR punya caca merba,hahaha.


KARTEL PKR yang di kejar tak dapat,yang di kendong keciciran. 


Anwar+ Rafizi = EQ + IQ.


Izzah belum terbukti dari sudut EQ & IQ.Tapi aku pasti penyokong dan CYTRO2 SKOMM pasukan Damai kurang dua².Kurang IQ sebab korang tak boleh ramalkan apa akan jadi.Kurang EQ sebab korang tak ada empathy terhadap Rafizi.PRN Sabah 2025 kekalahan buruk pertama PKR akibat Kebodohan dan Kegelojohan NIA,Ramanan,Kamil dan KARTEL PKR tengoklah nanti.JKOMM Tok Abah dan SKOMM Harun Shah,Wan Hadi,Adam Yusuf,Joker,Yanie,Wfzaudin,Taufik Iskandar,Haidar Fitri pun tak boleh bantu PKR ni,hahaha.Kamil Munim,Farhan Fauzi usah mimpi nak jadi MP Padang Rengas dan Indera Mahkota ya budak2 Farhash Salvador w


alaupun undi PHBN di satukan,kikiki


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1928575587271999653

NOHHH SANUSI NAK BUAT MENATANG APA PLAK


 

MAKAN DAPAT MOTO


 

FITNAH TAK SUDAH


 

NOH... KEDAH KIOK TERUIH


 

PAS DERMA DAP LAGI


 DAP DAP DAP..

Islam terancam, Melayu terancam! ❌


Derma jihad bagi DAP ✅






TENGKU ZAFRUL SESUAI JADI MENTEEI EKONOMI