Anwar PM10, angkat sumpah 5 petang ini

 

17

HARI 5 | Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti-parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan.

Tidak ada sebarang perhimpunan, kata Rafizi selepas Anwar diumum PM

 

FMT Reporters
 -

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan agar tidak ada sebarang perhimpunan diadakan, selepas Anwar Ibrahim diumum perdana menteri ke-10.

“Saya menyeru supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota PKR, PH dan rakan-rakan politik menghormati keperluan mendesak untuk meredakan keadaan.”

DOK DIDEPAN LAGU MANA HADI AWANG OIIII- DAH PAKAT TARIK DIRI DAH- JANGANLAG MENIPU WALAUN YANG PERCAYA SELAMA INI.

 

Kekal tenang, kita masih di hadapan, kata Hadi.




Abdul Hadi Awang berkata partinya di pihak yang ‘benar’, sambil meminta penyokong kekal tenang buat masa ini.

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang meminta penyokongnya kekal tenang buat masa ini.

Ini kerana katanya, parti itu sedang mengusahakan sesuatu dan masih berada di hadapan.

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya di Twitter.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada pembentukan kerajaan persekutuan dan pemilihan perdana menteri ke-10.

Ia susulan keputusan Umno menyokong Barisan Nasional (BN)mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN, semalam selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan PN, dan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengisytiharkan ia menolak cadangan Agong yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.


Dr Sofee Razak sah calon PH Padang Serai



Penamaan calon Pilihan Raya Kecil Padang Serai, Kedah sempurna dilakukan pagi ini.


Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr Mohamad Sofee Razak (gambar, kiri sekali), 47, sebagai calon di kerusi tersebut sebagaimana diumumkan malam tadi.


Dr Sofee yang merupakan seorang peguam dan juga Setiausaha Amanah Kedah akan mempertahankan kerusi Padang Serai yang dimenangi mendiang Karupaiya Mutusami dari KEADILAN sebelum ini.


Beliau akan bertembung calon PN Datuk Azman Nasrudin, Datuk Sivaraj Chandran (BN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Ananda K (Bebas) dan Mohd Bakri Hashim (Warisan)


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi awal pada sabtu 3 Disember 2022 dan hari membuang undi pada 7 Disember 2022.


Penamaan calon dilakukan di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim..

JAGA JAGA ABANG JO- NANTI KENA SUMPIT BARU TAU.....INGAT KUASA RAKYAT ADALAH KUASA KERAMAT- NANTI TUNGGIN KOT.

 

Hati-hati balasan masyarakat Dayak jika sokong Muhyiddin, GPS diberi amaran.


Peter John Jaban mendakwa, semua pengundi Dayak yang menyokong GPS pada PRN lepas sangat kecewa dengan gabungan itu.

PETALING JAYA: Seorang aktivis veteran memberi amaran kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bahawa keputusannya untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri seterusnya boleh menimbulkan kemarahan masyarakat Dayak.

Pengasas Saya Anak Sarawak (SAS) Peter John Jaban berkata, pengundi Dayak mungkin akan menghukum GPS pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang kerana menyokong PN dalam membentuk kerajaan persekutuan.

Sin Chew Daily semalam memetik Fadillah Yusof, naib presiden kanan parti tonggak GPS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, sebagai berkata, gabungan itu telah mengemukakan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai sokongan Ahli Parlimennya terhadap Muhyiddin.

Kaum Dayak membentuk 40% daripada jumlah pengundi Sarawak.

“Ingatlah bahawa pengundi Dayak mungkin membuat pusingan U yang besar pada PRN akan datang,” kata Jaban kepada FMT.

“Sekarang semua pengundi Dayak yang menyokong GPS (pada PRN lepas) sangat kecewa kerana mereka menaruh kepercayaan yang tinggi kepada gabungan itu.”

Pada Selasa, petisyen yang menyeru Ahli Parlimen GPS beragama Kristian agar menolak sebarang kerjasama dengan PN untuk membentuk kerajaan seterusnya memperoleh lebih 23,400 tandatangan. Sehingga semalam, jumlah itu telah meningkat kepada lebih 36,800.

Petisyen itu dilancarkan selepas ADUN Sarawak Baru Bian menggesa GPS menolak sebarang pakatan dengan PN dan parti komponennya, PAS.

Beliau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin tentang cubaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkristiankan Malaysia, yang menurut presiden Bersatu itu, telah diambil di luar konteks oleh pesaing PN untuk memburukkan imejnya.

Baru juga berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, tokoh nombor dua PN, telah menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan perkauman” apabila menuduh golongn bukan Islam sebagai punca rasuah.

Penganalisis James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, keputusan GPS untuk menyokong PN tidak seharusnya mengejutkan.’

“Rakyat lupa bahawa GPS telah menjadi sebahagian daripada kumpulan teras yang menyokong kerajaan PN sejak 2020,” katanya sambil menambah, gabungan Sarawak itu telah menerima banyak konsesi daripada PN.

Beliau tidak bersetuju dengan Jaban, dengan berkata pengundi Dayak mungkin akan melupakan kemarahan mereka berhubung sokongan GPS terhadap PN menjelang PRN akan datang.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, pengundi Dayak mungkin merungut sekarang tetapi “apa yang akhirnya paling penting dalam pilihan raya ialah keupayaan calon untuk menyampaikan sesuatu yang material”.

“Sebagai contoh, orang Kadazan sebelum ini beberapa minggu merungut mengenai PAS masuk ke Sabah. Tetapi (sentimen) itu tidak kekal dan mereka dengan senang hati mengundi Gabungan Rakyat Sabah, yang merupakan cabang PN.”