*Dah Jawab Ke Belom Soalan*:
MP Pasir Salak Dato Seri Tajuddin Berkaitan Siapa Yang Dapat 10% Dari 5billion (500juta) pembelian Vaksin Yang Telah Dibayar Kepada Pembekal..?? oleh Kerajaan.
Didalam Parlimen.
*Dah Jawab Ke Belom Soalan*:
MP Pasir Salak Dato Seri Tajuddin Berkaitan Siapa Yang Dapat 10% Dari 5billion (500juta) pembelian Vaksin Yang Telah Dibayar Kepada Pembekal..?? oleh Kerajaan.
Didalam Parlimen.
SHAFI HJ ISMAIL
*Dah Jawab Ke Belom
Soalan*:
MP Pasir Salak Dato
Seri Tajuddin Berkaitan Siapa Yang Dapat 10% Dari 5billion (500juta) pembelian
Vaksin Yang Telah Dibayar Kepada Pembekal..?? oleh Kerajaan.
Didalam Parlimen.
Pekerja Sub Kon Ambil Mudah, Buang Sampah Ke Dalam Parit
Saliran.
Saya dapat tangkap 2 orang pekerja sub kontraktor yang membuang
bungkusan sampah ke dalam parit saliran.
Bila ditanya, pekerja Bangla ini bagi tahu, mereka bekerja
dengan DBI (sub kontraktor kepada syarikat pembersihan) yang dilantik pihak
DBI. Alasan yang diberi, tiada lori yang angkut sampah. Tiada sebarang kompromi
jika jelas melakukan kesalahan terutamanya pembuangan sampah ke dalam parit
atau anak sungai yang boleh mengganggu kelancaran aliran air.
Saya amat berharap pihak PBT dapat memantau kualiti kerja pihak
kontraktor pembersihan yang dilantik.
Saya tidak berniat untuk menyalahkan pihak DBI kerana ini diluar
kawalan mereka tetapi sikap ambil mudah syarikat tersebut menyebabkan usaha DBI
dalam memastikan kebersihan alam sekitar terjaga akan terjejas dan berharap
perkara ini tidak berulang.
Lokasi : Jalan Tambun berhampiran Shell & Tanah Perkuburan
Kristian yang kerap berlaku banjir kilat.

Pertemuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed bersama tiga pimpinan Pas bukan sekadar untuk membincangkan pembangunan dan rakyat Kelantan sahaja.
Penganalisis Mohd Sayuti Omar berkata, pertemuan Mustapa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Amar dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu tentu ada maksud lain yang tersirat tetapi boleh dibaca.
“Ia tentu mengenai masa depan mereka masing-masing dalam politik, khasnya parti mereka Pas dan Bersatu.
“Mungkin dalam pertemuan ini turut dibincangkan bentuk kerjasama boleh dilakarkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Kenapa saya kata begitu, kalau untuk bincang hal pembangunan dan masalah di Kelantan, perlu ada tiga lagi menteri, Annuar Musa, Takiyuddin Hassan, dan yang itam-itam tu baru cukup korum,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap foto membabitkan pertemuan Tok Pa dan tiga pemimpin Pas itu yang dimuatnaik Faizal Daud.
“Yang dapat saya simpulkan daripada gambar tersebut, perbincangan ini, mungkin Pas dan Bersatu merangka kerjasama intim dalam pilihan raya nanti dalam kontek PN.
“Apabila tiada Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan ini bermakan Pas Kelantan tidak berapa dengan Umno?” soalnya lagi.

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) minggu lalu menjalani beberapa proses rundingan sebelum dimuktamadkan.
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, hampir enam kali rundingan melibatkan kedua-dua pihak diadakan dengan masing-masing diwakili dua pemimpin dari parti komponen PH iaitu PKR, AMANAH dan DAP.

“Kita berunding hampir enam kali. Bukan sekali runding, sekali minum kopi sudah selesai.
“Kita teliti ayat demi ayat, terma demi terma, apa yang bakal kita tulis dalam MoU. Ini penting untuk saya beritahu.
“Bukan semalaman saja, selesai (meterai MoU),” tegasnya dalam program bual bicara secara langsung menerusi saluran YouTube, Media Rakyat semalam.
Dimoderatorkan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan; turut menjadi panel ialah Jawatankuasa AMANAH Nasional, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai tersebut dalam masa sama menegaskan MoU yang merangkumi enam perkara itu bukan rasuah politik dan seumpamanya seperti didakwa pihak tertentu.
“Kita sudah pun mendedahkan kandungan MoU itu. Tiada kerahsiaan. Selepas kita tandatangan, kita umumkan dokumen ini kepada rakyat.
“Biar rakyat, penyokong-penyokong kita (PH), ahli politik dan pengkritik baca. Ayat demi ayat.
“Kita sudah menyatakan dengan jelas walaupun kami tandatangan memorandum ini, ia tidak sesekali mengubah PH,” katanya lagi.
Nasib yang menimpa Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam soal pemilihannya yang tertunda sebagai Timbalan Speaker Parlimen adalah sesuatu yang cukup malang bagi dirinya.
Ia bukan saja memperlihatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob gagal memperjuangkan nasibnya dan kepentingan UMNO, malah juga menunjukkan jawatan itu sudah tidak berharga lagi buat Ahmad Maslan.
Sampai pindaan Perlembagaan terpaksa dilakukan untuk menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua kepada tiga dengan tujuan agar beliau memperolehi jawatan tersebut secara mudah atau automatik, nilai jawatan itu sudah tiada makna lagi kepadanya.
Sebab itu, dalam hal ini, jika Ahmad Maslan ada maruah dan harga diri, pilihan yang terbaik buatnya ialah menarik diri dengan segera daripada terus dicalonkan.
Ini kerana pemilihan beliau pada hujung Oktober nanti untuk menduduki jawatan tersebut bersama seorang wakil daripada blok pembangkang, maknanya pemilihan beliau itu tetap tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang sekarang ini menolaknya.
Walaupun hanya nama beliau mewakili UMNO dan Nga Kor Ming daripada blok pembangkang yang dicalonkan untuk mengisi dua jawatan Timbalan Speaker dan apabila diumumkan menang secara automatik, kemenangannya adalah kemenangan yang cacat serta memalukan.
Realitinya, kemenangan beliau nanti bukan kerana sokongan atau kepercayaan daripada Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan, tetapi disebabkan adanya pindaan Perlembagaan dengan menambah jumlah jawatan.
Realitinya juga, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu tetap dikira tidak menyokong pencalonannya.
Di mana Ahmad Maslan dan UMNO nak letak muka dengan keadaan itu, sedangkan UMNO yang mengetuai kerajaan dan Perdana Menteri sendiri datang daripada UMNO?
Lagi pun, dengan memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen nanti, status beliau sebagai ahli kumpulan kluster mahkamah dalam UMNO tetap tidak tidak berubah.
Keadaan dirinya bukan saja tidak menjadi bersih secara automatik dengan adanya jawatan Timbalan Speaker itu, malah tetap perlu berulang alik ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan berkaitan kes penggubahan wang haram sedang dihadapinya.
Oleh kerana Bersatu sebelum ini menentang sebarang pemberian jawatan kepada kluster mahkamah dan meletakkan ia sebagai syarat sokongan PN kepada Ismail Sabri, kedudukan kerajaan akhirnya akan terus berada dalam ketidakstabilan dalam tempoh yang berpanjangan.
Bersatu tentu saja tidak akan berdiam diri daripada mengkritik Perdana Menteri dan UMNO kerana meletakkan Ahmad Maslan bagi menduduki jawatan itu, lebih-lebih lagi sehingga sanggup meminda Perlembagaan bagi tujuan itu.
Sebagaimana UMNO sebelum ini mengkritik Mahiaddin Md Yasin dan Bersatu, maka selepas ini giliran Bersatu pulalah menibai Ismail Sabri dan UMNO secukup-cukupnya.
Sekarang ini pun sudah banyak kedengaran suara-suara daripada Bersatu yang mengecam pencalonan Ahmad Maslan itu dan setelah beliau memegang jawatan itu nanti, pasti ia akan lebih bersemarak lagi.
Tak diragui lagi bahawa mencalonkan Ahmad Maslan akan memberi peluru percuma kepada Bersatu untuk menembak dan melemahkan UMNO.
Untuk itu, jika Ahmad Maslan benar-benar memikirkan maruah dan harga dirinya serta tidak mahu UMNO terbeban dengan masalah yang ada pada dirinya, menarik diri adalah pilihan paling baik untuk dilakukannya tanpa berfikir lebih daripada dua kali.
Biarlah pemimpin UMNO yang lain dicalonkan bagi jawatan itu menggantikan dirinya, setidak-tidaklah oleh kerana UMNO yang enggan berbaik dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang, parti itulah yang sepatutnya menyerang Bersatu dan bukan memberi peluru percuma kepada Bersatu untuk menembaknya.
Bagi Ahmad Maslan serta UMNO, dicalonkan dan lebih-lebih lagi setelah pegang jawatan Timbalan Speaker, malang bukan saja berterusan, bahkan akan lebih berganda-ganda. –
ShahbudinHusin 19/09/2021.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa ahli Parlimen parti itu disenaraikan sebagai calon mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebelum nama Datuk Seri Ahmad Maslan dikemukakan kepada Parlimen.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) itu berkata, sebelum nama Ahmad dikemukakan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencadangkan beberapa nama lain, namun semua menolak dicalonkan ke jawatan itu yang memang sudah diperuntukkan kepada UMNO dan BN berdasarkan faktor penyandang terdahulu.
Ketika ditemui BH, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, mendakwa Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin, semuanya menolak daripada dicalonkan.
“Cameron Highlands tak mahu, Datuk Mastura pun tidak mahu, Datuk Hasan Arifin pun tidak mahu. Tidak ada siapa yang mahu,” katanya dan sambil berseloroh memaklumkan beliau tidak layak memegang jawatan itu kerana kerap ke tandas membuang air kecil.
Blok kerajaan sebelum ini menamakan Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Setiausaha Agung UMNO sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.
Calon lain adalah Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming yang mewakili blok pembangkang.
Sementara itu, Tajuddin berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menambah jumlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang, sudah dipersetujui blok kerajaan serta pembangkang bagi membolehkan kedua-dua pihak parti mempunyai wakil di Dewan Rakyat.
Katanya, langkah juga bagi memudahkan calon yang dinamakan kelak boleh menerima kompromi dan sokongan kedua-dua blok, baik kerajaan atau pembangkang.
“Langkah pertama tangguh dulu (pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat). Kita dalam keadaan sama, dalam mana-mana pemilihan di mana calon kita (blok kerajaan), kalau mahu jadi timbalan (Speaker Dewan Rakyat) kena menang undi (dalam dewan).
“Jadi, macam mana untuk pastikan (calon blok kerajaan) menang kalau mahu dipilih sekali lagi? Kita bersetuju wujudkan timbalan ketiga, dengan syarat mereka (blok pembangkang) sokong calon kita nanti. Sama ada sokong Ahmad Maslan atau orang lain nanti, terpulanglah,” katanya.
Pada persidangan Selasa lalu, usul bagi memilih seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan ke persidangan akan datang. Ia bagi membolehkan pindaan Perkara 57 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi menambah jumlah timbalan speaker daripada dua kepada tiga.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui sukar untuknya bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata, tindakan DAP selama ini telah mengundang pelbagai masalah khususnya kepada orang Melayu.
“Sejarah 1969, kita tak akan boleh lupa dan tidak mahu berlaku lagi.
“22 bulan mentadbir, walaupun Perdana Menteri bukan dari DAP tapi Perdana Menteri ketika itu pun hanya puppet sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 telah membentuk kerajaaan Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, Amanah, Bersatu dan Warisan dengan Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi pentadbiran PH, beberapa perubahan telah dilakukan antaranya menutup semua rangkaian 1Malaysia yang ditubuhkan kerajaan BN sebelum ini.
Selain itu, PH juga menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Mohamed Nazri seterusnya berkata, tindakan DAP juga sering masuk campur urusan tidak berkaitan mereka hingga menimbulkan permasalahan seperti isu Tabung Haji dan Mara.
“Selain itu, kes kontraktor Mara, ramai yang ‘bungkus’ apabila tidak menerima bayaran walaupun kerja sudah siap kerana bayaran disekat.
“Mereka inilah juga yang pecah belahkan insfrastruktur di kampung. Saya tak percaya mereka,” jelasnya.
Tambah Mohamed Nazri lagi, hak-hak orang Melayu akan terus dipertahankannya biar pun tidak lagi bersama kerajaan.
Pada minggu lalu, Mohamed Nazri mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya dan akan bersara daripada dunia politik.
“Saya mungkin tidak ke depan tetapi suara dan pengaruh yang saya ada akan digunakan untuk pastikan kita tak akan bentuk kerajaan bersama DAP.
“Saya akan lawan mereka sebagai musuh politik dengan mereka. Mereka kacau kepentingan orang Melayu.
“Saya tetap tak boleh terima sebagai rakan dalam kerajaan. Tapi kerjasama seperti sekarang ini boleh,” ujarnya merujuk kepada kerjasama rentas parti politik bagi menstabilkan politik dalam keadaan pandemik.
Ni kata-kata lebai sebelum
ada kuasa. Sekarang dah jadi timbalan menteri, bos pulak geng sendiri.
Agak-agak apa alasan lebai lagi?
