Kakitangan Dewan Negara positif Covid-19, sidang Parlimen ditamatkan awal

 

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini iaitu pada pukul 1 tengah hari setelah beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19.

 

Perkara itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam mesyuarat khas tergempar yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Azhar Azizan Harun.

 

Katanya, mesyuarat itu dihadiri oleh semua wakil parti dengan Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul (KEADILAN), Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus (AMANAH) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP).

 

Takiyuddin berkata, semua wakil parti termasuk pembangkang bersetuju dengan usul untuk memendekkan tempoh perbahasan di Parlimen pada minggu ini, dengan tidak mengadakan sidang di sebelah petang.

 

"Beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19 dan dijangka ada ahli Dewan Negara kemungkinan positif kerana pegawai itu 'attach' kepada ahli dewan dan mempunyai kaitan keluarga jadi perkembangan ini membimbangkan kita.

 

"Saya sendiri berada di parlimen 4-5 hari sehingga semalam untuk mengadakan proses sanitasi oleh unit hazmat dari bomba dan satu sesi ambil masa lebih dari dua jam.

 

"Dewan Parlimen juga dibuat sanitasi setiap pagi bermula 7 pagi sehingga 9 lebih untuk kita bersidang tetapi kami dinasihatkan oleh KKM bahawa risikonya amat tinggi, itu terma yang digunakan. KKM berkata lebih lama kita bersama risikonya akan menjadi lebih tinggi.

 

"Jadi usul ini bawa tanpa prejudis tapi ia mungkin hanya untuk minggu ini," katanya.

 

Bagaimanapun, apabila dipersoal oleh pembangkang, Takiyuddin menegaskan bahawa pihak kerajaan akan memastikan ia tidak menjejaskan sesi perbahasan untuk setiap usul dan rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen.

 

"Satu norma baru berhubung persidangan terpaksa diambil, dengan syarat apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak ahli parlimen untuk bertanya soalan untuk berbahas dan untuk mengundi.

 

"Pihak parlimen juga akan kendalikan satu tatacara pentadbiran yang melibatkan kehadiran ahli parlimen dan keluar masuk dewan.

 

"Ketua parti akan diberikan arahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi segala SOP yang ditetapkan oleh parlimen.

 

"Satu persetujuan bersama dan konsensus telah dicapai, malah wakil ketua pengarah kesihatan turut hadir dalam mesyuarat. Jadi mengambil kira pandangan semua pihak, langsung tidak ada prejudis terhadap persidangan ini," katanya.

 

Sidang Parlimen dipendekkan, banyak undang-undang tidak dapat dilaksana

 


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengakui kurang berpuas hati apabila sidang Parlimen ditamatkan lebih awal, meskipun telah diberitahu bahawa ada kemungkinan ahli dewan terdedah kepada kakitangan Dewan Negara yang didapati positif COVID-19.

 Beliau menganggap pemeriksaan kesihatan telah diadakan dengan begitu rapi dan terperinci bagi membolehkan ahli parlimen bersidang di Dewan Rakyat pada bulan ini.

 "Semua ahli dewan telah membuat saringan COVID-19, dan semua SOP dijaga dengan baik.

 "Jadi saya amat terkejut apabila masa dipendekkan hanya sampai pukul 1pm kerana kita ada banyak isu dan perkara yang perlu dibahaskan. Kalau dipendekkan masa bersidang, maka akan terjejas urusan ahli parlimen," katanya.

 Beliau juga berpendapat kerajaan seharusnya mengambil gambaran yang lebih besar terhadap apa yang dihadapi rakyat ketika ini.

 "Saya tidak nampak rasional untuk kurangkan masa kerana COVID-19 ini boleh serang kita bila-bila masa sahaja, ia tidak bercuti selepas 1pm.

 "Saya nampak ada keperluan untuk berbahas, kerajaan sekarang pun besar, sepatutnya bawa lebih banyak dasar atau rang undang-undang untuk bantu rakyat.

 "Kalau kita hanya bercuti, banyak undang-undang tidak dapat dilaksanakan, saya amat kecewa dengan keputusan ini," katanya.

 

SUDAHNYA AGONG PULA NAK DISAMAN?

 SUDAHNYA AGONG PULA NAK DISAMAN?

MALAYSIA PERLUKAN ANWAR SEBAGAI FAKTOR PEMERSATU


OWHHH PULAK...,


Punca sidang Parlimen dipendekkan hari ini....


 

MASLEE DAH BLAH...TINGHAI MAT SABU JA LAGI DOK DENGAR ATOK


 

DESAKAN PENGELUARAN KWSP MEMBUKTIKAN HIDUP RAKYAT MAKIN TERHIMPIT

 

1. Walaupun tujuan asas caruman KWSP adalah sebagai simpanan untuk perbelanjaan selepas persaraan, namun desakan rakyat negara ini agar kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP Akaun 1 secara ‘one-off’ sehingga RM10,000 adalah bukti kehidupan rakyat yang semakin tersepit. Justeru, titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang menekankan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 adalah tepat dan wajar.

2. Pandemik Covid-19 bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan kemelesetan ekonomi hari ini. Ia juga disumbangkan oleh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencari polisi yang tuntas merangsang ekonomi rakyat serta menyelesaikan masalah rantaian nilai dan juga ketidakstabilan politik PN yang menghakis keyakinan pelabur asing. Jika pencapaian mereka benar-benar positif, mengapa pelabur asing lari daripada pasaran saham Malaysia dengan begitu drastik? Setakat akhir Oktober 2020 sahaja, aliran keluar bersih dana asing tahun ini menurut MIDF melonjak ke RM23 bilion berbanding RM11.41 bilion bagi tahun 2019.

3. Rakyat, khususnya golongan B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS), masih berada dalam kesulitan kewangan tetapi ini gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan PN. Program Subsidi Upah (PSU) seharusnya diteruskan bagi membantu golongan PKS untuk terus bertahan. Di samping itu, moratorium pinjaman bank yang tidak dilanjutkan secara automatik juga boleh menambah derita rakyat hari ini. Dianggarkan 20% -30% PKS bakal gulung tikar jika tiada pakej rangsangan ekonomi baru yang lebih berkesan diperkenalkan kerajaan.

4. Bukan itu sahaja, Akta untuk menangani kesan COVID-19 juga telah mengambil masa yang sangat lama untuk untuk dibentangkan di Parlimen di mana hanya diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Ogos 2020. Akta yang serupa telah diluluskan di negara-negara lain jauh lebih awal. Di Singapura misalnya, Akta berkenaan diluluskan seawal 7 April 2020. Kelewatan ini menunjukkan lemahnya tatakelola kerajaan PN yang banyak masa ditumpukan pada urusan politik akibat kerapuhan kerajaan PN.

5. Sektor pekerjaan Malaysia masih terus lembab dan saban hari kita disajikan dengan berita pemberhentian kerja termasuk di syarikat-syarikat besar yang mana mencecah hampir 90,000 orang. Sektor penerbangan terjejas teruk di mana syarikat-syarikat seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan Malindo memberhentikan ramai pekerja mereka. Apakah tindakan konstruktif atau jalan keluar kerajaan PN untuk mengurangkan impak ini sebanyak mungkin?

6. Kepada kerajaan PN , bangkitlah daripada tidur. Kelemahan PN semakin menonjol saban hari dan ini akan memberikan kesan negatif yang besar terhadap ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Stop living in denial and get your act together!

FAIZ FADZIL 

(Adun Amanah Permatang Pasir) 

/ 2 November 2020


SIAPA SEBENAR DERHAKA RAJA?


EKONOMI MALAYSIA MELESET, PENGANGGURAN CECAH 1 JUTA


PARTI KECIL BELASAH KETUA WANITA PARTI BESAR? UMNO BOLEH TERIMA LAGI ?



Azmin, Saifuddin ‘belasah’ menteri Umno dalam mesyuarat Kabinet


2020-11-01 Admin

Muhammad Afiq


MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali “membelasah” menteri Umno dalam mesyuarat Kabinet kerana mengeluarkan kenyataan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat.

Menurut sumber, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad antara yang menjadi mangsa kepada menteri kanan itu.


Selain Azmin, turut “menyerang” menteri dari Umno ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Noraini antara menteri dari Umno yang menjadi mangsa ‘dibelasah’ Azmin dan Saifuddin dalam mesyuarat Kabinet kerana mengeluarkan kenyataan menjujung titah Yang di-Pertuan Agong.

“Noraini mengeluarkan kenyataan atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita Umno.


“Bagaimanapun ia tidak disenangi Azmin dan Saifuddin yang kemudiannya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersuara menegur menteri Umno kerana ‘tidak sehaluan’ dengan kerajaan yang inginkan darurat,” katanya kepada Malaysiapost.


Sumber berkata, tindakan ini membuatkan pemimpin Umno “marahkan” Muhyiddin yang dilihat gagal mengemudi kerajaan.

Sebelum ini Noraini yang juga Ketua Wanita Umno menjujung titah Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat bagi menangani Covid-19.


Noraini juga bersetuju dengan cadangan Umno untuk melakukan “gencatan politik” bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk fokus pada usaha melawan penularan wabak Covid-19.


Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mempersoalkan kejujuran politik perdana menteri.


Dalam satu kenyataan, Mohd Puad mendedahkan ada pemimpin Umno “dibelasah” mesyuarat Kabinet yang berlangsung beberapa hari lalu.


“Kalau ada ‘kejujuran politik’ sudah tentu menteri- menteri Umno tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.

“Umno jadi sasaran kerana menteri Umno menyokong keputusan Majlis Raja Raja yang menolak pengisytiharan darurat. Kononnya nenteri Umno tidak mengamalkan ‘collective responsibility’.


“Itu sebabnya Biro Politik Umno cadangkan terma baharu dan hitam putih. Umno mahu hubungan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berasaskan konsensus parti dan kejujuran politik,” kata Mohd Puad. - Malaysiapost

NAMPAKNYA TAK SERUPA CAKAP

 



malaysiakini.com
Sumber: MT memang tak puas hati Muhyiddin 'belasah' menteri Umno
Sebab itulah, kata sumber yang dekat dengan pimpinan tertinggi parti, mendorong Umno adakan mesyuarat majlis tertinggi hingga dua kali seminggu.


Sumber: MT memang tak puas hati Muhyiddin 'belasah' menteri Umno


FAEZUDDIN PUAD

Dulu mereka kata perlu wujudkan sebuah kerajaan tanpa DAP, melayu akan bersatu dan negara menjadi lebih aman tenteram.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, sejak penubuhan kerajaan PN, Bersatu dan UMNO tidak pernah tenteram dan kelihatan tidak cocok bersama.

Ada saja tak kena. Bagai anjing dengan kucing.

Ternyata 'tak kena' mereka itu bergaduh bukan kerana kepentingan rakyat sangat pun tetapi kerana ghanimah hasil rampas kuasa hujung Februari lalu. Tak puas hati kerana jawatan TPM, jawatan menteri, jawatan GLC, ahli-ahli majlis dan Ketua-ketua kampung.

Sampai hari ni masih tak selesai.

Adakah ini sebuah kerajaan yang diidam-idamkan?

LIVE (Sesi Pagi) Siaran Langsung Dari Parlimen 02/11/2020

KERJASAMA......

NIZAM AKA 



Oooo..pemuda pas kerjasama dengan pemuda umno di Pahang?kerjasama apa tu?yang melayu rosakkan melayu di pahang ni,tak nk kerjasama?Atau kerjasama utk setiap masa salahkan Dap atas segala isu yang berlaku di Phg?Yang rakus dan ganas rosakkan sungai di Pahang ini,juga nk salahkan Dap? Dap kah yang perintah Pahang hingga sungai rosak binasa begini rupa? Buka mata luas-luas dan tontonkan video tersebut..Kalau lepas tonton video ini,kamu masih tak boleh fikir,maka comfirmlah geng-geng muda pasmno yang tercabut dan terputus wayar-wayar otak..

Tengoklah sendiri betapa angkuh,ego dan sombongnya melayu yang berkawan dengan orang-orang  ternama ini..

Tapi biasalah,bila tersangkut dan mula jadi isu..maka Dap lah yang akan jadi tong sampah,untuk buang benda-enda yang kotor..Dap lah akan jadi kambing hitam..Pendekata, semuanya salah Dap..

0:00 / 1:05
0:00 / 1:05

UMNO-PAS TOLAK BELANJAWAN 2019 TAK MENDERHAKA PULA?


Pemimpin Pas lebih banyak dibenci berbanding Pakatan Harapan, Anwar

 

Pemimpin Pas lebih banyak dibenci berbanding Pakatan Harapan, Anwar


Komplot khianat Muhyiddin-Azmin-Hamzah makan diri

 

Komplot khianat Muhyiddin-Azmin-Hamzah makan diri


Meskipun Umno sudah isytihar gencatan politik, tidak lagi membuat tuntutan agihan jawatan lebih strategik, serta mendukung kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional, namun Muhyiddin Yassin tetap gelisah dan rimas. Majoriti tipis dua undinya sukar dipertahan hanya beralaskan “janji-janji manis”.

Titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru semua pihak — dalam kerajaan dan pembangkang — agar tidak menggugat kestabilan politik dan menyokong Belanjawan 2021 mungkin boleh mententeramkan gejolak perasaan perdana menteri, namun bagi seseorang yang pernah melakukan aksi pengkhianatan, ketakutan langkah sama berulang buat dirinya sentiasa menganggu tidur.

Semuanya sibuk mengatur strategi demi kepentingan dan survival parti masing-masing. Menunggu saat musuh atau saingan nampak alpa, leka atau tersilap langkah, pasti senjata yang sentiasa diasah tajam bakal “dibasahi darah”.

Koalisi parti-parti dalam kerajaan PN, khususnya Umno-Bersatu tidak pernah menemui jalan damai; kejujuran jauh sekali. Segalanya sekitar permainan kuasa elit politik yang penuh tipu muslihat.

Umno pasti tidak dapat bertahan lama meredakan amarah para pemimpin dan penyokongnya melihat Muhyiddin dan Azmin Ali membuli serra menguasai segala sumber pemerintahan.

Bersatu dilihat mahu membolot semua peluang sekali gus menyekat peluang untuk Umno segera pulih menerajui kerajaan. Sesungguhnya Umno sentiasa dibayangi keresahan kerana dipaksa menjadi sekutu yang cukup terbatas kuasanya. Umno mahu kembali berkuku seperti zaman keagungannya selama lebih 60 tahun berkuasa.

Umno juga menyedari, ia sedang berdepan dengan seteru yang licik; bagai bertemu buku dengan ruas. Tiga serangkai Muhyiddin, Azmin dan Hamzah Zainuddin telah terbukti berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan, tanpa disedari perancangan mereka. Kini, dengan jawatan-jawatan lebih strategik dan berpengaruh, tentulah semakin mudah Umno diperkotak-katikkan.

Umno mungkin lebih selesa bertahaluf dengan Pas dan membentuk Muafakat Nasional tanpa banyak karenah. Meskipun Pas juga mempunyai rekod buruk bersama gabungan politik yang disertainya, terutama semasa Pakatan Rakyat, namun ia lebih mudah dibaca dan dijangka. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin Bersatu, seperti Muhyuddin, Azmin dan Hamzah yang juga berasal dari Umno, “ilmu persilatan” mereka sama.

Rekod gerombolan “tiga pengkhianat” itu bukan sahaja menimbulkan kegerunan tetapi juga sikap berwaspada regu terbaharu, dan menghilangkan kepercayaan di antara satu sama lain. Pengalaman dalam PRN Sabah hanya testimoni awal. Bayangkan menjelang PRU15 yang lebih kritikal nanti, bagaimana rupanya kerjasama rapuh dan goyah itu.

Muhyiddin berdepan tentangan getir, daripada dalam dan luar. Kombinasi faktor dalaman dan luaran itu boleh bertukar menjadi serangan hendap yang membunuh.
Sidang Parlimen kali ini diharap dapat membincangkan isu-isu kritikal rakyat berdepan pandemik wabak maut Covid-19 dan impak buruk ekonomi, tetapi sayang sekali, kelompok pengkhianat lebih utamakan kedudukan politik mereka.

Hatta Istana Negara pun mahu diheret sama, atas nama cadangan perisytiharan Darurat. Syukur, Baginda Agong tidak berkenan dengan nasihat perdana menteri itu.

Ramai percaya barisan pembangkang, khususnya ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan, Warisan dan Pejuang, akan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan tetapi isu keabsahan kerajaan juga penting.

Selain membahaskan Belanjawan 2021 secara terperinci dan konstruktif, ruang yang diperuntukkan undang-undang bagi mencabar legitimasi kerajaan harus dimanfaatkan.

Muhyiddin berpeluang mempertahankan kerajaannya dengan segala kebijaksanaan bagi menarik sokongan termasuk daripada pembangkang. Masakan Azmin dan Hamzah yang licik itu tidak berupaya pertahankan kerajaan sendiri, walhal mereka mampu menggulingkan pemerintahan Mahathir Mohamad Februari lalu.

Namun, umum melihat regu Azmin-Hamzah lebih merupakan liabiliti kepada Muhyiddin. Komplot khianat mereka sukar dilupakan kawan dan lawan. Benarlah, sekali khianat, selamanya tidak selamat.

Kepercayaan tiada lagi. Adat persaingan, ada kalah dan menang, tetapi sama sekali tiada ruang untuk pengkhianatan. Usaha menafikan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Mahathir boleh diterima asalkan dalam batas-batas tertentu, tetapi pengkhianatan tetap langkah tercela.



(Sarikata) Kenyataan Media Pakatan Harapan Mengenai Belanjawan 2021 & 6 ...

AKIBAT UTAMAKAN FENOMENA BUKAN INTIPATI AGAMA



Orang jual minyak wangi, jual nama Mekah. Orang jual cepiau, jual bentuk selipar Nabi. Orang jual kismis, jual al-Quran 30 juzuk.

Kasihan orang Islam. Agama mereka diperdagang sebegitu rupa. Ketika mula-mula turun, agama ini membebaskan manusia daripada khurafat.

Bermati-matian generasi era itu mengikis khurafat daripada diri mereka. Mereka disebut generasi al-Quran yang unik oleh Syed Qutb.

Kita bimbang agama menjadi bahan tawa. Dan kita marah apabila Nabi kita dipersenda. Kita tulis surat tegur orang lain lukis karikatur Nabi kita.

Padahal, tanpa kita sedar, kita mungkin menjadi faktor agama ini menjadi bahan ketawa dan dipersenda. Jika bukan kita, siapa penyebabnya?

Kita berjubah ke sana-sini, tapi kita langgar undang-undang. Kita berjalan bongkok tanda warak, tapi kita rembat duit sesuka hati. Kita ajak orang berjuang Islam, tapi kita tidak adil dalam menghukum.

Akhirnya agama menjadi fenomena. Sekadar simbol-simbolan. Pasang kuat-kuat speaker baca al-Quran di masjid, tapi orang sakit hati dengan masjid dan al-Quran.

Kita marah orang itu, padahal kitalah puncanya kerana kita hanya mengutamakan fenomena bukan mengutamakan intipati agama.

Intipati agama ialah kasih-sayang, hormat-menghormati, jujur, patuh undang-undang, santun, prihatin dan ihsan.

*USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH.




MENGAPA RAKYAT PERLUKAN ANWAR SEGERA JADI PM?


Rakyat menghadapi saat genting hidup dan mati. Muhyiddin pentingkan Kabinetnya dari rakyat.

Keengganan Muhyiddin mendengar rayuan rakyat, jelas memperlihatkan Muhyiddin sanggup menggadaikan berbillion wang rakyat demi membentuk kerajaannya, meletakkan Ahli Parlimen dengan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi menjaga kedudukan dirinya.

Muhyiddin hanya sanggup mendengar nasihat seorang rakyat Malaysia, Azmin demi survival politiknya daripada survival rakyat.

Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya kerajaan boleh gunakan (pinjaman ) walaupun ia milik rakyat untuk menanggung tujuan politik berkepentingan peribadi.

Hingga semalam sudah empat orang rakan Facebook tidak termasuk rakan-rakan lama yang ingin meminjam wang.

Kita sama-sama susah. Mereka meminta bantuan untuk meneruskan kehidupan. Apabila orang meminta bantuan bermakna mereka sudah tiada perasaan segan demi survival. Sebab itu saya perumpamakan ia antara hidup dan mati.

Itu yang dalam pengetahuan saya tetapi bagaimana ribuan lagi menghadapi saat genting ini? Mereka saat ini sedang bertarung apakah yang boleh diberi makan minum untuk keluarga dan seterusnya menjadi papa kedana.

Kita ingin bertanya Muhyiddin mengapa dia sanggup membentuk kerajaan begitu besar dan mengarut dengan kos beratus juta ringgit dengan menggunakan wang rakyat.

Memecah satu kementerian menjadi tiga, melantik dua Timbalan Menteri dalam satu Kementerian dan mencipta Menteri Duta Khas untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai PM.

Apa salahnya rakyat mahu mengeluarkan 20 peratus dari simpanan mereka sendiri untuk meneruskan kehidupan atau membina perniagaan baru selepas dibuang kerja?

Mereka mahu memohon pekerjaan tetapi bagaimana sedangkan syarikat-syarikat di seluruh negara sedang membuang pekerja. Mereka mahu berniaga tetapi tiada modal berbuat demikian.

Mahu meminjam sedangkan rakan dan sanak saudara juga dibuang kerja. Bantuan kerajaan rasanya 50 peratus ditolak dan nilainya diberi kepada rakyat hanya cukup untuk perbelanjaan seminggu dua.

Pandemik yang menimbulkan panik hingga lumpuh ekonomi dunia datang tanpa disangka. Ia bukan berlaku setiap tahun. Rakyat bukan sahaja panik dari dihidapi Covid-19 tetapi panik bagaimana untuk meneruskan kehidupan.

Sebab itulah mengapa kita perlukan Anwar Ibrahim segera menjadi PM. Kita perlu pemimpin yang mendengar nadi rakyat. Saya yakin Anwar juga akan senada Najib akan membenarkan wang KWSP dikeluarkan.

Sama ada RM10,000 seperti dikatakan oleh Najib atau 20 peratus seperti saranan saya ia sangat diperlukan oleh rakyat.

Apa yang kita harapkan daripada Muhyiddin? Muhyiddin sanggup membunuh ekonomi rakyat untuk mengadakan darurat hanya demi kepentingan dirinya terus kekal menjadi PM. Rakyat patut disedarkan penipuan Muhyiddin ini!

Jika pemimpin Pakatan Harapan (PH) bijak, penyokong-penyokong PH bijak, isu ini patut dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Ia bukan sekadar isu bola tanggung tetapi ia adalah isu popular yang boleh membangkitkan semangat dan kesedaran rakyat siapa dia Muhyiddin dan mengapa kita perlukan Anwar dengan kadar segera.

Mari kita seluruh rakyat bersama-sama membantu rakyat berkempen untuk mendapatkan hak simpanan peribadi sendiri ini untuk kita sama-sama dapat membantu rakyat yang menempuh saat-saat paling kritikal ketika ini.

Ini masa terbaik kita berkempen untuk ahli Parlimen bersama rakyat melawan kerajaan Muhyiddin yang hanya memikirkan nasib diri dan Kabinetnya di Parlimen nanti.

Inilah isu dan masa tepat untuk Ahli Parlimen menggagalkan belanjawan Muhyiddin yang pentingkan diri sendiri daripada membela nasib rakyat.


#DSAI4PM9

#MuhyiddinOut

#hadi..wok