RAKYAT SUKA BANTUAN, TAK SEDAR MENTERI KEWANGAN MAHU PINJAM DUIT?

WAHHH...JALAN MELEPASI RINTANGAN NAMPAK DIHADAPAN



W.FAUDZIN
Image
YANG LAIN TUNGGU SEKEJAP YAA...

Parti yang lebai sokong, kerja dia lepaskan penjenayah?. Parti anyg Dap sokong, tangkap penjenayah. Itu bezanya. Ugama dijual beli.



Imej mungkin mengandungi: 1 orang


MACAM KEMBALI KE ZAMAN BN – SIVARASA

DESAK PUNYA DESAK...AKHIRNYA TAHU RAKYAT KENA KENCING


Desakan demi desakan dibuat oleh Sdr Anwar Ibrahim serta semua MP dari PH supaya diadakan persidangan parlimen mengenai belanjawan tambahan untuk pakej ransangan dan bantuan kepada rakyat namun semua itu diabaikan terus oleh kerajaan PN.
Kerajaan beri alasan Covid19 dan menteri sibuk uruskan rakyat supaya wabak tidak menjadi teruk. Semuanya auta, menteri kerja sangat minimum yang pembantu pejabat pun boleh buat hinggakan ada timbalan menteri langgar arahan PKP berkenduri di lapangan!
Tak payah pergi Parlimen pun! Telesidang pun boleh tak kan Malaysia ni koman sangat!
Lihatlah apa yang berlaku dari kenyataan Menteri Kewangan ini. Dua bulan lepas cakap lain, yang terkini cakap lain. Sudahnya bebanan dilonggok ke atas rakyat dan dana awam dihabiskan sewenang-wenangnya tanpa pemantauan.
Sudah sewajarnya semua rakyat sedar bahawa kuasa pemerintahan yang dicuri, pengkhianat yang jalankan misi langkah Sheraton sehingga tumbangnya PH adalah perbuatan mungkar yang tidak boleh dimaafkan.
Kalau anda juri awam untuk menilai prestasi Menteri Kewangan sebegini, antara 0 - 10, berapa anda nak bagi?
Sekian
Abg Aim 😎


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

ADA RAYUAN UNTUK MUHYIDDIN


SARIDAH SH ABDULLAH

Dear TS Muhyidin,

Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang melawan Mahathirism selama puluhan tahun. Malah sebelum pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 1998 lagi, saya memohon kepada TS apalah kiranya selama Allah SWT masih mengizinkan TS bernafas di bumi Nya, BERMAKNA rezeki TS dan bakti tuan masih ada dan diperlukan, kembalilah ke PH semula.
Saya tidak bercadang untuk menulis panjang. Apabila saya mendengar TM meletak jawatan, saya yang telah order kurma Ajwa untuk berniaga kerana mencari wang lebih, telah sanggup membawa beberapa paket ke hadapan Istana Negara. Saya gembira. Akhirnya... Kemudian saya mendengar BERSATU keluar. Allahu berkecai harapan saya.
TS saya malah buat posting berkata walaupun TS dikatakan khianat, tetapi TS telah menyahkan Mahathir dari senario politik negara. Malah message beberapa orang mengatakan keyakinan saya terhadap TS, sedang buat sesuatu untuk memberi kebaikan kepada negara. Saya di 'ridicule' mereka. (Mungkin posting ini pun akan dicemuh dan ditertawa). Saya bersangka baik kerana darah alim ulama mengalir dalam tubuh TS dan juga sakit kanser yang dideritai TS, saya pasti yang TS ingin meninggalkan kebaikan di sini untuk merasa kebaikan di sana.
Kemudian TS menjemput DSAI dan bertemu dengan beliau, tahap optimism saya meningkat. Namun sayang seribu kali sayang meleset lagi harapan saya.
TS Muhyidin, bawa BERSATU semula ke dalam PH. Teruskan jadi PM dan DSAI TPM. REHATKAN Tun Mahathir. Sudah terlalu banyak kerosakan. PKR, AMANAH, DAP dan BERSATU bertaut semula dalam PH. Itu sahaja yang mampu selamatkan negara kita. TSMY tak sayang ke Malaysia? TSMY tak payah nak explain kenapa keluar dari PH, rakyat tahu siapa Hantu Culprit yang mendorong TSMY buat begitu.
Kembalilah ke pangkuan PH, TSMY. TSMY PM, DSAI TPM. Kembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi, sistem piliharaya. Maaf, TSMY mungkin tak sempat bertanding PRU15 kerana penyakit TSMY, tapi kesan tindakan TSMY akan ditinggalkan, diperbualkan dan akan membuka jalan-jalan pengkhianatan BUKAN sahaja dalam politik tetapi akan mempengaruhi sikap dan kehidupan rakyat Malaysia.
TSMY berumur 73 tahun dan saya berumur 60 tahun, kita punya anak-anak dewasa, sebagai penyambung warisan. TSMY sudah mempunyai cucu-cucu, saya belum ada rezeki lagi 😊. Soalan saya apa yang akan TSMY wariskan kepada generasi hadapan selain dari mengejar dunia HANYA untuk meninggalkan? Pemikiran dan gaya hidup rakyat dicorak oleh pemimpin mereka. TIDAK kah TS rasa bertanggungjawab dan berdosa?
TSMY anak seorang ulama, pasti TSMY lebih arif dari saya seorang suri rumah TIADA kelulusan tinggi. Pasti TS tahu apa peranan kita sebagai insan di bumi Tuhan. Takkan lah kita diciptakan, diberi rezeki, dikurniakan jawatan dan kedudukan HANYA untuk mencari sebanyak mana harta dan khazanah dunia sahaja?
Saya akhiri dengan doa dan harapan yang TSMY dan BERSATU kembali ke PH duduk bersama AMANAH, PKR dan DAP sekali lagi. Anggaplah itu sebagai kesilapan. Seseorang itu mulia apabila dia mengakui kesilapan dan meminta maaf serta mengambil tindakan yang betul.
Jangan terus mempertahankan kesilapan yang dilakukan dengan alasan-alasan dan tindakan yang cuba menutup kesalahan atau menyolek supaya nampak betul dan cantik. Kalau hitam, boleh la sapu bedak untuk putih sementara, tapi jika ianya busuk, walau ditutup, tetap meresap bau keluar baunya.
Saya rakyat yang yakin dalam setiap insan tidak semuanya tidak baik, cuma kerana mereka berada di tempat yang salah, maka kebaikan yang ada dalam diri tidak dapat diserlahkan. TSMY pulanglah ke pangkal jalan. Selamatkan Malaysia, rakyatnya, anak-anak saya dan TSMY. Mereka penyambung warisan.
P/S, TM, Najib, mereka jadi jahat kerana dikelilingi penyokong jahat. TSMY jangan aniaya diri. You deserve better than that.

MENYEPAK BERSATU ADALAH SATU SATUNYA JALAN MENGUASAI TAMPUK PM


Image
Pas melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan semalam cuba meyakinkan bahawa kerjasama semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) adalah mantap dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU15.
Tambah beliau, segala spekulasi mengenai kerapuhan PH adalah bersifat khabar angin semata-mata.
“PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan, termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.
“PAS juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan PN sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri-negeri,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian UMNO telah tampil menyanggah kenyataan Pas tersebut.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin berkata, kenyataan Takiyuddin itu hanyalah merupakan keyakinan Pas semata-mata, sedangkan parti-parti dalam PN masih belum ada sebarang komitmen mengenai persediaan menghadapi PRU15.
“Kenyataan itu tidak lebih hanya mencerminkan keyakinan PAS saja. Kita belum bincang apa-apa pun,” tegas bekas Menteri Besar Johor itu lagi.
Maka, apa makna semua ini?
Maknanya tidak lain ialah UMNO sekali lagi membuktikan ia tidak mahu mendukung PN dan bersama Bersatu serta Muhyiddin Yassin dalam PRU akan datang.
Oleh kerana Bersatu adalah parti serpihan UMNO, menerima parti itu untuk bersama-sama menghadapi pilihanraya bermakna mereka perlu berkongsi dari segi pembahagian kerusi.
Dalam keadaan Bersatu porak-peranda, berpecah, ahli tidak seramai mana, cawangan dan akar umbi tiada, berbahagi kerusi dengan parti itu lebih merugikan UMNO, walaupun ketika ini Muhyiddin selaku Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri.
Tetapi, jangankan untuk jangka panjang, untuk menghadapi PRU akan datang saja pun, tanpa pertolongan UMNO, Bersatu tidak akan mampu ke mana-mana.
Dalam PRU14 lalu, kemenangan Bersatu di kerusi Parlimen dan BN banyak dibantu oleh jentera PH yang lebih tersusun serta sokongan pelbagai kaum.
Untuk itu, selain UMNO mempunyai lebih banyak kerusi, di tambah dengan kedudukan Bersatu yang tidak stabil dan terlalu lemah, mengenepikannya sama sekali dalam PRU15 adalah pertimbangan yang paling munasabah bagi UMNO.
Bersama BN dan Pas, disertai tiupan slogan Melayu Islam, meskipun belum ada jaminan seratus-peratus, UMNO tentu saja mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenangi PRU akan datang tanpa ada Bersatu bersama mereka.
Dalam erti kata lain, “menyepak” Bersatu dan Muhyiddin adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi bagi UMNO.
Lagi pun, sejak lebih 60 tahun biasa duduk di kerusi Perdana Menteri, UMNO sebenarnya mula berasa janggal membiarkan parti lain, apalagi parti kecil yang berpecah dan tidak stabil seperti Bersatu, bertakhta di atas mereka.
Tambahan lagi, baik Presiden UMNO, Zahid Hamidi atau bekas Presidennya, Najib Razak, kedua-duanya kini sedang mengintai dengan serius untuk menjadi Perdana melalui kerjasama dengan Muafakat Nasional bersama Pas.
Jika kedua-duanya terhalang mencapai impian kerana hukuman penjara atas kes mahkamah yang sedang dihadapi sekarang, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Hishammuddin Hussein yang berada di lapisan kedua juga mempunyai naluri serta impian yang sama untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Pokoknya, dengan deretan pemimpin sendiri ramai yang menanti, UMNO tidak akan membiarkan pemimpin daripada parti lain menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.
Bagi mencapai impian tersebut, pasti saja ia lebih mudah dengan cara mengenepikan Bersatu, sebaliknya jika bersama PN di mana Perdana Menteri sedia ada adalah Muhyiddin, dengan sendirinya terlepaslah peluang UMNO menduduki semula kerusi yang diimpi-impikan itu. 
(Shahbudindotcom 09/06/2020)


LGE DAN NAJIB PATUT JELASKAN



LYANA MARZUKI

LGE & DSNR

DSNR naikkan satu posting semalam. Mengenai peranan YB LGE dalam kes pelepasan akaun seorang taikun oleh SPRM.
Minggu lepas ada viral surat AG TT kepada LGE yang setuju akaun taikun tersebut dilepaskan. Minggu ni pula leaked lagi surat LGE ke KP SPRM 🤦🏻‍♀️.

Sorry I have to voice it out.
Apa cerita ni LGE? Masuk campur dalam penyiasatan ni patut nya you of all people should know better! You talked about transparency and accountability. And yet this? We need an explanation. Is that your minute and signature? If it’s true, then LGE dah boleh masuk satu bakul dengan semua pemimpin hipokrit yang selama ni dia dok hentam 🤦🏻‍♀️
And the irony, orang yang dedahkan benda ni orang yang sama kena sebut dalam surat-surat tersebut. Tu lagi satu hal. Dia dok komen salah orang. Padahal dalam tu nama dia terpampang.
Mungkin DSNR juga perlu bagi penjelasan kenapa duit SRC masuk account dia pastu diserahkan kepada taikun ni? Dan taikun bayar keyboard warrior NR bernama Ah Jib Gors. Nak ambil KW awat pakai dana awam DS?
Seriously, saya percaya ramai orang dah muak dengan pemimpin politik zaman dinasour ni. Lebih kurang je perangai. About time kita bagi kepercayaan kepada pemimpin muda.
Nama-nama seperti Tok Mat Hassan, Khairy Jamaluddin, Syahril Hamdan. Anthony Loke, Hannah Yeoh, Nurul Izzah. Ramai juga lagi pemimpin muda yang berpotensi.
Look at New Zealand. Negara membangun pertama yang bebas Covid. Ia dipimpin oleh seorang Perdana Menteri muda berumur 38 tahun.
Saya sendiri muak dengan game orang-orang lama ni. Bagi la peluang pemimpin-pemimpin baru pula pimpin negara. Mungkin itu resipi Malaysia untuk berjaya.

Tiada penerangan foto disediakan.


Ulama Pas rela tidak insaf bersekongkol dengan penipu, penyamun Umno

Ulama Pas rela tidak insaf bersekongkol dengan penipu, penyamun Umno

‘Bila ubat bius habis, rasalah peritnya ekonomi kita’

‘Bila ubat bius habis, rasalah peritnya ekonomi kita’



Membaca kenyataan Menteri Kayangan Bankers (Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), Malaysia bersedia mengalami defisit berganda (dua kali ganda) tahun ini.
Maksudnya hutang akan melebar. Mafhum mukhalafahnya kita akan kehilangan hasil negara yang teruk dan terpaksa meminjam bagi perbelanjaan tahun ini.
Di mana mereka akan pinjam? Itu saya tidak tahulah. Namun, kalau kita lihat bagaimana begitu terdesak ghanimah, kedudukan CEO dan Pengerusi GLC diatur secara tergesa-gesa seperti pertukaran peneraju Petronas dan Khazanah.


https://wrlr.blogspot.com/2020/06/tak-sampai-dua-bulan-nada-dah-berubah.html
(BARU DUA BULAN MENTERI CAKAP BERUBAH UBAH)




Kita boleh faham. Malangnya, kedua-dua GLC ini juga dijangka kehilangan hasil yang besar dalam rantaian perniagaan dan pendapatan mereka.
Siapa yang perhatikan laporan pasaran saham, pasti akan membaca minggu lepas hampir RM1 bilion dana asing mengalir keluar biarpun minggu sebelumnya sekitar 500 juta dana asing mengalir keluar, aliran keluar dana asing ini boleh dikataan berlaku setiap minggu sepanjang PKP.
Yang peliknya dalam fenomena keluarnya dana asing, pasaran saham, Bursa Malaysia dalam aliran meningkat? Saham-saham tertentu melonjak naik secara luar biasa.
Jadi, siapa yang faham akan dapat fikir apa yg sedang berlaku kepada institusi kewangan dan pelaburan tempatan terutama Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Jadi, dimana keyakinan Menteri Kayangan Bankers ini apabila sebelum ini dengan yakinnya dia cakap, kewangan dan pendapatan negara kita kukuh?
Apabila ditanya wartawan, dia sebut kita akan susun kembali perbelanjaan dalam unjuran Belanjawan 2020 untuk memenuhi rangsangan fiskal negara dalam pakej rangsangan.
Ada penulis menulis benar atau tidak si Menteri Kayangan ini punya kata-kata, Menteri Kayangan ini kononnya hairan kenapa Lim Guan Eng menerbitkan Bon Samurai sedangkan kewangan negara ini kukuh.
Jadi, dimana kukuhnya jika kita terpaksa meminjam dan berhadapan dengan defisit berganda? Menteri Kayangan sudah bagi hint, mereka akan terpaksa meminjam.
Berbeza dengan Singapura, sebelum dibentangkan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen, satu permohonan atau sejumlah peruntukan dari rezab negaranya diperkenankan Presiden Singapura Puan Terutama Dr Halimah Yacob untuk digunakan menyelamatkan ekonomi dan rakyat Singapura. Kedudukan Dr Halimah itu sama dengan kedudukan YDP Agong kita di Malaysia..
Malangnya, pembentangan pakej rangsangan negara kita sampai hari ini tidak boleh dibahas dan dipersoalkan di Parlimen. Malah kita tidak tahu dari mana datang sumbernya. PM tebuk atap cuma melakonkan watak Abah seperti drama bersiri sepertimana drama bersiri Opah di TV dan RTM. Inilah standard kerajaan tebuk atap.
Dari pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN), sehinggalan dengan nama Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi saya hanyalah sia-sia kerana tidak bersasar, tidak ada kesan kepada daya maju dan merangsang ekonomi.
Bertahanlah sementara tempoh moratarium September ini berakhir dan duit RM 40 bilion dari simpanan sendiri (KWSP) itu habis.
Masa ubat bius itu sudah habis, rasalah bagaimana sakit dan peritnya ekonomi kita.


Bagaimana ekonomi rakyat dapat dibela kalau perbahasan di Parlimen mati?

Bagaimana ekonomi rakyat dapat dibela kalau perbahasan di Parlimen mati?





GUNA SD UNTUK PERTAHAN MANDAT RAKYAT ITU SALAH?(PERTEMUAN PADA 8 JUN BARU BARU INI)







Namun tidak tergugat dengan gelaran itu, pimpinan utama PAKATAN HARAPAN bertemu malam tadi (8 JUN) dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan pakatan itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik. “Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus. “InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan mereka. Turut menyertai pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, dan Anthony Loke. Sebelum itu, dilaporkan pemimpin AMANAH dan DAP mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim; Suara Dari Peringkat Penjaja Di Kg Medan



Mukhriz Mahathir: Kalau Kita Kuat Bekerja Tetapi Tidak Mempunyai Integriti, KIta Tak Akan Berjaya



Adly Zahari: Kenapa Kerajaan PH Nak Dijatuhkan? Apa Masalahnya? Apa Kekurangannya?



AMANAH TOLAK FAHAMAN PERKAUMAN DAN EKSTREM AGAMA







Dzulkefly juga menitipkan harapan, jika kuasa dikembalikan kepada PAKATAN HARAPAN. Katanya: "Saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH. "Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini: "Pertama, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya. "Kedua, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrem agama. Jelasnya 'DNA' ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat 'Rahmatan lil 'Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep 'lnklusiviti' dan 'Kemakmuran Bersama' yang disepakati muafakat politik ini.