CORONAVIRUS: NEGARA MANA HALAU PELANCONG CHINA?

BABI DAN LEMBU TIDAK PERNAH BERSALAH



Miqdad Zakaria


Masa kat Penang dua hari semalam.. Ana nekad untuk melupakan nama walaun's dalam hidup ana.. Alhamdulillah berjaya.. Berjaya untuk dua hari sahaja.. Ha ha.. 

Sampai je ganu.. Benak ana mula berlegar² dengan kenyataan Haji Hadi tentang lembu dan babi.. 

Bila diamati.. 

Sebenarnya Haji Hadi lupa yang babi tidak pernah bersalah kepada Tuhan.. Tidak pernah menipu.. Tidak pernah makan rasuh.. Tidak pernah memaki hamun.. Tidak pernah putus saudara kerana politik.. Hi hi.. 

Dan babi tak pernah ada akaun bank.. Tak pernah ada duit dan kekayaan sampai beratus juta di rumahnya.. Tak pernah lagi ada yang terserempak dengan babi duk bershopping sakan dengan harta babi² lain.. 

Maknanya.. 

Seteruk mana pun tanggapan Haji Hadi kepada babi.. Hakikatnya babi tetap babi.. Babi tidak bersalah.. Melainkan seekor babi tu je.. Dalam FB dia jaguh.. Dalam mahkamah dia bodoh.. 

Itulah Bossku.. Kesayangan Haji Hadi dunia akhirat.. Yang diibaratkan seperti lembu tapi hakikatnya lebih jijik dari NAJIS babi.. 

Ha ha..

*BARISAN NASIONAL & PAS MELATAH DALAM ISU TEROWONG PP*



1. LGE & DAP Pulau Pinang difitnah dalam isu terowong oleh BN & PAS.

2. LGE saman Nasarudin Hassan, Pengerusi BN PP & akhbar2 pro BN.

3. Nasarudin Hassan mohon maaf, tarik balik fitnah & bayar kos RM 10K kepada LGE.

4. Akhbar NST, Utusan Malaysia & Berita Harian memohon maaf kepada LGE & tarik balik artikel.

5. Pengerusi BN PP memohon maaf & menarik balik fitnah ke atas LGE & DAP PP.

*PERBANDINGAN - KES HADI AWANG TARIK BALIK SAMAN KE ATAS SARAWAK REPORT*

1. Hadi Awang menarik balik saman ke atas SR dengan membayar RM 1.4 juta.

2. Tiada permohonan maaf dari SR ke atas Hadi.

3. Artikel menuduh pemimpin2 PAS menerima RM 90 juta dari UMNO masih kekal dalam blog SR hingga ke hari ini.

*MASIH ADA YANG MAHU MEMFITNAH LGE BERHUBUNG ISU TEROWONG???*

PERALIHAN KUASA UNTUK KEPENTINGAN ANWAR?

TIDAK PERASANKAH ANDA DENGGI LEBIH BERBAHAYA MEMBUNUH SETIAP HARI?

#CopyNpaste

Sumber: Dr. Mohd Arshil

1. Baru ada 3-4 kes detected & confirmed, rakyat Malaysia sudah menggelupur over-react, panic dan viralkan sana sini info yg ntah apa2 pasal coronavirus. Macam2 version cerita sana sini yg creat panic tak pasal2. 

2.Kes accident masa seminggu musim perayaan raya cina ni je dah membunuh lebih 100 orang takde pulak kisah. Denggi dah membunuh ribuan manusia di Malaysia  berpuluh tahun dah pun takde sapa nak peduli nak cegah pembiakan, nak bersihkan kawasan.

3. Merokok membunuh lebih ramai manusia akibat kanser, penyakit kardiovaskular, tapi kutu masih ramai hisap rokok /vape. Buat undang2 menghalang merokok di tempat awam dia punya kecoh tak ingat dunia. 

4. Yang paling kelakar, siap ada kutu sudah mula jual produk yg mampu mencegah jangkitan coronavirus kononnya sedangkan virus strain 2019 nih, scientist pun tak berapa paham lagi ttg virus ni sepenuhnya. Tak kurang juga ada yg mula jual produk sunnah sana sini dgn claim melampau. Penunggang agama menunggang tanpa segan silu. Dan ramailah yg membelinya akibat tipu daya gorengan puak2 ni. 

5. Tak kurang sang perwira papan kekunci yang makin berkobar2 menghentam pihak berkuasa menyuruh buat itu ini. Hantar ke  Hospital Sg Buloh pun jadi isu sedangkan hospital ini mmg Hospital khas penyakit berjangkit.

6. Rakyat Malaysia mmg champion bab2 ni. Kalau adalah pingat olimpik untuk bende2 ni, confirm gold medal dalam tangan.

7. Biarlah pihak yg mempunyai kepakaran yg handle dan beri kenyataan, jgn sebarkan berita palsu dan informasi yg kurang tepat. Semoga Allah melindungi Malaysia.


BAHAYA JADI BODOH


Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus di Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak 10 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2020 jam 12.00 tengah hari, jumlah kumulatif kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah 23 kes; di mana 14 adalah warganegara Malaysia, lapan warganegara China dan satu warganegara Jordan.
Daripada jumlah 23 kes PUI ini, terdapat hanya satu kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warganegara China berusia 40 tahun. Sementara itu, 18 kes PUI adalah negatif (12 warganegara Malaysia, 5 warganegara China dan 1 warganegara Jordan) dan telah discaj daripada hospital. Manakala empat (4) lagi kes PUI ini (2 warganegara Malaysia dan 2 warganegara China) yang diletakkan dalam isolasi di beberapa buah hospital, keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.
Sementara itu, daripada 8 orang warganegara China yang merupakan kontak langsung dengan kes positif 2019-nCoV pertama di Singapura, didapati 3 daripadanya adalah positif iaitu seorang wanita berusia 65 tahun dan dua orang kanak-kanak lelaki berusia 2 dan 11 tahun. Terdapat 5 kes yang negatif di mana 4 orang telah pun dihantar pulang ke China manakala seorang lagi menemani anak-anak beliau di hospital.
Sementara itu, 17 orang kontak rapat kes positif keempat diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.
Kesemua empat kes positif dalam keadaan stabil dan sedang dipantau di dalam wad isolasi di hospital-hospital KKM yang telah dikenalpasti sebagai hospital rujukan bagi 2019-nCoV.
Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit Novel Coronavirus. Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes. Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurang 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. Ia selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Prosedur ini dilakukan bagi memastikan pencegahan penularan serta kawalan optima penyakit ini dapat dilaksanakan. Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24(a) Akta yang sama. KKM telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan kes-kes yang disyaki serta kes yang disahkan bagi tindakan isolasi dapat disempurnakan, demi menjaga ketenteraman dan kesihatan awam.
Dalam kejadian awal pagi 26 Januari 2020, pihak polis telah membantu pihak KKM mengesan seorang kanak-kanak yang telah dibawa keluar oleh keluarganya dari sebuah hospital di Johor tanpa kebenaran pihak hospital. Kanak-kanak tersebut disyaki dijangkiti penyakit 2019-nCoV dan sedang dirawat di hospital terbabit. Kes telah berjaya dibawa kembali ke hospital berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil dan masih menunggu keputusan makmal. KKM mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama pihak polis ini.
KKM juga ingin menyarankan kepada orang ramai yang bercadang mengunjungi negara China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Orang ramai khususnya para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini situasi jangkitan 2019-nCoV dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat. Sila beri kerjasama bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan dengan berkesan.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Januari 2020


NEGARA PERNAH TANGGANI WABAK VIRUS NIPAH DAHULU IANYA DIJADIKAN GARIS PANDUAN PENCEGAHAN KINI



Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel coronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.

“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia. 

"Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain," nasihat timbalan perdana menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel coronavirus di Putrajaya hari ini.

Malah katanya status virus coronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik.

"Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster. 

"Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas dengan kluster penyakit kluster virus yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini merebak ke 14 buah negara dimana dilaporkan empat kes positif di Malaysia.

"Penyakit ini terkawal, jadi kita tidak mahu panik dan keadaan masih terkawal," katanya.

Selain empat kes positif tersebut, Dr Wan Azizah berkata 23 kes disahkan negatif dan masih terdapat empat kes yang masih menunggu keputusan makmal.

Jelasnya KKM memberi kerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kementerian kesihatan negara-negara jiran berhubung dengan situasi penyakit tersebut.

"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut membentang langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon Kementerian bagi mengelak penularan kluster penyakit ini, termasuk melakukan saringan kesihatan terperinci di pintu masuk antarabangsa negara, dan pemantauan rapi di semua peringkat koodinasi menerusi pengaktifan bilik gerakan di peringkat daerah, negeri dan pusat," katanya.

"Sebelum memasuki ke pesawat juga, wakil Malaysia Airlines akan melakukan saringan dengan bertanya soalan-soalan kepada penumpang untuk memberi kita pengetahuan adakah mereka berisiko untuk masuk ke negara kita," katanya.

Pada masa yang sama katanya Wisma Putra terus memantau rapat keadaan 49 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional dan tidak ada keperluan untuk melakukan evakuasi buat masa ini.

"Pihak Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah mengeluarkan dua nasihat perjalanan kepada semua rakyat Malaysia di China dan menangguhkan sebarang perjalanan ke 13 wilayah yang dianggap berisiko di China," katanya.

Pesakit dikuarantin di hospita di Wuhan, China.
Hasil mesyuarat itu katanya beberapa cadangan dibuat termasuk kawalan kemasukan di pintu masuk negara diperketatkan.

"Ini termasuk semua penumpang penerbangan dari China termasuk warganegara Malaysia wajib melalui saringan kesihatan terperinci," katanya.

Selain itu beliau berkata semua rakyat Malaysia yang telah melawat atau pulang bercuti dari Wuhan khususnya yang mengalami simptom, diminta untuk melaporkan diri segera ke hospital terdekat bagi pemeriksaan kesihatan.

"Manakala mereka yang tidak mempunyai simptom dikehendaki memantau status kesihatan masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari China," katanya.

Pada masa yang sama katanya difahamkan bahawa pihak China telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar dan masuk di Wuhan, dan telah tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganegaranya ke luar negara bermula 23 Januari, 2020.

Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan semua rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Wuhan.

"Orang ramai turut diingatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan; serta segera mendapatkan rawatan di hospital sekiranya mengalami simptom," katanya.

Beliau juga meminta pihak hospital swasta melaporkan segera kepada KKM bagi mana-mana kes penyakit berjangkit.

Beliau turut meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak KKM dan agensi kerajaan yang berkaitan dan semua pihak dinasihatkan agar tidak menimbulkan keadaan tidak tenteram dengan menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak pasti.

Situasi belum sampai tahap henti visa

Mengenai soalan adakah visa pelancong dari China akan dihentikan, beliau berkata mengikut saranan WHO situasi di negara ini belum sampai ke tahap itu.

Beliau berkata pihak kerajaan akan menambah mesin pengesan haba di pintu-pintu masuk negara selain akan mengambil suhu semua penumpang.

"Namun ada penumpang yang tidak ada gejala pun, tetapi mereka adalah pembawa," katanya namun pihak berkuasa akan cuba mengesan sejarah hubungan dengan orang lain yang pernah dilakukan penumpang sebelum ini.

Mengenai status pelancong Wuhan yang telah berada di Malaysia, katanya masalah logistik turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Kalau dah ramai kita nak letak kat mana, kerana mereka sihat dan tidak menunjukkan simptom kita nak kuarantin, jadi kita nak letak kat mana dan itu kita akan kita bincangkan dengan Kedutaan China di Malaysia," katanya.

Menjawab soalan mengenai "berita" yang menyatakan bahawa Filipina telah menyekat kedatangan warganegara China, Dr Wan Azizah berkata pihaknya telah mendapatkan pengesahan bahawa negara itu hanya menyekat pelancong dari Wuhan, langkah yang sama telah diambil oleh Malaysia.

- Bernama

PHEIC ADA RUJUKAN BAGI LARANGAN SEKATAN.



1.  ramai yang kecam bila dijelaskan tentang garis panduan PHEIC oleh WHO. Kecaman adalah sebahagian daripada feedback yang menjadi indicator betapa banyak lagi pencerahan perlu dibuat untuk mencerdikkan masyarakat.

2. PHEIC adalah guideline. Memang betul, suka hati negara nak ikut atau tak.

3. Tapi, kalau kerajaan terus nak sekat warga China keseluruhannya, kena ada hujah dan data yang kukuh. Kalau tak, akan timbul masalah kemudian hari. Sebab itu, banyak negara ambil keputusan untuk ikut guideline.

4. Ramai yang dapat maklumat tak tepat tentang isu sekat warga China. Ada yang kata Filipina, Indonesia, Russia dah sekat pelancong dari China. Itu semua tak tepat.

5. Filipina hanya hantar balik 500 orang yang datang dari Wuhan. Sememangnya, kerajaan China dah sekat mana-mana penerbangan dari Wuhan dan beberapa bandar di China keluar. Yang 500 orang ini terlepas. Sebab itu kena hantar balik.

6. Adapun, flight dari bandar lain masih boleh masuk ke Filipina, cuma dengan saringan yang lebih ketat.

7. Russia pun sama, tak pernah sekat warga China. Yang ada cuma, mereka ketatkan saringan di sempadan.

8. Malaysia sebenarnya lebih awal dah hentikan penerbangan dari dan ke Wuhan. Flight Air Asia awal-awal lagi tidak dibenarkan terbang ke Wuhan.

9. Siapa yang cakap Malaysia takut, pengecut berbanding Filipina, sebenarnya korang sendiri salah fakta.

10. Setakat hari ini, BELUM ADA lagi mana-mana negara yang sekat kemasukan warga China ke negara mereka disebabkan Coronavirus Wuhan. Semua masih tunggu WHO isytihar PHEIC.

11. Memang lah betul, mencegah lebih baik. Tapi nak cegah, kerajaan perlu ada parameter yang jelas. Setakat ini, tindakan memperketatkan saringan di airport sudah cukup baik, sama macam wabak MerCoV dulu.

12. Cuma, lagi baik kalau kerajaan dapat mewajibkan semula visa untuk pelancong dari China yang sebelum ini telah dikecualikan.

13. Inilah fakta. Tak mahu terima, terpulang.


HADI KATA PAS TAK PERNAH KAFIRKAN UMNO?



Adakah Hadi yg tersilap cakap atau akhbar ini tersilap tulis?Mungkin juga Hadi sedang baca skrip yg dibuat oleh pemimpin2 UMNO semata2 nak merawat hati org2 UMNO yg tlh Pas kafirkan?Mmglah Pas tk pernah kafirkan UMNO sbb yg kafirkan UMNO itu adalah pemimpin2 Pas,terutamanya Hadi sendiri..
-Kejadian Solat 2 Imam di Tganu dulu punca drp siapa?takkan krana DAP kot?

-Pasangan suami isteri bercerai berai krana isteri penyokong UMNO,itu apa?

-Kejadian memulau sembelihan org2 UMNO krana anggap haram utk dimakan,itu apa?

-Kejadian kebumikan mayat isteri di laman rmh krana tak mahu bercampur dgn mayat pnyokong2 UMNO di tanah perkuburan,itu apa?

-Seorg anak tergamak kafirkan bapa sendiri,itu apa?
-Putuskan hubungan adik beradik krana abgnya penyokong UMNO,itu apa?

-Kejadian ikad nikah 2 kali krana anggap imam yg nikahkan mereka dulu kafir krana menyokong UMNO sbgaimana didedahkan oleh Dr Maza,itu apa?

-Penyokong2 Pas yg mengamuk sanggup mati kerana menentang phk polis yg dianggap tentera2 kafir dlm kejadian Memali dulu,itu apa?

-Buat solat berasingan dgn isteri krana anggap isteri tu kafir krana menyokong UMNO,itu apa?
-Yg mengatakan Tidak Sah Solat Berimamkan Imam Kerajaan(UMNO),itu apa?

Siapa sebenarnya yg Hadi nak tipu ni?Nk tipu pnyokong2 UMNO atau pnyokong2 Pas?Penipu Besar dan kaki kelentong auta mcm ni,yg puak2 pas nak julang sebagai ulamak?Hadilah yg tlh rosakkan hubungan sesama Islam dlm M'sia.. tp mcm biasa,itu semua salah DAP..


PERALIHAN KUASA ISU NEGARA, RAKYAT BERHAK BERSUARA.



Malam tadi di Puchong Selangor

1. Saya nyatakan soal peralihan kuasa adalah soal negara. Bukan soal Mahathir dan Anwar sahaja.

2. Peralihan kuasa membabit jawatan PM. Jawatan PM beri kesan besar langsung kepada rakyat khususnya ekonomi. Hari ini ekonomi rakyat paling teruk.

3. PRK Tg Piai rakyat beri mesej paling besar. Kekalahan PH paling besar dalam sejarah negara. Tapi tiada tindakan drastik dari PH. Pimpinan PH dalam kabinet tidak tegur PM. Sama seperti kabinet BN tidak tegur Najib sebagai PM dulu. Malah ada menteri kerana mahu lepas kes video seks sumbang terus mengampu PM dengan berjumpa 20 MP Pembangkang beberapa hari selepas PRK Tg Piai. Menteri ini juga secara sengaja membuat kenyataan dan tindakan yang dengan sengaja menggugat keutuhan partinya sendiri PKR. PKR adalah parti terbesar dalam kerajaan dan ini memberi kesan kepada keutuhan kerajaan dan beri kesan kepada rakyat.

4. Saya nyatakan malam tadi kita tidak bersetuju saranan DS Anwar agar isu peralihan tidak dibicarakan secara terbuka. Rakyat berhak terus bersuara kerana jawatan PM isu negara dan beri kesan langsung kepada rakyat.

5. Dan terdapat tanda2 jelas ahli politik terdesak dengan kes jenayah gunakan kesempatan isu negara ini terus mengampu PM dan memberi signal salah kpd PM. Rakyat perlu bangkit beri signal betul.

Mohamad Ezam Mohd Nor
26 Januari 2020.


SAH HADI JIWA KACAU



Kalau nak duduk bawah pengembala lembu haram dan kamu sang lebai dijadikan lembu dicucuk hidung buat apa?
Pemerintah pengembala lembu guna duit rakyat bermewah untuk diri sendiri pun lebih teruk dari babi...babi jelas haramnya,tapi tunggang agama lagi haram dan tidak masuk Syurga kerana tunggang dan jual  agama.

Pilih kawan pun kena hati hati..kalau pilih yang kaki curi dan kleptokrasi itu bersubahat maknanya...kalau rakyat tak halalkan duit di curi,kita yang sokong juga terpalit sama dosanya,dan jika tidak dihalakan rakyat,maka tanggunglah dosanya sekali...dalam hal ini aku satu sen pun tak halalkan,tambah tambah kalau Hadi juga terlibat bersekongkol dengan penyamun yang samun duit cukai aku bayar bukan untuk Najib berbelanja dan Hadi menyokong serta menjadi talibarut mengeluarkan fatwa...


Kini pas dalam dilema apabila Hadi menjadi bebanan kepada parti itu kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan, beliau memberi tekanan kepada parti agama itu sendiri. Rakyat melihat lidah Hadi umpama bercabang kerana sembarangan memberi contoh nama binatang yang jelek.


Apa kata jika orang ramai mengatakan Hadi umpama lidah biawak yang bercabang kerana suka memanggil seteru beliau dengan panggilan nama binatang..

Apa kata jika orang ramai memanggil beliau "natang mung" dengan bahasa Terengganu....adakah Hadi merasa marah atau penyokong beliau merasa marah...itulah hakikat yang orang ramai perlu faham, iaitu memghormati orang lain dan orang lain juga memghormati kita.Bukan kah itu ajaran islam?  Bagaimana kita mahu berdakwah kepada bangsa lain, jika kita sentiasa mengeluarkan peekataan swolah olah orang lain salah dan bodoh belaka, sedangkan kita dilihat sebagai ilmuan agama yang tidak pandai menjaga lidah dan tuturkata...maka kerana itu, jika orang lain mencaci kita, kita haruslah menerimanya kerana kita juga mengakar orang lain memandang rendah terhadap title yang kita miliki.

Lihat bagaimana bangsa lain menghormati TGNA  yang sentiasa dikenang oleh kaum lain kerana cara dakwah beliau dilihat dekat dihati rakyat dan bangsa lain.jika kita masih ingat pilihanraya di Perak, Ketika Nizar Jamaluddin bertanding, bangsa cina menyambut  TGNA dan sangggup menyuruh beliau menandatanggani baju masing masing..betapa hormatnya kaum cina terhadap Toh Guru itu. Tapi jika Hadi sendiri, belum tentu bangsa sensiri menghormati beliau selain walaun taksub yang sanggup mengiyakan apa yang beliau cakap dari mulut dan lidah bercabang Hadi.


WRLR.






TUKAR PEMANDU BAS, OMONG KOSONG HJ HADI

TAHUN BAHARU CINA HARI DAMAI TULISAN JAWI

SPR TUKAR ALAMAT GUNA DATA E-TUNAI MENGARUT

Mutu gerai di pantai Port Dickson perlu dipertingkatkan

Tarikh kemaskini: 26/01/2020









PORT DICKSON, 25 Jan -- Pihak Berkuasa Tempatan perlu meningkatkan mutu gerai-gerai di pantai Port Dickson bagi menarik perhatian pelancong, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson mengenai perkara itu.

“Saya tengok kawasan ada masalah sikit, terlalu sesak dan terbatas bagaimanapun isu kebersihan dan kesihatan pihak majlis telah ambil tindakan dan saya berpuas hati dan kalau tengok pengawasannya jauh lebih baik daripada dahulu.

“Mengenai khemah di pantai Port Dickson ini pula, memang Yang Dipertua Majlis sudah memaklumkan kepada saya bahawa khemah memang kita akan ambil alih supaya dapat diseragamkan dan tingkatkan mutunya... tetapi perlu ambil masa untuk dilaksanakan sebab ia dalam peruntukan tahun ini iaitu peruntukan suku pertama tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di Teluk Kemang di sini, hari ini.

Mengenai wabak koronavirus, Anwar berkata meskipun belum ada kes dilaporkan di daerah ini, namun semua pihak perlu lebih berhati-hati.

Beliau berkata sehubungan itu, pengunjung dari China tidak boleh diberi kelonggaran seperti biasa demi menjaga keselamatan orang ramai.

Tahukah anda?






Untuk menghalang mana-mana warga asing daripada memasuki Malaysia atas sebab wabak, penyakit itu perlu diisytihar sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) terlebih dahulu oleh World Health Organisation (WHO).

Inilah sebabnya mengapa kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya halang warga China daripada memasuki Malaysia dalam menangani Wuhan Coronavirus ini.

Walaupun dikecam dan didesak oleh seluruh masyarakat, kerajaan tetap perlu mengikut garis panduan secara profesional, bukan berlandaskan sentimen, emosi apatah lagi desakan netizen.

WHO telah bersidang mengenai Coronavirus ini dan mendapati belum ada keperluan untuk mengisytiharkan PHEIC.

Kalau nak diikutkan keterukan virus, MerCoV dari Arab Saudi lagi teruk. Tapi kenapa takde pun orang bising suruh stopkan haji dan umrah?

MERS (Coronavirus) - 1,338 kes, 475 kematian. Lokasi: Arab Saudi.

2019-nCoV (Coronavirus) - 830 kes, 26 kematian. Lokasi: Wuhan, China.

Sebab staf kesihatan mengikuti profesionalisme, bukan emosi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=184754102912628&id=110373903683982


DSAI BERSAMA KELUARGA ABIM DAN PKPIM



Saya berkesempatan bermuzakarah dengan rangkaian gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM di Port Dickson hari ini dalam rangka memperkukuh agenda kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Saya tekankan peri penting terkait kefahaman Islam dibumikan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.

Turut dihimbau gagasan pemikiran Alexis De Touqueville dan Edward Said sebagai idea pendorong dalam mendepani pelbagai mehnah yang perlu dirungkai dalam konteks menjayakan agenda reformasi Malaysia Baharu.

USIN BAWA BINI LAWAT KOTA BHARU...



Sempena cuti raya cina ni, tok dan bini tok nak bercuti ke kota bharu sebab bini tok teringin nak tengok kenderaan mewah sunnah Nabi bernama Mercedes tu.  Katanya ada 14 ekor kenderaan tunggangan ulamak tok baru dibeli.

Sampai di Kota Bharu, puas tok dan bini tok tunggu bas letrik yg dikatakan yg pertama di malaysia.  Khabarnya pada tahun 2017 dah diumumkan bas itu akan beroperasi tahun depan, iaitu tahun 2018.  Sekarang dah tahun 2020.  Mesti bas tu bertambah banyak di seluruh serambi mekah.  Puas tunggu bas tersebut untuk kami nak ke rumah Nik Amar bagi menyaksikan sendiri kenderaan sunnah yg baru dibeli dari mekah tu, malangnya tak sampai.

Akhirnya kami naik beca ke rumah Nik Amar. Sampai di rumah Nik Amar, sebelum kami dibawa ke kandang mercedes, tok bertanya Nik Amar, di mana bas letrik yg dijanjikan itu? 

Nik Amar tunduk seraya berkata,
"  Sesungguhnya kito umat Isle tidak boleh naik kenderae yang berletrik, kerna kudo nabi dulu pun takdop guno letrik gapo pung".  Ujarnya.



Peralihan kuasa bukan untuk kepentingan Anwar?



PANDANGAN
PERALIHAN kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim bukan sahaja untuk kepentingan kedua individu itu tetapi membawa "maslahah" atau faedah dan memberi signifikan besar daripada itu.

Jangan salah anggap ia semata-mata untuk kepentingan Anwar yang dilihat sudah lama menanti untuk menjabat jawatan itu dan beliau didambakannya oleh banyak rakyat.

Memang lama Anwar dan rakyat khasnya penggerak reformasi menanti kerusi itu. Sudah lebih 20 tahun, rakyat menunggu beliau akan berada di kerusi nombor satu negara itu.


Justeru usah melihat Anwar terdesak dengan penantian itu tetapi ada hal lain lagi yang lebih terdesak dan sepatutnya itu diutamakan.

Dan peralihan kuasa itu juga dinanti bukan untuk menyelamatkan Dr Mahathir daripada terus dikecam dengan berbagai kecaman kata-kata sadis; seperti tamak, diktator dan sebagainya, ekoran kelemahan ketara kerajaan PH kini.

Tetapi ia adalah untuk melihat perubahan dalam medium dan landskap politik negara dan senario politik Malaysia di mata dunia seluruhnya.

Selain itu peralihan kuasa itu juga demi membuka era dan dimensi baru Malaysia di mata dunia dengan ketuanya dipimpin oleh tokoh baharu dan bukannya oleh tokoh yang dikitar semula.

Hakikat yang perlu difahami umum, dan juga oleh Dr Mahathir sendiri, beliau adalah PM yang dikitar semua. Dari satu sudut, kualiti PM Malaysia ini adalah orang yang diperbuat dari bahan sama yang mana tidak banyak mempunyai perbezaan dengan PM sebelum ini, Dr Mahathir.

Tidak perlu dipakai atau dicat dengan apa-apa warna pun kepada Dr Mahathir ia tetap hakikat atau tokoh sama. Lantaran orang menanti kemunculan dan juga penanganan oleh seorang perdana menteri yang fresh. Orang mahu melihat dan menanti apakah perubahan dan pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Anwar.

Selama tiga dekad beliau menunggu dan memengandungkan idea dan wawasannya untuk dilaksanakan. Sebenarnya segala idea dan wawasan Anwar itu sudah sarat dalam kandungan mindanya, sehingga sudah berlebihan lemak. Dalam istilah lain Anwar mungkin sudah kemandulan kerana lambat menjabat jawatan itu.

Begitu juga peralihan itu bukan atas "penunaian" konsensus yang dijanjikan. Tetapi apa perlu dilakukan dengan tujuan dan maksud lebih besar dan global daripada itu. Konsensus itu adalah kebetulan yang terbentuk daripada persefahaman politik semata-mata.

Apa yang ditunggu daripada peralihan itu kelak, bukan sahaja nama PM itu berubah dan bertukar daripada Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim. Orang bukan setakat mahu mendengar pembaca berita di Tv membaca, "Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim," bla bla, tetapi menanti kesan lebih besar daripada itu. Kehadiran Anwar adalah untuk membuang rasa jengkel dan mual orang ramai yang sudah loya mendengar nama Mahathir dikaitkan dengan jawatan perdana menteri setiap kali muncul dalam media massa atau media sosial.

Apabila Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, beliau akan membentuk kerajaannya sendiri. Beliau tidak sama sekali mengekalkan jemaah menteri yang ada, walaupun berpegang kepada kuota sama mengikut komponen parti-parti yang ada. Kebinat Anwar itulah nanti akan menjadi aset atau pun perubahan yang ditunggu-tunggu ramai dengan penuh keterujaan. Kabinet itulah yang ditunggu-tunggu.

Kerana melihat hakikat itu, maka perubahan kabinet Dr Mahathir sudah tidak pun diperlukan lagi. Walaupun ada desas desus dan desakan agar Dr Mahathir membubar kabinet selepas Tahun Baru Cina ini ia tidak diperlukan lagi. Perubahan dan rombakan kabinet untuk membaiki kelemahan dan kepincangan kerajaan PH tidak merupakan sesuatu yang mendesak lagi. Ia tidak penting lagi.

Kononnya selepas Tahun Baru Cina Dr Mahathir akan melakukan rombakan kabinet. Itulah yang sedang ditabur. Salah satu percakapan umum yang "lacat" kononnya Dr Mahathir akan melantik anaknya Mukhriz sebagai menteri pendidikan. Walaupun ia mungkin ada asas tetapi saya tidak fikir ia berlaku.

Sesungguhnya Dr Mahathir tidak perlu berpaling kepada desakan berbagai pihak dalam PH sebelum ini agar merombak kabinet sebagai tanggungjawab kepada kekalahan PH dalam Piraum khususnya di Tanjung Piai tempoh hari.

Barangkali beliau sendiri tidak yakin rombakan itu dapat memulihkan kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan PH. Lakulah apa-apa pun Dr Mahathir sudah tidak memiliki aura untuk memberi imej kepada kabinetnya.

Maka adalah tidak perlu untuk beliau membuat rombakan kabinet, apa lagi kalau rombakan itu nanti setakat menukar portfolio atau jabatan menteri tertentu. Melainkan menerusi rombakan itu nanti dibawa masuk beberapa orang muka baru yang lebih diyakini kemampuan mereka, barulah rombakan itu membawa sedikit makna.

Sekiranya dalam rombakan itu hanya sekadar menukar portfolio tetapi tidak penjawatnya, ia samalah seperti menukar arak ke dalam botol kicap, dan membubuh kicap ke dalam botol arak. Kicap tidak jadi haram dan arak tidak jadi halal.
Menyedari kebolehan dan ketidakkeberkesanan beberapa menteri yang ada dalam kabinet kini, seharusnya mereka juga turut hanyut bersama Dr Mahathir sebaik perdana menteri 94 tahun itu meninggalkan kabinet Malaysia kelak.

Mereka juga mesti jadi seberani dan seikhlas Mahathir untuk meninggalkan kabinet sekiranya mereka sayang dan bertanggungjawab ke atas kerajaan PH.

Jika mereka juga menumpang untuk jadi liat urat mengaku mereka masih berbisa dan tidak mahu  meninggalkan kabinet maka mereka juga sama seperti Dr Mahathir.

Saya tidak berhajat untuk menyebut satu persatu nama-nama menteri yang dilihat tidak berkeupayaan untuk jadi menteri dan membangun imej kerajaan PH. Mungkin cukup kalau saya menyebutnya beberapa nama, seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Gobind Singh Deo, M Kulasegaran, Mohamaddin Ketapi sebagai contoh bagi menggambarkan keluyuran kabinet Dr Mahathir.

Mereka ini adalah contoh menteri yang tidak berkeupayaan atau pun mendapat keyakinan daripada rakyat di mana keberadaan mereka bukan menguntung tetapi merugikan kerajaan. [manjung. prk. 8:17 pm 25/01/2020]