‘BN senang hati kalau rakyat tidak pulang mengundi’


Sikap negatif yang ditunjukkan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) seolah-olah ‘tidak menggalakkan’ rakyat negara ini pulang membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei hadapan menunjukkan wujudnya kebimbangan di kalangan mereka.
Perkara ini jelas dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilapor media sebelum ini.
Menurut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong, kenyataan Zahid pada Jumaat lalu bahawa rakyat Malaysia di Singapura tidak perlu pulang mengundi pada PRU14 amat dikesali.
“Jika benar ada kemungkinan majikan Singapura tidak mahu memberi cuti kepada pekerja Malaysia pada 9 Mei depan, Zahid sebagai pemimpin kerajaan sementara sepatutnya berani dan tegas meminta kerjasama negara jiran untuk membolehkan rakyat Malaysia pulang mengundi,” katanya dalam kenyataan.
Chin Tong berkata, Zahid tidak boleh lepas tangan dengan hanya berkata, “Jika majikan Sijngapura tidak izinkan, maka saya fikir perkara yang baik adalah jangan balik mengundi.”
“Ini jelas tidak bertanggungjawab dan mencerminkan rasa takut di kalangan pemimpin BN,” kata beliau.
Beliau turut mengkritik Nur Jazlan yang cuba membangkitkan hujah-hujah lemah kononnya mengajak pengundi pulang mengundi adalah “muslihat” pembangkang.
“Dia juga menentang usaha syarikat-syarikat penerbangan menawarkan kemudahan penukaran tiket serta tambang murah untuk membolehkan pengundi pulang mengundi.
“Persoalannya, mengapa Zahid dan Nur Jazlan takut sangat jika pengundi Malaysia pulang mengundi pada 9 Mei depan?” soal Pengerusi DAP Johor itu.
Jelasnya, perkara paling ditakuti oleh pemimpin UMNO-BN ialah kebangkitan rakyat Malaysia khusunya pengundi Melayu yang semakin menjauhkan diri dari parti yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat itu.
“Mereka mula panik dan takut pengundi Melayu tidak akan memilih mereka lagi.
“Mereka tahu krisis ekonomi, tekanan kos sara hidup dan sikap tidak peduli pimpinan Najib menyebabkan orang Melayu marah terhadap BN.
“Mereka juga amat takut apabila tsunami politik di kawasan bandar pada PRU 2008 dan PRU 2013 akan merebak ke kawasan luar bandar dan separa bandar seluruh negara.
“Mereka tahu jika rakyat semua kaum di Malaysia bangun menentang pentadbiran Najib melalui peti undi, ia akan menyebabkan berakhirnya era BN,” kata Chin Tong lagi. 

BN TERDESAK BERI HADIAH TUNAI PERDAYA RAKYAT – DR HATTA

MUHYIDDIN MUNGKIN TANDING PAGOH DAN DUN GAMBIR

PINDA PERLEMBAGAAN PAS - HADI AWANG DICABAR BERDEBAT


1. Bila membaca laporan media terpandang berita bahawa presiden parti suci kata antara sebab beliau menolak kerjasama dengan parti Amanah adalah kerana ada usaha dari pemimpin Amanah untuk pinda perlembagaan parti suci bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulama' parti itu sebagai badan tertinggi parti. 

Mak datuk. Senang je tuduh.

2. Beliau juga kata cadangan itu cuba dijadikan usul dalam muktamar parti suci 2015 tapi dibantah oleh akar umbi dan ditolak dalam AJK Pusat kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan parti suci.

3. Yang lagi best dia juga dilaporkan berkata cadangan meminda Perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

4. Saya ada baca beberapa komen mantan AJK saya dalam lajnah undang-undang dan guaman Pas Pusat ( yang saya Pengerusinya ) yang dakwa presiden parti suci itu menipu. Berat juga bila ulama yang dikata nombor 2 kat persada antarabangsa dituduh menipu.

5. Saya cadang jika presiden parti suci tu rasa tuduhan dia itu benar dan dia ada bukti kukuh , saya cadang beliau sebutlah siapa pemimpim Amanah yang beliau tuduh itu. 

Bukan apa , senang sikit kami nak saman beliau kaw kaw. Atau alternatifnya, kita berdebat berdua..nak tak? 

Pak Aji pilihlah tempat dan moderatornya. Saya ikut je insyaAllah. Anytime ..anywhere Pak Aji. Ini bukan isu nak tunjuk hebat tapi nak dedah kebenaran supaya orang tak keliru.

6. Jika beliau kata cadangan bagi meminda perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP , ia bukan sahaja dakwaan yang tidak ada asas sama sekali malahan tak logik langsung !.

7. Kenapa ?  Sebab sebelum dia dakwa itu , sudah berapa kali parti suci telah bertahaluf atau bekerjasama dengan pihak-pihak lain misalnya atas nama GERAK, BA (Barisan Alternatif ) atau APU (Angkatan Perpaduan Ummah ) . Tak perlu pinda perlembagaan pun? 

Hatta ketika parti suci setuju sertai PR yang ada DAP, pun tak perlu pinda walaupun satu perkara dalam Perlembagaan parti suci. Justeru itu,  kat mana logiknya dan rasionalnya bila dia dakwa ada usaha untuk pinda Perlembagaan parti suci bagi nak mudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP. 

Jika ini bukan temberang, apa namanya?

8. Hakikatnya, setiap kali berlaku musim pemilihan dalam parti suci khususnya dalam Muktamar 2015 yang semua tahu diguna "cai" dan dijaja merata tempat bahawa pemimpin nombor satu dan dua dalam parti suci mesti ulama', itulah yang bercanggah dengan Perlembagaan parti. 

Tunjukkan kat saya wahai Mr Presiden, any peruntukkan dalam Perlembagaan yang kata boleh guna sistem cai, yang kata pemimpin nombor satu dan nombor dua mesti ulama' , yang boleh gelar senang-senang orang lain dengan istilah jebon, munafiq haraki, islam liberal, barua dan pelbagai label lagi.

9. Cukuplah saya komen yang itu je. Orang lain sudah komen yang lain-lain yang dia sebut..so saya tak payahlah tambah.

Allah lebih tahu.

Mohd Hanipa Maidin

TUN M DI LANGKAWI SEBAGAI AHLI PARLIMEN 2018

HIMPUNAN "BALIK MENGUNDI , TANGKAP PENCURI"



MEDAN ILMU TOK GURU DIGANTI?



MEDAN ILMU tapak PAS ditakluk Kerajaan BN selepas mereka memberi peruntukan untuk buat Gerbang Baru dan tambah baik Dataran Ini.
 
Dulunya jadi Medan Ilmu tempat arwah Tok Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah Jumaat waktu beliau jadi MB dulu kini ditukar nama DATARAN TOK PA (MUSTAFA MOHAMED - Pengerusi Umno Kelantan).
Politik PAS sekarang jauh tidak cerdik nak banding zaman TGNA.
"Selain dana daripada kerajaan negeri, kerajaan pusat juga turut menyumbang bagi menaiktaraf sekitar Jalan Dato' Pati ini," kata YDP MPKB - Dato Zamri - http://www.sinarharian.com.my/…/pintu-gerbang-mercu-tanda-b…
Image may contain: outdoor



Pakatan Harapan berjaya ubah sikap hegemoni Mahathir


Hegemoni yang menjadi amalan UMNO dan Barisan Nasional adalah faktor kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menjadi seorang yang sangat berkuasa ketika menjadi Perdana Menteri.
Namun itu semua sudah berubah sejak beliau beralih arah dan menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Mahathir melalui perubahan yang sangat besar dalam HARAPAN.
“Beliau tidak boleh menjadi seorang ‘hegemon’ dalam gabungan HARAPAN tetapi menjadi seorang pembina konsensus, kerana HARAPAN adalah satu gabungan rakan setara,” kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam ceramahnya di Melaka, semalam.
HARAPAN jauh berbeza dengan Barisan Nasional yang diketuai UMNO, manakala 12 parti komponen yang lain hanya mengikut telunjuknya sahaja.
“Contohnya, adakah mana-mana parti komponen dalam BN berani membangkitkan skandal 1MDB, tidak kira di Parlimen, mesyuarat Kabinet atau Majlis Tertinggi BN?” soal beliau.
Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas menteri UMNO, Tan Sri Shahrir Samad ketika berbual dengannya di Parlimen.
“Dia (Shahrir) bertanya kalau saya akan menentangnya di kerusi Parlimen Johor Bahru.
“Bila saya kata bahawa itu kerusi PKR, dan bukan kerusi DAP, Shahrir berkata: “Apa DAP mahu, DAP dapat; apa DAP mahu, DAP ambil,” ujar beliau.
Namun jelas Kit Siang, dalam Malaysia ini cuma ada satu parti mempunyai mentaliti sedemikian iaitu UMNO.
“Sikap itulah yang menyebabkan hegemoni UMNO dalam Barisan Nasional, dan seterusnya menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara kleptokratik,” tambahnya.
Kit Siang terlebih dahulu menegaskan dalam ceramahnya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Pakatan Harapan akan membuktikan ia lebih cekap dan mampu membela nasib orang Melayu, lebih baik daripada UMNO-BN.
“Benar kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.
“Melayu takkan hilang di dunia di mana Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan dan membuktikan ia lebih berjaya, cekap dan mampu membela nasib dan kepentingan orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban berbanding kerajaan UMNO-BN.”

Bukan setakat tol motosikal, HARAPAN akan mansuh semua tol Jambatan P. Pinang


Janji Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional menang, dilihat sebagai janji tidak laku bagi penduduk negeri itu.
Menyambut ucapan Najib itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, bukan setakat tol motosikal, bahkan seluruh tol jambatan terbabit akan dimansuhkan apabila HARAPAN mengambil alih kerajaan persekutuan.
“Undi BN, hanya tol motorsikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan.
“Undi HARAPAN, selepas kita mengambilalih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang pertama akan dimansuhkan,” ujar Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang itu di laman Facebook.
Manifesto HARAPAN menjanjikan pemansuhan tol secara berperingkat.
Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri, Steven Sim, janji untuk menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang sudah pernah dijanjikan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya sebelum ini.
“Perkara seperti tol Jambatan Pulau Pinang semuanya berapa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” jelas beliau.
“Walaupun BN kalah di Pulau Pinang, BN masih menang di peringkat pusat dalam PRU ke-13.”

TANGKAP JHO LOW, GIMIK MENJELANG PRU 14 BERJAYA

WARISAN SETUJU KERJASAMA DENGAN DAP TANDING KERUSI DI SABAH

GAGAL TURUNKAN HARGA BARANG, BN HAMPIRI KEKALAHAN PRU 14

PESAN PRU 14 - JANGAN BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK



Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan sekarang di negara kita, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik. 

Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat. Itulah realiti yang ada. 

Jika kita cuba 'beriman' dengan segala dakwaan dan janji mereka, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar. Cumanya, kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang. 

Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa. Apa yang kita sedang kita saksikan dari ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik. 

Tuntutan agama ialah kita hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip. Sementara orang politik bicara mereka berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi. 

Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan , hari ini mereka beri lebel syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar,  nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka. 

Justeru, apa yang kita perlu lakukan ialah memilih yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urustadbir negara yang lebih cekap dan telus. 

Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara. 

Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urustadbir negara jika diberikan kuasa. 

Parti-parti yang kita lihat bergegar dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, jika kita selami dalaman mereka, kesemuanya sarat dengan pelbagai ketidaktelusan dan kerakusan terhadap kuasa. 

Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada. Namun, mereka itu 'ghuraba' (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai 'kehendak peribadi' yang dihiasi dengan ungkapan 'demi kepentingan rakyat'. 

Kepada Allah kita mengadu. Semoga Allah pelihara kita dari ketaksuban yang bodoh. Semoga Allah mengurniakannya kita mata nurani yang dapat membuat pemilihan yang betul. 

Kita kena memilih yang paling cekap dan amanah. Jika tiada, yang mendekati kecekapan dan yang lebih dekat kepada amanah. Jika tiada, yang paling kurang korupsi dan paling kurang dangkal dalam urustadbir. 

Namun, dalam masa yang sama, kita tidak akan mempercayai segala slogan mereka dengan sepenuh hati. 

Kita tahu di musim ini, bukan sahaja harta dunia mereka janjikan, syurga dan neraka pun mereka beri jaminan seperti mana mereka menjamin geran tanah di dunia!! 

Pohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Jadilah insan yang berprinsip dan dapat membezakan apa yang kita lihat di pentas kehidupan ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA)
Mufti Perlis.
Anda mungkin juga meminati:

‘Benar kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia’ – Kit Siang


Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Pakatan Harapan akan membuktikan ia lebih cekap dan mampu membela nasib orang Melayu, lebih baik daripada UMNO-BN.
“Benar kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.
“Melayu takkan hilang di dunia di mana Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan dan membuktikan ia lebih berjaya, cekap dan mampu membela nasib dan kepentingan orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban berbanding kerajaan UMNO-BN.”
Demikian ucapan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam ceramahnya di Bukit Baru, Melaka, malam semalam.
Kit Siang menegaskan bahawa di bawah kepimpinan Pakatan Harapan, orang Melayu tidak perlu bimbang kehilangan kuasa politiknya.
“Mana mungkin ini berlaku. Ada tiga faktor demografik besar yang telah sebati dalam sistem di Malaysia.
“Peratus masyarakat Melayu semakin bertambah dalam populasi rakyat Malaysia, majoriti pengundi adalah pengundi Melayu, dan kawasan Parlimen dan DUN juga majoriti pengundi Melayu,” jelas beliau yang menyandang kerusi Parlimen Gelang Patah.
Persoalan yang sama juga pernah ditangani Sasterawan Negara A. Samad Said dengan memperingatkan tentang kuasa orang Melayu yang tidak pernah tergugat biar apa pun terjadi.
Pak Samad yang kini menganggotai DAP berulang kali menyebut bagaimana tidak mungkin orang Melayu boleh tergugat dalam politik Malaysia sekiranya UMNO tewas.
“Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya.
“Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.
“Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu,” ujar Pak Samad dalam sebuah forum anjuran Roketkini beberapa tahun lalu.
Menurut Kit Siang, sebenarnya UMNO di zaman Najib Razak tidak membela nasib dan kepentingan orang Melayu, bahkan hanya kroni-kroni UMNO sahaja.