LALUAN SUKAR UNDI TAK PERCAYA, PEMBANGKANG GAGAL BERSATU

Fastaqim: Himpunan era Nik Aziz lebih besar tapi perlukan Pakatan



Fastaqim: Himpunan era Nik Aziz lebih besar tapi perlukan Pakatan

Fastaqim: Himpunan era Nik Aziz lebih besar tapi perlukan Pakatan

Oleh : Amiruddin Ahmad

Himpunan fastaqim baru-baru ini menyebabkan pemimpin Pas seolah-olah lupa daratan menghina bekas rakan seperjuangan yang menyertai Amanah.

Paling terkesan adalah ungkapan Presiden Hadi dalam ucapan beliau, ‘macam kera yang melompat ke pohon yang berbuah. Bila melihat buah kita tidak banyak, mereka melompat ke pokok lain yang punyai banyak buah’. Pemimpin Pas lainnya merendah-rendahkan Amanah yang didakwa tidak mendapat sokongan.
Apa sudah jadi dengan akhlak pemimpin Pas yang rata-ratanya adalah ustaz. Akhlak ustaz wajib lebih baik berbanding orang awam.

Puluhan himpunan besar

Fastaqim bukanlah satu-satunya himpunan yang besar di Kelantan, khususnya di Stadium Sultan Mohammad ke IV. Ketika era Tok Guru Nik Aziz puluhan himpunan yang sama besar seperti fastaqim dianjurkan Pas.

Namun ketika itu Tok Guru tidak pula berbangga apatah lagi mabuk dengan hadirin berjumlah 60,000. Sewaktu Semangat 46 meninggalkan Pas dan bergabung dengan Umno secara en block pada 1996 Presiden Pas, Fadzil Noor dan Nik Aziz menghimpunkan penyokong di stadium sama. Jumlah hadirin lebih banyak daripada fastaqim.

Sepatutnya ketika itu Fadzil muncul dengan ucapan Pas adalah kuasa politik Islam terkuat di Malaysia; Pas tidak memerlukan parti lain untuk mara ke Pantai Barat; Pas akan bertanding di semua kerusi termasuk kerusi DAP atau paling ‘lekeh’ pun Pas tidak memerlukan sekutu untuk memerintah Kelantan.

Sebaliknya, apabila Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 Pas adalah parti pertama yang menawarkan bantuan kepada penyokong Anwar. Pas mengasaskan Gerak dan menampung penyokong reformasi sebelum penubuhan Parti Keadilan Nasional.

Betapa terbukanya pemikiran Fadzil dan Nik Aziz ketika itu. Malah ketika Barisan Alternatif (BA) diwujudkan pada 1999, ungkapan yang sering diingatkan oleh Tok Guru dan Fadzil kepada ahli Pas ialah ‘kambing jika bersendirian mudah diserang serigala, jika berkumpulan sukar untuk dibaham serigala’.

Sedangkan hakikatnya Pas telah pun mempunyai 400,000 ahli. DAP dalam lingkungan 200,000 dan KEADILAN ketika itu tidak sampai 50,000. Pas boleh mempersetankan dua parti tersebut untuk masuk pilihan raya umum (PRU) 1999 bersendirian dengan kelebihan ahli. Namun Fadzil dan Nik Aziz tidak melakukannya. Mereka masuk secara bersekutu dan berjaya menawan Terengganu.

Gelombang reformasi

Fakta menunjukkan gelombang Terengganu adalah kesan dari kempen anak rantau pro reformasi yang pulang mengundi. Namun setelah menang, MB Hadi Awang mendakwa rakyat Terengganu mahukan Islam kerana itu mereka mengundi Pas. Penumpuan Pas kemudiannya lebih kepada pengembangan agama walaupun isu besar adalah pengangguran rakyat dan ketidak cekapan pemerintahan kerajaan negeri.

Selepas DAP menarik diri daripada BA pada 21 September 2001, rakyat Terengganu tidak melihat pembangkang mampu pergi jauh dalam PRU seterusnya. Pas kalah teruk PRU 2004. Slogan Umno; ‘serik doh wei’ menjadi cogan kata mujarab mendesak rakyat menamatkan pemerintahan Pas. Bagaimanapun Hadi tidak pernah belajar dari peristiwa tersebut.

Sekiranya Hadi berusaha mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah akan kekuatan dan kelemahan Pas sepanjang dua dekad ini; tentulah beliau akan menemui fakta Pas tidak pernah berjaya memenangi mana-mana negeri sejak 1980an tanpa parti sekutu.

Kemenangan dalam PRU 1990 menawan Kelantan adalah kerana menumpang pergolakan Umno dengan parti sekutu Semangat 46. Apabila parti sekutu mula lemah pada PRU 1995, prestasi Pas juga kurang memuaskan.

Pengaruh Anwar

Pas berjaya mendapat 2/3 kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 1999 kerana menumpang gelombang Anwar. Apabila BA berpecah maka Pas hilang Terengganu dan menang tipis hanya berbeza dua kerusi Dun di Kelantan dalam PRU 2004.

Kemenangan pada PRU 2008 sepenuhnya pengaruh Anwar. Pas berjaya mengorak langkah ke Selangor, Kedah dan Perak. Mustahil Pas mampu melakukannya secara bersendirian.

Jadi dari manakah bukti yang boleh disandarkan apabila presiden Hadi selepas fastaqim berkata Pas akan menang lebih banyak dalam PRU akan datang tanpa sekutu?

Kekuatan 1.3 juta ahli tidak banyak memberi kesan kerana separuh daripadanya telah beralih tumpuan kepada Amanah. Perbandingan kemenangan Pas di Terengganu pada PRU 1999 ketika ahli mencecah 400,000 dan kekalahan Pas pada PRU 2004 ketika ahli 500,000 perlu dijadikan ikhtibar.

Pada PRU 2008, Pas menang di Kedah ketika keahlian berjumlah hampir 900,000. Pada PRU 2013, Pas kalah di Kedah ketika keahliannya meningkat kepada 1.1 juta. Jadi di manakah bukti jumlah keahlian akan menjamin kemenangan?

Apatah lagi strategi Pas kini ingin membolot semua kerusi. Mahu bertanding di kerusi DAP . Tidakkah golongan atas pagar akan melihat Pas parti yang tidak realistik atau sombong?

Bergerak seperti Hamas

Pas bercita-cita mahu bergerak seperti Hamas di Lubnan. Pengundi Kristian dan sekular menyokong mereka. Terdapat banyak perbezaan antara Lubnan dan Malaysia. Negara bergolak itu memerlukan parti yang mempunyai sayap bersenjata seperti Hezbollah untuk melindungi rakyatnya dari Israel. Sedangkan di Malaysia tiada konflik bersenjata dan rakyat lebih mempercayai parti-parti yang boleh menunaikan janji perkhidmatan awam yang baik dan berakauntabiliti.

Politik Malaysia terbahagi kepada dua. Satu, masyakarat yang tidak peduli dengan persekitaran dan mahukan peluang pekerjaan serta hiburan. Mereka akan menyokong Umno BN. Satu lagi, masyarakat yang mahukan negara ditadbir seperti di Eropah. Perkhidmatan kesihatan, perbandaran, pendidikan dan kebajikan yang baik. Mereka adalah pengundi pembangkang.

Dengan persoalan yang tidak pernah berakhir mengenai bantuan banjir di Kelantan, Kompleks Perkayuan Kelantan yang tidak telus; pembaziran lawatan adun dan exco keluar negara dan dibangkitkan oleh pimpinan Pas sendiri, adakah penyokong pembangkang di Pantai Barat akan mengundi Pas?

Kecuali di Pantai Timur yang setia kepada politik agama, sebagaimana pengundi Umno setia dengan parti Ketuanan Melayu; pengundi di Pantai Barat mempunyai kriteria lebih ketat memilih parti pemerintah untuk memenuhi cita rasa mereka. Oleh itu Pas memerlukan sekutu. Kekurangan Pas akan ditampung oleh parti sekutu.

Dengan Pas bersendirian dan perjuangan di sekitar Hudud maka mereka tiada tarikan meluas dalam kalangan pengundi yang berfikiran bebas dan moden. Mereka juga tidak dijamin oleh parti sekutu untuk mewujudkan urustadbir yang baik sekiranya berjaya memerintah sesebuah negeri.

Tanpa jaminan, sebagaimana era 1980an, Pas tidak mampu menang walaupun barisan calon-calonnya adalah ustaz yang amat diyakini tidak akan makan rasuah, menyeleweng atau kaki perempuan.


‘Datuk Husam, Pas adalah semalam, Amanah wadah masa depan’



'Datuk Husam, Pas adalah semalam, Amanah wadah masa depan'

‘Datuk Husam, Pas adalah semalam, Amanah wadah masa depan’


ULASAN: Warkah buat Dato’ Husam: Langit tidak selalunya cerah. Bumi pula tidak selalunya hujan. Begitulah sunantullah alam dan itulah hukum dominan yang menguasai maya sedari berkurun lamanya.

Begitulah metafora dengan perjalanan politik Dato’. Sebuah bintang yang bersinar terang, gah dan ampuh untuk kesekian lamanya telah mulai suram tampaknya.

Barangkali kedudukan magnitud dan latitudnya agak terpesong bagi memastikan cahaya malamnya terus sampai ke bumi. Kedudukan koordinat sebegitu tidak akan berupaya untuk menjamin sinarnya terus berwibawa kecuali meletakkan kembali kedudukan ia pada tempat yang sepatutnya.

Pemimpin cakna rakyat

Kami berasa amat bangga mempunyai seorang pemimpin yang cakna rakyat seperti Dato’. Mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma, tajam fikirnya dan hebat daya juangnya lebih bernilai dari memiliki seribu penyokong yang kosong ideanya.

Merenung dengan mendalam, maka dapat dilihat betapa sukarnya Dato’ untuk terus bersilat dan berpencak secara bersendirian dalam memperjuangkan isu rakyat. Sehebat-hebat Laksamana Hang Tuah, beliau masih memerlukan teman-teman dalam memperkasakan perjuangan.

Tika ini, Dato’ memikul beban secara berseorangan. Tiada lagi sahabat dan teman yang sanggup bersama-sama Dato’ memikul beban isu rakyat untuk diketengahkan dek kerana menjaga kepentingan diri masing-masing. Tiada lagi manisnya peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Takkala ini, PAN (Amanah) bersedia membuka ruang dengan luas dan selebar-lebarnya untuk Dato’ berpencak dan berkeris di sana. Tokoh persis Dato’ tidak wajar untuk dibiarkan berkeseorangan lagi. Amat janggal bila melihat keadaan Dato’ yang terkial-kial membawa sesuatu isu tanpa sokongan dan dokongan sahabat yang lain.

Ketua Pembangkang Swasta

Lebih memeritkan lagi telah kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan ‘ahli syurga mahu pun sahabat jannah’ mereka, Umno dan sekutunya yang telah mula melebel Dato’ sebagai Ketua Pembangkang Swasta. Ia bertitik tolak daripada teguran-teguran Dato’ terhadap kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Andainya kebaikan yang Dato’ berikan berupa bantuan dan buah fikiran, untuk membantu rakyat di kala kesusahan, lebel Menteri Besar Swasta pula yang dianugerahkan kepada Dato’. Begitulah sinonimnya rasa kebencian mereka kepada Dato’.

Dato’ tidak seharusnya menjadi ahli Yang Berhormat Pas sekiranya ingin memperjuangkan isu-isu rakyat dan mendedahkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Pas.

Adalah lebih molek, Dato’ mengambil sisi lain dalam mengemukan kritikan. Anak-anak muda dan marhean seperti kami berasa kurang senang dengan tindakan sebegini. Jadilah pendekar yang berani. 

Tinggalkan sahaja Pas yang penuh dengan daki dan noda. Menjadi Yang Berhormat Pas dan dalam masa yang sama mengkritik dan mendedahkan kelemahan Kerajaan Negeri Kelantan ibarat Sang Mendeliar yang membuka Kota Melaka untuk musuh menawanya.

Janganlah Dato’ terpengaruh dengan janji-janji ‘orang-orang istana’ untuk membantu mengusahakan dan menawarkan jawatan Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar sekiranya Dato’ masih lagi terus beristiqamah di dalam perjuangan Pas. Lupakanlah janji-janji itu, kerana kalau ia benar sekalipun, Dato’ akan terus menghadapi masalah dan rintangan dengan kepimpinan Tok Guru Hj Hadi yang kelihatan terus sonsang dan berlawanan arus dengan corak kepimpinan (Pas) yang terdahulu.

Anak rantau ikut hijrah

Tinggalkanlah bumi Kelantan. Kami mencadangkan Dato’ memulakan langkah mencari kawasan Parlimen di Negeri Selangor. Orang yang berpengaruh dan bijak fikir seperti Dato’ seharusnya memainkan peranan yang lebih besar di Parlimen dan bukannya di Dewan Undangan lagi.

Sekiranya Dato’ bersedia bersama-sama kami, kami percaya penyokong-penyokong Dato’ di Negeri Kelantan juga akan turut sama memindahkan pusat mengundi mereka untuk merealisasikan harapan ini. Ia bukan sekadar harapan dan impian semata-mata.

 Malah jauh lebih besar lagi sebagai memenuhi keinginan dan cita-cita Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang melihat Dato’ sebagai permata yang cukup berharga bagi negara.

Pertanyaan dan desakkan ini bertalu-talu sampai ke telinga saya dan memaksa saya untuk melakarkan coretan ini untuk pertimbangan Dato’.

Mungkin Dato’ tertanya-tanya siapakah saya. Cukuplah saya katakan di sini, bahawa saya ialah individu yang selalu dihubungi oleh ‘Pembesar-pembesar Kerajaan dan Politik Oposisi’ bagi mengadakan sebarang majlis di Negeri Selangor.

Dato’ juga terlalu hampir dengan saya. Memadailah saya berkata begitu kerana terpaksa menjaga status perkhidmatan awam saya.
Sesungguhnya, “Demi masa manusia itu selalu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal soleh. Dan orang-orang yang berpesan dengan kesabaran dan mereka yang berpesan dengan kebenaran”.

Salam Perjuangan,
Ahli Jawatankuasa
Perakan (Anak Kelantan Perantauan) Negeri Selangor

ADAKAH PAS BERCAKAP UNTUK DIRI SENDIRI?

 

 al husseyn..

 


 

 

 

Mencari kemulian bersama Perkasa, PAS akan menerima penghinaan dari Allah

 Sekiranya umat Islam mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, maka umat Islam akan menerima penghinaan daripada Allah SWT. 

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, disini, hari ini 12 September 2010.
  Demikian ucapanya, Haji Hadi ketika beliau memetik kata-kata Sayidina Umar bin Khatthab :  

   Nahnu qaumun a’azzanallahu bil Islam, lau ibtaghainal izzata siwal Islam la-azzallanaLlahu - Kita adalah kaum yang yang dimuliakan Allah dengan Islam, andai kita mencari kemuliaan selain Islam maka kita akan menerima penghinaan dari  Allah subhanahu wata'ala.

Dan dengan sebab itu PAS tidak berminat dengan Perkasa.Tidak beminat dengan berbagai-bagai perjuangan yang berlandaskan kepada perkauman, dijadikan aqidah! 

 Tidak salah kita sayangkan kaum, tak salah sayang kepada bangsa.Tetapi menjadikan kecintaan kaum adalah aqidah dan ideologi, itu bercanggah!  

 Itu kata-kata Hj Hadi yang dulu...Hj Hadi sekarang sudah lain macam jadinya.Kalangan wala'un cuba menafikan tetapi cubaan mereka hanyalah umpama menegakan benang yang basah. Kalangan wala'un cuba mempertahankan hal yang tidak benar. Mereka sedar bahawa bekerjasama dengan Perkasa adalah salah, maka mereka perlu  menutup dengan apa cara sekali pun ...

Bayangkanlah sekiranya almarhum Ust Abu Bakar Chik masih ada ....

 Mengulas ucapan Hj Hadi, almarhum Ust Abu Bakar Chik berkata, kita tidak bersetuju dengan Umno dengan langkah Perkasa. Bahkan kita tidak sekali-kali bersama-sama dengan kelompok yang mendokong perkauman.

" Kita akan bina bersama-sama dengan mereka yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan ataupun mereka yang menerima dasar-dasar Islam di dalam negara ini , walaupun dia bukan Islam!

Allahyarham menegaskan tidak akan bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam yang mendokong pergerakan perkauman.

" Kita akan menentangnya dan kita tidak sekali-kali terbabit dengan perwatakan yang mereka buat," tegasnya.

Beliau yakin dengan penyesunan semula berbagai elemen didalam negara untuk menuju kesejahteraan; termasuklah tahaluf dengan DAP dengan PKR.

"Kita nak menuju kepada masyarakat sejahtera, adil untuk semua; bukan untuk perjuangan sempit nak mempertahankan perkauman Melayu, " katanya.

Usul Persendirian TGHH untuk meminda Akta Mahkamah Syariah( Bidangkuasa Jenayah)1965




Usul Persendirian TGHH untuk meminda Akta Mahkamah Syariah( Bidangkuasa Jenayah)1965 bertarikh 18 mac 2015, mengapa ianya digembargemburkan sbg hudud? ????

Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu







Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno - Mat Sabu

Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam real politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kita fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.

“Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka,” kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama.

P/S:

Amanah diragui prestasinya oleh puak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Mereka enggan mengiktiraf Pakatan Harapan di Selangor dan kekal bertahaluf bersama Pas kerana takut orang Melayu tidak mengundi kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.

Golongan ini mencipta mitos bahawa Pas mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan orang Melayu luar bandar. Mitos itu menjadi duri dalam daging kepada pemimpin utama PKR menyebabkan parti itu bergeser antara puak, yang mahukan Pakatan Harapan dan puak yang mahu pergabungan dengan Pas sahaja.

Sedangkan realitinya sejak 1950an Pas wujud, sekali pun orang Melayu Selangor tidak pernah memberi sokongan padu kepada mereka sehinggalah Anwar dipecat dan dianiaya pada 1998.

Sejarah juga membuktikan pergabungan antara PKR dan Pas pada PRU 2004 merupakan malapetaka. PKR mendapat satu kerusi parlimen, Permatang Pauh dan Pas 6 kerusi parlimen sahaja.

Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali





Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali

Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali


Satu kaji selidik menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat – untuk kali pertama berlaku – lapor akhbar Straits Times (ST) Singapura.

Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa.

Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012.
Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus.

Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan.

Lapor ST, keputusan kajian itu dibentangkan kepada penganalisis sektor kewangan pada minggu lalu.

Sokongan keseluruhan terhadap kerajaan juga menurun kepada 23 peratus – tahap terburuk pernah dicatatkan sejak kaji selidik mengenainya mula dibuat Merdeka Center pada 2012.

Mengenai pengundi Cina pula, hanya lima peratus responden menyokong kerajaan berbanding 11 peratus pada Januari lalu.
Kaji selidik sama juga mendapati kemerosotan sokongan terhadap kerajaan kebanyakannya disebabkan oleh cara isu ekonomi ditangani.

Data dikumpul Merdeka Center menunjukkan hanya 17 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi berbanding 78 peratus yang tidak berpuas hati.

Kaji selidik itu dijalankan di kalangan responden di Semenanjung Malaysia pada Ogos, sejurus selepas Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.

TAHNIAH BUAT PAS DI ATAS KEJAYAAN MENGHIMPUNKAN AHLI DI DLM FASTAQIM H60K




Admin banyak terima ulasan serta komen-komen Bangga serta Ujub daripada pimpinan dan ustad2 PAS..

DAN sebahagian daripada komen2 mereka tersebut Admin balas dgn beberapa fakta agar mereka mampu berfikir dgn waras demi masa depan generasi mendatang..

Di sini Admin cuba perturunkan sebahagian sahaja secara ringkas dlm bahasa rojak malas nak susun ayat sbb jika guna bahasa yg indah dan tersusun sekali pun kalau minda dah tertutup tetap jumud juga :
***************************

PAS mahu menang kat lubuk melayu sahaja ker..? pantai timur.. Kelantan dan Trangganu.. bukannya boleh perintah Malaysia.. kalau setakat nak kuasai negeri2 miskin nak buat apa syeikh..? Pandang ke depan negara ini kita punya, untuk survival generasi kita maka sewajarnya kita agihkan ekonomi negara seadil2nya utk generasi yg akan dtg.. bukannya kuasai negeri2 mundur..

Aku x nampak misi dan visi PAS utk menguasai Kerajaan Pusat yg aku nampak PAS hanya mahu mengekalkan Kelantan dan beberapa kawasan lubuk melayu.. Visi PAS seharusnya menawan Pantai Barat yg kaya bukannya selesa dgn negeri2 mundur........

 Mmg hasil bumi pantai timur banyak tetapi jika tidak menguasai Putrajaya semuanya x de makna.. selagi tidak mengusai Putrajaya maka selagi itu melayu terus mundur dan ditindas... sbb tu aku tolak PAS kerana perjuangan PAS terlalu sempit hanya utk kekal di Kelantan dan kawasan2 lubuk melayu..

Tak perlu kita berbangga dan syok sendiri dgn kehadiran ahli yg ramai jika pengisian jiwa mereka tidak diisi dgn usaha bagi menawan Putrajaya dan seterusnya mengambil alih tampok pemerintahan negara.. 

Allah suruh kita berusaha keluar dr kezaliman dan penindasan bukan hanya mengharapkan Redho Allah tanpa usaha.. dan Allah sendiri tidak Redho ke atas kita jika kita membenarkan penindasan terus berjalan ke atas rakyat jelata.. 

kalian x rasa berdosa ker jika rakyat ditindas dgn tiadanya usaha dari kita utk menyekat dan menghapuskan kezaliman tersebut?
Satu2nya cara utk menghapuskan kezaliman tersebut sdalah dgn menguasai Putrajaya.. bukannya menguasai Kelantan dan kawasan2 lubuk melayu..

Aku x tahulah kalau org PAS dan pantai timur tidak mahu majukan negeri mereka setara Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.. jika kita hanya berbangga dgn kelompok kita dan Ahli Parti kita yg ramai tetapi kita miskin tak ubahlah kita sama seperti PERKASA dan Pekida yg berbangga dgn Ahli yg ramai tetapi Habuk pun tarak..

Mungkin Ijtihad Ahli PAS Allah akan lebih Redho ke atas kita jika kita terus Miskin hingga ke akhir hayat..
ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN..

Aku tak pasti kemenangan bagaimana yg kalian cuba terjemahkan..

Dari apa yg aku belajar kita hendaklah berjaya di dunia dan di akhirat.. Ketamadunan Islam dibangunkan dgn Ilmu sehingga menjadi sebuah empayar yg penuh dgn limpahan kekayaan material.. Tamadun Islam tidak dibangunkan dgn kejahilan dan kemiskinan..

100 tahun sebelum Empayar Islam Othmaniah hancur di tangan Yahudi dan Nasara mereka menyekat serta sudah tidak lagi meneruskan Kemajuan Ilmu Pendidikan dan teknologi. Khalifah Othmaniyah menolak wacana ilmu dan perbahasan Ilmiah secara terbuka.. Kejumudan dalam mendepani perubahan Zaman menyebabkan Empayar islam Othmaniyah menjadi lemah dan miskin sehingga berhutang dgn Yahudi dan Nasara dan Turkey Muflis. Akhirnya Othmaniah ketinggalan 100 tahun kebelakang dari segala kemajuan ilmu dan teknologi (pembuatan, makanan, kesihatan dan ketenteraan)

Rakyat Turkey menjadi rakyat paling naive di Eropah.. buta ilmu dlm memajukan ekonomi dan teknologi.. akhirnya Othmaniyah ditumbangkan dgn mudah oleh musuh islam. Khalifahnya dihalau keluar dari Turkey dgn penuh kehinaan kerana ilmu dan miskin ekonomi..

Zaman itu rakyat Othmaniyah antara rakyat yg teramai di eropah tetapi mereka mudah dialahkan oleh yahudi dan nasara kerana tiada mempunyai ilmu dan miskin.. ramai tidak semestinya kuat......

DAN sehingga kini kebanyakkan negara umat islam masih lagi meneruskan doktrin merendah2 serta meremehkan segala ilmu selain dari ilmu agama seperti mana yg pernah dilakukan oleh beberapa orang Khalifah terakhir empayar Islam Othmaniah dahulu..

Apakah ahli PAS yg ramai itu sasarannya hanya utk menguasai negeri2 mundur dan lubuk melayu sahaja..? Apakah PAS tidak kesah jika tidak manpu menawan negeri2 kaya di pantai barat? Dan Apakah PAS mampu menguasai negara kita jika mengenepikan usaha utk menguasai Putrajaya..

Dengan mengksampingkan sokongan bukan islam yg berjumlah 45% dlm negara kita apakah PAS mampu memerintah Melaysia..? Kita kena ingat UMNO kekal berkuasa atas tiket " Undi Bukan Melayu yg mana 12 parti komponen BN terdiri daripada parti2 bukan melayu..

Selama ini UMNO terus berkuasa kerana Undi Bukan Melayu.. dlm PRU 12 dan 13 Undi Bukan Melayu telah beralih arah kepada PR menyebabkan UMNO hilang byk kerusi dan BN hampir kalah.. kekuatan UMNO sebenarnya bukan atas undi melayu tetapi atas Undi Bukan Melayu..

Tiba2 PAS pula dengan sengaja menolak dan mencerca bukan melayu seolah2 Undi Bukan Melayu tidak penting buat PAS..
Kita tgk bagaimana liciknya UMNO dalam situasi ini.. Bila PAS menolak dan bermusuh dgn bukan melayu UMNO mulai cucuk jarum agar permusuhan PAS dgn bukan melayu terus marak.. 

Blogers dan facebookers upahan UMNO tiba2 menyokong PAS dan menyemarakkan lagi api permusuhan tersebut lalu PERKASA diutuskan UMNO utk mencurah minyak hingga menyebabkan PAS semakin hangus terbakar..

Siapa akan lupa dgn kerja2 PERKASA yg menghina agama hindu dgn mengusung serta memijak kepala lembu.. Yang pernah membakar patung pemimpin DAP serta memecah pintu grill Pejabat DAP serta melemparkan bangkai ayam dan menjirus darah ayam di tangga ibu pejabat DAP juga memecahkan signboard Ibu pehabat PKR.

Mengapakah sebegitu tipis maruah PAS sehingga tergamak berkawan dgn sebuah NGO yg rosak akal fikiran dan celaru fikrahnya, suatu soalan yg agak sukar utk Admin jawab........

Bila PAS dgn sengaja mencetuskan persengketaan dan mencerca bukan melayu dan menjalinkan kerja sama dgn PERKASA ianya secara tidak langsung telah memberi nafas semula kpd UMNO bagi mengaut undi bukan melayu semaksima mungkin dlm PRU14 nanti..

Ya.. Kalian boleh bersorak dan bersoraklah semahunya..
Tetapi kalian lupa satu perkara......


"MENANG SORAK UNDI TERGADAI"
Teuku Zacharyah Iskandar


Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO 



ROYALTI PETROLEUM DAN TUNGGAKAN CARUMAN YIK


Saya difahamkan, Petronas/Kerajaan Pusat dalam proses membayar 'wang ihsan' tahun 2015 kepada Kelantan sejumlah RM 50 juta.
RM 25 juta akan dibayar melalui MAIK dan bakinya RM 25 lagi menerusi JPP.

MAIK pula disebut akan menyalurkan RM 8 juta untuk kegunaan YIK. 

Jika maklumat ini benar, saya berharap sebahagian dari RM 8 juta itu akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan caruman guru-guru YIK.

Itu pun sudah tentu tidak mencukupi berbanding caruman dan bayaran pinjaman yang tertunggak sudah mencecah hampir RM 15 juta.

Sungguhpun saya menolak bayaran royalti ditukarkan kepada wang ihsan dan sebahagian darinya pula dibayar kepada agensi kerajaan Pusat sendiri, namun apa kan daya?

Perjuangan royalti bagaikan sendu.

Apa yang dulunya diperlekeh oleh banyak orang, kini paling kurang Kelantan menerima cebisan khazanah petroleum sekali pun atas nama ihsan.

Berbalik kepada tunggakan bayaran caruman dan pinjaman guru-guru YIK, saya tidak salahkan Exco Pendidikan atau pegawai YIK.

Beliau menjaga portfolio pendidikan tetapi isu ini adalah isu kewangan di Kota Darulnaim.

YIK tidak dapat berbuat apa-apa jika wang yang diberikan oleh Kota Darulnaim tidak mencukupi.

'Kewangan' adalah termasuk pengurusan aset yang diberikan kepada YIK selama ini.

Sekadar satu contoh, pernah saya hujahkan untuk menolak permohonan satu syarikat konsensi perladangan YIK untuk menukar kawasan yang telah diluluskan dengan kawasan baru dalam hutan simpan masih mempunyai kayu kayan.

Logik saya adalah kerana cadangan asal syarikat ini adalah untuk membuat perladangan. Apa perlu ditukar dengan kawasan berhutan?

Hujahan saya ditolak. Bila kelulusan diberi, didapati ia bertindih dengan kelulusan membalak sedia ada. Kerajaan negeri menerima bantahan dari Persatuan Pembalak Negeri Kelantan.

Malangnya, bukan syarikat ini yang diputuskan berundur tetapi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan diminta memberi jalan dengan cara mereka diberi kawasan lain dua kali lebih luas dari kawasan asal dan diberi hak menebang habis membangunkan ladang.

Hari ini saya mendapat tahu, dari 5,400 ekar yang diluluskan kepada KTeknik (bukan nama penuh) itu, hanya 3,600 ekar sahaja boleh ditanam dengan sawit. Selebihnya adalah tanah berbukit tinggi dan curam.

Saya hairan apa sebab dulunya kawasan ini dipohon oleh syarikat ini pada hal ia berbukit curam.

Saya berharap, melalui catatan ini, hal yang sama tidak berlaku di bawah YIK sekarang dan akan datang.

Kesimpulan, usahlah dipersalahkan pihak lain termasuk YIK atau Exconya untuk menutup kelemahan sendiri.


Husam Musa
Adun Salor
5 Muharam 1437H/18 Oktober 2015

RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA













Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dlalam senarai saya untuk dibangkitkan.
Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.
Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!
Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.
Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!
Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!
Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)
Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.
Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.
Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.
Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?
Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?
Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.
Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?
Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.
KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.
Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?
Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?
Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.
Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.
Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?
Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.
Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?
Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.
Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?
Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015

PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah



PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah

PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah


Selepas bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan penyertaannya semalam, PKR Johor pula mendedahkan lebih ramai pemimpin Umno bakal menyertai mereka, lapor akhbar Sinar Harian.

Pengerusi PKR Johor Hassan Karim mendakwa parti itu kini sedang dalam usaha “merisik” beberapa tokoh Umno.

“Ada beberapa pemimpin yang kita sedang risik, namun setakat ini ia masih belum dimuktamadkan.

“Kita akan umumkan nanti apabila sampai waktu,” katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penyertaan Saifuddin dan berkata PKR Johor akan mengatur beberapa program negeri melibatkan kehadiran bekas pemimpin Umno itu untuk bertemu dengan penyokong dan pengundi tempatan.

Semalam, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penyertaan Saifuddin.

Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri pengajian tinggi itu begitu lantang mengkritik permasalahan pendidikan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, selain membuka ruang kebebasan kepada mahasiswa.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan timbalan ketua bahagian Temerloh sejak 2009.

Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Temerloh selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum tewas kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pada 2013.
Saifuddin sebelum ini menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri pelancaran Pakatan Harapan.

Kenaikan tol: ‘Rakyat didahulukan’ atau dirompak dahulu?



Kenaikan tol: 'Rakyat didahulukan' atau dirompak dahulu?

Kenaikan tol: ‘Rakyat didahulukan’ atau dirompak dahulu?


“Kerajaan langsung tidak berprihatin. Mereka nak jerut leher kita ke?” tanya seorang penjual sayur bernama Ah Choy di pasar pagi Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Beliau marah kerana pentadbiran PM Najib menaikan kadar tol ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga minyak dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan sejak 1 April lalu.
Seramai 15 orang yang ditemubual Suara pakatan daily di pasar pagi itu menyatakan kemarahan terhadap kerajaan yang dianggap tiada hala tuju sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Jangan mimpi kita boleh dapat pendapatan yang tinggi pada tahun 2020. Sekarang pun, negara kita sudah mengundur ke belakang. Kos sara hidup melambung naik mendadak dan kerajaan tidak peduli,” kata seorang penjual ikan bernama Wong, 75 tahun.

Wong memberi contoh harga bihun 400 gram dari Thailand sudah naik dari RM2.30 hingga ke RM2.50 sebungkus kesan kemerosotan nilai ringgit. Katanya, banyak lagi bahan makanan import yang naik harga akibat kelemahan ekonomi negara.

Tambah beliau, kenaikan tol akan menyumbang kepada kenaikan harga sayuran, ikan, daging, buah-buahan dan lain-lain barangan runcit kerana ia perlu diangkut menggunakan lori atau van yang melalui lebuh raya bertol.

Rata-rata rakyat berpendapat pemberian BR1M yang ditambah sehingga RM950 tidak memberikan apa-apa perbezaan kepada warga marhaen akibat perlaksanaan GST dan kenaikan tol.
Mereka menyoal: Adakah kerajaan sudah lupakan cogan kata ‘Rakyat Didahulukan’? Atau cogan kata tersebut hanya akan diuar-uarkan menjelang pilihan raya sahaja?


Amanah ada peluang rebut kerusi dalam PRN Sarawak



Amanah ada peluang rebut kerusi dalam PRN Sarawak

Amanah ada peluang rebut kerusi dalam PRN Sarawak


Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk berada di pentas utama politik Sarawak walaupun parti pemerintah negeri, Parti Pesaka Bumiputra (PBB) dijangka akan meningkatkan penguasaan dalam pilihan raya negeri yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Malah Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing mengakui tentang perkara ini apabila menyifatkan “Amanah lebih merbahaya daripada PAS”.

“Mereka boleh mengancam Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Islam,” kata Masing yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak ketika Amanah dilancarkan.

Ini berlaku kerana Pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi yang dahulunya pengarah pilihan raya PAS negeri berjaya membentuk parti baharu itu sebagai sebuah parti terbuka seperti dikehendaki rakyat negeri.

Struktur Amanah di Sarawak umpama parti yang memerintah Sarawak PBB pimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem.
Fidzuan merupakan Melayu Melanau manakala timbalannya seorang Dayak Kristian, William Mangor.

“Dasar parti kami adalah Islam tetapi orang bukan Islam bebas menyertainya sebagaimana Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Setiausaha Amanah Sarawak Abang Halil Abang Naili kepada The Malaysian Insider.

Walaupun baru sebulan dilancarkan, Amanah kini sudah berjaya membentuk 2 kawasan di Sarawak iaitu Kota Samarahan dan Petra Jaya yang dilancarkan pada Rabu.

Kawasan ini mempunyai kira-kira 40% penduduk Bumiputera bukan Islam (Iban dan lain-lain), 30% Cina dan 30% Melayu-Islam.
Dua lagi kawasan yang bakal dibentuk Amanah dalam masa terdekat ialah Bintulu dan Miri.

“Ketika awal saya menyertai PAS 20 tahun dahulu, ia memakan masa bertahun untuk membolehkan kami membentuk kawasan-kawasan,” kata Fidzuan kepada The Malaysian Insider selepas merasmikan kedua-dua kawasan itu.

Dalam pilihan raya negeri pada April 2011, DAP merupakan parti pembangkang paling berjaya apabila menang 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya berbanding 3 dimenangi PKR walaupun bertanding 49 kerusi.

Sementara PAS tidak memenangi sebarang kerusi DUN daripada 7 yang ditandinginya.

Kejayaan DAP disebabkan sokongan padu kaum Cina kepada Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, PR berkubur pada Jun tahun ini selepas PAS bersengketa dengan DAP, menyebabkan pemimpin progresif parti itu keluar parti dan menubuhkan Amanah.

Dalam pilihan raya negeri akan datang BN dijangka meningkatkan sokongannya dengan pencapaian baik dan populariti Adenan sebagai ketua menteri.

Sokongan Cina kepada DAP dijangka akan kekal sekalipun ia tidak meningkat, bagaimanapun sokongan Melayu dan Bumiputera bukan Islam dijangka akan meningkat terhadap BN kerana dasar dibawa Adenan.

Akan tetapi Fidzuan yakin masa depan Amanah sangat baik dan boleh mengambil alih tempat PBB pada masa depan.

“Dalam pilihan raya ini, saya jangka BN akan menang lebih besar. Mungkin kerusi DAP pun akan berkurang apatah lagi kerusi PKR kerana pencapaian baik Adenan sebagaimana pencapaian Pak Lah bila pertama kali masuk pilihan raya sebagai perdana menteri,” katanya merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum 2004 dengan undi begitu besar selepas menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun Adnan sudah 77 tahun umurnya. Mampu ke dia memimpin lagi dalam pilihan raya selepas ini?

“Kita yakin ketika itulah peluang Amanah,” kata Pengarah Pilihan Raya Amanah Sarawak, Mohamad Jolhi kepada The Malaysian Insider yang sangat yakin dengan masa depan parti disertainya selepas meninggalkan PKR.

Fidzuan bersama 2 lagi bekas penggerak PAS Sarawak iaitu setiausaha perhubungan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan ketua penerangan Andri Zulkarnain Hamden meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Amanah.

Turut menyertai Amanah ialah bekas pesuruhjaya PAS Sarawak, Othman Mustafa dan bekas calon parti Islam itu di Tanjung Datu dan Parlimen Mukah, Nani Sahari.

Fidzuan berkata, setelah menyertai Amanah, beliau merasakan begitu lapang kerana segala-galanya terbuka luas di depan dan semakin ramai kawan.

“Rupanya di luar sana ramai kawan kita, tidak sebagaimana dalam PAS, semuanya rasa tersekat dan tertutup.

“Puncanya adalah kerana PAS bermula dengan haram baru makruh dan halal sedangkan Amanah bermula dengan halal dahulu baru makruh dan kemudiannya haram,” katanya yang turut memaklumkan Amanah Sarawak mendapat kuasa autonomi sebagaimana DAP negeri.

Hudud hanya mainan lebai untuk pecahkan Pakatan Rakyat-APA KATA DR MAZA


PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.
Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan.

Penyokong sudah kena main sama pas

Saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.

Dr MAZA


KENYATAAN MEDIA : ANGKATAN MUDA KEADILAN MOBILISASI HIMPUNAN‪#‎ANWARBEBAS‬



Sidang Media Pagi Ini Dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia Di Ketuai Oleh YBAfif Bahardin Timb Amk Malaysia Berkenaan Kempen Bebas Anwar 16 Nov 2015 Ini... ‪#‎BebasAnwar‬
KENYATAAN MEDIA : ANGKATAN MUDA KEADILAN MOBILISASI HIMPUNAN‪#‎ANWARBEBAS‬
15 Oktober 2015
Angkatan Muda Keadilan telah menjadi pengerak utama kepada kempen membebaskan Ketua Umum kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semenjak beliau dipenjarakan pada 10 Februari 2015, dengan penganjuran Himpunan ‪#‎KitaLawan‬dan #BebasAnwar sebelum ini. kami tegas menyatakan bahawa pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerana satu konspirasi politik bagi menamatkan riwayat politik beliau sebagai ketua kepada Pakatan Rakyat yang telah berjaya mengugat kedudukan Barisan Nasional.
Himpunan #AnwarBebas ini akan berlangsung pada 16 November 2015, jam 9 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya Pada tarikh ini, satu permohonan semakan kepada sabitan kes Fitnah Liwat II akan mula didengari di Mahkamah Persekutuan. Permohonan semakan sabitan ini telah dikemukakan oleh pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berpandukan kepada dua asas :
1 - Mempersoalkan integriti dan kebebasan sistem kehakiman daripada pengaruh eksekutif ie Pejabat Perdana Menteri; kerana pada 10 Februari 2015, ketika keputusan kehakiman masih lagi belum habis dibacakan dan hukuman masih belum dijatuhkan, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan kehakiman dan memuji institusi kehakiman negara. Turut menjadi persoalan adalah mengapa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu kes jenayah yang hanya melibatkan individu, bukannya agensi mahupun jabatan Kerajaan.
2 - Pendakwaan yang dinodai dan berniat jahat. Tindakan Ketua Pendakwaraya yang telah diupah kerajaan iaitu, Tan Sri Shafee Abdullah, yang telah bertindak melakukan siri jelajah dan penerangan ke seluruh negara untuk menceritakan dengan penuh sensasi mengenai sabitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan beliau ini seolah - oleh telah mengambarkan adanya tujuan peribadi dan politik untuk terus menjatuhkan kredibiliti dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun selepas hukuman telah dijatuhkan.
Permohonan semakan ini adalah dibenarkan di bawah Peraturan 137, Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 (Rules of Federal Court 1995). Permohonan semakan sabitan ini selalunya akan dimulakan bilamana ada keraguan munasabah tentang satu - satu keputusan Mahkamah Persekutuan atau bilamana ketika sabitan hukuman, ketidakadilan telah berlaku. Bilamana asas - asas yang dikemukakan ini diterima oleh barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan, usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan semakin cerah.
Angkatan Muda Keadilan ingin menyeru semua anggota Keadilan, parti - parti politik, NGO dan juga rakyat yang benci ketidakadilan dan kezaliman, untuk terus menyokong kempen #AnwarBebas dan menuntut daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Rasak untuk segera membebaskan Datuk Seri Anwar Ibahim. Angkatan Muda Keadilan juga telah mengatur beberapa siri ceramah serta akan menggerakkan mobilisasi anggota, penyokong dan seluruh rakyat untuk sama - sama hadir ke acara seperti butiran ini;
Himpunan #AnwarBebas #1611
Permohonan Semakan Sabitan Kes Fitnah Liwar II:
16 November 2015, 9 pagi
Istana Kehakiman, Putrajaya
DR AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua AMK MALAYSIA

Gambar Entiti Ketika Sidang Media Tun M Jadi Perhatian


   
1996
 
0

SEKEPING gambar kehadiran entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.
Penampakan seperti tangan yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.
Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.TUNM_KULI
Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.
Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat.
Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang. – 

MYNEWSHUB

BERPELUKAN DENGAN NAZRI NAK DI SAMAKAN DENGAN BERPELUKAN DENGAN IBRAHIM ALI?

Kalau aku kata PAS BODOH nanti Marah pulak..

Gambar ini dirakamkan oleh Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan bagi mempromosi Pulau Mutiara sebagai salah satu pusat Perlancongan yg utama dalam negara kita.. 

Dan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang secara Professionalnya sudi bergambar bersama Menteri Pelancongan bagi mengisi Pamplet Pelancongan Malaysia untuk disebarkan ke seluruh dunia..
Tiada hubungan tersembunyi dan apa2 agenda Parti melainkan ianya adalah bagi membantu industri Pelancongan dalam Negara..

Kalau tak silap aku kesemua gambar2 ini diambil oleh Juru Gambar Professional dari luar negara..

Note:
Sesebuah parti Politik tidak akan maju ke hadapan jika ramai ahli dan pendukung parti terdiri daripada manusia yg Bebal lagi Dungu

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS