Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu







Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno - Mat Sabu

Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam real politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kita fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.

“Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka,” kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama.

P/S:

Amanah diragui prestasinya oleh puak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Mereka enggan mengiktiraf Pakatan Harapan di Selangor dan kekal bertahaluf bersama Pas kerana takut orang Melayu tidak mengundi kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.

Golongan ini mencipta mitos bahawa Pas mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan orang Melayu luar bandar. Mitos itu menjadi duri dalam daging kepada pemimpin utama PKR menyebabkan parti itu bergeser antara puak, yang mahukan Pakatan Harapan dan puak yang mahu pergabungan dengan Pas sahaja.

Sedangkan realitinya sejak 1950an Pas wujud, sekali pun orang Melayu Selangor tidak pernah memberi sokongan padu kepada mereka sehinggalah Anwar dipecat dan dianiaya pada 1998.

Sejarah juga membuktikan pergabungan antara PKR dan Pas pada PRU 2004 merupakan malapetaka. PKR mendapat satu kerusi parlimen, Permatang Pauh dan Pas 6 kerusi parlimen sahaja.

No comments: