Alif Jamil
Pada suku pertama tahun 2025, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 4.4% menjadikan Malaysia tertinggi dlm kalangan negara jiran serantau dan mengatasi banyak negara maju.
Nak tahu siapa kita potong ?
1. USA: -0.3% (ekonomi merudum)
2. Jerman: +0.2%
3 Perancis: +0.1%
4. Jepun: +0.7%
Sedangkan jiran kita:
1. Singapura: +3.8%
2. Thailand: +3.1%
3. Brunei (anggaran): +2.5%
4. Kemboja (anggaran): +4.0%
Dalam keadaan ekonomi besar dunia masih goyang, Malaysia bukan saja stabil tapi memecut ke hadapan.
Pencapaian ini bukan datang dari sembang kosong.
Ini hasil dari usaha reformasi ekonomi, dasar fiskal yg teliti, kestabilan politik pasca PRU15 dan keyakinan pelabur asing yg semakin meningkat.
Apa maknanya untuk rakyat?
Lebih peluang kerja.
Pelaburan asing makin banyak.
Prospek dan ekonomi jangka panjang lebih cerah.
Dalam keadaan dunia harini yg bergelut dgn tekanan ekonomi dan dasar proteksionisme, Malaysia masih mampu buktikan bahawa kita boleh menjadi kuasa ekonomi yg mampan asalkan kita terus fokus dan tolak politik toksik yg hanya pandai menakut-nakutkan rakyat.
Dan fakta pencapaian ini membuktikan bahawa Malaysia sedang dipimpin oleh orang yg tepat.

No comments:
Post a Comment