ISHH..ISSSH..ISSSHHH...BACA KENYATAAN DR ASRI KEPADA MEDIA 3 JULAI BARU-BARU INI.


azlan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini, suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana menyebabkan perpecahan di kalangan Melayu.


ORANG MELAYU TIDAK BERPECAH..CUMA TIDAK LAGI MENYOKONG UMNO......



KENYATAAN DALAM AKHBAR KABAR KELUARAN TERKINI.

SAYA TIDAK AKAN MENYERTAI UMNO-DR ASRI

OLEH Amiruddin Ahmad


Dr Asri Zainal Abidin yang begitu kontroversi dengan isu menyertai umno kini telah memberi kata putus semalam di markas tarbiah ibnu qayyum di mengkuang dalam satu forum khas yang turut di sertai oleh Yb Bukit Bendera YB Liew Chin Thong,YB Firdaus Jaafar yang menggantikan YB Khalid Jaafar dan juga beliau sendiri.Majlis forum ilmu mengenai negera islam itu dihadiir lebih 500 hadirin.



Dalam pertemuan selepas forum ,beliau menjelaskan bahawa beliau tidak akan menyertai umno kerana menurut beliau umno sudah tidak akan dapat diselamatkan lagi kerana meski pun Perdana menteri Najib Razak dan Muhyiddin nampak berubah,nampak letih bekerja, namun ahli Umno tidak berubah di semua peringkat lainnnya.


”Saya tidak akan pilih Umno, tetapi Pakatan harus menerima hak menyertai parti lain.terutamanya mengenai isu 40 ulama muda.Saya nampak Najib dan Muhyiddin ada kesungguhan bekerja,maknanya nampak letih bekerja,namun ahli UMNO tidak berubah dari segi egonya,dari segi cara mereka sebelum ini yang rakyat tidak puas hati ,rakyat terasa, dan saya fikir Pakatan perlu focus dengan perjuangan mereka”



Merujuk isu lainn nya mengenai 40 ulama muda yang menyertai umno, beliau menasihati bahawa kebebasan dalam memilih parti sebagaimana yang di praktikkan harus di laksanakan oleh Pakatan Rakyat.”Pakatan harus focus kepada perjuangan namun jangan menghentam mereka kerana kita memperjuangkan demokrasi dan lebih konsisten dan rakyat lebih matang kerana golongan muda 40 tahun kebawah mewakili 70% pengundi dan mereka golongan cerdik pandai,Cuma mungkin cara menanganinya ialah dengan pandangan bahawa adalah baik menyertai kami, dari menyertai mereka.”demikian ulas beliau.


Selain itu beliau berkata sudah elok untuk masa kini mengenai parti yang ada dan beliau sendiri pun tidak bercadang untuk menubuhkan parti baru walau pun ada cadangan sedemikian, kerana menurut beliau “yang ada sudah cukup” . menyatakan sehingga kini beliau tetap dengan pendirian beliau dan tidak akan untuk menyertai mana-mana parti dan tidak suka kepada Umno sehingga kini dan akan tiba masanya untuk beliau umumkan nanti.Beliau juga tidak mahu menafikan bahawa kemungkinannya akan di umumkan di Kota Bharu dalam masa terdekat.

No comments: