Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM
Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM
on:
Keputusan Panel Penilaian Operasi
(PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas
siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada
peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk
Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan “tertangguh” dan “tiada tindakan susulan”.
“Penyiasat SPRM mengumpul ‘bukti mencukupi’ untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib,” kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.
“Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan.”
Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.
Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.
Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, ‘credible evidence’ (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
“Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh,” katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.
SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.
Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.
Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis
Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis
Posted By: Pentadbiron:
Rakyat Malaysia, tidak kira tahap
pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya,
memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada
pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.
Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.
Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu.
Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.
Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.
Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).
“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.
Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.
Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.
Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.
“Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.
“Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial.”
Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.
Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai “orang awam”, termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.
“Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar.”
Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.
“Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet,” kata Ibrahim.
Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?
Kemungkinan
Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya
dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan.
Selain
Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu,
beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi
sokongan kepada cadangan itu.
Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO?
Selain
isu berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta yang masih
belum selesai, tidak dinafikan penggantungan Muhyiddin mungkin
menyebabkan Najib lebih diserang, dikecam dan dibenci rakyat.
Dari
segi UMNO, kalau pun tidak berpecah dua, penggantungan pemimpin nombor
dua itu sedikit sebanyak akan menjadikan parti tambah bergolak dan
menyukarkan lagi penyatuan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.
Dalam
keadaan itu, Najib tentu akan terus cemas dan terumbang-ambing untuk
memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang berpihak
kepadanya.
Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal
tanpa ragu-ragu melihat tindakan menggantung Muhyiddin hanya untuk
kepentingan pemimpin tertentu sahaja.
Dalam hal
ini, seperti Shafie dapat merasakan penggantungan Muhyiddin bukan
semata-mata untuk menyelamatkan Najib, meskipun luarannya seolah-olah
begitu.
Untuk kepentingan siapakah penggantungan Muhyiddin itu jika bukan untuk mengukuhkan Najib?
Lihat...belum pun sah Muhyiddin digantung, siapa yang bakal untung sudah pun mula ditunjukkan secara terang-terangan.
Untung
kepada Najib tidak pernah diperkatakan, tetapi rezeki kepada Zahid
Hamidi awal-awal lagi sudah mula dikompangkan ke seluruh kampung.
Bagaimana
jika dengan penggantungan Muhyiddin, kedudukan Najib terus lemah,
goyang dan semakin sukar untuk menggapai kemenangan, tidak mustahilkah
gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada
Najib pula? (SH 26/02/2016).
Shahnudin Hussein
‘Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara’ – Tun M
‘Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara’ – Tun M
Posted By: Pentadbiron:
Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.
“Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.
“Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.
Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.
“Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.
“Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu,” katanya.
PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering
PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering
Posted By: Pentadbiron:
PKR hari ini tetap bertegas dengan
dakwaan terdapat jaminan korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada
syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata beliau terkejut dengan penafian “bulat-bulat” bahawa TH memberi jaminan itu dan menafikan risiko kerugian RM1.4 bilion.
Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.
Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu, yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan.
“Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai,” katanya.
TH semalam turut menafikan tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan menyifatkannya tidak berasas.
Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran industri tersebut, lapor Bernama.
TH juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.
Rafizi hari ini membangkitkan sama ada bantuan kewangan itu diubah dan distrukturkan semula dalam bentuk lain yang kurang kontroversi seperti pegangan saham, pinjaman atau instrumen kewangan lain.
SIRUL ADA DUA PEGUAM, KERANI: SIAPA BAYAR BIL?
Sirul ada dua peguam, kerani: Siapa bayar bil?
Dengan sebuah pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?
Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian – edisi hari Ahad akhbar The Australian – dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut.
Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi – sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas.
The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia.
Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia.
Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu.
Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri.
“Siapakah yang menanggung bil Sirul?” tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia.
Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu.
Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.
Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri.
Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya.
PAK SAMAD BIMBANG NEGARA HURU-HARA, DARURAT
Pak Samad bimbang negara huru-hara, daruraShare
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.
Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya,” kata Samad.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul “Young and Malay” di Rumah Gerakbudaya hari ini.
Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.
“Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja,” katanya.
Pada 16 September, Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan perhimpunan baju merah bagi memartabatkan maruah orang Melayu dan tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib, yang berdepan tekanan semakin meningkat supaya meletak jawatan susulan derma politik RM2.6 bilon yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, pada hujung Julai menyingkirkan peguam negara dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kritikan mereka terhadap beliau khususnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Puluhan aktivis dan pengkritik kerajaan juga ditahan beberapa bulan kebelakangan ini, mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Semalam, bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Haasan, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB, turut ditahan mengikut Seksyen 124 dan ditahan reman 6 hari.
DIVIDEN KWSP 2015 LEBIH RENDAH, NAJIB PUJI SALAH TEMPAT’
‘Dividen KWSP 2015 lebih rendah, Najib puji salah tempat’
Tidak seperti PM Najib Razak yang mengucap tahniah kepada KWSP kerana berjaya membayar dividen setinggi 6.4%, pencarum dana persaraan itu sebaliknya mempersoalkan mengapakah dividen KWSP tidak pernah mencecah 7%.
“Dividen KWSP pada kadar 6.4% bukanlah tinggi. Saya pikir boleh dapat lebih daripada 7%,” kata Pauline Tan, berusia lingkungan 40-an dan bekerja sebagai penjual barangan makanan tambahan kepada Suara pakatan daily.
Beliau menegaskan dividen KWSP sepatutnya lebih daripada 7% kerana kerajaan selalu menguar-uarkan bahawa ekonomi negara adalah kukuh dan stabil.
Seorang lagi, kerani akaun di sebuah kedai menjual barang logam menyatakan rasa kecewa sebab kadar dividen telah menurun dari 6.75% pada tahun 2014 kepada hanya 6.4% tahun ini.
“Kadar dividen wajar lebih daripada 7% memandangkan kerajaan selalu mengheboh-hebohkan ekonomi adalah bagus,” ujar Ann Yong, 51 tahun.
Beberapa pencarum yang diwawancara juga merasa kecewa dengan kadar 6.4% tersebut. Hujah mereka ialah kadar KWSP mesti sentiasa ditingkatkan kerana kos sara hidup meningkat berkali ganda sejak sedekad lalu.
“Kalau kadar KWSP turun, simpanan masa tua kami akan terjejas. Kerajaan senantiasa kata ekonomi bagus, oleh itu mengapakah tidak boleh diberi dividen yang tinggi?” soal Ann lagi.
Rakyat Malaysia kebelakangan ini berasa bimbang simpanan hari tua mereka tidak akan cukup untuk menampung kos hidup selepas sepuluh tahun mereka bersara, apatah lagi sekiranya menghidap penyakit kronik.
BAGAIMANA MUSLIHAT PECAHKAN PAKATAN RAKYAT DAN JUGA PAS..
Peranan Dr. Asyraf Wajdi dan Hudud PAS Kelantan
Siapakah Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki?
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), beliau menjawat jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan antara watak penting dalam menjatuhkan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat dengan "menjentik" PAS dengan undang-undang hudud.
Berjumpa dengan pimpinan atasan PAS Pusat dengan meminta deraf hudud dibentangkan oleh PAS dan beliau meyakinkan bahawa UMNO akan menyokong Deraf Kanun Jenayah Syariah (hudud) apabila dibentang.
Permulaan episod apabila beliau meminta kanun jenayah syariah dibentangkan di sidang DUN di Negeri Kelantan.
Oleh kerana Negeri Kelantan agak Islamik maka Kanun Jenayah Syariah mendapat sokongan majoriti dan disokong oleh barisan pembangkang (UMNO).
Taktik beliau selaku watak utama dan air mata Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad telah menjadi kerana walau apa pun cara sekalipun pembangkang tetap akan kalah jika tidak menyokong.
Selaku Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semestinya mata rakyat Kelantan sudah berjaya dikaburkan bahawa UMNO tidak menolak hudud.
Namun episod berikutnya perbalahan dalaman PAS berlaku bahawa pimpinan atasan PAS ditegur dan dinasihat bahawa ini adalah perangkap UMNO.
Namun teguran dan nasihat tidak diendahkan. Maka langkah seterusnya Deraf Kanun Jenayah Syariah dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS walaupun Pengarah Undang-Undang PAS, YB Hanipa Maidin tidak melihat langsung deraf yang ingin dibentangkan.
Hari berganti hari dan penggal berganti penggal, Kanun Jenayah Syariah masih lagi tidak menjadi usul yang "istimewa" di Parlimen. Janji UMNO untuk menyokong usul hanyalah tinggal janji.
Ini adalah kemenangan untuk beliau dan UMNO apabila berjaya memecahkan Pakatan Rakyat yang telah menjaya mendapat majoriti sokongan rakyat sebanyak 52% dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
UMNO dalam keadaan terdesak dan tersepit ketika itu kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu Timbalan Perdana Menteri pernah mengatakan jika PRU 14 UMNO kehilangan 2% lagi undi maka Putrajaya akan bertukar ke tangan Pakatan Rakyat.
Kini beliau selaku pelakon terbaik telah mengatakan hudud tidak boleh ada dalam konteks Malaysia. Permainan beliau telah berjaya.
Untuk menjaga hati PAS maka beliau meminta Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) di bawah tajaan kerajaan.
Jika ditanya mengenai hudud atau Islam maka ahli-ahli PAS akan attack DAP. Jika dulu ahli-ahli UMNO akan kata semua salah Anwar. Sekarang ahli-ahli PAS akan kata semua salah DAP. UMNO?
Tulisan:
~ Abdul Razak Bin Nordin.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), beliau menjawat jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan antara watak penting dalam menjatuhkan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat dengan "menjentik" PAS dengan undang-undang hudud.
Berjumpa dengan pimpinan atasan PAS Pusat dengan meminta deraf hudud dibentangkan oleh PAS dan beliau meyakinkan bahawa UMNO akan menyokong Deraf Kanun Jenayah Syariah (hudud) apabila dibentang.
Permulaan episod apabila beliau meminta kanun jenayah syariah dibentangkan di sidang DUN di Negeri Kelantan.
Oleh kerana Negeri Kelantan agak Islamik maka Kanun Jenayah Syariah mendapat sokongan majoriti dan disokong oleh barisan pembangkang (UMNO).
Taktik beliau selaku watak utama dan air mata Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad telah menjadi kerana walau apa pun cara sekalipun pembangkang tetap akan kalah jika tidak menyokong.
Selaku Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semestinya mata rakyat Kelantan sudah berjaya dikaburkan bahawa UMNO tidak menolak hudud.
Namun episod berikutnya perbalahan dalaman PAS berlaku bahawa pimpinan atasan PAS ditegur dan dinasihat bahawa ini adalah perangkap UMNO.
Namun teguran dan nasihat tidak diendahkan. Maka langkah seterusnya Deraf Kanun Jenayah Syariah dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS walaupun Pengarah Undang-Undang PAS, YB Hanipa Maidin tidak melihat langsung deraf yang ingin dibentangkan.
Hari berganti hari dan penggal berganti penggal, Kanun Jenayah Syariah masih lagi tidak menjadi usul yang "istimewa" di Parlimen. Janji UMNO untuk menyokong usul hanyalah tinggal janji.
Ini adalah kemenangan untuk beliau dan UMNO apabila berjaya memecahkan Pakatan Rakyat yang telah menjaya mendapat majoriti sokongan rakyat sebanyak 52% dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
UMNO dalam keadaan terdesak dan tersepit ketika itu kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu Timbalan Perdana Menteri pernah mengatakan jika PRU 14 UMNO kehilangan 2% lagi undi maka Putrajaya akan bertukar ke tangan Pakatan Rakyat.
Kini beliau selaku pelakon terbaik telah mengatakan hudud tidak boleh ada dalam konteks Malaysia. Permainan beliau telah berjaya.
Untuk menjaga hati PAS maka beliau meminta Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) di bawah tajaan kerajaan.
Jika ditanya mengenai hudud atau Islam maka ahli-ahli PAS akan attack DAP. Jika dulu ahli-ahli UMNO akan kata semua salah Anwar. Sekarang ahli-ahli PAS akan kata semua salah DAP. UMNO?
Tulisan:
~ Abdul Razak Bin Nordin.
DARI BLOG : Mountweller
USAHA SEDANG BERJALAN UNTUK DSAI???

Satu perkembangan terbaru...?
"We mellow with age...!"
Hamba hanya berbaik sangka.
"Jika dua saudara mau berbalah, hamba usaha damaikan,
Jika dua seteru mahu berdamai, hamba usaha permudahkan".
DR M SINGKIR NAJIB: PKR TERBUKA TAPI TEGAS MAHU PERUBAHAN SISTEM
Dr M singkir Najib: PKR terbuka tapi tegas mahu perubahan sistem0
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya kini beralih untuk mencari sekutu baru untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak begitu berminat kecuali bekas perdana menteri itu bersetuju untuk satu perubahan total.
Semalam, ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, mendakwa bekas PM itu bersetuju supaya parti-parti politik mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk menurunkan Najib dari kuasa.
Mereka juga berpendapat bahawa perbincangan mengenai siapa yang patut menggantikan Najib diadakan selepas itu kerana jika dibuat di peringkat ini, ia akan menimbulkan pertikaian antara mereka.
Mengulas perkara ini, Rafizi menegaskan bahawa PKR sentiasa menyokong sistem, dan bukannya perubahan personaliti.
“Malah, kita menyaksikan bagaimana sokongan orang ramai terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi (sebagai pengganti Dr Mahathir) pada tahun 2004, telah menjunam negara menjadi semakin teruk setiap tahun untuk membawa di mana kita berada pada hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Sambil menekankan keperluan untuk perubahan sistem yang lengkap, Rafizi berkata perdana menteri ‘boleh buat apa yang dia lakukan dan terlepas” kerana sistem membenarkannya.
Katanya, beliau khuatir untuk berbincang, apatah lagi memberi komitmen terhadap sebarang rancangan yang akan merendahkan keutamaan agenda pembaharuan, sebagai pertukaran untuk seorang perdana menteri baru.
Rafizi berkata, ketika perkara ini dibincangkan, bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara demi perjuangannya untuk membawa pembaharuan tanpa sebarang kompromi dan bukannya perubahan personaliti.
Dalam hal ini, Rafizi berikrar untuk membantah sebarang cadangan yang mengkompromikan pembaharuan, di Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sejak April lalu, Dr Mahathir telah memulakan kempen untuk menurunkan Najib selepas menuduhnya melakukan banyak salah laku.
Bagaimanapun, agenda bekas perdana menteri itu tidak mendapat tarikan dalam Umno walaupun beliau memberi amaran, jika Najib kekal di pucuk pimpinan, parti itu boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Salah seorang penyokong kuat beliau, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, juga menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Mahathir.
Beliau telah mencadang diadakan perhimpunan pada 27 Mac bagi menuntut perletakan jawatan Najib.
Perdana menteri telah menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, dengan mengatakan ia direka untuk menjatuhkannya.
WARGA ASING SEMAKIN MENDOMINASI KUALA LUMPUR, DBKL BERDIAM DIRI?
Warga asing semakin mendominasi Kuala Lumpur, DBKL berdiam diri?
Warga asing semakin mengambil alih landskap Kuala Lumpur. Di sesetengah tempat warga asing boleh dikatakan mendominasi aktiviti penduduk dengan menguasai perniagaan, penempatan dan pengangkutan awam.
Tinjauan sebuah portal pada petang 13 Februari lalu di sekitar Jalan Masjid India mendapati kelibat warga asing yang menjinjing beg plastik Mydin berada di mana-mana, dan jauh lebih ramai berbanding rakyat tempatan di kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah itu.
Menjejaki dua flat lama yang diberi nama Malayan Mansion dan Selangor Mansion di kawasan itu, difahamkan kedua-dua penempatan itu telah dihuni warganegara asing sejak lebih 10 tahun lalu.
Mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang dikeluarkan oleh DBKL, kedua-dua flat itu dianggap “tidak lagi ekonomik dari segi kegunaan tanah dan seterusnya menjejaskan imej Bandar Raya.”
Menggunakan panggilan “perumahan usang”, rumah pangsa masing-masing lapan dan tujuh tingkat itu dilihat tidak ‘diusik’ oleh pihak DBKL walaupun Flat PKNS Empat Tingkat Kampung Kerinchi yang dihuni lebih 430 keluarga tidak jauh dari Angkasapuri telah dirobohkan pada 2012 selepas mengusir secara paksa baki 34 keluarga.
Di flat Malayan Mansion, tinjauan mendapati pelbagai jenis perniagaan giat berjalan termasuk agensi pelancongan, syarikat pengedaran video, stor barangan am serta kedai gunting rambut sehingga ke tingkat dua bangunan itu.
Selain itu, perniagaan berasaskan tekstil, perkhidmatan wang berlesen, pemborong pakaian pengantin serta pemborong peruncit keperluan barangan juga terdapat di sini. Situasi hampir sama wujud di flat Selangor Mansion yang terletak di belakang Balai Polis Masjid India.
Menyusuri tangga flat terbabit dapat dilihat kebersihan berada di tahap tidak memuaskan dengan bungkusan sampah terbiar di merata-rata tempat selain kesan kunyahan daun sirih bersama pinang diludah di sudut tangga.
Sekali lagi, tinjauan selama sejam bermula pukul 4.30 petang itu menyaksikan tidak ada mana-mana anggota penguatkuasa berkeliaran apa lagi serbuan ketika beberapa warga Bangladesh dilihat memandu kereta menghantar bungkusan barangan dekat deretan bangunan Wisma Yakin.
Di sepanjang bazaar di jalan itu juga, pengunjung tempatan kelihatan ‘tenggelam’ dalam lautan warga asing yang dikatakan sebagai tenaga kerja di negara ini bersiar-siar tidak jauh dari masjid yang dikatakan dibina pada 1863 itu.
Tidak cukup itu, warga asing juga tidak ragu-ragu mendekati rakyat tempatan untuk meminta sedekah. Seorang gadis belasan tahun yang mendakwa dirinya, orang Rohingya mendekati Malaysia Dateline sambil menawarkan buku kecil surah Yaasin. Ujarnya, dia yang menetap di Ampang sudah tiga tahun berada di negara ini.
Berdasarkan tiga hari tinjauan Malaysia Dateline ini, dapat dirumuskan tiadanya pemantauan dan kawalan daripada pihak berwajib mengakibatkan warga asing di negara ini terutama di ibu kota bukan lagi suatu fenomena asing.
Sehubungan itu, tindakan kerajaan memeterai perjanjian dengan Bangladesh untuk membawa masuk lagi 1.5 juta rakyat negara itu yang jauh melebihi penduduk negeri Melaka dan Perlis dibimbangi memburukkan lagi keadaan serta menjejaskan hak rakyat tempatan untuk bekerja dan mendapatkan tempat tinggal selesa.
NAJIB BAKAL TUMBANG IKUT PAK LAH ?????
Shahbudin.com
MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG
Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.
Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.
Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.
Apa sudah jadi?
Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan. (20/02/2016)
WSJ: DANA RM2.6 BILION BUKAN DARIPADA ARAB SAUDI
WSJ: Dana RM2.6 bilion bukan daripada Arab Saudi
Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.
“Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan,” katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.
WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.
Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.
Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.
Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.
“Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.
“Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya,” katanya.
Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.
“Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya,” katanya.
Pekerja Bangladesh: Kenyataan bercanggah menteri kelirukan rakyat
21 Februari 2016 oleh Syazana Hasanudi
KUALA LUMPUR 21 FEB: Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) digesa berhenti mengelirukan rakyat dengan memberi kenyataan bercanggah berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata ia menunjukkan tahap kecekapan pemimpin kerajaan BN kian membimbangkan sehingga bertindak membuat penjelasan bercanggah kepada rakyat.
“Dua menteri yang ada PhD pun tidak dapat menentukan apakah angka sebenarnya. Tahap kecekapan mereka kian membimbangkan.
“Kabinet mesti memberi kata putus dan menjelaskan angka manakah yang betul? 1.5 juta ke Malaysia atau untuk dihantar ke 139 negara? Atau adakah Malaysia membolot kuota 139 negara?” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pagi tadi yang menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini bahawa seramai 1.5 juta pekerja asing akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun.
Richard menyatakan jumlah 1.5 juta itu merujuk kepada pekerja berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka, bukan ke Malaysia semata-mata.
“Menteri yang didapati membuat kenyataan salah berhubung isu 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh itu wajar meletak jawatan dan meminta maaf kerana mengelirukan rakyat selama 8 bulan.
“Malah, kurang 24 jam selepas penandatangan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh, Zahid pula mengumumkan kerajaan telah membekukan kemasukan 1.5 juta pekerja asing itu tadi.
“Ia jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak berpegang kepada janji mahupun tahu menghormati kontrak,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









