MINIT MESYUARAT PN BOCOR, RANCANG SUMBAT NAJIB DAN ZAHID KE PENJARA SEBELUM PRU 15?

 

MINIT MESYUARAT PN BOCOR, RANCANG SUMBAT NAJIB DAN ZAHID KE PENJARA SEBELUM PRU 15?


SEMALAM tular dimedia sosial dengan beberapa keratan minit mesyuarat serta agenda bersifat jahat daripada pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang mana tercatit beberapa plan atau gerak kerja untuk menjatuh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Beberapa nama besar yang terlibat dalam plot menjatuh serta mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS Pusat Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Dato’ Seri Azmin Ali, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa nama lagi.

Dalam plot yang dirancang juga, ada kenyataan untuk mepercepatkan hukuman kepada Dato; Seri Mohd Najib Razak dan Presiden UMNO  Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut untuk mengaitkan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan dalam kluster mahkamah.

Daripada kenyataan yang bocor itu juga, terdapat beberapa nama kepimpinan BN terlibat sama?

[LANGSUNG] Pasca PRU15, siapa PM ke-10? | 9AM | 24 Nov 2022

((LIVE)) Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara menjelang pe...

Polis siasat isu rusuhan di Lenggong




[VIDEO] PRU15: Polis siasat isu rusuhan di kawasan Saarani

[VIDEO] PRU15: Polis siasat isu rusuhan di kawasan Saarani

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai isu yang tular di sosial media kononnya berlaku rusuhan serta perhimpunan haram dalam kalangan ahli sebuah parti di Lenggong, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes itu didakwa berlaku selepas Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak apabila gabungan dua parti antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan negeri.

#PascaPRU150:1


Terkini! PH, BN capai kata sepakat tubuh kerajaan perpaduan Malaysia?

 Terkini! PH, BN capai kata sepakat tubuh kerajaan perpaduan Malaysia?

Terkini! PH, BN capai kata sepakat tubuh kerajaan perpaduan Malaysia?

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dipercayai sudah mencapai kata sepakat berhubung formula bagi pentadbiran negara yang menjanjikan untuk mengembalikan kestabilan dan perpaduan dalam negara.

Dilihat sebagai formula saling menguntungkan menerusi pembentukan kerajaan perpaduan yang menjadi pertimbangan kedua-dua pihak, mereka turut membuka pintu bagi parti lain khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk bersama.

Menurut sumber, pendekatan ke arah konsep ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ baharu itu ialah mewujudkan kerajaan perpaduan disertai semua parti dan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Berdasarkan dokumen cadangan perjanjian 10 perkara oleh PH dan BN yang dilihat The New Straits Times (NST), ia antara lain menyatakan:

  • Komposisi kerajaan mempunyai wakil setiap parti yang akan memegang jawatan kanan selepas rundingan dimuktamadkan.
  • Penggal Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum tamat tempoh lima tahun
  • Kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi memastikan dasar, program, pendirian dan hala tuju kerajaan, termasuk wakil parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, menjunjung peruntukan Perlembagaan berhubung kedudukan Islam, Melayu/Bumiputera dan Raja-Raja Melayu supaya tidak mengguris atau melanggar soal kepentingan Islam, Melayu/Bumiputera dan monarki.
  • Jawatan Perdana Menteri dipegang Ahli Parlimen PH, manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh pemimpin BN
  • Portfolio utama iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan akan dirunding oleh Perdana Menteri dan Timbalannya supaya agihan berlaku secara adil dan saksama berdasarkan kesesuaian serta kepakaran masing-masing.
  • PH dan BN akan bekerjasama membentuk kerajaan negeri Pahang dan Perak, dengan jawatan Menteri Besar dipegang oleh BN.
  • Pengagihan jawatan dalam Kabinet dibuat berdasarkan peratusan Ahli Parlimen parti yang membentuk kerajaan.
  • Pelantikan Ahli Parlimen BN dalam Kabinet mesti mendapat kelulusan Dewan Tertinggi gabungan itu.
  • Pelantikan Ahli Dewan Negara, jawatan utama dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan penting lain dalam kerajaan mesti dimaklum serta dibincang bersama oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.

Difahamkan, gabungan baharu yang sedang dibentuk itu optimis bahawa parti dalam blok Borneo akan menyertai kerajaan bagi mengukuhkan kehadirannya di Putrajaya, selain membantu pembinaan semula negara.

Sementara itu, sumber lain memberitahu, BN sudah menyatakan pendirian untuk bersama kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Mesej berkenaan disampaikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Seri Paduka ketika sesi menghadap di Istana Negara, pagi semalam.

Pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong juga menerima menghadap pemimpin blok Borneo diketuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mendengar sendiri sama ada mereka menyokong PH atau PN.


UMNO TERIMA PH, TOLAK PN – ANWAR HAMPIR PASTI PM10 MALAYSIA

 

Mesyuarat MT UMNO malam tadi akhirnya memutuskan untuk bersama dengan PH untuk membentuk sebuah perpaduan.

Dalam waktu yang sama, ini bererti UMNO menolak untuk bersama dengan PN yang tiba-tiba juga mahu membentuk kerajaan perpaduan, walaupun Mahiaddin Md Yasin dengan sombongnya menolak idea kerajaan perpaduan sebelum ini.

Dengan keputusan MT UMNO itu, pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong hanya selangkah saja lagi daripada menjadi kenyataan.

Mahiaddin bagaimanapun menolak titah kerajaan perpaduan oleh Agong itu, manakala Anwar Ibrahim bagi pihak PH dengan lapang dada dan tangan terbuka menjunjung kasih titah tersebut.

Berikut adalah keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi:-

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 23 November 2022 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1444H yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-

1. MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

2. MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

3. MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. MKT memperkukuhkan sokongan terhadap YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

5. Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember 2022.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN

SETIAUSAHA AGUNG UMNO

24 November 2022

Keputusan MT UMNO malam tadi bukan saja selaras dengan titah Agong, malah dengan sendirinya menjadikan kerajaan perpaduan PH + BN sudah cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Dalam hal ini, hampir pasti Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.

Pada pagi ini, Majlis Raja-Raja Melayu akan bermesyuarat dan dipercayai menerima pembentukan kerajaan perpaduan itu.

Seterusnya sama ada petang ini atau pagi esok, Anwar dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.

Pembentukan kerajaan perpaduan yang ditunjangi PH dan BN ini adalah kerajaan yang mencakupi penyertaan semua kaum dan benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar.

Rakyat Malaysia dengan ini boleh berbangga dan melangkah gagah bersama kerajaan ini untuk membina masa depan secara bersama, kecuali kelompok ektremisme dan pelampau dengan kegemaran memainkan sentimen kaum dan agama yang terlampau yang akan terus meroyan tak tentu hala selepas ini.

Namun, bersama GPS dan GRS yang djangka turut menyertai kerajaan perpaduan selepas ini, wajah sebenar Malaysia akan lebih menyerlah dan mengukuh lagi.

Harus kita sedar, era mendatang adalah era kepelbagaian dan kemajmukan dengan prinsip menerima semua manusia tanpa mengira kaum dan agama sebagai rakan untuk membina negara, asal saja saling sedia berkongsi, memberi dan menerima.

Politik perkauman dan agama yang sempit dengan suka bermusuh dan menggelar yang buruk-buruk kepada mereka yang tidak sebulu mesti segera dicampakkan ke dalam tong sampah.

Memang ada cabaran besar di hadapan, tapi dengan sokongan majoriti kita semua, PH dan BN diyakini mampu mendepani segala cabaran untuk memastikan negara terus cemerlang lagi. – ShahbudinHusin 24/11/2022.



Anwar pemimpin berhemah, tidak angkuh di hadapan Agong, diterima rakyat jelata




 Pemimpin ulung seharusnya mempunyai kualiti dalam saat tenang mahu pun krisis.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh yang paling berhemah dalam krisis parlimen tergantung sejak 20 November lalu, dan sewajarnya diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ke 10 tanpa diragui lagi kewibawaannya.


Manakala, menurut beliau, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperlihatkan keangkuhan di depan Yang di-Pertuan Agong pada 22 November lalu apabila menolak tanpa minta dibawa ke mesyuarat PN syor Agong membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).


"Pada hemat saya sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, bagi saya patut PH dan Anwar diberikan ruang dan peluang untuk selamatkan negara dan membentuk kerajaan.


"Dalam masa krisis (parlimen tergantung), beliau muncul sebagai pemimpin untuk semua, bukan hanya untuk PH sahaja tetapi memikirkan semua.


"Saya rasa sikap beliau ini boleh melunakkan parti dari Sabah Sarawak yang memang setengahnya dah mula menyokong (PH)," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Hassan, Malaysia memerlukan pemimpin yang diterima semua kaum di negara ini, bukannya oleh orang Melayu sahaja.


Hal itu perlu bagi mengembalikan keyakinan antarabangsa serta pelabur asing untuk menanam modal dalam sebuah negara yang sederhana.


"Kita nak satu pemimpin yang boleh diterima rakyat seluruh negara termasuk institusi raja raja. Mesti ingat negara kita raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.


"Pilihan raya hanya sebahagian sahaja demokrasi berparlimen. Perwakilan dilantik oleh rakyat, tetapi jangan lupa institusi raja raja memainkan peranan ini


"Jadi penolakan Muhyiddin satu contoh yang jelas. Saya lihat sangat tidak berhemah," katanya lagi.

TITAH

 




Bukan lagi cadangkan. Agong sudah bertitah. BN sertai Kerajaan Perpaduan. BERAT tu. Dah kira arahan.

Makanya, PH 82 + BN 30 + Warisan 3 = 115

Sudah ada majoriti mudah.

Ini cakap Zahid Hamidi apa jadi di Istana tadi.

Kita nantikan esok pula.

Keep praying, Malaysia. Hanya yang terbaik untuk kita.

~LM~

 

LEBAI NI DAH KENA TANGKAP KA BELUM ?


 

LAIN TANYA LAIN JAWAB- REPORT LA DULU.....


 

TOLAK SYOR AGONG, MUHYIDDIN ANGUH


TENGOK - KERAJAAN PERPADUAN TANPA PERIKATAN NASIONAL


 

PERTEMUAN MAHIADDIN DENGAN BN DI ST REGIS TINDAKAN CUBA PERMAINKAN TITAH AGONG


 Selepas tengahari tadi, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan berkenaan titah Yang Dipertuan Agong agar 30 Ahli Parlimen BN menyertai pembentukan kerajaan perpaduan.

Titah itu disampaikan ketika Ahmad Zahid mengadap baginda bersama Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir pagi tadi.

Susulan titah Agong tersebut, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN pada malam ini.

Penyampaian titah agar menyertai kerajaan perpaduan kepada BN itu adalah berikutan tindakan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin yang dengan sombong menolak titah yang sama petang semalam.

Mahiaddin enggan menyertai kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan Agong kerana beranggapan beliau telah mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Berbeza dengan Mahiaddin, Anwar Ibrahim yang turut dipanggil mengadap ke Istana Negara petang semalam, lebih bersifat terbuka dan bersedia dengan titah cadangan kerajaan perpaduan itu demi kebaikan negara dan agar kemelut pembentukan kerajaan dapat segera diakhiri.

Berdasarkan logik, sekiranya BN bersetuju menyertai kerajaan perpaduan itu, ia dengan sendirinya bermakna sebuah kerajaan baharu sudah boleh ditubuhkan.

Ini kerana PH yang mempunyai 82 Ahli Parlimen jika bersama dengan BN yang mempunyai 30 Ahli Parlimen, jumlahnya sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Itu belum dikira lagi dengan Warisan yang mempunyai tiga Ahli Parlimen yang pada petang semalam turut mengumumkan sokongan kepada PH.

Agong bagaimanapun ingin membawa isu pembentukan kerajaan perpaduan itu kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pagi esok terlebih dahulu sebelum memuktamadkannya.

Dengan perkembangam tersebut, kemelut pembentukan kerajaan baharu sudah boleh dikira selesai dan hanya menunggu masa saja majlis angkat sumpah Perdana Menteri akan dijalankann- mungkin petang esok atau pagi Jumaat.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba timbul pula isu pertemuan antara PN dan BN di sebuah hotel petang ini.

Untuk apa lagi PN mahu bertemu BN, sedangkan Mahiaddin telah dengan sombong serta derhaka menolak titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan semalam?

Kenapa hanya setelah Agong menitahkan agar BN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan, barulah pimpinan Mahiaddin mahu berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN?

Apakah kini Mahiaddin dan PN mahu mencantas titah Agong yang mahu kerajaan perpaduan diwujudkan?

Semalam derhaka menolak titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan, apakah sekarang Mahiaddin mahu derhaka sekali lagi dengan cuba mencantas pula titah Agong kepada BN itu?

Kepada pemimpin-pemimpin BN yang hadir dalam perjumpaan dengan PN itu, apa lagi yang mereka mahukan?

Walaupun dikatakan BN menghadiri pertemuan dengan Mahiaddin dan pemimpin-pemimpin PN petang tadi untuk mendengar tawaran balas daripada PN, ia sebenarnya tidak perlu lagi.

BN seharusnya menumpukan kepada mesyuarat malam ini untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan dengan PH sebagaimana yang telah dititahkan oleh Agong itu.

Mahiaddin jelas tidak ikhlas kerana hanya ingin bertemu BN setelah Agong menitahkan mereka menyertai kerajaan perpaduan pagi tadi.

Lagi pula, masih mahukah BN berketuakan Mahiaddin yang gagal dengan teruk selama 17 mengetuai kerajaan sebelum ini?

Kepada BN dan PN, jika hasil pertemuan petang ini nanti menyebabkan titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan dicantas, ini bermakna kedua-dua gabungan itu telah bersikap biadap dan kurang ajar terhadap baginda selaku ketua negara.

Apabila Agong bertitah, tambahan lagi setelah baginda memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja pagi esok, ia sewajibnya mesti dilaksana dengan sedaya upaya, bukan digagalkan yang memperlihatkan seolah-olah sesuatu titah itu boleh dipermainkan dengan sesuka hati oleh pemimpin yang nafsunya tak bertepi.

Apa punya perangailah mereka ini, sudahlah titah Agong nak dipermainkan, kemudian Majlis Raja-Raja pun nak dipermainkan juga. – ShahbudinHusin 23/11/2022.