Oleh ARIF ATAN / December 16, 2021
ANWAR TERIMA MEMO DARI ANAK MUDA BERKAITAN ISU AKTA 342
Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat.
Mereka hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan keras terhadap rencana kerajaan berhubung langkah melawan wabak menerusi pindaan pada Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Kami Ahli-ahli Parlimen dari PH tidak boleh menyokong pindaan ini tatkala rakyat mahu dibuli dan ditekan oleh pemerintah.
Anwar terima memorandum anak muda bantah Pindaan Akta 342


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat yang membantah pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau turut disertai beberapa Ahli Parlimen lain termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
“Mereka (aktivis) hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan keras terhadap rencana kerajaan berhubung langkah melawan wabak menerusi pindaan pada Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
“Kami Ahli-ahli Parlimen dari PH (Pakatan Harapan) tidak boleh menyokong pindaan ini tatkala rakyat mahu dibuli dan ditekan oleh pemerintah,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
Cadangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 342 mengundang bantahan banyak pihak kerana dianggap keterlaluan dan sangat tidak munasabah.
Ini termasuklah denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya bagi individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal.
Pada 14 Disember lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan RUU Pindaan Akta 342 membabitkan cadangan lima peruntukan baharu dan lima pindaan bagi memastikan kesinambungan penguatkuasaan peruntukan mengikut Ordinan Darurat sebelum ini.

PESANAN UNTUK ISMAIL SABRI – JAWATAN PM BUKAN TANGKAL SAKTI UNTUK PASTI MENANG PRESIDEN UMNO
Apabila Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC mengadakan sidang media menyatakan sokongan terbuka agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diberi tempoh berkuasa menerajui negara sehingga tahun 2023, tujuan paling mudah difahami di sebaliknya ialah agar beliau menjadi Presiden UMNO terlebih dahulu sebelum PRU15 hendak diadakan.
Ini berikutan tempoh akhir UMNO mesti mengadakan pemilihan ialah pada Disember 2022, sementara tempoh penggal Parlimen berakhir Mei 2023.
Dengan jika Ismail Sabri berjaya menjadi Presiden UMNO sebelum PRU15 diadakan, ia bukan saja dipercayai membolehkan beliau menyusun dan membentuk pasukannya dalam pilihanraya tersebut, bahkan lebih penting daripada itu ialah dapat menyelamatkan nyawa politik golongan kluster kabinet yang sebahagian besarnya tiada jawatan dalam hireaki kepimpinan UMNO.
Besar kebarangkalian, kalau pun tidak semua, beberapa orang daripadanya mungkin tidak akan dicalonkan lagi untuk bertanding dalam PRU15 jika ia dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO berikutan pendirian mereka menentang kepimpinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa isu, terutama soal bekerjasama dengan Bersatu.
Antara pemimpin berjawatan menteri yang tiada kedudukan dalam hireaki kepimpinan MT UMNO ialah Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Dr Adham Baba dan Halimah Saddique.
Tetapi jika PRI15 dapat dilewatkan sehingga 2023 dan pemilihan UMNO diadakan sebelum itu, maka bukan saja Ismail Sabri dipercayai mudah menewaskan Zahid Hamidi, malah pemimpin-pemimpin yang berjawatan menteri juga dirasakan tiada masalah memenangi sekurang-kurangnya sebagai ahli MT.
Namun, apakah benar dengan jawatan Perdana Menteri dan menteri, seseorang itu mudah menang jawatan Presiden UMNO dan ahli MT?
Selain sejarah UMNO telah beberapa kali memperlihatkan sudah ramai menteri yang kalah bertanding sebagai ahli MT, lebih daripada itu, kedudukan sebagai Perdana Menteri juga bukanlah tangkal azimat untuk membolehkan menang mudah jawatan Presiden UMNO.
Meskipun di era BN, semua Perdana Menteri adalah Presiden UMNO, realitinya jawatan tertinggi dalam kerajaan itu bukanlah jaminan mutlak untuk laluan mudah menguasai parti.
Contoh paling klasik dalam hal ini ialah Tun Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di era BN iaitu antara 1981 hingga 2003.
Tun Mahathir pernah ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO pada 1987 dan berjaya memenanginya dengan kelebihan 43 undi.
Meskipun Tun Mahathir menang dalam pertandingan itu, tetapi banyak misteri timbul berkaitan pemilihan tersebut, antaranya dakwaan lampu terpadam ketika proses pengiraan undi dan kewujudan 30 cawangan tidak sah daripada empat bahagian yang menyebabkan isu itu dibawa ke mahkamah oleh Kumpulan 11.
Kes itu dibawa di mahkamah dengan tujuan supaya pengiraan atau pengundian semula dapat diadakan bagi memastikan siapa pemenang sebenar sebagai Presiden UMNO.
Proses mahkamah itu juga diambil kerana duluan keputusan mahkamah terhadap pemilihan MCA yang turut dibelenggu kewujudan cawangan-cawangan tidak sah sebelum itu yang memutuskan pemilihan semula hendaklah diadakan.
Malangnya, dalam kes UMNO, keputusan hakim ketika itu tidak mencadangkan pemilihan semula, sebaliknya mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah atau haram, lalu Tun Mahathir kemudian menubuhkan UMNO Baru yang menghalang sama sekali Tengku Razaleigh dan pengikutnya daripada menjadi ahli parti baru itu.
Cuba kita bayangkan apakah nasib Tun Mahathir ketika itu jika pemilihan UMNO diadakan semula atau kalau pun UMNO Baru hendak ditubuhkan, tetapi semua bekas ahlinya diterima semula tanpa syarat sebagai ahli?
Kemudian pada pada 1998, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dipecat oleh Tun Mahathir atas pelbagai pertuduhan jenayah, di samping dalam waktu yang sama beliau dipukul hampir setengah mati dengan tangan terikat serta mata tertutup ketika dalam tahanan polis.
Lima tahun sebelum dipecat iaitu pada pada 1993, Anwar telah berjaya menyingkirkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan kemenangan hampir mutlak dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sejak Anwar memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan, namanya sering disebut-sebut sebagai bakal peneraju masa depan negara dan dalam keadaan yang sama, kehadirannya dilihat sebagai ancaman kepada Tun Mahathir.
Sementara pertuduhan dan cara Anwar dilayan ketika itu banyak yang boleh dipersoalkan, namun rata-rata mereka yang arif dalam politik mengakui bahawa soal politik adalah sebab utama pemecatan itu dilakukan.
Sekali lagi, cuba kita bayangkan apakah nasib Tun Mahathir dalam pemilihan UMNO seterusnya jika beliau tidak memecat Anwar daripada jawatan dalam kerajaan dan sebagai ahli UMNO pada tahun 1998 itu?
Pendek cerita, baik Ismail Sabri atau BBC, renungkan kembali dua episod sejarah itu jika masih berfikir jawatan Presiden UMNO boleh senang-senang untuk direbut hanya dengan bersandarkan jawatan Perdana Menteri.
Kalau Tun Mahathir pun tidak begitu kebal untuk menang sebagai Presiden UMNO bersama jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya, berapa peratus kehebatan Ismail Sabri kalau hendak dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri itu? – ShahbudinHusin 16/12/2021.
Keputusan kes Najib: Kedudukan Ismail Sabri goyah?

December 16, 2021
Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dikatakan dalam bahaya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ke atas Datuk Seri Najib Razak.
Ekoran itu kekecohan berlaku di Jabatan Perdana Menteri apakah Ismail berjaya bertahan dari tekanan khasnya dari Umno sendiri.
Bagi tokoh media, Datuk A Kadir Jasin, jika tidak ada apa-apa kekecohan sudah tentu pejabat Perdana Menteri tidak akan kecoh.
“Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak ada-ada masakan penyokong PM riuh-rendah,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.
Kadir merujuk kepada berita yang disiarkan oleh badan penyiaran kerajaan, Bernama semalam.
Bernama melaporkan, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) semalam menyatakan sokongan penuh kepada Ismail untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.
Pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kepimpinan Ismail perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.
“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.
“Beliau bersama ahli Kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka stastistik menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.
Isu DNB: Timbalan menteri Umno bidas Menteri Bersatu

December 16, 2021
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana membincangkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan rangkaian liputan 5G negara secara rahsia.
Ini di sebalik makluman Zahidi di Parlimen minggu lalu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan DNB secara unilateral, walaupun ia kemudiannya disangkal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.
“Saya agak kecewa kerana bekas menteri (komunikasi dan multimedia) Saifuddin Abdullah berkata mereka sudah berbincang dengan menteri kewangan.
“Jadi, menteri-menteri berbincang sesama sendiri dan melaksanakan projek DNB ini yang melibatkan hampir RM20 bilion tanpa penglibatan orang bawahan. Malah, timbalan (menteri) pun tak tahu.
“Jadi sebab itu semasa saya jawab di Parlimen, saya tidak ada maklumat mengenai perbincangan antara menteri kerana ia tidak dimaklumkan kepada saya,” kata Zahidi pada sidang media di Parlimen hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek turut hadir pada mesyuarat menteri-menteri berkenaan, katanya.
Pegawai SKMM yang lain juga tidak dimaklumkan mengenai butiran mesyuarat itu, kata Zahidi yang menambah Fadhlullah tidak menghadiri sebarang mesyuarat dengannya sejak dia mula menjawab soalan di Parlimen.
Menurutnya, dia juga tidak tahu mengapa Saifuddin tidak memaklumkannya mengenai perbincangan dengan MOF tetapi menyindir mungkin kerana menteri itu dahulunya adalah ahli PKR dan dirinya adalah dari Umno.
Apapun, Zahidi menggesa para menteri supaya lebih telus dan terbuka pada masa akan datang, terutamanya apabila ia melibatkan projek mega seperti pelancaran rangkaian 5G.
“Saya harap pada masa akan datang, menteri yang ada perbincangan dengan menteri lain, maklumkan perkara itu kepada timbalan kamu dan kepada rakyat kerana kita mahu telus.
“Projek ini adalah projek rakyat dan melibatkan RM20 bilion. Jadi rakyat ingin tahu tentang semua butiran seperti mengapa monopoli diberikan kepada DNB dan Ericsson, apakah pelan mitigasi, pengurusan risiko,” katanya.
Zahidi menambah bahawa kerahsiaan dalam perkara itu akan mengundang syak wasangka rakyat mempersoalkan kepentingan peribadi tertentu yang berlegar di situ.
“Jadi kalau boleh jangan berahsia. Kalau nak berahsia, menteri yang mesti jawab di Parlimen, bukan saya.
“Kita kena telus, jadi siapa pun, saya harap ia bukan perbincangan dua orang sahaja, dengan Saifuddin bercakap dengan Zafrul, kedua-duanya kata okay, okay, okay dan selepas itu, projek itu dilaksanakan.
“Tolong, saya harap pada masa akan datang, kongsi maklumat kerana kerajaan hari ini, kita mahu telus dan begitu juga perdana menteri,” katanya, memetik Malaysiakini.
Fadhlullah juga harus lebih kerap menghadiri sidang Parlimen untuk menjawab soalan berkaitan DNB dan pelancaran rangkaian 5G, tambahnya.
Zahidi juga berkata dia mempunyai tanggungjawab kepada ahli Dewan Rakyat termasuk pembangkang kerana mereka mempunyai memorandum persefahaman (MOU) bersama.
Tidak ada yang tidak wajar tentang pembangkang mempersoalkan DNB dan pelancaran rangkaian 5G, katanya, kerana terdapat banyak persoalan yang tergantung.
Ini termasuk apakah rancangan mitigasi, pengurusan risiko, bagaimana vendor bumiputera akan terlibat dalam projek itu dan mengapa kontrak itu diberikan kepada Ericsson, kata Zahidi.
Zahidi berkata, terdapat juga banyak aduan yang diterima oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung projek itu.
“Mereka tidak mengadu kepada MOF kerana persepsi di luar sana adalah bahawa telekomunikasi adalah di bawah bidang kuasa SKMM, jadi mereka datang kepada saya tetapi saya tidak tahu apa-apa.
“Kenapa? Tanya MOF. Mereka harus jelaskan kepada rakyat.
“Jika kamu ingin ambil alih projek ini, jelaskan kepada rakyat, ‘Kami telah mengambil alih 5G jadi jangan kemukakan soalan kepada SKMM. Tanya kami, MOF’,” sindir Zahidi.
Awal hari ini, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa memaklumkan bahawa anggaran kos projek itu adalah kira-kira RM12.5 bilion.
INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).
INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).
Please share
More cartoons @ www.zunar.my
RM 1 PUN NAK CUKAI RAKYAT.MISKIN SUNGGUHKAH BANK ?
Ibrahim Mat Isa
Dah berpuluh tahun pengeluaran wang di mesin ATM bank di Malaysia tak pernah dicaj setiap kali berurusan, ni dah caj pulak? Dah nak mampos ke kerajaan sekarang ni? Dah la pendapatan rakyat biasa pun habis dengan melayan harga barang yang naik macam tak ada menteri yang jaga, kini bank pulak nak caj bagai.
ARTIS TOLAK DUIT ZAKAT WALAU BERHAK DAPAT. MULIA MEREKA KERANA MASIH TAKUT NAK AMBIL DUIT ORANG RAMAI
ASUWADI ISMAIL
Minggu lepas semasa bawa kereta dengar satu berita seorang artis yang sakit tolak bantuan dari zakat Selangor walau dia layak menerimanya..
Dia kata buat masa sekarang saya tak perlukan nya kerana ramai lagi di luar sana yang amat memerlukan duit zakat tu....
Aku teringat pula bila ada beberapa orang yang tiada kerja tapi di lantik menjadi Duta Khas taraf menteri termasuk seorang taraf ulama....
Mulia sungguh hati artis tersebut dari mereka ni..masih lagi takut nak ambik duit hak orang ramai....
Pirane Sarawak formaliti beri kemenangan percuma buat GPS
MSO
SESUDAH SUBUH
LUSA (18 Disember
2021) merupakan hari mengundi untuk pilihan raya negeri (Pirane)
Sarawak. Pengundian awal telah berlangsung semalam. Dalam pilihan raya kali ini
seramai 1,252,014 pemilih berpeluang untuk membuat pilihan ke atas 349
calon.
Seperti lazimnya
perlawanan dalam pilihan raya di Sarawak, membabitkan pertandingan lebih
daripada dua penjuru. Keadaan ini menyebabkan pilihan raya di negeri Kenyalang
itu sebuah pesta setiap lima tahun sekali.
Selepas proses penamaan
calon dijalankan, mengarcakan berlaku pertandingan tujuh penjuru ditujuh
kawasan atau Dun. Lima penjuru di 24 kawasan, empat penjuru di 33 Dun, tiga
penjuru di 13 Dun dan satu lwan satu hanya di empat Dun.
Manakala antara
parti-parti yang mengambil bahagian adalah GPS terdiri daripada Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu (PBS) dan Parti Demokratik
Progresif (PDP) yang merupakan kerajaan sebelum ini, DAP, Keadilan, Amanah dan
Pas. PBBM atau Bersatu dan Umno atau BN tidak meletakkan calon.
Parti-parti PBB, PBS dan
PDP bertanding atas satu nama dan gabungan GPS manakala Dap, Keadilan dan
Amanah walaupun memiliki gabungan bernama PH, tetapi bertanding atas lambang
masing-masing. Ketiga-tiga parti ini seperti sedang mempersiapkan diri untuk
melempar PH?
Tidak ketahui ke manakah
lenyapnya kehebatan Umno dan adik tirinya Bersatu kerana tidak berani
meletakkan walaupun sekerat calon. Dalam soal ini Parti Amanah Negara yang
bersikap berlagak mahu jadi gajah lebih berani berbanding dengan Umno dan
Bersatu. Hatta dengan abang tirinya sendiri Pas, yang meletakkan calon dihanya
satu kerusi sahaja.
Tindakan Pas itu serba
salah dan membazirkan masa sahaja. Ada baiknya kalau ia berpakat dengan Amanah
dan bertanding secara berpasukan dengan mengambil semangat asal dari rahim ibu
dan sperma bapak yang sama.
Amanah telah memberanikan
diri untuk menjadi gajah meletakkan calon di lapan kerusi, kurang empat kerusi
berbanding dalam pilihan raya sebelum ini yang dibuat kononnya untuk
memperkenalkan parti dan lambangnya, Aneh sesudah diperkenalkan parti itu
bertanding kurang daripada sewaktu memperkenalkannya dulu. Apakah ini
menunjukkan parti itu masih belum dikenali dan terkenal lagi?
Tidak diketahui apakah
ukuran, jangkaan dan strategi dibuat oleh parti berlambang huruf "A"
itu sehingga berani meletakkan calon dilapan kerusi? Apakah ia untuk
menunjukkan parti itu mempunyai wang dan mampu membayar deposit berbanding
dengan Pas?
Walhal kalau hendak
dikira Pas yang kini jadi sesuku daripada kerajaan lebih dilihat mempunyai wang
sepatutnya parti pimpinan Tok Dor itu bertanding di semua 82 kerusi. Mungkin
wang deposit calon Amanah itu dibelanjkan menggunakan wang simpanan para
pemimpinnya khasnya yang menjadi menteri kerana mereka katanya diberi pampasan
ratusan ribu?
Atau pun Amanah telah
mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Pas selama ini yang bertanding atau
menyertai pilihan raya walaupun tidak nampak bayang kemenangan, tetapi
disertainya juga kerana mahu menjadikan pilihan raya sebagai platform berdakwah?
Tetapi kalau itulah tujuannya dalam pilihan raya Sarawak ini fungsi itu sudah
tidak lagi diamalkan Pas kerana bertandingan hanya satu kerusi sahaja.
Berbalik hakikat pilihan
raya Sarawak itu, walaupun ia berlaku pertandingan disemua 82 kerusi dan
disertai banyak parti termasuk parti pembangkang utama, Dap dan Keadilan,
tetapi kemenangan seperti sudah pasti milik GPS. Ini kerana pilihan raya kali
ini berbeza dan lain kaedahnya, baik dari segi semangat dan pelaksanaanya
berbanding dengan pilihan raya sebelum ini.
Pilihan raya Sarawak iu
diadakan selepas tamat darurat. Justeru begitu ia boleh dianggap sebagai
pilihan raya dalam suasana darurat kerana beberapa peraturan dan kawalan ketat
dikenakan atas alasan pandemik. Situasi itu sudah tentu memberi kelebihan
kepada parti yang menjadi kerajaan kerana mereka boleh menggunakan apa sahaja
ruang dan kemudahan kerajaan yang ada. Lantaran kelebihan itu diyakini GPS akan
menang besar.
Apa yang berlaku dalam
Pirane Melaka beberapa minggu lepas yang mengejutkan bilamana BN menang dengan
majoriti dua pertiga, akan berulang di Sarawak. Tanda-tanda itu sudah jelas
bilamana, peraturan "beruk" dan "hantu" diperlakukan di
Sarawak. Kempen secara terbuka tidak dibenarkan kepada pembangkang. Manakala
para pemimpin parti Keadilan dan DAP disekat daripada memasuki Sarawak. Pilihan
raya Sarawak diadakan dalam keadaan "renyuk tepok".
Dalam masa sama GPS bebas
melakukan apa sahaja. Dengan menggunakan ketua-ketua kaum dan adat serta bebas
mengguna peremis kerajaan seperti balai raya, masjid, surau dan sebagainya GPS
bebas menggnunakan peremis itu untuk berkempen. Pasti juga akan ada rasuah
pengundi, tetapi ia hanya boleh disebut sahaja tindakan tentu sekali tidak ada.
SPRM seperti biasalah bila berhadapan dengan parti kerajaan?
Tindakan atau cara itu
antara satu ketidak-adilan dalam seribu "kerenyukan" pilihan raya
berkenaan. Dalam keadaan seperti itu macam mana parti pembangkang, baik DAP
atau Keadilan atau Amanah untuk menang.
Mungkin kerana sudah
menyedari pilihan raya itu tidak adil dan ia tidak lebih dari mematuhi kehendak
Perlembagaan dimana pilihan raya diadakan selepas tamat satu-satu tempoh atau
penggal lima tahun, maka kemenangan seperti sudah menjadi milik GPS.
Jadi pilihan raya itu
hanya satu formaliti dan bukan hakikat pilihan raya sebenarnya. Mereka
menyertai pilihan raya itu terutamanya pembangkang sengaja membiarkan diri
mereka ditipu dan dianiaya hidup-hidup. Selagi bergantung kepada proses
demokrasi seperti itu maka selama itu rakyat tidak mendapat haknya dengan penuh
keadilan dan perjalanan kerajaan itu tidak murni.
Pirane Sarawak itu
bolehlah disifatkan suatu kaedah untuk memberi kemenangan percuma kepada GPS
sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka di Sarawak. Dan bagi GPS atau mana-mana
parti sekalipun mereka akan bersyukur 40 kali dan bersujud sahwi 105 kali
apabila suasana atau keadaanya berpihak kepadanya walaupun ia dijijik dan
comot.
Pilihan raya atau
demokrasi adalah satu penipuan yang dihalalkan dan diperlembagaakan di negara
ini, merupakan satu permainan tradisi yang disukai oleh sebilangan
rakyat. [wm.kl. 7:48 am 16/12/2021]
Glossori:
Renyuk tepok =
punah ranah, tidak sempurna, atau punah jahanam.'
PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342
PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342
Diterbitkan: Dec 15, 2021
Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang dibentang semalam dan dijangka bakal dibahaskan esok.
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendirian itu dibuat walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan tiga pindaan berbanding draf asal pada Akta 342 tersebut.
Kata Saifuddin selepas meneliti pindaan tersebut PH berpendapat RUU berkenaan masih menyediakan ruang yang luas kepada amalan dwistandard serta penyelewengan lain dalam pelaksanaannya.
"Walaupun satu pindaan tambahan dibawa hari ini yang mengurangkan hukuman bagi RUU ini, ahli-ahli parlimen PH berpandangan ia tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat," katanya dalam kenyataan malam ini.
ADS
Kerajaan dalam proses meminda Akta 342 bagi membolehkan seseorang pesalah atau badan yang didapati melanggar peraturan dikenakan hukuman lebih berat.
Asalnya pindaan tersebut mencadangkan hukuman maksimum RM100,000 kepada pesalah individu dan RM1 juta untuk badan korporat. Akta sama juga menyediakan peruntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Menurut KKM jumlah kompaun tersebut adalah merupakan had maksimum yang dicadangkan dan ia tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa.
Bagaimanapun selepas mendapat bantahan, hari ini KKM menyatakan RUU tersebut akan dipinda bagi mengurangkan jumlah maksimum kompaun dan hukuman penjara.
Akta 342 sekarang memberi kuasa kepada ketua pengarah kesihatan untuk mengenakan denda maksimum hanya RM1,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard, seperti kegagalan memakai topeng muka di tempat awam.
Menurut Saifuddin bangkangan terhadap RUU tersebut sudah disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini namun kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perbahasan mengenainya.
Justeru kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu lagi PH mengambil sikap untuk tidak menyokong RUU dalam bentuk yang telah dibentang.
"PH menggesa kerajaan khususnya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk menarik balik RUU ini dan mengadakan perbincangan mendalam dengan kami serta pembangkang amnya, agar pindaan yang lebih baik dapat diperolehi dan dipersetujui bersama," katanya.
MANA KAD LAPORAN 100 HARI 4 DUTA KHAS ISMAIL SABRI?
Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff
Ahmad semalam mengenai jumlah penasihat khas dan duta khas Perdana
Menteri, Ismail Sabri amat mengejutkan dan membuka mata ramai pihak.
Persoalan pertama yang terlintas di fikiran ialah mengapa Perdana Menteri mempunyai begitu ramai penasihat khas dan duta khas kerana beliau sudah mempunyai Kabinet gergasi yang terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri dan tidak kurang juga Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar di seluruh dunia?
Adakah Ismail Sabri bersedia untuk meminta kelulusan khusus daripada Parlimen bagi memberi kuasa kepadanya untuk melantik Penasihat Khas dan Duta Khas?
Jika tidak, ini bukan kerajaan parlimen tetapi Kerajaan Penasihat Khas di Malaysia!
Pada masa ini, Ismail Sabri mempunyai empat duta khas – Abdul Hadi Awang (duta khas ke Timur Tengah), Tiong King Sing (duta khas ke China), Richard Riot (duta khas ke Jepun, Korea, dan Taiwan), S Vigneswaran (duta khas ke India dan Asia Selatan).
Bolehkah empat utusan khas, Hadi Awang, Tiong King Sing, Richard Riot dan Vigneswaran mengeluarkan Kad Laporan 100 Hari mereka?
Jika empat Duta Besar tidak dapat menghasilkan Kad Laporan 100 hari mereka, apakah fungsi mereka ini?
Saya sebelum ini bertanya sama ada duta khas Malaysia ke Timur Tengah telah disekat daripada menjejak kaki ke Arab Saudi, dan tidak pernah melawat Arab Saudi sejak dilantik sebagai duta khas setakat April 2020, tetapi tiada jawapan yang diberikan.
Apa guna Duta atau Duta Khas sesuatu wilayah apabila dia tidak dapat melawat negara atau wilayah yang di bawah tanggungjawabnya?
Berapa kali Tiong Sin King melawat China sejak pelantikannya dan apakah yang telah dilakukannya untuk mewajarkan pelantikannya?
Soalan yang sama ditujukan kepada Hadi, Richard Riot dan Vigneswaran.
Latiff memberitahu Parlimen bahawa Perdana Menteri keenam, Najib Razak mempunyai bilangan penasihat dan duta khas paling ramai semasa menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018.
Ia tidak bermakna penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Najib menjadi justifikasi untuk Ismail Sabri melakukan perkara yang sama apabila menjadi Perdana Menteri.
Jika ya, Ismail sengaja mahu menjadikan Malaysia sekali lagi dikenali sebagai “kleptokrasi yang paling teruk” seperti zaman Najib menjadi Perdana Menteri dan terpalit dengan skandal ala 1MDB yang tersendiri.
Apabila buku penasihat komunikasi politik Najib selama enam tahun, Romen Bose, “Final Reckoning – An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” mula dijual di kedai-kedai buku semalam, unsur yang mengejutkan bukanlah Bose telah menulis kisah tentang kejatuhan Najib daripada tampuk kuasa, tetapi tiada siapa yang pernah tahu atau mendengar tentang beliau sehinggalah buku hasil tulisannya diterbitkan dan mula dijual.
Kita tidak boleh mempunyai kerajaan rahsia di mana Perdana Menteri mempunyai sepasukan penasihat khas yang dibayar menerusi dana awam tetapi Parlimen dan rakyat tidak tahu mengenainya.
Kerajaan rahsia ini mesti dihentikan segera!
LIM KIT SIANG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
LANTIK SAJA TUAN IBRAHIM JADI DUTA NEGERI PANTAI TIMUR
NORMAN RADZUAN
Saya nak menasihati PM Mail, boleh tak DS lantik Tuan Ibrahim ini jadi Menteri bertaraf Duta ke Negeri Pantai Timur atau paling kurang Menteri Bertaraf Ketua Penasihat untuk sekalian penasihat2 yg ada...
Macam rugi besar je kerajaan letak dia dkt Kementerian tu. Kalau dia ditukarkan ke kementerian yg disebutkan tadi rasanya rakyat Malaysia tak rasa kehilangan pun. Ya ramai yg tidak boleh berbahasa Inggeris dgn lancar.... tapi rasanya budak Darjah 6 kalau suruh baca text pun ok pe. Tak kan la itu pun tak boleh...
CELAKALAH BAGI YANG MENIPU RAKYAT
RAMZAN AHMAD
Dan CELAKALAH juga buat penerima DEDAK 90JOOTA dan yang mentekedarah gaji buta tanpa buat apa2 kerja dgn duit hasil cukai rakyat... CELAKAlah juga bagi yg ponteng Parlimengg sedangkan elaun diambil tiap2 bulan...
MoU: PH tidak sokong BN 'membuta tuli', kekal sebagai pembangkang progresif
Tohmahan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah merestuai apa sahaja
dasar kerajaan BN termasuk perkauman demi mengekalkan memorandum kerjasama
(MoU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan pada 13 September lalu
adalah tidak masuk akal.
Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin
Nasution Ismail, tohmahan yang dilemparkan oleh Naib Presiden Warisan, Darell
Leiking baru baru ini adalah sangat tidak munasabah dan lebih bersifat fitnah.
"Pertama, adalah tidak jujur serta tidak profesional
Darell, seorang peguam secara profesion mendakwa PH telah tunduk kepada
kerajaan melalui MoU.
"Saya menasihati beliau membaca syarat-syarat MoU dengan
teliti sebelum membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Khususnya, beliau
harus membaca fasal 3.3 (a) dan (b) yang jelas memperuntukkan keputusan PH
untuk menyokong atau mengelak daripada mengundi Belanjawan atau Rang
Undang-undang berkaitan adalah tertakluk kepada perundingan kerajaan dan
persetujuan PH.
"Selanjutnya, fasal 9.1 juga secara jelas memperuntukkan
tiada apa-apa dalam MoU itu boleh menjejaskan peranan dan tanggungjawab PH
sebagai pembangkang di Parlimen untuk bertindak sebagai semak dan imbang.
Prosiding Parlimen yang diikuti selepas MoU ditandatangani direkodkan dalam
Hansard.
"Rekod ini secara konklusif menunjukkan Ahli Parlimen PH
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pembangkang, tanpa rasa takut atau
pilih kasih. Jika Darrell sendiri rajin hadir ke Parlimen, beliau akan
menyaksikan sendiri kandungan ucapan dan perbahasan PH," katanya dalam
satu kenyataan.
Tegas Saifuddin, terlepas daripada kritikan liar terdapat banyak
sisi baik daripada MoU, terutama terkait isu Belanjawan 2022 yang dirunding
secara bersama sebelum dibentangkan di Parlimen.
Hal itu, katanya, bukan sahaja bersejarah tetapi satu langkah
besar ke arah perancangan fiskal yang lebih baik.
"Perundingan pra-belanjawan telah menghasilkan penambahbaikan
pada Belanjawan 2022. Khususnya, MoU itu membolehkan kelulusan sebanyak RM45
bilion ditambah kepada Dana Covid-19. Perundingan bajet juga menyaksikan
penekanan yang lebih besar untuk membantu IKS, penciptaan pekerjaan dan dasar
kebajikan sosial yang disasarkan.
"Selepas bajet dibentangkan, rundingan selanjutnya
menyaksikan peningkatan bajet untuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, Pejabat
Ketua Audit Negara dan pengumpulan data responsif jantina. Peningkatan ini
penting untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus yang lebih
baik dan hak wanita.
"MoU itu juga telah memperuntukkan pembaharuan struktur,
beberapa telah siap dan yang lain belum selesai. MoU ini membolehkan Ahli
Parlimen Pembangkang mempengerusikan separuh daripada semua jawatankuasa
pilihan Parlimen.
"Pembangkang juga diberi perwakilan yang adil dalam Majlis
Pemulihan Negara, sebuah entiti yang diwujudkan untuk membantu negara
membendung dan pulih daripada Covid-19. Fasal 2.2 MoU menyampaikan pelaksanaan
penuh Undi18 baru-baru ini.
"Menjelang akhir hari ini (semalam), kita dijangka melihat
pindaan perlembagaan MA63 diluluskan di Parlimen, seperti dalam fasal 5.1 MoU.
Pindaan ini adalah sesuatu yang Darrell dan Warisan patut berterima kasih
kepada PH. Menurut fasal 2.1 dan 3.1 MoU, dua perundangan yang sangat penting,
undang-undang Anti Lompat Parti dan Akta Perkhidmatan Parlimen juga dalam
proses digubal dan dijangka dibentangkan pertengahan tahun depan," katanya
lagi.
Menyentuh isu MoU menyebabkan PH menyokong idea perkauman BN,
tegas Saifuddin tuduhan itu amat kabur kerana PH tidak terlibat dengan hala
tuju politik BN.
Katanya, tuduhan Darell itu lebih kepada ingin menonjolkan imej
beliau dan Warisan yang kononnya lebih liberal berbanding mencari kebenaran.
"Adalah tidak jujur Darell menyalahkan PH atas amalan
berterusan politik perkauman dan agama yang sempit. Sungguh ironis apabila
Warisan cuba menjenamakan semula dirinya, sekutu politik terbesarnya kekal Tun
Dr Mahathir.
"Darel harus tahu bahawa ‘Ketuanan Melayu’ dan lain-lain
jawatan pelampau agama adalah punca utama mengapa negara terus berpecah dan
dimusnahkan oleh politik identiti kaum dan agama, bukan MoU dan pastinya bukan
PH.
"Saya ingin menasihati Warisan supaya mempelajari dahulu
dinamik politik identiti Semenanjung Malaysia sebelum membuat tuduhan liar terhadap
PH. Warisan juga harus menawan semula Sabah terlebih dahulu dan menamatkan
budaya lompat parti di sana sebagai keutamaan.
"Memandangkan Darell sendiri melompat dari KEADILAN pada 2016
ke Warisan, dia akan mempunyai pengalaman langsung tentang cara menangani
perkara itu," sinis Saifuddin.
Mengenai dakwaan Darell ramai Ahli Parlimen PH tidak berpuas hati
dengan MoU, Saifuddin menggesa beliau mendedahkan nama-nama mereka atau
berisiko dianggap sebagai oportunis.
Semangat baharu pindaan MA63, rakyat Sarawak harus berani berubah - Anwar

Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya
pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam seharusnya meneruskan perubahan
dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18
Disember ini.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, pindaan MA63 tidak banyak makna sekiranya rakyat Sarawak tidak
bersungguh sungguh menuntut hak hak mereka yang telah digariskan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang baru dipinda di
Parlimen hari ini, saya amat berharap seluruh rakyat Sarawak terutamanya untuk
berani memungkinkan reformasi dan perubahan demi kepentingan rakyat dan negeri.
"Kegagalan demi kegagalan akan berterusan sekiranya kita
terus dengan tampuk lama (kerajaan lama) yang tidak menjiwai nurani dan hasrat
rakyat yang dambakan keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu
kenyataan.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu juga mahu jentera parti yang
berkempen di Sarawak agar benar benar menyelami permasalah rakyat dan mengajak
mereka bersama sama membentuk kerajaan yang lebih baik.
"Saya berada di Sarawak untuk beberapa hari pada hujung
minggu lalu menjelajah dari Beting Maro hingga ke Bekenu.
"Tersentuh dengan kerukunan yang ditonjolkan oleh pelbagai
suku kaum di Sarawak tatkala turun melihat cara hidup mereka di rumah-rumah
panjang dan di kawasan pedalaman, dan ini ternyata menjadi elemen yang mengikat
perpaduan antara kaum tidak hanya di Sarawak malah ia mesti terus diperkukuh di
seluruh negara.
"Saya beritahu kepada calon-calon kita dari KEADILAN dan
jentera untuk benar-benar memahami rintihan mereka serta mengangkat hak mereka
yang tidak dipedulikan dan dipandang enteng oleh sebilangan petinggi politik
yang hanya sibuk memunggah khazanah dan kekayaan negeri demi tembolok sendiri
sejak beberapa dasawarsa lampau," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mahu pengundi di Sarawak keluar beramai
ramai lakukan perubahan pada PRN Sabtu ini.
"Sama-sama kita milih dan ngundi calon dari KEADILAN makei
masa depan sidak anak cucu kita kelak!" serunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








