SILA REFRESH BLOG INI : LANGSUNG : MAKLUMAT TERKINI PILIHANRAYA NEGERI MELAKA- DIPETIK DARI BERBAGAI SUMBER TERKINI






8.11 malam: Barisan Nasional (BN) hampir pasti sudah menguasai sembilan daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan. DUN berkenaan termasuk Tanjung Bidara, Merlimau, Machap Jaya, Lendu dan Kuala Linggi yang sudah dimenangi BN. Kerusi DUN lain yang hampir pasti menang adalah Telok Mas, Tabuh Naning, Sungai Rambai dan Rim.

------------------------------------------------------------------------------------

8.10 malam: Keputusan tidak rasmi, calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, dengan majoriti 3,139 undi.

------------------------------------------------------------------------










7.40 malam: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Sungai Rambai: BN mendahului
1. Muhammad Jefri Safry (PN) - 1,610
2. Farzana Hayani Mohd Nasir (PH) - 762
3. Nazatul Asyraf Md Dom (PUTRA) - 60
4. Siti Faizah Abdul Azis (BN) - 2,280

Jumlah pengundi: 11,837


7.35 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN TANJUNG BIDARA: BN Mendahului
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Bersatu) - 2,820
2. Zainal Hassan (PH-PKR) - 416
3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-UMNO) - 3,140

Jumlah pengundi - 10,133

------------------------------------------------------------------------------------

7.16 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN TANJUNG BIDARA: PN mendahului

1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) - 742

2. Zainal Hassan (PH) - 54

3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) - 633

Jumlah pengundi: 10,133

------------------------------------------------------------------------------------

7.13 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN KOTA LAKSAMANA: PH mendahului

1. Fong Khai Ling (PN) - 778

2. Low Chin Hong (BN) - 1,474

3. Low Chee Leong (PH) - 8,280

Jumlah pengundi: 28,777

------------------------------------------------------------------------------------


1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) - 742

2. Zainal Hassan (PH) - 54

3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) - 633

Jumlah pengundi: 10,133

------------------------------------------------------------------------------------

7.13 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN KOTA LAKSAMANA: PH mendahului

1. Fong Khai Ling (PN) - 778

2. Low Chin Hong (BN) - 1,474

3. Low Chee Leong (PH) - 8,280

Jumlah pengundi: 28,777

------------------------------------------------------------------------------------

7.05 petang: Keputusan TIDAK RASMI DUN Sungai Udang menunjukkan PN mendahului pencabar lain selepas selesai kiraan undi di 24 daripada 48 saluran mengundi.

Undi awal di DUN Sungai Udang berpihak kepada PN selepas memperoleh 4254 undi, mengatasi calon BN, 3223 undi, sementara calon PH, 642 undi dan bebas, 260 undi.

------------------------------------------------------------------------------------



KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN MERLIMAU : BN mendahului

1. Azrin Ab Majid (PH-Amanah) - 631

2. Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-UMNO) - 1603

3. Abd Alim Shapie (PN-PAS) - 480

Jumlah pengundi: 14,014

------------------------------------------------------------------------------------

6.55 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN AYER KEROH: PH mendahului

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN) - 953

2. Kerk Chee Yee (PH) - 4,080

3. Yong Fun Juan (BN) - 1,527

Jumlah pengundi: 25,945

------------------------------------------------------------------------------------

6.53 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Kelebang: BN mendahului

1. Bakri Jamaluddin (PN) - 1,693

2. Datuk Lim Ban Hong (BN) - 2,128

3. Datuk Gue Teck (PH) - 2,007

Jumlah pengundi: 19,976

------------------------------------------------------------------------------------


1. Bakri Jamaluddin (PN) - 1,693

2. Datuk Lim Ban Hong (BN) - 2,128

3. Datuk Gue Teck (PH) - 2,007

Jumlah pengundi: 19,976

------------------------------------------------------------------------------------

6.50 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Ayer Molek: BN mendahului

1. Datuk Rahmad Mariman (BN) - 817

2. Ahmad Muaz Idris (Bebas) - 13

3. Mohd Fadly Samin (PN) - 410

4. Mohd Rafee Ibrahim (PH) - 431

Jumlah pengundi: 17,863

------------------------------------------------------------------------------------

6.55 petang: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menjalankan siasatan lanjut berhubung kes seorang pengundi positif COVID-19 di daerah Alor Gajah - Pengarah JKN, Dr Rusdi Abd Rahman.

1. Datuk Rahmad Mariman (BN) - 817

2. Ahmad Muaz Idris (Bebas) - 13

3. Mohd Fadly Samin (PN) - 410

4. Mohd Rafee Ibrahim (PH) - 431

Jumlah pengundi: 17,863

------------------------------------------------------------------------------------

6.55 petang: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menjalankan siasatan lanjut berhubung kes seorang pengundi positif COVID-19 di daerah Alor Gajah - Pengarah JKN, Dr Rusdi Abd Rahman.

--------------------------------------------------------


6.50 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Bandar Hilir: PH mendahului

1. Mak Chee Kin (Bebas) - 68

2. Leng Chau Yen (PH) - 2,657

3. Lee Kah Sean (BN) - 571

4. Clarice Chan Ming Wang (PN) - 299

Jumlah pengundi: 19,909



6.52 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN TELOK MAS : BN mendahului

1. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Bersatu) - 196

2. Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas/IND) - 5

3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH-Amanah) - 93

4. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-UMNO) - 479

JUMLAH PENGUNDI - 20,712





6.50 petang: N16: AYER KEROH:

KEPUTUSAN TIDAK RASMI : BN mendahului

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN-Gerakan) - 346

2. Kerk Chee Yee (PH-DAP) - 335

3. Yong Fun Juan (BN-MCA) - 438

Jumlah pengundi : 25,945





6.45 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Rembia:

1. K.Murali (Bebas) - 10

2. Zamri Pakiri (PH) - 324

3. Sabarudin Kudus (Bebas) - 9

4. Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN) - 584

5. Zamzuri Arifin (PN) - 282

Jumlah pengundi: 15,756




6.45 petang: N19: KESIDANG

KEPUTUSAN TIDAK RASMI : PH dahului

1. Seah Shoo Chin (PH-DAP) - 1414

2. Patrick Ng Chin Kae (PN-Gerakan) - 269

3. Leong Hui Ying (BN-MCA) - 388






6.40 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Rim: BN mendahului

1. Azalina Abdul Rahman (PN) - 276

2. B. Prasanth Kumar (PH) - 204

3. Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN) - 459

Jumlah pengundi: 13,672





6.40 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Kelebang: PH mendahului

1. Bakri Jamaluddin (PN) - 464

2. Datuk Lim Ban Hong (BN) - 708

3. Datuk Gue Teck (PH) - 850

Jumlah pengundi: 19,976




*Kemaskini undi awal tentera

6.40 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Sungai Udang: PN mendahului

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN) - 2500

2. Dr Mohd Aleef Yusof (PN) - 3504

3. Hasmorni Tamby (PH) - 360

4. Mohd Zahar Hashim (Bebas) - 211






6.52 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN TELOK MAS : BN mendahului

1. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Bersatu) - 196

2. Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas/IND) - 5

3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH-Amanah) - 93

4. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-UMNO) - 479

JUMLAH PENGUNDI - 20,712



1. Mak Chee Kin (Bebas) - 68

2. Leng Chau Yen (PH) - 2,657

3. Lee Kah Sean (BN) - 571

4. Clarice Chan Ming Wang (PN) - 299

Jumlah pengundi: 19,909



KEPUTUSAN TIDAK RASMI : BN mendahului

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN-Gerakan) - 346

2. Kerk Chee Yee(PH-DAP) - 335

3. Yong Fun Juan(BN-MCA) - 438

Jumlah pengundi : 25,945



6.45 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Rembia:

1. K.Murali (Bebas) - 10

2. Zamri Pakiri (PH) - 324

3. Sabarudin Kudus (Bebas) - 9

4. Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN) - 584

5. Zamzuri Arifin (PN) - 282



6.45 petang : N19: KESIDANG

KEPUTUSAN TIDAK RASMI : PH dahului

1. Seah Shoo Chin(PH-DAP) - 1414

2. Patrick Ng Chin Kae(PN-Gerakan) - 269

3. Leong Hui Ying(BN-MCA) - 388



6.40 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Rim: BN mendahului

1. Azalina Abdul Rahman (PN) - 276

2. B. Prasanth Kumar (PH) - 204

3. Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN) - 459

Jumlah pengundi: 13,672



6.40 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Kelebang: PH mendahului

1. Bakri Jamaluddin (PN) - 464

2. Datuk Lim Ban Hong (BN) - 708

3. Datuk Gue Teck (PH) - 850

Jumlah pengundi: 19,976



1. Azalina Abdul Rahman (PN) - 276

2. B. Prasanth Kumar (PH) - 204

3. Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN) - 459

Jumlah pengundi: 13,672



6.45 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Sungai Udang: PN mendahului

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN) - 2500

2. Dr Mohd Aleef Yusof (PN) - 3504

3. Hasmorni Tamby (PH) - 360

4. Mohd Zahar Hashim (Bebas) - 211



SG UDANG


1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN) - 1,012

2. Dr Mohd Aleef Yusof (PN) - 1502

3. Hasmorni Tamby (PH) - 151

4. Mohd Zahar Hashim (Bebas) - 82



6 petang: Keputusan TIDAK RASMI DUN Ayer Keroh: BN mendahului

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN) - 270 undi

2. Kerk Chee Yee (PH) - 36 undi

3. Yong Fun Juan (BN) - 333 undi



6 petang: Keputusan TIDAK RASMI DUN Bemban: PN mendahului

1. Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN) - 136 undi

2. Azmi Kamis (Bebas)

3. Ng Choon Koon (Bebas)

4. Tey Kok Kiew (PH) - 4 undi

5. Datuk Koh Chin Han (BN) - 71


6 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Bandar Hilir: BN mendahului

1. Mak Chee Kin (Bebas) - 11

2. Leng Chau Yen (PH) - 54

3. Lee Kah Sean (BN) - 289

4. Clarice Chan Ming Wang (PN) - 187



 6.22 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Sungai Udang: PN mendahului


6.15 petang: KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN Lendu: BN mendahului

1. Abdullah Mahadi (PN) - 80

2. Mohamad Asri Ibrahim (PH) - 19

3. Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN) - 185




PRN Melaka: Semua pusat mengundi tutup, pengiraan bermula

 


PETALING JAYA: Semua 217 pusat mengundi bagi PRN Melaka membabitkan 1,109 saluran ditutup pada 5.30 petang tadi.Peratus keluar mengundi sehingga 4 petang tadi sekadar 61%, daripada 476,037 pengundi biasa, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pemilihan ini berlatarkan kebimbangan orang ramai terhadap wabak Covid-19, dan perasaan bercampur-baur masyarakat mengenai situasi politik dan ekonomi semasa.

Keseluruhan jumlah pengundi yang layak adalah 495,195 orang.

Petugas SPR di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor menutup pagar seusai tempoh pengundian tamat.

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 112 calon menyertai gelanggang. Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan – yang pernah berseteru atau bersekutu pada suatu ketika.

Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang bertanding bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang menang 13 kerusi.

PRN Sarawak: Anwar yakin parti PH capai kata sepakat

 



Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata, parti PH di Sarawak dalam peringkat akhir memutuskan calon dengan pengumuman dijangka dibuat tidak lama lagi.

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tidak bimbang berlaku perebutan kerusi antara PKR dan DAP menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, perbincangan masih berterusan untuk mengelak berulang kejadian pada 2016 apabila perebutan kerusi dilihat menjadi faktor kegagalan gabungan itu dalam PRN tahun berkenaan.

“Saya rasa itu bukan masalah besar, ada sedikit pertindihan namun itu sedang dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Sarawak di Kuching hari ini.

Disoal sama ada beliau yakin pakatan itu mampu mengelak keputusan mengecewakan lagi dalam PRN kali ini, beliau berkata: “Saya tidak rasa akan berlaku sebarang pertindihan.”

Selain perbincangan mengenai kerusi, katanya, parti PH di Sarawak juga dalam perbincangan akhir berhubung calon, dengan pengumuman dijangka dibuat tidak lama lagi.

Presiden Amanah Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan PH di PRN Sarawak lima tahun lalu disebabkan perebutan kerusi yang bertindih antara DAP dan PKR, selain pemimpin utamanya dilarang memasuki negeri itu untuk berkempen.

Anwar juga berkata senarai calon diteliti untuk memastikan mereka yang dipilih setia dengan perjuangan gabungan itu.

“Kami mencuba sedaya upaya tetapi ada kalanya godaan wang dan pangkat boleh mengganggu. Namun kami akan memastikan itu tidak berlaku kali ini,” katanya.

Berhubung kerjasama PH dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB), Anwar berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

Awal bulan ini, Bernama melaporkan perbincangan mengenai kerjasama antara PH dan PSB dalam PRN ke-12 Sarawak telah ditangguhkan akibat pertindihan untuk kerusi yang bakal dipertandingkan.

Pemangku Pengerusi PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, parti komponen PH tidak akan memasuki perjanjian untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain di negeri itu buat masa ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu di di Kuching pada 24 Nov untuk membincangkan tarikh PRN Sarawak.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 3 Nov susulan Yang di-Pertuan Agong memperkenan membatalkan Darurat di negeri itu, seterusnya membuka jalan untuk PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

KABINET LULUS RUMAH RM100 JUTA, ISMAIL SABRI LEBIH TAK GUNA DARIPADA NAJIB

 

Walaupun Najib Razak telah menarik balik permohonannya untuk mendapatkan sebuah hartanah kediaman bernilai RM100 juta daripada kerajaan, kabinet Ismail Sabri Yaakob disahkan telah pun meluluskan permohonan bekas Perdana Menteri itu.

Hal ini diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tunku Jaafar yang mengatakan kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menganugerahkan bekas Perdana Menteri itu sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Katanya, keputusan itu berdasarkan alasan bahawa ia adalah hak Najib memperolehinya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Berdasarkan hakikat ini, yang paling tak guna dan harus dipersalahkan oleh seluruh rakyat ialah Ismail Sabri sendiri.

Permintaan Najib sepatutnya tidak dilihat daripada sudut statusnya sebagai bekas Perdana Menteri semata-mata, tetapi mesti mengambil kira kedudukan semasanya ketika ini.

Najib sekarang ini sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan pecah amanah, menyalahguna kedudukan dan penggubahan wang haram berkaitan dana SRC International.

Beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan buat sementara berikutan Najib dibenarkan merayu di Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwa dan pembela telah pun selesai mengemukakan hujah-hujah mereka, cuma belum diketahui lagi bila Mahkamah Rayuan akan memberikan keputusannya.

Dengan yang demikian, walaupun hukuman terhadap Najib sedang ditangguhkan, identitinya kekal sebagai seorang pesalah yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.

Oleh itu, di mana logiknya dan di mana Ismail Sabri meletakkan neraca pertimbangannya sebagai ketua kerajaan dengan senang-senang meluluskan hartanah bernilai RM100 juta itu kepada Najib?

Jika Najib dilihat tak guna kerana membuat permohonan itu dalam keadaan dirinya sedang berselirat dengan pelbagai kes mahkamah, maka Ismail Sabri yang meluluskannya di ketika sedar dan tahu bekas Perdana Menteri itu sudah dihukum bersalah tentulah jauh lebih tidak berguna lagi.

Bagaimana jika selepas diberikan hartanah itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Najib?

Tidakkah gambarannya di mata umum adalah sementara mahkamah menghukum Najib bersalah, tetapi kerajaan pula memberikan hartanah mewah kepadanya sebagai hadiah?

Apakah jenis kerajaan dan Perdana Menteri yang sebegini buruk perangai dan tata kelolanya?

Apakah kerana mentang-mentang Najib bekas pemimpin UMNO dan kerajaan tanpa mandat rakyat sekarang juga dipimpin oleh Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO, maka segala-galanya yang berkaitan UMNO harus diberi keistimewaan?

Selain sudah dijatuhi hukuman bersalah, Najib juga masih berdepan puluhan kes lagi berkaitan 1MDB dan hubungannya dengan Jho Low yang mana jika rakyat meneliti fakta-fakta perbicaraan itu di mahkamah, pasti ramai yang geleng kepala dibuatnya.

Sekali lagi, di mana wajarnya untuk kabinet yang diterajui Ismail Sabri memberi kelulusan kepada permohonan Najib dalam keadaan hari-hari berita mengenai perbicaraan dibaca oleh rakyat jelata?

Dalam hal ini, keinginan PH untuk bertemu dengan Ismail Sabri khusus berkaitan isu kediaman mewah RM100 juta itu serta hubungannya dengan MOU yang telah ditandatangani adalah amat wajar sekali, walaupun Najib telah menarik balik permohonannya.

Ismail Sabri adalah pemimpin yang lemah, tiada rekod kejayaan, malah memastikan kejayaan Mara Digital yang kecil pun gagal dilakukannya dan hanya tinggal nama saja lagi sebagai peninggalan legasinya.

Untuk itu, ternampak sekarang seolah-olah beliau sedang mempergunakan MOU dengan PH untuk memastikan kuasanya kekal, kedudukannya tidak tergugat, selain menjadikannya bebas berbuat sesuatu dalam kerajaan.

Sudah sampai masanya PH menamatkan MOU dengan Ismail Sabri itu secara serta-merta agar beliau tidak lagi sebegitu bebas, kedudukannya sentiasa dipantau dan mudah dijatuhkan bila berlagak agak keterlaluan dalam mengurus kerajaan. – 


ShahbudinHusin 20/11/2021.



APA PUNYA TAK DAK AKAL YANG SOKONG BAGI TANAH PADA NAJIB- DAB TU NAK BAGI GELARAN TUN PULAK-BUKAN NAK KENA 12 TAHUN KAH ?

 

Panas! Portal dedah bukan hanya tanah RM100 juta, Ismail Sabri juga hantar nama Najib diberi gelaran Tun


Panas! Portal dedah bukan hanya tanah RM100 juta, Ismail Sabri juga hantar nama Najib diberi gelaran Tun


Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan, malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk diberi gelaran ‘Tun’.

Sumber Agenda Daily boleh mengesahkan nama Najib dihantar PM kepada Istana Negara yang mencadangkan agar gelaran tertinggi negara itu diberikan kepadanya atas alasan pernah menjadi pemimpin nombor satu negara dan sebagai tanda penghargaan terhadapnya.

“Nama Najib dihantar Ismail Sabri kepada Istana Negara untuk diberi gelaran Tun pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Bagaimanapun tidak ada sebarang maklum balas dari Istana Negara berhubung cadangan nama Najib tersebut,” kata sumber.

Jelas sumber lagi, cadangan nama Najib itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menurut sumber, satu lagi nama pemimpin negara yang namanya turut dihantar kepada Istana Negara untuk dipertimbangkan diberi gelaran tersebut adalah PM kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak istana.

Untuk rekod, Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran “Lord” di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti PM. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang juga bergelar ‘Tun’.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 13 November baru-baru ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

Terdahulu, media melaporkan Najib memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut menurut portal MalaysiaNow sudah menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan.

Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan pendedahan tersebut, bekas PM dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan membidas kerajaan kerana memberikan keistimewaan tersebut kepada Najib kerana berstatus banduan selepas disabitkan hukuman jenayah dan sedang dalam proses rayuan.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

LEBAI PEMBOHONG DENGAN DALIL- KINI MURSYIDUL AM KELUAR DALIL

 Terkini! Mursyidul Am Pas keluar dalil kenapa dulu tolak Wan Azizah, kini sokong Mas Ermieyati

PAS memberikan sokongan penuh kepada Mas Ermieyati Samsudin untuk dilantik menjadi ketua menteri jika Perikatan Nasional membentuk kerajaan negeri, kata pemimpin tertinggi parti itu hari ini.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata ada sebab mengapa partinya memberikan dukungan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu walaupun mereka pernah menunjukkan sikap berbeza di Selangor pada 2014.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hashim berkata, ada sebab mengapa PAS berpendirian begitu.

Katanya daripada semua calon yang diketengahkan oleh mana-mana parti untuk menjadi ketua menteri PAS mendapati poplariti mereka terlampau rendah.

“Maka kita lihat dalam kalangan calon-calon PN, Mas Ermieyati inilah yang ke hadapan berbanding calon lain.

“Disebabkan itu kita sokong cadangan untuk menjadikan Mas Ermieyati sebagai ketua menteri Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mas Ermieyati merupakan ahli parlimen Masjid Tanah yang dipertaruhkan PN untuk memenangi kerusi Tanjung Bidara. Bagaimanapun dia dijangka berdepan cabaran besar kerana berdepan dengan salah seorang pemimpin kanan Umno, Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf merupakan pengerusi Umno Melaka dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerja Umno Malaysia. Mas Ermieyati pula asalnya merupakan ahli parlimen Umno yang memenangi kerusi Masjid Tanah pada 2018 namun menyertai Bersatu kira-kira tujuh bulan selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat.

Pencalonan Mas Ermieyati itu diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam dalam majlis yang dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

Untuk rekod, pada 2014, PAS berkeras menolak menyokong Presiden PKR ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Cubaan PKR itu – yang dikenali sebagai Langkah Kajang – gagal selepas PAS tidak memberikan dukungan di sebalik posisi parti berkenaan menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.

Lawan rasa tertekan

Mengulas lanjut, Hashim berkata situasi yang melibatkan Wan Azizah dengan Masa Ermieyati ini adalah berbeza sama sekali.

“Yang pertama, kita semua tahu Langkah Kajang dibuat untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid yang sudah memerintah (Selangor), sedangkan di Melaka ini kita tak ada ketua menteri yang rasmi,” katanya.

Disoal berhubung keutamaan kepimpinan PAS dalam soal integriti ekoran status Mas Ermieyati yang melompat parti sebelum ini, Hashim berkata suasana dalam PRN Melaka hari ini memerlukan parti itu menyokongnya.

“Kita cakap tentang integriti tetapi suasana yang wujud di Melaka pada hari ini memerlukan kita menyokong, itu bukan biasa tetapi suasana, teknik berpolitik dalam suasana yang ada di Melaka itu memerlukan kita menyokong Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri.

“Dan daripada pemerhatian kita apabila calon ini (Mas Ermieyati) diumumkan, keadaannya heboh. Pihak lawan pun rasa tertekan dengan pencalonnan Mas Ermieyati itu,” dakwanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakub, menyifatkan tindakan PAS menyokong pencalonan Mas Ermieyati itu sebagai tidak elok untuk imej parti berkenaan.

“PAS tidak boleh mengubah atau mengalih isu itu semata-mata untuk mengabsahkan tindakannya.

“PAS kena realistik. Kalau PAS nak bercakap tentang calon wanita, kena dari awal kena konsisten tidak boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian parti atau hanya apabila ia memberi kelebihan kepada mereka.

“Bagi saya PAS tidak boleh begini, mereka kena konsisten dari awal. Kalau menolak, menolak daripada awal,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Muhammad Tawfik lagi dalam keadaan genting dan sukar di Melaka, PAS dilihat membuat perhitungan yang hanya merosakkan imej mereka, bahkan menyukarkan parti itu pada masa depan.

Dia bagaimanapun mengakui langkah PN mencalonkan Mas Ermieyati itu adalah sebagai salah satu strategi politik gabungan terbabit khususnya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi wanita.

Muhammad Tawfik juga berpendapat calon berkenaan masih berdepan dengan isu tertentu seperti tindakannya meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu pada 2018.

“Saya rasa kalau Mas Ermieyati tak ada masalah itu, dia memang calon yang sesuai tetapi dia penuh dengan kontroversi dan saya lihat sokongan PAS itu sebenarnya merupakan usaha pada saat-saat akhir bagi menarik sokongan bukan sahaja penyokong parti tapi pengundi wanita,” tambah pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik Universiti Malaya itu lagi.

Jika PN berjaya menguasai majoriti kerusi dalam DUN Melaka dan Mas Ermieyati memenangi kerusi yang ditandinginya, dia akan menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua menteri.

Sebelum ini Umno-BN terlebih dahulu mengumumkan calon ketua menteri mereka iaitu Sulaiman Md Ali pada 8 Nov, diikuti Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Adly Zahari dua hari kemudian.

Kedua-dua mereka pernah berkhidmat sebagai ketua menteri sebelum ini

Secara keseluruhan ada lima DUN di bawah kawasan parlimen Masjid Tanah, iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu dan Taboh Naning.

Hari ini juga Malaysiakini mendapati ada pemidang yang dinaikkan bagi membantah pencalonan Mas Ermieyati sebagai ketua menteri. Pemidang itu – yang dinaikkan di kawasan Tangga Batu – didakwa menzahirkan pandangan PAS di kawasan tersebut.

BANGGANG TAK AHLI PARLIMEN NI...BANGGANG KAN.?

 

Permohonan rumah dan tanah dato najib


Saifuddin Nasution


Najib buat permohonan ikut akta saraan ahli parlimen katanya. Kabinet bincang permohonan itu dan lulus kata tg zafrul dalam jawapan di parlimen semalam.


Siapa dalam kabinet? Menteri2 Umno, pas, mic, mca, bersatu dan gps. Keputusan konsensus dan semua kena bertangungjawab atas prinsip collective responsibility.


Minggu depan di parlimen kami akan soal lagi perkara ini ketika perbahasan bajet JPM peringkat jawatankuasa.



*Keluar mengundi DM Paya Rumput Jaya @ 12 tgh*

 *Keluar mengundi DM Paya Rumput Jaya @ 12 tgh*


S1 : 172/350 = 49%


S2 : 171/458 = 37%


S3 : 156/458 = 34%


S4 : 148/458 = 32%


JUMLAH 647/1724 = *37.5%*

[11/20, 2:33 PM] Bang Hashim Lipis: *Keluar mengundi DM Pekan Sg Udang @ 12 tgh*


S1 : 145/350 = 41%


S2 : 163/421 = 38%


S3 : 130/421 = 30%


S4 : 111/421 = 26%


JUMLAH 549/1614 = *34%*

[11/20, 2:33 PM] Bang Hashim Lipis: *Keluar mengundi DM Bertam Hulu @ 12 tgh*


S1 : 135/350 = 38%


S2 : 170/350 = 48%


S3 : 227/592 = 38%


S4 : 192/592 = 32%


S5 : 171/592 = 28%


S6 : 163/594 = 27%


JUMLAH 1058/3070 = *34%*


Ekoran isu Pas cuba pertahankn isu calun KM Melaka wanita...

 Ekoran isu Pas cuba pertahankn isu calun  KM Melaka wanita....

..maka isu Kak Wan calun MB Selangor dibuka bahas semula.


*1. Pendedahan Ir Izham* 

*2.Pendedahan Saari Sungip selepas Sheraton Move*


*Kedua2 ini adalah pimpinan Pas  yg telah byk bekerja utk parti..tp kini dlm Amanah.*





: 1. Semua tulisan panjang  ini hanya ulasan dan alasan.


ULASAN DAN ALASAN yg sesetengah tu direka2 saja.



... oleh pihak parti YG TIDAK BEKERJA PUN UTK PARTI ..


Mereka Hanya mengulas.


Maka sesetengah nya mmg rekaan



2. Berikut ialah ahli parti Pas yg bekerja, yg terlibat secara terus.


Yg tahu fakta



Yg telah sebenarnya MENGGERAKKAN PARTI itu. 


Yg kini dah berada dlm parti lain..


..iaitu parti Islam yg satu lagi.


*1. Pendedahan Ir Izham* 

https://youtu.be/PRM1nYnJmCM

: 




Asalnya idea pilih DSWA itu mmg dari think tank PR yg PAS mmg ada dlm Think Tank itu.



Spt tlh disebut... Pekerja sebenar yg gerakkn parti pas .


..penggerak.


. dan pengurusnya.. 


kini dah tinggalkn parti itu.



Hadi :

 https://youtu.be/O41WvJgpRHs


Polimik MB Azizan dirujuk kpd Anwar PR...tapi Anwar menolak utk campurtangan dlm urusan Kedah...


..sebaliknya Hj Hadi secara terbuka campurtangan dlm urusan Selangor Pkr



https://youtu.be/O41WvJgpRHs




Gaya ckp bernafsu yg tidak difahami oleh pimpinan2 tinggi..


1. Adun Pas Saari Sungip yg terkejut dgn digelarkan sebagai  barua


2. Ir Izham Hashim adun Pas... Seorang tokoh dan pekerja kuat Pas yg "kena sergah"  dan dikira terkejut dgn ucapan bernafsu ini..


3. Mereka dua ini maklum bhw  pimpinan2 pas kedah mengadu kes ustaz MB Kedah  Azizan ..yg dibawa kpd Anwar..


Tp *Anwar dikatakan menolak utk camourtangan dlm isu MB Kedah*...


Sebaliknya Hj Hadi langgar saja ...

.dan masuk campur urusan  di Selangor...


.  sedangkn Selangor amnya adalah urusan PKR... ..bukn urusan pas.




*Berikut pendedahan YB Shaari Sungip kelakuan Azmin yg rancang dirinya jd MB Selangor MEMINTAS Kak Wan* .. .. sedangkn tugasan kpdnya sekadar memerhati sokongan / sikap istana terhadap idea Kak Wan calun MB Selangor.


( Saari Sungip simpan rahsia ini utk jaga nama baik Azmin --  sehinggalah selepas selepas berlaku Sheraton Move ) .. itulah diri Azmin bila tlh sahih siapa Azmin...maka Saari dedahkn kebenaran ..rujuk video:



*2.Pendedahan Saari Sungip selepas Sheraton Move*

https://youtu.be/N3EHAqLbTZY



Berikut ulasan asal:


Menjawab pertanyaan Tok Mat Hassan...

Rasanya Lobai Tak Lupo...

Tok Mat kot yang lupo...😅😅


Baca dan fahamkan....


Mengapa Pas sekarang bersetuju Mas Ermieyati menjadi KM dan dulu bantah Kak Wan sebagai MB Selangor?