KAJI TEMPOH DOS KEDUA - WAJAR CADANGAN DS ANWAR DIPERTIMBANGKAN



Parti MUDA berpandangan wajar kerajaan mempertimbangkan cadangan DS Anwar Ibrahim untuk memanjangkan tempoh pemberian dos kedua vaksin Pfizer dan memberi keutamaan untuk memvaksinasi seramai mana mungkin rakyat Malaysia bagi mengawal penularan wabak Covid-19. 


Strategi ini bukanlah sesuatu yang tidak pernah dicuba malah di buktikan berjaya dilaksanakan di United Kingdom. Objektif utama ialah untuk mengurangkan penularan wabak dengan memberikan keupayaan melawan virus kepada seramai mana individu seterusnya mengurangkan kadar kebolehjangkitan secara menyeluruh. 


Malah dapat kita lihat Singapura telah pun mengumumkan lanjutan tempoh pemberian dos kedua bagi vaksin Pfizer-BioNtech dan Moderna bagi mencapai matlamat bagi satu dos vaksin untuk seluruh warganegara dewasa Singapura. 


Sebagaimana dapat kita lihat kadar vaksinasi di negara kita masih lagi di tahap yang rendah dan dalam kadar ini sukar untuk kita mencapai matlamat imuniti kelompok sekiranya tiada perubahan dalam strategi vaksinisasi covid-19 negara. 


Jawatankuasa Eksekutif Pusat 

PARTI MUDA



ZAMAN BAGI BERAS UMNO BUAT LAMA DAH...AKHIRNYA UMNO PUN TUNGGING....

 

Hentilah sementara beri beras, fokus kerja hakiki anda,’ Ahli MKT Umno tegur Menteri Pendidikan



FMT Reporters

 -

May 19, 2021 


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii gesa Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin lebih fokus kepada isu pendidikan.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin harus bertanggungjawab ke atas sistem pendidikan yang semakin bercelaru di sebalik gelombang ketiga pandemik Covid-19, kata seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Mohd Razlan Rafii berkata antara kesan kecelaruan itu adalah kegagalan kerajaan menyediakan 150,000 komputer riba dan tablet percuma kepada pelajar serta program pendidikan TV yang tidak bermutu.

“Hentikanlah sementara program beri beras dan program kebajikan wahai menteri pendidikan. Fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini,” kata Rafii dalam kenyataan.

Beliau mendakwa dana untuk pembekalan 150,000 peranti itu sudah pun dikutip daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan korporat, bagaimanapun permasalahan itu gagal diselesaikan walaupun sudah enam bulan berlalu.

“Mula-mula berjanji akan diedarkan pada Februari. Tunggu punya tunggu, puasa sudah raya pun sudah, duit sudah ada. Cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.

“Kita pun tak tahu di mana silapnya. Susah ke nak beli laptop? Ada banyak jenama dan banyak kilang. Kalau tak boleh beli semua dalam satu jenama, belilah pelbagai jenama. Perkara sangat mudah, namun gagal dilakukan dengan mudah,” katanya.

Yayasan Hasanah, yang dilantik oleh kerajaan bagi program pembekalan komputer riba dan tablet itu, berkata semua 150,000 peranti itu dijangka diagihkan menjelang September.

Razlan juga mendakwa Kementerian Pendidikan gagal menyediakan program pendidikan bermutu menerusi televisyen.

“Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah TV pendidikan dengan pelbagai silibus. (Namun) setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja. Bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak. Ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga,” kata beliau.

“Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji. Anak-anak dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di seluruh negara terjejas dengan penularan wabak Covid-19, memaksa sekolah di tutup dan pelajar semakin mengikuti kelas secara dalam talian dan menerusi program pendidikan TV.



JANGAN TEKAN SUARA ANAK MUDA BERTERUSAN – ANWAR


PENUNGGANG NO SATU NI DAH MAKAN SAMAN BANYAK KALI DAH...

 

Panas! Ridzwan tempelak Razman, jangan ‘jual’ nama Tuhan

 

Ridzwan tempelak Razman, jangan ‘jual’ nama Tuhan

Soal pagi untuk Razman Zakaria

Khusus untuk Pas??

Adakah ‘kemenangan’ tanpa pilihanraya yang diraih oleh As Sisi keatas Al Marhum Mursi juga anugerah Allah?

Adakah ‘kemenangan’ tanpa pilihanraya yang diraih oleh Fatah ke atas Hamas juga anugerah Allah?

Jangan ‘jual’ nama Tuhan !!
Berpolitiklah, tapi jangan jadikan tuhan sebagai jurukempen.

Nota : walaun kelas rendah akan komen dengan cara maki hamun, manakala walaun pertengahan akan tunggu kata super walaun

idzwan Abu Bakar





TINJAUAN PENDAPAT MUHYIDDIN DAPAT 67% SOKONGAN MENGARUT


Kerajaan PN perlu umum pakej ransangan ekonomi baru, kata Faiz

 


Kerajaan PN perlu umum pakej ransangan ekonomi baru, kata Faiz


Ekonomi negara dan rakyat Malaysia sangat memerlukan satu lagi suntikan fiskal pihak kerajaan dalam keadaan negara mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak pertengahan Januari lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh lagi menunggu ekonomi negara pulih dengan sendiri tetapi harus terus proaktif menyokong proses pemulihan.

Menurutnya, walaupun darurat dan PKP dilaksanakan lebih tiga bulan lalu, namun masih tiada apa-apa pengumuman berkaitan pakej rangsangan ekonomi baharu oleh kerajaan PN.

Justeru, kerajaan perlu segera umumkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi bersasar untuk kumpulan individu tertentu seperti orang kurang upaya (OKU), miskin bandar, ibu tunggal dan belia menganggur serta perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam sektor ekonomi yang masih terumbang-ambing.

“Bukan itu sahaja, pakej rangsangan ini harus memberi tumpuan terhadap individu-individu yang terlibat dalam sektor informal kerana mereka ini selalunya terlepas daripada liputan banyak inisiatif kerajaan.

“Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, setakat tahun 2019, hampir 1.3 juta rakyat Malaysia atau 8.3 peratus daripada jumlah pekerja tergolong sebagai pekerja sektor informal,” kata Faiz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dalam kenyataan pada Selasa.

Di samping itu, katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk mengotakan janji beliau sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas untuk menaikkan kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000.

“Sudah hampir lapan bulan beliau berjanji meningkatkan elaun bulanan, namun tidak ada sebarang tindakan setakat hari ini. Jangan jadikan janji ini sekadar gula-gula pilihan raya.

“Dalam keadaan ekonomi hari ini, kenaikan elaun RM1,000 ini sangat relevan terutama dapat mengurangkan beban ramai penerima elaun JKM seperti OKU, ibu tunggal, pesakit terlantar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan kadar inflasi negara juga dijangka meningkat agak mendadak dalam bulan-bulan akan datang, kerajaan harus memastikan rakyat bersedia menghadapi cabaran kos sara hidup malah pasaran buruh terus lemah dan lebih 750,000 rakyat Malaysia, termasuk ramai graduan, masih menganggur setakat Mac 2021.

Menurutnya, kerajaan harus menggariskan pelan yang khusus untuk mendorong para majikan meningkatkan tenaga kerja mereka dan ini dapat dicapai jika kerajaan memperkenalkan inisiatif-inisiatif khas untuk mengurangkan beban kos tetap perniagaan, terutamanya PKS.

“Ramai pakar ekonomi menganggarkan PKP akan terus melemahkan proses pemulihan ekonomi negara dan berkemungkinan, sasaran kadar pertumbuhan ekonomi negara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus untuk tahun ini tidak dapat dicapai.

“Fitch Solutions, dalam laporan terbarunya, hanya menjangkakan kadar pertumbuhan 4.9 peratus untuk tahun ini, jauh lebih rendah berbanding anggaran kerajaan.

“Kerajaan PN perlu bertindak segera memastikan kebajikan dan sosioekonomi rakyat terbela dan bukan hanya membela kepentingan politik dengan membayar elaun puluhan lantikan politik dalam kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. 



MENTERI/TIMBALAN MENTERI TAK TAKUT LANGGAR SOP, PETANDA MAHIADDIN TIDAK DIHORMATI


 Kalau seorang CEO mengumumkan sesuatu peraturan baru bagi syarikat, tentunya pengurusan kanan yang paling taat dalam mematuhinya.

Jika kedapatan ada kakitangan bawahan yang didapati melanggar peraturan itu, ia boleh dikira sebagai perkara biasa saja.

Begitu juga kalau guru besar memperkenalkan peraturan baru untuk sekolah, sudah tentu guru-guru tiada masalah untuk mematuhinya.

Guru-guru malah akan berusaha memastikan agar murid-murid juga dapat mematuhinya,

Begitu pun, adalah lumrah jika ada segelintir murid yang tidak taat dan melanggar peraturan tersebut.

Tetapi, mengapa apabila CEO Malaysia, Mahiaddin Md Yasin mengumumkan perlaksanaan PKP dengan beberapa SOP yang perlu dipatuhi, masih ada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang berani melanggarnya?

Sejak PKP 1.0 hinggalah PKP 3.0 sekarang ini, ada saja menteri dan timbalan menteri yang tidak malu-malu dikesan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan, bahkan sesetengah SOP itu diumumkan sendiri oleh Mahiaddin.


Sehingga ini macam-macam kesalahan telah mereka lakukan – daripada makan beramai-ramai, menghadiri jamuan, tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan sosial, merentas daerah atau negeri, beraya bersama anak menantu, membeli nasi kambing yang disusuli dengan berbual-bual selama sejam dan lain-lain kesalahan lagi.

Bezanya cuma, ada yang dikenakan denda, ada yang masih dalam siasatan dan ada juga yang seolah-olah disenyapkan begitu saja, meskipun berdasarkan gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial, bukan saia warga maya yang tahu mengenainya, bahkan malaikait pun lebih maklum mengenai kesalahan mereka itu.

Berdasarkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang seramai 72 orang, dengan sekurang-kurangnya sekitar 10 daripada mereka telah dikesan pernah melanggar SOP setakat ini, bermakna anggota pentadbiran kerajaan ini adalah pelanggar SOP paling ramai jumlah jika dikira mengikut nisbahnya.

Berbeza dengan rakyat biasa, jika sekali pun ada 100 atau 200 yang dikompaun melanggar SOP, dikira dengan jumlah penduduk seramai 32 juta, maka nisbahnya masih lagi dikira kecil jumlahnya.

Jadi, tidak malukah mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ini, sambil dalam masa yang sama menggelar diri mereka sebagai pemimpin, tetapi mereka juga yang paling tinggi nisbahnya melakukan kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan yang mana mereka sendiri adalah anggota pentadbiran kerajaan yang sama?

Sebagai rakyat pula, wajarkah kita menghormati mereka dengan kelakuan tak boleh dicontohi itu?

Apa pun, yang paling penting di sebalik nisbah yang tinggi daripada kalangan menteri dan timbalan menteri melanggar SOP itu, ia adalah isyarat bahawa kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebenarnya langsung tidak dihormati oleh menteri dan timbalan menterinya sendiri.

Jika Mahiaddin benar-benar dihormati, tidak mungkin ada menteri dan timbalan menteri berani melanggar SOP, jauh sekali untuk sesetengahnya melakukan kesalahan tersebut berkali-kali sehingga diviralkan serta jadi bualan di media sosial.

Jika Mahiaddin juga dihormati, menteri dan timbalan menteri yang melanggar SOP itu sepatutnya berasa malu atas kesalahan mereka dan menawarkan diri untuk berundur sebagai tanda hormat kepada ketua yang tiada tolok bandingnya.

Dibandingkan dengan pengurusan kanan syarikat yang patuh kepada arahan CEO dan guru-guru yang taat terhadap peraturan diumumkan guru besar, kedudukan Mahiaddin nampaknya jatuh paling lekeh sekali.

Anggota kumpulan kongsi gelap dan mafia pun lebih taat kepada ketua mereka.

Tidak malukah Mahiaddin dengan kedudukan dirinya, sudahlah semakin ramai rakyat tidak menghormatinya, menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya juga ada yang tidak hormat langsung kepadanya?

Macam mana nak dihormati oleh rakyat seramai 32 juta, sedangkan dalam 72 orang pun ada yang tidak mahu mendengar katanya? 


(ShahbudinHusin 19/05/2021)



Segera laksana moratorium automatik, Puad beritahu Putrajaya

 


Puad Zarkashi berkata, sejak Parlimen digantung rakyat yang terjejas tiada saluran untuk meluahkan kesusahan yang dialami supaya nasib mereka terbela.

PETALING JAYA: Ahli majlis kerja tertinggi Umno Puad Zarkashi mendesak Putrajaya segera melaksanakan moratorium automatik hingga akhir tahun ini berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan 3.0 di saat akhir.

Bagaimanapun, katanya, pihak bank boleh mengecualikan syarikat besar dan jutawan dalam moratorium automatik kali ini.

“Jika tidak ada moratorium automatik, rakyat yang terjejas teruk akan berhadapan kerenah birokrasi bila berurusan sendiri dengan pihak bank,” katanya dalam catatan di Facebook.

Puad berkata, bank di negara ini juga masih mencatatkan keuntungan besar walaupun dalam tempoh PKP.

“Masih ramai yang belum dapat pekerjaan baru setelah menganggur kerana Covid-19. Mereka yang berniaga masih belum dapat berniaga sepenuhnya.

“Ada yang baru menghidupkan semula perniagaan tetapi mengalami kerugian kerana pelaksanaan PKP 3.0 di saat terakhir,” katanya.

Beliau berkata, sejak Parlimen digantung rakyat yang terjejas tiada saluran untuk meluahkan kesusahan yang dialami supaya nasib mereka terbela.

“Mereka kini hanya ada media sosial. Kalau bakar suar dan naikkan kain rentang “kerajaan gagal” mereka mungkin ditangkap,” katanya.

Pada Khamis lalu, rakaman video tunjuk perasaan di Parit Raja dekat Batu Pahat, Johor, tular di media sosial dengan sekumpulan anak muda dilihat mengadakan rusuhan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’.

Polis menahan 20 individu berhubung kejadian berkenaan.



Rosmah buat laporan polis isu afidavit Tommy Thomas

 


Isteri Najib buat laporan polis isu afidavit Tommy Thomas


Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, membuat laporan polis terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas.

Seorang pembantu kepada Rosmah membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi malam ini berhubung dua afidavit Thomas bertarikh 11 Mei yang berkaitan dengan usaha Rosmah membatalkan perbicaraan rasuah berkaitan projek solar.

Menurut laporan yang dilihat oleh Malaysiakini, Rosmah mendesak polis untuk menyiasat Thomas kerana menurutnya “berbohong” dalam dua afidavit tersebut, termasuk mengenai pelantikan bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya (DPP).

Afidavit Thomas sebagai respons terhadap permohonan Rosmah yang ingin membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usahanya untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga tuduhan tersebut, dan juga untuk menyingkitkan Sri Ram sebagai pendakwa utama.

Thomas, yang dilantik sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018, dalam afidavitnya mengatakan bahawa permohonan Rosmah untuk mencabar pelantikan Sri Ram dilakukan dengan tidak sengaja, tidak berasas dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Ketika dihubungi, peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader mengesahkan bahawa laporan itu telah dibuat atas nama anak guamnya.

“Mengejutkan apabila dalam afidavit yang dia (Thomas) sebutkan tentang fakta bahawa dia tidak perlu memberikan fiat bertulis, tetapi dia diberi persetujuan lisan untuk melantiknya (Sri Ram).

“Yang sama sekali bertentangan dengan fiat yang telah mereka berikan kepada kami setelah Mahkamah Rayuan meminta mereka memberikannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Akberdin memetik keputusan Mahkamah Rayuan yang mengizinkan rayuan Rosmah untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram, setelah pihak pendakwaan akur untuk memberikannya kepada pasukan pembelaan.

Pada 7 Mei, Rosmah mengemukakan permohonan membatalkan perbicaraan rasuahnya yang berkaitan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Menurut kertas kausa yang ditunjukkan kepada media, permohonan pembatalan Rosmah berpusat pada kesahihan surat pelantikan Sri Ram, yang memungkinkannya memimpin pendakwaan dalam kesnya. 








DAH DAPAT KUASA, HIDUP SELESA, BAB RATU CANTIK DAN LAINNYA JUGA TIDAK TERLAKSANA....PHUIIII

 

Panas! Pemuda ini kesal Siti Zailah diam isu ratu cantik Malaysia, tak macam dulu-dulu

Panas! Pemuda ini kesal Siti Zailah diam isu ratu cantik Malaysia, tak macam dulu-dulu

1. Semasa PN belum jadi kerajaan, Kak Lah ada berucap dalam parlimen; mengkritik kerajaan dalam hal pakaian pramugari yang dikatakan berpakaian tidak menutup aurat. Kini Kak Lah ada jawatan menteri dalam kerajaan PN.

2. di awal jadi kerajaan, Ustaz Tuan Ibrahim cakap bahawa kalau jadi pembangkang, kerja kita hanya bangkang sahaja, tidak perlu fikir cara perlaksanaan dan sebagainya. Apabila jadi kerajaan, tidak dapat dilaksanakan sebab kekangan cara perlaksanaan.

3. Apabila timbul isu ratu cantik malaysia, mengingatkan saya kepada Allahyarham Dato’ Ishaq Baharum, bekas Mufti Selangor. Pertembungan antara beliau dengan Tun Dr Mahathir..

4. Isu ratu cantik ini, kak lah kelihatannya diam. Mungkin kerana membenarkan apa yang Ustaz Tuan Ibrahim cakap di awal beliau menjadi menteri hari tu.

Herjunot Ali


KERAJAAN TERASA BAGUS

 


Buat darurat, tetap gak meningkat. Tambah lagi dgn vaksin, terus juga meningkat. PKP pun dah masuk ke siri berapa dah....

Masih gagah nak jadi kerajaan? Masih perasan hang PM

terbaik

kerana pandai baca doa dlm bahasa melayu dan baca perutusan?

Letak jawatan la....sampai bila rakyat nak jadi mangsa akibat kegagalan kerajaan kamu?


W.FAUDZIN


May be an image of ‎text that says "‎PETUNJUK KES COVID-19 (kluster) Minggu 18 (2.5-8.5.2021) Minggu 19 (9.5-15.5.2021) KLUSTER BAHARU Minggu 18 KLUSTER TAMAT ع KLUSTER AKTIF 106 Minggu 19 JUMLAH SLA 72 KES BAHARU (BERKAITAN KLUSTER) 101 429 Perubahan 64 1,775 4.7 466 4,975 11.1 1,876 8.6 5,182 KATEGORI KLUSTER ↑5.7 Minggu 18 4.6 1. TEMPAT KERJA Minggu 19 44 KOMUNITI Perubahan (%) 44 33 3. INSTITUSI PENDIDIKAN 0.0 23 19 30.3 AKTIVITI KEAGAMAAN 11 8 KUMPULAN BERISIKO TINGGI 42.1 19 1 PUSATTAHANAN PUSAT 137.5 Sumber NIH, KKM 1 300.0 100.0 comms@moh‎"‎




Mat Sabu: Berbillion Bajet Diluluskan, Kenapa Vaksin Sampai Kepada Rakya...

JKOM LARI MENINGGALKAN TS MUHYIDDIN KESEPIAN/22 RIBU NITIZEN SERANG FB P...

[[LIVE]] 18.5.2021 Kegagalan #PNGagal melawan covid sebab apa?

RENTASAN 888 | MUHYIDDIN SAH 'HALAL'KAN NEGARA HARAM ISRAEL - PARLIMEN P...









MENARIK DALAM RENTASAN 888



1. PENYELESAIAN DUA NEGARA MUSTAHIL: AMANAH 2. PETUGAS BARISAN HADAPAN KELETIHAN 3. KERAJAAN LEMBAB BENDUNG PANDEMIK COVID-19 4. RAKYAT MAHU DARURAT DITAMATKAN




PRAMUGARI BUKA TUDUNG. MANA MENTERI SEMBANG DERAS?

 



TARMIZI MOHD JAM


Ke mana hilangnya Timb Menteri Wanita Pas yg menjerit2 nak tutup aurat pramugari semasa jadi pembangkang dulu? Hari ini ada wanita Msia yg sertai musabaqah ratu cantik dunia. Mengapa bisu dan tidak bersuara! Takkan lawan dalam hati sahaja sejak jadi pemuka kerajaan. Amacam?






SAYA YAKIN LEBIH BANYAK PROTES TERHADAP KERAJAAN SELEPAS INI – ANWAR

 

Saya kesal dan kecewa dengan penangkapan sekumpulan anak muda oleh pihak berkuasa di Batu Pahat, Johor yang bertindak menzahirkan sanggahan terhadap pemerintah baru-baru ini.

Tekanan pihak berkuasa terhadap anak-anak muda yang melakukan protes di hadapan Bangunan Parlimen bulan lalu turut dikesalkan.

Saya hargai usaha bingkas para peguam dan Ahli Parlimen dalam menawar dukungan guaman kepada mereka.


Apa yang kita saksikan sekarang adalah kegagalan yang nyata kerajaan Perikatan Nasional dalam segenap segi, dan sikap mereka dalam mendepani kritikan dan bantahan semacam ini hanya mencerminkan kelemahan kerajaan.

Keengganan kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen amat dikesali sementara proses demokrasi terus diinjak dan dinodai.

Saya yakin sentimen bantahan seperti ini akan terus merebak.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

18 Mei 2021.





TAK PERLU SERANGAN NEGARA LUAR..CUKUP DENGAN RASUAH DAN TAMAK KUASA

 


YEOP ANTAN


Malaysia tidak perlu diserang oleh negara luar utk menghadapi kehancuran...

Cukup-cukup lah sekadar ada menteri bodoh dan tamak kuasa untuk menghancurkan negara sendiri sptmana yang telah dilakukan oleh PM Madey menjatuhkan kerajaannya sendiri...

NAMPAK TAK????


May be an image of 1 person and text






 

BELUM TAHU SAMA ADA INI AKAN MENJADI KENYATAAN

 May be an image of 1 person and text that says "Z ZA You ustn HID SAHKAN PRU-15 UMNO-PKR-DAP GABUNGAN BAHARU BERITA NASIONAL POLITIK TERKINI Perikatan 3.0: Gabungan baharu UMNO? PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mengenai pembentukan jajaran atau gabungan politik baharu yang dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)."

SETELAH 4 BULAN TERBUKTI PKP DAN DARURAT YANG SIA2, SIAPA DALAM MKN PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS SENGSARA RAKYAT?

 

Kerajaan tunggu 4 bulan untuk telur separuh masak menjadi penuh masak.

Sepanjang 4 bulan sejak Darurat+PKP 2.0 bermula, Najib suruh buat PKP betul-betul, jgn separuh masak dan banyak kelonggaran. Tidak perlu Darurat sebab ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Supaya penderitaan tidak berpanjangan dan kita tak perlu buat PKP 3.0.

Orang sebelah sana pula dua kali buat perutusan khas untuk jamin tiada lagi PKP menyeluruh.

Jkom pula beri amaran pada Najib untuk jgn kacau kerajaan. Najib buat posting untuk syiok sendiri sahaja dan untuk dapat like.

Akhirnya, setelah 4 bulan “trial and error’ dan berdegil, kerajaan mengaku kesilapan bahawa PKP 2.0 terlalu longgar dan tidak dapat menyelesaikan masalah dan telah membawa kepada keadaan kritikal hari ini.

Hari ini, KP KKM sokong PKP penuh yang amat ketat pula.

Hasilnya dalam tempoh 4 bulan darurat+PKP2.0 ini:


– 338,564 terjangkit Covid

– 1,396 orang maut akibat Covid

– 1,315 lagi kluster Covid dikesan

– lebih 80% kes sudah menjadi sporadik dan tidak dapat dikesan puncanya setelah Covid tular ke dalam komuniti

– kapasiti ICU hampir semua hospital menjadi kritikal setelah jumlah pesakit kritikal naik 4 kali ganda ketika ini.

– Malaysia jatuh ke paling teruk terkesan Covid dari segi saiz penduduk antara semua negara ASEAN.

– Malah, telah menjadi lagi teruk berbanding United Kingdom dan Amerika Syarikat sehingga negara kita digunakan bersama negara India sebagai contoh negara gagal Covid oleh negara jiran?

– Rakyat sendiri yang sudah positif Covid perlu beratur sehingga 10 jam untuk dinilaikan kesihatan di pusat kerajaan.

– ekonomi menjadi lagi parah pada ketika kerajaan tak beri lagi bantuan yang sewajarnya

– hutang kerajaan naik mencanak akibat hasil kerajaan menjunam dan satu persatu tabung simpanan kerajaan perlu dikorek dan aset negara dijual

– rakyat tidak dapat buat lawatan Raya

– setelah 4 bulan sia-sia menghadapi darurat+PKP, Rakyat perlu bertahan lagi PKP 3.0 yang dijangka lagi lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Salah Najib lagi ke sekarang?

Siapa dalam MKN dan kerajaan yang perlu bertanggung jawab atas kerosakan, kesengsaraan Rakyat yang tersia-sia dan terkorban serta segala kegagalan yang tersenarai di atas itu akibat membuat kesilapan dasar-dasar yang amat besar itu?

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.




SEKARANG PAS DAH KAPIRKAN DIRI SENDIRI

 

BOB KELANANG


PAS akhirnya tiru jawapan DAP dalam isu RUU355.Kena lihat dari sudut perlembagaan dulu.Dulu orang bagi alasan ada halangan perundangan, kamu kafir munafikkan depa. Kini kamu guna alasan sama, kenapa tak kafir dan munafikkan diri kamu sendiri..Maknanya tetap kena ikut perlembagaan penjajah lah kan. Yang berhimpun usung orang kampung tu apahal?ape sebab nak kapirkan orang takat nak pinda Undang-undang  penjajah..bukan kah untuk Politik ? -

 

May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and text that says "Perlu ada tertib sebelum bentang kali kedua, RUU 355- Ahmad Marzuk SABTU, 25 JULAI 2020 5:54 PM Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaari"

KENAPA HANYA JEMAAH MASJID DAN MARHAEN SAHAJA ANG DIHUKUM ?

 May be an image of 1 person and text that says "F M T HOME NEWS BERITA OPINION mkk WORLD BUSINESS Berdosa langgar SOP hingga cetus kluster, walau untuk solat jemaah, kata Mufti Kelantan FMT Reporters May 2021 4:35 PM Maaf Tuan Mufti.. Mohon Bertanya.. Bagaimana Pulak Yang Yg Langgar SOP Hingga Cetus Kluster, Walaupun Pergi Ke Pasar Dan Pasaraya Utk Membeli Barangan Keperluan Harian? Bagaimana Pula Dgn Menteri Dan Selebriti Yg Langgar SOP Walaupun Alasannya Utk Membantu Rakyat?"



NIZAM AKA


Tuan mufti..Takkan hanya rakyat marhaen shj yg dihukum berdosa?Adakah menteri dan selebriti mempunyai imuniti atau kekebalan drp dosa walaupun terang2 melakukan kesalahan dgn melanggar SOP?Kenapa asyik jemaah masjid shj yg selalu dihukum berdosa?