KAJI TEMPOH DOS KEDUA - WAJAR CADANGAN DS ANWAR DIPERTIMBANGKAN



Parti MUDA berpandangan wajar kerajaan mempertimbangkan cadangan DS Anwar Ibrahim untuk memanjangkan tempoh pemberian dos kedua vaksin Pfizer dan memberi keutamaan untuk memvaksinasi seramai mana mungkin rakyat Malaysia bagi mengawal penularan wabak Covid-19. 


Strategi ini bukanlah sesuatu yang tidak pernah dicuba malah di buktikan berjaya dilaksanakan di United Kingdom. Objektif utama ialah untuk mengurangkan penularan wabak dengan memberikan keupayaan melawan virus kepada seramai mana individu seterusnya mengurangkan kadar kebolehjangkitan secara menyeluruh. 


Malah dapat kita lihat Singapura telah pun mengumumkan lanjutan tempoh pemberian dos kedua bagi vaksin Pfizer-BioNtech dan Moderna bagi mencapai matlamat bagi satu dos vaksin untuk seluruh warganegara dewasa Singapura. 


Sebagaimana dapat kita lihat kadar vaksinasi di negara kita masih lagi di tahap yang rendah dan dalam kadar ini sukar untuk kita mencapai matlamat imuniti kelompok sekiranya tiada perubahan dalam strategi vaksinisasi covid-19 negara. 


Jawatankuasa Eksekutif Pusat 

PARTI MUDA



No comments: