INI PUNCA DAN APA YANG BERLAKU ? Selepas didakwa ‘scam’, KM minta pengarah syarikat jelas tawaran 2 juta dos Sinovac


W.FAUDZIN

Kekuatan dan nadi sesebuah negara itu adalah parlimen. Di sini bermula segalanya, di sini tempat berbincang, baiki mana yg patut, tambah mana yg perlu. Tapi bila parlimen pun ditutup, tak peliklah kita tewas berperang lawan Covid walaupun ada darurat. Susah rakyat kalau negara dipimpin oleh orang bodoh. Nak salahkan rakyat tak boleh juga, sebab bukan rakyat yang angkat mereka jadi kerajaan. Hadap je lah malapetaka ini. Siapa yang bersubahat angkat puak bodoh ni memimpin, tanggung lah sumpah seranah rakyat..

Angka Covid naik lagi ke? Woww...seronok la abah cow kan? Bleh bawak angka ni tunjuk kat istana untuk tambah lagi darurat kan? Lagi lama dpt memerintah kan?





FMT Reporters

 -

May 19, 2021 6:55 PM


Chow Kon Yeow berkata, dakwaan Khairy Jamaluddin yang syarikat ‘bogus’ itu menawarkan dua juta dos vaksin Covid-19 adalah serius.


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta pengarah syarikat yang menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada negeri itu tampil memberi penjelasan dan menunjukkan bukti bagi membersihkan nama mereka.

Ini kerana, katanya, Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, mendakwa syarikat berpangkalan di Hong Kong itu “bogus” dan tawaran terbabit satu “scam”.

“Dakwaan serius itu turut mewajibkan syarikat tersebut dan pengarah yang dinamakan menteri untuk tampil bagi menolak dakwaan berkaitan.

“Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, kami mengambil tindakan berhemah apabila menerima tawaran vaksin berkaitan melalui surat bertarikh 1 Februari 2021 yang mana kami telah memohon pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP).”

Chow berkata, JKNPP meminta perkara itu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pandangan serta nasihat lanjut.

Katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Razak Jaafar mengutus surat kepada Ketua Setiausaha KKM 15 Feb lalu bagi memohon pandangan berhubung perkara itu.

“Pada 12 Mac, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM memberi jawapan kepada kerajaan negeri tidak perlu menimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Pandangan Ketua Setiausaha KKM langsung tidak menyentuh tentang isu status syarikat tersebut,”

Beliau berkata, kerajaan negeri itu tidak boleh membuat tindakan susulan kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat berkenaan untuk meneruskan rundingan dengan pengeluar vaksin.

Katanya, beliau membangkitkan isu itu semula semalam dengan mempersoalkan KKM mengapa tidak dapat memberi perakuan kepada Pulau Pinang berdasarkan surat jawapan Ketua Setiausahanya, sedangkan Sarawak dan Selangor dibenarkan membeli vaksin sendiri.

Terdahulu, Khairy hari ini dilaporkan berkata, siasatan ke atas tawaran itu tidak menemui sebarang keterangan yang membuktikan kewujudan syarikat berkenaan, mahupun penulis surat tawaran itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.

Pemeriksaan rekod syarikat di Hong Kong itu mendapati ia tidak wujud dan tiada sesiapa mengenali penulis surat itu, yang dikatakan menetap di Kota Kinabalu.

“Senang kata, apa (surat) yang ditunjuk Ketua Menteri Pulau Pinang semalam kononnya ada tawaran dua juta dos adalah palsu, ini adalah ‘scam’, ini adalah ‘bogus’,” katanya.