Lim Guan Eng hari ini menzahirkan kemarahannya atas tindakan Kementerian Kesihatan yang didakwa menolak permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang menerima sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'jenayah kerajaan Perikatan Nasional' kerana menghalang vaksin itu diberikan kepada golongan yang belum menerimanya.