Aku cuma nak tunjukkan. PH dan BN letakkan calon Melayu.
Manakala PN pula yang letak calon Cina. Kalau PN yang menang, bukan ke
bertambah ahli parlimen Cina?
Ini bukan soal rasis. Aku nak jawab fitnah lebai dan walaon,
kononnya PH kurangkan MP Melayu dalam parlimen. Hakikatnya PN yang letak calon
bukan Melayu untuk lawan calon Melayu PH dan BN.
Sebab itu aku kata, PN cuma tunggang isu Melayu dan Islam. Bukan
mereka benar-benar perjuangkan Melayu pun. Mereka cuma manipulasi isu itu untuk
perdaya yang bodoh.
Hakikatnya, mereka cuma mahu kuasa. Bila dapat kuasa, mereka
himpun harta. Nasib orang Melayu entah ke mana. Bukan kita tak biasa. Tapi
masih ramai yang terpedaya. Guane boh?
.