54 RIBU PEMOHONAN I/C BUKAN DARI CHINA SAHAJA

 








Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin sekali lagi menafikan tuduhan kononnya terdapat 54,000 permohonan kewarganegaraan daripada warganegara China.

Sebaliknya kata beliau, sebahagian besar permohonan tersebut daripada pelbagai latar belakang dan keturunan.

“Sebahagian besar (permohonan) ialah anak-anak tanpa warganegara (stateless child) dan anak-anak dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan serta anak angkat yang tiada warganegara.

“Nak sekolah pun payah, kalau sakit tak boleh bagi rawatan melainkan bayar (penuh), takkanlah tiada kemanusiaan langsung,” katanya.

Saifuddin berkata demikian melalui penstriman langsung ucapan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di akaun media sosial rasminya.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan tindakan kementeriannya menyaring permohonan tersebut berlandaskan pada peruntukan undang-undang yang sah.

“Kita ada autoriti dan garis panduan warganegara melibatkan perkara di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1), mengikut negara asal yang ada memperuntukannya.

“Kita nak buat perkara yang betul, mereka (pemohon) lahir dalam negara (ini), apa jadi pada mereka inilah yang kita selesaikan.

“Selain itu, kita akan terus meneliti permohonan mana-mana yang mencapai tapisan kuasa kita, akan diteruskan, dan ini tekad yang kami nak bawa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, ucapan Saifuddin semasa sidang akhbar pada 9 Januari lalu dimanipulasikan sebahagiannya sehingga mengelirukan rakyat terbanyak.




No comments: