KEMBARA JEJAK FAKIR PEMUDA PAS PAHANG





KEMBARA JEJAK FAKIR PEMUDA PAS PAHANG


Foto/berita oleh: wrlr


Kuala Krau- Kembara jejak fakir oleh pemuda PAS kawasan Kuala Krau yang di ketuai oleh Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga merupakan ketua dewan pemuda PAS kawasan Kuala Krau bersempena dengan hari raya aidil adha baru- baru ini dilahat sebagai satu langkah mengukuhkan siratulrahim antara masyarakat dengan kaum asal .



Kembara jejak fakir ini yang bermula dari Bandar Jengka dimana sebanyak 14 ekor lembu korban telah ditumbangkan di mana para jemaah telah sudi membahagiakan daging korban sebanyak 100 kilo untuk disumbangkan kepada saudara seagama di kampong orang asal iaitu Kampung Pasu di daerah Kuala Krau .Kuala Krau terletak di bawah DUN Kerdau.


Rombongan konvoi ini yang di sertai seramai 30 aktivis dan juga para petugas PAS kawasan telah bertolak sekitar jam 5.00 petang dan sampai sejam kemudian.Rombongan kemudiannya di perkenalkan dengan Tok Batin kampong Pasu iaitu antara beberapa buah penempatan orang asal di dalam daerah Kuala Krau.Batin Raman Chen yang dikenali penduduk di situ begitu mesra membawa rombongan bertemu dengan masyarakat islam dan bukan islam dimana daging korban telah di bahagikan.



Rombongan kemudiannya bergerak dari rumah ke rumah dimana para petugas yang mengikuti telah bergerak membahagikan daging korban kepada penduduk kampong asal dimana sambutan dari penduduk kampong yang begitu mesra dengan kedatangan rombongan jentera PAS kawasan yang saban tahun dan setiap kali menculnya hari raya dan juga hari- hari kebesaran , penduduk kampong Pasu tidak dilupakan.



Selain dari daging dan duit raya yang disumbangkan kepada penduduk kampong Pasu, rombongan yang juga dituruti oleh tok batin mengedarkan risalah kepada penduduk kaum asal.Risalah mengenai agama islam juga diberikan sebagai bahan bacaan untuk penduduk kaum asal memahami sedikit sebanyak mengenai agama islam.

Program jejak fakir ini kemudiannya berakhir sekitar jam 7.30 malam dan rombongan berhenti solat berjemaah yang diimamkan oleh ustaz Shahril di masjid Kuala Krau.




No comments: